Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 16: Getaran Halal. 😆

SEBAIK Sahaja Azmi meletakkan punggungnya di kerusi. Ziana terus membuka fail di atas meja.
Azmi berkerut dahi melihat sikap kakaknya yang agak janggal sejak dia pulang petang tadi seperti ada yang tidak kena.
Namun ini bukan masanya untuk dia membahas perkara itu, ada perkara yang lebih penting dia hendak katakan, itulah sebabnya mengapa dia meminta untuk bertemu dengan Ziana malam ini.

"Ehem..."

Ziana memandang Azmi. Gugup sebenarnya, namun dia cuba juga untuk terlihat tenang.

"Mi ada perkara nak cakap dengan akak."

"You nak cakap apa?."  Tanya Ziana masih tetap memegang failnya.

"Urm... Ini fasal Fatin." Kata Azmi.

Ziana mengecilkan sedikit matanya memandang Azmi sebelum dia menutup fail di tangannya.

"Kenapa dengan budak tu?."  Soalnya.

Azmi menghela nafas panjang, seraya berkata

"Mi dah buat keputusan."

"Keputusan apa?." Soal Ziana berkerut dahi.

"Mi nak teruskan perkahwinan ni."

Ziana terdiam mendengarnya. Namun dia tidak terlalu terkejut dengan keputusan adiknya itu. Kerana memang kebiasaannya rancangannya akan selalu berjaya.
Dia bersandar pada kerusinya.

"I macam tertariklah nak tahu. Apa sebenarnya yang dah jadi sepanjang you dengan dia dekat sana?. Why suddenly you ubah fikiran?.  You dah tak ada perasaan dekat Lyana ke?."

Azmi merengus perlahan dan berkata

"Tak payahlah nak tanya macam macam. Memang ini sebenarnya yang akak nak kan?.  Kalau tak akak tak akan suruh Mi tunggu sampai sebulan."

Ziana tersenyum sinis memandang Azmi.

"Oh my god!. Jangan bagitahu i yang you dah jatuh cinta dengan budak tu."

Azmi mengecilkan matanya memandang Ziana

"Tak salah pun kan kalau i jatuh cinta dengan dia."

Ziana tertawa kecil, seraya berkata

"You ni memang tak ada taste-lah... Dengan budak selekeh macam tu pun you boleh nak jatuh cinta kan..."

Azmi mengetap bibir geram memandang Ziana

"Apa masalah you sebenarnya ni kak?. Bukan ke dia tu pilihan you?."

"Excuse me. Dia bukan pilihan i." Ujar Ziana menafikan.

"Habis tu siapa pilihan you?. Syatilla?." Soal Azmi sarkastik.

Ziana menatap tajam wajah Azmi.  Tahu pula sakit hati apabila Azmi menyebut nama Syatilla.

"Sebelum you nak orang lain hormat you kak, you kena belajar dulu hormat orang lain kak. Jangan ikut suka hati you je nak hina orang." Tambah Azmi lagi.

Ziana tertawa sinis, seraya berkata

"You semakin sensitive eah sejak jatuh cinta dengan budak selekeh tu."

"Akak!. Sekali lagi you panggil Fatin dengan gelaran macam tu"

"Okey!. Chill... Chill... I tak panggil dia macam tu dah. You ni... Sensitif sangat.. Kakak you nak bergurau sikit pun tak boleh." Potong Ziana tersenyum.

Azmi diam. Namun matanya masih menatap tajam wajah Ziana.

"Dah.. Tak payah nak pandang i macam tu. I minta maaf. I bergurau je tadi tu. Saje nak uji you.    Jadi sekarang you betul dah jatuh cinta lah dengan isteri you ni?."

Mendengar soalan Ziana, Azmi menyilangkan dua tangannya ke dada dan membuang pandangan ke arah lain

"Belum lagi."

"Belum lagi?." Soal Ziana agak terkejut kali ini.

Azmi memandang semula ke arah Ziana.

"Ini soal hati dan perasaanlah kak. You ingat senang ke nak lupakan seseorang yang dah lama kita cinta, lepas tu jatuh cinta pula dengan orang lain." Katanya.

Ziana berkerut dahi. Is he really break up with Liyana?. Getus hatinya.

"Okey. Tapi kenapa tergesa-gesa?. You kan ada masa seminggu lagi untuk buat keputusan." Ujarnya berbasa basi

"Tak payahlah... I dah tak perlukan masa. I dah buat keputusan yang i akan teruskan perkahwinan ni." Putus Azmi.

Ziana hampir sahaja tidak dapat mengawal senyumnya kerana rancangannya berjaya. Namun dia cepat mengawal riak wajahnya dan bertanya

"You tahu kan you tak boleh tarik balik apa yang you dah cakap sekarang ni?."

Azmi sekadar mengangguk. Tiada apa lagi yang hendak di fikirkannya. Liyana dengan jelas sudah memilih kerjaya dari dirinya.

"Okey.  Tapi sebelum apa apa terjadi. I nak ingatkan you."

Azmi memandang serius wajah Ziana mahu mendengar apa lagi yang hendak di sampaikan wanita itu.

"Jangan sentuh dia."

Azmi berkerut dahi

"What do you mean?.  Jangan sentuh siapa?." Soalnya.

"Your wife."

"Excuse me?." Bertambah kerutan di dahinya.

"Tak adalah... I cuma ingatkan. Yalah... You pun tahu yang kita belum lagi umumkan perkahwinan you dengan dia. I tak nak lah nanti jadi buah mulut orang pula." Ujar Ziana.

Azmi mengecilkan matanya memandang Ziana

"Akak. What do you expect huh?.  Selama ni you bagi i dengan dia tidur sebilik, then sekarang you nak cakap macam ni pulak.  You ingat i ni malaikat ke, tak ada nafsu?." Soalnya.

"Tak... Bukan macam tu."

"Habis tu macam mana?.  You jangan ingat i tak tahu tau kak.  You letak lingerie dalam beg Fatin masa kita orang pergi Melaka kan?. Apa sebenarnya plan you ni hah?." Soalnya lagi.

Ziana berdecit perlahan.  Seraya berkata

"I ada sebab i sendiri kenapa i buat macam tu.  Lagipun i kenal you Azmi, you adik i. Dan Fatin tu, walau pun i belum cukup kenal dia. Tapi i percaya dia tak akan mudah mudah serah diri dekat lelaki."

"Sebab sendiri, sebab apa?. Akak... Dia tu bukannya tak tahu hukum agama macam you.  Tak kan dia nak menidakkan hak i sebagai suami." Ujar Azmi.

Ziana berkerut dahi

"You bercakap macam ni. You dengan dia dah"

"Tak perlulah i nak bercerita hal dalam kain pada you.  Itu rahsia kami. You kalau nak tahu sangat... You kahwinlah..." Ujar Azmi sarkastik.

"You ingat i ni kemaruk sangat ke nak tahu apa you buat dengan dia dalam selimut. I cuma nak pastikan dia tak berisi masa majlis nanti. Itu je." Ujar Ziana menekan bicaranya.

Azmi tertawa sinis

"Seriously akak?. Itu yang you fikirkan. Akak tak akanlah hari ni tahu mengandung, esok dah kembung perut dia. Melainkan lah kalau you nak buat majlis tu tahun depan.." Ujarnya.

Ziana mengetap bibir geram.

"You ni kan!. Kalau i cakap. Ada je jawapan you kan!. Apa yang susahnya nak dengar cakap i?." Ujarnya meninggi suara.

"Mestilah susah. I duduk sebilik dengan dia. You ingat i malaikat?. Lagipun you siapa nak menidakkan hak i?." Jawab Azmi selamba.

Ziana menjulingkan bebola matanya kesal.

"Fine... Ikut suka hati you nak buat apa. Just make sure yang dia tak mengandung masa majlis nanti."

Azmi tersenyum dan berkata untuk mengusik Ziana lagi

"Tengoklah..."

Ziana menjeling Azmi dan kembali membuka fail di hadapannya.

"Akak."

Ziana memandang lagi wajah Azmi.

"I sarankan you pun kahwin lah... Kesian sangat i tengok you." Ujar Azmi dengan air muka serius yang dibuat buat.

"Azmi Hidayat!." Ziana bersuara lantang.

Azmi tersengih dan berkata

"Good night kak..." Sempat dia mengenyit sebelah matanya kepada Ziana sebelum bangun dari kerusi.

_
FLASHBACK

Melihat sosok Puan Fatimah yang masuk ke dalam bilik pejabat, dia bingkas berdiri dan berjalan menghampiri wanita separuh baya itu.

"Apa dah jadi Puan Fatimah?." Soalnya merenung tajam Puan Fatimah.

Puan Fatimah menundukkan kepala di hadapannya.

"Maafkan saya Encik Farid. Saya akui kesilapan saya, sebab menggunakan Fatin untuk kepentingan saya."

Dia mengetap bibir geram.

"Saya akan bertanggungjawab atas apa yang saya dah buat." Tutur Puan Fatimah memandang wajahnya.

"Puan nak bertanggungjawab macam mana?. Dia di tangan orang lain sekarang Puan!. Orang yang saya tak kenal dan Puan pun tak kenal!." Suaranya naik meninggi.

"Saya kenal orang tu Encik Farid." Kata Puan Fatimah.

Dia mengecilkan matanya memandang wanita di hadapannya itu.

"Puan kenal dia?. Siapa dia Puan?. Orang macam mana dia?. Lelaki ke perempuan?. Tua ke muda?. Siapa nama dia?. Selamat ke Fatin dengan dia Puan?." Bertalu-talu soalan dia ajukan dengan mata yang berkaca.

"Nama dia Ziana, berusia 27 tahun. Anak yatim dan mempunyai seorang saudara lelaki bernama Azmi. Mereka pewaris Casa Mia Hotel & Resort. Saya memang ada buat research tentang dia, sebab anak saudara saya pernah jadi adik angkat dia." Ujar Puan Fatimah.

Dia berkerut dahi.

"Macam mana pula dengan keselamatan Fatin?." Soalnya.

Puan Fatimah melepaskan keluhan kecil.

"Saya rasa dia selamat, sebab mereka orang berada yang baik-baik, cuma"

"Cuma apa?." Potongnya.

"Maafkan saya Encik Farid. Saya cuma boleh bagitahu apa yang saya nampak. Dari apa yang saya nampak dah jadi pada anak saudara saya.  Saya tak rasa Fatin akan bahagia, dia terlalu naif, saya takut kalau mereka cuba gunakan Fatin macam mana mereka gunakan anak saudara saya." Tutur Puan Fatimah penuh rasa sesal

"Apa maksud Puan?."

"Saya bukan nak bersangka buruk. Tapi saya nampak sendiri apa yang jadi dekat anak saudara saya Encik Farid. Tolonglah... Encik Farid. Saya betul-betul risaukan Fatin. Cuma Encik Farid je yang boleh selamatkan Fatin sekarang." Ujar Puan Fatimah mengalirkan air mata.

Hatinya bagaikan di sayat apabila mendengarnya. Segala rasa bercampur baur, dia sakit hati dengan tindakan Puan Fatimah yang telah meletakkan adiknya di dalam posisi seperti itu. Tawa sinis sengaja dia lemparkan, air mata di hujung mata dia seka dengan ibu jari tangannya.

"Berhentilah bermuka-muka Puan." Ujarnya mengetap bibir.

"Saya tak bermuka-muka Encik Farid. Saya jujur. Saya sayangkan Fatin. Saya dah anggap dia macam anak saya sendiri." Tutur Puan Fatimah cuba meyakinkannya.

"Macam mana Puan tahu?. Puan pernah rasa ada anak ke?." Soalnya sarkastik lagi sinis.

Puan Fatimah kelu mendengar soalannya.

"Sekarang baru saya faham kenapa Tuhan tu tak bagi zuriat pada Puan...   Sebab Puan.  Tak layak langsung untuk jadi seorang Ibu!, bahkan gelaran Ibu pun tak sesuai diguna pakai oleh orang yang pentingkan diri macam Puan ni!." Ujarnya dengan nada kasar.

"Exactly..." Sampuk satu suara lain.

Dia pantas memandang ke arah orang tersebut.  Kelihatan seorang wanita muda yang baru masuk, berjalan ke arah mereka sambil berkata

"Dia memang tak layak untuk jadi seorang Ibu dan tak layak untuk tetap menjadi pengasuh dekat rumah ni!."

Puan Fatimah menghampiri wanita itu dan berkata

"Sya.. Ini bukan masanya.  Sya keluar dulu... Mak Ngah ada tetamu ni."

"Kenapa?. Mak Ngah malu dengan Sya?." Soal wanita itu lantang.

"Tak Sya. Bukan macam tu..."

"Habis tu macam mana?."

"Sya..."

"Sekejap." Dia yang dari tadi memerhati mencelah menghentikan bicara Puan Fatimah dan wanita muda yang tidak dikenalinya itu.

Kedua mereka memandang ke arahnya.

"Ini ke anak saudara yang Puan maksudkan?." Soalnya menunjuk ke arah wanita itu.

Tidak menjawab soalannya. Puan Fatimah memegang bahu wanita itu dan memaksa memalingkan tubuh wanita itu berpaling ke belakang

"Sya tolong keluar... Mak Ngah ada perkara penting nak bincang dengan tetamu Mak Ngah." Ujar Puan Fatimah.

Bergenang air matanya menyaksikan apa yang berlaku di hadapan matanya sekarang.  Terbayang dimatanya kehidupan adiknya yang membesar dengan Puan Fatimah selama ini.

"Macam ni ke cara Puan sayangkan Fatin yang Puan kata Puan anggap macam anak sendiri?." Soalnya mengetap bibir.

Puan Fatimah yang sudah mahu keluar, menoleh kembali kearahnya.

Matanya tajam memandang Puan Fatimah.

Puan Fatimah perlahan melepaskan bahu wanita itu dan berjalan ke arahnya

"Apa maksud Encik Farid?. Saya memang sayangkan Fatin dan memang betul saya dah anggap dia macam anak saya sendiri, walaupun saya tak pernah rasa melahirkan anak, tapi saya yakin dengan perasaan saya." Tutur Puan Fatimah sayu.

Air matanya yang dari tadi ditahan tahan, akhirnya tumpah juga membasahi pipinya, namun dia segera menyekanya dengan tangan.

"Kalau Puan sayangkan Fatin, kenapa Puan tak lindungi dia macam mana Puan lindungi anak saudara Puan?. Puan seboleh-boleh tak nak anak saudara Puan tahu tentang Fatin, sedangkan Fatin pula Puan gunakan untuk jaga anak saudara Puan." Ujarnya lantang.

"Fatin mana ni?." Sampuk wanita itu memandang Puan Fatimah.

Air mata Puan Fatimah mengalir memandangnya

"Mak Ngah, Sya tanya Mak Ngah ni?!. Fatin mana yang Mak Ngah gunakan untuk jaga Sya?."

"Fatin Dania. Teman serumah Sya." Ujar Puan Fatimah tanpa memandang pun wajah wanita itu.

"You know what Mak Ngah? You just made me hate you more and more..." Ujar wanita itu bersama dengan deraian air mata.

Dia kaku di tempat dia berdiri. Dia tidak tertarik langsung dengan apa yang berlaku di antara Puan Fatimah dan wanita muda yang tidak dikenalinya itu. Kepalanya sekarang hanya memikirkan tentang adiknya.

"Saya rasa Encik Farid dah salah faham dengan apa yang saya cakap dengan Encik dalam telefon semalam." Ujar Puan Fatimah sebaik wanita itu keluar dari bilik.

Dia memandang kembali wajah Puan Fatimah.

"Saya memang gunakan Fatin... Tapi bukan untuk jaga anak saudara saya, sebab kalau saya nak suruh dia jaga mesti saya dah bagitahu dia siapa Syatilla dengan saya. Syatilla anak saudara saya, dia dah jauh tersasar dari agama. Jadi saya hantar Fatin dengan harapan mereka akan berkawan dan Fatin dapat ubah Syatilla." Ujar Puan Fatimah.

Dia berkerut dahi

"Tergamaknya Puan. Puan cuma fikirkan anak saudara Puan je.  Puan ada tak terfikir macam mana kalau bukan anak saudara Puan yang ikut adik saya?, Tapi adik saya yang ikut anak saudara Puan?. Kalau adik saya rosak?. Apa yang Puan nak buat masa tu?." Soalnya.

"Saya kenal Fatin lebih dari awak kenal dia Encik Farid. Fatin bukan jenis yang mudah terkesan dengan orang" Ujar Puan Fatimah.

"Tapi dia masih muda!." Teriaknya memotong bicara Puan Fatimah.

"Dan dia tak pernah keluar dari rumah ni!." Ujarnya lagi.

"Ya, saya minta maaf Encik Farid. Apa pun alasannya saya tetap salah, saya tak sepatutnya gunakan Fatin. Tapi saya betul-betul ikhlas sayangkan Fatin dan saya akan bertanggungjawab atas semua yang dah jadi sekarang ni." Tutur Puan Fatimah.

"Puan nak bertanggungjawab macam mana? Puan sendiri bagitahu saya tadi, cuma saya je yang boleh selamatkan Fatin. Jadi dekat mana yang Puan kata Puan nak bertanggungjawab?." Soalnya menekan bicara

"Ya, betul. Memang saya cakap macam tu. Tapi tak bermakna saya akan lepaskan semuanya pada Encik Farid. Kalau Encik Farid perlukan apa-apa bantuan, Encik Farid boleh hubungi saya. Saya bersedia untuk membantu apa-apa sahaja." Tutur Puan Fatimah.

"Tak perlu!. Puan simpan je lah niat baik Puan tu. Mulai dari hari ni, saya akan uruskan semua prihal adik saya sendiri. Puan cuma perlu hantar info tentang penjaga dia sekarang, yang Puan bagitahu saya tadi dekat WhatsApp. Selepas tu Puan boleh teruskan kehidupan Puan dan jangan pernah ambil tahu lagi hal Fatin." Ujarnya.

End Flashback.

Farid mengetap bibir geram apabila melihat info tentang penjaga Fatin yang dia baru dapat dari Puan Fatimah pagi tadi. Alasan wanita itu telefon rosak dan tidak dapat menghantar terus info kepadanya selepas pertemuan mereka.

Salah aku jugak. Benaknya.

Kalau nak ikutkan. Selepas sahaja pertemuan dengan Puan Fatimah hari itu. Dia boleh sahaja mendapatkan terus info tentang penjaga Fatin pada hari itu. Tetapi dia pula tergesa-gesa meninggalkan rumah itu dan selepas itu dia di sibukkan pula dengan projek baru yang masuk. Sehingga dia terlupa tentang adiknya.

Farid... Farid... Kau ni memang selamanya nak jadi tak guna ke macam mana?. Dia memarahi diri sendiri di dalam hati sambil tangannya mengurut dahinya perlahan.

"Encik Farid." Ellie yang dari tadi berdiri di situ, bersuara menegurnya.

Farid mengangkat kepalanya memandang Ellie.

"Encik Farid perlukan apa-apa lagi?." Tanya gadis itu.

Farid mendengus perlahan. Seraya membuka telefonnya dan menunjukkan gambar Ziana kepada pembantu pribadinya itu.

Ellie membungkukkan sedikit tubuhnya untuk melihat gambar yang di tunjuk Farid. Dahinya berkerut serta merta, seraya memandang wajah tuannya itu.

Farid tersenyum sinis dan menutup semula telefonnya. Seraya bersandar pada kerusinya memandang Ellie.

Ellie kembali menegakkan tubuhnya memandang Farid.

"Kenapa Encik Farid tunjuk gambar Cik tu dekat saya?." Tanya Ellie tidak mengerti dengan apa yang hendak di sampaikan tuannya itu.

"Saya sekarang ni tengah berfikir macam mana caranya saya nak dekat dengan perempuan ni tanpa menjatuhkan reputasi saya." Ujar Farid sambil memainkan pen dekat jari telunjuk dan tengahnya.

"Maksud Encik Farid dekat yang macam mana?. Kawan atau kekasih?." Tanya Ellie sedikit gugup, takut kalau tersilap bicara.

Farid terdiam. Dahinya berkerut-kerut seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Kawan... Atau lebih baiknya kekasih. Awak tahu macam mana nak buat?."

Ellie menelan air liurnya apabila Farid memandangnya, menandakan yang lelaki itu meminta pendapatnya.

"Kalau nak jadi kekasih. Encik Farid kenalah mengorat dia." Ujarnya gugup.

Farid berhenti menggerakkan pen di tangannya dan memandang tajam wajah Ellie.

"Kalau itu solusi awak. Lebih baik saya tak payah tanya awak." Ujarnya menjeling Ellie.

"Habis tu nak buat macam mana lagi?. Encik Farid kan lelaki, mestilah Encik Farid yang kena mulakan dulu. Kena pula dengan perempuan sombong macam Cik tu. Mustahillah... Kalau dia tiba-tiba nak jatuh cinta pandang pertama dengan Encik dan kalau ya pun.  Mustahil lah dia nak cakap dengan Encik Farid yang dia jatuh cinta dengan Encik Farid."

"Itulah yang saya nak." Farid memotong bicara panjang lebar pembantu pribadinya itu.

"Susahlah kalau macam tu." Keluh Ellie perlahan.

Farid memandang Ellie tajam.

Ellie cepat cepat menunduk. Dia tahu Farid mendengarkannya.

"Saya nak dia betul-betul jatuh cinta dengan saya bukan sekadar suka suka biasa." Ujar Farid lagi.

Sekejap. Aku sebenarnya tak fahamlah... Kenapa tiba-tiba Encik Farid ni nak buat benda macam ni pulak?. Dia ingat ni korean drama ke apa?. Ellie mempersoalkannya, tetapi di dalam hati sahajalah mampunya, nak tempah maut ke mempersoalkan keputusan tuannya itu.

"Encik Farid nak buat macam mana?." Dia memberanikan diri bertanya.

Farid terdiam sebentar sebelum berkata

"Dato' Ghaffar."

"Dato' Ghaffar?." Ellie mengulang kembali apa yang dikatakan tuannya itu.

"Ya, saya rasa kita boleh gunakan case dia dengan Dato' Ghaffar untuk saya dekat dengan dia." Ujar Farid.

Ellie mengangguk, menurut sahaja kata tuannya itu.

"Awak dah batalkan projek kita dengan Asfar Group?." Tanya Farid.

"In proceed. Hari ni kita ada meeting dengan Dato' Ghaffar dekat office dia." Tutur Ellie.

Farid mengangguk perlahan. Seraya mengeluarkan pendrive dari dalam lacinya dan meletakkannya di ats meja.

"Tak apa. Kita tengok je apa yang akan jadi hari ni." Ujarnya tersenyum kepada Ellie.

Ellie tersenyum kelat.

_
FATIN Sudah siap melepaskan tali pinggang keledar dan menggalas begnya. Dan sebaik sahaja suaminya menghentikan kereta dihadapan pagar kolej.
Dia menoleh ke arah suaminya mengucapkan ‘Terima Kasih’ seperti biasa dan berpaling hendak membuka pintu kereta.

“Sayang tunggu”

Tangannya terhenti, dia menoleh kembali ke arah Azmi.

“Kenapa?.” Soalnya.

“Sayang tunggu sekejap. Biar Abang bukakan pintu untuk sayang.” Ujar Azmi hendak keluar dari kereta.

Fatin yang melihat suaminya hendak keluar dari kereta. Pantas menahan lelaki itu.

“Abang. Tak payahlah…” Tegahnya.

"Eh… Apa tak payah pulak… Sayang kan isteri Abang. Tak apalah… Biar Abang bukakan untuk sayang pintu."

Melihat suaminya mahu keluar juga untuk membukakannya pintu, dia pantas memegang lengan lelaki itu.

"Abang please…”  Rayunya.

Lah… Kenapanya?. Kitakan suami isteri.” Ujar Azmi.

“Abang… Tak payahlah dulu.  Saya tak sedia lagi nak orang tahu tentang status kita.”

Tangan Azmi terlepas dari gagang pintu kereta.

“Saya minta maaf.” Gumam Fatin.

Azmi tersenyum kelat.

It's ok Azmi, mungkin dia masih segan lagi. Nanti bila dah buat majlis, dia okeylah. Pujuk hatinya yang sedikit terkilan dengan sikap Fatin.

Urm… Tak apalah kalau macam tu.” Kata Azmi seraya menghulurkan tangannya kepada Fatin.

Fatin mengangkat keningnya sebelah.

“Tak kan nak salam cium tangan Abang pun sayang tak bersedia lagi…” Ujar Azmi sarkastik.

Fatin tersenyum kelat. Seraya mengambil tangan suaminya dan mengucup belakang tangan lelaki itu.

Ada getaran halus di hatinya apabila hidung gadis itu menyentuh kulit tangannya. Walaupun bukan kali pertama Fatin mencium tangannya, tetapi kali ini dia merasa sesuatu perasaan yang lain, tidak seperti selalunya.
Kepalanya di rapatkan mahu mengucup dahi gadis itu. Namun wajah Lyana tiba-tiba muncul dibenaknya dan serentak itu pula Fatin mengangkat kepala memandangnya.
Dia berdehem menegakkan tubuhnya dan tersenyum lebar kepada isterinya.

Fatin tersenyum kelat dan segera keluar dari perut kereta. Tidak keruan dibuatnya berada di dekat lelaki itu dengan waktu panjang.

_
DENGAN Bantuan Farid. Ziana dan Zahar dapat membatalkan kontrak mereka dengan Asfar Group.

Flashback.

Ziana berkerut dahi apabila melihat Farid di dalam bilik pejabat Dato’ Ghaffar. Farid tersenyum memandangnya.

“Siapa benarkan mereka masuk?.” Soal Dato’ Ghaffar berdiri.

I’m sorry Dato’.  I dah cuba halang mereka, tapi Cik ni degil.” Ujar staf Dato’ Ghaffar.

You tak ada akal ke nak berfikir. Tunggu apa dekat situ?. Panggillah security bawa mereka keluar!.” Ujar Dato’ Ghaffar lantang.

Ziana memegang lengan staf perempuan itu dan berkata

“Tak payah!. Kami boleh keluar bila kami dah selesai urusan kami dengan Dato'.” Ujar Ziana lantang.

You ni tak ada adab ke Cik Ziana?. Datang tempat orang, main redah macam ni. You tak nampak ke I ada guest ni.”

Ziana memandang sekilas ke arah Farid yang sedang tersenyum memandangnya.

You tak payah bercakap tentang adab dengan i Dato' Ghaffar. I masih tak buat apa-apa tindakan, ini boleh dikirakan sebagai adab. I datang sini pun bukan nak berlama lama. Lepas you tandatangan surat pembatalan kontrak. I akan pergi dan tak akan ganggu you.” Ujarnya menjeling Farid.

Ehem…” Farid turut bangun dari tempat duduknya.

Dato’ Ghaffar memandang Farid.

“Maafkan saya Encik Farid. Saya pun tak tahu apa yang perempuan ni cakap kan…” Tutur Dato’ Ghaffar.

“Penipu!.” Ujar Ziana lantang.

Farid menoleh ke arah Ziana.

Ziana menuju ke arah Dato’ Ghaffar, mengheret sama staf perempuan yang dia pegang tangannya.

“Jangan buang masa i Dato’ Ghaffar. I ada banyak benda nak buat.  You sepatutnya bersyukur i tak bawa masalah ni ke tengah. I datang bawa surat pembatalan kontrak dan i nak you sign dan i janji tak akan ganggu you lagi!.” Ujar Ziana mencampakkan anvlop berwarna coklat di atas meja.

Dato' Ghaffar menoleh ke arah Farid.  Farid tersenyum kepada Dato' Ghaffar.

“Inilah sebabnya Dato'.”  Ujar Farid.

Dato’ Ghaffar berkerut dahi.

“Apa maksud Encik Farid?.”

I batalkan kontrak kita disebabkan perkara ni.” Ujar Farid.

“Maksud you?. You kenal perempuan ni?.” Soal Dato' Ghaffar kelihatan terkejut.

Farid memandang sekilas ke arah Ziana dan mengangguk perlahan kepalanya kepada Dato’ Ghaffar.

“Jadi i rasa. Dah tak ada apa lagi yang perlu di bincangkan. You pun dah tahu kenapa i nak batalkan kontrak kita.” Ujar Farid.

“Tapi Encik Farid. Perempuan ni menipu.”

“Aku yang menipu ke kau yang menipu?. Orang tua gatal!.” Sampuk Ziana.

Dato' Ghaffar menoleh ke arah Ziana.

“Kalau betul dakwaan you. Bawakan buktinya..” Ujar Dato' Ghaffar.

Ziana menuding jari telunjuknya ke arah CCTV di salah satu pojok di dalam bilik tersebut.

“Okey. Jom kita check.” Kata Dato' Ghaffar.

Zahar memegang lengan Ziana.

“Cik Ziana tak perlu!. Kita dah terlambat.”

Ziana mengangkat sebelah keningnya memandang Zahar.

“Saya rasa dia dah padam footage pada masa kejadian.” Ujar Zahar.

Ziana menoleh ke arah Dato' Ghaffar. Dato' Ghaffar melemparkan senyum sinis.

“Kita tak ada pilihan lain selain dari teruskan projek ni. Kita tak ada bukti.” Ujar Zahar lagi.

“Siapa cakap tak ada pilihan.” Sampuk Farid.

Ziana menoleh ke arah Farid.

Farid mengeluarkan pendrive dari poket blazernya dan menunjuk kepada mereka dan Dato’ Ghaffar.

“Dalam ni ada video yang boleh membuktikan yang dakwaan dia betul.” Ujar Farid kepada Dato' Ghaffar.

“Apa yang you cuba buat ni Encik Farid?.” Soal Dato' Ghaffar.

Farid tersenyum. Seraya berjalan menuju ke arah meja kerja dan memasang pendrive tersebut dekat port usb di komputer.
Tidak lama kemudian keluar paparan video CCTV pada masa kejadian.

Dato' Ghaffar menunduk malu.

End Flashback.


Sebaik pintu lif tertutup. Zahar menghela nafas panjang sambil memegang dada.

“Ya, Allah… Lega saya. Saya ingat kita tak dapat batalkan kontrak tu tadi. Saya risau sangat.  Mujur ada Encik Farid bantu kita, kalau tidak tadi saya tak tahulah...”

Ziana tersenyum kelat mendengar Zahar bermonolog.

“Siapa hah dia tu?. Cik Ziana kenal dia ke?." Soal Zahar tiba-tiba.

Ziana menoleh ke arah Zahar.

“Siapa?.”

“Encik Farid tu.”

"Tak kenal." Laju Ziana menjawabnya.

Serentak itu pintu lif terbuka. Mereka berdua pun berjalan keluar dari lif, menuju ke pintu gerbang.

Ziana tiba-tiba menghentikan langkahnya. Zahar yang menyedarinya, memandang ke arah Ziana.

“Cik Ziana. Are you okey?.”

I okey.”  Ziana mengangguk, namun matanya melilau mencari sesuatu.

“Kenapa ni Cik Ziana?. Cik Ziana cari siapa?.” Tanya Zahar lagi.

Ziana memandang Zahar. Bertepatan itu kereta Alphard hitam yang di pandu Pak Leman berhenti di hadapan pintu gerbang.

“Kita borak dekat dalam kereta. Pak Leman dah sampai tu.” Ujar Zahar.

Ziana mengangguk dan mereka pun berjalan menuju ke arah kereta. Namun apabila sampai di hadapan kereta. Ziana tiba-tiba berkata

“Encik Zahar.  You balik office dulu. I ada hal sikit. Nanti i balik naik grab.”

Are you sure?.” Soal Zahar berkerut dahi.

I'm sure. Go! Go! Go!.” Kata Ziana menolak bahu Zahar perlahan.

“Okeylah kalau macam tu. Nanti apa-apa hal call saya.” Ujar Zahar.

“Ya.” Ziana mengangguk.

Zahar masuk ke dalam kereta dan sebaik sahaja kereta Alphard Hitam itu berlalu dari hadapannya. Ziana segera mengalihkan pandangannya ke arah kanan.

Aku kena cari dia. Aku tahu dia masih dekat sini. Benaknya.

***

FARID Tersenyum melihat Ziana yang sedang termengah mengah di sisi keretanya sambil sebelah tangan memegang lutut dan sebelah lagi memegang keretanya.
Dia tahu wanita itu mencarinya, kerana tadi dia melihat saat Ziana menyuruh Zahar pergi dahulu.

Flashback.

Dia menyerahkan pendrive tersebut kepada Zahar.

“Mungkin ini dapat bantu Encik Zahar.”

Zahar membungkukkan sedikit tubuhnya.

Thank you Encik Farid.” Ucap Zahar.

Dia memandang ke arah Ziana untuk melihat reaksi wanita itu. Namun wanita itu membuang pandangan ke arah lain.

“Okeylah… Saya rasa saya dah tak di perlukan lagi di sini. Good luck Encik Zahar.” Ujarnya berjabat dengan Zahar.

Dia mengerling lagi ke arah Ziana. Namun wanita itu tetap membatu tidak memandangnya.

End Flashback.

Rasa bersalah lah tu sebab tak ucap terima kasih tadi. Benaknya.

Farid tersenyum dan menghampiri wanita itu. Air mineral yang dia beli di kafe tadi di hulur kepada Ziana.

Ziana mengangkat kepalanya, untuk melihat gerangan yang menghulur air mineral kepadanya.

Senyuman Farid lemparkan apabila Ziana berbalas pandangan dengannya.

Ziana menegakkan tubuhnya dan berkata

"No, thanks. I tak dahaga.”

Nak berlagak lagi... Macamlah aku tak tahu kau dahaga. Getus Farid dalam hatinya.

"Rugilah." Katanya.  Seraya membuka botol air tersebut dan menogaknya di hadapan Ziana.

Ziana membuang pandangan ke arah lain.

You nak apa cari i?.” Soal Farid sambil menutup semula botol air di tangannya.

Excuse me?. Siapa cari you?.”

Farid menyepetkan matanya merenung Ziana.

“Habis tu you buat apa dekat sini?.” Soalnya.

“Suka hati i lah nak buat apa pun dekat sini. Ini bukan tempat you.” Ujar Ziana.

“Ya, memang ni bukan tempat i. Tapi ni kereta i.” Ujar Farid menekan remote kereta di tangannya.

Ziana segera menjarakkan diri dari kereta tersebut.

Farid tersenyum sinis.

Ziana segera berpaling hendak pergi. Namun langkahnya terhenti apabila mendengar Farid membuka pintu kereta. Dia menoleh semula ke arah Farid.

Excuse me Encik Farid.” Laungnya sedikit lantang.

Farid memandang ke arah Ziana.

“Macam mana you boleh dapat video tu?.” Soal Ziana.

“Video yang mana?.” Soal Farid menggaru telinganya.

Ziana menjulingkan matanya kesal. Baru sahaja dia mahu bercakap baik dengan lelaki itu. Farid buat bodoh dia pulak, berpura-pura tidak tahu.

“Video mana lagi?.  Tak kan i nak bercakap fasal benda yang i tak tahu.” Katanya.

Farid menutup semula pintu keretanya dan berdiri menghadap Ziana.

Ouh... Video intim you dengan Dato' Ghaffar tu?.”

Excuse me.” Ziana mencebik.

“Kenapa?. Salah ke apa i cakap?.”

“Intim apa bendanya?. Jelas jelas dalam video tu dia cuba perkosa i.”

Farid tersenyum senget. Dia berjalan menghampiri Ziana dan memerhati tubuh Ziana dari atas ke bawah.

Excuse me?. You tengok apa?.” Soal Ziana kesal.

Farid memandang wajah Ziana.

“Tak hairanlah kalau dia buat macam tu. Tengok je lah cara berpakaian you.  Mengundang.  Nasib baik you ni bukan taste i. Kalau tidak i pun buat benda yang sama dekat you.” Ujar Farid sinis.

Ziana tertawa sinis.

“Bukan taste konon. Kalau bagi free, you hadap juga kan!.”

Farid tersenyum mendengar jawapan berani Ziana.

"Boleh cuba. Itu pun kalau you sudi lah... Sebab i ni tak banyak pengalaman macam Dato' Ghaffar.” Balas Farid selamba.

"Jangan mimpi!.” Ujar Ziana mengetap bibir.

Farid tertawa kecil dan berkata

You ni buang masa i lah... Dah lah... I nak balik.” Seraya berpaling.

“Hey tunggu sekejap!.”

Farid terkedu mendengar Ziana memanggilnya begitu.

Hey kau panggil aku?. Getus hatinya.

“Okey macam ni. Tak kisahlah macam mana pun you dapat video tu. I tak nak tahu.  Dengar betul betul apa yang i nak cakap ni, sebab i tak akan ulang lagi.” Ujar Ziana.

Farid berpaling kembali menghadap Ziana.

Thanks for your helping. I really appreciate it." Gumam Ziana.

Farid merenung Ziana, namun tidak lama dia segera berpaling dan terus membuka pintu kereta, masuk ke dalam perut keretanya.

Ziana berdesis. Kurang ajar… Menyesalnya aku. Kau langsung tak bagi respon kan… Cebiknya di dalam hati.

Semakin lebar senyuman Farid apabila melihat wajah cemberut Ziana di luar kereta. Dia tahu wanita itu sakit hati.

“Orang sombong macam ni. Itu je cara nak ajar dia.” Gumamnya menghidupkan enjin kereta.

Ziana baru hendak berganjak dari hadapan keretanya. Dia menekan hon kereta dengan sengaja, mahu menyakitkan hati Ziana.

Ziana yang terkejut, melotot tajam ke arah Farid.

"I hope to not to see you again." Gumamnya sambil mengetap bibir, dia berjalan ke tepi.

Rasa menyesal, kerana mencari lelaki itu untuk mengucapkan Terima kasih. Lebih baik buat tak tahu je tadi. Benaknya.

_
FATIN Berkerut dahi apabila melihat Taufiq duduk di sebelah tempat duduknya.

“Taufiq.” Gumamnya.

Taufiq tersengih melambai tangannya kepada Fatin.

“Awak buat apa dekat sini?.” Soal Fatin melabuhkan punggungnya di kerusi.

“Saya duduk sini lah…”

“Awak tukar tempat duduk lagi?.”

“Demi awak.” Ujar Taufiq tersengih.

“Mengada.” Kata Fatin tersenyum.

Fatin melihat ke belakang untuk melihat Diana. Diana berpura-pura tidak melihatnya.
Tak kan lah Diana benar benar berkawan dengan aku semata-mata sebab Cik Ziana. Getus hatinya.

***

SETELAH Tamat waktu kelas. Fatin bangun dari tempatnya, menuju ke arah Diana.

“Diana.”

Hmm..” Sahut Diana tanpa memandang pun wajah Fatin.

“Awak marah saya ke?.” Tanya Fatin.

Diana mengangkat kepala memandang Fatin.

“Kau ada buat salah ke?.”

Fatin perlahan menggeleng kepalanya.

“Dah tu kenapa pula aku nak marah kau.” Soal Diana acuh tidak acuh.

Fatin tersenyum.

“Lega saya dengar. Kalau macam tu… Jom kita pergi minum.”

“Kau pergilah minum sendiri. Aku ada kerja ni.” Kata Diana sambil sibuk melihat bukunya.

“Kalau macam tu saya duduk sini lah… Teman awak buat kerja.” Kata Fatin menarik kerusi.

“Fatin!.” Diana melotot Fatin tajam.

Fatin berkerut dahi.

“Kau boleh tak jangan kacau aku?.  Aku nak duduk sendiri.” Ujar Diana.

Ouh… Okey.” Kata Fatin menolak kembali kerusi yang di tariknya.

TAUFIQ Mengetap bibir melihat cara Diana melayan Fatin. Apa masalah dia ni hah?. Sebelum ni aku tengok bukan main lagi dia mengendeng Fatin. Gerutu hatinya.

Melihat Fatin berjalan keluar dari kelas. Dia membuntuti gadis itu.

“Fatin.” Teriaknya.

Fatin menoleh ke belakang melihat Taufiq yang sedang berlari anak menghampirinya.

“Awak nak pergi mana?.” Tanya Taufiq sambil berjalan bersama Fatin.

“Kafe.” Jawab Fatin tersenyum.

“Tadi awak cakap apa dengan Diana?.”

Fatin memandang Taufiq dengan mata yang sengaja di kecilkan.

“Tak ada apa. Borak biasa je.”

Yalah tu… Awak jangan ingat saya tak nampak Fatin. Dia marah awak kan?.” Ujar Taufiq.

“Mana ada lah awak ni. Pandai-pandai je.” Nafi Fatin.

“Saya tahu dia tu tak ikhlas nak berkawan dengan awak.” Ujar Taufiq.

“Amboi awak ni punya mulut, mengalahkan perempuan.” Cebik Fatin.

“Betul lah saya cakap.” Kata Taufiq.

“Mana awak tahu dia tak ikhlas kawan dengan saya. Selama awak merajuk dengan saya. Dia okey je dengan saya.” Kata Fatin membela Diana.

Hmm… Saya kenal sangatlah dia tu. Adalah tu yang dia nak dari awak.” Ujar Taufiq bersungguh-sungguh.

Fatin tersenyum kelat memandang Taufiq. Sebenarnya dia juga merasakan yang sama tentang Diana. Namun dia tidak mahu memutuskannya. Dia mahu cuba memberi ruang pada Diana. Jika memang benar Diana tidak ikhlas berteman dengannya, apa laginyang dia boleh buat.

Saya harap awak ikhlas berkawan dengan saya macam mana Ayu, Taufiq. Getus hatinya.

Tiba di kafe. Mereka berdua mengambil tempat yang dekat dengan pintu.

“Awak nak minum apa?.” Tanya Taufiq.

“Apa-apa je lah…” Kata Fatin.

“Okey. Saya order untuk awak eah…”

Fatin mengangguk.

“Saya pergi ambik order jap.”  Kata Taufiq sebelum meninggalkan meja.

Seperti biasa Fatin akan menunggu seperti patung cendana tanpa berbuat apa-apa. Walaupun orang lain sibuk melihat skrin telefon, namun tidak dengannya. Yang sebenarnya dia tidak berapa pandai menggunakan benda itu.  Dia hanya menggunakan telefonnya untuk belajar dan berhubung semata-mata.

“Fatin.”

Lamunan Fatin mati, dia memandang wajah orang yang menyapanya.

“Jihah?.” Gumamnya.

Najihah melemparkan senyuman.

“Boleh saya duduk?.” Tanya Najihah.

Urm… Duduklah…”

Najihah menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya.

“Mana Diana?.”

Urm… Diana dekat kelas, sibuk katanya.” Ujar Fatin.

Mereka berbalas senyuman.

“Awak sorang je?.” Tanya Najihah lagi.

“Dia dengan saya.” Sampuk Taufiq tiba-tiba mencelah.

Membuntang mata Najihah.

Eh.. Sorry. Saya ganggu awak berdua ke?.” 

A bit.” Ujar Taufiq menunjukkan dengan isyarat jarinya.

Eh.. Tak adalah… Apa awak ni Taufiq.” Marah Fatin.

Taufiq tersengih.

“Saya bergurau je lah…” Katanya.

Najihah tersenyum. Lain betul dia lihat perwatakan Taufiq yang di hadapannya sekarang ini dengan Taufiq yang meminta nombor telefon Fatin kelmarin.

“Jihah. Saya sarankan lepas ni awak kena selalu habiskan masa dengan Fatin. Dia ni budak pandai tau… Mana tahu awak boleh jadi pandai macam dia.” Ujar Taufiq.

Ish… Awak ni kan Taufiq. Ada je benda awak nak kenakan saya.” Kata Fatin.

I’m speaking the fact.” Kata Taufiq.

“Ya, saya tahu. Siapa je tak nak kawan dengan Fatin.” Celah Najihah.

“Kan…” Tambah Taufiq.

“Korang pun pandai jugak…” Kata Fatin tersenyum.

“Fatin awak pergi mana?. Lama tak nampak?.” Soal Najihah menukar topik perbualan mereka.

"Saya"

"Dia pergi honeymoon dengan suami dia." Sampuk Taufiq sebelum sempat Fatin berkata apa-apa.

Hah?.” Gumam Najihah terkejut.

Fatin pula membuntang matanya memandang Taufiq. Macam mana dia boleh tahu?. Getus hatinya.

Tawa Taufiq meledak apabila melihat wajah Fatin dan Najihah.

"Gurau je lah.." Katanya.

Fatin menghela nafas lega. Ya, Allah… Dia ni kan… Macam nak gugur jantung aku dengar.

"Awak ni Taufiq. Terkejut saya, saya ingatkan betul tadi." Kata Najihah.

"Tu lah... Dia ni suka bergurau tak kena tempat." Sampuk Fatin.

Taufiq menayangkan giginya tanpa rasa bersalah. Selang berapa detik

"Hmm…Awak nak minum apa?. Saya orderkan untuk awak.” Kata Taufiq kepada Najihah.

Belum sempat Najihah menjawab

"Fatin belanja.” Tambah Taufiq.

Najihah memandang Fatin.

Ouh… Ye ke?.”

“Saya pun dia belanja juga. Biasalah... Kakak dia orang kaya." Kata Taufiq mengejek.

Fatin mengecilkan matanya memandang Taufiq. Semakin lama semakin kasar gurau Taufiq kepadanya. Haish… Dia ni… Aku takut terkeluar perangai aku dengan Ayu karang. Gerutu hatinya.

“Taufiq. Sejak bila awak jadi kuat sangat mengusik ni?.” Soalnya.

“Sejak awak sudi jadi kawan saya.” Jawab Taufiq menongkat dua tangannya bawah dagu sambil menatap Fatin.

Fatin menjulingkan mata kesal. Seraya memandang Najihah yang juga kelihatan janggal dengan sikap Taufiq.

“Jihah. Orderlah... Saya belanja.” Katanya.

“Tengok. Kan saya dah kata. Dia ni memang baik hati Jihah.” Kata Taufiq.

“Taufiq.” Fatin meninggikan suaranya sambil melotot tajam ke arah lelaki itu.

“Fatin.” Taufiq meniru gaya Fatin memanggil namanya kembali sambil melotot Fatin. Ternyata dia langsung tidak peduli dengan suara Fatin yang di tinggikan, dia bahkan menirunya pula.

Najihah tertawa. Entah mengapa gaya Taufiq berjaya mencuit hatinya.

Fatin berkerut dahi memandang Najihah.

“Awak gelak Jihah?.”

Najihah menutup mulutnya. Namun air mukanya masih belum dapat menyembunyikan tawanya.

Sorry Fatin. Saya tak niat nak gelakkan awak. Tapi Taufiq tu buat muka. Kelakar...”  Akui Najihah.

“Jihah… Janganlah gelak. Nanti dia lagi kacau saya.” Kata Fatin.

“Okey… okey..” Kata Najihah berhenti ketawa, namun masih lagi tersenyum cuba menahan tawanya.

"Jihah… Awak comel lah…” Taufiq beralih mengusik Najihah pulak.

Najihah yang sudah mahu berhenti ketawa. Tertawa lagi apabila Taufiq berkata demikian.
Taufiq turut ketawa bersama.

Fatin mahu tersenyum. Namun sedaya upaya dia tahan riak wajahnya.

"Cukuplah Taufiq. Saya penatlah gelak..." Kata Najihah.

Taufiq masih tidak berhenti ketawa. Fatin yang dari tadi menahan gelak, akhirnya tertawa juga bersama Taufiq dan Najihah.

Namun begitu tawa Fatin terhenti apabila melihat sosok Diana yang masuk ke dalam Kafe bersama dengan rakan sekelas mereka Salma.

Taufiq yang perasan akan perubahan air muka Fatin, menoleh ke belakang untuk melihat apa yang di lihat Fatin.
Apalah si Diana ni?, kalau ya pun kau dah tak nak berkawan dengan Fatin, tak payahlah nak tunjuk sangat. Benaknya.

“Jihah.” Taufiq menoleh ke arah Najihah

Najihah memandang Taufiq.

“Awak ada ig?.” Tanya Taufiq.

“Ada.” Najihah mengangguk.

“Bak username awak. Saya nak follow.” Ujar Taufiq membuka telefonnya.

Najihah turut membuka telefonnya untuk melihat.
Tidak lama kemudian.

“Dah, saya dah follow ig awak.” Ujarnya meletakkan telefonnya.

“Saya dah followback.” Jawab Najihah turut tersenyum.

Fatin yang tidak mengerti tentang apa yang di bicarakan oleh Taufiq dan Najihah hanya diam memerhati.

“Awak follow ig Fatin?.” Tanya Najihah.

Taufiq memandang Fatin yang juga sedang memandangnya. Seraya tertawa kecil dan berkata

“Fatin ada ig?.”

Najihah mengangguk laju.

“Awak ni buat kelakarlah Jihah. Si Fatin ni pernah berfikir tak nak pakai phone tau. Dia pakai phone sekarang ni pun untuk belajar semata-mata. Awak boleh tanya fasal ig pulak dekat dia. Jangan-jangan ig pun tak tahu.” Ujar Taufiq.

Fatin tersenyum kelat mendengar Taufiq mengatanya. Boleh tahan juga mulut si Taufiq ni. Silap orang boleh terasa hati, mujur Fatin sejenis yang tidak mudah mengambil hati kerana Ayuni lebih kasar lagi guraunya.

“Betul ke Fatin?.” Soal Najihah memandang Fatin.

“Penting ke?.” Soal Fatin.

“Nak kata penting tu, tak adalah. Tapi buat bosan bosan bolehlah… Dekat situ awak boleh tengok gambar kawan-kawan, lepas tu kalau awak nak cari kawan awak dari zaman sekolah ke, boleh jugak…” Ujar Najihah.

Fatin berkerut dahi. Dia terus teringat tentang Ayuni.

“Boleh ke?.” Tanya dia.

“Boleh. Kalau dia ada ig.” Ujar Najihah.

“Boleh lah cuba. Awak tolong buatkan saya.” Ujar Fatin mengeluarkan telefonnya menghulur kepada Najihah.

“Sini.”

Najihah mengambil telefon Fatin. Fatin pula merapatkan kepalanya dengan Najihah untuk melihat sama.

“Sebelum tu awak nak minum apa Jihah?. Saya pergi order.” Tanya Taufiq.

Najihah memandang Taufiq.

“Tak menyusahkan awak ke?.”

“Baik awak buat keputusan sekarang nak order apa sebelum saya berubah fikiran." Kata Taufiq.

Najihah tersenyum.

“Milo ais...” Kata Najihah tersenyum.

Taufiq menunjukkan simbol 'okey' dengan tangannya. Seraya bangun dari kerusi. Dia berlalu melepasi Diana juga, dia perasan Diana yang sedang memerhati Fatin dan Najihah dari jauh.

Hah… Mulalah tu nak sakit hati bila orang tak hirau pun dekat dia. Padan muka!. Diri sendiri yang berlagak. Kau ingat kau sorang je boleh cari kawan lain. Benaknya.

TBC.

PS:

* My Broken English (Please DM Me)

* Susun Atur Ayat & Bahasa (Please DM Me)

_______________________________________
Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro