AKU BUKAN PEMBUNUH 13
elsa berdiri di balkoni rumah agam papanya sambil menghisap rokok di tangannya. dia berfikir apakah yang akan di lakukannya di rumah agam itu selama dia tinggal di situ. sudahlah kakaknya emma tidak membenarkan dia menjaga papanya jadi apa lagi yang dia harus lakukan di dalam rumah itu?... dalam diam dia mengeluh sendirian. dia tidak tahu kenapa kakaknya emma tiba tiba saja mengambil jururawat peribadi itu sedangkan dia sudah bertekad hendak menjaga papa mereka yang tak guna tu. ketika dia sedang berfikir seorang diri di situ tiba tiba dia lihat kakaknya emma sedang melangkah keluar menuju ke halaman rumah dengan di temani oleh kekasihnya, gilbert. mereka sedang berjalan berpimpin tangan sambil berbual bual....
"kenapa sayang nampak sedih aje ni? whats wrong?"
"aku sedihlah... adik aku tu tidak mahu bercakap dengan aku hanya kerana aku mengupah jururawat baru untuk menjaga papa..."
"oh... begitu... jadi dia langsung tak nak bercakap dengan kau sekarang?"
"yalah.... aku nak ajak dia berbual dengan aku tapi dia buat tak tahu pula.... sebenarnya sudah lama aku ingin berbual bual dengan adik aku tu... maklumlah sudah bertahun lamanya kami tidak bertemu tapi bila kami bertemu semula dia tak nak berbual dengan aku pula... aku betul betul merasa susah hati apabila memikirkan semuanya ni..."
"janganlah kau terlalu memikirkannya... kau patut bagi dia masa untuk menenangkan fikirannya dahulu. apabila dia sudah tenang barulah kau ajak dia berbual bual dengan kau...."
"oh baiklah... apa apa pun thanks sebab kau sudi mendengar keluhanku ini..."
"its okay... its a small matter... anyway, i've gotta go now... if you need me just call me okay?
"okay..."
gilbert mula melangkah menuju ke keretanya dengan di iringi oleh kekasihnya emma. "just take of yourself, okay?...", gilbert mencium dahi emma. kemudian dia melangkah masuk ke dalam keretanya.
emma melambaikan tangannya setelah kereta kekasihnya meluncur pergi dari situ. elsa masih lagi berdiri di balkoni. dia lihat kakaknya emma mula melangkah menuju ke rumah semula. ketika itulah pandangan mereka bertamu. elsa pantas beredar dari balkoni yang sunyi sepi itu. dia melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. pintu bilik tidurnya di kunci rapat. dia berbaring di atas katilnya. perkataan kakaknya masih terngiang ngiang di cuping telinganya. "yalah.... aku nak ajak dia berbual dengan aku tapi dia buat tak tahu pula.... sebenarnya sudah lama aku ingin berbual bual dengan adik aku tu... maklumlah sudah bertahun lamanya kami tidak bertemu tapi bila kami bertemu semula dia tak nak berbual dengan aku pula... aku betul betul merasa susah hati apabila memikirkan semuanya ni...", ianya terus bergema di cuping telinganya bagaikan pita rakaman yang di pasang berulang kali. memang tidak di nafikan kakaknya emma sering mengajaknya berbual bual dengannya sejak dari kecil lagi. kakaknya emma memang seorang yang suka berbual bual. manakala dia pula menjadi pendengar setia celoteh kakaknya. setiap kali mereka pulang dari sekolah kakaknya emma pasti akan bercerita padanya tentang keadaan dia ketika dia berada di sekolah hari itu. jika kakaknya ada masalahnya dia akan meluahkannya pada elsa. pendek kata elsa menjadi tempat untuk kakaknya meluahkan perasaan. walaupun begitu elsa tidak pernah mengeluh di saat kakaknya meluahkan masalah peribadi padanya. dia menjadi pendengar setia yang lebih suka berdiam diri.
walau pun dia mempunyai masalah peribadi tetapi dia tidak suka meluahkan masalahnya itu secara terperinci pada kakaknya. dia lebih suka berdiam diri dan menyendiri. memang dari kecil lagi dia seorang yang perahsia. cuma ada masanya dia bersuara apabila dia merasa tidak mampu lagi menghadapinya. itu pun setelah dia merasa cukup tertekan. dia masih teringat lagi bagaimana dia menangis seorang diri di bawah meja setelah papanya memukul dia gara gara dia tidak menyahut panggilan papanya. setelah dia puas di pukul dia bersembunyi di bawah meja dapur sambil menangis. kakaknya emma terus datang mencarinya sebaik saja dia balik dari menghadiri kelas tuitionnya pada petang itu. "adik elsa... kau di mana?.... kakak dah balik ni...", kedengaran suara kakaknya memanggil namanya tapi elsa tidak menyahut. dia menangis tanpa suara di bawah meja makan tersebut. "adik elsa.... adik kat mana ni?.... adik!....", berkali kali dia memanggil elsa tetapi elsa tidak menyahutnya. kelihatan sepasang kaki milik kakaknya emma melangkah masuk ke ruang dapur itu. dia seperti mencarinya di situ pula. "adik elsa!...", panggilnya sekali lagi. elsa masih menangis sendirian di bawah meja. tiba tiba, "oh... di sini rupanya kau dik....", emma bersuara seraya menjengah di bawah meja makan yang besar itu. dia terus merangkak di bawah meja lalu dia duduk di sebelah elsa. "adik elsa... kenapa ni?... kau menangis lagi?... papa pukul kau ke?", soal emma seraya memandang wajahnya. elsa hanya menganggukkan kepalanya. "ouwh... kasihan adik akak ni... kenapa papa pukul adik?.... papa mabuk lagi ke?", soal emma ingin tahu. elsa diam membisu. dia tidak menjawap. "kenapa adik diam ni?... bukankah kakak sudah cakap kalau adik ada masalah luahkannya saja pada kakak tapi ini tidak... adik diam saja.... sampai bila adik berdiam diri macam ni?.... kakak merasa susah hati bila tengok adik macam ni tau...", tutur kakaknya emma. tanpa bersuara elsa pun terus memeluk kakaknya. dia menangis teresak esak. kakaknya emma memeluknya erat erat. tiba tiba, "tuk.... tuk... tuk.....", kedengaran pintu bilik tidurnya di ketuk orang dari luar pintu. elsa terus tersedar dari memori silamnya.
"siapa tu?", soal elsa dengan suara yang bergetar. "kakak ni... tolong buka pintu ni...", kedengaran suatu suara di sebalik pintu bili tidurnya itu. cepat cepat elsa bingkas bangun dari atas katilnya. pintu bilik tidurnya di buka. kelihatan kakaknya emma sedang berdiri di muka pintu sambil memandang wajahnya. "akak nak ajak kau minum petang bersama akak... akak ada bawa minuman untuk kau...", kata emma sambil tersenyum lebar. kelihatan dua mug milo panas di tangannya. elsa menganggukkan kepalanya. perlahan lahan dia mencapai mug berisi milo di tangan kanan kakaknya. "apa kata kalau kita pergi minum sama sama di taman bunga arwah mama?.... kita boleh berbual bual kat sana...", ajak emma. "okay, no problem...", balas elsa mula tersenyum. emma tersenyum riang sebaik saja adiknya bersetuju dengan ajakannya. dia tahu elsa tidak lagi marah padanya. "lets go... theres so many thing i wanna share with you...", tutur emma dengan riang sekali. mereka berdua mula melangkah menuruni anak tangga yang banyak itu. dalam diam elsa terkenangkan memori silamnya di mana kakaknya emma sering saja mengajak dia bermain di taman bunga milik arwah mama mereka di belakang rumah agam tersebut. rupa rupanya kakaknya masih juga begitu. dalam erti kata yang lain sikap kakaknya tidak pernah berubah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro