Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5: Terpaksa.

FATIN Mengejar langkah Ziana sehingga ke kereta.

"Cik Ziana." Panggilnya.

Ziana berpaling ke belakang. Matanya tajam memandang kearah Fatin. Fatin menundukkan sebentar kepala sebelum kembali memandangnya.

"Maafkan saya... Kenapa pula saya nak kena kahwin dengan adik Cik Ziana?." Soal Fatin berani.

Ziana terdiam sejenak sebelum berkata

"Sebab you tak ada pilihan." Bersahaja nadanya

Fatin berkerut dahi memandang wanita di hadapannya itu.

"You tak ada duit kan nak bayar balik duit i?." Soal Ziana.

Fatin menundukkan kepalanya.

"Saya rela duduk dalam penjara dan saya pun tak minta Cik Ziana bayarkan."

"Seriously?. Rela duduk dalam penjara?. Come on darling. Memang you tu anak yatim. Tapi you masih ada muka tau?. Kalau you masuk penjara. Banyak benda yang akan tergendala nanti. Kerja, pelajaran. Dan kalau you keluar nanti. You akan pegang title banduan. Macam mana tu?. You tak kisah ke?." Ujar Ziana memperovok.

"Mungkin lebih baik dari saya bebas. Tapi terikat dengan orang yang saya tak kenal." Ujar Fatin.

Ziana tersenyum mendengar jawapan yang dia rasa bernas itu.

"Okey. You nak apa?. Cakap je. I boleh bagi. Tapi dengan syarat. Kahwin dengan Azmi." Ujar Ziana.

"Saya tak nak apa-apa dari Cik Ziana. Saya cuma tak nak kahwin dengan adik Cik Ziana. Itu je." Kata Fatin.

Ziana mendengus.

"Kalau macam tu. Bayar balik duit i sekarang!." Tegas Ziana.

"Saya tak ada duit sekarang!." Tegas Fatin.

"Then kahwin dengan Azmi!." Ujar Ziana.

"Tapi saya tak nak!." Fatin tetap berkeras.

"Baiklah. Kalau macam tu. Biar saya jumpa dengan pengasuh Rumah anak-anak Jamil. Siapa nama dia awak cakap tadi?. Puan Fatimah?." Soal Ziana sengaja mahu memperovok Fatin lagi.

"Tolonglah... Jangan bagitahu Ibu. Dia mesti kecewa kalau tahu semua ni. Saya tak nak susahkan dia." Rayu Fatin mengalirkan air mata.

"Kalau macam tu. Jangan kecewakan dia." Ujar Ziana.

***

AIR Mata tidak henti-henti mengalir membasahi pipi Fatin. Dia buntu dan tidak tahu harus berbuat apa. Dia tahu kalau Puan Fatimah akan selalu percaya padanya. Tetapi dia tidak sampai hati mahu menyusahkan wanita itu lagi. Cukuplah selama 7 tahun ini, dia menyusahkan wanita itu. Sekarang dia mahu hidup berdikari. Dia mahu mencari kebahagiaan untuk dirinya. Namun mengapa seperti ini jalan ceritanya?. Di mana aku mahu mengorek kebahagiaan itu?. Benaknya.

"Aku terima nikah Fatin Dania Binti Abdul Ghani dengan maskahwinnya 22 ringgit malaysia tunai."

Air matanya makin deras. Terasa seperti ada sesuatu yang berat menimpanya saat ini. Kepalanya dia tundukkan. Mengapa semua ini harus terjadi pada aku?. Gumamnya lagi di dalam hati.

***

AZMI Keluar dari pejabat agama. Jantungnya terasa bagai mahu pecah saat ini. Matanya berkaca. Wajah Lyana terbayang di matanya.

"I'm sorry Lyana." Gumamnya.

Bibirnya di ketap geram apabila teringatkan Syatilla.

"Kau memang perempuan sampah Syatilla!." Gumamnya lagi.

"Mi."

Azmi menoleh ke sisinya. Dia melihat Ziana membawa Fatin kepadanya. Gadis itu pula menunduk seperti tidak bisa berbuat apa-apa.

"Bawa isteri you balik rumah sewa dia ambil barang-barang dia dan lepas tu bawa dia balik kondo you!." Ujar Ziana mengarahnya.

Azmi menghadapkan tubuhnya memandang Ziana.

"No!. Mi tak akan bawa dia balik kondo Mi. Akak yang nak sangat Mi kahwin dengan dia kan?!. Akak jagalah dia!." Ujarnya.

"Excuse me. Sedar diri sikit. You berkhalwat dengan dia. Salah Akak ke?." Sindir Ziana.

Azmi tertawa sinis.

"Nonsense!." Katanya. Seraya menuding jari ke arah Ziana.

"Mi tahu akak tahu yang ini semua perangkap. Tapi akak sengaja nak paksa Mi nikah juga kan?. Sebab apa?. Sebab akak takut Mi kahwin dengan Lyana kan?!. Don't worry kak. Even i dah nikah dengan dia. I ni lelaki. Lelaki boleh kahwin empat lah!." Ujar Azmi. Seraya berlalu meninggalkan Ziana.

Langkah Azmi laju menuju ke keretanya. Dan setelah memboloskan diri ke dalam perut keretanya. Azmi berteriak sekuat hatinya. Setereng keretanya di pukul melepaskan rasa sakit dan marahnya kepada kakaknya. Matanya berkaca.

"I'm realy sorry Lyana. I bodoh!. I sepatutnya lawan kakak i tadi. Tapi i buntu. I dah tak boleh nak fikir apa lagi. Sampai i buat keputusan ni." Gumamnya sebak.

Telefonnya dia keluarkan dari poket seluar dan mendail nombor Sharif.

MELIHAT Azmi pergi begitu sahaja. Ziana mengetap bibir geram.

"Degil betul dia ni." Desisnya perlahan. Namun dapat di dengar Fatin yang berdiri di sebelahnya.

"Tak kisahlah kalau Cik Ziana kejam dengan saya. Sebab dengan adik sendiri pun Cik Ziana kejam." Gumam Fatin.

Ziana menoleh ke arah Fatin.

"Excuse me?. You siapa nak cakap i macam tu?." Soalnya.

Fatin memandang ke arah Ziama. Dia baru tersedar akan kekasaran bahasanya.

"Sorry." Katanya menundukkan sedikit kepala.

Ziana menjeling Fatin malas. Seraya berkata

"Ikut i."

Fatin berkerut dahi.

"Pergi mana?." Soalnya.

Ziana memandang kembali ke arah Fatin.

"Saya nak balik rumah sewa saya." Tutur Fatin gugup apabila Ziana memandangnya tajam.

Ziana menghela nafas panjang.

"Ya. I akan bawa you balik rumah sewa you untuk ambil barang-barang you dan hantar you dengan barang-barang you sekali.. Ke rumah suami you." Tutur Ziana mengukir senyuman palsu.

"Saya tak nak!." Fatin cuba menolak.

"Ini bukan pilihan!." Tegas Ziana menjegilkan biji matanya.

Fatin menunduk. Dia terpaksa akur. Dalam sekelip mata dia kembali menjadi Fatin yang dahulu. Yang hanya menurut kata orang tanpa memikirkan kemahuan sendiri.

***

ZIANA Menekan loceng untuk yang ke sekian kalinya.

"Ish... Mana pulak budak ni?." Getusnya.

Fatin yang berada di belakangnya. Hanya diam dan menguap kecil. Dia merasa sangat mengantuk sekarang ini.

"Mungkin adik Cik Ziana tak balik rumah lagi kot." Dia bersuara.

Ziana memandang ke arah Fatin. Dia berfikir sebentar. Mungkin juga dia tak balik lagi. Benaknya. Malas mahu berfikir panjang. Dia segera menyeluk beg tangannya mengeluarkan kunci pendua rumah Azmi.

Fatin diam sahaja melihat Ziana membuka pintu rumah.

"Okey. Jom masuk." Kata Ziana setelah membuka pintu rumah.

Sebaik sahaja Fatin masuk ke dalam rumah. Ziana berpaling ke arahnya.

"This is your new home. You'll stay here with your husband." Ujar Ziana tersenyum.

Fatin mengangguk sahaja.

"Ada apa-apa soalan?." Tanya Ziana.

Fatin membisu.

"Okey. Kalau tak ada apa-apa. I balik dulu." Kata Ziana. Seraya berpaling hendak pergi.

"Cik Ziana sekejap." Fatin bersuara menahan Ziana.

Ziana berpaling ke belakang.

"Saya ada soalan." Kata Fatin.

Ziana mengangguk dengan mimik muka di buat 'Tanyalah'.

"Tilla mana?. Kenapa saya tak nampak dia dekat rumah?. Bukan dia keluar dengan Cik Ziana ke petang semalam?." Tanya Fatin.

Ziana mengecilkan sedikit matanya dan menghampiri Fatin.

"Yang itu you kena tanya sendiri dekat suami you. Dia tahu semuanya." Ujar Ziana. Seraya berpaling dan cepat-cepat melangkah pergi.

Fatin mengeluh panjang melihat pintu rumah sudah di tutup. Dia duduk bersila di lantai, mengenangkan apa yang baru terjadi. Semuanya bagaikan mimpi. Tiba-tiba sahaja dia sudah berada di sini.

Ya, Allah.. Kenapa semua ni jadi dekat aku. Benaknya.

_
AZMI Menogok lagi minuman keras di hadapannya. Sharif berkerut dahi melihatnya.

Dah kenapa mamat ni?. Tak pernah-pernah dia minum. Benaknya

***

SHARIF Memapah Azmi sehingga di hadapan pintu rumah kondo lelaki itu. Kunci rumah Azmi yang dia ambil tadi dalam kereta lelaki itu. Dia keluarkan untuk membuka pintu rumah. Dahinya berkerut apabila pintu rumah tidak pun berkunci. Malas berfikir panjang. Pintu rumah itu dia kuak. Membulat matanya apabila melihat sosok gadis berbaju kurung yang sedang tidur berbantal lengan di hadapan pintu. Dia gagahkan diri untuk melihat gerangan gadis itu, sambil dia memapah Azmi bersama.

"Fatin." Gumam bibirnya tanpa suara apabila melihat wajah gadis yang sedang tidur itu. Dek kerana tubuh Azmi yang berat, dia tidak sengaja melepaskan tubuh Azmi ke lantai. Bersebelahan dengan Fatin.

Fatin bergerak sedikit apabila halwa telinganya di ganggu. Melihatnya. Sharif bergegas meninggalkan Azmi dan keluar dari rumah tersebut.

Setelah masuk ke dalam keretanya. Sharif cuba berfikir lagi.

Apa sebenarnya dah jadi?. Azmi tak pernah-pernah minum. Tiba-tiba minum sampai mabuk. Dan Fatin pula ada dekat rumah Azmi?.

"Tilla. Dia mesti tahu." Gumamnya.

Telefonnya segera dia keluarkan dari poket seluar dan mendail nombor Syatilla. Sayangnya nombor Syatilla di matikan. Dahinya berkerut.

"Mati?." Gumamnya.

_
MERASAKAN Ada sesuatu yang berat menindih bahagian perutnya. Tidurnya terganggu. Fatin terkebil-kebil membuka matanya. Kepala di toleh ke sisi. Membulat matanya apabila melihat wajah lena seorang lelaki di sisinya. Hilang pertimbangan, dia menjerit sekuat hati.

Azmi terkejut saat mendengar jeritan Fatin. Kedua mereka bingkas duduk. Fatin menyeret tubuh mengundur ke belakang.

"Apa hal kau ni?. Tiba-tiba menjerit?." Soal Azmi terpisat-pisat.

"Encik buat apa ni?." Tangis Fatin sambil memeluk tubuh.

Azmi berkerut dahi mendengar soalan tersebut. Dia melihat sekelilingnya. Ini rumah aku. Benaknya. Dia menggerak-gerakkan kepalanya laju cuba mengingat apa yang terjadi. Matanya di besarkan. Perlahan memori semalam dia ingat semula. Laju dia memandang ke arah Fatin semula.

"Sekejap. Kau buat apa dekat sini?. Macam mana kau boleh masuk rumah aku?." Soalnya.

Fatin berhenti menangis. Dahinya berkerut cuba mengingat hal semalam. Sebentar sahaja dia sudah teringat kembali. Wajah Azmi dia pandang dengan rasa takut.

"Cik Ziana yang hantar saya dekat sini. Dia paksa saya." Katanya gugup.

Azmi mengetap bibir geram apabila teringatkan kakaknya. Tapi bukan aku dekat pub ke dengan Sharif semalam?. Siapa yang hantar aku balik?. Fikirnya. Serentak itu matanya membulat memandang Fatin.

"Sharif yang bawa aku balik. Maksudnya Sharif nampak lah kau kan?."

Fatin berkerut dahi. Kepalanya di geleng perlahan.

"Saya tak tahu. Saya tak perasan pun bila masa Encik balik." Katanya.

Azmi bingkas bangun sambil berkata

"No! No! No!. Sharif tak boleh nampak kau."

Langkahnya di hayun laju menuju ke biliknya.

Fatin yang masih ketakutan melihat ke arah dirinya sendiri. Nafas lega dia lepaskan apabila melihat dirinya masih lengkap berpakaian sempurna dengan tudung.

Tiba-tiba Azmi keluar semula dari biliknya dan berlalu melepasi Fatin yang masih duduk di lantai. Melihat Azmi melepasinya. Fatin bingkas berdiri.

"Encik. Encik. Encik." Panggil gadis itu.

Azmi terhenti langkahnya. Dia menoleh ke belakang.

"Nak apa?." Tanya dia malas.

Fatin segera menunduk, mengelak dari bertentang mata dengan lelaki itu.

"Saya minta maaf. Saya tahu Encik tak suka saya ada dekat rumah Encik." Katanya.

Azmi bercekak pinggang menghadap gadis itu.

"Dah tu?." Soalnya.

Fatin mengangkat kepalanya memandang lelaki itu.

"Tolong hantar saya balik rumah sewa saya. Saya janji tak bagitahu kakak Encik." Pintanya.

Azmi mengecilkan matanya. Langkahnya di bawa mendekati gadis itu.

"Kau nak balik rumah sewa kau. Kau ada kunci rumah ke?." Soalnya.

Fatin terdiam. Dia baru teringat yang kunci rumah sewa di ambil oleh Ziana. Melihat air muka Fatin. Azmi sudah dapat jawapannya.

"Macam ni lah... Kau tak kenal lagi tau siapa Ziana tu. Kau tak boleh terlalu bersangka baik pada dia. Macam mana yang kau nampak dia. Itu lah dia. Berlagak, perasan bagus dan satu dunia ni nak kena dengar cakap dia!." Ujarnya meninggi suara.

Bahu Fatin terhenjut apabila Azmi meninggi suara. Azmi membuang pandangannya ke arah lain sebentar sebelum memandang kembali ke arah Fatin.

"Macam ni. Kau duduk je lah dekat rumah aku ni. Tapi. Kau dengan hidup kau, aku pula dengan hidup aku." Ujarnya.

Fatin mengangguk akur. Azmi menunjuk ke arah bilik tetamu yang biasa dia tempatkan Ziana.

"Yang tu bilik tetamu. Kau boleh duduk situ. Aku tak akan masuk bilik tu. Pastikan aku tak nampak muka kau dalam rumah ni. Jadi kau kena ingat waktu aku. Aku akan pergi kerja pukul 7 pagi dan akan balik pukul 5 atau 6 petang. Lepas tu aku akan keluar semula dalam pukul"

"Sekejap. Sekejap." Fatin mengangkat sebelah tangannya.

Azmi terdiam. Fatin duduk dan menyelongkar beg nya. Satu nota dan pen dia keluarkan. Setelah itu dia berdiri semula menghadap Azmi.

"Sorry. Panjang sangat. Saya takut saya tak ingat. Boleh tak ulang semula." Kata Fatin mengukir senyuman.

Azmi berkerut dahi. Tidak sedar dirinya merenung gadis itu. Matanya di kecilkan. Sebenarnya dari semalam lagi, sewaktu di pejabat agama. Dia sudah tahu gadis itu ialah gadis yang dia temu duga pagi semalam. Betul lah kata Sharif. Kau ni memang naif, tapi bijak. Benaknya.

"Tak perlulah... Aku ada nombor telefon kau. Nanti aku whatsapp je dekat kau." Katanya.

Fatin berkerut dahi. Dia mahu bertanya dari mana lelaki itu mendapatkan nombor telefonnya. Tetapi dia kurung sahaja niatnya.

"Lagi satu fasal kerja kau. Pun aku akan whatsapp kau nanti." Ujar Azmi. Seraya berpaling.

Fatin menunduk memandang nota di tangannya. Tiba-tiba Azmi berpaling semula ke arahnya.

"Lagi satu. Kau jangan cakap apa-apa pun dekat Sharif tentang apa yang jadi antara kita." Ujar Azmi.

Fatin berkerut dahi.

"Faham tak?." Gertak Azmi.

Fatin mengangguk laju apabila di gertak demikian.

_
SAMPAI Sahaja di hotel. Azmi bergegas menuju ke pejabat Sharif.

"Sharif." Sapanya sebaik membuka pintu bilik sahabatnya itu.

"Eh Mi." Sahut Sharif memandangnya.

Azmi berkerut dahi.

"Apa hal kau masuk bilik aku ni?." Tanya Sharif.

"Aku ada benda sikit nak tanya kau." Kata Azmi.

"Okey. Kau nak tanya apa?." Soal Sharif.

"Semalam kau yang hantar aku balik kan?." Soal Azmi.

"Ouh... Semalam. Ya... Aku yang hantar kau balik. Kenapa?." Soal Sharif sengaja mahu mengorek rahsia.

Jantung Azmi terasa seperti mahu berhenti apabila mendengar jawapan Sharif.

"Jadi kau nampaklah" Belum sempat Azmi menghabiskan soalannya.

"Nampak apa?." Potong Sharif.

Azmi terdiam. Perlu ke aku cakap?. Nanti apa pula dia fikir?. Benaknya.

Sharif bersandar dekat kerusinya.

"Semalam masa aku hantar kau. Keluar je dari lif depan rumah kau tu. Kau terus je mencacar cari pintu rumah. Aku nak tolong kau, sebab kau tengah mabuk kan... Tapi tak sempat aku tolong. Kau dah masuk rumah. Aku pun terus balik lah.. Tak ada nampak apa pun.." Ujar Sharif berbohong.

Azmi merasa sedikit lega. Namun dia tetap mahu bertanya untuk memastikan yang Sharif tidak menipu.

"Maksudnya kau tak masuk rumah aku lah?." Soalnya.

"Dah kenapa pula aku nak masuk rumah kau?." Balas Sharif.

Azmi menghela nafas lega. Kini dia yakin apabila mendengar jawapan Sharif.

"Tak ada apa. Aku tanya je." Jawabnya tersenyum kelat.

Sharif menegakkan tubuhnya.

"Okey. Ni aku pula nak tanya kau." Katanya.

"Ish.. Nanti je lah.. Aku penat ni." Kata Azmi. Seraya keluar dari bilik tersebut.

Sharif mengecilkan sedikit matanya. Dahinya berkerut.

"Aku nampak kau cuba sembunyikan sesuatu dari aku ni Mi." Gumamnya.

_
SETELAH Mendapat pesanan whatsapp yang panjang lebar dari Azmi. Fatin melihat jam di telefon.

'1:30'

Fatin membaca semula pesanan whatsapp terakhir dari Azmi.

#Memandangkan kau tak masuk kelas hari ni.

#Pukul 2 kau dah boleh datang kerja.

#Nanti jumpa dengan Puan Salbiah.

#Dia ketua kau.

#Dia akan bagitahu kau skop kerja kau.

#Lepas ni apa2 pasal kerja. Kau refer terus pada dia.

Membulat mata Fatin.

"Lagi setengah jam." Gumamnya.

Mujur dia sudah mandi. Dia bergegas bangun dan bersiap.

_

SETELAH Selesai Puan Salbiah menunjukkan skop kerjanya. Fatin menukar pakaian dan tudung yang di sediakan. Senyuman dia ukir. Dia merasa agak tenang kerana lelaki yang menikahinya semalam tidak seperti lelaki yang menemuduganya pagi semalam. Meski pun mereka orang yang sama. Tapi karakter mereka berbeza.

"Fatin!."

Fatin terkaku di tempat dia berdiri. Terkejut air mukanya apabila melihat Taufiq rakan sekuliahnya ada di situ.

"Awak buat apa dekat sini?." Soal lelaki itu.

"Saya kerja dekat sini." Jawab Fatin gugup.

Taufiq manggut-manggut.

"Ouh.. Prof ada bagitahu yang awak ada emergency tak datang kelas hari ni." Katanya.

"Urm.." Fatin mengangguk sambil tersenyum kelat.

"Ya, Allah... Alhmadulillah... Syukur sangat." Ujar Taufiq mendongak kepala ke atas dan menyapu kedua tangannya ke wajah.

Fatin berkerut dahi.

"Kenapa?." Tanya dia.

"Tak adalah.. Awak tahu Fatin?. Saya bosan gila dekat sini. Sebab saya tak ada kenal orang pun dekat sini. Dan saya dengar saya pekerja part time pertama dan terakhir yang dia orang ambil." Kata Taufiq.

"Ouh... Ye ke?. Tak tahu pulak saya." Kata Fatin.

Taufiq tersengih. Baru sahaja dia membuka mulut mahu bercakap lagi.

"Taufiq!."

Sengihan Taufiq hilang serta merta. Dia menutup wajahnya dengan sebelah tangan.

"Tak payah nak tutup sangat. Tengok badan sekeping kamj tu pun. Saya dah tahu tu kamu." Kata Puan Salbiah sambil berjalan ke arah mereka.

Fatin berkerut dahi. Taufiq pula kembali tersengih menayang barisan giginya kepada Puan Salbiah.

"Mak su." Gumamnya.

Fatin berkerut dahi mendengarnya.

"Don't call me Mak Su here. I'm your leader. Call me Puan Salbiah." Ujar Puan Salbiah tegas.

Taufiq menjulingkan matanya malas.

"Fine. Puan Salbiah." Katanya.

Puan Salbiah memandang ke arah Fatin.

"Fatin. Jangan layan dia ni. Buat je kerja awak." Ujar Puan Salbiah kepada Fatin.

Fatin mengangguk.

"Baik. Puan Salbiah." Kata Fatin.

Puan Salbiah memandang pula ke arah Taufiq.

"Taufiq, ikut saya." Katanya.

"Alah.. Mak su. Fiq baru nak sembang dengan Fatin." Rengek Taufiq seperti anak kecil.

"Call me Puan Salbiah!. Berapa kali nak kena cakap?." Tegas Puan Salbiah.

"Ya!. Puan Salbiah." Taufiq mengetap bibir. Seraya memandang ke arah Fatin.

"Eh.. Kejap lagi kita jumpa lagi." Pesannya kepada Fatin sebelum berlalu pergi mengekori Puan Salbiah.

Fatin tersenyum sahaja melihat sikap mengada Taufiq. Sepanjang seminggu dia berada sekelas dengan lelaki itu. Tidak pula lelaki itu menegurnya. Kerana itu dia merasa agak gugup tadi sewaktu lelaki itu bertanya kepadanya.

TBC.

Sis Eja: Apa pandangan readers tentang Ziana?. Kenapa dia tiba2 nak Azmi nikah dengan Fatin?. Sedangkan sebelum ni dia bersungguh-sungguh nak Azmi berkahwin dengan Syatilla dan dia sebenarnya suka ke tak dengan Fatin. Refer semula Bab 2.

PS:

* My Broken English (Please DM Me)

_______________________________________
Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro