BAB 15
"Selamat datang ke rumah aku"
Aku terpana seketika apabila melihat rumahnya yang agak besar.
Wah cantiknya rumah dia tapi tulah rumah dia ni jauh daripada rumah rumah yang lain.Sunyi sepi suasana di kawasan itu.Rumah banglo 2 tingkat yang tersergam indah.Hmmm selain membunuh dia kerja apa ek?
"Mari masuk"
Dia membantu aku menjinjing dua buah beg pakaian aku masuk ke dalam rumah.Dia juga mempelawa aku duduk di atas sofa.Sebaik saja dia duduk di sebelah aku terus wajahnya bertukar serius.
"Dalam rumah ni ada 2 saja peraturan iaitu jangan sesekali kau cuba cuba nak masuk ke dalam bilik yang paling hujung yang berada di tingkat atas.Faham?"
"Faham"
"Peraturan yang kedua aku tak nak kau bercampur dengan orang lain.Duduk saja kat rumah dan jangan memandai mandai kau buka mulut bercerita mengenai kegiatan aku.Faham?"
"Faham"
"Kalau kau cari masalah aku tak teragak-agak nak bunuh kau lagi lagi aku benci orang perempuan"
Aku menelan liur.Aku ni perempuan dia dah benci aku ke? Pipiku di usap lembut.Seolah-olah dia memahami apa yang aku fikirkan sekarang lalu dia berkata.
"Aku tak benci kau.Sekarang aku bagi kau peluang untuk buktikan yang aku boleh percayakan kau jadi ingat tu.Dah lebih baik kau pergi tidur.Mari aku tunjukkan bilik kau"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro