Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 9

PAKAR psikiatri berbangsa India itu memandang Lyssa sedalam-dalamnya sebelum dia menghela nafas panjang.

"Macam mana dengan Lyssa, doktor?" tanya Safina. Rasa panasaran tak dapat ditahan. Sedari tadi dia setia menemani Lyssa. Pelbagai ujian telah dijalani Lyssa dan setiap satu itu buatkan dirinya terus-terusan dijentik rasa ingin tahu.

"Lyssa ada RA. Retrograde Amnesia," kata Dr. Kareena pendek sebelum dia lanjutkan penjelasannya. Cuba menggunakan bahasa Melayu seringkas-ringkasnya dan mengelak seboleh mungkin daripada menyebut sebarang jargon.

"RA terjadi apabila awak tak boleh akses kejadian-kejadian lepas. Menurut Ribot's Law, selalunya memori terbaru awak yang akan terjejas sementara memori-memori lama selalunya selamat. Awak boleh lupakan one specific memory ataupun lebih general. The latter, we call it as resembling generic amnesia."

"Ada banyak punca RA jadi sebenarnya. Strok boleh jadi puncanya. Kalau otak kiri awak kena strok, awak boleh hilang short-term memory capabilities awak. Kalau otak kanan kena strok, awak boleh ingat beberapa kejadian tapi awak keliru dengan details kejadian tu. Selain itu, sawan, minum arak terlalu banyak, ubat-ubatan, head injuries..."

"Hah. Head injuries. Saya jatuh kat Ledang. Mungkin kepala saya terhantuk kat mana-mana. Mungkin sebab tu saya ada RA," cantas Lyssa seraya mengaitkan frasa head injuries dengan RA walaupun sejujurnya, tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulut Dr. Kareena yang difahaminya.

Ribot? Tak. Dia tak kenal siapa Ribot. Robot, Lyssa tahulah.

Kepala Dr. Kareena menggeleng sebagai bentuk penafian.

"I would name emotional shock. Or traumatic events as the cause. Otak kita ni powerful. Untuk elakkan kita daripada disakiti, dia tolong block memori tu. Setakat ni, masih belum ada actual cure untuk RA. Tapi katakanlah awak melalui peristiwa yang sama ataupun awak jumpa seseorang yang berkaitan dengan peristiwa tu, ia boleh 'jog' ingatan awak. Sekali gus percepatkan rate awak untuk dapatkan semula that lost memory," kata Dr. Kareena bernada yakin.

Baik Lyssa mahupun Safina, air muka kedua-duanya sudah berubah. Menjadi keruh.

Untuk Safina... Dia mengerti apa yang disampaikan Dr. Kareena.

Manakala untuk Lyssa pula... Dia bingung.

"Apa kaitan RA dengan suara-suara tu, doktor? Itu salah satu simptomnya? Orang yang ada amnesia memang boleh dengar suara-suara tu ke?"

Berlapis-lapis dahi Lyssa apabila akalnya mempertikaikan apa yang diberitahu Dr. Kareena.

Senyuman tersungging di hujung bibir Dr. Kareena. Mata Dr. Kareena tertumpu pada Safina.

"Cik Safina, boleh tak awak tinggalkan kami berdua? Sebab semuanya yang akan kami bincangkan lepas ni ialah confidential. Cuma doktor dan pesakit aje boleh dengar," kata Dr. Kareena sopan.

Safina akur, dia berlalu pergi tanpa banyak soal. Tinggallah Lyssa dan Dr. Kareena berdua. Dr. Kareena pandang Lyssa yang sedang menggigit bibir bawahnya.

"Sekarang tinggal kita berdua aje. You can tell me everything. Jangan rahsiakan apa-apa," ujar Dr. Kareena. Kali ini bernada lebih lembut dan berupa personal. Tak lagi bangkitkan perihal Retrograde Amnesia. Cukuplah setakat tadi.

"Saya selalu dengar orang panggil saya lepas saya jatuh kat Ledang. Mula-mula saya ingatkan saya yang berkhayal. Mungkin juga tiba-tiba saya jadi narcissist yang gilakan nama sendiri. Tapi tadi... Tadi saya betul-betul takut. I could feel someone's presence but no one was there. Saya rasa orang tu..."

"Lyssa..."

"Ah!" Sekali lagi Lyssa menjerit apabila namanya dipanggil. Suara itu datangnya daripada sebelah kirinya tetapi seperti biasa, tiada orang di situ.

"Doktor dengar tak? Ada orang panggil saya lagi. Kenapa dengan saya ni, doktor? Saya dah gila ke?"

Lyssa mula merengek di depan Dr. Kareena. Air mata jatuh berjuraian, keberanian juga hilang entah ke mana.

Dr. Kareena tak pula terkejut dengan respons Lyssa. Dia bangun dari duduknya dan mula menghampiri Lyssa. Tubuh Lyssa yang menggigil itu ditariknya ke dalam dakapan lalu belakang Lyssa digosok perlahan.

"Sabar, Lyssa. Awak tak gila," pujuk Dr. Kareena lembut.

"Kalau saya tak gila, kenapa saya dengar suara tu?"

"Jangan nangis. Cuba tarik nafas dalam-dalam dulu," arah Dr. Kareena.

Lyssa akur. Ditariknya nafas sedalam-dalamnya.

"Okey, hembus."

Sekali lagi Lyssa akur.

"Setiap kali awak nervous ataupun emosi awak tak stabil, tarik nafas dalam-dalam." Sempat Dr. Kareena berpesan.

"Awak dah ready ke? Boleh saya mula jelaskan sekarang?" tanya Dr. Kareena lembut. Lyssa yang terasa lebih tenang mengangguk perlahan. Bibir Dr. Kareena sempat membentuk senyum.

"Lyssa..."

"Lyssa..."

Tubuh Lyssa menggigil lagi bila namanya dipanggil suara itu. Dia pandang Dr. Kareena, berharap doktor itu dapat membantunya. Air mata Lyssa jatuh ke pipinya.

"Tolong..."

"Tolong..."

"Jangan takut..."

"Jangan takut..."

Dan kali ini perasaan Lyssa sudah tidak dapat digambarkan lagi. Mahu tersembul keluar anak mata Lyssa saat itu. Macam mana...

"Saya faham perasaan awak, Lyssa," kata Dr. Kareena perlahan.

"Tapi... Macam mana... Macam mana doktor tahu? Apa yang... Suara tu cakap..." Gagap Lyssa dibuatnya. Bingung. Keliru. Kali ini mata dan telinganya tidak menipu. Apa yang suara itu bisikkan padanya, Dr. Kareena ulang dengan tepat sekali. Tiada sepatah perkataan pun yang berbeza.

Dr. Kareena masih tenang di tempatnya, tangannya menepuk bahu kiri Lyssa pula.

"Saya sama macam awak. Saya boleh dengar apa yang awak dengar. Dan apa saja yang saya akan beritahu lepas ni, bukan lagi berdasarkan sains ataupun medik."

"WAKTU umur saya lima tahun, saya dah mula dengar suara tu."

Terkelip-kelip mata Lyssa mendengar angka yang kecil itu. Lima tahun? Bagaimana Dr. Kareena boleh menerima kelebihannya itu sedangkan dia yang berumur 20 tahun masih lagi menjerit persis anak kecil? Lyssa memasang telinga, berminat untuk mengetahui kisah hidup Dr. Kareena.

"Saya tak terbabit dengan accident atau apa-apa pun. Itu memang kelebihan saya. Mula-mula saya selalu mengamuk, terjerit-jerit. Jiran-jiran semua cakap saya gila. Parents saya kurung saya. Mungkin sebab mereka malu ataupun mungkin mereka risau saya cederakan diri saya sendiri," cerita Dr. Kareena.

Lyssa setia mendengar.

"Sepanjang saya kena kurung, suara-suara tu selalu ada. Lama-lama saya jadi terbiasa. Saya mula berbual dan berkawan dengan mereka. Awak tak rasa ke lebih baik berbual dengan mereka daripada berbual dengan manusia yang banyak menipu?"

Soalan itu buat Lyssa terkial-kial sendiri. Akalnya langsung tak dapat jana sebarang jawapan.

"Thanks to them, saya tak rasa sedih sangat. Saya mula kawal diri. Saya tak berbual dengan mereka depan parents saya. Bila parents saya tengok saya dah okey, saya dilepaskan. Awak tahu tak, Lyssa. One of them said this to me, you are beyond special. Hati saya rasa terpujuk. Sekurang-kurangnya saya ada satu kelebihan yang orang lain tak ada. Tapi sekarang ni kita dah jumpa, nampaknya saya tak keseorangan lagi."

Dr. Kareena mengakhiri ceritanya dengan senyuman di bibir. Ketara barisan giginya yang rata dan putih itu. Menambahkan lagi kecantikan yang dimiliki Dr. Kareena.

Lyssa masih termangu, akalnya memproses apa yang diceritakan Dr. Kareena. Cekalnya hati pakar psikiatri di depannya ini. Meski rupanya bersahaja, ternyata ada kisah duka yang tersimpan setelah sekian lama.

"Tapi... Saya tak seberani doktor," balas Lyssa pendek sekaligus mengakui kelemahannya.

"Mula-mula aje ni. Nanti awak okeylah. Jangan risau, mereka tak boleh apa-apakan kita. Awak cubalah dengar sekali apa yang dia nak cakapkan. Saya rasa sebelum ni dia cari awak," kata Dr. Kareena, merujuk kepada suara yang kerap memanggil Lyssa itu.

Dahi Lyssa berkerut.

"Macam mana doktor tahu? Kenapa dia cari saya? Kenapa dia tak minta tolong doktor aje?"

"First time awak datang ke hospital ni dengan Safina, kita pernah berselisih jalan. Waktu tu saya dengar dia panggil awak dan bila saya toleh, saya tahu awak pun ada kebolehan yang sama macam saya. Mungkin dia asyik panggil awak sebab dia harap awak yang tolong dia selesaikan masalah ni. Saya pun tak pasti," jawab Dr. Kareena.

"Tapi sampai bila? Kenapa tiba-tiba saya boleh dengar? Maksudnya, nanti ada chance untuk saya tak dengar lagi suara-suara tu? Suara-suara tu sebenarnya hidup lagi ke? Ataupun dia orang dah mati?"

Bertubi-tubi soalan yang Lyssa lontarkan. Hanya kepada Dr. Kareena tempat dia bertanya memandangkan mereka berdua memiliki kebolehan itu.

"Untuk awak, saya tak pasti. Tapi untuk saya, saya boleh dengar suara orang yang hidup dan juga orang yang mati."

Jawapan Dr. Kareena mencipta satu soalan lain pula.

"Tapi kenapa orang yang hidup..." Tergantung ayatnya bila Lyssa kehilangan kata-kata.

"Ada orang yang masih hidup tapi fizikal dia tak berfungsi macam biasa. Or should I say, they are in a state of coma?"

"Ah," pendek sahaja jawapan Lyssa.

Tak boleh tidak, hatinya terasa lebih tenang selepas berbual dengan Dr. Kareena. Ada baiknya Safina tiada di sini. Jika tidak, pastinya Safina akan menuduh Dr. Kareena gila juga.

Dr. Kareena menarik tangan Lyssa lalu menggenggamnya erat. Ada pesanan yang harus dia berikan sekaligus mengakhiri pertemuan mereka. Lyssa yang seakan-akan mengerti niat Dr. Kareena diam, menanti kata-kata yang akan dituturkan Dr. Kareena.

"Jangan abaikan mereka. Kita kena tolong selagi kita mampu. Awak kena berani. Kita ni insan istimewa. Beyond special. Saya faham awak perlukan masa tapi janganlah ambil masa lama sangat. Kesian mereka yang tunggu awak tu..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro