Bab 17: Kerana Dia Adalah Isteri.
AZMI Berjalan ke arah katil.
Dia melihat Fatin yang masih lena berselubung di dalam comforter.
Pukul berapalah agaknya dia tidur malam tadi. Getus hatinya.
Berapa kali dia terjaga malam tadi, dia lihat Fatin masih sibuk melihat telefon.
Selimut yang menutup muka Fatin. Di tariknya ke bawah.
"Sayang... Dah subuh ke belum?." Soalnya.
Namun sesuatu yang sama sekali tidak di jangka oleh Azmi terjadi.
Fatin menepis tangannya dan menarik selimut kembali sambil berkata
"Janganlah kacau saya. Saya mengantuklah..."
Berkerut dahi Azmi.
Lain macam dia ni, dah kenapa?. Getus hatinya.
Dia tidak putus asa dan menarik lagi selimut Fatin ke bawah sambil menyoal
"Sayang tidur pukul berapa malam tadi?. Kenapa mengantuk sangat ni?."
Fatin merengus kasar dan cuba menarik selimutnya kembali.
Namun Azmi tidak tinggal diam, dia memegang kuat selimut di tangannya.
"Sayang dah solat ke belum?... Dah pukul 7 dah ni." Katanya.
Terbuka terus mata Fatin apabila mendengar sudah pukul 7.
Dia bingkas duduk dan melihat jam dekat telefonnya.
Seraya menoleh kearah suaminya.
Dia lihat lelaki itu lengkap dengan pakaian solat.
Baju melayu, kain pelikat dan songkok.
"Abang dah solat?." Soalnya.
"Abang baru balik solat dengan Pak Talib." Kata Azmi membuka songkoknya.
"Ish... Kenapa Abang tak kejut saya?." Fatin mencebik dan bergegas turun dari katil.
"Tak kejut?. Sayang. Abang dah panggil dah sayang sebelum Abang nak keluar pergi solat tadi." Ujar Azmi membela diri.
"Mana ada. Saya tak dengar pun." Balas Fatin tidak mahu kalah.
"Sayang jangan nak salahkan Abang. Sayang tu yang salah. Malam tadi tidur pukul berapa?. Tengok. Kan dah lewat bangun. Lepas tu ada hati nak salahkan abang lagi." Bidas Azmi.
Fatin mendesis.
Dia berjalan laju menghentak kakinya menuju ke bilik air.
Azmi berkerut dahi melihat tingkah isterinya itu yang tidak biasa dilihatnya itu.
"Fatin ke tu?. Lain macam je budak ni." Getusnya.
_
FATIN Mengambil roti yang sudah di sapu dengan mentega gula dan menyua ke dalam mulutnya.
Sambil mulutnya mengunyah roti, matanya ralit melihat skrin telefon.
Azmi perasan pandangan mata Ziana yang berkali menjeling Fatin tidak puas hati.
"Sayang..." Bisiknya di tepi telinga Fatin
"Apa?." Fatin memandangnya.
"Makanlah dulu. Sekejap lagi boleh tengok phone kan..." Ujar Azmi perlahan sambil memberi isyarat mata menunjuk Ziana.
Fatin memandang kearah Ziana.
Ziana menjelingnya dan memandang kearah lain.
Dia berdecit, seraya menghabiskan roti di tangannya dan bingkas bangun.
"Saya dah siap." Katanya.
"Sikitnya sayang makan." Azmi berkerut dahi memandang isterinya itu.
"Dah kenyang." Jawab Fatin menjeling Ziana yang kebetulan sedang memandangnya.
Ternganga mulut Ziana melihat Fatin yang dengan berani menjelingnya.
"Saya tunggu Abang dekat kereta." Ujar Fatin, seraya berlalu dari meja makan.
Azmi memandang Ziana yang sudah merenung tajam wajahnya.
"Tengoklah tu. You bagi muka sangat dekat dia. Dia dah berani jeling i." Adu Ziana
"Dia jeling Akak ke?." Soal Azmi berpura tidak perasan.
"You tak nampak ke?."
Azmi menggeleng kepalanya, seraya berkata
"Salah akak jugak. Akak jeling dia dulu tadi kan?."
"Seriously?. You backup budak tu?."
Azmi mencebik
"Fine... I'm sorry for her. Nanti Mi cakaplah dengan dia. Dia busy tu, banyak benda nak catch up balik. Almaklumlah... Seminggu ponteng kelas." Ujarnya membela Fatin.
MASUK Kedalam perut kereta.
Azmi melihat Fatin masih sibuk dengan telefonn pintarnya.
Dia mengeluh kecil, rimas sebenarnya dia melihat pemandangan itu.
"Sayang..." Panggilnya.
Hmm... Sahut Fatin dengan mata yang masih tertancap pada skrin telefon.
Azmi berdecit perlahan dan berkata
"Letaklah sekejap telefon tu. Dengar apa Abang nak cakap ni."
"Cakap je lah... Saya dengar." Kata Fatin tetap tidak memandangnya.
Azmi mengetap bibir geram.
Enjin kereta segera dihidupkan dan tangannya laju mencapai gear, bergerak mengundurkan keretanya.
Sakit rasa hatinya apabila Fatin dilihat tidak mengendahkannya.
_
Z
IANA Bersandar dekat kerusi dalam bilik pejabat di rumah, sementara menunggu Azmi yang telah dia panggil tadi untuk menemuinya di bilik itu.
Hari ini telah genap sebulan Azmi dan Fatin bergelar suami isteri.
Ini bermaksud sudah seminggu Azmi memberi keputusan untuk meneruskan perkahwinannya dan Fatin.
Namun sehingga ke hari ini Ziana masih belum menemukan tarikh yang sesuai untuk membuat majlis kerana dia sibuk dengan kerja, begitu juga Azmi.
Mengenangkan sikap Fatin pula kebelakangan ini benar benar menyakitkan hatinya, tidak boleh langsung berenggang dengan telefon dan apa yang lebih menyakitkan hati Ziana ialah gadis itu sudah berani dengannya.
Sementara Azmi pula selalu sahaja membela gadis itu.
Dia ingat aku nak sangat dia jadi adik ipar aku?. Kalau tak disebabkan Tilla lari. Sebelah mata pun aku tak pandang kau lah... Bentaknya memukul meja.
Pantang betul dia apabila mengingatkannya.
"Akak are you okey?."
Ziana berdecit geram melihat Azmi yang tiba-tiba sahaja muncul dihadapannya siap pakej dengan soalan menyakitkan hatinya lagi.
"You ni memang tak reti nak ketuk pintu dulu ke sebelum masuk?."
"Mi dah ketuk. Akak yang tak dengar." Jawab Azmi sambil menarik kerusi dihadapan mejanya.
Ziana merenung tajam wajah adiknya itu.
"Ada apa Akak nak jumpa Mi ni?." Azmi mulai bertanya tentang tujuan dia di panggil.
Ziana menjeling Azmi dan kembali bersandar.
"Wife kesayangan you mana?."
Azmi berkerut dahi mendengar soalan Ziana yang kedengaran agak tiba-tiba itu.
Namun dia jawab juga memandangkan Ziana sudah bertanya
"Ada dekat bilik. Kenapa?."
"Bilik?. Buat apa?. Main handphone lagi?."
Azmi mula merasa tidak berminat apabila dia melihat Ziana seperti sedang cuba membicarakan salah Fatin dengannya lagi.
"Excuse me?. You panggil i nak cakap apa sebenarnya ni?." Soal Azmi.
"Tak. I tak fahamlah dengan you ni. You kata dengan i yang you belum jatuh cinta dengan dia lagi. Tapi kenapa huh you tak habis habis nak bela dia?."
Azmi mencebik dan menegakkan tubuhnya apabila melihat Ziana kekal dengan cerita itu.
Kedua tangannya disatukan diletak atas meja.
"Apa pun alasannya. She's still my wife. Kalau bukan i yang bela dia. Siapa nak bela dia?. You?. You nak ke bela dia?." Ujar Azmi sinis.
"The problem is benda yang dia buat tu memang salah pun." Ujar Ziana.
"Habis tu you nak dia buat apa?.
Pada i dia tu dah cukup baik nak dengar cakap you tau kak.
You tak kasi dia keluar rumah tanpa i atau you, dia ikut cakap you.
You tak kasi dia bercampur dengan Mak Kiah dan Pak Talib.
Pun dia ikut.
Sekarang dia nak main phone jadi salah. Apa yang you nak dari dia sebenarnya?."
"Dia tak hormatkan i!.
Dia jeling i dan buat tak tahu bila i tengah bercakap." Ujar Ziana mengetap bibir.
"Dia ada naik suara dekat you ke?." Soal Azmi.
Ziana menjegilkan matanya dan berkata
"Memang tak ada. Tapi"
"Selagi dia tak naik suara dekat you.
I'll leave her alone." Potong Azmi.
Ziana berdecit geram seraya berkata
"Baguslah... Manjakan isteri you.
Jangan sampai nanti dia pijak kepala you pulak."
"Biarlah kalau dia nak pijak kepala i pun. I tak kisah." Kata Azmi tersenyum.
Ziana menepuk kuat meja dihadapannya dan bersuara lantang
"Tapi i kisah!. I tak akan biarkan sesiapa pijak kepala you kecuali i!.
I cuma nak ingatkan you.
Jangan sampai i buat dekat dia apa yang i buat dekat Lyana!."
Azmi bingkas berdiri dan menuding jari telunjuknya ke wajah Ziana.
"Don't you dare lay your hands on my wife!.
You tak akan boleh gunakan method sama macam mana you gunakan untuk pisahkan i dengan Lyana!.
Lagipun Fatin tak ada kurangnya.
Dia cuma gadis muda yang baru nak kenal dunia.
Kalau dia tak hormatkan you.
Itu semua salah you sebab you pun tak pernah hormat orang dia..." Ujar Azmi.
Ziana terdiam.
Azmi mengetap bibir dan berpaling keluar dari bilik itu
Ziana mendengus kasar seraya menjatuhkan semua barang diatas meja ke bawah.
AZMI Mengetap bibir geram.
Keluar dari bilik pejabat Ziana, dia segera naik ke atas menuju ke biliknya.
Seperti biasa Fatin sibuk dengan telefon, sejujurnya dia pun merasa sedikit tidak senang dengan sikap gadis itu kebelakangan ini.
Namun apabila memikirkan apa yang terpaksa di lalui gadis itu kerana dia dan Ziana, dia cuba untuk bertolak ansur.
Azmi berjalan menuju ke katil dan berdiri di sisi Fatin yang sedang duduk di katil.
"Sayang..." Panggilnya.
"Hmm..." Sahut Fatin tidak memandangnya.
Kerana sudah terbiasa dengan keadaan itu.
Azmi buat tidak endah sahaja melihat sikap kurang adab Fatin itu.
"Siap siap kemas barang-barang sayang semua masuk beg." Ujar Azmi.
Fatin pantas mendongak memandang Azmi yang masih memandangnya.
"Kenapa nak kena kemas barang-barang?. Kita nak pergi mana?." Tanya Fatin.
"Balik rumah Abang." Kata Azmi.
Bersinar-sinar mata Fatin mendengarnya.
Dia segera meletak telefonnya dan berdiri menghadap suaminya.
"Betul ke ni?." Soalnya tidak percaya.
Azmi mengecilkan sedikit matanya memandang Fatin.
Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman melihat mata itu.
Dia tahu Fatin tidak berubah cuma sikap orang di sekelilingnya yang membuatkan gadis muda itu bersikap begitu selama seminggu belakang ini.
"Abang... Saya tanya ni.
Betul ke kita nak balik rumah Abang?."
Semakin lebar senyum Azmi apabila mendengar soalan Fatin dengan mata penuh harapan itu.
"Sayang suka nak balik rumah Abang?." Tanya Azmi mahu menguji gadis itu.
Fatin tersenyum kepadanua sambil mengangguk laju kepala.
Azmi memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar dan merapati Fatin.
"Sebab apa sayang suka?."
Fatin terdiam sejenak untuk berfikir sebelum menjawab soalan dari suaminya itu.
Setelah mendapatkan jawapannya dia menjawab selamba sambil tersengih
"Sebab tak ada Cik Ziana."
Azmi mengeluarkan kedua tangannya dari poket seluar dan berkata
"Sayang... Tak baik macam tu.
Dia tu kakak Abang tau."
Fatin memuncungkan bibirnya sebentar dan berkata
"Tahu. Tapi dia tu kenapa macam tu?. Tak macam Abang langsung. Dia dengan Abang tu macam langit dengan bumi."
Azmi merapatkan wajahnya dengan Fatin.
Tindakan Azmi itu membuatkan Fatin tersedar dan memandang wajah lelaki itu.
"Tak sama macam mana maksud sayang?." Soal Azmi dalam nada sensual.
Fatin terkebil-kebil membalas tatapan suaminya.
Wajahnya memerah tanpa sedar.
Dia mahu segera berpaling, namun Azmi tiba-tiba menarik pinggangnya dan menarik rapat tubuhnya dengan lelaki itu.
"Nak pergi mana?. Sayang tak jawab lagi soalan Abang." Bisik Azmi di telinganya.
"Urm..." Fatin memandang keatas memikirkan jawapan yang sewajarnya.
Fatin kembali memandang suaminya untuk memberi jawapan, namun bibir Azmi terlebih dahulu mendarat di atas bibirnya sebelum sempat dia membuka mulutnya.
Fatin bertindak spontan dengan menolak sekuatnya tubuh suaminya sehingga dia terlepas dari pelukan lelaki itu.
"Abang." Bentaknya sambil mengesat mulutnya dengan belakang tangan.
Azmi tertawa kecil melihat Fatin yang sedang melotot tajam kearahnya.
Seronok dapat mengenakan gadis itu.
Seminggu telah berlalu Fatin asyik sibuk dengan telefon, sehingga tiada ruang untuknya mengusik gadis itu.
"Kenapa?. Sayang tak suka ke?." Soalnya melangkah mahu merapati Fatin lagi.
Fatin pantas naik ke atas katil dan bergolek turun dari katil bahagian berlawanan dengan Azmi.
"Tak!." Jawabnya menekan suara memandang Azmi yang masih tersenyum memandangnya.
"Abang ingat sayang cakap Abang tak sama dengan Kak Zee tadi.
Itu yang Abang cium sayang." Kata Azmi tertawa lagi.
"Ish... Apa kena mengena?." Bentak Fatin tidak berpuas hati dengan jawapan suaminya.
"Sebab Kak Zee tak cium sayang.
Tapi Abang cium." Kata Azmi sambil berjalan perlahan.
"Ieh... Abang bukan tak faham tapi Abang sengaja je kan nak menggatal." Bentak Fatin lagi
Azmi berpura menutup mulutnya dengan tangan.
Kononnya terkejut dengan apa yang di katakan Fatin.
"Wow... Sayang dah berani nak cakap macam tu sekarang kan..." Ujarnya sambil berjalan perlahan menuju kearah Fatin.
"Mana ada sekarang. Saya berani je nak cakap dulu. Cuma"
Kata-kata Fatin terhenti apabila Azmi berlari ke arahnya.
Dia berpaling mahu melarikan diri, namun Azmi berjaya menangkap dan memeluknya dari belakang.
"Cuma?." Bisik Azmi sensual di telinganya.
"Abang... Lepaslah..." Teriak Fatin tertawa kecil.
Seraya cuba melepaskan diri.
Azmi tersenyum dan memalingkan tubuh kecil itu menghadapnya.
"Okey Abang akan lepaskan.
Tapi sebelum tu Abang nak tanya.
Sayang kena jawab dengan jujur." Kata Azmi.
"Apa?." Fatin mendongak sedikit kepalanya memandang Azmi.
"Sayang suka ke tak?." Soal Azmi serius nadanya.
Fatin mencebik dan tersenyum
"Sukalah... Tadikan dah cakap suka." Kata Fatin sedikit berseloroh nadanya.
"Suka apa?."
Fatin berkerut dahi apabila pandangan serius suaminya berubah pandangan nakal.
"Suka nak pindahlah.." Fatin cepat menjawab.
"Abang bukan tanya tu." Balas Azmi menggerak-gerakkan keningnya.
"Ish... Abang..." Bentak Fatin memukul dada lelaki itu.
Dia mengerti sekarang apa yang dimaksudkan suaminya.
Azmi tertawa.
Kepala gadis itu ditarik rapat ke dadanya dan memeluk erat tubuh gadis itu.
Dia merasa seperti isterinya telah kembali dari bepergian selama seminggu.
Fatin turut tersenyum tanpa sedar.
Dia juga merindukan pelukan suaminya.
Entah mengapa dia merasa jauh dengan lelaki itu sejak kebelakangan ini.
_
SEBAIK Sahaja Azmi dan Fatin pergi.
Mak Kiah segera masuk ke bilik Azmi untuk membersihkan bilik tersebut seperti yang diminta Azmi.
"Mak Kiah."
"Cik Ziana." Gumam Mak Kiah sedikit terkejut apabila Ziana tiba-tiba muncul di muka pintu.
"Mak Kiah buat apa ni?." Soal Ziana serius.
"Mak Kiah kemaskan bilik ni.
Tadi sebelum Encik Azmi dengan Cik Fatin pergi.
Encik Azmi minta Mak Kiah kemaskan bilik ni." Tutur Mak Kiah.
"Pergi?. Pergi mana?." Soal Ziana.
"Balik rumah Encik Azmi katanya." Jawab Mak Kiah.
Ziana menggepal penumbuk geram.
Azmi...
Ziana mengetap giginya.
ia segera berpaling dan pergi dari bilik itu.
_
AZMI Menghela nafas panjang, seraya menoleh kearah Fatin yang berdiri disisinya.
Dapat dia lihat mata isterinya itu bersinar-sinar.
"Sayang suka?." Tanya dia.
Fatin menoleh kearah suaminya tersenyum, kepalanya dia angguk perlahan.
"Say what?."
Fatin berkerut dahi memandang suaminya dan balik bertanya
"Say what?."
"Thank you." Jawab Azmi.
"Sebab?." Soal Fatin dengan wajah blur.
Azmi mencebik dan memicit hidung isterinya itu sambil berkata
"Dia ni kan."
"Aww... Sakitlah Abang.." Fatin mengaduh sambil menggosok hidungnya.
"Padan muka. Buat tak faham lagi." Ejek Azmi.
"Apa Abang ni?. Saya betul-betul tak fahamlah abang cakap fasal apa." Kata Fatin membela diri.
Azmi berkerut dahi, matanya turut dikecilkan memandang Fatin.
Mustahil Fatin tidak mengerti, kerana dia tahu isterinya ialah seorang gadis yang cerdik.
Namun begitu apabila dia amati wajah Fatin, dapat diyakininya yang memang benar gadis itu tidak mengerti apa yang dimaksudkannya.
"Abang cakap pasal apa?." Soal Fatin lagi.
"Tak ada apalah..." Kata Azmi menegakkan tubuhnya dan berjalan menuju ke biliknya.
Fatin berkerut dahi memandang suaminya itu.
Baru dia mahu mengabaikan, tiba-tiba matanya membulat melihat Azmi menarik beg pakaiannya ke arah bilik lelaki itu.
"Abang!." Teriaknya.
Azmi menoleh ke belakang apabila mendengar isterinya tiba-tiba berteriak.
"Kenapa?." Soalnya terpinga-pinga.
Fatin berlari menghampiri suaminya.
"Beg saya." Katanya mahu mengambil beg pakaiannya dari tangan Azmi.
"Kenapa dengan beg sayang?. Abang nak bawa masuk bilik." Kata Azmi.
"Bawa masuk bilik?. Tapi bilik saya dekat sana." Kata Fatin menunjuk kearah bilik tetamu yang dia duduk sebelum ini.
Azmi tersenyum.
Dia menarik kembali beg dari tangan Fatin.
"Sayang dah lupa ke?.
Kita bukan suami isteri tipu-tipu lagi macam dulu.
Jadi kita kena buat semua benda sama-sama.
Tak boleh asing asing lagi dah.
Kita kena makan sama-sama, keluar sama-sama.
Dan....
Tidur pun sama-sama." Azmi menarik pinggang Fatin rapat dengannya menggunakan sebelah tangannya.
Membuntang mata Fatin terkejut.
Dia mahu menolak melepaskan diri dari pelukan, namun Azmi melepaskan beg di tangan dan memeluk pinggangnya menggunakan kedua tangan.
Azmi menyeringai seraya berbisik di tepi telinga isterinya.
"Sayang nak lari mana?.
Sayang lupa ke dalam rumah ni cuma ada kita berdua je?."
Membulat mata Fatin mendengarnya, dia memandang wajah Azmi.
Pipinya merona merah, pandangannya segera dikalihkan ke arah lain dan bergumam perlahan
"Mana ada saya lupa."
Azmi menarik wajah Fatin memandangnya.
"Cakap tu tengoklah mata Abang." Kata Azmi.
"Ish... Abang ni.. Dahlah.. Lepaskanlah saya." Fatin cuba menolak tubuh Azmi menjauh darinya.
Namun apakan dayanya, pelukan Azmi dipinggangnya semakin ketat.
"Abang nak tanya ni.
Di mana tempatnya seorang isteri sayang?." Soal Azmi tersenyum.
Fatin kaku sebentar mendengar soalan suaminya, wajah Azmi di pandangnya tidak berkedip.
Azmi mengangkat sebelah kening menanti jawapan isterinya itu.
"Di sisi suami." Kata Fatin membuang pandangannya kearah lain.
"So?."
"Okey." Kata Fatin akur.
Azmi tersenyum dan bertanya lagi
"Okey apa?."
"Saya duduk bilik abang." Kata Fatin menunduk tidak memandang wajah suaminya kerana malu.
"Bukan duduk je.
Mandi, tidur semua sayang kena buat dekat bilik kita." Ujar Azmi lagi mengusik Fatin yang kelihatan malu.
"Bilik kita?." Kali ini Fatin mendongak memandang mata suaminya.
"Ya, sayang. Bilik kita." Gumam Azmi tersenyum.
Fatin mengangguk dan tanpa sedar bibirnya melempar senyuman.
Bergetar dada Azmi melihatnya.
Perlahan pinggang gadis itu dia lepaskan.
Niat di hati mahu mengusik Fatin namun hatinya pula yang terusik.
Dia berdehem untuk menghilangkan rasa janggal.
_
"FATIN."
Fatin tersedar dari lamunannya.
Dia memandang Taufiq dan Najihah di hadapannya.
"Korang cakap dengan saya?."
"Eh tak adalah... Kita orang bercakap dengan tembok dekat belakang awak tu." Sindir Taufiq.
Fatin mencebik dan menjeling Taufiq.
Pandangannya beralih kepada Najihah yang masih memandangnya.
"Awak masih fikirkan Diana ke?." Tanya Najihah.
Fatin tersenyum kelat.
"Kenapa nak fikir fasal dia lagi?. Dia bukannya ikhlas pun nak berkawan dengan awak." Ujar Taufiq serius.
Najihah memandang Taufiq sekilas sebelum memandang wajah Fatin untuk melihat reaksi gadis itu.
"Tapi dia tetap juga berkawan dengan saya sampailah hari saya cakap tu dan selepas saya cakap pun dia masih senyum dekat saya." Tutur Fatin membela Diana.
"Yalah... Tapi dia tinggalkan awak masa awak dengan dia dekat tandas kan." Kata Taufiq mengingatkan Fatin.
Walaupun dia tahu Fatin mengingatinya.
Najihah memegang tangan Fatin yang berada di atas meja dan berkata
"Awak nak cakap dengan dia ke?. Saya boleh tolong."
"Tak payah." Laju Taufiq membidasnya.
Fatin dan Najihah memandang kearah Taufiq.
"Awak fokus je lah dengan diri sendiri.
Tu kawan baik awak Ayuni.
Awak kata nak cari dia kan?.
Cari lah dia dulu.
Kawan datang dan pergi itu biasa Fatin.
Tapi percayalah cakap saya yang sahabat akan tetap setia di sisi awak." Ujar Taufiq.
Fatin dan Najihah terdiam seketika sebelum tergelak kecil mendengar kata-kata Taufiq yang serius kali ini.
Taufiq berkerut dahi memandang dua gadis dihadapannya itu.
"Jadi awak kawan ke sahabat pada Fatin?." Najihah menyoal Taufiq.
"Saya?. Awak tanya saya?." Taufiq menuding jari telunjuknya ke dada sendiri sambil memandang Najihah.
"Tanya siapa lagi?. Tak kan tanya Fatin pulak." Kata Najihah.
Taufiq tersengih seraya menegakkan tubuhnya dan berkata
"Untuk Fatin saya jadi apa-apa pun boleh. Kalau nak saya jadi kekasih dia pun saya sudi."
Berubah terus air muka Najihah mendengar jawapan Taufiq.
Fatin turut merasa janggal mendengar jawapan Taufiq.
Berapa detik kemudian.
Najihah berdehem untuk menghilangkan rasa janggal yang dibuat Taufiq.
"Fatin."
Fatin berdehem sama memandang Najihah yang memanggilnya.
"Bila awak nak balik hostel?." Tanya Najihah.
"Balik hostel?." Fatin berkerut dahi.
"Yalah... Hari tu masa awak keluar.
Saya ada terdengar awak cakap dengan Diana yang awak pergi sebulan je, lepas tu awak akan balik hostel semula." Kata Najihah yang merasa sedikit lega kerana berjaya menukar topik perbualan mereka.
"Urm... Entahlah...
Saya memang nak balik hostel.
Tapi tak tahu lagi bila." Kata Fatin.
"Hmm... Kalau awak teman saya dekat hostel minggu ni boleh?.
Saya takutlah sebenarnya duduk sorang." Kata Najihah mengadu.
"Diana mana?." Tanya Fatin.
"Diana balik rumah keluarga dia minggu ni.
Ada hal sikit dia bagitahu." Ujar Najihah.
"Urm... Roommate baru awak?."
"Dia belum datang lagi.
Minggu depan baru dia datang." Kata Najihah.
"Buang masa awak je tanya Jihah.
Kakak dia confirm tak bagi punya." Taufiq mencelah selamba.
Fatin terdiam.
Ada benar juga apa yang di katakan Taufiq itu sebenarnya.
Tetapi itu kalau dia masih tinggal dirumah Ziana, sekarang dia tinggal bersama suaminya. Fikir Fatin.
Kalau minta dengan Cik Ziana dia memang tak bagi.
Tapi kalau Encik Azmi aku belum pernah cuba lagi. Getus hatinya.
"Urm... Saya rasa Taufiq betul.
Tapi saya belum pernah cuba minta lagi." Kata Fatin.
"Buat apa cuba kalau jawapannya nanti menyakitkan hati." Sampuk Taufiq.
"Taufiq..." Najihah bersuara keras memandang Taufiq.
"Apa?. Betul lah apa saya cakap.
Eh saya cukup kenal lah dengan kakak angkat Fatin ni.
Dia tu bos saya, saya nampak macam mana cara dia kongkong adik angkat dia yang sorang lagi tu, dulu."
"Bos?." Najihah berkerut dahi memandang Taufiq.
Taufiq pantas menekup mulutnya sendiri sekaligus dia menutup wajahnya dengan kedua tangan.
"Tak payah nak malu lah... Saya tak kisah pun." Kata Najihah.
Taufiq membuka wajahnya memandang Najihah.
"Jangan bagitahu sesiapa.
Ini rahsia kita bertiga." Ujar Taufiq.
"Dah kenapa pula saya nak jaja cerita fasal awak?.
Lebih baik saya cerita fasal diri saya sendiri ke Fatin ke.
Menarik sikit." Kata Najihah dengan nada mengejek
"Amboi...
Gurau kasar nampak.
Dah pandai awak sekarang kan." Kata Taufiq.
Najihah menggeleng gelengkan kepalanya dan kembali memandang Fatin yang tersenyum melihat mereka.
"So Fatin. Nanti awak cubalah tanya eah?." Kata Najihah kepada Fatin.
Fatin menunjukkan simbol 'ok' dengan jarinya.
"Harap-harap dapatlah." Celah Taufiq sinis.
"Ish... Kau ni kenapa negatif sangat hah?." Spontan Fatin berkata kepada Taufiq.
Taufiq dan Najihah terdiam apabila Fatin menggunakan 'kau' sebagai kata ganti nama.
Mereka berpandangan antara satu sama lain.
Fatin segera menyedarinya dan bergumam
"Maaf."
Taufiq dan Najihah tersenyum senget antara satu sama lain sebelum memandang Fatin dan berkata dengan suara yang agak kuat
"Kau, aku pun okey!."
Fatin terkejut mendengar suara Taufiq dan Najihah yang sengaja dikuatkan itu.
Dia memandang orang sekeliling di dalam kafe melihat ke arah mereka bertiga.
Jari telunjuknya diletakkan atas di bibir meminta Taufiq dan Najihah diam.
"Korang ni...
Janganlah kuat sangat suara tu.
Orang tengoklah...
Malu." Kata Fatin dalam nada berbisik.
Taufiq dan Najihah bersama mentertawakan Fatin.
Fatin berkerut dahi.
Lambat lambat dia tersenyum juga menayangkan barisan giginya.
Wajah Ayuni kembali terbayang dimatanya apabila melihat Taufiq dan Najihah.
"Terlalu awal ke untuk aku menilai mereka?.
Kau dekat mana sekarang Ayu?.
Kau apa khabar? Sihat ke tak? Dah makan ke belum?.
Aku baik-baik je dekat sini.
Aku dah ada kawan baru Taufiq dengan Najihah nama mereka.
Mereka baik sama macam kau.
Setiap kali aku lepak dengan mereka aku selalu akan teringat dekat kau, sebab cara mereka dengan aku sama macam cara kau dengan aku.
Kasar tapi nampak tulus." Getus Fatin didalam hatinya.
_
AZMI Ternampak kelibat Ziana sedang menuju kearah biliknya.
Dia yang sedang bersandar segera menegakkan tubuhnya dan berpura-pura sibuk.
Sejak dia keluar dari rumah petang semalam sehingga lah ke petang ini, dia masih belum bertemu dengan Ziana lagi.
Mana tidaknya satu pun panggilan dari Ziana tidak di terimanya, pesanan juga tidak dia balas, pagi ini pula Ziana ada kerja di luar pejabat.
Azmi berpura melihat sekilas apabila Ziana membuka pintu biliknya.
"Akak." Gumam Azmi bersahaja.
Ziana melulu kearah meja kerja Azmi dan menepuk kuat meja itu sambil berteriak menyoal
"Kenapa you tak jawab call i?!."
"Akak nak apa?. Mi sibuk." Ujar Azmi tidak memandang wajah Ziana.
Fikirkan sakit hati dia sahaja.
Aku pun sakit hati apabila dia lagi-lagi mengganggu wanita di dekat aku.
Ziana menggepal penumbuk geram melihat Azmi yang bahkan tidak memandang pun wajahnya.
Nafasnya di hela panjang menenangkan diri sendiri sebelum bertanya lagi
"Kenapa Mi buat akak macam ni?."
Mendengar tonasi suara dan kata ganti nama yang digunakan Ziana.
Azmi mengangkat kepalanya memandang untuk melihat wajah itu.
Sepasang mata itu terlihat memandangnya dengan penuh rasa kecewa.
Azmi menutup fail dihadapannya dan kembali memandang Ziana yang masih berdiri dihadapan meja kerjanya itu.
"Mi buat apa yang sampai akak nak serius sangat ni?." Soal Azmi tanpa merasa bersalah
Melihat Ziana tetap diam memandangnya.
Azmi berkata lagi
"Okey.
Mi mengaku salah Mi sebab pergi dari rumah tak bagitahu akak.
Tapi Mi buat macam tu untuk kebaikan semua.
Akak tak selesa dengan perangai Fatin dan Fatin pun tak boleh hormatkan akak macam mana akak nak.
Jadi Mi rasa jalan terbaik ialah dengan Mi bawa Fatin keluar dari rumah tu.
Akak pun tahukan yang Mi nak teruskan perkahwinan Mi.
Jadi Mi tak nak hubungan Akak dengan Fatin semakin teruk nanti."
"Hey!. I tak kisah langsung lah you nak bawa ke mana pun isteri you yang biadab tu.
Lagipun ini bukan kali pertama i berhadapan dengan budak biadab macam dia tu!.
You pun biadab kan!.
Cuma masalahnya sekarang kenapa you pandai-pandai buat keputusan tak tanya i dulu?!.
Kalau orang nampak you duduk serumah dengan dia macam mana?.
You ni kan! Boleh tak sekali je jadi berguna untuk company kita ni?!.
Cukuplah! I tak nak reputasi Casa Mia tercalar lagi disebabkan you!."
Azmi tersenyum sinis.
Selama ini dia sudah banyak bersabat dengan Ziana.
Tetapi kali ini dia tidak betah lagi terus dipijak oleh kakaknya sendiri seperti manusia yang tidak bernilai.
Ziana bukannya tidak tahu apa yang telah dia lakukan untuk syarikat.
"You know what Akak?.
I'm disappointed on you.
Dari dulu sampai sekarang yang ada dalam kepala otak you cuma company je!.
Bahkan nikah kahwin i pun nak kena ada berkaitan dengan company.
I muak lah nak terus hidup dalam keadaan macam ni." Luah Azmi penuh emosi.
"Kalau bukan i yang fikir semua tu, siapa?!.
Siapa yang nak jaga nama company?.
You?.
Apa yang you tahu?.
You tu tak guna!.
You cuma tahu merosakkan apa yang i jaga je." Tutur Ziana kasar.
Bergenang air mata Azmu mendengarnya.
Dia menundukkan kepalanya dan menghela nafas panjang sebelum berkata
"Macam ni lah kak.
Mulai dari hari ni Akak buatlah apa yang akak rasa terbaik untuk company ni.
Akak pun kata kan yang Mi ni tak berguna untuk company.
Mi pun dah tak nak harap apa-apa lagi.
Kalau akak rasa perlu hapuskan nama Mi daripada menjadi pewaris Casa Mia untuk jaga reputasi company ni.
Akak buatlah.
Kalau akak nak minta semua share Mi, pun Mi boleh bagi." Jelas kecewa nada Azmi.
Ziana tertawa sinis seraya berkata
"This is not you."
"It is me.
I cuma dah letih kak.
Dahlah...
You buatlah keputusan you.
Sementara tunggu you buat keputusan tu, i akan pergi dari sini dengan isteri i." Ujar Azmi.
Azmi mengambil telefonnya dan beg bimbitnya sebelum melangkah hendak pergi.
"No!." Teriak Ziana menghalang
Azmi menghentikan langkahnya dan berpaling kearah Ziana.
Ziana melangkah laju menghampiri Azmi yang sudah berada di depan pintu bilik itu.
"You boleh pergi kalau you nak, tapi i tak akan benarkan you bawa Fatin sekali." Ujar Ziana menjegilkan matanya.
Azmi tersenyum sinis memandang Ziana. Seraya berkata
"You lupa ke kak?.
You tu cuma kakak ipar je.
Tapi i ni suami dia."
Ziana tertawa sinis.
Seraya berkata
"Dari mula lagi Fatin tak pernah setuju pun nak kahwin dengan you.
Tapi i yang ugut dia.
Kalau keadaan menjanjikan dia untuk bebas dari i dan juga you.
I pasti yang dia akan pilih cita-cita dia dari ikut you."
"You ugut dia?." Soal Azmi berkerut dahi.
"See.
Sampai sekarang pun you tak tahu kenapa dia setuju nak kahwin dengan you kan?." Kata Ziana sinis.
Azmi mengetap bibir geram.
"It's ok.
I trust my wife.
Kalau you tak nak bagitahu, i boleh je tanya dia sendiri." Kata Azmi seraya berpaling.
"Selangkah you keluar dari pejabat ni.
I akan pastikan you tak akan jumpa Fatin sampai bila-bila." Ujar Ziana lantang.
Entah mengapa Azmi merasa seperti jantungnya direntap keluar saat Ziana berkata demikian.
Dia jadi merasa takut kehilangan isterinya.
Air matanya bergenang serta merta.
Sangkaannya meleset apabila dia berfikir yang dengan melepaskan Casa Mia semuanya akan baik-baik sahaja.
Ternyata Ziana selalu sahaja menemui titik kelemahannya dan melakukan sesuatu agar tetap biasa mengawalnya.
"Apa sebenarnya yang you nak dari i kak?." Soal Azmi menghentikan langkahnya namun tidak berpaling menghadap Ziana.
"I tak minta banyak Azmi Hidayat.
I cuma nak you dengar cakap i dan buat apa yang i suruh." Ujar Ziana.
Azmi berpaling kearah Ziana.
Dia sudah tidak peduli lagi sekiranya wanita itu melihat air mata yang membasahi pipinya sekarang.
"You got me kak.
Sekarang bagitahu i, you nak i buat apa?."
Bergenang air mata Ziana melihat Azmi menunduk patuh padanya dalam keadaan terpaksa seperti itu.
Sejujurnya dia tidak tega mahu melakukannya.
Namun dia tidak mahu kerana merasa kasihan dia akan merosakkan Azmi nanti.
Jadi biarlah Azmi membencinya sekarang padanya mungkin suatu hari nanti Azmi akan berterima kasih kepadanya.
"I percayakan you." Kata Ziana.
Azmi membuang pandangannya kearah lain.
Dia muak mendengar kata-kata manis yang keluar dari mulut Ziana.
Akhir akhir nanti tiada apa yang berubah.
Ziana tetaplah sama, iaitu orang yang akan mengawalnya.
"You boleh stay sana dengan dia.
Tapi jangan sampai tertangkap." Kata Ziana lagi.
Kali ini Azmi memandang wajah Ziana.
Apa pula yang merubah fikiran wanita ini tiba-tiba. Getus hatinya.
"Kalau sampai tertangkap.
You tengoklah apa i akan buat.
Dan lepas ni you jangan berani nak buat sesuatu tanpa bagitahu i." Ujar Ziana menekan bicaranya sebelum dia berlalu melepasi Azmi dan keluar dari bilik itu.
Azmi melepaskan keluhan berat.
Seraya berjalan malas kearah sofa dan merebahkan tubuhnya di sana.
Telefon didalam poket seluarnya dia keluarkan dan meletaknya diatas meja.
Tidak sampai seminit meletaknya, telefon tersebut berdering menandakan ada panggilan yang masuk.
"Ish... Siapa pulak ni?."
Azmi menegakkan tubuhnya dan mengambil telefon tersebut, melihat nama pemanggil.
Senyuman perlahan terlakar di bibirnya apabila melihat nama Fatin yang tertera di skrin.
Tanpa menunggu lagi dia menjawab panggilan tersebut.
"Ya, sayang. Ada apa sayang call Abang ni?. Tak pernah pernah pun sayang call." Kata Azmi sempat dia mengusik Fatin.
"Abang tengah buat apa tu?. Sibuk ke?."
Azmi memndang kearah fail yang masih belum dia semak diatas meja.
"Boleh tahan sibuk juga. Kenapa sayang?."
"Urm...."
Azmi berkerut dahi menunggu apa yang hendak dikatakan Fatin.
"Abang...."
Bertambah kerut dahi Azmi mendengar panggilan Abang dengan suara yang dibuat manja itu.
Dia pula tersenyum sendiri mendengarnya.
"Urm... Sayang rindu Abang ke?." Usik Azmi.
"Sikit." Jawab Fatin berani.
Azmi tersenyum.
Dia dapat mendengar suara Fatin yang malu-malu menjawabnya.
"Abang pun rindu dekat sayang.
Sayang ada apa-apa nak cakap dengan abang ke?."
"Urm... Tadi Abang kata abang sibukkan?." Tanya Fatin.
Hmm... Azmi mengiyakan.
"Kalau macam tu Abang tak payah jemput saya lah.
Saya balik rumah sendiri." Kata Fatin.
"Eh.. Janganlah macam tu.
Abang memanglah sibuk.
Tapi tak adalah sampai tak boleh nak jemput sayang.
Nanti habis kerja pukul 6.
Abang ambil lah sayang macam biasa." Kata Azmi.
"Tapi saya habis kelas awal hari ni.
Tak kan saya nak tunggu sampai pukul 6."
"Lah... Ye ke?.
Kalau macam tu Abang pergi ambil sayang sekarang lah." Kata Azmi
"Tak payahlah...
Biar saya balik sendiri.
Saya kan ada duit sikit, saya boleh balik naik grab.
Lagi pun saya dah lama tak balik rumah sendiri."
Azmi terdiam.
Apabila teringatkan semula keadaannya sekarang.
Dia merasa adalah lebih baik dia tidak bertemu dengan Fatin dahulu.
Dia takut kalau Fatin dapat melihat keadaan dirinya sekarang.
"Abang."
Lamunan Azmi mati apabila Fatin memanggilnya.
"Amboi.. Pandai dia sekarangkan.
Dah besar sangat lah tu nak balik sendiri.
Okey hari ni je.
Lain kali Abang jemput." Kata Azmi memberi izin.
"Okey. Terima kasih Abang." Ucap Fatin teruja.
"Eh sekejap. Sayang ingat jalan balik rumah tak?." Tanya Azmi.
"Ingat."
"Okey. Jangan melencong ya.
Abang balik rumah sayang tak ada.
Siap." Ujar Azmi.
"Okey."
"Lagi satu" Azmi terhenti bicaranya.
Pastikan tak ada siapa yang nampak sayang masa masuk rumah Abang.
Rasanya tak sesuai aku cakap macam ni dalam telefon. Getus hatinya
"Lagi satu apa?." Tanya Fatin.
"Tak ada apa.
Hati-hati sayang." Kata Azmi.
"Okey." Kata Fatin sebelum mematikan talian.
Azmi tersenyum sebaik talian dimatikan.
Dia dah mula rasa selesa dengan aku ke?. Getus hatinya.
_
ZIANA Berteriak sekuat hati dan memukul kuat setereng keretanya.
Air matanya mengalir deras membasahi pipinya.
Dia teringat apa yang dikatakan Azmi di pejabat tadi.
Mi pun dah tak nak harap apa-apa lagi.
Kalau akak rasa perlu hapuskan nama Mi daripada menjadi pewaris Casa Mia untuk jaga reputasi company ni.
Akak buatlah.
Kalau akak nak minta semua share Mi, pun Mi boleh bagi.
"Akak tahu kesabaran Mi dah sampai limitnya.
Tapi Mi tolak tepi semua tu demi Fatin.
Akak minta maaf Mi sebab gunakan kelemahan Mi." Gumamnya.
Ziana mengusap air mata di pipinya dan mengangkat kepalanya.
Dia menekan butang untukmenghidupkan enjin keretanya, namun tidak dapat dihidupkan.
Dua tiga kali dia cuba tetap juga sama, kereta tidak hidup.
"Kenapa pulak dengan kereta ni tiba-tiba?." Gumamnya.
***
FARID Tersenyum melihat sosok wanita yang sangat dia kenali itu ditepi jalan.
Tadi sebaik sahaja mendapat panggilan dari pembantu pribadinya Ellie, yang memberitahu Ziana berada di area rumahnya.
Dia bergegas keluar dari rumah dan menuju ke lokasi yang di hantar Ellie.
Dia keluar dari kereta setelah mematikan enjin keretanya sedikit jauh dibelakang kereta Ziana.
Namun semakin dekat langkahnya, telinganya menangkap bunyi suara wanita itu menangis.
Aii... Tidak mungkin wanita kental seperti itu menangis hanya kerana kereta rosak. Getus hatinya.
"Besar sangat salah aku?.
Aku cuma nak yang terbaik untuk semua.
Tak kan lah kau pun nak marah aku?."
Farid terus sahaja berjalan menghampiri wanita itu
"Excuse me?."
Melihat Farid.
Ziana pantas berpaling kearah lain dan menyeka air matanya dan kemudian dia berdehem, kembali memandang Farid.
"You buat apa dekat sini?." Tanya Ziana cuba beriak biasa dengan harapan Farid tidak melihatnya menangis tadi.
Melihat cara Ziana.
Farid pun melayannya dengan berpura-pura seolah tidak melihat Ziana menangis tadi.
"I ternampak ada orang kereta rosak tepi jalan.
Ingat nak tolong apa yang boleh.
Tak tahu pulak orang tu you." Kata Farid.
"It's ok. I boleh handle sendiri." Kata Ziana pula.
Farid berdecit.
Nak berlagak lagi, kalaulah dia tahu aku nampak dia menangis tadi, macam mana dia nak lari sorok muka berlagak dia tu. Getus hatinya.
"Sure?. Sini kawasan jammed tau, jauh dari bengkel pulak tu.
Kalau panggil pomen pun.
Mungkin isyak baru dia orang sampai." Ujar Farid.
"It's ok. I boleh tunggu." Kata Ziana.
"You tak solat maghrib ke?." Soal Farid.
Membulat mata Ziana memandang Farid.
"Ups... Sorry. Cuti eah?.
Okeylah kalau macam tu i balik dulu.
Nak dekat maghrib dah ni." Kata Farid sambil melihat jam di tangannya.
Ziana diam berpaling kearah lain.
Farid berpaling pergi.
Dia berharap yang Ziana akan menghentikannya untuk meminta bantuan.
Namun tidak juga.
Susah jugak nak dekat dengan perempuan ni.
It's ok Farid, kau kena teruskan juga.
Kau tak akan ada kekuatan untuk jumpa Fatin sendiri kalau kau tak rapat dengan dia. Getus Farid didalam hatinya.
Farid masuk kedalam keretanya, menghidupkan enjin dan berlalu pergi meninggalkan Ziana.
Nombor telefon temannya Sahari dia dail.
Tidak menunggu lama Sahari menjawab panggilannya.
"Farid."
"Sahari kau ada dekat mana?." Tanya dia
"Aku baru tutup bengkel. Kenapa?."
"Aku ada benda nak minta tolong kau sikit."
_
AZMI Menutup pintu rumah setelah masuk.
Melihat Fatin tiada diruang tamu dan dapur, dengan pintu biliknya yang bertutup rapat, Azmi berfikir mungkin gadis itu sedang mandi.
Dia menghela nafas berat dan menuju ke sofa merebahkan tubuhnya di sana.
"Letihnya." Gumamnya sambil memejam rapat matanya.
Dari mula lagi Fatin tak pernah setuju pun nak kahwin dengan you.
Tapi i yang ugut dia.
Kalau keadaan menjanjikan dia untuk bebas dari i dan juga you.
I pasti yang dia akan pilih cita-cita dia dari ikut you.
Azmi kembali membuka matanya apabila teringatkan kata-kata Ziana di pejabat tadi.
Apa sebenarnya yang akak ugut Fatin sampai dia setuju untuk kahwin dengan aku?.
Hmm... Aku ni pun satu, punyalah tak suka sampai itu pun aku tak nak ambil tahu.
Dia bermonolog sendiri didalam hatinya.
"Abang."
Membulat mata Azmi apabila melihat wajah Fatin muncul dihadapan wajahnya tiba-tiba.
Dia segera menegakkan kepalanya dan menoleh ke belakang.
"Sayang." Gumamnya
Fatin tersenyum dan berjalan ke hadapannya.
"Abang baru balik?."
Azmi tersenyum mengangguk.
Dia sebenarnya merasa sedikit janggal apabila Fatin mesra begitu.
Mungkin kerana sudah terbiasa dengan Fatin yang pemalu agaknya.
"Sini Fatin letak briefcase Abang dekat bilik." Kata Fatin menghulur tangannya menawar diri.
"Briefcase?. Ouh.. Nah..." Azmi menyerahkan beg bimbitnya kepada Fatin.
Fatin tersenyum mengambilnya.
Seraya bertanya lagi kepada Azmi.
"Abang nak air?. Fatin buatkan."
"Tak apalah... Abang baru lepas minum tadi." Kata Azmi.
"Okey." Fatin tersenyum lagi dan berlalu.
Azmi berkerut dahi menghantar Fatin dengan pandangan matanya.
"Fatin?.
Bukan dia biasanya bahasakan diri saya ke?." Getusnya perlahan.
Namun perlahan bibirnya menguntum senyuman.
_
ZIANA Meraup kepalanya pening.
Dia sudah menghubungi pomen namun seperti yang dikatakan Farid tadi.
Pomen itu mengatakan yang mereka mungkin akan tiba pada waktu isyak.
Ada sedikit penyesalan kerana menolak pelawaan lelaki itu tadi.
Dia berjalan hendak masuk ke dalam kereta.
Namun dia tidak jadi apabila dia melihat sebuah kereta tiba-tiba berhenti betul-betul dibelakang keretanya.
Seorang lelaki memakai t-shirt kolar berwarna hijau keluar dari kereta tersebut dan berjalan menghampirinya.
"Kenapa ni Cik?."
Ziana yang tidak biasa berkomunikasi dengan sembarangan orang itu.
Terpaksa juga menjawab soalan lelaki itu memandangkan tiada orang lain di situ.
"Tak ada apa.
My car buat perangai tiba-tiba tak boleh start.
Tak tahu kenapa.
But don't worry I dah call bengkel." Kata Ziana.
"Bengkel?.
Ada bengkel ke area sini?." Soal lelaki itu berkerut dahi.
"I don.t know.
I pun tersesat sebenarnya dekat sini.
I call bengkel dekat Melawati.
I biasa berurusan dengan mereka." Jelas Ziana.
"Melawati?. Jauh tu Cik." Kata lelaki itu.
"I know." Balas Ziana ringkas.
Ikutkan hati dia malas mahu melayan lelaki itu dan mahu masuk kedalam kereta.
Namun dia takut sesuatu terjadi, jadi dia memilih untuk tetap berdiri diluar kereta.
"Itu kalau nak tunggu tu.
Isyak pun belum tentu sampai." Kata lelaki itu lagi.
"Nak buat macam mana. I've no choice." Kata Ziana.
"Urm... Kalau Cik tak kisah.
Boleh saya tengokkan.
Mana tahu saya boleh tolong." Kata lelaki itu menawar diri.
"Sure." Kata Ziana.
Sedang lelaki itu melihat keretanya.
Ziana berjalan sedikit kehadapab menjauhi lelaki itu.
Sebenarnya Ziana dia sedikit pun tidak percaya dengan lelaki itu.
Dia mengeluarkan telefonnya dan berpura-pura melihat telefon.
Tidak lama kemudian lelaki itu memanggil Ziana dan menyuruh Ziana cuba menghidupkan enjin keretanya.
Ziana merasa berkerut dahi.
Dia meminta lelaki itu untuk tetap dihadapan keretanya sementara dia mahu menghidupkan enjin kereta.
Namun siapa sangka.
Rupanya lelaki itu memang membantunya, keretanya sudah boleh di hidupkan.
"Encik. Kereta i dah boleh hidup." Teriaknya kepada lelaki itu.
Lelaki itu tersenyum dan menutup semula bonet depan kereta Ziana.
"Alhamdulillah..." Gumam lelaki itu.
Ziana segera mengeluarkan dompetnya dan berjalan kearah lelaki itu.
"Berapa semuanya Cik?." Tanya dia.
"It's ok. Encik Farid dah bayar." Kata lelaki itu.
Berkerut dahi Ziana.
"Encik?. Who?."
"Encik Farid." Gumam lelaki itu lagi dengan lebih jelas.
Ziana tercengang mendengarnya.
Sia-sia sahajalah dia menolak bantuan Farid tadi.
Ternyata memang akan Farid juga yang membantunya.
"Hati-hati Cik.
Kereta tu kena bawa pergi begkel juga esok." Ujar lelaki itu sambil berjalan masuk kedalam kereta.
Ziana meraup wajahnya dengan kedua tangan.
Banyak-banyak orang kenapalah kena dia?. Tak boleh ke orang lain. Gumam Ziana didalam hatinya.
_
SELESAI Makan malam Fatin segera masuk ke bilik dan duduk diatas katil menunggu Azmi yang masih lagi di dapur.
Sambil itu dia mengerling kearah telefonnya yang bercahaya kerana ada pesanan whatsapp yang masuk.
Melihat nama Najihah, dia segera mahu mengambil telefonnya, namun dia segera menyorok telefonnya apabila mendengar suaminya membuka pintu bilik.
Azmi masuk dan menutup pintu bilik.
Dia memandang kearah Fatin yang juga sedang memandangnya.
"Sayang tak siapkan assignment ke?."
"Dah siapkan dah lepas maghrib tadi." Jawab Fatin melemparkan senyuman.
Azmi manggut-manggut.
"Ouh... Abang ada kerja lagi nak kena siapkan.
Sayang kalau mengantuk nak tidur dulu.
Sayang tidurlah... Nanti dah siap Abang tutup lampu."" Kata Azmi.
Fatin mengangguk sambil berkata
"Okey."
Azmi berlalu menuju ke meja kerjanya dengan dahi berkerut.
Dia sebenarnya pelik dengan cara Fatin memandangnya.
40 MINIT telah berlalu.
Fatin tersengguk menahan rasa mengantuknya.
Dia melihat kearah Azmi yang masih sibuk dimeja kerja.
Lamanya dia buat kerja.
Kalau macam ni bila aku boleh nak mulakan misi aku. Getus Fatin didalam hatinya.
Fatin tetap setia menunggu lagi.
Sehinggalah genap 60 minit dia akhirnya membuat keputusan untuk pergi juga kepada Azmi.
Azmi menekan butang simpan semua yang sudah disemaknya.
"Abang..."
Azmi terkedu mendengar panggilan yang paling manja dilontarkan suara itu masuk ke dalam halwa telinganya.
Dia menoleh ke belakang melihat Fatin tepat berada di belakangnya.
"Ya, kenapa sayang?." Sahut Azmi sedikit gugup.
Mata Fatin dipandangnya.
Fatin mencebik bibirnya dan memberanikan diri untuk bertentangan mata dengan suaminya.
"Lama lagi ke kerja Abang nak siap?." Tanya Fatin dan melarikan pandangannya dari pandangan mata Azmi tanpa sedar.
Azmi tersenyum melihatnya.
Dia sempat diselubungi perasaan gugup kerana berfikir yang Fatin mahu menggodanya, namun begitu melihat Fatin mengelak dari bertentangan mata dengannya.
Dia segera sedar yang di hadapannya sekarang masih lagi gadis yang sama.
Pemalu dan tidak tahu menyembunyikan perasaan sebenarnya.
Cuma yang menjadi persoalan sekarang mengapa Fatin bertindak seperti sekarang ini.
Azmi memandang wajah Fatin.
Tiba-tiba idea nakalnya datang.
Dia menarik pinggang Fatin sehingga gadis itu betul-betul rapat dengan dirinya yang masih duduk di kerusi.
"Kenapa sayang tanya?." Soalan Fatin dibalas dengan soalan juga.
Fatin terkejut dengan tindakan tiba-tiba suaminya itu.
Namun dia segera teringat misinya untuk meminta izin tidur di hostel menemani Najihah.
Dia mengukir senyuman selebar mungkin membalas tatapan Azmi untuk menghilangkan rasa malunya.
"Abang." Panggilnya lagi.
"Ya, sayang..." Sahut Azmi menahan tawa kerana dia mendengar getaran gugup dari suara Fatin.
"Urm..."
"Sayang ni nak apa sebenarnya?."
"Mana abang tahu saya nak sesuatu?."
Azmi tersenyum apabila mendengar Fatin yang kembali membahasakan diri 'Saya' dengannya.
"Sebab sayang nampak lain sangat lain hari ni." Katanya.
"La.. Lain macam mana maksud Abang?."
Azmi tersenyum.
Pelukannya di pinggang Fatin, semakin di eratkan.
"Abang rasa sayang pun tahu kot..."
"Man.. Mana ada." Nafi Fatin gugup.
"Are you sure?." Soal Azmi sengaja mahu mengusik Fatin lagi.
"Ish.. Abang dah lah tu." Fatin cuba menolak Azmi agar melepaskan pinggangnya.
"Aikk dah tolak Abang dah?. Sayang tak ada apa-apa nak cakap ke?."
Fatin terdiam.
Aduh macam mana aku nak cakap ni?. Getusnya didalam hati.
Azmi tersenyum mengangkat sebelah keningnya, seraya melepaskan pelukan di pinggang Fatin.
"Tak apalah...
Kalau sayang tak ada apa nak cakap.
Abang nak sambung kerja." Kata Azmi berpusing menghadap kearah komputer ribanya.
Fatin segera memusingkan kembali tubuh Azmi agar menghadapnya
"Abang sekejap. Ya... Saya memang ada benda nak cakap."
"Cakap apa?." Soal Azmi tersenyum.
Fatin menunduk seraya berkata
"Sebenarnya saya nak minta izin Abang."
Azmi berkerut dahi.
Minta izin?, lain macam bunyinya. Getusnya dalam hati.
"Minta izin apa?."
"Saya nak balik hostel boleh?."
Berubah serta merta air muka Azmi.
Melihat air muka suaminya yang berubah.
Fatin segera meraih kedua tangan Azmi.
"Alah... Bolehlah Abang... Saya rindu nak borak dengan kawan-kawan saya." Rayu Fatin.
Azmi menghela nafas panjang.
"Boleh.
Tapi tak boleh tidur sana." Kata Azmi.
Fatin yang baru sahaja mahu tersenyum berubah cemberut wajahnya apabila Azmi mengatakan yang dia tidak boleh tidur di hostel.
"Alah... Kalau macam tu baik jumpa dekat kolej je hari biasa.
Buat apa Abang kasi izin kalau abang tak bagi tidur sana." Cebik Fatin.
"Dah kalau macam tu jumpa je lah dekat kolej hari biasa." Balas Azmi.
"Abang..." Rengek Fatin.
Azmi hampir tersenyum mendengar rengekan isterinya itu.
Namun dia segera mengawal riak wajahnya.
"Bolehlah..." Rayu Fatin masih belum berputus asa.
"Nak buat apa tidur sana?.
Rumah kan ada." Ujar Azmi bersahaja namun dia memaksudkannya.
"Tak nak.
Saya nak tidur sana.
Nak teman Jihah.
Kesian dia sorang sorang dekat hostel." Kata Fatin.
Azmi berkerut dahi memandang wajah isterinya.
"Eh.. Dia tak ada housemate lain ke selain sayang?."
"Ada.
Diana.
Tapi Diana tak ada minggu ni.
Dia ada hal dekat rumah dia jadi dia berulang alik dari rumah dia." Jelas Fatin.
"Minggu ni?." Soal Azmi membulatkan matanya memandang Fatin.
Fatin yang naif itu mengangguk perlahan memandang wajah suaminya.
"Ouh.. Please don't tell me that sayang." Kata Azmi.
"Bagitahu apa?." Fatin berkerut dahi.
"Sayang nak duduk sana seminggu kan?."
Fatin terdiam sejenak sebelum mengangguk perlahan kepalanya.
Azmi melepaskan tangannya dari genggaman Fatin dan segera menutup komputer ribanya sambil mengatakan
"No!."
"Abang..." Rengek Fatin lagi.
"Sayang..." Azmi memandang wajah isterinya itu.
"Abang... Tolonglah...
Tak lama pun, seminggu je." Ujar Fatin masih cuba untuk memujuk suaminya.
Azmi jadi serba salah.
Dia terdiam sebentar seperti memikirkan sesuatu.
"Abang... Bolehlah..." Rayu Fatin sambil mengelus tangan suaminya.
Azmi menghela nafas panjang seraya berkata
"Okey.
Boleh tidur sana tapi lima hari je."
"Lima hari?.
Abang...
Saya minta seminggu kan."
"Tiga hari." Kata Azmi dengan mengurangkan hari.
Membuntang mata Fatin.
"Tiga hari?."
"Dua hari." Kata Azmi.
"Okey tiga hari." Fatin yang baru mengerti segera menekup mulutnya dengan tangan.
"Tapi dengan satu syarat." Azmi berkata sambil bangun dari kerusi.
"Alah... Tiga hari je pun.
Tak kan tu pun nak pakai syarat." Omel Fatin.
Azmi berpaling ke arah Fatin.
Fatin yang berada di belakang Azmi terkejut dan hampir terjatuh, namun Azmi cepat memeluk pinggangnya.
Fatin yang menyedarinya segera mahu melepaskan diri.
Namun Azmi memeluk erat pinggangnya dan memperkemas pelukannya, ia membuatkan Fatin tidak bisa bergerak.
"Okey.. Apa syarat dia?." Fatin membuang pandangan kearah lain.
Azmi tersenyum seraya merapatkan bibirnya ke telinga Fatin dan berbisik
"Abang nak sayang yang manja macam tadi."
Fatin membulatkan matanya memandang wajah Azmi.
Azmi tersenyum dan menggerak-gerakkan keningnya keatas
"Manja yang macam mana maksud Abang?." Fatin berpura tidak mengerti.
"Abang..." Azmi mengejek kembali cara Fatin memanggilnya tadi.
Merona merah pipi Fatin menahan malu apabila teringatkan cara dia memanggil Azmi tadi.
"Abang ni... Tak payahlah ejek saya." Kata Fatin kembali membuang pandangan kearah lain.
Azmi tersenyum dan berkata
"Ehh... Abang salah dengar ke ni?. Tadi bukan sayang bahasakan diri Fatin ke dekat Abang."
"Abang dah lah tu. Malulah Fatin." Gumam Fatin tanpa sedar membahasakan dirinya dengan nama lagi.
Bersinar mata Azmi mendengarnya dan tanpa memberi sebarang tanda, dia mencempung tubuh kecil Fatin, ia membuatkan isterinya itu berteriak kecil dan spontan memaut lehernya.
Saat mata mereka.
Senyuman perlahan terukir di bibir Azmi.
Dia berjalan perlahan membawa Fatin ke arah katil dan dengan perlahan dia meletakkan tubuh Fatin di sana.
Mata Fatin tidak berkedip memandang raut wajah suaminya dan tangannya juga tidak dilepaskan dari terus memaut leher sang suami.
Azmi tersenyum dan bertanya
"Sayang tak nak lepaskan Abang ke?." Sensual nadanya.
Fatin segera menyedarinya saat suaminya bertanya demikian.
Dia mahu melepaskan tangannya yang berpaut pada leher suaminya, namun Azmi tiba-tiba menahan tangannya yang berada di tengkuk lelaki itu seolah tidak memberi izin untuk dia melepaskannya.
Jantung Fatin berdegup laju saat ini, kepalanya hendak dikalih ke kanan, namun Azmi tiba-tiba mengucup bibirnya.
Tindakan Azmi itu berjaya mengunci seluruh tubuh Fatin dari bergerak.
TBC.
PS:
* My Broken English (Please DM Me)
* Susun Atur Ayat & Bahasa (Please DM Me)
_______________________________________
Comment & Vote Please.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro