Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6

"APA pandang-pandang?"

Usik Dhiya, pura-pura marah tapi dalam hati melonjak suka. Sekurang-kurangnya dia dah berjaya buat mata Aidan tak berkedip memandang. Suka rupanya Aidan dengan fesyen rambut kepuk-kepuk ni. Dah beberapa hari, kerjanya asyik kerling-kerling Dhiya saja. Dah beberapa hari juga masuk bilik awal dari yang sepatutnya. Tak sia-sia usaha Najah yang beria-ia make over Dhiya.

Aidan sengih.

"Cantik!" komennya sepatah.

"Selama ni Dhiya tak cantik ke?"

"Eh cantik. Sebab Dhiya yang cantik luar dalam inilah yang buka hati I nak kahwin tau."

"Ya ke?"

"Ya la, I tak pernah bohong you kan, Dhiya sayang..."

Dhiya angguk. Benar. Aidan tak pernah tipu dia, dalam apa keadaan sekalipun

"Sebab tu Dhiya sayang sangat dengan you, Dan..."

Manja suara Dhiya. Sambil tu digesel-gesel tubuh ke sisi Aidan. Tangan pula buat-buat nakal tersentuh sana sini. Benda halal, tak dosa... Buat pi la apa pun, asalkan hati si suami dapat diraih sepenuhnya. Jarang-jarang dia bertindak dahulu dengan beraninya. Selalu tu, dia tunggu Aidan mulakan. La ni, dah tak boleh jadi perempuan jenis dulu yang malu-malu nak bertindak. Kena tukar stail. Kena agresif goda suami sendiri. Mungkin itu yang Aidan suka. Manalah tahu kan?

"You make me stunning, Dhiya..."

Kedengaran suara gatal Aidan merengek. Hati Dhiya dah kembang semangkuk. Mahunya tidak, ni baru permulaan. Baru gear satu, belum pergi gear tiga lagi. Ingat Dhiya tak hebat ke dalam hal ni? Cuma sebelum ni, dia terleka sikit. Yalah, sebab dimanjakan Aidan dalam segala hal. Dibiarkan saja Aidan mendominasi hubungan mereka suami isteri. Tanpa dia sedar kehendak Aidan sendiri. Apa yang sisi hati lelaki Aidan mahu.

Tangan Dhiya semakin menakal. Aidan dah tak boleh bertahan. Spontan dia berdiri dan mencempung tubuh Dhiya untuk dibawa masuk ke dalam bilik. Mana mahunya di ruang tamu, tak selesa. Dalam bilik lagi mengujakan.

"Hurm... Sedap bau perfume ni. Baru, eh?"

Dhiya angguk manja mengeyakan. Dua pasang mata bertemu. Dup dap, dup dap jantung masing-masing.

"Suka?"

"Yup... Nice," bisik Aidan dengan ton suara romantis.

Dhiya senyum senang. Bangga. Sekali lagi terima kasih diucapkan pada Najah. Kagum sungguh dengan pilihan Najah, semuanya menjadi dan disukai Aidan. Tak rugi belanja ribu-riban, beli macam-macam hari tu. Berbaloi kerana dapat pujian demi pujian dari encik suami.

Malam-malam, Dhiya dah tak pakai lagi stoking kartun pemberian Abang Dzikri. Semua tu disimpan baik-baik di dalam sebuah laci. Aidan tak pernah kompelin pasal stoking, tak bermakna dia suka. Tak boleh la Dhiya ikut selera sendiri saja. Entah-entah Aidan jemu pandang stoking warna-warni tu. Pemberian lelaki lain pula.

Betul la... Dalam hubungan suami isteri, sesekali perlu ada kejutan dan kelainan.

"ABANG..." panggil Dhiya.

Aidan menoleh pandang Dhiya. Semacam pandangannya. Bikin Dhiya jadi serba tak kena. Malu pun ada. Maklum, dia tak pernah panggil Aidan dengan panggilan 'abang'. Dia dah biasa bahasakan diri I you saja dengan Aidan. Dah sebati dengan lidah sejak berkawan lagi. Hari ini nak cubalah ubah. Kalau-kalau boleh buat sayang Aidan bertambah.

"Ulang lagi sekali, Dhiya... I kurang dengar."

"Abang nak Dhiya buat kopi ke teh?"

Aidan ketawa. Tapak tangannya spontan mendarat ke dahi Dhiya.

"Dhiya sihat ke tidak ni?" tanya Aidan lepas berhenti gelak.

"Sihat la... Kalau tak, Dhiya tak bangun awal pagi buat sarapan istimewa untuk abang."

Walaupun kekok, dikuatkan semangat untuk sebut abang. Sambil tu Dhiya turunkan tangan Aidan yang masih di dahinya.

Aidan ketawa lagi.

Dhiya nak kecil hati pun ada sebab diketawakan. Dia punyalah berusaha praktis sebut 'abang... Abang' beberapa hari ni. Sabar sajalah. Demi misi pikat hati suami.

"It's not funny, Dan..."

"Sorry... Tapi I rasa pelik dengar. Tak biasa kut."

"Sebab tu Dhiya nak biasakan..."

"It's okay, Dhiya. I tak pernah kecil hati pun you tak panggil I abang. Itu tak penting. Yang penting you dah jadi isteri terbaik pada I."

"Ya ke terbaik, Dan... Errr, abang?"

Meletus lagi ketawa Aidan. Sampai memerah mukanya. Dhiya tarik muka. Merajuklah sikit. Aidan perasan, lalu dipeluk Dhiya dari belakang. Lembut saja sentuhan yang dirasai Dhiya.

"It's okay kalau you tak berabang-abang dengan I, Dhiya. Tak pernah kurangkan sayang I pada you."

"Okey... Dan. Tak payah abang, abang."

Dhiya mengaku kalah. Bab ni dia kalah. Tak boleh lawan Humaira. Perempuan tu panggil abang pada Aidan, suaminya tak bantah pun. Dhiya baca semua mesej Humaira. Berabang sakan.

"Good. Gelilah telinga I, Dhiya."

Oh geli. Humaira panggil tak geli pula? rungut Dhiya dalam hati.

Melihat muka Dhiya yang sedikit kelat, Aidan menarik tubuh Dhiya ke dalam pelukannya lagi. Dari hadapan pula.

"Yang sebenarnya... I suka bila you panggil I 'Daaan'... Lembut dan tenang saja, menusuk hingga ke dalam sanubari I ni. Itu sebab yang kukuh. Jadi jangan ubah-ubah panggilan tu. I anggap ianya sesuatu yang sangat istimewa," bisik Aidan rapat di telinga Dhiya.

Aidan, kalau pasal memujuk, memang nombor satu. Tak pernah Dhiya tak terpujuk.

Dhiya balas pelukan Aidan. Halah, halah... Dan pun Danlah, jika itu disenangi tuan punya badan. Sekali fikir kecewa juga, bab panggilan abang pun dia dah kalah dengan Humaira. Apatah lagi dalam bab lain.

Tapi Aidan ni suami dia yang sah. Pada Humaira, Aidan hanyalah teman lelaki. Kekasih belum halal. Jadi, kena yakin taraf dia lagi tinggi dan mulia. Status Humaira tu apa la sangat. Ikutkan, Aidan boleh saja campak Humaira tu bila-bila dia suka, kan? Walaupun Dhiya yakin seratus peratus yang Aidan tak akan buat macam tu. Cinta pertama kut.

"Okey, baiklah yang mulia, suamiku... Dan. Sekarang nak kopi ke nak teh?"

"Nak kiss!" usik Aidan

"Eee... Tak kuasa pagi-pagi ni."

Namun Dhiya layangkan juga sebuah ciuman di pipi Aidan sebelum dia berlari ke dapur. Goda, jangan tak goda. Suami kau, Dhiya.

"WOW... Baju baru lagi?"

Dhiya senyum. Hari-hari dia pakai baju Muslimah yang baru dibeli. Jangan tak tahu, selain dari beli-belah di pasar raya dengan Najah, dia juga shopping online. Boleh kata hari-harilah sampai barangnya di pejabat. Semua ni, Najah juga yang ajar.

"Banyaknya shopping sekarang ni? Tudung pun macam-macam warna dan stail," komen Aidan.

"Dhiya bosan la pakai baju lama-lama. Sekali-sekala nak juga ubah selera, baru hidup ni rasa lebih ceria."

Aidan sua senyum tipis.

"Dan marah ke dengan apa yang Dhiya buat?"

"Kenapa pula nak marah? Dhiya pun kerja, memang you patut reward yourself."

"Kannn... Tapi Dan suka tak dengan Dhiya punya new look?"

Kelihatan Dhiya beria-ia nak tahu perasaan sebenar Aidan. Kalau dari bahasa tubuh dan jeling-jeling tu, macam suka aje. Bukan senang nak lilit-lilit selendang di kepala. Dhiya kena bangun awal daripada biasa, untuk luangkan masa di depan cermin.

"You pakai apa pun cantik, Dhiya. Pakai stoking kartun Abang Dzik belikan dengan baju tidur pun comel di mata I."

"Ya ke?"

"Ya la..."

Aidan ketawa-ketawa.

Keliru Dhiya kejap. Kalau dia cantik, dia comel... Kenapa Aidan masih memburu Humaira yang begitu bergaya tu?

"Ikhlas ke, Dan? Ke Dan saja aje kata Dhiya cantik, selalu puji-puji sebab nak ambil hati Dhiya."

Sedar diri. Dia bagaikan melukut di tepi gantang.

"Isy... Apa cakap macam tu? You tu kan isteri I, Dhiya... I tak pernah pandang rendah pada you."

"Sorry, Dan... Bukan apa, kadang-kadang terfikir apa isi hati you yang sebenar pada I."

"Dhiya... Kita jadi suami isteri dah empat tahun lebih tau. Rasa I, you dah kenal I luar dan dalam."

Dhiya diam.

"Dah la tu... Jangan fikir yang bukan-bukan lagi. Dhiya yang I kenal, seorang yang easy going, simple, cool, tak suka kusutkan kepala dia dengan perkara remeh-temeh. Itu yang buat I selesa sangat dengan you, Dhiya."

Okey...

Tak ada komen setakat hari ini. Tapi Dhiya perlu beringat, dalam keghairahan dia untuk menyaingi Humaira, seharusnya dia ambil pendekatan menarik rambut dalam tepung. Maksudnya, buat diam-diam dan perlahan-lahan. Jangan sampai Aidan perasan akan misinya.

Jangan tersilap langkah, takut nanti bukan Aidan semakin rapat, semakin sayang padanya, tapi semakin menjauh. Kerana kesilapan tanpa sedar, mungkin Aidan akan terus pergi pada Humaira, tanpa menoleh lagi padanya.

Maklumlah, dia kan ibarat sampah, menunggu masa untuk dibuang...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro