Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 20: Keputusan Untuk Kita.

FATIN Termenung memikirkan apa yang dia ucapkan di rumah tadi.

Saya tak nak teruskan perkahwinan ni. Jadi tolong lepaskan saya.

Kalaulah dia betul-betul lepaskan aku tadi. Dah bersedia ke aku untuk berpisah dengan dia?. Getus hatinya.

"Sayang."

Lamunannya mati apabila suaminya yang sedang memandu tiba-tiba memanggilnya.
Dia menoleh ke arah lelaki itu.

"Sayang marah Abang lagi ke?."

Dia tersenyum sekilas sebelum kembali memandang ke hadapan.

"Sayang please... Jangan cakap macam tadi lagi."

"Cakap macam mana?." Soalnya sambil menoleh ke arah suaminya.

"Sayang nak berpisah dengan Abang."

Dia diam memandang suaminya. Tidak sangka yang lelaki itu masih memikirkan ucapannya tadi.

Ikhlas ke lelaki ini?. Benaknya bertanya

Macam mana pula dengan aku?. Ikhlaskah aku? Atau hanya kerana sudah terbiasa?.

"Ya, Abang faham sayang perlukan masa untuk buat keputusan.

Abang bukan nak paksa sayang terima Abang.

Abang cuma tak nak sayang buat keputusan dalam keadaan kita tengah bergaduh macam tadi.

Sayang tahu tak dalam keadaan tadi tu macam-macam boleh jadi."

Dia tiba-tiba memegang lengan suaminya dan berkata

"Abang berhenti tepi sekejap."

Suaminya yang sedang memandu itu, memandang ke arahnya bingung.

"Kenapa?."

"Berhenti je lah..." Katanya.

"Ya, ya.."

Azmi menghentikan keretanya di bahu jalan, seraya menoleh ke arah sang isteri.

Fatin memandang wajah suaminya itu.

Azmi berkerut dahi, dia perasan ada genangan air di kelopak mata isterinya.
Tali pinggang keledarnya di lepas, dia menghadapkan tubuhnya menghadap isterinya dan meraih kedua tangan gadis itu.

"Sayang... Abang minta maaf kalau kata-kata Abang tadi buatkan sayang rasa sedih." Tuturnya.

Fatin jadi semakin sebak. Perlahan kedua tangan suaminya dia genggam.

"Abang..." Gumamnya sambil memandang wajah insan yang bergelar suami kepadanya itu.

"Boleh janji dengan saya sesuatu?."

Azmi berkerut dahi mendengar kata 'Janji' yang keluar dari mulut isterinya. Ia secara tidak sengaja telah mengingatkan tentang janjinya kepada Lyana.

I janji akan bertanggungjawab dan tak akan tinggalkan you.

"Boleh tak?."

Azmi tersedar dari lamunannya, seraya mengukir senyuman memandang sang isteri.

"Janji apa?." Soalnya sedikit merasa gugup.

Fatin diam menundukkan kepalanya.

"Janji apa sayang?." Soal Azmi ingin tahu.

"Janji yang Abang tak akan sia-sia kan saya, kalau saya setuju untuk teruskan perkahwinan kita ni." Ujar Fatin kembali mendongak kepala.

Dengan mata bersinar sinar, Azmi bertanya

"Sekejap. Maksud sayang?. Sayang setuju untuk teruskan perkahwinan kita?."

Fatin berdecit dan berkata

"Abang janji dulu."

Azmi tertawa besar.

Fatin berkerut dahi melihat lelaki itu ketawa.
Tangannya segera melepas tangan Azmi yang di genggamnya.

Ia membuatkan Azmi tersedar dan berhenti ketawa. Seraya meraih kembali tangan isterinya dengan kadar segera

"Sorry sayang... Sayang jangan salah faham.

Abang ketawa sebab abang terlalu bahagia bila dengar yang sayang kata kalau sayang setuju untuk teruskan perkahwinan ni." Ujar Azmi.

Fatin berkerut dahi tidak yakin memandang wajah suaminya itu.

"Okey...

Abang janji Abang tak akan tinggalkan sayang.

Walaupun sayang tak setuju untuk teruskan perkahwinan kita ni, abang nak tetap ada di sisi sayang...

Walaupun sayang tak nak...

Seandainya perpisahan antara kita terjadi juga, sayanglah yang tinggalkan Abang... Sebab Abang lelaki yang berpegang pada janji...

Kalau Abang tetap juga tinggalkan sayang, masa tu sayang boleh anggap Abang orang gila, sebab selagi Abang waras...

Abang tak akan tinggalkan sayang." Ujar Azmi lagi.

Fatin membisu kerana merasa terharu mendengar janji manis suaminya itu.

"Abang." Gumamnya perlahan.

"Ya." Sahut suaminya.

"Saya redha Abang sebagai suami saya dunia akhirat." Gumam Fatin meluahkan.

Kelu sebentar lidah Azmi mendengarnya. Hatinya bergetar. Air matanya bergenang.

"Abang tak salah dengar ke ni?." Soalnya.

Fatin tersenyum mengangguk menjawab soalan suaminya itu.

Azmi tersenyum bahagia.

"Terima kasih sayang." Gumamnya memeluk tubuh isterinya.

Fatin tersenyum membalas pelukan suaminya itu. Namun secara tidak sengaja matanya memandang ke arah jam dekat kereta yang menunjukkan pukul 9 pagi, dia segera menyedari yang dia sudah terlambat mahu ke kolej, tubuh suaminya di tolak serta merta.

Azmi memandangnya pelik.

"Saya dah lambat nak masuk kelas." Kata Fatin.

Azmi segera melihat jam di tangannya.

"Yalah... Abang pun dah lambat nak masuk office." Gumamnya memandang Fatin. Seraya menegakkan tubuhnya dan memakai semula tali keledar yang di lepas tadi.

"Sayang." Gumamnya tiba-tiba menoleh ke arah Fatin lagi.

Fatin memandangnya.

"Terima kasih." Gumamnya tersengih.

Ia membuatkan Fatin tersipu malu dan memukul perlahan lengan suaminya itu.

"Cepatlah... Kita dah lambat." Kata Fatin.

"Yes maam." Balas Azmi tersenyum.

***

AZMI Menghentikan kereta di hadapan pagar kampus sesuai permintaan Fatin, kerana mereka sudah lambat jadi Fatin berfikir pasti semua orang telah masuk kelas dan tiada orang akan melihatnya keluar dari kereta Azmi.

"Terima kasih Abang. Assalamualaikum." Ucap Fatin dan bergegas keluar dari perut kereta.

Azmi baru hendak berpaling, dia terpandang ke arah beg isterinya di bahagian bawah kaki Fatin, segera dia menurunkan cermin tingkap untuk memanggil isterinya itu.

"Sayang." Teriaknya.

Namun panggilannya tidak di dengar oleh Fatin.

Tanpa berfikir panjang, Azmi mencapai beg tersebut dan bergegas turun dari kereta mengejar langkah isterinya yang sedang berlari itu.

"Sayang." Laungnya sambil berlari ke arah Fatin.

Fatin yang baru mendengar, menoleh ke belakang melihat suaminya yang sedang menuju ke arahnya membawa beg yang tidak sengaja dia tinggalkan.

"Thank you Abang.

Nasib baik Abang ada, kalau tidak tak tahulah macam mana saya nak kelas kejap lagi." Selorohnya sambil mengambil beg dari tangan suaminya.

Azmi tersenyum dan mengusap kepala isterinya

"Welcome."

Fatin tersipu malu, sebagai tanda terima kasih dia pun mengambil tangan suaminya dan mencium belakang tangan suaminya itu layaknya seorang isteri.

Azmi pula, mencuri kesempatan itu untuk mengucup dahi Fatin.

Fatin terkejut dan spontan memegang dahinya, memandang suaminya.

Azmi tersenyum menang dan memalingkan tubuh kecil Fatin membelakanginya

"Dah cepat pergi masuk kelas." Ujarnya.

Fatin berpaling sekilas ke arah suaminya, melemparkan senyuman dan kemudian melangkah pergi.

Azmi tersenyum menghantar sang isteri dengan mata. Dadanya bergetar hebat saat ini.

_
ZIANA Tersenyum membaca pesanan whatsapp dari kekasihnya.

You free hari ni?.

I nak ajak you lunch sama.

Jarinya mulai menari di atas skrin telefon, membalas pesanan tersebut.

Sorry

I'm busy today.

Dia segera menutup telefonnya dan menyimpul senyuman.

Kena jual mahal sikit. Gumamnya di dalam hati.

"Cik Ziana panggil saya?."

Ziana agak terkejut melihat wajah Azmi yang sudah terpacul di hadapan pintu biliknya tiba-tiba. Dia perlahan menegakkan tubuhnya dan mengangguk menjawab soalan Azmi.

"Ada apa Akak nak jumpa Mi?." Tanya Azmi sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi.

Ziana berdehem dan menyatukan kedua tangannya di atas meja.

"I dah ada tarikh untuk majlis you dengan Fatin nanti." Ujar Ziana berterus terang.

Azmi tercengang sebentar, kemudian tersenyum.

"Betul ke ni?."

Ziana mengangguk menjawab soalan adiknya itu.

"Bila?." Tanya Azmi.

"Hujung bulan ni." Jawab Ziana.

Azmi berkerut dahi memandang Ziana

"Sempat ke?." Soalnya.

Ziana mengangguk dan berkata

"Seminggu sebelum majlis Fatin ada trip ke Negeri Sembilan.

Dia ada assignment nak kena buat dekat sana.

Balik je dari sana, dia akan terus stay dekat rumah i sampai hari majlis." Ujar Ziana.

Azmi manggut-manggut tanda mengerti dengan rancangan Ziana.

"So?. Apa yang Mi perlu buat sekarang?."

Ziana tersenyum senget mendengar soalan adiknya itu

"Pasang badan je. Semua i uruskan." Katanya.

Azmi tersenyum dan menghela nafas panjang, tanda lega kerana akhirnya dia tidak perlu lagi menyembunyikan status hubungan dengan isterinya.

_
FATIN Mengurut dadanya kerana terkejut melihat Najihah yang tiba-tiba muncul di belakangnya.

"Jihah. Saya ingat Riana tadi." Gumamnya spontan. Seraya berpaling ke belakang.

Najihah berjalan menghampiri Fatin.

"Awak ada apa-apa rahsia yang saya tak tahu ke Fatin?."

Fatin berkerut dahi mendengar soalan Najihah.

"Rahsia apa?."

"Awak lebih tahu." Kata Najihah.

"Sekejap, saya tak faham.

Kenapa awak tiba-tiba bercakap fasal rahsia saya.

Of course... Saya ada rahsia.

Semua orang pun ada rahsia... Saya ada rahsia, awak pun mesti ada rahsia jugakkan." Ujar Fatin.

"Tapi masalah sekarang,

Saya takut kalau rahsia awak tu akan terbongkar sekejap lagi dan mungkin akan jadi buah mulut semua orang." Ujar Najihah.

Fatin berkerut dahi

"Apa maksud awak ni?."

"Untuk pengetahuan awak. Saya dengan Rizal datang kelas lewat pagi tadi."

Berubah air muka Fatin mendengarnya.

"Sebagai kawan, saya cuba untuk faham apa yang saya nampak.

Tapi Rizal macam mana?."

Fatin menggigil ketakutan, dia pantas meraih kedua bahu Najihah dan menatap ke dalam mata gadis itu

"Rizal cakap apa?."

Najihah membalas tatapannya dan menjawab

"Dia tanya saya siapa lelaki tu."

"Habis tu awak jawab apa?." Tanya Fatin lagi.

"Saya gelabah  tak tahu nak jawab apa...

Saya tak nak dia fikir bukan-bukan fasal awak...  Jadi saya bagitahu dia yang lelaki tu Abang saudara awak.

Saya tak pasti dia percaya ataupun tak...

Sebab awak salam cium tangan dan lelaki tu cium dahi awak Fatin." Ujar Najihah.

Fatin terkedu mengingat momen dia dan suaminya tadi, tangannya perlahan melepaskan bahu Najihah.
Seraya menunduk sambil memegang kepala sendiri, dia buntu dan tidak tahu harus berbuat apa.

"Apa saya nak buat ni Jihah?.

Dia akan bagitahu semua orang ke apa yang dia nampak?.

Macam mana kalau semua orang tahu?." Soalnya bertalu-talu.

Najihah berkerut dahi melihat Fatin yang terlihat takut itu.

Fatin memandang Najihah dan mencengkam kedua bahu sahabatnya itu.

"Riana?. Macam mana kalau dia tahu?.

Saya tak nak dia tahu Jihah!." Ujar Fatin menggoncang bahu Najihah.

"Fatin relax.

Kenapa dengan awak ni?." Ujar Najihah cuba menenangkan Fatin.

Fatin mulai mengalirkan air matanya, dia sudah tidak mampu berselindung lagi di hadapan Najihah. Tangan Najihah segera di raihnya

"Tolong saya Jihah... Saya betul-betul tak nak Riana tahu." Gumamnya.

Najihah semakin tidak mengerti melihat Fatin yang menggigil itu.

"Sekejap.

Kenapa awak nak takut sangat dengan Riana ni?.

Siapa dia?. Bukan awak kata awak tak kenal dia ke?."

Fatin perlahan melepaskan tangan Najihah, dia menundukkan kepalanya.

Najihah segera menyambar kembali tangan Fatin dan berkata

"Jom. Kita cakap dekat tempat lain."

Kedua mereka keluar meninggalkan ruang tandas itu.

_
FARID Meraup rambutnya dengan tangan sehingga ke belakang kepala.
Dia tidak merasa yang dia tersilap pandang, kerana dengan jelas dia melihat Azmi adik lelaki Ziana berjalan sama dan memegang tangan Fatin adiknya.

"Ya, Allah... Farid. Macam mana kau boleh terlepas pandang hal ni?." Gumamnya memegang kepala sendiri.

Ya, dia ingat yang Puan Fatimah memberitahunya bahwa anak saudara Puan Fatimah memerangkap Fatin dengan Azmi, sehingga mereka di tangkap khalwat.

"Tapi tak kan lah Ziana nak nikahkan adik dia dengan adik?.

Tapi cuma itu je alasan yang munasabah kenapa Ziana masih simpan adik sampai sekarang." Gumamnya.

Telefonnya dia keluarkan dari poket seluar dan mendail nombor temannya yang bekerja di pejabat agama.

_
AZMI Memandang sekilas ke arah Fatin yang membisu sejak tadi.
Semasa mereka membeli barang dapur di pasaraya tadi pun, gadis itu membisu sahaja dan bertingkah seperti ada sesuatu yang menganggu fikirannya.

"Sayang." Panggilnya.

Fatin yang sedang mengelamun menoleh ke arah suaminya.

"Sayang kenapa?.

Diam je dari tadi, ada apa-apa yang tak kena ke?."

Fatin memandang lama wajah suaminya sebelum mula bersuara

"Saya nak tanya sesuatu boleh?."

Azmi tersenyum

"Serius je bunyi... Sayang nak tanya apa?." Soalnya.

"Tak ada siapa akan tahu tentang hubungan kita kan?."

Azmi diam memandang Fatin.

"Maksud saya perkahwinan kita ni." Ujar Fatin menjelaskan.

"Ya, buat masa sekarang. Tapi lepas kita buat majlis nanti, semua orang akan tahu. Jadi kita tak perlu lagi nak cover dengan semua orang." Tutur Azmi melempar senyuman.

Berubah air muka Fatin, dia segera menggenggam tangan Azmi yang berada di atas ribaan lelaki itu.

"Saya tak nak."

"Tak nak?." Azmi berkerut dahi.

"Saya tak nak orang tahu tentang kita." Tutur Fatin memandang wajah suaminya.

Azmi tersentak seketika mendengar permintaan isterinya.

"Tapi kenapa?." Tanya dia.

Fatin melepas keluhan kecil dan bersandar kembali pada kerusinya.

"Saya perlukan masa."

"Sampai bila sayang?...."

"Sampai saya habis belajar..." Jawab Fatin tanpa memandang suaminya.

"Lamanya..." Seloroh Azmi.

"Saya tahu."

Azmi melepas keluhan kecil apabila melihat Fatin Yang bersahaja menjawab tanpa memandang pun ke arahnya.

Dia ni tak fikir perasaan aku ke?. Gumamnya di dalam hati.

"Kalau Kak Zee yang nak buat majlis?."

"Abang kena hentikan...  Tak kisahlah apa cara sekalipun Abang kena hentikan Kak Zee." Ujar Fatin kali ini dia memandang tepat ke arah Azmi.

Azmi memandang sekilas isterinya Dan berseloroh lagi

"Sayang ni bercakap macam sayang tak kenal pulak Kak Zee tu."

Fatin menelan air liur sebelum bertanya

"Kak Zee nak buat majlis ke?."

"Abang cakap kalau..." Balas Azmi fokus pada pemanduannya.

"Kalau Abang tak boleh hentikan Kak Zee, biar saya yang buat."

"Boleh ke?." Sinis Azmi menyoal.

Fatin kembali bersandar Dan berkata

"Sekali sekala kita kena juga bersuara untuk diri sendiri."

Azmi terkedu sebentar dan kemudian tersenyum berkata

"Serius betul sayang ni."

Fatin merenung tajam ke arah suaminya.

"Abang. Saya tak main-main!." Tegas dia berkata.

Azmi membisu. Dia membawa keretanya ke bahu jalan dan menghentikannya.

"Sayang kenapa ni?.  Apa sebenarnya yang mengganggu fikiran sayang?.  Pagi tadi sayang okey je,  kenapa tiba-tiba petang macam ni pula?."

"Saya okey.  Saya cuma tak nak buat majlis. Tak kan disebabkan tu Abang kata saya tak okey..."

"Tapi kenapa?."

"Perlu ke ada alasan?.  Saya tak ada hak ke untuk buat keputusan atas diri saya sendiri?."

"Bukan macam tu maksud Abang... "

"Tak lama pun Abang.  3 tahun je.  Lepas tu Abang Dan Kak Zee berhak sepenuhnya ke atas diri saya. Saya janji.. " Ujar Fatin sambil mengangkat sebelah tangannya sejajar dengan telinga seolah berikrar.

Azmi pantas mencapai tangan Fatin Dan menggenggamnya kemas.

"Sayang apa ni?."

"Tolonglah Abang... " Gumam Fatin mengalirkan air mata.

Azmi jadi serba salah melihat isterinya seperti itu.

"Okey...  Abang hormat keputusan sayang dan sayang tak perlu risau fasal Kak Zee. Abang akan handle dia."

Fatin terdiam, dia memandang sayu wajah suaminya.

Maafkan Fatin... Abang. Getusnya di dalam hati.

_
FARID Memainkan pen di jarinya sambil memikirkan perbualannya dengan temannya semalam.

Aku dah check nama yang kau bagi.
Ya, memang betul. 2 bulan lepas ada beberapa pasangan yang ditangkap khalwat dan dinikahkan pada hari yang sama. Rezeki kau sangat. Ada satu pasangan je yang nama Azmi Hidayat Bin * Ahmad Zahid dan Fatin Dania Binti Abdul Ghani.

"Jadi kau nikahkan mereka." Gumamnya.

Ellie berkerut dahi mendengarnya.

"Apa dia Encik Farid?."

Lamunannya mati. Dia memandang tajam ke arah Ellie. Seraya mengambil telefonnya untuk melihat sama ada Ziana sudah membalas pesanan whatsapp-nya atau belum.

Dia berdecit apabila Ziana kali kedua menolak ajakannya untuk makan tengahari bersama.

"Susah sangat ke nak kata ya kalau boyfriend awak ajak awak keluar makan sama?." Soalnya memandang Ellie.

"Saya mana ada boyfriend." Ellie yang lurus laju menjawab soalan Farid.

Farid berdecit dan bersandar kembali pada kerusinya.

"Sedih... Single." Ejeknya.

Ellie mencebik dan berkata perlahan

"Lebih baik single dari taken, tapi makan hati."

"Excuse me?. Awak cakap apa?."

"Tak ada apa." Laju Ellie menjawab.

"Dia tu serius ke tak dengan saya?."

"Maksud Encik Farid?. Cik Ziana?." Soal Ellie.

Farid mengangguk memandang Ellie.

"Entahlah... Saya pun pelik sebenarnya. Yalah... Dalam masa sehari dia boleh bagi keputusan. Sedangkan Encik Farid tak ngam kot dengan dia sebelum ni." Ujar Ellie.

"Jadi apa solusi awak?." Tanya Farid.

"Kita uji dia." Cadang Ellie mengangkat jari telunjuknya.

Farid berkerut dahi.

"Uji macam mana?."

"Buat dia cemburu."

Farid berdecit.

"Awak tak payah nak mengarutlah Ellie. Kalau dia tak cemburu, tak ke malu saya nanti."

"Tak cuba. Tak tahu."

Farid terdiam.

"Tapi untuk hari ni. Saya cadangkan Encik Farid kirim bunga ke office dia. Tapi tanyalah dulu boleh ke tidak nak kirim barang dekat dia. Nanti dia marah, naya Encik Farid." Ujar Ellie.

Farid tersenyum senget.

"Awak ingat saya takut dengan dia ke?."

"Saya cakap je." Omel Ellie perlahan.

"Dahlah... Awak pergi sambung buat kerja awak." Ujar Farid menjeling pembantu pribadinya itu.

"Kerja saya dah siap Encik Farid." Jawab Ellie selamba.

Farid memandang tajam gadis itu.

Ellie yang sangat faham dengan renungan tajam itu, segera berkata

"Baik Encik Farid. Kalau tak ada apa-apa lagi. Saya minta diri dulu."

_
USAI Mesyuarat. Semua orang keluar untuk makan tengahari dan sekarang di pejabat hanya tinggal dua beradik itu. Azmi dan Ziana.

Ziana tidak keluar makan, kerana sedang dalam proses menurunkan berat badan dan ia membawa bekalan sendiri dari rumah.

Azmi pula yang memang menunggu peluang untuk bercakap dengan Ziana tentang permintaan Fatin semalam, menggunakan kesempatan itu.

"Akak tak pergi lunch ke?." Soalnya membuka perbualan.

"I yang sepatutnya tanya you. You tak pergi lunch ke?. I diet." Kata Ziana.

Azmi tersenyum mendengarnya, seraya mendekatkan kerusi dengan Ziana.

"It's ok. Ketepikan fasal makan. Sekarang ni Mi ada perkara nak bincang dengan akak." Kata Azmi.

Ziana berkerut dahi memandang adiknya itu

"You nak bincang fasal apa?."

"Mi ubah fikiran." Ujar Azmi.

"Tentang?." Soal Ziana pelik.

"Mi tak nak buat majlis."

Berubah air muka Ziana.

"You ni kenapa tiba-tiba?.
Semalam okey je?."

"Tak ada. Bila Mi fikirkan semula. Mi rasa lebih baik kita tak payah buat majlis dulu sekarang.  Lagipun Fatin kan masih belajar. Mi takut benda-benda macam ni akan menganggu kehidupan dia sebagai seorang pelajar nanti." Ujar Azmi.

"Apa masalahnya?. Ramai je student yang dah kahwin dekat sana. Siap ada anak lagi.

Okey je." Ujar Ziana.

"Mereka tu semua ada keluarga, tak sama macam Fatin." Kata Azmi.

"Habis kita ni apa?. Bukan keluarga dia.
Lagi pun apa kena mengena semua tu?.

Dah lah... You tak payah nak banyak fikir sangat. Sebelum i buat keputusan ni i dah fikir banyak kali dah... Dan ini keputusan muktamad i.

Lagipun buat apa i suruh you cepat cepat kahwin kalau nak sembunyikan status perkahwinan you." Ujar Ziana.

"Maksud akak?." Soal Azmi berkerut dahi memandang Ziana.

Ziana menghela nafas panjang dan berkata

"Fine... I ada sebabnya kenapa i nak you cepat cepat kahwin dan I rasa dah tiba masanya untuk bagitahu you sekarang."

Azmi semakin tidak mengerti

"Bagitahu apa?."

_
FARID Memandang lama nombor Ziana yang dia simpan dengan nama 'Kekasih Palsu Penjaga Adik'.

"Tunggu Abang Farid adik." Gumamnya.

"Encik Farid." Tegur Ellie.

Farid memandang ke arah Ellie.

"Hello!."

Farid dan Ellie, keduanya terkejut apabila pejabat diterjah tiba-tiba.

"Cik Vee." Gumam Ellie tanpa suara.

Vivianna tersengih

"Surprise." Katanya sambil berjalan menghampiri Farid.

Ellie dan Farid berpandangan antara satu sama lain sebelum kembali memandang Vivianna.

"Bila Vee sampai?." Soal Farid yang masih terkejut.

"Itulah Abang... Langsung tak ambil tahu hal Vee. Semalam lagi Vee dah balik."

"Ellie. You pun ada?." Vivianna menunjuk ke arah Ellie

Ellie tersenyum  sambil menundukkan sedikit kepalanya kepada Vivianna.

"Encik Farid. Kalau tak ada apa-apa. Saya keluar dulu." Ellie berkata meminta diri kepada Farid.

"Sure." Ujar Farid mengangguk.

Sebaik sahaja Ellie keluar. Vivianna segera memeluk leher Farid sambil berkata

"Abang... Vee rindu sangat dekat Abang."

Farid yang merasa tidak selesa dengan tindakan gadis itu, menolak perlahan tubuh Vivianna.

"Vee. Jagalah batas. Awak tu perempuan." Tegurnya.

Vivianna mencebik.

"Abang ni tak habis-habis. Kita kan adik beradik. Vee tak rasa apa pun lah peluk Abang." Omelnya sambil berjalan menuju ke sofa.

"Batas tetap kena jaga. Kita bukannya mahram." Ujar Farid.

"Kalau macam tu kita kahwin nak?." Seloroh Vivianna.

Berkerut dahi Farid memandang adik angkatnya itu.

"Apahal tengok macam tu?. Betul lah apa Vee cakap. Abang single. Vee pun single. Vee boleh confirm yang Abi tak kisah kalau kita kahwin." Ujar Vivianna.

"Tapi Abang kisah." Kata Farid menutup failnya.

Vivianna tersengih dapat mengusik Abang angkatnya yang serius itu.

"Dah lah Vee. Tak payah nak merepek lagi. Vee nak apa sebenarnya datang sini?." Soal Farid.

"Abang... Teman Vee pergi shopping."

Farid memandang Vivianna.

"Aikk... Baru balik malaysia dah nak shopping lagi.."

"Mestilah... Abang tahu tak dekat rumah tu, apa pun tak ada. Bosanlah..." Cebik Vivianna.

"Hmm... Vee nak pergi bila?."

"Sekarang."

"Sekarang?." Farid menyoal terkejut.

"Yalah... Sebab tu lah Vee datang office abang sekarang." Kata Vivianna selamba.

"Yalah... Pergi tunggu Abang dekat lobi."

"Okey. Thank you Abang..." Ceria Vivianna mengucapnya, sebelum bangun dan keluar dari bilik pejabat Farid.

Farid mengeluh kecil melihat sosok itu keluar dari bilik pejabatnya.

_
SELESAI Menyiapkan tugasannya, Fatin duduk disofa dekat ruang tamu. Dia memandang ke arah pintu bilik Azmi yang masih tertutup.

Ada rasa bersalah dalam hatinya terhadap suaminya itu. Sejak dia mengutarakan hasratnya semalam di dalam kereta sehingga ke hari ini, dia bersikap acuh tidak acuh sahaja terhadap lelaki itu.
Namun peliknya Azmi tiada pula menegur sikapnya, sekadar bercakap perkara yang perlu sahaja. Merajukkah suaminya itu?.

Bunyi telefon bimbit mematikan lamunannya, dia berkerut dahi melihat nama Taufiq naik di skrin.
Tiba-tiba dia teringatkan Rizal.

Rizal dah buka mulut dekat Taufiq ke? Kerana siang tadi dia lihat Taufiq seperti biasa sahaja. Fikirnya.

Dengan rasa ragu, dia menjawab juga panggilan dari lelaki itu.
Dia diam membiarkan Taufiq menyapanya dahulu.

"Hello Fatin."

"Ya, Taufiq. Ada apa awak call saya malam malam ni?." Fatin bertanya ragu.

"Tak ada apa. Saje saya nak dengar suara awak." Jawab Taufiq bersama hilai tawa.

Fatin tersenyum mendengarnya.

"Mengada... Cepatlah cakap awak nak apa?. Kalau tidak saya matikan." Ugutnya.

Taufiq tertawa, seraya berkata

"Tak ada apalah. Saya sengaja call awak. Rasa rindu tiba-tiba."

"Ieh... Mengadakan... Kalau tak ada apa... Bye."

"Eh... Macam tu je?."

"Dah tu?."

"Cakaplah good night ke apa."

Fatin tertawa kecil mendengarnya.

"Lambat lagi..."

"Okeylah... Kalau awak tak nak cakap, biar saya yang cakap. Good night... Mimpikan saya tau."

Fatin berkerut dahi mendengarnya.

"Tiba." Ucapnya sepatah seraya mematikan talian.

"Siapa call?."

Terkejut Fatin apabila melihat suaminya yang tiba-tiba muncul dan melabuhkan punggung di sisinya.

"Abang.. Bi.. bila Abang keluar?. Tadi bukan"

"Itulah... Leka sangat bergayut sampaikan Abang keluar pun sayang tak perasan..." Perli Azmi sambil menyentuh bahu Fatin dengan jari telunjuk.

Fatin tersengih dan perlahan dia mengensot membina jarak antara dirinya dan Azmi.

Menyedarinya, Azmi terus merapati Fatin sehingga ke hujung sofa..
Fatin menelan liur, dia memandang suaminya tidak berkedip.

Azmi tersenyum dan memeluk Fatin rapat ke arahnya.

"Sayang tak jawab lagi soalan Abang." Katanya.

Fatin terkebil-kebil

"Abang ada bagi soalan ke tadi?."

"Tengok tu. Sekejap betul dia dah lupa. Abang tanya siapa yang call sayang tadi?."

"Ouh... Taufiq..." Jawab Fatin bersahaja.

Berkerut dahi Azmi mendengar nama Taufiq.

Taufiq?. Rajin betul budak ni call bini aku malam-malam. Bisik hatinya bersama sedikit rasa cemburu.

"Oh..." Balasnya tersenyum kepada Fatin.

Fatin tersenyum mengangguk. Suasana di antara mereka kembali canggung.
Namun Fatin tiba-tiba bertanya

"Abang okey?."

"Kenapa sayang tanya macam tu?. Abang nampak tak okey ke?." Soal Azmi dengan dahi berkerut

Jelas sangat ke muka aku?. Benaknya.

Azmi kaku apabila Fatin tiba-tiba meraih kedua tangannya. Sepasang mata milik gadis itu menatapnya sayu.

Maafkan Fatin Abang... Fatin harap Abang akan betul-betul okey dengan permintaan Fatin. Bicara Fatin di dalam hatinya.

"Sayang... Sayang kenapa ni?." Soal Azmi menggenggam kemas tangan isterinya.

Fatin segera tersedar, seraya menggeleng kepala dan melepaskan tangan suaminya.

"Tak ada apalah... Saya nak masuk tidur dulu." Kata Fatin mengangkat punggungnya dari sofa.

Azmi menarik lengan Fatin sehingga gadis itu terduduk di atas pangkuannya.

"Abang!" Teriak Fatin terkejut dengan perlakuan suaminya.

Azmi tersenyum sambil tangannya erat memeluk pinggang sang isteri.

Fatin yang merasa malu dengan posisi mereka sekarang, menumbuk dada Azmi dan cuba melepaskan diri.

"Awalnya nak masuk tidur." Usik Azmi tersenyum.

Fatin menjegilkan matanya kepada Azmi apabila dia tidak berjaya melepaskan diri

"Abang."

"Apa?."

"Abang dah janjikan tak akan peluk saya sesuka hati."

Azmi berkerut dahi

"Eh... Bukan perjanjian tu kalau sayang tak buat keputusan lagi ke. Tapi sayangkan dah buat keputusan..." Azmi menyeringai seraya merapatkan wajahnya dengan Fatin.

Fatin memalingkan wajahnya

"Abang... Janganlah sekarang... Saya tak sedia lagi."

"Sedia?. Sedia apa?." Usik Azmi, padahal dia tahu apa yang Fatin maksudkan.

Fatin kembali memandang Azmi, di kesempatan itu Azmi mencuri kucup bibirnya.

"Abang." Fatin berteriak sambil menekup mulutnya sendiri.

Azmi tertawa kecil, seraya melonggarkan pelukannya.

Fatin segera melepaskan diri, bangun dari pangkuan suaminya dan berlari jauh dari Azmi.

"Manisnya..." Kata Azmi sambil memandang Fatin dia mengusap bibir sendiri dengan ibu jari.

Fatin yang sudah memerah pipinya, segera berlari masuk ke biliknya.

Azmi mengejar sehingga di hadapan pintu bilik. Sayangnya pintu bilik telah di kunci Fatin dari dalam. Dia tersenyum dan merapatkan kepalanya dekat pintu, dapat dia dengar helaan nafas Fatin di balik pintu.

"Sayang... Bukalah pintu ni... Abang tak selesai lagi." Usiknya sambil mengocak tombol pintu yang berkunci.

Fatin tersenyum mendengarnya.

"Ish... Abang ni... Dahlah... Pergilah tidur."

"Macam mana Abang nak tidur kalau sayang tak bagi Abang masuk?."

Fatin membisu.

Azmi berkerut dahi apabila usikannya tidak dibalas, dia cuba mengamati lagi untuk mendengar apakah hela nafas Fatin masih terdengar di balik pintu.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka, hampir terjatuh dia dibuatnya.
Azmi berkerut dahi.
Bergetar kencang dadanya apabila melihat Fatin yang tunduk seolah memberi izin kepadanya untuk masuk.
Dia sekadar mahu mengusik sahaja, tidak sangka pula Fatin akan betul-betul membuka pintu untuknya.

Tangan Fatin yang masih berada di tombol pintu diraihnya sebelum dia bergerak menghampiri Fatin yang perlahan mengundur masuk ke dalam bilik.

Pintu bilik ditutup rapat, sebelum suis lampu dimatikannya.

_
TAUFIQ Tersenyum sendiri melihat gambar Fatin di komputer ribanya.

"Woi.. Kau tengok apa tu?." Sergah Rizal tiba-tiba datang dari belakangnya.

Taufiq yang terkejut segera mahu menutup komputer ribanya, namun Rizal menahan dengan tangan.

"Tengok gambar awek. Feeling ahh tu." Ejek Rizal.

Taufiq tersenyum sahaja apabila sudah terkantoi

"Mana ada. Kawan ajerrlah..." Ujarnya.

"Kawan?.

Sekejap aku tengok sekali lagi." Kata Rizal melihat dengan lebih dekat.

"Ini kawan yang selalu kau lepak tu kan?."

"Iya... Kan aku dah cakap tadi kawan."

"Hmm... Jangan sampai kau syok dekat dia pulak. kes friendzone sekarang ni berleluasa tau." Sampuk Zarul

"Itulah... Aku tengok dia dengan abang saudara dia bukan main rapat lagi. Siap salam cium tangan. Nasib baik Najihah bagitahu aku. Kalau tidak aku dah salah faham yang mereka tu suami isteri." Ujar Rizal.

Taufiq berkerut dahi.

"Abang saudara?. Abang saudara yang mana ni?."

"Hey. Kau kawan dia. Tak kan kau tak tahu." Kata Rizal.

"Kau nampak dekat mana?."

"Aku kan terlewat kelmarin. Aku ternampak dekat pintu masuk. Abang saudara dia hantar dia aku rasa."

"Hantar dia?."

Rizal mengangguk.

"Abang saudara dia tu pakai kereta apa?."

"Honda apa aku tak ingat, warna biru Matrix."

Encik Azmi. Itulah yang mula-mula muncul di fikirannya. Dia teringat semasa dia melihat Azmi menjemput Fatin di hostel.

Salam cium tangan?. Abang saudara?. Apa sebenarnya hubungan mereka?

Aku kena tanya Najihah.

Dia segera mencapai telefonnya dan mendail nombor Najihah. Dia bangun menuju ke bilik.

TBC.

PS:

* My Broken English (Please DM Me)

* Susun Atur Ayat & Bahasa (Please DM Me)

_______________________________________
Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro