Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 9: Syarat Untuk Berpisah.

FATIN Berdehem perlahan.

"Ada apa Encik Azmi nak jumpa saya?." Tanya dia.

Azmi tersenyum. Seraya mendekatkan wajahnya dengan wajah Fatin.

"Aku memang tunggu kau tanya soalan tu."  Ujarnya.

Fatin berkerut dahi sambil menggerakkan sedikit kepalanya ke belakang.

"Sebab aku ada berita gembira untuk kau." Tambah Azmi lagi.

"Be.. Berita gembira?." Gumam Fatin gugup kerana jarak yang terlalu dekat dengan Azmi.

Azmi mengangguk laju. Seraya menegakkan kembali tubuhnya dan memandang ke hadapan

Fatin menghela nafas panjang. Agak lega apabila Azmi menjauhkan diri darinya. Tudungnya dia tarik sedikit ke belakang.

"Berita apa?." Soalnya gugup.

Azmi menoleh lagi ke arahnya.

"Kita akan bercerai."

"Bercerai?." Gumamnya terkejut.

Azmi mengangguk laju sambil tersenyum.

"Gembira tak?." Soalnya lagi.

Fatin segera menunduk. Dia hilang kata-kata.

"Senyumlah sikit.. Kau tak happy ke." Ujar Azmi memandang Fatin.

Fatin memandang wajah suaminya itu. Senyuman perlahan terukir di wajahnya.

"Macam tu lah..." Kata Azmi seolah memuji. Seraya menyandarkan kepalanya pada kerusi.

"Aku tahu kau gembira dengar berita ni. Sebab aku pun sama. Ya lah... Siapa je yang suka kena paksa kahwin dengan orang yang dia tak kenal kan." Tambahnya lagi.

Fatin kembali menunduk. Dia merasa bingung kerana dia sama sekali tidak merasa gembira mendengar berita itu.

Azmi memandang lagi ke arah Fatin.

"Kau tahu tak, sebenarnya kakak aku yang cadangkan semua ni." Tuturnya membuka cerita.

Fatin berkerut dahi. Dia menoleh kembali ke arah Azmi.

"Maksud Encik Azmi?. Cik Ziana?." Gumamnya.

Azmi mengangguk sahaja.

Fatin kembali menunduk. Dia teringat kata-kata Ziana kepadanya sebelum ini.

I diam bukan bermakna i suka tau. Hidup you dengan Azmi sekarang. I yang tentukan. You akan tetap jadi isteri Azmi dan dia akan tetap jadi suami you. Jadi belajarlah untuk terima each other.

Tapi kenapa tiba-tiba dia cadangkan supaya kami bercerai?. Benaknya.

"Tapi kalau dah namanya Ziana. Mestilah kena ada syarat." Gumam Azmi tiba-tiba.

Fatin memandang ke arah Azmi.

"Syarat?." Gumamnya.

Azmi mengangguk kepalanya memandang Fatin.

"Syarat apa?." Tanya Fatin spontan.

Azmi menghela nafas panjang. Seraya berkata

"Kita kena cuba untuk teruskan perkahwinan kita ni selama sebulan tanpa aku berhubung dengan kekasih aku." Tutur Azmi jelas.

Fatin berkerut dahi. Kerana merasa pelik dengan apa yang baru dikatakan Azmi.

"Kata nak cerai?. Kenapa nak cuba teruskan hubungan lagi?." Soalnya pelik.

Azmi menoleh ke arah Fatin.

"Aku pun tak faham. Tapi itu syaratnya. Jadi kita kena ikut lah. Tak lama pun... Sebulan je." Ujarnya.

Fatin segera menunduk.

"Untuk apa buat macam tu?." Gumamnya kesal.

Melihat cara Fatin yang kelihatan kesal dengan syarat itu. Azmi segera mengambil tangan Fatin dari atas peha gadis itu.

"Fatin..." Gumamnya.

Fatin agak terkejut dengan tindakan Azmi yang tiba-tiba mengambil tangannya.

"Tolonglah... Bukan senang aku nak dapat peluang ni. Dia janji dengan aku yang dia akan terima Lyana kalau aku ikut syarat dia ni." Tutur Azmi seolah merayu kepadanya.

Fatin berkerut dahi apabila mendengar nama wanita yang keluar dari mulut Azmi.

"Siapa Lyana?." Soalnya.

Azmi berkerut dahi memandangnya. Serta-merta tangan Fatin dia lepaskan.

"Aku tak bagitahu kau lagi eah?." Soalnya.

Fatin menggeleng kepalanya.

Azmi manggut-manggut sambil berkerut dahi. Tetapi tidak lama. Dia kembali tersenyum memandang Fatin.

"Lyana tu lah kekasih hati aku." Gumamnya tulus.

Fatin hilang kata mendengar kata 'Kekasih Hati Aku' yang keluar dari mulut Azmi.

"Nanti aku kenalkan kau dengan dia." Kata Azmi lagi.

Berkerut dahi Fatin memandang Azmi.

"Kenalkan dengan dia?. Nak buat apa?." Soalnya.

Azmi tertawa kecil.

"Kau kan adik aku. Jadi kau kena lah kenal dengan kekasih aku." Ujarnya.

Fatin menunduk.

"Sejak bila pulak saya jadi adik Encik Azmi." Gumamnya perlahan.

Azmi mencebik mendengar omelan gadis itu.

"Aku dengarlah apa kau cakap." Ujarnya kesal.

Fatin kembali memandang wajah Azmi.

"Sorry." Gumamnya. Seraya menunduk kembali.

Azmi memandang lama gadis itu dan tanpa sedar bibirnya menguntum senyuman.

Kau ni kan... Macam mana lah aku tak lembut hati tengok kau. Kau berbeza dari Syatilla. Walaupun aku tak cintakan kau. Tapi aku tak bencikan kau macam aku benci Syatilla. Bicaranya di dalam hati.

Dia menghela nafas panjang dan menyandarkan tubuhnya pada kerusi semula.

"Minggu depan nanti aku bawa kau jumpa Lyana. Sebab dia tak ada dekat sini sekarang. Dia ada kerja dekat New York." Ujarnya.

Fatin hanya mendiamkan diri.

"Tapi untuk malam ni. Kau bolehlah kemas-kemas barang kau. Sebab esok kita akan pindah ke rumah kakak aku." Ujar Azmi lagi.

Fatin pantas menoleh ke arah Azmi.

"Rumah kakak Encik?." Gumamnya terkejut.

Azmi menoleh kembali ke arah Fatin.

"Itu syarat kedua dia. Kita kena stay dekat sana sampailah kita berpisah." Ujarnya.

Fatin mengeluh kesal.

Menyedarinya. Azmi berkata lagi

"Nak buat macam mana. Dia tak percayakan aku."

Fatin menunduk sahaja. Jujur. Dia paling tidak selesa dengan kakak iparnya itu. Dengan suaminya, masih bisa di terima lagi. Walaupun ada masanya dia kesal dengan sikap tidak sensitif lelaki itu.

***

FATIN Mengeluh panjang. Seraya mencampak dirinya ke atas katil. Matanya merenung kipas syiling yang sedang berpusing.

Bercerai?. Getus hatinya. Hatinya tiba-tiba merasa hiba. Menyedari akan perasaanya. Dia segera bangun dari pembaringan.

"Kenapa aku nak sedih pula?. Inikan berita gembira. Aku sepatutnya gembira. Sebab lepas ni aku dah terikat dengan sesiapa lagi." Gumamnya.

_

ZIANA Tersenyum puas melihat hidangan di atas meja.

"Cik Ziana." Sapa Mak Kiah.

Dia menoleh.

"Ya." Sahutnya memandang Mak Kiah.

"Mak Kiah dah siap kemas bilik Encik Azmi." Kata Mak Kiah sedikit menunduk.

Ziana mengangguk kepalanya dan berpaling kembali ke arah meja makan.

"Cik Ziana." Panggil Mak Kiah lagi.

Ziana menjulingkan matanya dan memandang kembali ke arah Mak Kiah.

"Siapa sebenarnya yang nak datang?." Tanya Mak Kiah.

Ziana tersenyum senget memandang Mak Kiah yang sedang menanti jawapannya.

"Bakal menantu Mak Kiah." Ujarnya sarkastik.

Mak Kiah berkerut dahi.

"Sibuk je Mak Kiah ni kan. Tunggu je lah.. Nanti dia sampai. Mak Kiah tengok je lah siapa." Ujar Ziana.

Mak Kiah tersenyum kelat.

"Maaf Cik Ziana. Mak Kiah ke dapur dulu ya." Tutur Mak Kiah sedikit membungkuk.

"Dah. Pergi.. Pergi.. Pergi..." Ujar Ziana sambil mengibas tangannya meminta Mak Kiah segera meninggalkannya.

_
AZMI Memandang ke arah Fatin yang berada di sisinya.

"Kau ingat tak rumah ni?." Soalnya.

Fatin berkerut dahi pelik mendengar soalan Azmi.

"Kenapa Encik Azmi tanya macam tu?." Tanya dia.

"Kau masih tak ingat lagi?." Soal Azmi lagi.

"Ingat apa?." Tanya Fatin berkerut dahi.

Azmi mencebik.

"Tak apalah. Tak penting pun. Jom masuk." Kata Azmi.

Baru Azmi hendak keluar dari kereta. Dia terpandang ke arah Ziana yang sedang berdiri di hadapan pintu rumah. Sepertinya sedang menunggu mereka. Dia berdecit geram. Seraya menoleh kembali ke arah Fatin.

"Tunggu aku. Aku bukakan pintu kereta untuk kau." Ujarnya.

Fatin berkerut dahi.

"Tunggu!." Tegas Azmi lagi.

Fatin akur dan menunggu Azmi membuka pintu kereta untuknya.

ZIANA Tersenyum melihat Azmi memimpin tangan Fatin di hadapannya.

"Welcome home." Sapanya.

Azmi tidak memberi sebarang reaksi. Sementara Fatin pula tersenyum kelat.

"Masuklah.. Kita makan dulu." Pelawa Ziana.

***

MAKAN Malam yang janggal bagi Fatin, telah pun berakhir.

"Mak Kiah." Laung Ziana.

"Ya..."

Kelihatan Mak Kiah keluar dari dapur sambil berlari anak menghampiri meja makan.

"Kami dah siap." Ujar Ziana sebaik Mak Kiah berada di dekat meja.

"Baik Cik Ziana."

Mak Kiah menunduk patuh. Dan mula mengutip pinggan di atas meja. Saat Mak Kiah mahu mengambil pinggan Fatin. Fatin segera menariknya. Seraya tersenyum kepada Mak Kiah.


"Tak apalah Mak Kiah. Saya punya, biar saya angkat sendiri." Tutur Fatin ramah.

Ziana melirik ke arah Fatin dan Mak Kiah. Azmi turut memandang ke arah isterinya dan Mak Kiah.

Mak Kiah jadi serba salah. Apatah lagi apabila dia melihat Ziana yang sedang memandang tajam ke arahnya.

"Fatin." Ziana bersuara.

Fatin memandang ke arah Ziana.

"Biarkan dia buat kerja dia sendiri." Ujar Ziana.

Fatin tersenyum memandang Ziana.

"Memanglah ini kerja Mak Kiah. Tapi tak salahkan saya nak tolong. Lagi pun Mak Kiah dah masak. Apa salahnya saya dah makan, saya angkat sendiri pinggan saya." Tuturnya lembut, namun kedengaran sinis.

Berubah air muka Ziana.

Fatin bingkas bangun. Pinggannya di angkat dan pinggan dari tangan Mak Kiah turut di ambilnya.

Azmi tersenyum melihat air muka Ziana yang berubah kerana di sekolahkan oleh Fatin. Itulah... Sombong sangat. Semua nak suruh Mak Kiah. Saje-saje dapat lesson free. Ejeknya di dalam hati.

Ziana memandang tajam ke arah Azmi.

"You apa hal senyum?." Soalnya tidak puas hati.

"Tak ada apa." Jawab Azmi masih tersenyum.

Ziana mengeluh panjang. Seraya meletak kedua tangannya di atas meja.

"You dah break dengan Lyana?." Soalnya mula menukar topik.

Azmi terdiam. Baru sebentar tadi sementara menunggu Fatin bersiap. Dia membuat panggilan video dengan Lyana.

Ziana memandang ke arah telefon Azmi yang berada di atas meja, dekat depan Azmi.

"Phone you sini." Dia menghulur tangannya meminta.

Azmi memandang wajah Ziana. Dia baru mahu mengambil telefonnya itu. Namun belum sempat dia mengambilnya, Ziana terlebih dahulu mengambilnya.

"Akak. Apa benda ni?." Soalnya tidak puas hati.

Ziana berdecit apabila ada pasword yang menghalang. Dia menghulur telefon tersebut kepada Azmi.

"Fingerprint!." Pintanya tegas sambil memandang tajam ke arah Azmi.

"No way!." Balas Azmi.

"I said fingerprint!." Ujar Ziana meninggi suara.

Azmi mengeluh kecil. Dia menjeling Ziana dan menyentuh ibu jarinya pada telefon, seperti yang di minta Ziana.

Ziana segera membuka membuka aplikasi whatsapp untuk memeriksanya dan seperti dugaannya Azmi masih lagi berhubung dengan Lyana.

"Baru tadi ni." Gumamnya sambil memeriksa.

"Akak ni pun. Tak kan nak terus break. Bagilah Mi masa nak fikir. Macam mana Mi nak susun ayat nak cakap dengan dia." Ujar Azmi.

"Okey." Ujar Ziana. Seraya meletak kembali telefon Azmi di atas meja.

Azmi berkerut dahi memandang Ziana.

"Nanti. Kalau you dah break dengan dia. Bagitahu i. Dan i akan check phone you untuk pastikan yang you betul-betul dah break dengan dia. Sebab bila je i pasti yang you dah break dengan dia. Hari pertama percubaan you dengan Fatin baru di bermula." Ujar Ziana.

Azmi mengeluh kesal.

"You tak rasa diri you melampau ke kak?." Soalnya.

"Kenapa pula nak rasa macam tu?. Ini janji kita kan.." Jawab Ziana bersahaja.

"Tapi you tak kata nak check phone i." Jawab Azmi.

"Dan i tak kata yang i tak akan check phone you. Inilah satu-satunya sebab kenapa i nak you stay dekat sini. Supaya i dapat perhatikan you." Ujar Ziana.

Azmi mengetap bibir geram.

"Macam mana you nak cuba teruskan hubungan dengan isteri you? Kalau you masih berhubung dengan perempuan lain?." Soal Ziana lagi.

"Excuse me!. Dia bukan perempuan lain!. Dia bakal isteri i." Tegas Azmi.

"Tak kisahlah bakal isteri ke apa. Apa yang i tahu sekarang..." Ziana menuding jari ke arah dapur.

"Dekat dapur tu isteri you." Ziana menghabiskan bicaranya.

Azmi merenung tajam wajah kakaknya itu.

"You memang tak pernah berubahkan." Katanya.

"Why should i?." Balas Ziana tidak beriak.

Azmi tersenyum sinis.

"Sekarang baru i faham. You sebenarnya bukan kisah sangat pun pasal Fatin. You cuma tak nak i dengan Lyana je kan?!." Ujarnya geram.

"Hakikat benci memang sukar untuk di ubah. Tapi i tetap bagi peluang untuk you bersama dengan dia. You tak nampak ke pengorbanan i?. Apalah sangat sebulan kalau nak dibandingkan dengan apa yang you akan dapat lepas tu. Betul tak?." Gumam Ziana sinis.

"Okey. Fine. I akan buat sesuai permintaan you. Tapi ingat kak. Ini yang terakhir. Lepas sebulan. I tak akan ikut lagi syarat bodoh you." Ujar Azmi.

Ziana tersenyum mendengarnya.

"Okey." Katanya.

You akan jatuh cinta dengan isteri you sebelum masa tu tiba Azmi. Desis hatinya.

***

DIDAPUR. Fatin membantu Mak Kiah mencuci pinggan.

"Fatin. Dah lah tu. Biar Mak Kiah yang buat." Ujar Mak Kiah.

"Tak apalah Mak Kiah. Saya dah biasa dah buat kerja-kerja macam ni. Jangan risau. Saya orang biasa." Ujar Fatin tersenyum.

"Tapi Fatin kan tetamu Cik Ziana." Ujar Mak Kiah.

"Yang nama tetamu, tak lebih dari tiga hari. Jadi saya ni bukan tetamu dan bukan tuan rumah. Kira macam menumpanglah... Kalau menumpang, kena buat cara menumpang.. Betul tak?." Ujar Fatin tersenyum.

"Yalah... Betullah tu. Tapi ini kerja Mak Kiah. Biar Mak Kiah buat." Ujar Mak Kiah mengambil pinggan dari tangan Fatin.

Fatin akur dan berganjak ke tepi. Namun dia tetap berdiri di sebelah Mak Kiah, melihat wanita tua itu mencuci pinggan.

"Dah. Pergi ke meja makan. Nanti Cik Ziana tanya pula. Lama sangat hantar pinggan." Ujar Mak Kiah.

"Dia tak cari lah. Dia nak bersembang dengan adik dia tu. Tak nak lah kacau. Saya nak tolong Mak Kiah dekat sini" Jawab Fatin.

Mak Kiah tersenyum memandangnya.

"Fatin. Umur berapa?." Tanya Mak Kiah.

"19." Jawab Fatin.

"Masih belajar ke dah kerja?." Tanya Mak Kiah lagi.

"Saya masih belajar lagi." Jawab Fatin ramah.

"Ouh... Ye ke?. Dekat mana?." Tanya Mak Kiah lagi.

"UTM." Jawab Fatin.

"UTM?. Anak saudara Mak Kiah dulu pun menuntut dekat sana." Ujar Mak Kiah.

"Lah... Ye ke?." Jawab Fatin teruja.

Mak Kiah tersenyum.

"Kira Fatin ni budak pandailah..." Ujar Mak Kiah memberi pujian.

"Apa pula budak pandai. Biasa je lah Mak Kiah." Jawab Fatin.

Mak Kiah tersenyum. Seraya menyambung kerjanya, membersihkan meja pula.

"Mak Kiah dah lama ke kerja dengan Cik Ziana?." Tanya Fatin.

"Lama dah. Sejak Cik Ziana dengan Encik Azmi kecil lagi." Ujar Mak Kiah.

Fatin manggut-manggut.

"Fatin." Panggil Mak Kiah.

"Ya," Sahut Fatin memandang Mak Kiah.

"Mak Kiah nak tanya sikit boleh?." Tanya Mak Kiah.

"Boleh. Tanya je lah." Jawab Fatin tersenyum.

"Fatin dengan Encik Azmi."

"Fatin!."

Terhenjut bahu Mak Kiah apabila Ziana tiba-tiba muncul di dapur.

"Cik Ziana." Gumam Fatin agak terkejut.

Ziana berjalan menghampiri Fatin dan Mak Kiah.

"Cik Ziana lagi. Berapa kali nak kena bagitahu. Panggil i Kak Zee!." Ujar Ziana.

Fatin tersenyum kelat.

"Panggil apa?." Soal Ziana memandang Fatin.

"Kak Zee." Jawab Fatin.

Ziana melirik sekilas ke arah Mak Kiah.

"Buat apa lama sangat dekat dapur?." Tanya dia memandang Fatin

"Tak ada apa. Borak-borak kosong je dengan Mak Kiah." Ujar Fatin.

"Wow... Cepat mesra ya. Baru kenal. Dah borak-borak kosong." Ujar Ziana sambil menjeling ke arah Mak Kiah.

"Tak adalah Cik Ziana. Kami tak berborak pun. Fatin tolong Mak Kiah cuci pinggan tadi." Jelas Mak Kiah.

"Fatin?. Siapa benarkan Mak Kiah panggil dia macam tu?. Mak Kiah ingat dia anak Mak Kiah ke?. Panggil dia Cik Fatin!." Ujar Ziana tegas.

"Baik. Cik Ziana." Akur Mak Kiah menunduk.

Fatin mengeluh kesal melihat sikap kasar Ziana terhadap Mak Kiah. Sedih dia melihat Mak Kiah menunduk begitu.

Ziana memandang ke arah Fatin.

"You tolong Mak Kiah cuci pinggan ke tadi?." Tanya dia.

Fatin mengangguk perlahan.

"Lain kali tak payah susah-susah. Tak ada guna upah Mak Kiah kalau you yang kena buat kerja." Ujar Ziana.

Hilang sabar Fatin mendengar ucapan Ziana.

"Tapi Mak Kiah kan orang tua. Tak salah pun kalau kita yang muda ni nak tolong." Balasnya.

Ziana memandang tajam ke arah Fatin. Dia melirik ke arah Mak Kiah.

"Kalau macam tu... Tak payah lah kerja lagi. Dah tua kan..." Ujarnya.

"Mak Kiah minta maaf Cik Ziana. Mak Kiah janji perkara ni tak akan terjadi lagi." Gumam Mak Kiah menunduk.

Ziana kembali memandang Fatin.

Fatin berdecit geram. Tidak tega dia melihat Mak Kiah menunduk seperti itu. Dia menjeling Ziana dan berlalu pergi dari dapur.

Air matanya bergenang. Langkahnya laju menghentak lantai mozek.

AZMI Yang sudah melihat Fatin berjalan laju ke arahnya. Cuba untuk mengelak. Namun gadis itu seperti tidak melihatnya dan terus melanggarnya.

Setelah terlanggar. Fatin memandangnya.

"Sorry." Gumam gadis itu. Seraya melangkah mahu pergi.

Melihat air muka Fatin. Azmi menahan gadis itu dengan menghalang jalan Fatin.

"Kau kenapa ni?." Tanya dia memandang wajah Fatin.

Fatin diam menunduk.

Azmi memanjangkan lehernya untuk melihat ke dapur.

"Apahal muka kau macam tu?. Kakak aku ada buat apa-apa ke dekat kau ke?." Tanya dia.

Fatin tetap menunduk. Cuba untuk menyembunyikan rasa kesalnya terhadap Ziana.

"Tak ada apa." Jawabnya. Seraya melangkah ingin pergi. Namun Azmi memegang kedua bahunya.

"Hey Fatin!. Kau sabar sikit dengan dia boleh tak?. Tak lama pun. Aku minta sebulan je." Ujar Azmi.

Fatin sudah tidak mampu lagi menahan dirinya. Air matanya mulai mengalir.

"Saya tak bolehlah macam ni Encik Azmi... Semua benda saya buat tak kena... Kalau macam ni lah kehidupan saya dekat luar... Saya lebih rela lah duduk dekat sana terus, di pukul! Di tindas!. Dari saya terpaksa tengok orang lain kena tindas di sebabkan saya... Dan saya tak boleh buat apa-apa pun... Encik Azmi faham tak macam mana perasaan saya?." Luahnya bercucuran air mata.

Azmi yang terkejut apabila Fatin tiba-tiba menangis. Segera menarik gadis itu ke dalam pelukannya. Dahinya berkerut sambil matanya melihat ke belakang. Dia takut kalau Ziana mendengar tangisan Fatin.

Tangis Fatin ssmakin keras di dalam pelukan Azmi.

"Fatin... Dah lah tu... Tak payahlah menangis dekat sini. Karang kakak aku nampak nanti. Susah kita." Ujar Azmi sambil menarik wajah gadis itu ke dadanya.

Menyedari yang dirinya berada di dalam pelukan Azmi. Tangisannya terhenti. Perlahan dia melepaskan diri dari pelukan lelaki itu. Air matanya di seka dengan tangan sendiri.

"Sorry." Gumamnya.

Azmi memutarkan bebola mata. Tangan Fatin dia raih.

"Jom." Katanya. Seraya menarik tangan gadis itu mengekorinya.

Fatin yang baru berhenti menangis, berkerut dahi memandang Azmi. Namun dia tetap mengekori lelaki itu.

"Jom?. Kita nak pergi mana?." Tanya dia.

Azmi tersenyum mendengar soalan yang kedengaran sangat polos itu. Namun dia biarkan sahaja soalan itu tanpa jawapan.

AZMI Membawa Fatin masuk ke biliknya.

Fatin berkerut dahi apabila melihat bilik tersebut.

Kenapa aku macam pernah masuk bilik ni?. Benaknya.

"Bilik siapa ni?." Tanya dia menoleh ke belakang.

Berkerut dahinya melihat Azmi mengunci pintu bilik.

"Bilik aku lah." Jawab Azmi.

Belum sempat Fatin mahu bertanya kenapa suaminya itu mengunci bilik. Azmi sudah terlebih dahulu berjalan menuju ke katil dan menghempas punggungnya di atas katil. Fatin segera berpaling ke arah Azmi.

"Kenapa Encik Azmi bawa saya masuk bilik Encik Azmi?." Tanya dia gegabah.

Berkerut dahi Azmi mendengar soalan tersebut. Dia memandang ke arah Fatin.

"Kenapa?. Nak tidurlah." Jawabnya

"Saya tidur dalam bilik Encik Azmi?." Soal Fatin lagi.

Azmi tersenyum apabila melihat air muka Fatin yang kelihatan takut. Dia baru mengerti mengapa gadis itu bertanya demikian tadi. Tiba-tiba mood-nya untuk mengusik datang. Dia bingkas bangun dan berjalan menghampiri Fatin.

Melihat Azmi berjalan menghampirinya. Fatin segera menapak ke belakang. Dia terus menapak sehingga tidak perasan, akhirnya dia tersandar pada pintu.

"E.. En.. ncik Azmi" Gumamnya tergagap-gagap

Azmi tersenyum melihat Fatin yang takut tanpa sebab. Dia kembali menjauhi Fatin.

"Dah lah... Aku tak ada mood nak kacau kau malam ni." Ujarnya. Seraya kembali berjalan menuju ke katil dan membaringkan tubuhnya di atas katil.

Fatin menghela nafas lega dan segera menegakkan tubuhnya. Namun dia masih berdiri kaku di hadapan pintu sambil memandang ke arah Azmi.

Azmi yang menyedarinya. Kembali duduk memandang Fatin.

"Kau tercegat apa lagi?. Pergi lah tukar baju tidur. Tak kan kau nak tidur pakai baju tu kot." Ujarnya.

Fatin mengangguk. Seraya melangkah perlahan menuju ke arah beg pakaiannya.

Saat Fatin berjalan menuju ke bilik air. Azmi berkerut dahi. Dia baru perasan. Hari ini gadis itu tidak memakai baju kurung seperti kebiasaannya.

Patutlah cantik je aku nampak dia hari ni. Getus hatinya.

"Ish!. Apa benda yang kau merepek ni Azmi?!." Gumamnya memarahi diri sendiri.

***

SELESAI Menukar pakaiannya. Fatin keluar dari bilik mandi.

Melihat Fatin keluar. Azmi yang sedang melihat telefon pintarnya berkata

"Hah.. Dah keluar pun kau."

Fatin diam sahaja. Dalam hati dia bergumam. Mana aku nak tidur ni.

Azmi menepuk bahagian tilam sebelahnya yang kosong.

"Baring sini." Arahnya.

"Hah?." Membuntang mata Fatin.

Mana boleh aku tidur sebelah dia. Gumamnya dalam hati.

Azmi memandang ke arahnya.

"Baring je lah sebelah aku ni. Kau jangan risau. Aku tak akan apa-apa kan kau." Ujar Azmi cuba meyakinkannya.

"Urm... Tak apa lah.. Saya tidur bawah je lah." Gumamnya.

Azmi segera duduk.

"Kau ni kenapa?. Sengaja nak bagi aku nampak jahat ke apa?." Kata lelaki itu.

"Tak. Bukan macam tu. Saya cuma"

Belum sempat Fatin menghabiskan ayatnya. Azmi sudah turun dari katil dan mengangkatnya gaya pengantin.

"Encik Azmi." Gumamnya terkejut.

Tanpa berkata apa-apa lagi. Azmi terus membawanya ke katil dan membaringkan dia di sana.

"Tidur sini!. Jangan banyak cakap." Ujar Azmi. Seraya berjalan menuju ke sisi lain katil dan berbaring di sebelah Fatin

Fatin menelan air liurnya pahit. Tubuhnya kaku.

"Jangan risau. Aku tak akan apa-apa kan kau." Ujar Azmi kembali melihat telefonnya.

Merasa tidak selesa dengan jarak yang begitu rapat. Fatin mengensot sedikit demi sedikit.

Azmi yang dari tadi hanya melihat skrin telefon. Mulai sedar yang Fatin sudah berada di hujung katil. Dan apa yang lebih menggelikan hatinya. Dia melihat gadis itu masih kaku, terlentang seperti mana dia letak tadi. Bibirnya menguntum senyuman. Seraya menyimpan telefonnya dan mengiring menghadap gadis itu.

"Jauhnya kau baring... Tak takut jatuh ke?." Usiknua

Fatin menoleh ke arahnya.

"Apa?." Tanya gadis itu.

Azmi tersenyum. Punyalah takut. Sehingga soalannya yang jelas pun gadis itu tidak dengar. Lama dia memandang gadis itu. Dia tiba-tiba teringat gadis itu menangis semasa di bawah tadi.

"Kakak aku buat apa dekat kau masa dekat dapur tadi?." Tanya dia.

Fatin membisu. Air mukanya berubah apabila teringatkan cara Ziana melayan Mak Kiah di dapur tadi.

Azmi tersenyum. Dia mengensot perlahan menghampiri Fatin.

Menyedari Azmi sedang menghampirinya. Fatin segera mendepakan tangannya menghalang Azmi dari terus menghampirinya.

"Encik Azmi janganlah dekat." Katanya.

Azmi tersenyum.

"Kenapa pula tak boleh dekat?." Soalnya mahu mengusik.

"Janganlah Encik Azmi. Tadi Encik Azmi kata tak akan apa-apakan saya kan." Ujar Fatin.

Azmi tersenyum. Seraya memegang tangan Fatin dan menarik gadis itu ke dalam dakapannya.

Membuntang mata Fatin.

"Aku kata je. Aku tak janji pun." Bisik Azmi di telinganya.

Fatin tidak keruan. Dia memukul-mukul dada lelaki itu minta di lepaskan.

"Encik Azmi. Lepas lah..." Rontanya.

Azmi tidak mempedulikannya. Pelukannya semakin di eratkan.

"Shh... Diam." Bisiknya lagi di telinga Fatin.

Fatin akhirnya berhenti meronta. Tubuhnya kaku. Jantungnya berdegup kencang.

"Rugilah... Ada bantal peluk. Tapi tak guna." Kata Azmi sambil memebetulkan pelukannya pada pinggang Fatin.

"Encik Azmi. Janganlah macam ni." Fatin bersuara perlahan.

"Maksud kau macam ni ke?." Usik Azmi semakin mengeratkan pelukannya.

Fatin terkedu. Dia hilang kata-kata dan tidak mampu menolak lelaki itu lagi.

Tak apa Fatin. Mungkin lebih baik kalau kau duduk diam je. Lagi kau melawan. Makin teruk jadinya. Lagi pun dia kan suami kau. Tak haram pun. Gumamnya di dalam hati.

Masa berlalu. Fatin masih tidak dapat melelapkan matanya di dalam dakapan insan yang bergelar suami kepadanya itu. Tidak lama kemudian dia mendengar bunyi dengkuran halus dari Azmi. Fatin mendongak sedikit untuk melihat wajah Azmi. Ternyata Azmi sudah lelap.

Perlahan-lahan dia melepaskan diri dari pelukan Azmi. Setelah berjaya. Dia berganjak mahu turun dari katil. Tiba-tiba.

"Kau nak datang sini balik ke kau nak aku yang tarik kau." Gumam Azmi dengan mata terpejam.

Fatin berdecit. Seraya menoleh ke arah Azmi dan berbaring kembali diatas lengan lelaki itu.

Azmi tersenyum. Seraya mematikan lampu dan terus tidur. Bukan niatnya mahu mengusik sangat pun. Dia hanya tidak mahu gadis itu merasa janggal di dekatnya.

_
PERJALAN Yang cukup melelahkan. Sejak pulang ke Malaysia dua tahun lepas. Ini adalah perjalanan kedua yang melelahkannya. Dia menyandarkan tubuhnya pada sofa. Matanya di katup rapat.

Kini dia miliki segalanya yang keluarganya tidak miliki dahulu. Dia berpelajaran tinggi dan dia juga mempunyai bisnes sendiri.

Flashback.

Dia tidak dapat tidur tenang apabila memikirkan teman-temannya akan menyambung pelajaran ke luar negara. Berkali cuba dia tepis perasaannya. Namun perkara tersebut tetap sahaja mengganggu fikirannya.

Dia bangun dari tempat tidurnya.

"Aku pun boleh sambung luar negara kalau aku berusaha lebih." Gumamnya.

Dia melihat ke luar tingkap. Kelihatan Abangnya Fahmi sedang mencuci motor.

DIA Menghampiri Fahmi yang sedang mencuci motor.

"Abang."

Hmm.. Sahut Fahmi memandangnya sekilas.

Dia menunduk. Meskipun jarak mereka hanya dua tahun. Namun dia menghormati lelaki itu sebagai ketua keluarga yang banyak membantu keluarga mereka.

"Aku nak kerja boleh?." Pintanya.

"Kau ni tak habis.. Habis... Hari tu kan aku dah kata tak payah. Tak kan tak faham lagi." Ujar Fahmi memerah kain.

Dia menunduk. Baru dia mahu membuka mulut untuk bicara.

"Bukan aku baru bagi kau duit ke kelmarin." Kata Fahmi.

Dia mengangkat kembali kepalanya memandang wajah Fahmi yang sedang memandangnya

"Aku minta maaf Bang. Duit yang kau bagi kelmarin.."

"Kenapa dengan duit tu?." Tegas suara Fahmi mendesaknya menghabiskan bicara.

"Ayah ambil semalam." Gumamnya menunduk.

"Ayah ambil duit kau?!." Tinggi suara Fahmi.

Dia mengangguk perlahan.

Fahmi mengetap bibir geram.

"Orang tua ni kan!." Fahmi melempar kain basah ke tanah.

Melihatnya. Dia pantas memegang lengan abangnya itu.

"Abang. Abang." Tahannya.

Fahmi melepaskan tangan yang di pegangnya dan terus naik ke atas tanpa mempedulikan panggilannya. Dia terus mengekori abangnya itu.

"Ayah! Ayah!." Teriak Fahmi seperti orang tidak siuman.

Mereka menemukan Ayah mereka yang sedang khayal dengan dadah di dalam bilik.

"Abang.." Dia bersuara memandang wajah Fahmi yang sudah merah menahan amarah.

Dan belum sempat dia menahannya. Fahmi sudah mencengkam kolar baju Ayah mereka dan terus memukul lelaki tua itu.

"Abang." Teriaknya cuba menarik Fahmi. Namun Fahmi menolaknya sehingga terduduk.

"Kau jangan campur!. Ini urusan aku dengan orang tua ni!." Ujar Fahmi dan kembali memukul bapa mereka membuta tuli.

Rintihan lelaki tua yang khayal itu langsung tidak dipedulikan Fahmi. Melihat Abangnya yang seperti tidak mahu berhenti memukul ayah mereka. Dia bingkas berdiri.

"Dah lah tu!. Aku yang guna duit tu!. Ayah tak curi pun duit aku!." Teriaknya.

Fahmi melepaskan ayah mereka dan memandang ke arahnya.

"Kau cakap apa?."

Dia menunduk.

"Ya. Aku yang guna duit tu. Ayah tak curi pun. Aku takut kau marah sebab tu aku kata Ayah." Gumamnya.

"Kau cakap macam ni sekarang, sebab kau nak aku berhenti pukul orang tua ni kan?!." Soal Fahmi.

"Tak. Aku cakap benda yang betul. Duit yang kau bagi aku tu. Sebenarnya masih ada lagi. Tapi aku simpan. Aku gunakan Ayah sebagai alasan supaya kau bagi aku kebenaran untuk berkerja. Aku tak tahu pulak yang kau sanggup pukul Ayah sampai macam ni." Ujarnya menjelaskan.

Fahmi menuding jari ke wajahnya.

"Kau!."

Fahmi menumbuk dinding di sebelahnya dan melangkah keluar dari bilik tersebut.

_
FAHMI Memandangnya tajam.

"Apahal kau bersungguh-sungguh sangat nak kerja ni?. Aku rasa yuran semua aku bayar. Kau pun ada motor sendiri. Duit belanja pun aku bagi. Apa lagi yang tak cukup?." Soal lelaki itu.

"Aku nak sambung oversea." Jawabnya.

"Apa dia?. Sambung oversea?. Eh. Aku tak salah dengar ke ni?." Soal Fahmi berkerut dahi.

"Ya... Kawan-kawan aku semua sambung oversea. Tak kan aku nak stay dekat sini je." Ujarnya memberi alasan.

Fahmi menghampirinya.

"Eh Farid. Kau ni boleh tak ukur baju dekat badan sendiri?. Tak mampu. Buat cara tak mampu. Lagi pun dekat malaysia ni.. Banyak je universiti yang bagus-bagus. Kau tak payah nak mengada sangat lah.. Nak ikut-ikut orang, buat apa?." Ujar Fahmi.

Dia mengeluh kecil.

"Ikut kau lah nak cakap apa. Aku tetap dengan keputusan aku. Aku tahu kau tak mampu. Sebab tu aku nak kerja. Aku nak kumpul duit sendiri dan sambung oversea tahun depan." Ujarnya.

"Farid. Aku ni memang tak pandai macam kau. Tapi aku tak lah cetek akal macam kau. Kau tahu tak? Nak belajar dekat oversea tu. Perlukan belanja yang besar. Lepas tu bila kau dah sampai sana. Kau kena buat kerja sambilan juga untuk duit poket kau. Tak ke menyusahkan tu. Kau belajar je lah dekat sini." Ujar Fahmi lagi.

Dia memandang tajam ke arah Fahmi.

"Itulah sebenarnya yang aku nak. Aku nak bekerja untuk diri aku sendiri. Lagi pun sampai bila aku nak bergantung pada kau." Jawabnya.

"Farid... Tolonglah... Aku merayu dekat kau." Pinta Fahmi.

"Kau tak payah merayu dekat aku. Tak ada apa pun yang boleh ubah pendirian aku sekarang. Kita pun dah tak ada mak ayah. Dekat rumah pun ada siapa lagi. Kau, Fariz, aku. Aku bosan kau tahu tak?. Aku tak boleh!. Selagi aku duduk rumah ni!. Menghadap muka kau, muka Fariz. Selagi tu aku tak boleh nak focus dalam pelajaran aku. Aku jijik tengok barang-barang peninggalan Mak. Aku nak pergi dari sini!." Ujarnya.

Berubah air muka Fahmi mendengar bicara kasarnya tentang Ibu mereka.

"Hina sangat ke keluarga kita Farid?. Aku faham kalau kau marah dekat Ayah. Sebab dia memang bersalah. Tapi Mak Farid. Apa dosa Mak pada kau?. Perlu ke kau keluarkan kata-kata macam tu untuk wanita yang dah banyak berkorban untuk kita?." Soal Fahmi.

Air matanya bergenang. Wajah Fahmi di renung tajam.

"Pengorbanan apa yang dia dah buat untuk kita?. Mati?!. Kau anggap kematian dia tu satu pengorbanan ke Abang?." Soalnya mengetap bibir.

Air mata Fahmi turut bergenang memandangnya.

"Dia pilih untuk berehat dekat dalam kubur sana dari ada bersama dengan kita!. Itu ke yang kau panggil pengorbanan abang?!." Tengkingnya mengalirkan air mata.

"Kau ni bercakap macam orang tak ada iman. Salah Mak ke kalau dia pergi tinggalkan kita?!. Dia tak minta pun untuk pergi!." Ujar Fahmi.

"Tapi dia tak berusaha pun untuk stay!." Balasnya menengking Abangnya.

Fahmi mengelap kasar air mata di pipi sendiri.

"Suka hati kau lah..." Kata Fahmi sebelum melangkah pergi meninggalkannya.

_
SEDANG Dia mengikat tali kasutnya di hadapan pintu rumah. Sebuah sampul tebal di hulur di hadapan wajahnya. Dia tidak menoleh lagi. Dia sudah tahu kalau itu ialah Fahmi.

"Duit apa lagi ni?. Kan aku dah cakap. Aku tak perlukan duit kau." Katanya sambil terus mengikat kasutnya.

"Aku dah survey university dekat London yang kau nak masuk tu."

Berkerut dahinya. Dia mengangkat kepalanya, memandang wajah Abangnya itu.

"Ini duit untuk kau pergi sana. Aku rasa dah lebih dari cukup ni." Ujar Fahmi tanpa memandangnya.

Dia mengambil sampul tersebut dan bingkas berdiri melihat jumlah wang yang tertera di sampul surat tersebut.

"Mana kau dapat duit banyak ni?." Tanya dia.

"Mana aku dapat tu tak penting. Apa yang penting sekarang. Kau dapat apa yang kau nak. Macam kau kata. Kau jijik dengan rumah ni. Kau jijik dengan keluarga ni!. Jadi aku nak pesan awal pada kau. Ini yang terakhir dari aku untuk kau. Kau pergilah dari sini dan jangan pernah balik lagi." Ujar Fahmi tanpa memandangnya.

Berkerut dahinya mendengar bicara Fahmi.

"Kau halau aku bang?." Soalnya.

"Aku tak halau kau. Tapi kau sendiri yang nak pergi. Jadi aku tak akan halang kau." Jawab Fahmi dan segera berpaling masuk ke dalam.

End Flashback.

Tidak sedar bila. Air mata mengalir keluar dari kelopak matanya.

Aku tak pernah buang kau bang. Sebab kau, aku ada apa yang aku ada sekarang ni. Aku pun tak pernah berniat nak buang keluarga kita.  Benaknya.

Deringan telefon mematikan lamunannya. Dia segera mengesat air matanya dan menjawab panggilan tersebut.

"Hello Encik Farid." Suara wanita di talian menyapanya.

"Hmm..." Sahutnya.

"Sorry mengganggu Encik Farid. Saya nak inform dekat Encik Farid tentang Asfar Group." Tutur wanita itu.

Dia mengeluh panjang.

"Elly. Kita cakap esok je lah. Saya letih ni." Katanya.

"Baiklah kalau macam tu." Kata wanita di talian itu.

Farid mematikan talian dan segera bangun dari sofa, berjalan menuju ke biliknya.

TBC.

PS:

* My Broken English (Please DM Me)

_______________________________________
Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro