BAB 24
Pada pagi itu aku langsung tak menegur zafril kerana merajuk.Kalau tidak bermacam panggilan aku panggil dia.Contohnya,abang,sayang dan baby.Begitu juga waktu breakfast tadi.Senyap.Kalau tidak mulut aku ni lah yang paling bising sebab bermacam cerita aku ceritakan kepada zafril.Mengenai perempuan itu?Malam ni baru kami akan menjalankan penyeksaan.Biar dia rasa apa yang aku rasa.
Haish bosannya duduk sorang sorang kat rumah 😩.Zafril? Dia tak dak kat rumah sekarang ni sebab dia pergi kerja.Nak tahu dia kerja apa? Dia bekerja sebagai guru disebuah sekolah rendah yang tidak jauh dari rumahnya.Korang ingat dia tahu bunuh orang saja ke? Jawapannya tidak.Haish bosannya aku tak tahu nak buat apa.
KNOCK KNOCK KNOCK
"Ha?"
Aku pergi membuka pintu mungkin zafril dah pulang.Hmmm dah agak dia dah balik 😒.Reaksi zafril seperti terkejut melihat aku.
"Kenapa?"
Soalku dingin.
"Tak ada apa.Kau tak nak bagi aku masuk?"
"Masuk sajalah dah ni rumah awak"
Aku beredar meninggalkan zafril yang masih berdiri di muka pintu.Merajuk.Aku melangkah naik ke tingkat atas.
"Hey"
Aku menoleh ke arahnya.Dia tersenyum lebar ke arah aku.hmm pelik.
"Kau nak tinggal aku sorang sorang?"
"Awak layanlah diri awak sendiri"
Balasku dingin.Aku meneruskan langkah untuk masuk ke dalam bilik. MERAJUK dan aku harap dia PUJUK aku.
KREKKK
Pintu bilik dibuka oleh zafril tidak aku endahkan.Dia duduk di birai katil.Aku berpura pura tidur.
"Sayang~"
😶 apa? Dia cakap apa tadi? Sayang? Suaranya yang serak basah itu membuatkan jantungku berdegup kencang.Rambutku diusapnya lembut malah pipi aku diciumnya.Jantungku bertambah kencang.Kenapa zafril tiba-tiba jadi sweet pulak ni?
"Dah la jangan merajuk dengan aku lagi lagipun itukan satu satunya cara untuk aku umpan mangsa"
Aku membuka mata.Jelas wajahnya yang dekat dengan wajahnya.
"Jangan merajuk.Ok?"
Aku seolah olah termakan pujukan dia lalu aku mengangguk.Dia tersenyum lebar.Aura zafril lain dari yang lain.Dia baring di sebelah aku.
"Awalnya awak balik kerja.Selalunya pukul 2:30 baru awak balik.Ini dah pukul 12:20 awak dah balik"
Dia memeluk tubuhku.
"Aku balik awal sebab kau lah.Asyik merajuk saja"
Aku ketawa kecil.Jujur aku katakan bahawa inilah kali pertama Zafril menjadi sweet begitu 😍.cayaq hati aku.wajahnya aku pandang dengan penuh kasih sayang.
"Kenapa kau pandang aku macam tu?"
"Tak ada apa"
Kami membalas senyuman.Aku pejamkan semula mata apabila dia memeluk aku kembali.Tak lama kemudian aku tertidur.
TICK TOCK TICK TOCK
Aku terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi air di dalam bilik mandi malah aku mendapati zafril tiada di sisi aku jadi dia sedang mandi sekarang.Aku lihat jam sudah menunjukkan pukul 2:45 petang.Lama juga aku tidur.
KREKKKK
Zafril keluar daripada bilik air.Lengkap berpakaian baru.Aku terus meluru ke arahnya lalu aku peluk badannya.Dia terkejut.
"Kau dah kenapa?😕"
Soalnya pelik.
"Tak ada apa 😊"
Dia membalas pelukan aku.
"Awak dah makan?"
"Belum"
Pelukan dileraikan.
"Jom kita pergi makan"
Aku menarik tangannya keluar daripada bilik.Aku gembira melihat zafril makan dengan penuh selera.Of course lah aku kan pandai masak mestilah sedap.
"Kenapa kau tengok aku macam tu?"
"Hehehe tak sangka sweet juga awak ni"
Zafril yang sedang minum terus tersedak mendengar kata aku tadi.Dia berdehem.
"Apa yang kau merepet ni?"
"Eh betul lah tadi awak pujuk saya sebab saya merajuk"
Zafril ketawa kecil.
"Kau ni mesti bermimpi.Aku balik kerja tadi tengok kau dah tidur."
"Eh betul lah takkan saya mimpi"
"Dah dah buat pengetahuan kau.Aku ni bukan lelaki jenis sweet.Ingat tu dan lagi satu tak ada tapi tapi"
Aku terdiam.Macam tahu tahu je.AKU MIMPI KE TADI?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro