Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 13: Kisah Lalu.

KELUAR Dari tandas. Dia tersenyum kelat melihat Diana sudah tiada. Sudah dia menduganya. Malas mahu berfikir panjang. Dia berjalan menuju ke sinki untuk mencuci wajahnya.

"Do you miss me?."

Dia berkerut dahi mendengarnya dan cepat mengangkat kepalanya melihat cermin. Membulat serta merta matanya melihat sosok yang menegurnya itu.

"Riana." Gumamnya berpaling ke belakang.

Riana tersenyum sinis dan menapak mahu menghampirinya. Tidak mahu memberi peluang Riana untuk mendekatinya. Dia bergegas melangkah keluar dari tandas.

Fatin melepaskan keluhan berat apabila teringatkan apa yang terjadi di universiti kelmarin.

Apa dia buat dekat sana?.

Dia meraup wajahnya dengan kedua tangan.

"Ya, Allah... Tolonglah jangan bagitahu aku yang dia belajar dekat sana jugak." Gumam bibirnya.

Kalau betul dia belajar dekat sana?. Macam mana dengan aku?. Benaknya.

Dia menggeleng kepalanya cuba membuang pemikiran tersebut dari kepalanya

Sudahlah Fatin. Kau tak patut fikir semua ni. Getus hatinya.

Dia memalingkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan cuba untuk melelapkan matanya. Namun dia merasa segar dan langsung tidak dapat melelapkan matanya. Dia akhirnya bangun dari pembaringannya. Seraya memandang ke arah suaminya yang sudah lena di atas sofa. Entah bila lelaki itu habis bergayut di talian, dia pun tidak sedar.

Dia mengensot turun dari katil dan terus ke tandas. Selesai membuang air, dia menuju ke sinki untuk mencuci tangan. Saat dia mengangkat kepala melihat cermin. Wajah Riana muncul di kaca cermin. Dia terkejut dan hampir jatuh, namun tangannya memaut kuat para sinki.

"Tunggu aku Fatin." Suara Riana berbisik di telinganya. Membulat matanya, dahinya disimbah peluh. Lututnya lemah, dia terduduk di atas lantai saat tangannya melepas para sinki

Kenapa aku macam ni?. Aku tak pernah rasa takut dengan Riana sampai macam ni. Benaknya.

FATIN Memapah dinding berjalan keluar dari tandas. Dadanya masih terasa sesak. Langkahnya di atur menuju ke arah katil dan perlahan melabuhkan punggungnya.

Setelah berapa detik berlalu. Dia kembali merasa tenang dan saat dia berpaling hendak berbaring, dia ternampak Azmi yang sedang tidur berpeluk tubuh di atas sofa. Senyuman dia ukir tanpa sedar. Dia mengambil comforter yang dia guna dan pergi menyelimutkan lelaki itu.

_
DIA Berjalan pulang dari sekolah bersama dengan Fariz Abang ketiganya. Saat mereka tiba dirumah. Dia melihat Fahmi, Abang sulungnya sedang menghisap rokok disisi sebuah kereta Proton Saga berwarna biru gelap, yang dia sendiri pun tidak tahu kepunyaan siapa. Kerana keluarganya memang tidak memiliki kereta.

"Kereta siapa ni?." Tanya dia saat menghampiri Fahmi.

"Kereta kawan Abang. Abang sewa untuk sehari." Kata Fahmi.

Dia sekadar mengangguk, seraya berpaling mahu masuk. Namun melihat Farid Abang keduanya keluar dari rumah dengan membawa beg pakaian. Dia tidak jadi untuk masuk.

"Abang Farid nak pergi mana?." Tanya dia.

Farid membiarkan soalannya tanpa jawapan. Abang keduanya itu terus berjalan menuju ke bonet kereta dan memasukkan beg tersebut kedalam bonet kereta.

"Adik pergi naik atas, tukar baju. Lepastu turun, masuk kereta." Ujar Fahmi memberi arahan kepadanya.

Dia memandang Fahmi.

"Kita nak pergi mana?." Tanya dia.

Farid kembali di sisinya dan memeluk bahunya.

"Kita nak pergi jalan-jalan." Kata Farid.

Dia tersenyum mendengarnya dan tanpa bertanya lagi. Dia bergegas naik ke atas rumahnya bersiap. Dia merasa sangat teruja kerana ini kali pertama dia hendak keluar berjalan dengan Abang-abangnya.

Di awal perjalanan mereka. Dia tidak berhenti berbicara sambil melihat pemandangan di luar tingkap. Abangnya juga membelikan jajan untuknya.

Tidak tahu bila, dia terlelap dan saat terjaga dari tidurnya. Kereta sedang berhenti dan abang-abangnya tiada didalam kereta. Dia bingkas duduk dan melihat keluar cermin kereta. Dia merasa lega dan kembali bersandar apabila melihat abang-abangnya berada di luar sedang berbicara dengan seorang wanita yang tidak dikenalinya.

'Rumah Kebajikan. Rumah Anak-Anak Jamil'

Dia cepat menegakkan tubuhnya saat membaca sepanduk dekat pagar. Walaupun dia budak berusia 12 tahun. Namun dia bukanlah bodoh untuk berfikir.

"Adik."

Dia terkejut apabila melihat wajah Fariz abang ketiganya terpacul tiba-tiba. Air matanya sudah bergenang. Dia memandang abangnya itu sayu.

"Kita buat apa dekat sini Abang Fariz?." Soalnya ketakutan.

Belum sempat Fariz menjawab. Fahmi abang sulungnya datang membuka pintu kereta tempat duduk pemandu.

"Adik. Turun." Ujar Fahmi, dengan separuh badannya dimasukkan.

Dia menjeling Fariz, seraya bersandar kembali.

"Adik tak nak!." Katanya.

"Adik ni kenapa?. Dah sampai tak nak turun pulak." Kata Fahmi bernada serius.

"Adik tahu. Abang Fahmi nak tinggalkan adik dekat sinikan?. Adik tak nak tinggal sini!." Ujarnya berkeras.

Fahmi dan Fariz berpandangan antara satu sama lain. Fahmi keluar dan menutup pintu kereta tempat pemandu dan beralih kepintu ditempat Fariz berdiri sementara Fariz ke belakang memberi jalan kepada abang sulung mereka.

"Turun sekarang!." Fahmi bersuara tegas sambil berusaha menarik tangannya.

"Adik tak nak!." Teriaknya, mulai menangis. Tangan Fahmi yang memegang tangannya dipukul kuat.

"Adik!." Tengking Fahmi, membuatkannya terdiam. Wajah Fahmi dia pandang sayu.

"Jangan degil boleh tak?. Ini demi kebaikan Adik jugak..." Tutur Fahmi lebih lembut kepadanya.

Air matanya bercucuran jatuh.

"Adik tak nak tinggal sini... Adik takut... " Gumamnya.

Fahmi masuk kedalam kereta dan memeluknya.

"Jangan takut. Orang dekat sini semua baik-baik. Mereka akan jaga adik. Ayah dah tak ada. Abang tak boleh nak jaga Adik." Tutur Fahmi lembut sambil mengusap belakangnya.

Dia melepaskan diri dari pelukan abang sulungnya dan membuka pintu kereta, keluar dari kereta. Apa yang ada di fikirannya ketika itu hanya satu... Dia mahu melarikan diri.

"Adik!." Teriak Fahmi terkejut dengan tindakannya.

Namun usahanya untuk melarikan diri gagal apabila Farid abang keduanya menarik dan memeluknya dari belakang. Dia mati akal. Seraya menangis sambil meraung.

"Adik tak nak tinggal sini... Tolonglah Abang... Jangan tinggalkan adik dekat sini.." Teriaknya sambil menangis didalam dakapan Farid.

"Adik jangan macam ni Adik..." Gumam Farid ditelinganya.

"Farid. Bawa dia!." Ujar Fahmi.

Air matanya mengalir deras. 7 tahun telah berlalu. Dia sudah lama melupakan tiga lelaki yang dibencinya itu. Tetapi mengapa hari ini wajah wajah itu bermain kembali di fikirannya.

"Adik benci Abang Fahmi.. Abang Farid... Abang Fariz... Adik benci!. Kalau bukan sebab abang. Adik tak akan lalui semua benda ni.. Kalau abang tak hantar adik dekat situ. Adik tak akan jumpa Riana dan adik tak akan berkahwin dengan sembarangan orang macam apa yang terjadi sekarang ni." Gumamnya mengalirkan air mata.

"Fatin."

Tangannya pantas menyeka air mata di pipinya saat melihat Azmi yang tiba-tiba muncul. Seraya berpaling dan mahu berlalu melepasi Azmi. Namun Azmi menghalang jalannya.

"Kau kenapa ni?." Soal Azmi memandangnya.

Fatin mendongak memandang suaminya itu.

"Tak ada apa." Jawabnya mengukir senyuman.

"Jangan tipu aku. Aku nampak air mata kau." Ujar Azmi.

Fatin mengeluh kecil. Seraya menunduk ke bawah.

Azmi meraih kedua bahu isterinya.

"Fatin. Tengok aku." Ujarnya.

Fatin kembali mendongak memandang suaminya.

"Kau ada masalah ke?." Soal Azmi.

Fatin menggeleng perlahan kepalanya.

"Kakak aku buat apa kali ni?." Soal Azmi lagi.

"Cik Ziana tak ada buat apa-apa pun dekat saya." Jawab Fatin menunduk.

"Habis tu?. Kau menangis kenapa?." Soal Azmi mendesak.

Fatin melepaskan bahunya dari tangan Azmi dan melangkah hendak pergi. Namun Azmi menghalang jalannya.

"Kan aku dah cakap kau boleh percayakan aku. Kalau kau ada masalah. Cakap dengan aku. Jangan simpan sendiri. Aku kawan kau." Tutur Azmi.

Fatin mengangkat kembali pandangannya, memandang wajah suaminya.

"Tak semua benda kita boleh kongsi dengan kawan Encik Azmi. Lagi punsaya tak pernah setuju nak jadi kawan Encik Azmi." Fatin menghela nafas panjang. Seraya berkata lagi

"Bila cukup sebulan nanti. Kita akan bercerai dan akan bawa haluan masing-masing. Jadi kalau boleh sekarang ni. Saya nak tutup mulut saya. Saya tak nak orang luar tahu masalah saya lagi.. Apa yang dah terungkap, biarlah berlalu... Tapi apa yang masih tersimpan. Saya nak simpan selamanya. Saya harap Encik Azmi faham." Sebaik berkata demikian, dia melangkah mahu masuk, namun di halang lagi oleh Azmi.

Langkahnya dihentikan tetapi tidak memandang pun wajah sang suami.

"Tapi aku nak berkawan dengan kau.. Baik sekarang ataupun selepas kita berpisah nanti." Gumam Azmi.

Fatin berkerut dahi. Dia mendongak memandang wajah suaminya itu.

"Macam mana aku nak cakap dengan kau eah?. Aku sebenarnya dah mula rasa selesa dengan kau." Tutur Azmi.

Fatin membisu.

Azmi melepaskan keluhan kecil. Seraya memegang kedua sisi bahu Fatin dan memandang tunak ke dalam sepasang mata milik isterinya itu.

"Aku tahu kau masih lagi rasa tak selesa dengan aku dan aku faham keadaan kau. Tapi tolonglah bagi aku peluang untuk perasaan aku ni. Aku tak pernah rasa macam ni. Aku tak pernah mudah rasa selesa dengan orang lain, macam mana aku mudah nak rasa selesa dengan kau. Aku tak pernah rasa nak lindung orang lain, macam mana aku rasa nak lindung kau sekarang." Tuturnya lagi.

Fatin cuba menolak tangan Azmi dari bahunya. Namun Azmi menguatkan pegangannya pada bahu Fatin.

"Tolong pertimbangkan apa yang aku cakap. Aku tak sedia nak hilang kau. Tolong bagi aku peluang untuk lindung dan jaga kau.... Sebagai seorang Abang."

Fatin berdecit kecil apabila mendengar perkataan 'Abang' yang keluar dari mulut suaminya itu. Dia memaksa diri melepaskan bahunya dari genggaman suaminya itu. Seraya mendongak, memandang tajam wajah suaminya itu.

"Saya rasa Encik Azmi dah tahu yang saya tak berminat nak ada Abang atau kakak." Ujar Fatin keras nadanya.

Pandangan mata Azmi kepada Fatin berubah tajam. Sakit hatinya apabila Fatin berkeras begitu.

"Angkuhnya kau ni?!." Ujarnya kasar.

Fatin membalas tatapan tajam dari Azmi sebentar sebelum kembali menunduk.

"Saya minta maaf kalau kata-kata saya buatkan Encik Azmi terasa." Gumamnya.

"Memang aku terasa!. Aku bersungguh-sungguh nak lindung kau. Tapi kau langsung tak hargai." Ujar Azmi tegas nadanya.

"Saya minta maaf sekali lagi. Encik Azmi tak tahu apa yang saya rasa sebab Encik Azmi tak ada dekat tempat saya." Tutur Fatin mulai sebak.

"Jadi bawa aku dekat tempat kau!." Ujar Azmi meninggikan suaranya.

Fatin membuang pandangannya ke arah lain, sedaya upaya cuba menahan air matanya dari keluar.

"Kau baru 19 tahun! Apa yang kau lalui dalam hidup tak setanding dengan apa yang aku lalui!. Hampir di rogol!. Kena paksa kahwin dengan dengan orang kau tak kenal!. Kena kawal dengan orang yang kau tak anggap keluarga!. Itu perkara kecil yang kau tak perlu anggap masalah pun!." Ujar Azmi dengan ton suara tinggi.

Fatin memejam kedua matanya dan saat itu air mata mengalir keluar membasahi pipinya. Dia tidak sanggup lagi mendengarnya, seraya terduduk di hadapan kaki Azmi dan menekup kedua belah telinganya dengan tangan.

"Cukuplah Encik Azmi..." Gumamnya.

Azmi terdiam melihat Fatin begitu. Dadanya turun naik mengatur nafas. Rasa bersalah menyelubunginya saat melihat Fatin demikian. Dia segera mencangkung di hadapan Fatin dan memeluk tubuh gadis itu.

"Aku minta maaf." Gumamnya.

Isakan Fatin semakin keras apabila dipeluk Azmi.

Azmi duduk di lantai dan membawa kepala gadis itu ke dalam dakapannya. Sambil tangannya mengusap belakang gadis itu memujuk.

Lama berkeadaan demikian. Azmi tersengguk saat matanya terpejam dikuasai mengantuk. Dia menggeleng perlahan kepalanya, seraya memandang wajah Fatin. Rupanya Fatin sudah lena didalam dakapannya.

"Fatin." Panggilnya lembut sambil mengusap bahu gadis itu.

Fatin hanya berkerut dahi tanpa membuka pun mata. Azmi tersenyum nipis.

Kau sebenarnya perlukan aku. Kau cuma takut nak sambut tangan aku sebab kau tak percayakan aku. Gumamnya didalam hati.

_
AZMI Terjaga dari tidur saat merasakan sesuatu bergerak di tangannya. Matanya terkebil-kebil melihat Fatin yang sedang tidur di atas lengannya.

Flashback.

Setelah meletakkan kepala Fatin diatas bantal. Fatin tiba-tiba memegang lengannya.

"Adik tak nak tinggal sini... Tolonglah Abang..."

Dia berkerut dahi melihat Fatin meracau begitu.

End Flashback.

"Abang." Gumamnya perlahan sambil menatap wajah Fatin.

Tiba-tiba Fatin membuka mata, terkebil-kebil memandangnya. Dia mengukir senyuman nipis kepada gadis itu.

Fatin berkerut dahi dan bingkas duduk.

"Macam mana Encik Azmi boleh tidur sini?." Gumamnya memandang Azmi.

Azmi menegakkan tubuhnya dan bersandar dekat kepala katil.

"Lupa lah tu." Kata Azmi.

Fatin menunduk. Dia baru teringat apa yang terjadi semalam. Ya, Allah... Malunya... Mana aku dapat keberanian macam semalam tu. Getus hatinya. Dia menoleh kearah Azmi.

"Mengata aku lah tu." Ujar Azmi mengusik.

"Mana ada." Gumamnya membalas

"Habis tu?."

Fatin menoleh ke arah Azmi.

Azmi mengangkat sebelah kening memandangnya.

"Tak ada apalah... Saya masuk tandas dulu." Gumam Fatin. Seraya mengensot turun dari katil.

Azmi hanya diam memerhati. Segaris senyuman menghiasi bibirnya.

***

KELUAR Dari bilik air. Azmi melihat Fatin sudah siap menyarung telekung dan berdiri mahu menunaikan solat.

"Fatin." Panggilnya sebelum gadis itu mengangkat takbir.

Fatin menoleh kearah suaminya itu. Keningnya di angkat penasaran.

Azmi berdecit. Dia menghampiri Fatin dan mengambil sejadah yang sudah dibentang Fatin, lalu dibentangnya sedikit ke hadapan. Fatin berkerut dahi melihatnya. Azmi tersenyum. Seraya mengambil saru lagi sejadah dan dihampar dekat belakang.

"Tunggu aku. Aku tukar kain jap." Ujar Azmi kepada Fatin.

Fatin diam. Perlahan bibirnya menguntum senyuman apabila Azmi sudah berpaling darinya.

_
SELESAI Solat dan berdoa. Azmi berpaling kearahnya. Dia diam kaku sambil menggumam dalam hati

Nak kena salam ke?.

"Kau tak nak salam aku ke?." Soal Azmi.

Dia terkedu dan bergegas menghampiri Azmi dan mengambil tangan suaminya itu. Sebaik mencium tangan Azmi, dia mengangkat kepalanya dan mahu menarik tangannya.
Namun Azmi memegang tangannya. Dia memandang wajah Azmi penasaran

Azmi tersenyum kepadanya sebelum meraih satu lagi tangannya.

"Aku nak minta maaf pasal semalam." Gumam Azmi memandang surup matanya

Aduh... Kenapalah... Nak kena mention lagi fasal semalam. Getus hatinya sambil kepalanya menunduk cuba menyembunyikan wajahnya.

"Aku tak sepatutnya marah kau macam semalam tu." Tutur Azmi lagi

Dia kembali mengangkat kepalanya membalas sebentar tatapan sang suami, sebelum kembali memandang ke bawah

"Saya yang sepatutnya minta maaf dekat Encik Azmi. Sebab saya kasar dengan Encik Azmi semalam. Encik Azmi tak salah pun..." Gumamnya perlahan cukup untuk dia dan Azmi mendengarnya.

"Tak. Kau jangan cakap macam tu. Aku memang salah. Apa yang kau cakap tu betul. Aku tak sepatutnya masuk campur masalah kau. Aku yang salah." Ujar Azmi tidak melepaskan tangannya.

Dia membisu dan hanya menunduk. Tidak tahu harus berkata apa lagi.

"Tapi Fatin. Aku betul-betul maksudkan apa yang aku cakap semalam."

Dia memandang wajah suaminya itu, meminta penjelasan. Giliran Azmi melarikan pandangan darinya.

"Aku nak lindung kau. Lepas kita berpisah nanti, aku tetap nak kita berjumpa."

"Tapi kenapa?." Soalnya.

"Sebab aku tak sedia nak hilang kau." Ujar Azmi setelah diam seketika.

Dia terkedu mendengarnya.

Azmi kembali menunduk. Namun tetap menggenggam kemas tangannya.

"Tak apalah kalau kau tak berminat nak jadi adik aku. Tapi kau sudi kan jadi kawan aku?." Tutur Azmi.

Dia melepaskan keluhan kecil.

"Tapi"

"Fatin tolong bagi aku peluang." Ujar Azmi memotong bicaranya.

"Okey. Tapi sebelum tu saya nak tanya Encik Azmi." Katanya.

"Okey. Apa dia?."

"Sebenarnya Encik Azmi tak sedia nak hilang saya atau Encik Azmi nak lindung saya?." Soalnya.

"Dua dua." Jawab Azmi lancar.

"Tapi"

"Tapi apa lagi?." Seloroh Azmi.

Dia terdiam memandang Azmi.

"Fatin... Aku tahu kau tak yakin dengan aku. Tapi kau tolonglah faham perasaan aku. Bagi aku peluang untuk buktikan dekat kau yang aku betul-betul ikhlas nak berkawan dengan kau." Tutur Azmi lagi.

Dia membisu.

"Fatin." Seru Azmi lagi.

Dia memandang wajah suaminya itu.

"Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?." Soal Azmi.

Dia menunduk dan mengangguk perlahan.

"Jadi apa keputusan kau?." Tanya Azmi.

Dia kembali memandang eajah lelaki di hadapannya itu.

"Macam mana pulak dengan perasaan saya?." Soalnya.

Azmi berkerut dahi.

"Maksud kau?."

"Encik Azmi minta saya faham perasaan Encik Azmi. Habis tu perasaan saya macam mana?."

"Apa perasaan kau?." Tanya Azmi.

"Macam mana kalau perasaan saya untuk Encik Azmi lebih dari perasaan seorang kawan?." Soalnya lagi

"Fatin!."

Lamunannya mati apabila Azmi melaung, memanggil namanya. Dia memandang kearah Azmi yang sedang memegang burung kakak tua di tangan.

AZMI Berjalan mengahampiri Fatin dengan membawa burung kakak tua bersamanya.

"Termenung jauh nampak. Kau fikir apa?." Soal Azmi.

Fatin tersenyum kelat sambil menggeleng perlahan kepalanya. Matanya memandang kearah burung kakak tua ditangan suaminya yang lebih menarik perhatiannya sekarang ini.

Azmi tersenyum melihatnya.

"Kau nak pegang?." Tanya Azmi.

"Boleh ke?." Tanya Fatin memandang Azmi.

"Kenapa pulak tak boleh?. Aku boleh." Ujar Azmi.

Fatin tersenyum dan menghulur tangannya.

"Tunggu sekejap." Azmi berpaling ke belakang.

"Encik." Laungnya memanggil penjaga burung di situ.

Penjaga taman burung itu menghampiri Azmi dan Fatin.

"Ya, Bang. Ada apa boleh saya bantu?." Tanya penjaga taman itu.

"Dia nak pegang burung ni. Boleh tolong pindahkan?." Pinta Azmi.

"Boleh." Jawab penjaga itu tersenyum ramah

Fatin tersenyum sambil menarik tali beg sandangnya berkali-kali untuk menyelesakan.

Melihatnya. Azmi menghulur tangannya kepada Fatin.

"Meh! sini aku pegangkan beg kau." Katanya menawarkan diri membantu.

Fatin memandang Azmi. Azmi mengangguk kepala meyakini isterinya itu. Tidak menunggu lama.
Fatin membuka beg sandangnya dan menghulur kepada suaminya itu.

"Terima kasih." Gumamnya.

Azmi tersenyum sambil menggalas beg tangan Fatin dibahunya.

Seketika burung kakak tua yang tadi ditangan Azmi sudah pun berpindah ke tangan Fatin.

Azmi mengukir senyuman melihat Fatin yang kelihatan teruja dapat memegang burung kakak tua itu. Perlahan dia mengeluarkan telefonnya dan membuka kamera, menghala ke arah Fatin.

"Fatin." Laungnya agar Fatin melihat kearahnya.

Saat sepasang mata milik Fatin melihat ke kamera. Jarinya menekan ikon tangkap berkali-kali.

Fatin tidak fokus apabila burung kakak tua di tangannya berbunyi. Dia kembali memandang burung tersebut.

Azmi tersenyum sambil terus mengambil gambar Fatin. Sedang dia asyik membelek foto yang baru dia ambil. Tiba-tiba satu lagi telefonnya yang dia khaskan untuk Lyana berdering di dalam poket seluarnya.

Dia memandang sekilas kearah Fatin yang sedang leka, seraya pergi dari situ meninggalkan Fatin untuk pergi menjawab panggilan.

FATIN Mengangkat kepalanya dan saat itu dia menyedari yang suaminya tiada di hadapannya. Dia melihat ke setiap pelusuk yang ada, namun tidak ditemukan suaminya.

"Encik Azmi." Bergetar suaranya.

Dia melihat ke arah penjaga yang tidak jauh di hadapannya.

"Encik." Panggilnya.

Penjaga itu menghampirinya.

"Ya, kak. Ada apa boleh saya bantu?-"

Fatin menghulur tangannya meminta penjaga itu mengambil burung tersebut dari tangannya.

"Encik nampak lelaki dengan saya tadi?." Tanya dia.

"Minta maaf kak. Tak perasan pulak saya." Tutur lelaki itu.

Bagaikan dejavu. Fatin terkebil-kebil melihat sekelilingnya mencari sosok suaminya.

"Ada apa-apa lagi saya boleh bantu kak?." Tanya Penjaga itu.

Fatin menggeleng kepalanya tersenyum. Sebaik penjaga itu pergi, dia mencari beg sandangnya dan dia baru teringat beg sandangnya tadi dia berikan kepada suaminya.

Fatin mengatup rapat matanya sambil tangannya mengurut dadanya.

"Tenang Fatin... Dia tak kan tinggalkan kau." Gumamnya sambil mengingati ucapan suaminya pagi tadi.

Aku nak lindung kau. Lepas kita berpisah nanti, aku tetap nak kita berjumpa.

Sebab aku tak sedia nak hilang kau.

Tapi mesti ada sebab kenapa dia tiba-tiba cakap macam tu. Getus hatinya.

Flashback.

"Adik pergi naik atas, tukar baju. Lepastu turun, masuk kereta." Ujar Fahmi memberi arahan kepadanya.

"Kita nak pergi mana?." Tanya dia memandang Fahmi.

"Kita nak pergi jalan-jalan." Kata Farid memeluk bahunya

End Flashback.

Air matanya bergenang dan tubuhnya menggigil tiba-tiba. Keadaan sekelilingnya juga terasa lain. Dia sendiri tidak perasan bila dia melangkah sehingga tiba di situ.

"Jangan tinggalkan adik!! Tolonglah... Adik tak nak tinggal sini!." Gumamnya bercucuran air mata.

Dia bercangkung di situ sambil menarik kepalanya kebawah dengan kedua tangannya rapat ke telinga.

"Abang!..." Teriaknya keras melihat kereta itu pergi meninggalkannya.

Bayangan tujuh tahun dahulu terus bermain di ingatannya. Rasa takutnya ketika itu kembali menguasai dirinya.

Tiba-tiba.

"Fatin!!."

Dia pantas mengangkat kepalanya apabila mendengar suara suaminya dan saat melihat sosok Azmi, dia bingkas berdiri sambil menyeka air mata dipipinya dengan belakang tangan.

Azmi melulu ke arahnya. Pandangan lelaki itu tajam merenungnya. Dia terkejut apabila lelaki itu menarik kasar pergelangan tangannya.

"Kau ni memang tak habis-habis nak menyusahkan aku kan!. Kau pergi mana?!. Kau tahu tak?!. Aku ni macam orang gila cari engkau!. Kau tak boleh ke duduk diam-diam je?!." Herdik Azmi.

Terhenjut bahunya dan air matanya kembali bergenang. Dia segera menunduk, takut mahu membalas renungan tajam lelaki itu.

"Saya minta maaf. Saya cuma"

Belum habis dia mahu mengotakan alasan.

"Dahlah!. Kau tak payah nak bagi alasan!. Kita balik sekarang!." Tegas Azmi sambil menarik tangannya pergi dari situ.

_
SETELAH Menghabiskan minuman didalam gelas. Dia memandang kearah Lyana yang sedang duduk dihadapannya.

"Puas hati?." Soalnya.

Belum sempat Lyana menjawab. Dia memintasnya dengan menarik tangan Lyana turun dari kerusi.

"Dah jom!."

Ketika mereka sudah sampai di hadapan pintu hendak keluar. Dia tiba-tiba diserang rasa sakit kepala. Dia bertindak spontan dengan melepaskan tangan Lyana dan memegang kepalanya sendiri.

"Baby! You okey?. You kenapa ni?." Lyana memegang bahunya.

Dia mengangkat kepalanya untuk melihat wajah Lyana. Namun pandangannya agak kabur ketika itu.

"I tak tahu kenapa. Kepala i tiba-tiba rasa sakit sangat." Adunya.

"Tak apalah kalau macam tu. Kita tak payah pergi... You rehatlah... I bawa you masuk bilik you..." Tutur Lyana sambil memegang bahunya.

"It's ok. I boleh masuk bilik sendiri. You baliklah dulu." Ujarnya

"You boleh buat sendiri? Are you sure?." Soal Lyana.

Dia mengangguk kepalanya memandang Lyana.

Lyana pun melepaskan bahunya. Namun seketika itu dia jatuh, mujur Lyana sempat menahannya kalau tidak sudah pasti dia mencium lantai.

"Baby... You tak okey ni. Jomlah... I bawakan masuk bilik." Ujar Lyana kembali memegang lengan dan bahunya.

Dia tidak menolak lagi, sebaliknya mengikut sahaja Lyana sehingga ke biliknya. Dan setelah membaringkannya di atas katil. Lyana berkata kepadanya.

"You tunggu sini. I ambilkan panadol."

Dia diam sahaja memandang Lyana. Tidak mengangguk ataupun menggeleng. Lyana keluar dari biliknya.
Tidak lama kemudian wanita itu kembali dengan membawa segelas air putih dan panadol. Lalu di letakkan diatas meja di sisi katil.

"Sini. Makan panadol dulu." Kata Lyana melabuhkan punggung di sisinya.

Kepalanya sudah kurang rasa sakit. Tetapi sekarang ada masalah lain pula. Dia merasa tergoda melihat Lyana. Matanya sesekali mengerling kearah belahan dada wanita itu. Dia memalingkan wajahnya kearah lain cuba menepis perasaannya.
Namun Lyana tiba-tiba menarik kembali wajahnya agar memandang Lyana.

"You ni kenapa?. Makan ubat sini." Ujar Lyana cuba membantunya untuk bangun.

Wangian dari tubuh Lyana yang tiba-tiba kuat menusuk hidungnya itu membuatkan dia hilang pertimbangan, lalu menarik Lyana sehingga wanita itu terbaring di atasnya.

"Baby... Apa ni?." Rengek Lyana.

Dia memandang wajah Lyana. Dari reaksi wajah yang ditunjukkan. Dia tidak nampak Lyana marah atas tindakannya. Apatah lagi mencuba untuk bangun. Dia jadi semakin berani.

"Sayang... Kenapa you wangi sangat malam ni?." Soalnya sensual sambil memeluk erat pinggang wanita itu.

"You cakap apa ni?. You kata you sakit kan?." Kata Lyana cuba menolaknya namun tidak kelihatan bersungguh.

Dia suka melihat Lyana begitu. Bibirnya mengherot ke tepi, seraya menyentuh bibir Lyana lembut dengan jarinya dan perlahan mebelainya. Lyana kelihatan memejam rapat mata seperti menikmati sentuhannya.
Dia jadi semakin berani. Seraya menarik kepala Lyana dan mengucup bibir wanita itu. Lyana tidak menolak, bahkan Lyana membalas ciumannya. Respon Lyana benar-benar menaikkan syahwatnya.
Dengan beberapa gerakan dia menukar posisi mereka. Kini dia berada di atas tubuh Lyana. Lyana tersenyum sambil memaut lengan pada lehernya.

"I want you baby.." Gumam Lyana sedikit berbisik.

"You tak menyesal?." Soalnya dengan mata bersinar-sinar.

"I takut kalau you yang menyesal." Kata Lyana.

Dia tersenyum herot.

"I tak akan menyesal." Katanya. Seraya kembali memagut bibir Lyana.

Azmi meraup wajahnya dengan tangan apabila teringatkan peristiwa malam itu.

Kalaulah aku tak sakit kepala malam tu. Aku tak akan sampai sejauh ni. Aku tak akan sampai ke tahap ni. Malam tu sepatutnya jadi malam terakhir kami. Tapi aku bodoh, aku khayal dalam dosa.

Flashback.

Dia melirik kearah Fatin untuk melihat apakah gadis itu perasan telefonnya berbunyi. Namun Fatin tidak pun melihatnya, gadis itu leka dengan burung kakak tua. Perlahan dia berjalan mengundur dan pergi untuk menjawab telefon.

"Hello sayang." Dia menyapa terlebih dahulu sebaik menjawab panggilan telefon Lyana.

"Baby kenapa you lambat?." Rengek Lyana di dalam talian.

"Sorry sayang. I dekat tandas tadi. Ada apa you call ni?. Rindu i ke?." Soalnya tersenyum.

"Rindu tu nombor dua baby. Ada benda yang lagi penting i nak bagitahu you ni." Kata Lyana.

"Apa yang penting sangat tu?." Soalnya berkerut dahi.

"Ini fasal project dekat Milan tu. Manager i baru bagitahu tadi yang i dapat project tu." Ujar Lyana.

"Wow... Tahniah baby. I'm so proud of you. Tak sabar nak tunggu you balik isnin depan. Banyak benda kita nak kena celebrate ni nampaknya." Ujarnya teruja.

"Baby listen... Bila i cakap i dapat project tu. Maksudnya i tak akan balik Malaysia. I akan terus ke Milan lepas selesai kerja dekat sini.." Ujar Lyana.

"What?." Berubah air mukanya.

"Baby... You faham kerjaya i kan?. Tak lama pun. I dekat Milan lebih kurang sebulan je." Ujar Lyana seperti cuba memujuknya.

"Okey sayang. Tapi boleh tak you balik Malaysia dulu. Hujung bulan ni Kak Zee nak jumpa you." Tuturnya

"Kak Zee nak jumpa i?. Nak buat apa?." Soal Lyana.

"Actually sayang. Inilah surprise yang i maksudkan semalam. Kak Zee dah setuju. Dia kasi i bawa you jumpa dia hujung bulan ni" Katanya.

"Why suddenly?. Ada apa-apa ke?. Jangan-jangan dia nak sembur i lagi... Baby please... Kesianlah dekat i."

"Trust me sayang. She'll be fine. Dia dah janji dengan i." Katanya meyakinkan.

"Really?." Soal Lyana masih tidak percaya.

"Ya, sayang... Boleh tak you balik je. Lepas tu hujung bulan ni i bawa you jumpa Kak Zee dan kita tengok sendiri." Ujarnya.

Lyana membisu.

"Sayang... You dengar tak apa i cakap ni?." Soalnya setelah berapa detik berlalu.

"Ya.. I dengar." Sahut Lyana.

"So?. Apa jawapan you?." Tanya dia penasaran.

"I'm sorry baby. I want it, but i can't. You pun tahu kan betapa pentingnya project dekat Milan tu untuk i." Kata Lyana.

Dia mengetap bibir geram apabila Lyana berkata demikian.

"Come on sayang. You tahu kan betapa susahnya i nak pujuk Kak Zee untuk terima you. Sayang... Peluang tak datang banyak kali." Tuturnya masih cuba untuk memujuk.

"Baby... You janganlah risau. Kalau betul Kak Zee boleh terima i. Dia akan terima i bila-bila sahaja i datang." Ujar Lyana lagi.

"Habis tu i macam mana sayang?." Soalnya mula meninggikan sedikit suaranya.

"What do you mean?." Soal Lyana.

"You tahu i cakap macam-macam dekat Kak Zee untuk yakinkan dia. Sayang tolong jangan macam ni. Apa Kak Zee cakap nanti kalau i tak dapat nak bawa you waktu dia minta. I tak nak dia berubah fikiran lagi. Tolonglah sayang..." Tuturnya merayu.

"Habis tu you nak i buat macam mana?. Baby you tahukan i dah lama tunggu project ni. Tak kan disebabkan hal kecil i nak kena lepaskan peluang yang i dah lama tunggu?." Ujar Lyana

"Hal kecil you cakap?. Sayang kahwin hal kecil ke pada you?." Dia bertanya dalam nada sedikit kecewa.

"Bukan itu maksud i. Tapi you kena faham ini kerjaya i. I love my job. Please faham i sayang. Kahwin bukan perkara kecil. I pun kena kumpul duit juga untuk wedding kita." Ujar Lyana.

Dia mengetap bibir geram apabila mendengar alasan itu lagi.

"Tak payah nak bercerita fasal wedding lah sayang kalau restu kakak i pun kita tak dapat!." Ujarnya meninggi suara.

"Wait?. Baby you kenapa nak tinggi suara dekat i?. You marah i ke?." Soal Lyana juga bertukar nada suara.

"I tak marah you. I'm speaking the fact. You tahu kakak i susah nak terima you!. Sebelum ni berkali-kali i cuba pun dia tetap tolak. And now bila dia dah setuju. You pulak buat perangai." Ujarnya.

"Come on baby. You pun tahu I'm not ready for marriage. So, what are you fight for?!."

"Finally!. Ini sebenarnya yang i nak dengar!. You just using the word of wedding!. Yang sebenarnya you tak nak pun kahwin dengan i!. Oh my god!. Why am i so stupid fighting for this dumb shit!!."  Makinya.

"Baby. I'm not using it. I really mean it. Yes i memang nak kahwin dengan you. But not now. I ada cita-cita yang i nak kejar dulu." Ujar Lyana.

"Kejar je lah... I tak halang pun.. Tapi baliklah Malaysia dulu. Jumpa kakak i. Dapatkan restu dia dulu." Ujarnya dengan nada suara sedikit rendah.

"Oh my god Azmi!. You tengah kongkong i ke macam mana sekarang ni?!. Kita belum kahwin lagi you dah buat perangai macam ni. Kalau kita kahwin nanti. Entah apa lagi!." Ujar Lyana.

"So you nak kata i kongkong you-lah?!. Fine!. Lepas ni you dah tak perlu rasa terkongkong dah!. Sebab i dah tak nak ambil kisah lagi fasal you!. Nanti you jangan nak kata i ni habis madu, sepah di buang pulak!. Sebab i dah cuba. Tapi you yang tak nak! So i tak boleh nak paksa. Keputusan dekat tangan you." Ujarnya emosi.

"Wait?. What do you mean by that word?. Are you going to dump me?." Soal Lyana mendatar.

"I bagi you pilihan!. Back to Malaysia this monday and meet my sister or you go to Milan and we're done." Ujarnya.

"Of course i'll go to Milan. Who you think you are? Wanna treat me like that!." Balas Lyana.

Dia mengetap bibir geram sebelum berkata

"Fine!. We're done."

Seraya mematikan talian.

End Flashback.

Dia merengus kasar.

Fine!. Jadi sekarang ni aku tak perlu nak tunggu kau lagi... Dan aku pun tak perlu nak ragu lagi dengan keputusan aku. Sekarang aku pasti dengan perasaan aku. Selama ni. Aku cuma rasa bersalah je pada kau. Tapi since kau yang pilih untuk tinggalkan aku. Aku tak perlu nak rasa bersalah lagi. Benaknya.

_
SEPANJANG Perjalanan pulang tadi. Azmi hanya membisu tanpa memandang pun kearahnya. Dia turut membisu. Dia merasa sedih sebenarnya apabila lelaki itu memarahinya tadi. Mana tidaknya, dia ketakutan kerana kehilangan jejak lelaki itu, apabila bertemu, diherdik pula.

Hari sudah gelap saat mereka tiba di hotel. Sebaik menghantarnya ke bilik. Azmi kembali keluar. Sempat lelaki itu berpesan kepadanya sebelum keluar

"Kau solatlah sendiri. Aku nak keluar. Jangan pergi mana-mana!. Tak payah tunggu aku balik. Lepas isyak nanti room service datang hantar makan. Kau makan je dulu. Tak payah tunggu aku!."

Ingin dia bertanya ke mana lelaki itu hendak pergi. Namun dia simpan niatnya. Takut di herdik lagi. Dia mengangguk sahaja dan melihat lelaki itu pergi. Walaupun dia merasa resah sebenarnya di tinggalkan sendiri di tempat asing itu.

TBC.

PS:

* My Broken English (Please DM Me)

* Susun Atur Ayat & Bahasa (Please DM Me)

_______________________________________
Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro