Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5

DARIPADA berbaring, Yuskhairi duduk bersila pula. Mata tertumpu pada Lyssa yang khusyuk menyiapkan kerjanya. Muka cemberut dipamer.

"Kenapa? Bosan?" tanya Lyssa bersahaja. Yuskhairi pantas mengangguk. Tangan menarik komputer riba Lyssa untuk mencuri perhatiannya. Ternyata Yuskhairi berjaya apabila sepasang mata Lyssa kini tertumpu padanya.

"Bagilah balik laptop aku. Aku nak siapkan kerja ni," kata Lyssa perlahan.

Yuskhairi menggeleng.

"Aku bosanlah. Temankan aku pergi somewhere," ajak Yuskhairi tapi pantas ditolak Lyssa.

"Tak nak. Aku nak hantar petang ni juga even deadline sebenarnya minggu depan. Esok aku dah pergi Ledang, aku takut balik dari Ledang nanti aku tak larat buat," jelas Lyssa sambil menarik semula komputer ribanya daripada tangan Yuskhairi. Jemari kembali berlari di atas papan kekunci. Fokus benar Lyssa dengan kerjanya.

Air muka Yuskhairi berubah. Bukannya kerana marah. Tetapi kerana terpaksa mengalah. Sudahnya, Yuskhairi berbaring semula. Lengan dijadikan bantal lalu mata dipejam.

Beberapa minit kemudian, pergerakan Lyssa terhenti. Anak mata diarahkan pada seraut wajah milik Yuskhairi.

"Aku terfikir..."

Mata Yuskhairi dicelikkan. Dua patah perkataan yang diungkap Lyssa buatkan dia panasaran sendiri. Apa yang difikirkan Lyssa? Apa yang mahu dia katakan?

"Aku tak tahu kau ada sense of responsibility ataupun kau terasa ada urge untuk jaga aku sejak kes orang mabuk tu ataupun..."

"Ataupun apa?" tanya Yuskhairi apabila bicara Lyssa jeda.

"Ataupun... Kau sebenarnya obsess dengan aku?" tanya Lyssa dengan mata dicerunkan.

Semerta Yuskhairi cemikkan bibir.

"Obses? Kau ingat aku ni psychopath ke?"

"Tak adalah. Aku cuma tanya aje."

Lyssa menjawab perlahan sebelum dia menarik muncungnya. Ke situ pula Si Yuskhairi ni. Tak boleh bawa bergurau langsung! Mata Lyssa kembali tertumpu pada skrin komputer ribanya tetapi sindiran Yuskhairi berjaya buatkan anak mata Lyssa kembali tertancap padanya.

"Tapi kau banyak cakap kan, sekarang? Dulu bukannya kau diam aje ke?"

Kata-kata Yuskhairi ada benarnya. Pada awal pertemuan mereka dahulu, Lyssa langsung tak berani melawan Yuskhairi. Setiap kali Yuskhairi berkeras mahu menghantar Lyssa pulang, Lyssa terpaksa akur.

Setiap kali Yuskhairi minta Lyssa temaninya ke mana-mana, Lyssa ikutkan saja. Semuanya gara-gara baran lelaki itu. Ditambah pula dengan luka-luka di muka dan tangannya. Menakutkan!

Tapi kini... Lyssa bukan saja berani menjawab dan melawan, bahkan dia sudah berani menolak ajakan Yuskhairi.

"Kan aku dah cakap, aku dah tak takut dengan kau sekarang," kata Lyssa, mengingatkan Yuskhairi.

"Mak kau suka tak jam tu?"

Baru Lyssa teringat untuk bertanya. Kalau mak Yuskhairi tak suka, sepuluh jarinya disusun untuk meminta maaf. Tapi kalau mak Yuskhairi suka, baguslah.

"Suka aje. Aku nak tidur. Malam tadi aku tak dapat tidur langsung. Kejut aku bila kau dah siap. Aku hantar kau balik," kata Yuskhairi yang sudahpun pejamkan matanya semula.

Lyssa diam. Tak berikan persetujuannya mahupun menolak. Seraut wajah Yuskhairi tak lepas dari tatapannya. Lama.

Yakin Yuskhairi sudah lena dibuai mimpi, perlahan-lahan Lyssa letakkan komputer ribanya ke tepi. Punggung diangkat sedikit dan dilabuhkan semula di sisi Yuskhairi.

"Kau ada masalah apa? Kenapa kau tak boleh tidur?" tanyanya perlahan.

Dahi Yuskhairi yang tertampal plaster itu dipandang dengan hati berat. Semalam dahi itu kosong tanpa hiasan plaster tetapi hari ini ada pula. Mata Lyssa jatuh pada siku Yuskhairi, beralih pada lengan kekarnya dan juga buku jarinya. Tanpa sebarang sebab yang pasti, hatinya rasa dihiris. Dan tanpa sebarang sebab yang pasti, Lyssa berharap dia boleh padam semua kesakitan yang dirasai tubuh Yuskhairi.

Lyssa lepaskan keluhan berat. Meski dia tak tahu latar belakang Yuskhairi, tak dapat dia tahan diri daripada tertanya-tanya identiti lelaki itu. Baikkah dia? Ya, layanan Yuskhairi walaupun tampak kasar namun tetap Lyssa rasakan dia seorang yang baik. Tapi... Kalau dia baik, kenapa dia selalu bergaduh?

Dan kenapa hati Lyssa berkeras menolak gelaran lelaki jahat walaupun dia sudah saksikan sendiri sisi baran Yuskhairi?

"Siapa kau sebenarnya?" tanya Lyssa lagi.

Sepi. Tiada jawapan diterima daripada Yuskhairi. Di luar sedar, bibir Lyssa sudah melirik senyum. Hatinya tercuit melihatkan wajah polos Yuskhairi yang sedang lena itu.

"Lyssa..."

Satu suara menyusup masuk ke telinga Lyssa. Sepantas kilat matanya terbuntang besar.

Itu bukan suara Yuskhairi! Itu...

"Ni bunga untuk awak," kata Fitri seraya meletakkan sekuntum bunga ros merah di atas komputer riba Lyssa.

Lyssa jadi gelabah sendiri. Sempat dia kerling Yuskhairi yang masih lagi berbaring sebelum Lyssa melompat keluar dari gazebo.

"Fitri. Awak buat apa kat sini?" tanyanya separa berbisik.

"Bagi awak bungalah," jawab Fitri polos. Ada senyuman di bibir Fitri. Senyuman yang tak menyenangkan hati Lyssa sama sekali.

"Kan saya dah cakap, jangan bagi saya bu..."

Dan apa jua yang hendak Lyssa katakan hilang begitu saja apabila satu suara mencelah.

"Kenapa kau bagi dia bunga tu?" tanya Yuskhairi dalam nada keras. Mahu gugur jantung Lyssa dibuatnya! Entah bila lelaki itu berdiri di belakangnya, Lyssa tak tahu. Lyssa pandang Yuskhairi dengan mata terbeliak.

"Sebab..."

Mata Lyssa tertumpu pada Fitri pula.

"Aku suka Lyssa."

Rahang Lyssa terasa mahu jatuh. Semangat? Usah ceritalah. Dah terbang entah ke mana!

Amarah menggelegak di dalam diri Yuskhairi. Belum sempat akalnya menghalang, tangan Yuskhairi sudah terlebih dahulu melepaskan sebuah tumbukan di pipi Fitri.

"Ya Allah!"

Lyssa terjerit melihat adegan itu. Bertambah-tambah terkejut apabila Yuskhairi masih setia melepaskan tumbukan demi tumbukan. Fitri pula tidak mahu kalah. Dia bertindak melawan Yuskhairi.

Satu sepakan kuat dilayang ke perut Yuskhairi hingga Yuskhairi terdorong ke belakang. Di kesempatan itu, Fitri lepaskan sebuah tumbukan ke pipi Yuskhairi.

Wajah kedua-duanya sudah berubah menjadi bengis!

Tak sampai beberapa minit, mereka sudah dikerumuni orang. Pergaduhan di antara Yuskhairi dan Fitri benar-benar menarik minat mereka. Safina yang kebetulan berada di situ segera menghampiri Lyssa.

"Kenapa ni?" tanya Safina.

"Dia orang... Bunga..."

Kalut Lyssa beritahu kata kunci. Akalnya tak mampu merangka sebarang ayat lengkap tika ini.

Dua patah perkataan itu sudah memadai untuk Safina tahu punca pergaduhan Yuskhairi dan Fitri. Safina atur kakinya mendekati mereka. Langsung tak gentar kalau-kalau dirinya akan menjadi mangsa mereka.

Yuskhairi genggam kolar baju Fitri. Tangan diangkat. Yuskhairi sudah bersedia untuk melayangkan penumbuk seterusnya namun...

Pergelangan tangannya terasa dipegang kejap oleh seseorang. Bertambah menyinga Yuskhairi tika itu. Ingin dia hamburkan makian pada insan yang berani menghalangnya tapi tiba-tiba dia kehilangan modal bicara.

"Stop it. You don't want to do this," kata Safina keras.

Melihatkan itu, beberapa orang pelajar lelaki segera masuk campur. Dua orang menarik Yuskhairi manakala dua orang lagi menarik Fitri. Agar jauh dari masing-masing.

"Lepaskan aku. Lepaskan aku!"

Yuskhairi cuba meronta tetapi Sahir pula datang untuk menahannya.

"Dahlah! Kau dah gila ke?! Stop it!"

Safina menengking Yuskhairi. Automatik tubuh Yuskhairi pegun, seolah-olah patuh pada Safina. Sahir pula menepuk-nepuk bahu Yuskhairi untuk menenangkannya.

Maria yang sedari tadi menjadi pemerhati segera mendekati Yuskhairi. Amarah dihamburkan tanpa menunggu lama.

"Awak ni kenapa, Yuskhairi? Memang nak jadi samseng ke?! Saya akan repot awak, biar awak kena buang daripada kolej ni!" kata Maria lantang.

Yuskhairi menyengih. Tangan sudah menepis tangan lain yang menyentuh tubuhnya.

"Buatlah. Kak Maria pun memang dah lama tunggu saya kena buang kolej, kan? Bukannya saya tak perasan yang Kak Maria selalu cari salah saya," sela Yuskhairi.

Air muka Maria masih sama seperti tadi, langsung tak terkesan dengan kata-kata Yuskhairi. Fitri dikerling lewat ekor mata. Yuskhairi berpatah balik ke gazebo tetapi langkahnya diiringi Sahir dan dua pelajar lelaki tadi. Barangkali bimbang Yuskhairi akan bertindak gila lagi.

"Aku nak ambil beg akulah," katanya kasar.

Beg dicapai lalu Yuskhairi mengatur langkahnya menuju ke pagar utama kolej. Safina segera mengejar Yuskhairi manakala Lyssa pula terkial-kial mengambil komputer riba dan begnya.

"Saya minta maaf, Fitri. Saya minta maaf." Tertunduk-tunduk Lyssa meminta maaf kepada semua orang di situ. Darah di mata dan bibir Fitri buatkan rasa kasihannya melaut namun untuk saat ini, dia lebih risaukan Yuskhairi.

"Kau okey tak ni?" tanya Safina yang masih membuntuti Yuskhairi. Tiada jawapan diterima maka Safina tarik tangan Yuskhairi dengan kuat hinggakan langkahnya terhenti. Pipi Yuskhairi yang mulai biru, Safina usap lembut.

"Kau kena pergi hospital ni..."

"Aku temankan dia," kata Lyssa yang muncul dari belakang. Cepat-cepat Safina tarik tangannya. Lyssa mara beberapa tapak lalu berdiri di antara Yuskhairi dan Safina. Sengaja. Agar Safina tak boleh pandang ataupun sentuh Yuskhairi sekali lagi.

"Aku. Temankan. Dia," ulangnya. Bernada keras.

Kesepian menyelubungi mereka bertiga untuk beberapa saat sebelum dengusan kasar Yuskhairi kedengaran. Kaki diatur menuju ke kereta lalu tubuh diboloskan ke dalam. Lyssa juga.

Sewaktu kereta bergerak meninggalkan kawasan kolej, pandangan Lyssa melekap pada cermin sisi. Dilihatnya Safina masih berdiri di tempat tadi, menghantar pemergian mereka dengan anak matanya.

Mereka? Salah.

Mata Lyssa tertancap pada Yuskhairi.

Kenapa Saf tengok kau macam tu, Yuskhairi?

Soalan yang ingin dia ajukan pada Yuskhairi, dilontar dalam hati.

"DAH sampai. Turunlah," kata Yuskhairi sebaik saja kereta yang dipandunya berhenti di luar vila Lyssa.

Lyssa diam, tidak berganjak dari tempatnya. Hanya memandang Yuskhairi dengan seribu satu rasa. Sewaktu dia menemani Yuskhairi mendapatkan rawatan di klinik tadi, mata Lyssa jatuh pada bekas-bekas luka di badan Yuskhairi. Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya hati seorang Nur Lyssa melihatkan itu semua.

"Yus... Yusk..."

Tawa Yuskhairi meletus tiba-tiba. Kedengaran sumbang tapi penuh sinis. Tangan kanan memegang perutnya yang terasa tegang dek tawanya itu.

"Lyssa, kau... Tak pernah sebut nama penuh aku," katanya.

"Hah?" Dahi Lyssa berlapis.

"Aku tahu kau susah nak sebut nama aku. Setiap kali kau nak sebut nama aku, kau mesti stop kat Yus tu. Kau bukannya panggil aku Yus. Kau memang nak sebut nama penuh aku tapi kau tak boleh." Yuskhairi terus menyuarakan apa yang dia fikirkan sejak setahun lepas. Dia bukannya bodoh untuk terlepas pandang perkara seremeh ini.

Serba salah Lyssa jadinya. Ingin menafikan, Lyssa juga sedar tiada gunanya. Akhirnya Lyssa putuskan untuk mengubah topik.

"Tapi kenapa kau buat macam tu? Kenapa kau pukul Fitri?"

"Kau boleh sebut nama dia senang aje tapi nama aku..." Suara Yuskhairi jadi semakin kendur namun anak matanya pula memandang tepat ke anak mata Lyssa. Redup. Mendamaikan. Tapi itu yang Yuskhairi rasakan. Siapa tahu rahsia yang tersimpan di sebalik mata Lyssa itu? Entahkan menggunung rasa jelak Lyssa pada Yuskhairi!

"Kau suka dia ke, Lyssa? Kau suka dapat bunga tu?" tanya Yuskhairi dengan seribu satu rasa.

Sebenarnya, dia tahu Fitri sudah berkali-kali hadiahkan bunga pada Lyssa. Setiap kali Lyssa buang ros merah itu ke dalam bakul sampah, setiap kali jualah Yuskhairi ambil dan genggam hingga setiap kelopak tercabut. Baru puas hatinya.

"Tak! Aku tak suka dialah!" jawab Lyssa tanpa berfikir panjang. Untuk apa dia membuang masa fikirkan jawapan kepada soalan yang sememangnya dia sudah sedia maklum?

"Lyssa... Aku nak buat macam mana sekarang ni?"

Yuskhairi bertanya lirih.

"Soalan kau tadi. Mula-mula aku memang jaga kau sebab aku rasa aku ada tanggungjawab kat kau. Aku rasa aku kena protect kau. Tapi tadi..."

Bicara Yuskhairi jeda seketika. Bibir bawah, Yuskhairi gigit sebelum dia sambung bicaranya.

"Macam mana kalau aku betul-betul obses dengan kau? Sampaikan aku tak nak jauh daripada kau dan aku tak nak mana-mana lelaki pun pandang kau?"

Sejujurnya, dia dapat rasakan perasaannya berbeza berbanding kes Raziq. Waktu itu, Yuskhairi benar-benar risaukan keselamatan Lyssa. Itu sahaja. Tetapi hari ini, Yuskhairi dapat rasakan ada sebab lain yang membuatkan dirinya bertindak segila itu. Ayat 'sebab aku suka Lyssa' yang diungkapkan Fitri berjaya buatkan kemarahannya memuncak.

"Aku sedar sekarang. Aku suka kau, Lyssa."

Kejung terus tubuh Lyssa mendengarkan itu. Mata tertumpu pada sepasang anak mata milik Yuskhairi. Mata yang memancarkan api kemarahan di depan Fitri kini sedang memandangnya lembut. Ada sinar di mata Yuskhairi.

"Aku suka kau. Sebab tu aku nak selalu ada dengan kau. Aku tak boleh dan takkan lepaskan kau pergi. Tak kiralah dalam real life atau dalam mimpi kau, aku tetap akan kejar kau. Kalau aku jadi hantu sekalipun, aku tetap akan cari kau. Jadi, kau pun janganlah lari daripada aku. Sebab aku betul-betul sukakan kau," ucap Yuskhairi meluahkan isi hatinya. Kini dia sedar, nama Lyssa sudah terpahat pada sekeping hatinya. Tak ada gunanya dia cuba nafikan!

Akal yang mencerna bicara Yuskhairi namun hati Lyssa pula meresap masuk setiap patah perkataan yang diungkap Yuskhairi. Ditambah pula dengan pandangan lunak Yuskhairi... Dapat Lyssa rasakan satu perasaan mulai memekar dalam hatinya.

Seketika, Lyssa dapat rasakan dirinya terbuai-buai.

Tetapi...

Tok-tok!

Tingkap kereta diketuk dari luar. Lyssa dan Yuskhairi sama-sama menoleh. Dilihatnya Kassim, pemandu Razak sudah berdiri di luar kereta.

"Cik Lyssa, Tuan Razak panggil masuk sekarang juga," kata Kassim dari luar kereta.

Lyssa jadi kalut sendiri. Momen yang tadinya dirasakan indah bersama Yuskhairi lesap dek kemunculan Kassim dan nama Razak.

"Turunlah. Papa kau mesti dah tahu pasal tadi," kata Yuskhairi lemah. Tangan dipanjangkan untuk mencapai beg Lyssa di belakang kemudian diserahkan kepada si pemilik.

"Kau masuklah dulu. Rehat. Esok kan kau pergi Ledang. Take care," pesannya pula.

Terkebil-kebil Lyssa dibuatnya. Mulut ingin menjawab namun ketukan di tingkap membantutkan hasratnya. Sudahnya, Lyssa terpaksa akur. Beg dipeluk dengan rasa berat hati. Pintu kereta Yuskhairi dibuka namun matanya tak lepas daripada lelaki itu.

Untuk beberapa saat, Lyssa dan Yuskhairi berbalas pandangan. Ada senyuman tipis di bibir Yuskhairi. Berjaya buatkan hati wanita Lyssa dicuit. Saat kereta Yuskhairi hilang dari pandangan, bibir Lyssa membentuk senyuman.

KERETA dihentikan di tepi jalan. Pipi yang terasa berbahang ditampar Yuskhairi lembut.

"Kau ni bodohlah, Yuskhairi," katanya kepada diri sendiri. Namun beberapa saat selepas itu, bibir Yuskhairi mekar dengan senyuman.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro