Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 1: Fatin Dania & Azmi Hidayat.

FATIN Melangkah keluar dari bilik Puan Fatimah dengan membawa surat tawaran sambung belajar ditangannya.

Siapalah yang baik hati sangat nak tanggung kos sambung belajar aku ni?. Getusnya didalam hati.

"Fatin!." Teriak Ayuni memeranjatkan Fatin. Dia memandang kearah teman baiknya itu.

Ayuni memeluk bahunya sebaik tiba disisinya.

"Aku dengar ada orang nak sponsor kau sambung belajar. Siapa?." Tanya Ayuni kepoh seperti kebiasaannya.

"Entah. Aku pun tak tahu. Dia rahsiakan identiti dia." Ujar Fatin.

Ayuni berkerut dahi.

"Sesuatu sangat. Tapi tak apalah... Bagus juga.. Jadi sekarang kau dah tak payah susah-susah fikir nak cari duit untuk sambung belajar." Ujar Ayuni bahagia.

Fatin mengeluh kecil. Pandangannya dibuang ke hadapan.

"Tapi tak boleh macam tu Ayu. Aku tak boleh terima macam tu je. Aku tetap kena tahu juga siapa orang tu. Yalah... Niat orang kita tak tahukan." Ujar Fatin.

"Ish... Kau ni. Mengada pulak. Orang tu niat dia baik. Dia tak nak menunjuk, sebab tu dia rahsiakan identiti dia. Orang nak sponsor tu. Terima je lah.." Ujar Ayuni bersungguh-sungguh.

"Kau ni kan Ayu. Fikir nak mudah je. Baguslah kalau orang tu niat baik. Tapi kalau sebaliknya?. Aku tak nak terhutang budi tau." Balas Fatin.

Ayuni mencebik.

Ehem...

Langkah Fatin terhenti, begitu juga Ayuni. Wajah Riana yang sedang berdiri dihadapan mereka itu, kelihatan tegang.

"Seronok nampak. Ada apa-apa yang aku terlambat ke?." Mendatar sahaja soalan yang keluar dari mulut Riana.

Fatin tersenyum tipis.

"Tak ada apa lah..." Ujarnya.

Riana menjeling kertas ditangan Fatin. Melihatnya, Fatin cepat mahu menyembunyikan surat tersebut. Namun Ayuni tiba-tiba merebut surat tersebut dari tangannya.

"Kau nak tengok surat ni?." Soal Ayuni sambil menunjukkan surat tersebut kepada Riana.

"Ayu!." Fatin cuba mengambil surat tersebut kembali. Namun Ayuni melarikan tangannya jauh dari tangan Fatin.

"Ayu. Tak payahlah.." Bisik Fatin ditelinga Ayuni. Tetapi tidak diendahkan Ayuni.

"Fatin dapat surat tawaran sambung belajar." Ujar Ayuni dengan air muka riak kepada Riana.

Fatin pula yang jadi takut melihatnya. Dia memandang sekilas Riana yang sudah berubah air mukanya. Surat tersebut berjaya dia rebut dari tangan Ayuni. Tetapi Ayuni tidak peduli. Ayuni terus menghampiri Riana.

"Dan kau nak tahu apa yang lebih gempak?. Ada orang yang akan tanggung sepenuhnya kos pembelajaran dia dan dia dah pun terima tawaran tu. Hebat bukan kawan baik aku ni?." Ujar Ayuni memperovokasi Riana.

"Ayu sudahlah tu." Fatin menarik lengan Ayuni untuk menghentikan gadis itu dari terus menyakitkan hati Riana. Ayuni mendabik dada memandang Riana dengan pandangan sinis.

"Riana. Kau jangan percaya sangat si Ayu ni. Aku belum"

Belum sempat Fatin menghabiskan bicaranya. Ayuni memotong

"Sudahlah Riana. Pergilah balik bilik sana menangis. Jangan kacau kita orang."

Fatin menyiku lengan Ayuni. Riana sudah merah padam mukanya menahan amarah. Wajah Fatin dijeling tajam oleh Riana sebelum gadis itu berpaling pergi.

Sebaik Riana hilang dari penglihatan. Fatin memukul lengan Ayuni.

"Ayu.. Apa kau buat tadi tu?." Bentak Fatin.

"Biar dia! Padan muka dia!. Puas hati aku tengok muka sememeh dia tadi. Suka sangat buli kau kan... Kononnya dia tu bagus sangat. Tengok sekarang. Kau jauh lebih hebat dari dia." Ujar Ayuni sambil mengibas-ngibas bahu Fatin dengan tangannya.

Fatin menolak tangan sahabatnya itu dari bahunya. Dia merasa risau sekarang.

"Ish... Macam mana kau boleh setenang ni?. Kau macam tak kenal je si Riana tu. Kau nak ke dia pukul aku lagi?."

Ayuni menjulingkan matanya sebelum memegang kedua bahu Fatin, menghadapnya.

"Fatin Dania. Kita ni dah 19 tahun. Kau tak payahlah nak takut dengan dia lagi. Chill-lah... Lagi pun dia dah lama tak pukul kau kan.." Ujar Ayuni melepaskan bahu sahabatnya itu.

"Kepala otak kau dah lama tak pukul!." Spontan Fatin berkata.

Ayuni berkerut dahi memandang Fatin.

"Kenapa?. Dia ada pukul kau lagi ke?." Tanya Ayuni serius.

Fatin membungkam. Dia terlepas bicara dengan Ayuni. Yang sebenarnya selalu sahaja Riana memukulnya. Cuma dia sahaja yang mendiamkan diri kerana tidak mahu memanjangkan cerita. Kerana dia tidak mahu Ayuni dan Ibu a.k.a Puan Fatimah terkait sama dalam hal-nya dengan Riana. Lagi pun Riana pun bukanlah memukulnya teruk seperti sebelum waktu SPM dulu. Dan Cikgu Suraya ibu saudara Riana tahu. Pasti Cikgu Suraya juga akan memukulnya. Cikgu Suraya punya pukul lebih menakutkannya dari Riana dan dua orang temannya itu Wani dan Dija.

Ayuni memetik jari dihadapan wajah Fatin. Fatin terkebil-kebil sedar dari lamunannya.

"Kau berangan apa?. Dengar tak aku tanya ni?. Dia ada pukul kau lagi ke?."

Fatin menggosok tengkuknya dengan sebelah tangan.

"Tak adalah. Dahlah... Jom naik." Kata Fatin sebelum melangkah pergi

"Fatin!. Kau tak jawab lagi soalan aku!."

Fatin melangkah laju mengabaikan soalan dari sahabatnya itu.

_
AZMI Menghempas tubuhnya, bersandar pada sofa. Matanya dikatup rapat sambil mengurut perlahan kepalanya yang terasa berdenyut-denyut.

"Baru balik?."

Azmi cepat-cepat membuka matanya apabila mendengar suara tersebut. Dia menegakkan tubuhnya memandang kearah Ziana kakaknya yang sedang berada didapur.

"Bila Akak sampai?. Kenapa tak bagitahu Mi dulu nak datang?." Soalnya.

Wanita itu menjelingnya dan menjawab

"Perlu ke?."

Pendek sahaja jawapannya. Tetapi cukup untuk membuat Azmi merasa sakit hati. Azmi kembali bersandar seperti tadi.

"Tak adalah... Kalau akak bagitahu Mi. Mi boleh balik awal sikit, temankan akak. Tak adalah akak sorang-sorang dekat rumah ni." Ujar Azmi berbasa-basi.

Ziana melabuhkan punggungnya disofa satu dekat dengan Azmi.

"Ye ke?. How sweet of you.." Sinis wanita itu berbicara sambil menyilangkan kaki kanan diatas kaki kiri.

Azmi memandang tajam kearah kakaknya itu. Ziana menjelingnya.

"Ke takut kantoi dengan Akak yang Mi masih lagi bawa balik perempuan tu ke rumah ni..." Tutur Ziana sinis sambil menghirup air mineral didalam gelas yang dia ambil dekat dapur tadi.

"Apa masalah akak ni sebenarnya?." Soal Azmi tidak puas hati.

"Kenapa tak betul ke apa yang akak cakap?." Balas Ziana.

Azmi mendengus kasar. Seraya bangun dari sofa tempat dia duduk.

"Mi masuk tidur dulu..." Ujar Azmi sambil berlalu menuju kebilik tidurnya.

"Akak tak tidur sini."

Langkah Azmi terhenti mendengar ucapan kakaknya itu.

"Hmm..." Sahutnya acuh tidak acuh. Seraya melangkah lagi mahu terus kebiliknya.

"Azmi!." Tegas suara Ziana menyebut nama penuh adiknya itu.

Azmi pantas menoleh kebelakang.

"Apa dia lagi kak?." Soalnya berseloroh.

"Jangan cabar akak ya?. Bila akak cakap akak buat. Akak akan buat." Ujar Ziana. Matanya mencerlung tajam memandang adiknya itu.

Azmi kembali menghampiri Ziana.

"Akak nak apa ni sebenarnya?." Soalnya.

Ziana meletakkan gelas ditangannya dekat atas meja.

"Akak nak Mi kahwin." Ujarnya.

Azmi mengetap bibirnya geram.

"Mi memang nak kahwin. Tapi akak yang tak kasi kan?."

"Please Mi!. Not her!." Ujar Ziana tegas.

"Habis tu siapa?. Akak nak Mi kahwin dengan perempuan pilihan akak?. Macam tu ke?." Soal Azmi sinis.

"Kalau Mi tak ada pilihan lain selain dia. Mungkin kita boleh cuba." Ujar Ziana.

Azmi tersenyum sinis.

"Nonsense." Ujarnya sepatah.

_
AKU Terduduk ditepi kolah ditempat mandi. Air mataku tidak henti-henti mengalir, mengenangkan nasib diriku.

Flashback.

"Riana aku minta maaf Riana. Aku janji perkara tadi tu tak akan terjadi lagi..." Rayuku sambil menangis, meminta simpatinya.

Riana semakin kuat menarik rambutku. Aku meringis kesakitan.

"Itu je yang kau tahukan. Minta maaf! Minta maaf! Minta maaf!. Kau ingat aku ni tak ada kerja lain ke?. Asyik nak maafkan kau je!." Tengking Riana.

"Ouh... Kau berlagak dengan aku. Kononnya kau lebih pandai dari aku. Fine!. Aku nak tengok boleh pergi mana kau dengan kepandaian kau tu!." Ujarnya lagi.

"Tak Riana. Aku tak berlagak pun denfan kau..." Rayuku lagi dengan harapan dia melepaskan rambut aku.

"Kau dah berlagak dengan aku. Kau tak nak mengaku pulak ya!." Riana melepaskan rambutku. Namun tiba-tiba dia menampar kuat wajahku dan kerana licin dan juga terkejut, aku jatuh terduduk.

Rambut aku ditarik kembali oleh Riana. Kepala aku terdongak memandangnya.

"Kau bangun sekarang!. Bangun sekarang!." Perintahnya sambil sebelah tangannya menarik-narik lengan aku.

Aku memberanikan diri, lalu menolaknya kuat.

"Sudahlah tu Riana!. Sampai bila kau nak buat aku macam ni?. Aku dah bagitahu kau kan. Aku tak ada niat pun nak berlagak dengan kau."

"Kau berani melawan aku kan!." Riana menuding jarinya kewajah aku.

"Aku bukan nak melawan kau. Tapi aku nak pertahankan diri aku. Aku pun manusia juga." Ujarku bersama dengan deraian air mata.

"Wani! Dija!."

Terkejut aku apabila Riana tiba-tiba memekik memanggil nama dua orang temannya itu. Yang lagi mengejutkan aku apabila aku melihat Wani dan Dija keluar dari tandas yang sama. Ini bermakna mereka memang sudah membuat persediaan awal untuk memukul aku. Aku menunduk pasrah. Aku teringat kali terakhir mereka memukul aku bertiga ialah sebelum SPM. Semasa itu kecoh kerana aku dimasukkan ke ICU (Unit Rawatan Rapi).

"Apahal kau diam?. Takut ke?." Soal Riana.

Aku memandang Riana.

"Aku diam ataupun aku bercakap. Kau tetap akan buat apa yang kau nak buat kan?." Tanya aku sayu. Namun tidak terlintas pun dihati aku untuk meminta simpatinya lagi.

Riana tersenyum sinis.

"Baguslah kalau kau dah tahu." Riana memberi isyarat kepada Wani dan Dija.

Aku pasrah saat Wani dan Dija memegang kedua tangan aku.

"Kalau apa-apa terjadi pada aku kali ni. Aku tak akan maafkan korang." Ujarku sambil menatap tajam wajah Riana.

Riana menyeringai. Seraya menutup pintu dan menguncinya. Wani dan Dija membawa kearah kolam besar. Riana menghampiri aku.

"Kau nak buat apa dengan aku Riana?." Tanyaku tanpa memandangnya.

Riana menarik rambutku kebelakang. Aku memejam mataku menahan rasa sakit.

"Kau rasa apa aku nak buat?." Soal Riana padaku.

Air mataku mengalir lagi. Rasa sakit dipukulnya tadi belum hilang lagi. Sekarang aku harus berhadapan pula dengan ketakutan lain.

"Kau memang gila Riana!."

"Aku suka kau yang ni. Berani. Buat aku rasa tercabar!." Sebaik berkata demikian. Riana membenam kepalaku kedalam kolah yang dipenuhi air itu.

Aku memberontak keras, cuba melepaskan diri. Namun apalah dayaku. Mereka bertiga. Sungguh ini tidak pernah terlintas difikiran aku. Sepanjang tujuh tahun disini. Mereka tidak pernah melakukan perkara sebegini kepada aku.

Wajah aku dikeluarkan sebentar dan diselam lagi kedalam air.

End Flashback.

Aku sudah menduganya dari awal. Riana tidak akan melepaskan aku begitu sahaja. Aku menggigil kesejukan. Tubuhku terasa lemah. Aku memapah dinding kolah untuk bangun.

"Fatin!."

Aku terjatuh semula saat melihat Ayuni.

***

AYUNI Menumbuk kuat dinding didekatnya. Jelas dia merasa bersalah dengan apa yang terjadi pada aku.

"Tak guna punya Riana!." Marahnya.

"Aku dah cakap kan dengan kau." Kataku.

Ayuni menggepal penumbuknya geram. Dia bingkas bangun dari katilnya. Namun aku cepat menyambar lengannya.

"Kau nak pergi mana?." Tanya aku.

Atuni memandang aku yang sedang duduk.

"Aku nak pergi ajar perempuan tak guna tu!." Ujar Ayuni geram.

"Ayu tolonglah... Sudahlah... Aku penat Ayu. Kau tahukan. Dia tak akan pukul kau." Tutur aku.

Ayuni melepaskan keluhan kecil. Dia duduk dan memeluk erat bahuku.

"Aku minta maaf Fatin. Salah aku.." Tuturnya penuh rasa sesal.

_
AZMI Mengucup ubun-ubun Lyana.

"I love you sayang." Tuturnya tulus.

Lyana mendongak kepalanya memandang Azmi.

"I love you too." Balas wanita itu.

Azmi tersenyum. Seraya memeluk erat tubuh Lyana.

"Sayang..." Panggilnya lembut.

Hmm... Sahut Lyana.

"Bila kita nak kahwin?." Tanya Azmi.

"Baby. I'm not ready yet. You tahukan?." Tutur Lyana.

Azmi terdiam. Lyana melepaskan diri dari pelukan Azmi dan memandang wajah lelaki itu. Tangannya dibawa menyentuh pipi lelaki itu.

"You dah tak boleh nak tunggu i lagi ke?."

Azmi menggenggam kemas tangan Lyana yang berada diwajahnya. Matanya mencerlung kedalam sepasang mata milik Lyana.

"Kalau i sayang. I sanggup tunggu you bertahun-tahun pun. Tapi kakak i tu."

Lyana melepaskan keluhan kecil. Tangannya dia turunkan dari wajah Azmi.

"Itu lagi satu masalah kita. Kalau i setuju nak kahwin dengan you pun sekarang. Dia mesti tak setuju kan?."

Please Mi! Not Her!.

Azmi mengeluh kecil apabila teringatkan kata-kata kakaknya. Dia meraih kedua tangan Lyana.

"Kalau macam tu. Kita nikah dulu tanpa pengetahuan dia. Lepastu baru bagitahu dia. Masa tu dia dah tak boleh nak buat apa-apa dah." Ujar Azmi memberi cadangan.

"Ish.. Tak nak lah i nikah senyap-senyap. Kalau kantoi dengan media. Saje² je i dapat malu." Pangkah Lyana.

"You ni. Habistu sampai bila kita nak macam ni?." Seloroh Azmi.

"Wait. Macam ni?. Macam mana maksud you?." Tanya Lyana tidak mengerti.

Azmi meraih kedua tangan kekasihnya itu.

"Sayang... I sayangkan you tau... You tahu tu kan?."

"Of course i know." Jawab Lyana mengangguk.

Azmi menundukkan kepalanya. Jiwanya resah. Lyana memegang pipi Azmi, mengangkat wajah itu agar memandangnya.

"Baby... You kenapa ni?." Soal Lyana.

Azmi memegang tangan Lyana dan menurunkan dari wajahnya.

"I rasa berdosa." Katanya.

Lyana berkerut dahi. Azmi memandang sayu wajah teman wanitanya itu.

"I rasa berdosa dengan Allah. I rasa berdosa dengan you. Sometime i rasa i ni macam lelaki tak guna tau." Tutur Azmi.

"Sayang.. Kenapa you nak kena fikir sampai macam ni sekali?. You tak perlulah nak rasa macam tu dengan i?. Inikan atas kerelaan i. You tak paksa i pun." Tutur Lyana cuba meyakinkan Azmi.

Azmi menunduk lagi. Kata-kata Lyana tidak sedikit pun menghilangkan rasa resah didalam hatinya.

"Tentang dosa you dengan Tuhan. You tak perlulah risau. Satu hari nanti, kita akan kahwin juga. Kita akan halalkan juga hubungan ni. Kita bukan selamanya macam ni.." Tutur Lyana lagi.

Azmi tersenyum kelat. Seraya menarik Lyana kembali kedalam pelukannya.

"I really love you sayang." Gumamnya

"Me too." Tutur Lyana, membalas pelukan Azmi.

_
FATIN Menghela nafas panjang. Dia akhirnya membuat keputusan untuk menerima sahaja tawaran dari pihak universiti dan dia juga turut menerima kos sambung belajar penuh oleh individu yang tidak dikenalinya itu. Dari terus hidup terseksa disini. Lebih baik aku pergi sahaja. Aku nak cari kebahagiaan macam orang lain.

Setelah berpelukan dengan teman-teman dan guru-guru. Dia terpandang kearah Riana yang sedang berjalan menghampirinya. Riana memeluknya erat. Dia merasa agak janggal. Namun dia balas juga pelukan tersebut.

"Tunggu aku Fatin."

Fatin pantas menolak tubuh itu. Riana tersenyum padanya penuh makna.

_
FATIN Melepaskan keluhan kecil. Rumah teres dua tingkat itu dia pandang lama. Selama ini dia hanya melihat sahaja. Tidak pernah lagi dia masuk kedalam mana-mana rumah lain selain dari rumah kebajikan atau rumah Puan Fatimah a.k.a Ibu. Sedang dia asyik mengelamun.

"Eh.. Dah sampai."

Lamunannya mati. Dia melihat seorang gadis berambut panjang lepas bahu, memakai t-shirt ketat lengan pendek dan legging pertengahan betis, gadis itu keluar berjalan kearahnya dengang membawa kunci ditangan.

"Sorry lah... I tak perasan you dah sampai." Kata gadis itu sambil membuka pagar rumah.

Fatin hanya mengukir senyuman. Dia tidak biasa bergaul dengan orang. Selama ini kehidupannya hanya didalam rumah kebajikan sahaja. Bersama dengan teman-teman dan guru disana.

"Masuklah..." Pelawa gadis itu.

Fatin tersenyum. Seraya melangkah masuk, membawa begnya.

"You tak payahlah nak malu-malu. Ini pun rumah you juga sekarang." Ujar gadis itu.

Fatin hanya tersenyum.

"Nama i Syatilla. Panggil Tilla je. You?." Ramah gadis itu.

"Saya Fatin." Jawab Fatin sambil memegang dadanya.

Fatin masuk kedalam rumah. Matanya melilau ke seluruh pelusuk rumah yang kelihatan sangat kemas. Lengkap semua dengan perabot.

"Bilik dekat rumah ni ada tiga. Dua dekat atas. Satu dekat bawah. Toilet ada dua, satu dekat atas, satu lagi dekat dapur. Bilik ada satu, dekat atas juga. Yang lain-lain tu. Nanti you tengoklah sendiri." Ujar Syatilla.

Fatin mengangguk perlahan.

"Okeylah... I naik dulu. Nanti kalau you nak tanya apa-apa. Ketuk je pintu bilik i. Bilik i dekat atas, sebelah kiri." Ujar Syatilla lagi.

"Terima kasih." Kata Fatin sambil mengangguk.

"Don't mention." Kata Syatilla. Seraya berpaling dan terus naik ke atas.

Fatin menghela nafas lega. Dia memandang lagi seluruh pelusuk rumah itu. Bibirnya menguntum senyuman.

Andai ini rasanya kebahagiaan. Kekalkan Ya, Allah... Bisik hatinya.

TBC.

PS:

* My Broken English (Please DM Me)

_______________________________________
Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro