Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

AKU BUKAN PEMBUNUH 18

"aku berhijrah ke bandar untuk mencari papa korang sambil tu aku mencari pekerjaanku sendiri. apabila aku mendapat pekerjaan dan sumber kewanganku sudah stabil semula barulah aku memulakan plan aku yang seterusnya. aku berusaha mencari papa korang sehinggalah aku mendapat tahu dari media massa bahawa papa korang sudah berjaya menjadi businessman yang kaya raya. bila aku mendapat tahu di mana papa korang berada aku pun mula menyelidiki kehidupan papa korang dengan mendekati kau, emma... tak sangka pula kau terima cintaku dengan mudah padahal aku baru saja dua bulan berkenalan dengan kau...", sambung gilbert tanpa di suruh. "oh... jadi tujuan kau mendekatiku hanya kerana kau ingin menyelidiki kehidupan papaku?... bukannya kerana cinta?", soal emma dengan sedih. "ya... bukan kerana cinta... anyway, its a waste of time if you loved somebody thats doesnt really your type...", balas gilbert dengan wajah selamba. emma menangis sebaik saja dia mendengar jawapan dari mulut pemuda itu. terasa hatinya terluka bagaikan terhiris dengan pisau yang tajam. "ouwh... kau menangis sayang?.... oh... jangan menangislah... aku tak mudah cair dengan tangisan perempuan bodoh macam kau ni...", tutur gilbert seraya menunjal dahi emma dengan jari telunjuknya. "sudah ku duga kau bukannya mencintai kakakku dengan seikhlas hati kau... kau cuma mendekatinya dengan tujuan yang lain... anyway, selain daripada apa yang kau ceritakan sebentar tadi apa lagi menyebabkan kau berdendam sangat dengan papa kami tu, hah?", soal elsa dari tempat duduknya. "ada tiga sebab lain kenapa aku benci papa korang ni. sebab pertama ialah papa korang telah menghancurkan kehidupan mamaku dengan menjadikannya seperti perempuan sundal. sebab kedua pula dia mendera mamaku seperti seekor binatang dan sebab ketiga dia buat mama aku menderita sehinggalah dia terlantar mati di hospital... bagiku papa korang bagaikan seorang manusia yang berhatikan iblis... dia patut di dera sebelum nyawanya melayang di tanganku...", tutur gilbert dengan wajah yang serius. dia mengeluarkan tali pinggangnya. dia ingin melakukan sesuatu ke atas lelaki tua itu tetapi emma terus bersuara, "nanti dulu, gilbert... tolong jangan cederakan papa kami... kasihan dia... sudahlah dia lumpuh janganlah kau tambahkan penderitaannya...", rayu emma dari tempat duduknya.

"apa?... kau merayu padaku supaya aku tidak mencederakan papa kau... oh... what a pity... by the way, aku bukannya lelaki yang mudah termakan pujuk rayu kaulah sayang... kau merayu aku sambil menangis sekali pun aku tidak peduli akan tu semua. yang penting dendamku terbalas.... for your information akulah yang melanggar kereta papa korang sehingga keretanya terjunam jatuh dalam gaung. aku fikir dia sudah mati tapi dia tak mati pula. dia cuma lumpuh saja. sakit betul hatiku tengok papa korang terselamat dari nahas tu tapi tak apa hari ini mungkin dia takkan selamat lagi sebab tidak lama lagi aku akan mencabut nyawanya dengan tanganku sendiri... hahahaha....", tutur gilbert seraya ketawa dengan sadisnya. "gilbert... aku tidak sangka kau akan jadi sejahat ini.. aku fikir kau seorang pemuda yang baik hati sebab itulah aku membalas cinta kau tapi tak sangka pula kau ada niat buruk di sebalik semuanya ini...", tutur emma dalam nada suara yang kecewa. "memang aku mempunyai niat buruk ketika aku mula mula mendekati kau, emma... maklumlah aku dah tahu kau ialah anak tuan lee yang di suatu ketika dahulu telah menghancurkan kehidupan mamaku... aku fikir lebih baik aku menghancurkan kehidupan kau dengan menjadikan kau sebagai perempuan sundalku tapi aku tidak jadi berbuat begitu sebab bukan kau target aku yang sebenarnya. target aku ialah papa korang yang tak guna ni... tapi susah betul untuk aku teruskan plan aku tu sebab korang selalu berada di sampingnya. so aku terpaksalah teruskan plan aku ni dengan menceroboh rumah korang dan bunuh mak cik rita serta jururawat papa korang yang tak guna tu... jadi plan aku sekarang cuma satu... aku nak mendera korang sebelum aku mencabut nyawa korang semua... first of all aku nak dera papa korang sama seperti dia mendera mama aku dulu...", tutur gilbert sambil tersenyum jahat. "oh... janganlah dera papa aku tu... aku merayu pada kau...", sekali lagi emma merayu bagi pihak papanya. "maaf... rayuan kau di tolak...", tutur gilbert seraya menarik keluar tali pinggangnya. perlahan lahan dia melangkah menuju ke arah tuan lee yang terikat dan duduk di atas kerusi rodanya. "bagaimana rasanya di ikat macam ini tuan lee?... kau rasa selesa ke?", soal gilbert sambil merenung ke dalam anak mata lelaki itu. kelihatan kesedihan terbayang di wajah lelaki tersebut. "ouwh... kau rasa sedih ke sebab aku ikat kau macam ni?... oh... jangan sedihlah bangsat... macam ini juga kau ikat mama aku selepas dia merayu pada kau supaya kau berkahwin dengannya... kau fikir aku lupa ke?... oh... aku tak lupa semuanya tu... aku masih ingat lagi kau ikat mama aku di atas kerusi lepas tu kau pukul dia bertalu talu macam dia tu seekor binatang yang tidak berguna depan mata kau... and guess what? aku anaknya akan memukul kau sama seperti kau memukul mama aku tu...", kata gilbert dengan wajah yang serius.

"pakkk!!!!.... pakkkkk!!!!!.... pakkkk!!!!....", kedengaran pukulan demi pukulan di lepaskan ke tubuh tua lelaki tersebut. emma menangis di saat dia melihat papanya di pukul oleh kekasihnya yang tak guna itu. "sudahlah tu gilbert... cukuplah tu... jangan pukul papa aku tu lagi...", jerit emma sambil menangis tapi jeritannya tidak di endahkan. malah gilbert terus menerus memukul papanya. elsa langsung tidak bersuara biar pun dia lihat papanya di pukul dengan teruk oleh gilbert. dalam diam dia merasa sungguh seronok pula apabila dia melihat papanya di pukul orang. entah kenapa tidak ada sekelumit rasa kasihan pun terhadap penderitaan yang di tanggung oleh papanya saat itu. rasa marah pun tidak ada di lubuk hatinya. "elsa... kenapa kau diam?... kenapa kau tidak merayu pada gilbert supaya dia tidak mendera papa kita?...", soal emma dari tempat duduknya. elsa hanya duduk diam. dia tidak bersuara. matanya leka memerhatikan gilbert yang sedang memukul papanya. dia seperti tidak menghiraukan apa yang di katakan oleh emma saat itu. emma merasakan yang dia perlu selamatkan papanya. maklumlah dia lihat tubuh papanya sudah luka sana sini. jadi dia pun berusaha membuka ikatan di tangannya dengan menggesel geselkan tali di pergelangan tangannya di dekat besi belakang kerusi tempat dia duduk. walaupun kulit tangannya hampir melecet akibat geseran tali di pergelangan tangannya namun dia tidak peduli. yang penting dia dapat melepaskan dirinya...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro