Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 30

Setelah sekian lama menunggu akhirnya aku mengandung.Aku baru saja dapat tahu hari ini hasil ujian kehamilan.Aku tidak sabar menunggu kepulangan zafril dari membeli belah barangan jualan kebab kami.

Yey yey yey yey aku akan jadi seorang ibu 😍.Di fikiran aku sudah membuat beberapa senarai untuk dibeli kerana aku sudah tidak sabar.

Sebaik saja aku terdengar bunyi enjin kereta terus aku keluar daripada bilik untuk menyambut kepulangan zafril.

"Abang"

Tubuhnya aku peluk erat sebaik dia muncul di depan aku.

"Kenapa kau happy sangat ni?"

Dia mengusap rambutku.Aku meleraikan pelukan.

"Lepas abang simpan barang dapur ni sayang akan cerita"

"Ok"

DI RUANG TAMU

"Cakaplah apa yang kau nak cakap"

Zafril duduk di sebelah aku setelah selesai mengemas barang dapur.Aku mengubah posisi menghadapnya.Nafas ditarik dan dihembus perlahan.

"Sayang mengandung"

Zafril terkebil-kebil.comel je muka dia.

"Apa yang kau cakap tadi?"

"Sayang mengandung"

Ujarku dengan penuh teruja.

"Mustahil"

"Itulah sayang tak sangka yang...."

"Tak bukan itu maksud aku"

Wajahnya berubah serius.Timbul tanda tanya dalam diri ini.Kenapa zafril berubah sedemikian rupa?

"Apa maksud abang?"

"Buat pengetahuan kau,aku MANDUL"

Diri ini seperti dipanah petir.Zafril mengeluarkan sampul surat dari poket seluarnya.

"Ini keputusan yang aku dapat hari ini sejak minggu lepas aku berjumpa doktor di hospital"

Aku mengambil sampul surat itu lalu mengeluarkan isi.Aku membaca satu persatu.Ya betul zafril mandul.

"Buat pengetahuan kau kita tak pernah lakukan hubungan intim pada minggu lepas"

Aku pandang wajah dia.Berkerut dahiku memikir soal ini.

"Apa yang abang merepet ni? Abang yang goda sayang lepastu kita pun....."

Wajahnya makin bertukar serius.

"Bila?"

"Hari Khamis lepas"

Jantungku berdegup makin laju.Pelbagai andaian buruk bermain di minda.

"Hari Khamis lepas aku keluar pergi hospital untuk ujian ni"

Jawabnya sambil menunjukkan keputusan hospital itu.Aku meraup muka.Fikiran aku kusut.Dia merenung tajam.Sekarang aku takut melihat renungan zafril.

"Anak dalam kandungan kau BUKAN ANAK AKU!!!"

Aku berdiri tegak.Kemarahan mula menguasai diri.

"Abang sedar tak apa yang abang cakapkan ni? INI ANAK ABANG!!!"

Kami merenung antara satu sama lain sambil menahan marah.Bila bila masa saja kami boleh bergaduh.Aku mengenggam penumbuk.Hatiku sakit bagai dicincang lumat.Sampai hati zafril tidak mengaku anak dalam kandungan aku ni anak dia.

"SAYANG TAK PEDULI ANAK NI TETAP ANAK ABANG"

Aku menarik baju kemeja zafril hingga butang tercabut keluar dan ketika itulah mataku tertumpu kepada tatu yang berada di dadanya.

Aku menyentuh dadaku.Kejap kejap.Kami mempunyai tatu yang sama.Aku menekup mulut bersama air mata yang bergenang.

"Kenapa?"

Soalnya risau.

"Tatu tatu"

"Kenapa dengan tatu?"

Fikiran aku terimbas kembali.Setiap kali zafril perwatakan berbeza.Mustahil mungkin aku tersilap lihat.

"Kenapa julia? Cakaplah"

Dia mengoncang bahuku.Aku menyentuh tatunya.

"Hari Khamis lepas sewaktu abang buka baju.Sayang perasan yang abang tak ada tatu di dada"

"WHAT???"

Air mataku mengalir.Yakin aku sangat yakin.Begitu juga seperti sebelum ni setiap kali sikap zafril menjadi romantis mesti tiada tatu di dadanya.Kenapa aku tak perasan?

"Itu mustahil julia.Mesti kau yang tak perasan"

"Sayang cakap betul.Pernah ke sayang tipu abang selama ni? Tak pernah kan."

Zafril terdiam.Kami makin berserabut.Ke hulu ke hilir kami memikirkan soal ini.Silap aku? Tak tak itu mustahil.Ini mesti ada yang tidak kena MESTI.

"Aku dah ingat"

Aku segera menghampiri zafril.

"Benda apa cakaplah"

"Jom ikut aku"

Kami menuju ke tingkat atas iaitu bilik yang paling hujung.Bilik inilah yang zafril tak bagi aku masuk.Jadi hari ini aku dapat tahu isi yang ada di dalam bilik itu.

KREKKKK

"Wow 😮"

Rupa-rupanya bilik ini ialah bilik cctv.Semuanya ada 6 skrin.4 cctv di setiap bilik tidur,1 diruang tamu dan 1 di dapur.

"Sejak bila abang pasang cctv?"

"Melalui cctv ini kita akan tahu perkara sebenar"

😑😑😑 aku soal lain dia jawab lain.Eloklah 😒.Kami melihat kembali kejadian hari Khamis lepas.

"Kita mulakan sekarang"

Di paparan skrin tersebut kelihatan zafril sedang masuk ke dalam rumah pada pukul 11:37 pagi.Zafril kelihatan seperti berhati-hati.Apabila selamat dia menuju ke dapur.Di dapur dia sedang menjamah makanan yang sudah terhidang di atas meja.

Selesai makan dan minum dia menuju ke tingkat atas semestinya bilik kami.Aku ingat lagi waktu itu aku sedang mandi.Zafril sedang menyelongkar bilik itu.Entah benda apa yang dia cari.Tak lama kemudian aku keluar daripada bilik air.

Aku dan zafril berbual-bual lalu dia goda aku dan bermula lah hubungan intim.Apasal aku rasa malu tengok video sendiri? Aku tengok zafril.Wajahnya sangat serius.Kelihatan urat timbul di leher 😓.Selepas aku tidur akibat keletihan kelihatan zafril mundar-mandir di bilik itu.

"Tengok kat dada abang tak ada tatu"

Zafril pause video itu seketika.Dia zoom gambar itu supaya lebih dekat.Ya memang betul.Tak ada tatu.

"Kita tengok sampai habis"

Di paparan skrin zafril sedang mencium wajahku bertubi-tubi hingga aku terjaga daripada tidur.Kami berciuman.Tak silap aku dia meluahkan perasaan cintanya kepada aku.Lagi sekali aku tertidur.

Zafril memakai pakaiannya semula.Setelah siap dia mencari sesuatu.Dia menjumpai sebuah buku dan pen.Zafril menulis sesuatu di dalam buku itu sambil tersenyum lebar.Dia pisahkan kertas itu dari buku.Kertas itu dilipat dan disimpan di dalam almari.

Aku menalan liur apabila zafril seolah-olah mengetahui ada cctv di dalam bilik itu.Dia tersenyum lebar di camera.Senyuman yang menakutkan.Zafril beredar daripada bilikku.Cctv itu menunjukkan zafril keluar daripada rumah.

"Aku cepatkan masa"

Lebih kurang 1 jam kemudian zafril kembali semula ke rumah dan ketika itulah aku menyambut kepulangan dia dari hospital.Lepas itu tiada apa-apa yang berlaku.

"Sekarang mari kita tengok apa yang 'aku' tulis di kertas tu"

DI DALAM BILIK

Zafril mencari kertas itu di dalam almari dan dia menjumpai kertas yang ditulisnya.Rasa takut apabila ingin mengetahui isi kandungan kertas itu.Zafril mula membuka kertas itu dan ianya tertulis.

AKU DAH KEMBALI

-ZAFRI

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro