Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

AKU BUKAN PEMBUNUH 14

sampai di taman bunga milik arwah mama mereka emma pun terus mengajak elsa duduk di pondok yang terletak di tengah tengah kolam kecil yang terdapat di taman bunga tersebut. mereka duduk di situ sambil memerhatikan mentari petang yang mulai menghilang di sebalik gunung ganang yang terletak nun jauh di sana. "dik... adik masih ingat lagi tak masa kecil kita sering berlari berkejaran di taman bunga ni. adik selalu menyuruh akak menangkap rama rama tak pun pepatung yang terbang di atas bunga sehinggakan akak pun asyik terjatuh gara gara mengejar rama rama dan pepatung tu semua... adik selalu saja ketawa apabila akak jatuh di atas tanah....", emma bersuara sambil cuba mengenang kembali kisah silam di mana dia dan elsa masih kecil lagi. dia ketawa kecil bila mengenangkan semuanya itu. "yeah... aku tak pernah lupa kisah silam tu kak... sebaik saja akak terjatuh papa pun datang lalu dia terus menuduh aku yang menyebabkan akak terjatuh di atas tanah. padahal aku tak buat apa apa pun pada akak masa tu. lepas tu dia pukul aku dengan kayu...", kata elsa dengan wajah yang serius. emma berhenti ketawa apabila dia mendengar perkataan adiknya itu. dia tidak tahu nak cakap apa lagi sebab dia tahu adiknya elsa masih berdendam pada papa mereka sendiri. "adik... janganlah di ingat apa yang telah papa lakukan terhadap diri kau dan juga mama... jikalau adik terus menerus mengingatinya adik akan terperangkap di dalam dendam yang tidak berkesudahan. sebaiknya adik lupakan saja segala kepahitan dalam hidup adik tu dan maafkanlah kesalahan papa tu...", kata emma perlahan lahan.

"cakap tu memanglah senang sebab akak tak pernah mengalami penderitaan yang ku alami selama ini...", tutur elsa separuh geram. "memang betul aku tak pernah mengalami penderitaan yang kau maksudkan tu tapi papa sedang sakit tenat sekarang. kita tidak tahu bilakah masanya Tuhan akan mencabut nyawanya. so sebelum papa pergi meninggalkan kita lebih baik kita meminta maaf dan memberi kemaafan kepadanya supaya apabila dia pergi menghadap ilahi kelak dia akan pergi dengan tenang...", tutur emma dengan lembut. "kakak... jikalau tujuan kakak hanya ingin membahas perkara ini dengan aku lebih baik jangan kak sebab aku tak ada hati nak membahas perkara ini dengan kakak sekarang..", tutur elsa mula merasa jengkel. "dik... kata kata kemaafan itu lebih indah daripada dendam dik... kemaafan boleh melepaskan kita dari belenggu dosa tapi dendam akan menenggelamkan kita di dalam dosa... adik harus ingat jikalau kita ingin hidup bebas dari dosa kita harus saling bermaaf maafan dan saling mengampuni sebab jikalau kita masih berdendam pada seseorang itu ia akan menjadi satu dosa di hati kita dan Tuhan tidak menyukainya...", kata emma cuba memberikan peringatan pada adiknya itu. "maaf kak.... memang dari dulu aku ada terfikir hendak memaafkan kesalahan papa tu tapi setelah mama mati bunuh diri gara gara sikap papa yang teruk itu aku sudah tidak dapat memaafkannya lagi. bagiku papa sudah membunuh mama dalam diam...", kata elsa dengan penuh emosi.

"ya Tuhan... apa yang adik fikirkan tu memang salah lorh... kematian mama sudah di takdirkan jadi begitu jadi janganlah pula kita salahkan papa seratus peratus dalam perkara seperti itu... dik, tolonglah jangan jadi seorang anak yang derhaka... biar pun papa tu teruk macamana sekali pun dia tetap papa kita...", kata emma sambil menggenggam erat bahu adiknya elsa. elsa segera menepis tangan kakaknya emma. "aku tahu kakak membela papa sebab papa sayangkan kakak lebih daripada aku kan... maklumlah kakak tu kan anak kandung papa yang sebenarnya dan aku ni pula anak haram hasil perkongsian mama dengan lelaki lain...", kata elsa dengan wajah yang serius. "apa yang adik cakapkan ni? akak tak cakap macam tu pun pada adik tadi...", kata emma mula tidak senang hati dengan perkataan adiknya itu. "memanglah akak tak pernah berkata macam tu pada ku tapi papa pernah berkata begitu padaku. dia kata aku ni bukan anak kandung dia... aku ni cuma anak haram hasil perkongsian mama dengan lelaki lain semasa ketiadaan papa di rumah... so kesimpulannya aku ni bukan adik kakak yang sebenarnya... aku ni cuma anak...", belum pun sempat elsa menghabiskan perkataannya, emma segera bangun dari tempat duduknya. "sudah!.... cukup!... akak tak mahu mendengar semuanya itu lagi...", cepat cepat emma melangkah pergi dari situ. "eh... akak nak pergi ke mana tu? aku belum habis bercakap lagilah...", laung elsa. namun emma langsung tidak menghiraukan laungannya. dia terus saja melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. elsa kembali duduk di atas bangku kayu sambil menghirup air milo di dalam mugnya....

*** *** ***

malam itu elsa tidak dapat tidur. dia berkalih ke kiri dan kanan. kemudian dia terlentang semula. macam macam cara dia buat untuk melelapkan mata tapi matanya masih juga tidak dapat di lelapkan. perlahan lahan dia bangun lalu dia melangkah keluar dari dalam bilik tidurnya. dia lihat pintu bilik tidur papanya terbuka sedikit. elsa pun mula melangkah menuju ke arah pintu bilik tidur papanya. pintu bilik papanya di buka secara perlahan lahan. kelihatan papanya sedang berbaring di atas katil. dia kelihatan tertidur lena. elsa melangkah menghampiri katil papanya. dia berdiri di dekat katil sambil matanya memerhatikan wajah papanya. tangan papanya yang mulai berkedut sedikit itu di perhatikannya seketika. tangan itulah yang sering memukulnya. tangan itu juga yang sering menampar wajahnya. malah tangan itu pernah mentenyehkan hujung puntung rokok di lengan kirinya. azab derita yang di alaminya semasa dia di dera oleh papanya kembali menghantui dirinya. elsa menutup matanya sambil menggetapkan giginya menahan kesakitan pukulan demi pukulan yang menimpa dirinya. jeritan dan raungan kesakitan kembali bergema di cuping telinganya. segala peristiwa pahit yang di alaminya semasa kecil kembali menghantui jiwanya. semuanya kini terbayang jelas di sudut matanya. ianya bagaikan satu flash back yang muncul secara tiba tiba di depan matanya. "papa... maafkan aku!... maafkan aku!... jangan pukul aku, pa... jangan pukul aku!....", jeritnya kesakitan. namun jeritannya tidak di hiraukan. tuan lee masih juga memukulnya dengan tali pinggang di tangan. "anak tak guna... berapa kali papa cakap pada kau jangan main dalam bilik kerja papa ni tapi kau tak dengar cakap papa...", marah tuan lee sambil memukul tubuh elsa dengan tali pinggangnya. "maafkan aku pa... aku janji aku tak akan main dalam bilik kerja papa ni lagi.... arrgghhhh!... sakit pa!..... sakit!...", jerit elsa kesakitan. "sakit?... kau rasa sakit ke?... biarlah kau rasa sakit sebab kau memang layak di hukum macam ni. inilah akibatnya apabila kau tidak mahu mendengar perkataan papa... kau degil macam mama kau juga.. entah entah apabila kau besar nanti kau akan jadi perempuan murahan macam mama kau juga!....", bentak tuan lee dengan keras sekali. bergegar seluruh tubuh kecil elsa ketika dia di pukul. setelah elsa puas di pukul, papanya pun beredar dari situ. tinggallah elsa seorang diri meratap di dalam kesedihan. tanpa di sedari kelihatan beberapa titisan airmata mengalir perlahan membasahi pipinya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro