Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3: Pertemuan Pertama.

PEJAM Celik, pejam celik. Sudah seminggu Fatin berkongsi rumah dengan Syatilla. Namun sehingga ke hari ini Fatin masih belum pernah berbual lama dengan gadis itu. Mana tidaknya. Pagi-pagi saat dia mahu ke kelas, Syatilla masih lagi tidur. Malam pula sewaktu Fatin berada dirumah. Syatilla pula keluar.

Sebenarnya Fatin pun tertanya-tanya mengapa Puan Fatimah tidak membiarkan sahaja dia duduk di hostel seperti pelajar-pelajar lain. Mengapa Puan Fatimah sanggup membayarkan sewa rumah ini?. Dia pula jadi merasa tidak sedap. Yalah... Tentang sewa rumah Puan Fatimah uruskan, belajar pun orang tanggung. Tak kan makan minum dirumah sewa itu. Dia nak mengharapkan Syatilla pula. Dia pun ada rasa malu juga.

Jadi hari minggu ini. Fatin bercadang mahu mencari kerja sambilan. Pasti banyak diluar sana. Fikirnya.

_

SHARIF Keluar dari kereta dan terus sahaja membuntuti Azmi. Sementara Azmi pula menonong laju langkahnya.

"Wei Mi. Apa benda hah kau ni?. Aku tak fahamlah. Kenapa kau nak jumpa Lyana, aku pula nak kena ikut?. Kau tahu tak hari minggu macam ni aku sepatutnya tak payah menghadap muka kau. Bosan kau tahu tak asyik nak menghadap muka sama hari-hari.." Bebel Sharif panjang lebar.

Azmi memandang sekilas kearah Sharif.

"Kau ni boleh diam tak?. Kau tu ikut aku bukan free, yang kau nak membebel tu apahal." Ujar Azmi.

"Memanglah bukan free. Tapi"

Azmi berkerut dahi apabila Sharif tiba-tiba diam. Dia memandang kearah Sharif yang berjalan sambil memandang kearah lain.

"Weh Mi. Tunggu kejap." Sharif tiba-tiba memegang lengannya. Azmi berkerut dahi.

"Apahal kau ni?." Soal Azmi.

"Kau tunggu sini jap." Pinta Sharif tanpa memandang Azmi.

"Kau nak pergi mana?." Soal Azmi lagi.

"Tunggulah sekejap. Sekejap je." Sharif memandang Azmi sekilas sebelum pergi meninggalkan Azmi

Azmi berkerut dahi. Dia melihat Sharif yang berlari meninggalkannya, dan mendekati seorang wanita atau lebih tepatnya seorang gadis. Berbaju kurung, dengan tudung lagi.

"Taste kau ni Sharif pelik-pelik." Gumamnya mengejek. Seraya membuang pandangan kearah lain.

***

FATIN Berkerut dahi apabila melihat lelaki yang sama lagi.

"Fatin. Ni Abang Sharif lah. Ingat tak?." Sapa lelaki itu.

Fatin tersenyum. Yang sebenarnya dia sudah lupa nama lelaki tersebut.

"Ingat." Jawabnya lembut.

Sharif tersengih dan memandang sekelilingnya seperti mencari sesuatu.

"Fatin buat apa dekat sini?." Tanya dia.

"Tak ada buat apa. Saya tengah nak cari kerja." Ujar Fatin sambil menunjukkan surat khabar ditangannya.

"Kerja apa?." Soal lelaki itu lagi.

"Tak tahu lagi. Ni tengah nak cari ni." Jawab Fatin.

Sharif manggut-manggut. Tiba-tiba dia mendapat satu idea. Apa kata aku sarankan dia jadi kuli dekat Casa Mia. Mana tahu ada chance aku dekat sana. Benaknya.

Hah!.

Sharif mengangkat jari telunjuknya tinggi, seolah-olah dia baru mendapat idea.

Fatin berkerut dahi memandang lelaki dihadapannya itu.

"Kebetulan sangat Fatin. Dekat company Abang Sharif kerja. Ada perlukan tukang bersih-bersih. Fatin nak cuba tak?. Kalau nak Abang boleh tanyakan?." Ujar lelaki itu mengajukan cadangan.

"Eh.. Tak apalah Abang Sharif. Sebenarnya saya nak cari kerja sambilan je. Untuk hari minggu dengan waktu malam." Ujar Fatin dengan lebih jelas.

"Kenapa pula macam tu?. Kenapa tak kerja je betul-betul?." Tanya Sharif pelik.

"Saya kan pelajar." Jawab Fatin.

"Ouh.. Ye ke?. Fatin belajar?." Soal Sharif baru tahu.

Fatin mengangguk sahaja.

"Dekat mana?." Tanya lelaki itu lagi.

"UTM. Universiti Teknologi Malaysia." Jawab Fatin.

Melopong mulut Sharif. Budak pandai rupanya. Benaknya.


"Tak apalah... Kalau fasal tu. Nanti biar Abang Sharif cuba cakap dengan bos Abang Sharif. Mana tahu boleh." Ujarnya.

"Eh.. Tak apalah Abang Sharif. Susahkan Abang Sharif je." Fatin menolak sopan pelawaan lelaki itu.

Sharif menarik muka kecewa yang dibuat-buat.

"Tak apalah kalau Fatin tak nak. Abang Sharif cuma nak tolong je. Ya lah... Sebab sekarang kan susah nak cari kerja." Tuturnya.

Fatin yang melihat wajah kecewa lelaki, jadi merasa bersalah.

"Okeylah... Saya cuba." Kata Fatin.

Berubah ceria semula wajah lelaki itu. Kerana umpan yang dia pasang, berjaya.

"Betul ni?."

Fatin tersenyum mengangguk. Sharif segera mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam poket seluar.

"Okey... Kalau macam tu kasi nombor telefon Fatin dekat Abang Sharif." Ujarnya bersungguh-sungguh.

Fatin berkerut dahi.

"Tapi Abang Sharif. Saya tak ada telefon." Kata Fatin jujur.

Sharif memandang sebentar wajah Fatin, seolah tidak percaya. Zaman sekarang ini. Mana ada orang tak pakai telefon. Lagi-lagi gadis muda seperti Fatin.

"Tak.  Tak ada telefon?." Beku lidah Sharif menyoal.

Fatin terdiam sejenak. Seraya berkata

"Saya kan duduk rumah anak yatim. Saya mana kerja dekat sana. Jadi tak ada duit nak beli telefon.."

Sharif menyimpan kembali telefonnya kedalam poket seluar yang dia pakai.

"Okey tak apa. Kalau macam tu.  Jom ikut Abang Sharif." Kata Sharif.

Fatin berkerut dahi.

"Ikut pergi mana?." Tanya gadis itu polos.

"Beli telefon." Jawab Sharif.

"Eh. Abang Sharif tak apalah." Kata Fatin.

"Eyy.. Janganlah macam tu. Jom lah.." Ajak Sharif bersungguh-sungguh.

"Saya tak ada duit sekarang ni." Kata Fatin.

"Tak apa. Abang Sharif belanja." Kata Sharif.

"Janganlah macam tu Abang Sharif. Kita baru je kenal. Tak sedaplah pula saya rasa." Kata Fatin mula tidak selesa dengan sikap lelaki itu.

Sharif bingung. Dia memegang dahinya cuba mencari solusi.

"Okey macam ni. Abang Sharif belikan dulu sekarang. Nanti kalau Fatin dapat gaji. Fatin bayar semula dekat Abang Sharif." Ujar Sharif.

Fatin terdiam, seperti mahu berfikir.

"Ansur-ansur pun tak apa." Kata Sharif lagi. Tidak mahu gadis itu memikir lebih-lebih. Takut rancangannya tidak jadi.

Fatin masih diam. Dia memandang lelaki dihadapannya itu.

"Penting ke telefon tu?." Soalnya.

"Ya, Allah.. Ya, Tuhanku.. Fatin. Sekarang ni zaman internet. Jadi telefon tu sangatlah penting. Dia juga akan memudahkan Fatin dekat tempat belajar nanti." Ujar Sharif panjang lebar.

Fatin terdiam. Betul juga. Hari tu aku terpaksa tengok telefon orang sebelah sebab nak tengok apa yang prof hantar dalam group message.

"Okeylah.. Kalau macam tu." Jawab Fatin akur.

***

SHARIF Menghulurkan beg kertas yang berisi telefon kepada Fatin.

"Ni telefon Fatin. Abang Sharif dah isi kad sim dan Abang pun dah save nombor Fatin." Ujar Sharif.

"Terima kasih Abang Sharif." Tutur Fatin penuh rasa bersyukur.

Sharif tersenyum penuh makna. Dia melihat jam di pergelangan tangannya.

"Fatin. Sebenarnya Abang Sharif nak kena pergi ni. Kawan Abang Sharif tengah tunggu. Abang pergi dulu ya. Nanti Abang Sharif call Fatin." Kata Sharif. Seraya berpaling ingin pergi.

"Abang Sharif. Telefon ni harga dia berapa?." Tanya Fatin sedikit tinggi suaranya.

Sharif menoleh ke belakang.

"Abang tak ingat. Tapi resit dia ada dalam beg kertas tu." Ujar Sharif. Seraya melangkah pergi.

"Okey." Kata Fatin. Seraya terus membuka beg kertas tersebut untuk melihat resit.

Terbeliak mata Fatin apabila melihat harga telefon tersebut yang berharga 3,999.

"Mahalnya Abang Sharif?." Gumam Fatin. Seraya mendongak kepalanya. Tetapi sosok lelaki itu telah hilang.

_
TERKEJUT Lyana apabila melihat wajah Ziana terpacul dimuka pintu bilik hotel.

"Kak Zee." Gumam Lyana.

"Siapa tu sayang?." Celah Azmi muncul dibelakang Lyana. Tidak sempat Lyana menghalangnya.

"Akak!." Gumam Azmi terkejut.

Tangan Ziana dihayun laju, menampar wajah Azmi.

"Apa yang Mi buat ni hah?. Akak dah kata kan putuskan hubungan dengan perempuan ni!. Kenapa Mi degil sangat?. Mi tidur dengan dia lagi kan?." Tengking Ziana memarahi Azmi.

Azmi memegang pipinya yang baru ditampar oleh kakaknya itu.

"Apa akak ni?. Mana ada kita orang tidur. Nak tidur apa siang-siang ni. Mi dengan Lyana tengah party. Esok Lyana nak ke New York. Ada urusan kerja dekat sana." Ujar Azmi.

"Party apa?!. Kalau dah berdua je dekat hotel?." Soal Ziana masih meninggi suaranya.

Azmi mengetap bibir geram. Sharif! Mana kau?. Sepatutnya kau ada dekat sini teman aku. Benaknya.

"Aish... Apa pula berdua Kak Zee?. Saya ada lah." Sampuk Sharif tiba-tiba muncul membawa kopi didalam cawan kertas.

Ziana menoleh kebelakang. Dahinya berkerut memandang Sharif. Sharif berdiri didekat pintu menghadap Ziana.

"Adik angkat kesayangan Kak Zee, Tilla. Dia pun ada. Kejap lagi dia datang. Sebenarnya kami plan nak ajak ramai lagi. Tapi tu lah... Hari minggu macam ni kan. Ramai dah ada plan sendiri." Ujar Sharif.

Ziana mengetap bibir geram. Dia menarik kolar baju Sharif. Sharif pula terkial-kial cuba mempertahankan kopi yang dia pegang.

"Kau jangan cuba nak rosakkan Tilla. Dia tak perlu join party bodoh macam ni!." Ujar Ziana. Seraya melepaskan kolar baju Sharif.

Azmi menunduk sambil mengurut dahinya.

"Mi!. Ikut Akak balik!." Kata Ziana tiba-tiba memegang tangan Azmi.

"Tapi akak kita orang" Azmi bersuara cuba memberi alasan.

"Ikut akak balik!." Tegas Ziana menjegilkan matanya kepada Azmi.

Azmi mengeluh kecil. Akur dengan permintaan Ziana.

"Okey.. Mi ambil kunci kereta kejap." Kata Azmi.

"Tak payah!. Kereta Mi biar dia ni bawa balik." Ujar Ziana memandang sekilas kearah Sharif.

Azmi berkerut dahi memandang Sharif. Begitu juga dengan Sharif.

"Mi balik dengan Akak!." Putus Ziana.

"Sayang..." Sayu suara Lyana.

Azmi memandang kearah Lyana.

"Sorry sayang. I've to go." Tutur Azmi. Seraya mencium pipi Lyana. Peduli apa dia kakaknya disitu?. Dia sudah akur mengikut wanita itu pulang, dah cukup baik.

Ziana yang berang melihatnya. Segera menarik tangan Azmi pergi. Tiba-tiba Ziana berhenti dan berpaling kembali kebelakang.

"Sharif!."

Sharif memandang majikannya itu.

"I'm your boss, not your sister. So stop call me Kak Zee!." Ujar Ziana. Seraya berpaling pergi bersama Azmi.

_
AZMI Merengus kasar. Sharif pula tersenyum.

"Sudahlah tu Mi. Kau maafkan je lah kakak kau tu." Ujar Sharif.

Azmi menjeling Sharif.

"Kau cakap senanglah... Kau tak ada kakak macam tu. Sakit hati aku ni tau. Dah lah dia tampar aku. Lepas tu dia paksa pula aku balik." Bebel Azmi.

"Lagi?." Soal Sharif dalam nada memerli.

Azmi memandang tajam kearah Sharif sebelum dia melempar lelaki itu dengan kusyen kecil yang dipeluknya.

"Kau apahal?." Serius wajahnya.

Sharif mengaduh sebelum tertawa.

"Relax lah Mi. Alah... Kau pun macam tak biasa pula kena macam tu." Katanya.

Azmi mencebik.

"Nasib baik kau datang tadi. Kalau lambat sikit tu. Aku tak tahu apa yang akan jadi." Kata Azmi yang turut merasa lega apabila mengenangkan Sharif yang tiba tepat pada masanya.

"Kan..." Sharif tersenyum. Seraya bangun dan duduk disisi Azmi, memeluk bahu lelaki itu.

Azmi berkerut dahi. Tubuh Sharif ditolak dari memeluknya.

"Kau apa hal?."

Sharif tersenyum. Dia meletakkan gelas ditangannya dekat atas meja sebelum kembali menghadap Azmi.

"Aku nak minta tolong kau sikit." Kata Sharif.

"Bukan aku dah bank in duit dekat dalam account kau ke?." Soal Azmi.

"Tak. Ini bukan fasal duit. Aku nak minta tolong benda lain." Kata Sharif.

Azmi berkerut dahi.

"Tolong apa?."

_

FATIN Melepaskan keluhan kecil melihat dajjal kecil ditangannya. Niatnya mahu memulangkan kembali telefon tersebut. Tetapi tadi saat Sharif menelefonnya dan memberitahu yang lelaki itu telah bertanya pada majikan lelaki itu tentangnya. Dia jadi hilang kata-kata,  ditambah pula apabila Sharif memintanya untuk datang temuduga besok pagi.

"Aduh... Fatin.. Fatin... Susah sangat ke nak bagitahu yang kau takut nak hutang banyak-banyak." Omel Fatin memarahi dirinya sendiri.

Keluhan kecil dia lepaskan. Seraya mendail nombor telefon Rumah anak-anak Jamil yang dia salin dekat kertas.

"Assalamualaikum." Sapanya sebaik panggilan telefonnya dijawab

"Waalaikumsalam. Siapa ni?."

Fatin tersenyum. Dia rindukan suara itu. Siapa lagi kalau bukan suara Puan Fatimah atau nama panggilan di rumah anak yatim, Ibu.

"Ibu. Ni Fatin lah." Kata Fatin teruja.

"Fatin?. Ya, Allah... Rindunya Ibu dekat kamu. Dah seminggu keluar. Kenapa tak telefon Ibu?. Rumah yang Ibu cadangkan tu macam mana?. Okey?. Teman serumah kamu macam mana?. Okey ke dia?."

Bertalu-talu soalan yang ditanya Puan Fatimah. Fatin hanya tersenyum. Itulah dia Puan Fatimah. Banyak mulut, tegas, tetapi seorang yang sangat baik hati.

"Alhamdulillah... Semuanya okey. Maaflah Ibu. Bukannya Fatin tak nak call Ibu. Tapi Fatin tak tahu macam mana nak call. Lagi pun Fatin kan tak ada telefon." Jawab Fatin jujur.

"Habis tu. Ni kamu pakai telefon siapa ni?."

Fatin terdiam sejenak. Berfikir apa yang hendak dia katakan. Takut kalau tersilap bicara, lain jadinya.

"Urm... Kawan serumah Fatin. Fatin pinjam telefon dia." Bohong Fatin.

Bukan sengaja Fatin mahu berbohong. Tetapi dia takut kalau dia memberitahu cerita sebenar. Puan Fatimah akan marah. Iyalah.. Mana baik berhutang. Kalau tidak mampu, buat cara tidak mampu. Itulah yang selalu di ajar Puan Fatimah kepadanya.

"Ibu. Ayu ada?. Fatin nak cakap dengan dia boleh?." Fatin menukar topik.

"Ayu dah keluar dari rumah ni semalam Fatin."

Fatin berkerut dahi mendengar tonasi suara Puan Fatimah yang berubah sayu tiba-tiba.

"Kenapa?." Tanya Fatin.

"Entahlah... Lepas kamu keluar. Dia ada bergaduh dengan Riana. Lepas tu semalam dia minta nak pergi. Ibu tak boleh nak halang dia. Mungkin dia kecewa sebab Ibu tak pertahankan dia masa tu. Nanti kamu cubalah cari atau hubungi dia ya."

Fatin jadi turut merasa sayu apabila mendengar suara sayu Puan Fatimah.

"InsyaAllah Ibu." Gumamnya.

Sebaik mematikan talian. Fatin meletakkan telefon diatas meja.

_
AZMI Merenung lama gambar Lyana yang dia jadikan wallpaper dekat skrin telefonnya. Tiba-tiba notifikasi dari whatsapp masuk. Azmi merengus kasar melihat nama kakaknya. Dia segera meletak telefon pintarnya diatas meja.

Macamlah aku tak tahu yang dia nak suruh aku bawa Syatilla keluar. Tak faham betul aku. Kalau dengan Lyana. Benci betul dia. Tapi kena dekat Syatilla. Bukan main sayang. Padahal perempuan tu dua kali lima dengan Lyana.

Bunyi ketukan dipintu bilik. Mematikan lamunannya. Dia berdehem dan mengawal riak wajahnya.

"Masuk!." Katanya memberi arahan.

Wajah Nadia, pekerja di syarikat itu terpacul dimuka pintu bersama dengan seorang gadis berbaju kurung putih bercorak bunga merah jambu dan tudung bawal merah jambu juga.

Setelah menilik sekilas. Dia mengejek dalam hatinya "Gadis melayu terakhir.". Seraya berpura-pura membelek kertas dihadapannya.

"You boleh keluar. Tinggalkan dia dekat sini." Ujarnya tanpa memandang pun kearah Nadia dan gadis itu.

"Baik Encik Azmi." Kata Nadia.

NADIA Keluar dari bilik meninggalkan Fatin dan Azmi didalam bilik tersebut. Azmi memanggil Fatin mendekat dengan mejanya dengan menggunakan isyarat jari telunjuk. Fatin yang gugup melihat wajah dingin lelaki itu, terpaksa akur dan melangkah perlahan menghampiri meja lelaki itu.

Apabila Fatin sudah tepat berdiri dihadapan mejanya. Azmi mendongak kepalanya memandang wajah polos gadis itu. Dan saat itu mata mereka bertaut tanpa sengaja.

Menyedarinya, Fatin cepat membuang pandangan kearah lain. Azmi pula berdehem perlahan.

Boleh tahan muka dia. Tak nampak pun macam budak umur 19 tahun. Benak Azmi.

Tapi kau janganlah garang-garang dengan dia. Dia tu memang naif. Tapi pandai tau.

Senyuman terlakar dibibir Azmi apabila teringatkan pesanan Sharif padanya. Tiba-tiba otak nakalnya datang. Dia bangun dari duduknya, menongkat kedua tangannya diatas meja dan menatap gadis itu.

Fatin berdehem perlahan. Rasa tidak selesa apabila ditenung demikian.

Azmi makin galak hendak mengusik gadis itu. Dia berpusing dari tempat dia berdiri dan berjalan menghampiri Fatin. Fatin berkerut dahi. Rasa gugup dan tidak selesa bercampur. Namun dia tetap juga berusaha untuk kelihatan tenang.

Azmi berjalan perlahan mengelilingi Fatin sambil memandang gadis itu atas, bawah.

Ehem... Fatin berdehem dan menapak berapa tapak menghindari lelaki itu. Azmi berhenti, dia menatap tajam wajah gadis itu.

"Nama saya Fatin, umur 19. Saya belajar dekat Universiti Teknologi Malaysia." Fatin lancar memberitahu tentang dirinya, walaupun belum ditanya. Semata-mata untuk menghilangkan rasa gugupnya.

Azmi tersenyum. Seraya menyilangkan kedua tangannya kedada dan meletakkan punggungnya diatas meja.

"Tak tanya pun." Katanya.

Fatin menunduk. Dia merasa sedikit lega apabila lelaki itu tidak lagi mengelilinginya.

"Tak apalah kalau macam tu. Saya balik dulu." Kata Fatin. Seraya berpaling ingin pergi.

Azmi pantas memegang lengan gadis itu. Fatin yang terkejut dengan tindakan Azmi, pantas menarik tangannya dan menapak kebelakang dengan air muka takut dan marah.

Azmi berkerut dahi.

"Chill lah... Beralaskan?. Bukan sentuh kulit pun." Katanya.

"Tapi berasa!." Keras suara Fatin. Dadanya naik turun cuba menahan amarah.

Berang kerana si gadis meninggi suara. Azmi bingkas bangun dan menghampiri gadis itu.

"Apa yang kau rasa budak kecik?. Tak kan baru pegang macam tu kau dah teransang." Kasar dia menyoal.

Fatin berkerut dahi. Air liurnya ditelan pahit. Dia faham maksud dari kata-kata lelaki itu. Tetapi sejujurnya dia tidak bermaksud demikian dan tidak terfikir pun yang lelaki itu akan mentafsir kata-katanya begitu.

Azmi menjauhkan dirinya dari Fatin dan berpaling menuju kearah tempat duduknya.

"Kau di terima bekerja dekat sini." Katanya.

"Hah?." Membulat mata Fatin kerana terkejut. Mana tidaknya. Mereka belum lagi memulakan sesi temuduga. Tetapi lelaki itu sudah menerimanya bekerja.

"Kau boleh balik sekarang. Nanti yang lain aku akan Whatsapp terus ke nombor kau." Ujar Azmi lagi.

Fatin yang masih terpinga-pinga. Segera berpaling dan melangkah keluar dari bilik tersebut.

TBC.


Sis Eja: First met Hero & Heroin. Apa yang jadi lepas ni?. Derita atau bahagia? 😅

PS:

* My Broken English (Please DM Me)

_______________________________________
Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro