Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

33

"MANA suami aku ni daripada tadi tak balik-balik? Takkan sesat pula? Haih..." keluh Puan Siti, gelisah. Sesekali dia mendongak memandang jam didinding yang menandakan pukul 9 malam. Kehulur kehilir dia berjalan memikirkan tentang Encik Aman yang masih belum pulang. Entah mengapa hatinya terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.

TOK! TOK! TOK!
Ketukan pintu sebanyak tiga kali menyentakkan Puan Siti. Air liur ditelannya sejenak sebelum dia mengatur langkah kearah pintu utama. Lambat-lambat tombol pintu itu dipulasnya sebelum ditarik ke dalam. Terkejut Puan Siti melihat figura seorang lelaki tercongok dihadapannya sekarang.

Senyuman sinis diukir Haidin. Dia berdecik kecil saat melihat wajah orang tua itu pucat ketakutan memandangnya. "Kenapa pandang abang macam tu, hmm? Takut? Atau awak pelik muka suami awak berubah muda?"

"Ka... kau siapa?"

"Kau tak kenal aku? Aku suami kau lah. Tapi... suami tiruan. Suami sebenar kau dah lama mampus beberapa tahun yang lepas."

"Ap... apa?" perlahan-lahan Puan Siti mengundur ke belakang. Haidin tersenyum sinis. Rambut Puan Siti dicengkamnya kasar, lalu diheret masuk ke dalam bilik. Lantas pintu bilik itu dihempas tutup dengan kuat, tidak mahu sesiapa pun yang menganggu kerjanya.

"Apa kau nak buat ni, lepas! Ermm!" jerit Puan Siti. Tak sempat dia hendak menghabiskan kata-kata, Haidin sudah menekup mulutnya. Berdebar-debar jantung Puan Siti saat ini. Gelak tawa jahat lelaki itu jelas kedengaran dihujung cuping telinganya.

"Aku penat puan siti. Aku penat sangat jadi suami kau. Tapi aku tak pernah penat untuk jaga Suraya. Dah lama aku cintakan anak kau. Dia seorang sahaja yang faham aku. Dia selalu ambil berat fasal aku. Aku suka sangat. Tapi... satu benda sahaja aku tak boleh terima. Aku tak boleh terima dunia aku. Dunia aku telah memisahkan aku dengan Suraya. Aku terpaksa menyamar jadi suami kau semata-mata untuk anak kau, tapi kau nak tahu apa yang jadi? Kau tahu tak?"

Puan Siti menggeleng terpaksa. Cecair jernih sudah jatuh mengalir ke pipinya. Haidin tersenyum menyenget. "Anak kau sekarang dah jadi isteri kepada musuh aku, Shark. Dia dah rampas suraya daripada aku! Aku ingatkan, bila aku dah lepaskan Suraya ke tangan Fajar dia boleh tolong aku tapi dia pun sama bodoh! Aku sanggup korbankan sebelah telinga aku ni untuk dia, tapi kau tengok apa yang jadi? Dia sekarang dah ada dalam genggaman musuh aku dan apa yang aku tengok semalam... aku nampak dia bahagia. Aku tak suka dia bahagia dengan lelaki lain selain aku! Ergh!"

Tubuh orang tua itu ditolaknya kasar sehingga jatuh terjelepok keatas lantai. Rambutnya yang kusut dicengkam kuat. Fikirannya terganggu apabila kembali teringat tentang Suraya dan Shark.

"Kenapa kau buat semua ni? Siapa kau? Mana suami aku?!"

"Kau ni pekak ke huh? Suami kau tu dah lama mampuslah! Aku yang bunuh dia, Kau tak faham bahasa ke? Aku yang jadi suami kau selama ni! Aku buat semua tu untuk anak kau! Aku nak jaga dia seperti mana dia jaga aku dulu! Sekarang ni yang aku nak tahu... macam mana aku nak dapatkan Suraya semula. Itu sahaja."

"kau ni mesti bekas pesakit Suraya kan? Kau yang cuba rogol anak aku malam tu! Kenapa anak aku? Kau ni memang gila! Kau gila!"

"Haish, kau diamlah!"

BUK!
Satu tumbukan hinggap ke wajah orang tua itu. Turun naik nafasnya apabila dia digelar gila! Tak sampai beberapa minit dia kembali ketawa melihat puan siti yang tidak sedarkan diri.

"kau mampus lagi senang kerja aku."







TING! TONG!
Loceng rumah ditekannya berkali-kali. Terkocoh-kecoh Suraya berlari menuju ke pintu utama. Senyuman yang tadinya mekar kini kembali mati apabila melihat Rayden didepan mata. Begitu juga Rayden.

Ini tak lain tak bukan pasti dia nak goda laki aku. Jangan harap aku akan biarkan dia masuk dalam rumah ni!

"Mana Shark?"

"lu siapa nak jumpa suami wa, huh?" soal Suraya, Acah-acah seperti seorang gangster. Rayden tersenyum sinis. Sudahlah sewel, ada hati nak jadi gansgter!

"Suka hati akulah nak jumpa sesiapa pun. Kau siapa nak halang aku?"

"wa isteri dia lei. Lu kasi pijak masuk satu langkah wa kasi lu sengat, lu tau?"

"Cis! Kisah pula aku dengan sengat kau tu? Sikit pun aku tak gentarlah. Tepi!"

Tubuh Suraya ditolaknya ke tepi sehingga dia tersandar ke pintu. Tanpa rasa segan dia terus melangkah masuk ke dalam rumah. Suraya merengus geram. Kurang ajar!

"Shark!" seru Rayden, kuat dan jelas. Anak matanya tak henti melilau mencari kelibat Shark disekitar rumah.

"uhuk! uhuk!" Shark terbatuk. Serentak Suraya dan Rayden berpaling kearah Shark yang baru sahaja keluar daripada dapur. Langkah Shark terhenti disitu, dia terkedu sejenak memandang Rayden dan Suraya silih berganti. Apa dah berlaku ni?

"Shark!"

"Awak!"

Pantas Suraya berlari mendapatkan Shark. Begitu juga dengan Rayden. Tubuh Shark terus dipeluknya erat. Shark tersentak. Apa kena dengan isteri aku ni? Senak perut Shark dibuatnya apabila pelukan itu semakin ketat.

Wajah Rayden jelas menunjukkan yang dia tidak puas hati. Kecil sahaja dia memandang Suraya yang menjelir lidah kearahnya. Berani betul perempuan ni cari fasal dengan aku!

"Hei, apahal ni? Apa dah berlaku ni, huh?"

"Dia! Dia nak rampas awak daripada saya. Saya tak nak dapat madu lelaki selepas ni. Kalau perempuan mungkin juga saya boleh terima!"

"Hei, kau ni memang mulut kurang ajar kan?!"

"memang pun! Dasar jantan tak tahu malu! Ada hati nak rampas suami orang! Werk!"

"ish, kau ni karang... "

"Rayden, stop it." halang Shark apabila Rayden sudah mengangkat sebelah tangannya ingin menampar wajah Suraya. Suraya tersenyum menang. Padan muka!

"Apa kau buat dekat rumah aku ni? Aku tak ada masa nak layan kau, Ray. Kau baliklah."

"Shark, aku cuma nak terangkan apa yang berlaku tadi. Aku sebenarnya... "

"Cukuplah, Ray. Aku tak nak dengar. Aku nak rehat. Lain kali sahajalah kita bincang. Aku pun bukannya sihat sangat hari ni."

"Kau tak sihat, Shark? Kenapa aku tak tahu?"

"sebab awak bukan isteri dia, saya yang isteri dia!" sampuk Suraya. Geram sahaja Rayden mendengarnya. Nasib baik ada Shark kalau tidak dah lama perempuan ni kena belasah dengan aku!

"Ray, kau baliklah Ray. Fasal aku kau tak payahlah risau. Aku cuma demam. Aku perlukan rehat."

"Tapi Shark... aku risaukan kau."

"Ya, aku tahu. Kau baliklah." rayu Shark. Rayden mengeluh kecil. Jelingan tajam dipanah tepat ke arah Suraya. Ini semua salah perempuan tu!

"orang suruh balik, baliklah!" herdik Suraya, menghalau.

"ish, geram aje aku dengan kau ni. Heh!" sinisnya, tidak puas hati. Dia terus berlalu pergi daripada situ. Keluhan kecil dilepas Shark setelah kelibat Rayden menghilang.

"Sayang juga kau dekat aku ya, Su?" soal Shark, sengaja dia ingin menyakat gadis yang masih memeluknya itu. Suraya tersenyum sinis.

"Yelah. Saya takut nanti awak manja dengan Rayden, saya pula awak abaikan. Saya tahulah Rayden tu kacak, tapi dia tak sesuai dengan awak."

"Haih, kau ni. Memang blur sungguh! Aku ni belum bodoh lagi tahu nak jadikan dia madu kau. Agak-agaklah... aku gurau aje tadi."

"betul awak gurau?"

"tengoklah, kalau aku bosan. Tak salah mencuba?"

"eiii!!" lengan Shark dicubitnya. Shark mengaduh sakit. Haih, sejak bilalah aku kawin dengan ketam ni?

"Aduh, sakitlah! Aku suami kau tahu?"

"Siapa suruh awak gurau macam tu! Entah-entah Rayden tu crush lama awak? Sebab itu awak layan dia baik kan?" tuduh Suraya.

"what?!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro