Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8: Harapan Palsu.

AZMI Merengus kasar apabila bayangan dia mencium bibir Fatin muncul lagi di ingatannya.

Aduh... Azmi. Kenapalah susah sangat nak kawal diri tu. Apa lah agaknya budak tu fikir nanti. Benaknya.

Azmi cuba menutup matanya tidak mahu berfikir. Namun bayangan tersebut kembali bermain di kepalanya. Matanya di celikkan kembali. Dia bingkas duduk dan menyerabaikan rambutnya.

"Tak boleh biar ni. Kalau aku je tak boleh lupa. Apatah lagi dia. Aku kena jelaskan pada dia dan minta maaf." Gumamnya.

Dia bergegas turun dari katil. Jaket kulitnya yang tergantung dia sarung ke tubuh dan kunci keretanya yang dia letak di atas meja dia gapai sebelum dia melangkah keluar dari bilik.

_
FATIN Merebahkan tubuhnya di atas katil.

Flashback.

"Fatin?. Awak buat apa dekat sini?." Soal Puan Salbiah.

"Saya datang kerja lah Puan Salbiah." Gumamnya.

"Ouh!. Sorry Fatin. Saya terlupa nak bagitahu awak." Gumam Puan Salbiah.

"Bagitahu apa?." Tanya dia.

"Awak tak di benarkan kerja dekat sini lagi." Ujar Puan Salbiah.

"Tapi kenapa?." Soalnya dengan dahi berkerut.

"Entahlah... Saya pun tak tahu. Tapi ini arahan dari pihak atasan." Tutur Puan Salbiah.

Dia akur. Tidak perlu bertanya lagi. Dia sudah tahu itu pasti Ziana.

End Flashback.

Bunyi telefon mematikan lamunannya. Dia bangun dari katil dan mengambil telefonnya di atas meja belajar.

'Encik Azmi'

Dahinya berkerut melihat nama yang tertera di skrin. Malas mahu berfikir panjang dia menjawab panggilan tersebut dan meletak dekat telinganya.

"Fatin." Sergah lelaki di talian itu tidak memberi salam.

"Ya." Sahut Fatin tersenyum. Walaupun dia merasa geram sebenarnya.

"Keluar sekejap jumpa aku. Aku ada dekat depan rumah kau ni." Kata lelaki di talian itu lagi.

"Depan rumah?." Soal Fatin berkerut dahi tidak percaya.

"Ya!. Cepatlah keluar!. Aku tunggu."

Belum sempat Fatin menjawab apa-apa. Lelaki itu sudah mematikan talian. Berkerut lagi dahi Fatin. Namun dia malas mahu berfikir panjang. Dia meletak kembali telefonnya di atas meja. Pintu almari dia buka dan mencapai kardigan berwarna hitam dengan tudung bawal yang juga berwarna hitam. Siap menyarung kardigan dan tudungnya. Dia segera keluar dari bilik.

"Fatin." Sapa Najihah yang sedang duduk di meja makan.

Fatin menoleh ke arah Najihah.

"Nak pergi mana?." Tanya Najihah.

"Saya nak keluar sekejap. Pergi kedai. Awak ada nak kirim apa-apa?." Jawab Fatin.

"Ada lagi ke kedai buka malam-malam ni?." Soal Najihah.

"Tak tahulah. Cuba je lah..." Jawab Fatin tersenyum.

Najihah manggut-manggut. Seraya berkata

"Tak apalah. Tak ada apa nak kirim rasanya."

"Okey. " Kata Fatin tersenyum. Seraya berlalu keluar dari rumah.

Sebaik menutup pintu rumah. Matanya melilau mencari sosok Azmi. Dahinya berkerut apabila melihat lelaki itu sedang berdiri membelakanginya dekat pojok yang agak gelap. Dia menghela nafas panjang. Seraya melangkah menghampiri lelaki itu.

"Encik Azmi." Panggilnya.

Azmi menoleh ke arahnya.

"Hah... Fatin."

Fatin tersenyum kelat apabila melihat kaca mata hitam yang menutup mata lelaki itu.

"Encik Azmi nak jumpa saya?." Tanya dia.

Azmi membuka kaca mata hitamnya dan memandang tunak ke dalam mata Fatin.

"Aku tak bercinta dengan budak u dan aku pun tak ada adik beradik lain selain dari kakak aku. Kau rasa aku buat apa dekat sini kalau bukan nak jumpa kau?." Jawab Azmi sarkastik.

Fatin tersenyum kelat mendengarnya. Dia menunduk sebentar dan memandang wajah lelaki di hadapannya itu lagi.

"Kenapa Encik Azmi nak jumpa saya?." Tanya dia.

"Sebab aku rindu kau." Jawab Azmi selamba.

Berkerut dahi Fatin mendengarnya. Azmi tertawa. Fatin semakin tidak mengerti melihat sikap lelaki itu.

"Tak adalah... Aku sebenarnya nak kau lupakan apa yang jadi malam semalam." Ujar Azmi yang sudah berubah serius nadanya.

Fatin berkerut dahi.

"Malam semalam saya dekat hospital. Ada apa-apa yang jadi ke?." Tanya Fatin.

"Tak. Maksud aku sebelum kau demam pagi semalam." Ujar Azmi dengan lebih jelas.

Fatin menundukkan kepalanya. Dahinya berkerut cuba mengingati apa yang berlaku sebelum dia demam semalam. Namun tiada apa yang dapat dia ingati. Perkara terakhir yang dia ingat sebelum dia demam ialah Sharif cuba memperkosanya. Dan selepas itu dia sudah tidak ingat apa-apa. Sehinggalah dia sedar, dia berada di hospital dan Ziana memberitahunya yang Ziana menyelamatkannya dari Sharif.

Azmi merengus kasar.

"Aduh.. Kau ni pun. Tak payah lah nak tunjuk suci sangat. Aku tahu lah kau tu naif. Tapi kau mesti faham kan apa yang aku maksudkan." Katanya.

Fatin mengangkat semula kepalanya memandang Azmi.

"Saya minta maaf Encik Azmi. Sebenarnya saya"

"Okey." Azmi menepuk tangannnya menghentikan bicara Fatin. Matanya memandang tunak ke dalam mata Fatin.

"Aku tahu kau sebenarnya malu. Sebab tu kau pura-pura tak ingat kan?. Jadi macam ni lah ceritanya... Aku nak minta maaf dekat kau sebab aku ambil kesempatan dekat kau malam tu." Katanya lagi.

Berkerut dahi Fatin.

"Ambil kesempatan dekat saya?. Apa yang Encik Azmi dah buat?." Tanya dia.

Azmi mengetap bibir geram. Dia tidak percaya kalau Fatin lupa. Padanya sekarang Fatin sedang berpura-pura lupa kerana malu.

"Eh kau ni. Benda baru lagi kot. Tak kan kau tak ingat aku cium mulut kau malam tu?." Bicara Azmi terus terang.

"Hah?." Membulat mata Fatin mendengarnya.

Azmi berkerut dahi apabila melihat reaksi terkejut Fatin.

"Kejap. Kau memang tak ingat apa-apa langsung ke malam tu?." Soalnya.

Fatin terdiam. Dia cium mulut aku. Benak Fatin.

Azmi menatap tunak ke dalam mata gadis itu. Ya. Sekarang dia percaya yang gadis itu memang tidak mengingati apa-apa tentang malam itu. Nafasnya dia hela panjang. Seraya meletak sebelah tangannya di atas bahu Fatin.

"Baguslah kalau kau tak ingat apa-apa. Sebab kau tak patut ingat pun perkara tu." Ujarnya. Seraya tersenyum dan menurunkan tangannya dari bahu Fatin.

"Apa yang jadi sebenarnya?. Betul ke apa yang Encik Azmi kata tadi?." Soal Fatin tiba-tiba.

Azmi terdiam memandangnya.

"Encik Azmi ambil kesempatan dan cium saya?. Betul ke?." Soal Fatin mendesak.

"Tak.. Bukan cium. Aku nak... Cium kau. Tapi tak sempat pun." Ujar Azmi berbohong. Takut kalau Fatin mengamuk lagi seperti kelmarin.

Fatin menundukkan kepalanya cuba mencari logiknya kata-kata Azmi. Dia tipu aku ke?. Benaknya.

Melihat Fatin seperti memikirkan sesuatu. Azmi berkata lagi.

"Tapi salah kau juga. Kau yang peluk aku dulu. Jadi kau tak boleh lah nak salahkan aku sorang."

Fatin kembali memandang wajah Azmi. Azmi pula membuang pandangan ke arah lain.

"Kau tu perempuan. Walaupun kau budak kecil. Tapi dah cukup sifat." Gumam Azmi agak perlahan.

"Peluk?." Gumam Fatin terkejut.

"Saya peluk Encik Azmi?."

Azmi kembali memandang Fatin.

"Urm.."

Aduh... Kau ni Azmi. Dah terang-terang dia tak ingat. Kau pergi ungkit semula kenapa?. Azmi memarahi diri sendiri di dalam hati.

Fatin menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia semakin tidak mengerti.

"Kejap. Saya sebenarnya tak faham apa yang Encik Azmi cakap daripada tadi. Ya... Memang lah saya tak ingat apa yang jadi malam tu. Tapi macam mana pula Encik Azmi kata saya peluk Encik Azmi?. Encik Azmi ada datang hospital ke?." Soal Fatin lagi.

Azmi berdecit geram. Buang masa je kau cakap dengan dia Azmi. Dia tak ingat apa-apa pun. Benaknya.

"Tak apalah... Kau tak perlu ingat pun apa yang jadi malam tu." Ujar Azmi.

Fatin terdiam sejenak memandang Azmi. Seraya tergelak kecil.

"Encik Azmi tipu saya ya?." Soalnya tersenyum.

Berkerut dahi Azmi.

"Tipu?. Dapat apa aku tipu kau?." Soalnya tidak puas hati apabila di tuduh demikian.

"Atau pun berkhayal." Gumam Fatin lagi.

Berubah terus air muka Azmi mendengarnya. Dia memandang tajam ke arah Fatin.

"Berkhayal kau cakap aku?."

"Yalah... Manalah tahu. Sebab saya tak ingat apa-apa pun. Lepas tu Encik Azmi pula bercakap putar belit. Sekejap ambil kesempatan. Sekejap cium. Sekejap peluk. Sekejap tak pulak. Lepas tu tiba-tiba kata tak perlu ingat pun." Kata Fatin.

Azmi mengetap bibir geram. Hilang sabarnya apabila Fatin berkata demikian. Dia pantas mendorong tubuh gadis itu ke dinding dan menghimpit dengan tubuhnya. Tidak sempat gadis itu bertindak apa-apa. Dia terlebih dahulu memagut bibir gadis itu dengan mulutnya.

Membulat mata Fatin. Dia terkejut dengan tindakan Azmi. Kedua tangannya yang bebas di gunakan untuk menolak wajah lelaki itu. Namun Azmi bertindak memegang kepalanya, mendalamkan lagi ciuman mereka.

Tubuhnya melemah. Dia tidak berdaya menolak lelaki tersebut. Saat ini air jernih mulai bertakung di kelopak matanya. Bayangan Sharif cuba memperkosanya kembali bermain di matanya. Rasa takut menguasainya.

Ya, Allah... Tolong selamatkan aku. Rintihnya di dalam hati.

Azmi khayal dengan permainannya sendiri dan setelah dirinya kehabisan nafas. Baru dia melepaskan bibir Fatin.

"Macam mana khayalan aku?." Soalnya sarkastik sambil mengesat bibirnya dengan ibu jari.

Fatin membisu. Kepalanya menunduk. Air matanya mengalir membasahi pipi. Rasanya seperti dia mahu memekik memarahi lelaki di hadapannya itu. Namun dia sedar yang lelaki di hadapannya itu ialah suaminya.

"Saya minta maaf sebab sakitkan hari Encik Azmi dengan kata-kata saya." Gumamnya. Seraya melangkah mahu pergi.

Azmi berkerut dahi. Dia seperti baru tersedar dengan apa yang telah dia lakukan terhadap gadis yang juga isterinya itu. Tangannya laju menahan gadis itu dari pergi.

"Fatin aku minta maaf. Aku tak sengaja." Gumamnya.

Fatin mengangkat kepala memandangnya.

Azmi jadi serba salah apabila melihat air mata yang mengalir di pipi isterinya itu. Amukan Fatin malam itu kembali terlayar di matanya. Apa yang patut aku buat sekarang?. Benaknya.

Azmi memegang kedua bahu dan menghadapkan tubuh itu menghadapnya.

"Fatin... Kau janganlah trauma dengan apa yang aku buat tadi. Kita kan suami isteri. Tak dosa pun. Lagi pun setakat cium. Benda tu tak akan menjatuhkan maruah kau pun." Bicaranya lancar.

Fatin membisu. Sementara Azmi membelai lembut kepalanya.

"Aku minta maaf lagi sekali." Tutur Azmi kedengaran tulus.

Air mata Fatin semakin deras memandang wajah insan di hadapannya itu.

Aduh... Apa lagi aku nak buat ni?. Azmi pula bergumam di dalam hati. Dia jadi makin tidak keruan apabila melihat air mata Fatin yang semakin deras mengalir.

Fatin menundukkan kepalanya. Jujur dia merasa tersentuh melihat kesungguhan Azmi yang cuba menenangkan kembali dirinya.

Mengikut seperti yang biasa dia lakukan saat mahu memujuk Lyana dan Ziana. Azmi menarik tubuh kecil Fatin ke dalam pelukannya.

"Fatin... Dah lah tu. Jangan menangis macam ni. Aku minta maaf." Gumamnya sambil mengusap lembut belakang tubuh gadis itu.

Fatin terkedu dengan tindakan tiba-tiba suaminya itu. Walaupun merasa janggal. Namun tidak dia nafikan, perasaannya sedikit tenang.

"Dah lah tu Encik. Saya dah okeylah..." Gumamnya sambil berusaha melepaskan diri dari pelukan Azmi.

Azmi meleraikan pelukan dan memandang wajah Fatin.

"Kau betul dah okey ni?." Tanya Azmi.

Fatin tersenyum kelat dan mengangguk perlahan kepalanya.

Azmi tersenyum. Dia merasa lega apabila melihat gadis itu tersenyum. Seraya menghulur tangannya menyentuh pipi gadis itu.

Fatin berkerut dahi apabila Azmi tiba-tiba menyentuh wajahnya. Walaupun begitu, dia tidak menolaknya.

"Lega aku." Seloroh lelaki itu membuatkan Fatin kembali tersenyum. Namun kali ini tulus senyumannya.

"Dah lah. Kesatlah air mata ni... Nanti kawan-kawan kau nampak. Kau nak jawab apa?." Ujar Azmi.

Fatin tertawa kecil.

"Saya kata je lah ada orang cuba nak buat tak baik dekat saya." Gumam Fatin sambil mengesat air matanya dengan tangan.

Azmi tersenyum mendengar gurauan Fatin yang agak berani.

"Amboi.. Kau nak kena cium lagi ke?." Gumamnya mendekatkan wajahnya dengan Fatin.

Fatin pantas menolak wajahnya dengan tangan.

"Encik Azmi." Tegah gadis itu.

"Tahu takut." Getus Azmi kembali menjarakkan dirinya dari Fatin.

Fatin mencebik.

"Lain kali jangan usik lelaki macam tu. Lelaki ni cepat rasa tercabar tau kalau kau usik macam tu. Nasib baik aku ni waras." Ujar Azmi.

Fatin diam sahaja mengiyakan kata-kata suaminya itu.

"Dah lah... Aku balik dulu." Kata Azmi.

Fatin mengangguk perlahan memandang Azmi.

"Kau betul dah okey kan?." Tanya Azmi lagi mahu memastikan.

Fatin mengangguk lagi.

"Jadi maknanya aku bolehlah cium kau lagi lepas ni?." Usik Azmi mendekatkan lagi wajahnya dengan Fatin.

"Encik Azmi!." Tegas Fatin sambil menjarakkan kepalanya dari Azmi.

Azmi tertawa kecil. Suka pula dia dapat mengusik gadis itu.

"Aku gurau je." Katanya dalam nada serius.

Fatin mencebik lagi.

"Dah.. Jangan nangis lagi!. Aku nak balik ni. Tak ada siapa nak pujuk kau." Ujar Azmi lagi. Seraya berpaling hendak pergi.

Fatin tersenyum melihat sosok itu melangkah pergi. Tiba-tiba Azmi berpaling semula ke arahnya.

"Fatin." Laung lelaki itu.

Fatin berkerut dahi memandangnya.

"Kalau kau rindu aku. Nanti call-lah." Ujar Azmi.

Membulat mata Fatin mendengarnya.

"Gurau." Kata Azmi tersengih. Seraya berpaling dan terus melangkah pergi.

Perlahan kerutan di dahinya hilang. Bibirnya menguntum senyuman melihat lelaki itu pergi.

***

AZMI Menyandarkan kepalanya dekat kepala tempat duduk dalam keretanya. Dia tersenyum sendiri. Fikirannya melayang memikirkan apa yang terjadi antara dirinya dan Fatin tadi. Jarinya perlahan menyentuh bibirnya tanpa sedar

Apa yang aku dah buat?. Hatinya berbisik perlahan.

Seolah-olah baru tersedar akan apa yang sedang di fikirkannya. Dia segera menegakkan tubuhnya dan memegang stereng kereta dan menggeleng-geleng kepalanya.

"Aku cium dia... Sebab aku nak ajar dia supaya mulut tu jangan celupar... Dan.. aku peluk dia sebab aku tak nak dia trauma di sebabkan aku..." Katanya.

Dia kembali tersenyum dan mengangguk perlahan.

"Aku tak curang dengan Lyana!. Aku peluk Lyana sebab sayang dan aku cium dia sebab cinta!. Sangat-sangat berbeza." Gumamnya lagi meyakinkan diri sendiri.

Ya!. Aku tak curang. Hatinya membenarkan kata-kata lisannya.

***

FATIN Bersandar pada pintu biliknya, tangannya di letak dekat dadanya.

"Kalau kau rindu aku. Nanti call-lah."

Bibirnya menguntum senyuman saat senyuman Azmi terbayang di benaknya. Dahinya berkerut tiba-tiba

"Ish... Fatin!. Apa yang kau fikir ni?!." Gumamnya memarahi diri sendiri.

Dia menggeleng kepalanya dan segera berjalan menuju ke arah katil.

_
SELESAI Perjumpaan dengan Dato' Ghaffar. Ziana bersama Azmi dan Zahar berjalan keluar dari bangunan megah milik Asfar Group itu. Di hadapan pintu masuk. Kereta Alphard berwarna hitam yang di pandu oleh Pak Leman, pemandu Casa Mia sudah menanti mereka bertiga.

Azmi yang berada di belakang Ziana dan Zahar ketika itu. Tiba-tiba melangkah laju, mendahului Ziana dan Zahar. Dan tanpa menoleh ke belakang, dia terus masuk ke dalam kereta.

Ziana mengeluh kesal melihat sikap Azmi. Dia memandang ke arah Zahar.
Zahar segera membuang pandangan ke arah lain. Berpura-pura tidak melihat apa yang dilakukan Azmi.

Ziana berdecit geram. Rasa malu dengan sikap tidak sopan adiknya.

Semasa masuk ke dalam kereta. Ziana sempat menjeling ke arah Azmi yang duduk di tempat duduk belakang sebelum dia duduk di tempat duduk di hadapan adiknya itu. Dia tahu Azmi masih marahkannya kerana memecat Sharif.

Meskipun begitu, ia bukanlah alasan untuk Azmi bersikap begitu. Dari tadi Azmi langsung tidak mahu senyum atau bercakap dalam pertemuan dengan Dato' Ghaffar tadi. Sungguh tidak matang dan memalukannya.

SEBAIK Kereta mereka bergerak meninggalkan perkarangan Asfar Group. Zahar menoleh ke arah Ziana.

"Macam mana Cik Ziana?." Zahar bertanya tentang pertemuan mereka dengan Dato' Ghaffar tadi.

"Okey. I suka idea mereka. Menarik." Jawab Ziana tulus.

"Jadi kita dah boleh ikat kontrak dengan mereka?." Tanya Zahar kedengaran teruja.

"Boleh." Jawab Ziana sambil mengangguk perlahan.

"Alhamdulillah..." Gumam Zahar tersenyum.

"Saya tak setuju!."

Ziana berkerut dahi. Begitu juga Zahar. Keduanya menoleh ke arah Azmi yang tiba-tiba bersuara di belakang.

"You ni kenapa?." Soal Ziana.

Azmi memandang ke arah Zahar.

"Saya pun pewaris Casa Mia. Maksudnya saya pun ada hak lah nak buat keputusan kan?." Soalnya kepada Zahar.

Zahar mengangguk.

"Ya. Tanpa persetujuan Encik Azmi. Kami tetap tak boleh nak proceed kontrak." Jelas Zahar.

"Good." Gumam Azmi sepatah. Seraya menyilangkan kedua tangannya ke dada dan menyandarkan tubuhnya pada kerusi.

"Hey Azmi! Be professional boleh tak?. Tak payah nak campur urusan peribadi dengan kerja!." Ujar Ziana tegas.

Azmi menutup rapat matanya. Tidak mempedulikan kata-kata Ziana.

Ziana mengetap bibir geram.

"Macam budak-budak." Omel Ziana. Seraya menyandarkan tubuhnya kasar pada kerusi dan turut menutup rapat matanya.

Zahar diam membisu. Berada di tengah dua majikan itu benar-benar mengujinya.

Azmi membuka kembali matanya.

Flashback.

Ziana Dressing.

Dia melihat mata Dato' Ghaffar yang galak memerhatikan lekuk tubuh kakaknya. Saat mereka berjabat tangan. Tangan kekar itu di lihat menggosok lembut tangan kakaknya dengan ibu jari. Tidak suka melihatnya. Dia segera menghulur tangan mahu berjabat dengan lelaki tua berbadan tegap itu.

"Azmi Hidayat." Katanya memperkenalkan diri sekaligus memberi amaran dengan tersenyum penuh makna.

Dia fikir Dato' Ghaffar faham akan amarannya. Ternyata lelaki tua itu sama sekali tidak mengerti. Sebaik mereka selesai berjabat, mata itu kembali melirik ke arah paha Ziana yang terdedah.

"Siapa nama?." Soal lelaki itu memandang wajah kakaknya atau lebih tepat ke dalam mata kakaknya.

"Ziana Ammara." Jawab kakaknya pula melemparkan senyuman.

"Nama yang cantik. Secantik pemiliknya." Balas Dato' Ghaffar.

Dia mengetap bibir geram. Sungguh dia benci melihat cara Dato' itu melihat kakaknya.

Tak padan dengan tua. Gatal pulak tu. Omelnya di dalam hati.

Dan sepanjang perjumpaan mereka. Matanya tidak lepas dari memerhatikan Dato' Ghaffar. Dia dapat melihat lelaki tua itu berminat dengan kakaknya kerana sepasang mata itu tidak henti memerhatikan kakaknya atau secara detailnya lekuk tubuh dan rupa paras kakaknya.

End Flashback.

Azmi kembali menutup matanya.

"Kita terus ke pejabat ke?." Tanya Pak Leman tiba-tiba.

"Ya." Jawab Ziana

"Saya nak balik rumah." Celah Azmi.

Ziana dan Zahar berpandangan antara satu sama lain. Zahar tersenyum kelat, seraya membuang pandangan keluar tingkap. Ziana pula berpaling ke belakang, di mana Azmi berada.

"Apa masalah you ni?. Kan awal lagi ni. Tak kan nak balik rumah dah?." Soalnya tegas.

"Pak Leman. Drop saya dekat kondo saya ya." Ujar Azmi tidak mempedulikan Ziana.

Ziana berdecit geram.

"Fine!." Gumamnya perlahan. Seraya menegakkan tubuhnya memandang ke hadapan.

"I pun turun dekat rumah Encik Azmi Pak Leman!." Katanya.

Berkerut dahi Azmi mendengarnya.

"Eh!. Apa hal pula you nak turun dekat rumah i?." Soalnya tidak puas hati.

"Suka hati i lah. Diri i. You boleh suka hati nak turun mana-mana. I pun bolehlah..." Balas Ziana.

Azmi berdecit geram. Malas mahu melayan. Dia kembali bersandar dan menutup rapat matanya.

_
AZMI Memutarkan bebola matanya kesal, melihat sosok Ziana yang masih lagi berada di rumahnya. Malas mahu bertekak dengan wanita itu lagi. Dia buat tidak nampak sahaja dan terus berjalan keluar dari biliknya, berlalu melepasi Ziana yang sedang duduk di ruang tamu.

"You nak pergi mana?."

Dia terus melangkah tanpa mempedulikan soalan Ziana. Namun belum sempat dia sampai ke pintu rumah. Ziana sudah terlebih dahulu berdiri di hadapannya, menghalang jalannya. Dia mengeluh malas dan membuang pandangan ke arah lain.

"You nak apa ni?." Soalnya malas.

Ziana bercekak pinggang memandangnya.

"You ni marah dekat i lagi kan?." Soal Ziana.

Dia mengalihkan pandangan memandang wajah kakaknya itu.

"Ada beza ke kalau i marah ke tak?. I tetap kena dengar cakap you kan!." Ujarnya sarkastik. Seraya bergerak mahu pergi.

Namun Ziana menahan bahunya dengan sebelah tangan, menghalangnya dari pergi. Dia memandang lagi wajah kakaknya itu.

"You nak apa lagi?." Soalnya.

Ziana menghela nafas panjang. Seraya berkata

"Akak minta maaf."

Berkerut dahinya mendengar apa yang di ucapkan kakaknya.

Ziana menunduk sebentar sebelum kembali memandangnya.

"Akak tahu akak selalu sakitkan hati Mi. Tapi Mi. Akak buat semua ni untuk kebaikan Mi." Tutur Ziana.

Jujur. Dia sudah bosan mendengar alasan yang sama keluar dari mulut kakaknya itu. 'Untuk kebaikan Mi'. Naik muak dia mendengarnya.

"Kebaikan apanya kak?." Soalnya mendatar. Namun sudah kembali menggunakan perkataan 'kak' dalam bicaranya.

Ziana diam memandangnya.

"Serius akak. Mi tak nampak pun kebaikan yang Mi dapat dengan apa yang akak buat sekarang ni." Ujarnya.

"Mi." Lunak suara Ziana memanggil namanya.

"Okey!. Mi faham kalau akak suruh Mi jauhkan diri dari Lyana dan Sharif. Sebab akak kata perangai mereka tu buruk. Tapi apa yang Mi tak faham. Kenapa akak paksa Mi kahwin dengan orang lain?!!." Soalnya kedengaran kesal.

Ziana baru membuka mulut. Dia berkata lagi

"Apa yang akak cuba buat sebenarnya?. Akak tahu pun yang Mi tak akan kahwin tanpa restu akak. Apa yang akak takut sangat?. Akak takut Mi kahwin lari ke?."

"Ya!. Akak takut Mi buat macam tu." Ujar Ziana lancar.

Dia berkerut dahi memandang kakaknya.

"Ya, Allah! Akak!. Kalau Mi nak buat macam tu. Mi dah lama dah buat." Ujarnya.

"Ya... Akak tahu. Dan Mi masih lagi tak buat macam tu sebab Lyana masih belum sedia nak kahwin kan?." Soal Ziana.

Dia terdiam.

Macam mana dia boleh tahu?. Benaknya.

"Mi... Akak dah tak nak apa-apa dah sekarang ni. Akak cuma nak tengok Mi bahagia. Itu je." Ujar Ziana lagi.

Dia segera membuang pandangannya ke arah lain.

"Macam mana Mi nak bahagia kak?. Kalau akak kahwinkan Mi dengan orang yang Mi tak cinta?." Soalnya.

Ziana menunduk. Dia kembali memandang kakaknya.

"Lagi satu!. Akak ada terfikir tak apa yang akak tengah buat sekarang ni... Bukan sahaja tak adil untuk Mi. Tapi tak adil juga untuk budak tu!." Ujarnya.

Ziana kembali memandangnya.

"Dia tu kak... Baru je nak kenal dunia. Tiba-tiba akak paksa dia kahwin dengan Mi. Akak tak rasa bersalah ke libatkan dia?." Soalnya lagi.

"Mi.. Akak"

Tidak membiarkan terus Ziana bicara, dia berkata lagi

"Akak tahu Mi cintakan Lyana kan?.  Mi sanggup buat apa sahaja untuk dia. Jadi tak mustahil pun. Kalau belakang hari nanti Mi lepaskan budak tu."

"Mi... Tolong jangan buat macam tu dulu!. Mi tahukan akak boleh keluarkan nama Mi dari pewaris Casa Mia?." Ujar Ziana.

Dia tertawa kecil. Hilang kata-katanya apabila kakaknya menggunakan ugutan yang sama lagi.  Seperti dugaannya. Ziana tidak akan kekal lama seperti tadi.

"Mi tak takut pun hilang Casa Mia. Mi cuma tak nak hilang akak je. Sebab akak satu-satunya keluarga yang Mi ada. Dan sebab tu juga Mi masih lagi berusaha untuk minta restu dari akak." Gumamnya.

"Mi..."

"Tapi Mi pun manusia biasa... Kalau akak terus layan Mi macam anjing tambat. Mi takut satu hari nanti akak pun Mi tak kisah hilang." Tambahnya lagi sebelum sempat kakaknya bicara.

Ziana segera mearaih kedua tangannya.

"Akak minta maaf Mi. Akak tak patut ugut Mi macam tu." Tutur Ziana.

Dia diam memandang wajah kakaknya.

ZIANA Menghela nafas panjang.

"Okey. Macam ni. Akak tahu akak tak patut libatkan orang lain dalam masalah ni. Tapi kita dah terlanjur libatkan dia. Jadi akak nak Mi cuba dulu." Tutur Ziana.

Azmi berkerut dahi.

"Apa maksud akak cuba?." Soalnya.

"Break dengan Lyana dan focus pada hubungan Mi dengan dia." Ujar Ziana.

Berubah air muka Azmi mendengarnya.

"Break dengan Lyana?. No way kak!. Mi tak akan buat macam tu." Ujarnya.

"Sebulan je. Akak nak Mi cuba." Ujar Ziana.

"Cuba apa ni?. Mi tak faham." Balas Azmi.

"Cuba pergi dengan hubungan yang dah ada. Maksud akak perkahwinan Mi. Sebab kita dah terlanjur libatkan dia. Tak kan kita nak buang dia macam tu je." Ujar Ziana.

Azmi tertawa sinis.

"Sudah.. Macam kahwin kontrak pula. Lepas sebulan?. Kita nak buat apa dengan dia?. Kita akan buang dia juga kan?. Mi tak fahamlah... Buat apa kita nak seksa dia lagi kak?." Soal Azmi sinis.

"Mi... Dia tak akan terseksa kalau Mi layan dia sebagai isteri." Ujar Ziana.

Azmi terdiam. Dia cuba memproses otaknya untuk melihat apa sebenarnya yang Ziana inginkan.

"Mi faham ke tak apa yang akak cakap ni?." Tanya Ziana.

Sekejap. Okey. Aku dah nampak sekarang. Dia sebenarnya tak berniat pun nak buang Fatin. Tapi dia sebenarnya nak uji cinta aku pada Lyana. Benak Azmi. Baru dapat melihat apa yang mahu di lakukan kakaknya.

"Okey. Maksud akak. Akak nak Mi putus dengan Lyana selama sebulan sebab akak nak Mi cuba terus dengan budak tu?." Tanya Azmi mahu memastikan.

"Ya... Lepas sebulan terserah dekat Mi nak teruskan hubungan dengan dia atau nak lepaskan dia." Ujar Ziana.

"Okey. Fine!. Mi akan buat untuk akak, tapi dengan syarat akak pun kena buat sesuatu untuk Mi." Ujar Azmi.

Ziana berkerut dahi.

"Mi nak akak buat apa?." Tanya dia.

"Lepas sebulan nanti. Kalau Mi masih dengan keputusan Mi nak lepaskan dia. Mi nak akak restu hubungan Mi dengan Lyana dan terima dia sebagai isteri Mi." Ujar Azmi.

Ziana terdiam sebentar sebelum berkata

"Why not?. Kalau Mi boleh buat sesuatu untuk akak. Kenapa tak akak."

"Ok. Deal." Kata Azmi menghulur tangan mahu berjabat.

"Tapi dengan syarat." Kata Ziana.

"Syarat apa pula?." Azmi berkerut dahi.

"Untuk pastikan yang Mi tak tipu akak. Akak nak Mi dengan dia kena duduk dekat rumah akak sepanjang masa sebulan tu." Ujar Ziana.

"Sekejap. Akak nak suruh Mi cuba. Itu je kan?." Soal Azmi ingin memastikan.

"Yes... Cuba untuk teruskan. Maksudnya... Mi kena lah jalankan tanggungjawab Mi sebagai suami dan layan dia macam seorang isteri." Ujar Ziana.

Berubah air muka Azmi.

"No way kak!. Cukuplah Lyana sorang. Mi tak nak sentuh perempuan lain!. Lagi pun Mi akan ceraikan dia kan?!. Kenapa pula Mi nak kena sentuh dia?." Betahnya.

"Mi... Itu tak termasuk. Akak maksudkan tanggungjawab lain." Ujar Ziana.

Azmi terdiam.

"Akak nak Mi duduk makan sekali dengan dia, tidur sebilik dengan dia, hantar dia pergi kelas, jemput dia balik kelas dan sebagainya." Jelas Ziana

Azmi memutarkan bebola matanya kesal.

"Okey... Mi akan cuba. Tapi janji ya!. Akak kena restu hubungan Mi dengan Lyana dan terima dia sebagai isteri Mi." Ujarnya tidak lupa mengingatkan syaratnya.

"Janji." Kata Ziana mengangguk.

Azmi tersenyum. Ziana turut tersenyum.

I tak akan pernah restu hubungan you dengan Lyana dan i tak akan pernah cuba pun untuk terima perempuan kaki mabuk tu. Sebab I akan pastikan you jatuh cinta dengan Fatin sebelum cukup sebulan. Gumam Ziana di dalam hatinya.

_

FATIN Sibuk membaca buku di perpustakaan.

"Fatin." Tegur Taufiq, tiba-tiba muncul di hadapannya.

"Taufiq." Gumamnya terkejut.

Taufiq tersengih.

"Rajin eah awak. Hari minggu pun baca buku."

"Lah... Awak pun sama kan. Kalau tidak awak buat apa dekat perpustakaan ni." Ujar Fatin tersenyum.

"Eh. Tak adalah.. Saya datang sini memang nak jumpa awak." Jawab Taufiq.

Fatin berkerut dahi.

"Jumpa saya?. Mana awak tahu saya dekat sini?." Tanya dia pelik.

"Diana yang bagitahu." Jawab Taufiq tersengih.

Fatin manggut-manggut. Seraya memandang kembali buku yang sedang di bacanya.

"Fatin. Mak su kata awak dah tak kerja dekat hotel. Betul ke?." Tanya Taufiq.

Fatin mengangguk sahaja tanpa memandang wajah Taufiq.

"Tapi kenapa?." Tanya Taufiq lagi.

Fatin mengangkat kepalanya memandang Taufiq.

"Taufiq. Kita sambung borak lepas ni boleh?. Saya nak belajar ni." Tutur Fatin tersenyum.

"Okey. Okey." Kata Taufiq tersengih.

Fatin kembali memandang buku. Sorry Taufiq. Saya sebenarnya tak tahu nak jawab apa dekat awak. Benaknya.

***

TAUFIQ Terus mengekori langkah Fatin, menuju keluar dari perpustakaan.

"Fatin.. Lajunya awak ni." Gumamnya apabila sudah hampir dengan Fatin.

Fatin tersenyum memandang Taufiq.

"Awak dah sarapan ke belum?." Tanya Taufiq.

"Belum lagi. Ni nak pergi sarapan lah ni." Jawab Fatin.

"Cantik. Saya pun belum sarapan. Jom kita sarapan sekali. Saya belanja." Ujar Taufiq beriya-iya.

"Eh.. Tak payahlah... Bayar sendiri sendiri lah..." Kata Fatin menolak pelawaan Taufiq.

Taufiq mencebik.

"Peliklah awak ni. Biasanya orang suka kalau ada orang nak belanja dia. Tapi awak ni terbalik pula." Kata Taufiq.

Fatin tersenyum sahaja. Namun entah di mana silapnya. Fatin tersadung. Taufiq cuba untuk menyelamatkan dari terjatuh, namun kerana tubuhnya yang kecil. Taufiq tidak dapat menyelamatkan Fatin dan lebih malang lagi dia turut jatuh bersama Fatin.

Fatin meringis kesakitan. Taufiq yang melihatnya bergumam

"Ya, Allah.. Fatin."

Dia memegang kedua bahu Fatin untuk membantu Fatin bangun bersamanya. Namun tiba-tiba seseorang datang menolak tangannya.

"Cik Ziana." Gumam Fatin.

Ziana menghulur tangannya membantu Fatin berdiri. Taufiq turut bangun dan berdiri.


Ziana tiba-tiba menarik Fatin ke belakangnya dan merenung tajam ke arah Taufiq.

Fatin berkerut dahi tidak mengerti.

"You ni Taufiq kan?." Soal Ziana sambil merenung tajam ke arah Taufiq.

"Cik Ziana." Gumam Taufiq.

"Siapa you dengan Fatin?." Soal Ziana tegang.

Taufiq seperti biasa, menyegih dahulu sebelum menjawab sesuatu.

"Saya kawan Fatin." Katanya.

"Perlu ke kawan pegang-pegang macam tu?." Soal Ziana serius.

Fatin merasa tidak selesa apabila Ziana bertindak seolah-olah menyalahkan Taufiq.

"Cik Ziana." Fatin bersuara mahu mencelah. Namun Ziana mengangkat jari telunjuk kepadanya.

"I bercakap dengan dia. Bukan dengan you!." Ujar Ziana.

"Saya minta maaf Cik Ziana." Kata Taufiq menunduk.

"Minta maaf dekat i buat apa?. Minta maaf dekat Fatin!." Ujar Ziana tegas.

Taufiq mememandang ke arah Fatin. Fatin turut memandangnya.

"Fatin. Saya minta maaf." Gumamnya.

Fatin jadi semakin merasa bersalah apabila Taufiq meminta maaf dengannya. Dia melangkah ke hadapan dan berkata

"Saya pun minta maaf."

Ziana yang tidak suka melihatnya. Menarik Fatin kembali ke belakangnya. Matanya merenung tajam ke arah Taufiq.

"Taufiq!." Suaranya tegas.

Taufiq memandang wajah tegang Ziana.

"Let me tell you something. Fatin ni adik angkat i. You pun tahukan... I tak suka orang kelas bawahan macam you ni dekat dengan family i." Ujar Ziana.

"Cik Ziana." Fatin bersuara tidak suka dengan apa yang di katakan Ziana.

"You diam!."

Ziana menuding jari ke wajah Fatin lagi, membuatkan Fatin terdiam lagi.

"You faham kan apa maksud i?." Soal Ziana berbalik kepada Taufiq.

"Faham Cik Ziana." Gumam Taufiq menunduk.

"Itu pun kalau you dengan Mak su you masih nak bekerja dengan i lagi lah." Ujar Ziana mengugut.

"Saya minta maaf Cik Ziana. Saya janji tak akan dekat dengan Fatin lagi." Gumam Taufiq tetap menunduk.

"Dah tu. Tunggu apa lagi dekat sini?." Ujar Ziana menyindir.

Taufiq memandang sekilas ke arah Fatin. Seraya berlalu pergi dari situ.

Fatin melepaskan keluhan melihat Taufiq pergi. Seraya berpaling ke arah Ziana. Sakit hatinya apabila wanita itu memandangnya tanpa sedikit pun kelihatan bersalah.

"Apa masalah Cik Ziana ni sebenarnya?." Soalnya tidak puas hati.

"Mulai hari ni. Panggil i Kak Zee." Ujar Ziana.

Fatin merengus kasar. Dia menjeling Ziana dan berlalu. Dia sudah tidak dapat mengawal dirinya lagi. Dia rimas dengan sikap Ziana. Terkadang dia berfikir lebih baik dia berurusan dengan Riana sahaja. Sekurang-kurangnya Riana bertindak ke atasnya, bukan orang sekelilingnya. Fikirnya.

"Fatin!." Laung Ziana.

Fatin menghentikan langkahnya, walaupun dia sakit hati. Namun dia bukanlah kurang ajar yang mahu membuat tidak dengar sahaja panggilan Ziana. Dia menoleh ke arah Ziana.

"Ikut i." Kata Ziana.

"Maaf. Saya sibuk." Kata Fatin memberi alasan.

Ziana berjalan menghampirinya.

"Ini bukan pilihan. I yang buat keputusan. Jom ikut i." Kata Ziana. Seraya menarik tangannya.

Fatin mengeluh kecil. Dia mengekori wanita itu terpaksa.

_
AZMI Merengus kasar.

"Ish... Jawablah Sharif!." Desisnya geram.

Berkali-kali dia cuba menghubungi lelaki itu. Namun membazir masanya sahaja. Kerana Sharif tetap sahaja tidak menjawab panggilannya. Azmi mendengus kasar. Seraya bangun dari kerusi dan melangkah keluar dari kafe.

Kerana tergesa-gesa. Dia tidak sempat mengelak dari melanggar seorang gadis yang mahu masuk ke dalam kafe. Telefon gadis itu terjatuh di lantai. Azmi yang sedar akan kesalahannya, segera membungkuk mengambil telefon gadis itu dan menghulur kembali kepada si gadis.

"Sorry." Ucapnya.

Gadis itu tersenyum memandangnya.

"It's ok." Jawab si gadis.

Azmi tersenyum kelat. Seraya berlalu pergi.

_
FATIN Berkerut dahi apabila melihat Ziana mengeluarkan semua pakaiannya dari almari.

"Cik Ziana nak buat apa dengan semua barang-barang saya ni?." Tanya dia.

"I nak buang. Mulai dari hari ni. I tak nak you pakai semua baju-baju ni." Kata Ziana sambil memasukkan pakaian Fatin ke dalam plastik hitam.

Fatin yang terkejut mendengarnya, segera menahan Ziana dari terus menyentuh pakaiannya.

"Eh.. Janganlah buang. Sayanglah... Baju ni semua elok lagi." Katanya.

Ziana memandangnya tajam.

"You ni kan. Macam mana Azmi nak suka dengan you. Kalau you masih lagi pakai pakaian macam ni." Ujar Ziana.

"Cik Ziana cakap apa ni?." Gumam Fatin pelik.

Ziana mengeluh kecil.

"Tak ada apa." Jawabnya. Seraya menolak tubuh Fatin ke tepi. Agar dia dapat menyelesaikan cepat kerjanya.

"Cik Ziana. Janganlah macam ni." Kata Fatin merayu.

"Kalau you tak nak kasi i buang. Tak apa. I tak akan buang baju-baju you ni. Tapi i akan simpan semua baju-baju you ni dekat rumah i." Ujar Ziana.

"Tapi kenapa?." Soal Fatin pelik.

Selesai memasukkan semua pakaian milik Fatin ke dalam plastik hitam. Ziana mengikat plastik hitam tersebut dan mengangkatnya.

"Sebab i nak you ubah penampilan you." Ujarnya.

Fatin berkerut dahi.

"Kenapa nak kena ubah penampilan pulak?. Teruk sangat ke penampilan saya?." Soal Fatin.

"Sangat teruk..." Jawab Ziana selamba.

Fatin berkerut dahi memandang dirinya sendiri.

"Tak payah nak berkerut sangat dahi tu. Dengar je cakap i." Ujar Ziana.

Fatin diam memandang wanita yang sedang mengaturnya itu.

_

SEBAIK Sahaja Ziana pulang. Fatin melabuhkan punggungnya di atas katil. Pening kepalanya memikirkan apa yang baru terjadi tadi. Dia melihat pakaian-pakaian baru yang di belikan Ziana untuknya. Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi mematikan lamunannya. Fatin mencapai telefon tersebut untuk melihat siapa yang menghubungi.

'Encik Azmi'

Tidak pasti mengapa. Bibirnya menguntum senyuman saat melihat nama itu. Dia menyelak rambutnya ke belakang telinga. Nafasnya dia hela panjang sebelum dia menjawab panggilan tersebut dan meletak dekat telinganya.

"Fatin!. Ish kau ni. Aku ingat kau tak nak jawab tadi. Apa hal lambat?." Sergah lelaki itu seperti biasa.

Fatin tersenyum sahaja mendengar suara itu. Walaupun dia terkejut pada mulanya.

"Sorry. Saya tak perasan. Kenapa Encik Azmi call saya?." Tanya dia.

"Rindu." Jawab lelaki itu.

Bibirnya menguntum senyuman mendengarnya.

"Tak adalah. Aku sebenarnya nak jumpa kau. Ada benda sikit nak cakap." Kata lelaki itu di talian.

Fatin berkerut dahi.

"Jumpa saya?."

"Ya. Aku ada dekat bawah ni. Betul-betul depan pagar hostel." Kata Azmi.

"Ye ke?." Soal Fatin tidak percaya.

"Ya.. Cepat sikit. Aku tunggu kau dalam kereta." Kata Azmi.

"Okey.. Okey..." Gumamnya. Seraya mematikan talian.

TBC.

CAST.

Mai Davika = Ziana Ammara.

PS:

* My Broken English (Please DM Me)

_______________________________________
Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro