Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3

SUASANA di dalam kereta sunyi sepi. Baik Lyssa mahupun Yuskhairi, kedua-duanya diam membisu.

Lyssa membuang pandang ke luar tingkap. Sudah setahun Yuskhairi menjadi pemandu tak rasminya dan setiap kali mereka duduk berdua, inilah perkara yang wajib terjadi. Hening. Seolah-olah ada emas yang disorokkan dalam mulut masing-masing. Lyssa pandang Yuskhairi pula.

Hanya tiga perkara yang dia tahu tentang Yuskhairi Namanya Yuskhairi. Dia merupakan pelajar jurusan TESL di KPTM, sama sepertinya. Dan dia memiliki kereta Proton Wira. Itu saja.

Tanpa dipinta, memori pertemuan dia dan Yuskhairi diulang-tayang di layar mata.

BERKALI-KALI Lyssa kerling jam tangannya. Hati menyeru nama Razak berkali-kali. Berharap papanya akan datang menjemputnya secepat mungkin. Pulang menaiki teksi? Heh.

Itu ialah satu pilihan yang tak akan dia pilih sama sekali. Pernah sekali Lyssa pulang menaiki teksi selepas dua jam menunggu Razak dan bapanya itu mengamuk sakan, membebel tak cukup mulut. Lantaran itulah Lyssa rela menunggu lama. Jauh lebih baik daripada menadah telinga mendengar leteran Razak.

"Papa ni tak pernah nak punctual dengan anak sendiri," omel Lyssa perlahan.

Cuba kalau Razak berjanji dengan rakan business? Ataupun kliennya? Mesti dialah orang pertama yang tercongok di tempat yang dijanjikan!

"Hai, cik adik. Buat apa ni?" sapa seorang lelaki. Lenyap terus nama Razak dari fikiran Lyssa. Hidung tajamnya dapat menghidu bau minuman keras dari badan lelaki yang semakin menghampirinya itu. Ah, sudah!

Selangkah Lyssa berundur ke belakang, selangkah jualah lelaki itu mara ke arahnya.

"Janganlah takut. Abang nak teman adik aje. Adik ni dahlah cantik, bahayalah sorang-sorang macam ni," katanya.

Makin besar langkah Lyssa berundur ke belakang.

"Eh, adik nak main kejar-kejar ke?" tanyanya sebelum dia ketawa tiba-tiba.

Ya Allah, Kau lindungilah aku, Ya Allah... Lyssa mula berdoa dalam hati. Mata memandang ke jalan raya, berharap kereta Razak akan muncul. Di setiap langkah lelaki itu mendekatinya, keberanian Lyssa semakin pudar. Skru lututnya mula terasa longgar. Ingin menjerit namun suaranya bagai tersekat di kerongkong.

Ya Allah, tolong aku, Ya Allah! Hati Lyssa berteriak mengharapkan perlindungan-Nya.

Tangan lelaki itu kian menghampiri wajahnya. Semerta kaki Lyssa jadi lemah. Terus dia jatuh terjelepok tanpa sempat Lyssa berpaut pada apa-apa.

"Adik..." panggil lelaki itu lagi.

Menggigil tubuh Lyssa apabila bau minuman keras itu semakin mencucuk hidungnya. Terasa ingin menangis tetapi matanya juga membelotnya!

"Kurang ajar!"

Beberapa saat selepas jeritan itu, si mabuk sudahpun terbaring di depan Lyssa sekaligus buat Lyssa terjerit.

"Ya Allah!"

Seorang lelaki berbaju biru sudah berdiri di depan Lyssa.

"Kau jangan berani sentuh dia!" jerkahnya. Satu lagi tendangan dihadiahkan kepada si pemabuk. Dia bersedia untuk melayangkan tumbukan seterusnya tetapi lelaki mabuk itu sudah terkial-kial melarikan dirinya.

Lelaki berbaju biru pandang Lyssa. Jelas garis kerisauan di wajahnya.

"Kau okey?" tanyanya sambil memegang bahu Lyssa.

Pantas Lyssa tepis tangan itu. Sememangnya dia bersyukur kalau lelaki itu ikhlas membantunya tapi bagaimana kalau mereka sebenarnya bersekongkol? Lyssa tak boleh ketepikan kemungkinan itu!

"Kalau kau fikir aku berpakat dengan dia, baik kau buang fikiran tu jauh-jauh. Aku tak kenal pun siapa dia," kata lelaki berbaju biru itu seakan-akan dapat membaca fikiran Lyssa. Telapak tangan kiri menggosok buku jari kanannya.

"Ma... Maaf. Te... Terima... Kasih," kata Lyssa gagap.

"Kau okey tak? Papa kau mana? Lambat lagi?" tanya lelaki berbaju biru itu.

Lyssa terkebil-kebil sendiri mendengarkan soalan itu. Mana dia tahu Lyssa memanggil Razak papa? Mana dia tahu ini bukannya kali pertama Razak terlewat?

"Macam mana..." Dan soalan Lyssa jeda bilamana sebuah kereta berhenti di depannya.

Papa!

Lyssa bergegas mendekati kereta Razak. Tangannya sudah memegang handle pintu kereta. Apabila teringatkan sesuatu, Lyssa berpaling semula pada si lelaki berbaju biru.

"Sorry kalau awak rasa saya biadab. Tapi terima kasih juga. Kalau awak tak ada tadi, saya tak tahu apa jadi kat saya," tutur Lyssa ikhlas. Wajah cuba mempamerkan senyuman namun kata-kata lelaki berbaju biru itu buatkan dia bungkam semula.

"Nama aku Yuskhairi. Ingat baik-baik. Since aku dah perkenalkan diri aku, esok aku akan cari kau..."

DAN di sinilah mereka sekarang. Pada mulanya Lyssa rimas dan takut dengan Yuskhairi. Mana dengan barannya yang sukar diduga, dengan identitinya yang masih tak diketahui.

Namun Yuskhairi seakan-akan memasang pengesan lokasi di tubuh Lyssa. Tak kiralah sejauh mana Lyssa berlari dan cuba bersembunyi, Yuskhairi akan tetap menemuinya. Hingga akhirnya Lyssa terpaksa mengalah bilamana dia sendiri jadi terbiasa dengan kewujudan Yuskhairi!

"Daripada tadi asyik tengok aku aje. Kenapa?" soal Yuskhairi tanpa memandang ke arah Lyssa.

"Tak ada apa-apa. Aku cuma teringat first time kita jumpa," beritahu Lyssa jujur.

"Kenapa?"

"Kalau waktu tu kau tak selamatkan aku, entah apa agaknya jadi kat aku, kan? Dan kalau insiden tu tak jadi, mesti kita takkan jumpa, kan?"

"Kenapa? Kau tak suka jumpa aku?"

Nada Yuskhairi jadi kasar tiba-tiba, semerta Lyssa mencemik. Mudahnya lelaki ini berubah angin! Setahunya, orang perempuan yang ada 'mood swing', terutamanya sewaktu Pre-Menstrual Syndrome (PMS). Tetapi lelaki di sebelahnya itu sentiasa ada 'mood swing'. 24 jam sehari, 7 hari seminggu!

"Cubalah jangan marah-marah. Nanti orang ingat kau ni jahat tau," kata Lyssa lembut. Ada senyuman tipis yang menghiasi bibirnya.

"Kau pun rasa aku ni jahat ke?"

"Kau nak aku jujur ke?"

Soalan berbalas soalan.

"Hmmm."

Pendek jawapan yang diberikan Yuskhairi. Mata tertumpu di jalan raya. Jantung pula sudah berdegup dengan lebih kencang. Takut. Khuatir jawapan yang diberi Lyssa akan buatkan dia kecewa sendiri.

"Dulu sebenarnya aku takut dengan kau. Lagi-lagi bila tengok muka dan bibir kau berdarah, luka-luka."

'"Siapa dia sebenarnya? Dia ni samseng ke? Macam mana aku nak larikan diri daripada dia? Aku selalu terfikir soalan-soalan tu."

Lyssa mula membuka mulutnya, menceritakan kronologi perasaannya pada Yuskhairi yang masih fokus memandu.

"Ingat lagi waktu kau tumbuk Raziq? Waktu tu kau tak jumpa aku tapi lepas tu kau nampak aku dengan Raziq berdua aje di gazebo?" tanya Lyssa.

Menggunung rasa bersalahnya pada Raziq setiap kali dia teringatkan peristiwa itu. Mereka sebenarnya berlima. Ada dia, Raziq, Safina, Darius dan Zarif. Darius dan Zarif pergi ke koperasi manakala Safina pula ke tandas maka tinggallah Lyssa dan Raziq berdua. Yuskhairi pula muncul tiba-tiba dan marah-marah, ringan saja tangannya menumbuk Raziq.

"Mula-mula aku marahkan kau. Sebab kaulah, Raziq awkward dengan aku sampai sekarang ni. Tapi bila aku ingat balik muka kau waktu tu, aku sedar something. Kau memang genuinely risaukan aku. Sejak tu, aku cuba faham kau. Setiap kali kau bad mood ataupun kau paksa aku ikut kau. Ataupun kau luka-luka bila kita jumpa... Aku cuba untuk faham kau. Jadi sekarang ni, aku dah tak rasa kau jahat. Dan aku dah tak takut dengan kau. Tapi kau pun janganlah buli orang. Contohnya Si Fitri tu. Kesian dia!"

Cepat-cepat Lyssa mengingatkan Yuskhairi tentang perbuatannya.

"Eh, tapi kan. Kenapa kau tak suka nama Fitri?"

Lyssa kepoh menyuarakan soalannya.

Adakah Yuskhairi sendiri pernah dibuli orang bernama Fitri?

Yuskhairi hanya diamkan diri, membiarkan soalan itu tidak berjawab. Lyssa tarik muka masamnya untuk beberapa saat sebelum dia bertanya lagi.

"Eh tapi kan, jam yang kau beli tadi untuk siapa? Tu perempuan punya, kan?" tanya Lyssa, merujuk pada jam tangan yang baru dibeli Yuskhairi tadi.

Sebentar tadi, Yuskhairi menyuruh Lyssa membantunya memilih seutas jam tangan. Diikutkan saja kehendak lelaki itu walaupun hatinya menggasak ingin tahu gerangan penerima jam tangan tersebut.

"Mak aku. Hari ni birthday dia," jawab Yuskhairi pendek.

Jawapan Yuskhairi sedikit sebanyak menggembirakan hati Lyssa. Siapa sangka lelaki berperwatakan baran seperti Yuskhairi sebenarnya ada sisi penyayangnya?

"Tak apa ke aku pilih warna biru? Itu warna favourite aku. Macam mana kalau mak kau tak suka?" tanya Lyssa lagi, bimbang pula dengan pilihannya tadi.

Sesaat kemudian, bibir Lyssa sudah mengulum senyum. Dipandangnya Yuskhairi dengan senyuman nakal.

"Hmmm, bila aku fikirkan balik... Kau pun pakai baju biru waktu first time kita jumpa!"

Tidak berperasaan, Yuskhairi masih lagi diam. Semua yang diucap Lyssa ibarat angin lalu. Tangan memulas stereng ke kanan. Tahu-tahu saja kereta yang dipandunya sudah berhenti di depan vila.

"Dah sampai. Turunlah," kata Yuskhairi.

"Hesy, kau ni... Tak pernah nak jawab soalan akulah. Tapi terima kasih sebab hantar." Lyssa mengomel sendiri sebelum dia ucapkan terima kasih.

Tiada jawapan diterima daripada Yuskhairi. Hanya matanya yang mengiringi Lyssa hinggakan gadis itu berada di dalam kawasan vila. Kereta Yuskhairi hanya berlalu pergi apabila pagar vila ditutup rapat.

Sementara itu, Lyssa hanya mampu menghantar Yuskhairi pergi dengan sorotan matanya. Sebuah keluhan berat dilepaskan. Kenapalah sukar sangat untuk dia pecahkan tembok hati Yuskhairi?

"Siapa hantarkan? Yuskhairi lagi?" tanya Razak yang sedang berjalan mendekati Lyssa.

Lyssa toleh lalu dia angguk mengeyakan.

"Lyssa masuk dulu, pa. Lyssa mengantuk. Assalamualaikum..." ucap Lyssa. Langkah mula diatur menuju ke bilik, meninggalkan Razak sendirian.

Razak pula... Matanya terpaku pada pagar vila. Nama Yuskhairi diseru dalam hati. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro