3
SECAWAN kopi diletakkan diatas meja berhampiran dengan kedudukan Encik Man. Kerusi malas yang berada disebelahnya menjadi tempat Puan Siti melabuhkan punggung.
Keluhan kecil dihelanya. Sekilas dia memandang encik Man yang tumpu membaca surat khabar. "Bang... dah berapa bulan suami dia tak ajak Suraya balik kampung. Saya risaulah, bang." ujar Puan Siti, memberitahu apa yang tersembunyi dilubuk hatinya.
Entah mengapa sejak dua tiga minggu ini dia asyik teringatkan tentang Suraya. Hampir 2 bulan Suraya tidak menjenguk mereka berdua dikampung. Takut jugalah jika ada sesuatu yang terjadi pada sepasang suami isteri itu.
"kamu tak payah nak kesahkan sangatlah pasal Suraya tu. Fajar ada kan? Tahulah dia nak jaga isteri dia macam mana..." balas Encik Man, acuh tak acuh.
"saya tahu, bang. Tapi... saya rasa macam ada sesuatu tak kenalah dengan Suraya tu bang sejak berkahwin dengan Fajar. Dia lebih jadi pendiam. Kalau dulu dia tak ada pun sampai macam tu."
"Itu maknanya dia dah matang. Tak adalah ikutkan sangat phobia dia tu!"
"ish, abang ni macam tak kisah pula pasal anak kita, kan? Suraya tu satu-satunya anak perempuan kita tahu? Kalau apa-apa terjadi dekat Suraya tu, macam mana?" soal Puan Siti, sedikit tidak puas hati.
Encik Man mula mengeluh kecil. Surat khabar dilemparkan keatas meja, lalu secawan air kopi itu dicapainya lantas dihirupnya sedikit demi sedikit. Hilang mood nya ingin membaca surat khabar!
"Nak dirisaukan apa lagi? Hmm? Dulu awak juga yang setuju nak satukan dia dengan Fajar kan? Jadi?"
"Saya tahu. Tapi saya sokong pun sebab saya tak nak gangster tu cari Suraya lagi! Itu aje..."
"Dah tu? Apa masalahnya? Apa kurangnya Fajar dekat mata awak sekarang ni? Awak tak payahlah nak fikir-fikir buruk pasal suami Suraya tu. Apa yang saya nak cuma Fajar jaga Suraya baik-baik dan lindungi dia daripada penjahat-penjahat tu!"
"Tapi kalau lindungi tanpa kasih sayang apa gunanya, bang? Huh? Si Suraya tu pun mansuia. Dia pun nak rasa orang sayang dia. Bukannya paksa untuk sayang dia bang."ujar Puan siti. Menekankan sedikit perkataan paksa itu.
"suka hati awaklah. Saya cuma fikir pasal keselamatan anak saya aje, selebihnya Fajar boleh beri pada Suraya sendiri. Daripada saya sibuk layan awak, baik saya solat maghrib." balas Encik Man.
Cawan kopi tadi diletakkan semula keatas meja. Lantas Encik Man bangun daripada kerusi itu dan melangkah menuju ke dalam bilik.
Puan siti mencebik bibir.
"ish, cakap sikit masuk bilik! Orang tengah risau pasal Suraya dia boleh pula buat macam tak ada apa-apa. Buatnya gangster tu dapat Suraya, menangis tak berlagu abang nanti! Eloklah sebelah telinga takda, sepatutnya biar dia potong dua-dua! Ada telinga pun bukannya nak dengar nasihat saya!" bebel Puan siti tidak puas hati. Lantas kedua belah tangannya memeluk tubuh.
HARI berganti malam, lauk ayam masak kicap diletakkan keatas meja bersama lauk yang lain. Air oren dituangnya ke dalam gelas lalu ditolakkan kearah Fajar.
Pinggan kaca yang tidak jauh daripada situ juga dicapainya, lalu dicedukkan nasi keatasnya sebelum diserahkan kepada suaminya.
"abang nak lauk apa?" Soal Suraya, sambil tangannya mencapai lauk ikan yang berada disebelah kanan lalu diceduk dan diletakkan keatas pinggannya.
Fajar pula mendiamkan diri. Kepala ditundukkan ke bawah, tidak tahu ingin memulakan ayat bagaimana. Pinggan nasi ditolaknya perlahan ke hadapan. Berkerut kening Suraya memandangnya, pelik.
"Abang kenapa ni? Abang ada masalah ke? Atau.. abang nak makan benda lain malam ni?" Soal Suraya, gelisah. Manalah tahu masakannya tidak kena dengan tekak Fajar malam ini.
Malah, Fajar hanya menggeleng perlahan. Dia kembali mengangkat wajah memandang Suraya disebelahnya.
"Aku ada benda sedikit nak bincang dengan kau." ujar Fajar. Serius. Terus mematikan senyuman yang terbit dibibir Suraya.
"Ab.. Abang nak bincang fasal apa? Ya pun, kita makanlah dulu. Nanti kalau sejuk tak sedap."
"Aku tak ada selera nak makan malam ni. Lagipun, aku nak benda ni setel dengan cepat supaya aku dah tak serabut dengan masalah ni. So please focus, okay?"
Suraya mengangguk perlahan. Pinggan nasinya ditolak kehadapan, lantas tubuhnya dipaling kearah Fajar. Bersedia untuk mendengar apa yang lelaki itu ingin bincangkan dengannya.
Perlahan-lahan Fajar menarik nafasnya, sebelum dihembus keluar dengan perlahan. I know you can, fajar! Desis hatinya perlahan.
"Aku terpaksa ceraikan kau malam ni." ucap Fajar, tanpa memandang wajah Suraya.
Dia tahu, jika dia memandang wajah gadis itu dia bakal berasa serba salah. Tetapi dia terpaksa! Sampai bila nak hidup berumah tangga dengan orang dia yang tidak dicintai.
Tergamam Suraya mendengarnya. Kelu lidahnya seolah-olah tidak mampu untuk berkata lagi. Apa salahnya selama ini?
"Ta.. Tapi kenapa?"
"Kau jangan tanya sebab kenapa? Sebab itu memang pilihan aku selama ni! Aku jaga kau pun atas sebab ayah kau yang paksa aku, kalau tidak aku takkan jadi suami kau. Kau dah hancurkan harapan aku..."
"harapan? Harapan apa? Harapan abang nak kawin dengan Athirah?" soal Suraya, seperti tahu sahaja apa yang bermain difikiran lelaki itu.
Malah, Fajar hanya mendiam sebagai jawapan. Suraya menggeleng perlaham, sebelah tangan fajar ditariknya lalu digenggam dengan erat.
"Ab.. Abang.. suraya tak kisah kalau abang nak kawin dengan Athirah. Suraya sanggup terima dia jadi madu, suraya asalkan abang tak ceraikan Suraya... itu aje."
"Tak boleh. Aku tak mampu untuk berikan tanggungjawab yang adil pada dua orang isteri. Lagipun, apa gunanya kau ada dekat sini? Cinta dan sayang aku takkan pernah pergi dekat kau. Mungkin kalau aku ceraikan kau, bakal ada orang yang lebih baik akan jaga kau."
"Tapi siapa, bang? Siapa yang nak jaga Suraya? Suraya tak kisah pasal cinta ataupun sayang. Suraya langsung tak kisah kalau suraya tak dapat semua tu, asalkan Suraya dapat tinggal sini dengan abang. Suraya sayang abang... Walaupum abang selaku pukul Suraya. Tolonglah abang, jangan ceraikan Suraya..." rintih Suraya.
Cecair jernih mula bertakung dibawah kelopak matanya. Fajar menggeleng kepala, tetap dengan keputusannya. Tangan Suraya ditepisnya kasar, sebelum dia bangun melangkah ke arah beg bagasi yang diletakkan dipenjuru ruang tamu.
"Aku terpaksa. Kau pergilah merayu dekat mana-mana lelaki yang sudi jaga kau selain aku. Kalau kau rasa terdesak sangat nak duduk dengan seseorang, kau pergi jadi pelacur aje lah." sinisnya.
Pantas Suraya menggeleng kepalanya, dan bangun meluru kearah Fajar. Aku tidak sebodoh itu ingin melacur diri semata-mata inginkan seseorang menjaga aku.
"Abang, tolonglah Suraya merayu jangan ceraikan Suraya, bang. Abang cakaplah apa sahaja yang abang nak Suraya sanggup bagi asalkan abang tak tinggalkan Suraya. Tolonglah..."
Rayu Suraya.
"No, I can't... Kau pergilah cari jantan tak guna dekat luar sana. Dia orang mungkin akan kutip kau. Dah berambus daripada sini!"
Lengan Suraya dicengkamnya kasar, lalu diheret kearah pintu utama yang terbuka luas. Lantas tubuh gadis itu ditolaknya, sehingga Suraya jatuh terjelepok keatas lantai bersama beg bagasinya.
"Malam ni... Ain Suraya binti Mohamad Aman Zainudin, aku ceraikan kau dengan talak tiga." ucapnya, tanpa memandang wajah Suraya.
Jatuh menitis air mata Suraya mendengar lafaz talak yang dijatuhkan keatasnya. Tergeleng kepala Suraya, seolah-olah tidak boleh menerima apa yang terjadi pada malam ini. Tolonglah katakan ini mimpi kepada aku Ya Allah!
"Ab.. abang..."
Tak sempat Suraya ingin mengatakan sesuatu pada lelaki itu, pintu sudah dihempas tutup dengan kuat. Bibir diketap Suraya, menahan daripada dia mengeluarkan tangisan.
"Allah huakhbar, apa semua ni Ya Allah..."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro