BAB 2: Syafiq @ Capik
*Capik POV*
"Capik, aku ada benda nak cakap kat kau ni" , tanya Haiqal kepada aku.
"Haa, ape dia? Kenapa buat perangai pelik ni, tak pernah2 kau nak tanya aku sopan macam ni, ni mesti ada benda kau nak kan."
Haiqal mengeluh, " capik, senanye.."
Capik mencelah Haiqal , "wei2, kau jangan cakap kat aku yang kau ni suka aku?? Aku masih laki normal okay, aku taw la kita berdua ni dah macam belangkas, sentiasa berdua, jangan kau buat perangai setan macam ni, geli wei"
Haiqal ketawa terbahak-bahak lepas dengar apa yang Capik cakap.
"Oi gila! Aku still straight okay, kau ingat aku gay kenapa??"
"Yelah, dah kau asyik berdua dengan aku, gi mana2 pun berdua, kot2 la kau jatuh cinta ngan aku"
"Kau jangan fikir bukan2 okay, kau ingat aku takde gf ni sebab aku gay ke ape, sekeh kang kepala kau, aku kawan dengan kau ni pun sebab kau lah satu2 nya kawan yg aku betul2 boleh caya"
Aku tetiba rasa sebak dengan apa yang diperkatakan Haiqal. Ya, aku tahu segala masalah dia, tentang gadis2 yang ingin rapat dengannya semata2 nakkan duit. 'Dasar perempuan materialistik !' Getusnya dalam hati. Takpelah sahabat, kau ada aku, walaupun kau nampak kuat, aku taw kau sebenarnya menyimpan seribu satu rasa dalam hati tu.
"Haa, ape dia ko nak cakap tu, cepat lah"
Mata Haiqal melilau sekitar kafe kampus, dan matanya tertancap kepada seorang gadis iaitu Nayla. Budak kuliah kitorang, orang nya cantik, putih, tinggi pun boleh tahan macam model.
Aku pun bertanya kat Haiqal, "kenapa ko tengok dia?"
Haiqal tersipu malu lepas ditegur oleh Capik. "Err, sebenarnya, aku..... nak... kita tukar partner untuk assignment Dr. Harlina tu, aku taw ko partner dengan Nayla, dan sebenarnya aku ada crush kat dia. So..... boleh tak kita tukar, kau partner la ngan Hannah. Boleh ek?"
Aku melihat nya dengan mata tajam. Aku pelik la dengan Haiqal ni, dia dah dapat partner dengan Hannah pun dia taknak, ha skrg ni pulak nak tukar dengan partner aku. Amboi3, rasa nak sekeh je budak ni. Kau gila nak taknak Hannah. Gadis kacukan melayu dengan inggeris tu. Cun giler beb Hannah tu. Sedangkan aku pun ada crush diam2 kat Hannah, kau pulak taknak.
Adoi, takpelah, yang penting kau still lelaki straight.
"Hmm, aku bukannya taknak tukar, tapi, kau urus la sendiri, aku malas nak jumpa Dr. Harlina tu, ko taw la, dia tu garang macam mak singa, pandai2 la kau lembutkan hati dia tu dengan muka hensem macho kau tu, kot2 dr tu cair tengok kau"
"Betul ni pik?? Terima kasih sangat2. Kau memang sahabat aku dunia akhirat. Nasib baik kita kat cafe, kalau kt rumah sewa aku dah peluk2 dah kau ni." Ujar Haiqal kepada Capik.
Capik hanya tergelak dengan telatah Haiqal. Capik dah serik dengan perangai Haiqal yang kekadang happy tak tentu pasal. Takpelah, asalkan kau bahagia la Haiqal.
Dalam hati ku, aku cukup gembira sebab akan bersama dengan Hannah dalam assignment ni. 'Ada can la aku nak ngorat Hannah comel tu. Hehe'
Aku tak tahu kenapa aku geram sangat tengok Hannah. Masa kuliah, aku selalu je curi2 tengok dia, aku sengaja duduk kat belakang sekali, supaya aku boleh tengok Hannah. Hannah selalu je duduk depan, so mudah la aku nak stalk. Hehe 'macam stalker dah, nasib baik dia tak perasan aku selalu tengok dia', getus ku dalam hati.
********
Aku lepak di pondok berdekatan dengan taman bunga di kampus ni. Apa yang best tentang kolej ni adalah persekitarannya yang cantik penuh dengan taman bunga, senang nak lepak rehat hilangkan stres. Sedang aku baring bersendirian melayan angin sepoi2 bahasa, Iphone 6 aku berdering. Aku melihat nama yang tertera. ' dan terpaparlah nama Haiqal kat skrin, aku terus menjawab panggilan tersebut.
'Ni mesti nak bagitau aku pasal Dr. Harlina'
"Hello, nape Qal?"
"Wei, aku dah bagitau Dr Harlina, ko nak tau tak ape dia cakap?"
Aku memang dah agak dah ni. " haa, cepat la bagitau, kau ni, straight to the point je lah".
"Okay, aku dah berjaya pujuk Dr Harlina, so its mean that, partner kita dah exchange, yippi, aku happy sangat wei dapat partner dengan Nayla, im looking forward for this moment. At last. Boleh la aku nak ngorat, kau pun, ngorat la Hannah tu, aku tau kau dah lama perhatikan dia kat kuliah"
Amboi Haiqal ni, nasib baik dalam fon, kalau tak aku dah sekeh dah ni, tau2 je aku suka kat Hannah.
"Ah, kau diam la, aku sekeh kang ! Pergila enjoy your time dengan Nayla lepasni, byeeeeee" aku nak tutup call, tetiba Haiqal jerit dari panggilan tersebut.
"Weh, Capik ! Aku lupa, patutnya aku jumpa Hannah petang ni, dia ada wasap aku tadi, nak bincang pasal assignment. Alaa, aku tak berani la bagitau dia, ko gi jumpa dia ek kat tempat parking kete, dalam pukul 3 petang. Ok bye!"
Haiqal putuskan panggilan tersebut tanpa sempat Capik nak balas.
'Kurang hajooo punya Haiqal, aku tak sempat cakap lagi dah tutup'
Apa aku nak cakap dengan Hannah ni, mesti Hannah bengang dengan hal ni. Ahh, aku pergi jumpa dia lah nanti.
'Sekarang dah pukul berapa eh' Capik melihat jam tangan Rolex hadiah daripada papa nya sempena dapat dekan semester lepas. Jam telah menunjukkan pukul 2.55 petang.
'ya Allah, 5 minit lagi nak pukul 3, aku baru je nak lelapkan mata kat pondok ni, aduh, ini lah nasib bila ada kawan macam Haiqal ni'
aku terus bangun dari pangkin dan segera membetulkan baju kemeja warna putih ku yang kusut sebab aku baring tadi.
Jarak dari taman bunga ke parking berdekatan dengan fakulti Undang-Undang agak jauh. Aku sengaja jalan kaki ke taman bunga, nak amek fresh air konon. Sebab tu aku tak bawa kereta walaupun aku tau taman bunga ni jauh dengan fakulti.
Aku pantas berlari menuju ke parking. Aku nampak dari jauh Hannah dah bercekak pinggangg menunggu Haiqal. Jenuh aku nak terangkan semuanya nanti.
Sesudah sampai nya aku kat tempat parking. Hannah melihat ku dengan muka yang agak bingung. Aku lantas menerangkan apa yang terjadi. Tapi aku tak bagitau sebab kenapa Haiqal nak exchange partner.
Aku bercakap dengan nafas termengah-mengah. Hannah kelihatan seperti nak tergelak tengok keadaan aku. 'Nasib baik kau ni cun Hannah, tengok muka kau pun, aku rasa penat aku hilang' getus ku dalam hati.
Lantas Hannah mengajak ku lepak kat Mcdonalds sambil2 borak pasal assignment Dr Harlina. Yang penting, Hannah belanja aku setelah aku buat muka ala2 merajuk tadi. Dan tadi, sempat aku menepis hidungnya dengan jari aku tadi sebab aku geram sangat tengok. Hehe nakal tak aku.
Kami berjalan beriringan ke kereta masing2 dan aku baru perasan yang kereta kitorang sama. 'Eh, Hannah pun pakai Honda Civic Fd, wow ada jodoh ni, hehe, nasib baik warna tak sama' getus ku dalam hati.
(Blue is for Capik)
(Rose gold is for Hannah)
*yeay, Siapa ship Hannah dengan Capik, angkat tangan 🙋🏻♀️ hehe*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro