Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ubah

Boboiboy tidak pernah rasa pelik dengan perangai Fang kerana dia sudah terbiasa dengan sikap kawan baiknya yang suka mengamuk itu. Adakalanya, kawan baik dia akan berkelakuan seperti orang tidak betul dan adakalanya, kawan baik dia akan menjadi terlebih baik samada mood dia baik atau dia inginkan sesuatu. Di dalam kes ini pula, Boboiboy rasa hairan kerana setiap tahun Fang akan duduk di tempat yang sama iaitu di hujung belakang kelas bersebelahan dengan tingkap. Entah apa keistimewaannya duduk di tempat begitu

"Hai Fang, kau baru sampai ke?" tanya Boboiboy sambil meletakkan beg sekolahnya di atas meja yang bersebelahan tempat duduk Fang

"Aku dah lama sampai sebab nak bersihkan kelas. Budak-budak kelas pagi ni, memang suka sangat sepahkan kelas, sehingga aku sendiri yang kena kemaskan"

"Bagus betul kau yea.. dari dulu sampai sekarang, tak pernah tak bersih kelas ni"

"Mestilah kena bersihkan. Kalau tak bersih, korang semua nak ke duduk di dalam kelas yang kotor, banyak habuk dan penuh dengan kuman-kuman yang sudah merebak di sekitar kelas ini. Nanti ada juga yang tak sihat sebab kelas kotor. Siapa yang kita patut disalahkan? Kita jugakan sebab tak jaga kebersihan! Kebersihan itu adalah penting!"

"Kau pun nak membebel macam Yaya ke?" Gopal baru tiba di dalam kelas itu "Tadi aku dah kena bebel dengan si Yaya tu sebab makan gelojoh sangat, sekarang ni, dengar bebelan dari kau pula"

"Kalau aku tak bebel, nanti si Yaya juga akan bebel dekat korang" balas Fang

"Korang jangan nak bergaduh pulak"

"Takde maknanya Boboiboy, aku takde mood nak bergaduh hari ni" Fang terus baringkan kepalanya di atas meja kerana dia kelihatan penat "Aku rasa mengantuk pula"

"Kasihan kau yea" kata Boboiboy "Wei wei, aku dengar cikgu Aiman takde dalam minggu ni"

"DIA TAKDE? Itu sudah menjadi berita gembira! YAHOOOOO!"

"Tapikan Gopal..."

"Tapi apa bendanya, Boboiboy?"

"Aku dengar cikgu ganti kita agak garanglah juga"

Gopal terus menelan ludah. Adakah cikgu ganti mereka sama garang seperti cikgu Aiman? Atau lebih dasyat daripada cikgu Aiman? Terus dia bayangkan setiap murid di dalam kelas terkena libasan rotan dari cikgu ganti itu

"Betul ke kau dengar cikgu tu garang?" tanya Gopal sambil menggigil badannya

"Betullah kot. Ni pun aku dengar dari si Bella"

"Hmm.. percaya sangatlah cakap si Bella tu" Timbul suara Fang "Entah-entah dia saja nak takutkan kita orang sahaja. Kau tahukan perangai dia macam mana"

"Dey, kalau dia cakap betul macam mana? Baik aku panik dulu sebelum panik kemudian.. HABISLAH KITA SEBAB DAPAT CIKGU GARANG LAGI SEKALI!"

"Aduh.. janganlah panik dulu, Gopal. Kita tunggu dan lihat sahaja nanti. Manalah tahu cikgu tu tak berapa nak garang sangat ke"

"Takde-takde.. aku nak panik sekarang juga.. TIDAKKKKKK!" Fang bangun dan terus sumbat gumpalan kertas di dalam mulut Gopal. Lalu Gopal sembur keluar gumpalan kertas itu dari mulutnya "Dey, apa yang kau cuba lakukan?"

"Aku nak bagi kau senyaplah! Bingit telinga aku!" marah Fang. Aura-aura hitam dia mula timbul di tubuh badannya

Boboiboy mula cemas apabila melihat Fang sudah mula hendak mengamuk. Lalu dia keluarkan ubat penenang Fang iaitu donut lobak merah. Donut itu sentiasa ada di dalam beg Boboiboy. Ianya adalah untuk waktu kecemasan seperti sekarang ini. Boboiboy terus hayunkan donut lobak merah itu di hadapan mata Fang

"DONUT KU!" Fang mencapai donut itu dan terus gigit dengan gembiranya "Betapa sedapnya donut ni!"

"Hehehee... baru dia tak mengamuk"

"Pandai kau yea, Boboiboy. Menggunakan teknik kelemahan dia sendiri" kata Gopal dengan bangganya "Ini siapa yang ajar kau?"

"Errr.. si Lily" Boboiboy tersengih

"Kau pun nak belajar dari si pelik tu ke?" Fang kunyah donutnya sehingga lumat "Atau kau sebenarnya ada hati dekat si pelik binti pelik tu"

"Mana adalah. Aku hanya anggap dia sebagai kawan baik aku sahaja"

"Bagus Boboiboy.. kau tu masih budak-budak lagi yang sudah melangkah masuk ke alam remaja. Jadi kita kenalah enjoykan diri ni dulu. Bolehlah kita berseronok sebelum masuk ke dunia lain pula"

"Dunia apa tu Gopal?" tanya Boboiboy

"Hehehe... dunia orang-orang dewasa" Gopal sudah terbayangkan diri dia berada di alam dewasa. Diri dia nampak begitu segak sekali berdiri di perkarangan sebuah university yang terkenal di serata dunia "Mesti aku akan menjadi popular"

"Wah, kau pun ada cita-cita nak jadi popular ke Gopal?"

"Ala, aku berangan ajelah Boboiboy" balas Gopal

"Hmmm... apalah nasib aku nanti agaknya" Fang kembali duduk di tempat duduknya. Donut yang dia makan sudah habis dimakan oleh dia "Korang rasa, aku ada lagi ke dekat sini nanti?"

"DEY! Kau nak mati ke?"

"BUKANLAH!" marah Fang kepada Gopal "Maksud aku, adakah aku akan ada lagi dekat planet bumi ni atau aku terpaksa ikut abang aku pulang ke angkasa lepas?"

"Susah nak ramalkan tapi aku berharap kau dapat kekal tinggal di sini bersama kami" Boboiboy tidak mahu fikirkan tentang masa depan mereka semua. Dia mahu tumpukan pada masa sekarang ini

"Pujuklah abang aku tu" kata Fang "Manalah tahu dia bagi ke tapi itu semua lambat lagi. Sekarang ni kita bersuka ria dulu sebelum kita berpisah"

"Kau ni, macam nak berpisah betul-betul aje" muncul satu suara dari seorang gadis "Kalau kau nak pergi dah, jangan lupakan kami dekat sini" Mereka tersenyum melihat Yaya ada di dalam kelas mereka bersama Ying

"Aku tak kan lupakan korang semua kerana korang adalah sahabat terbaik aku. Susah, senang, kita tetap bersama tapi..." Fang berhenti seketika. Lalu dia bersambung balik "Kalau aku takde dah dekat planet ni, mesti korang bersuka ria tanpa aku... ini sudah tidak adil! Aku pulak, kena ikut cakap abang aku tu"

"Hehehe.. dah abang kau tu seorang kapten, kenalah ikut"

"Banyak betul maaa.. cakap Boboiboy itu tadi tapi aku juga yakin, suatu hari nanti lu pun boleh jadi seorang kapten seperti abang kau juga"

"Terima kasih, Ying" Fang tersenyum kecil "Sudahlah, kita jangan fikirkan sangat tentang masa depan. Lagipun kita sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi. Macam-macam benda boleh berlaku tapi satu aje yang aku pasti"

"Hmmm... yang kau pasti mesti tentang abang kau kan"

"Betul tu Gopal!" kata Fang sambil bangun dari kerusinya serta merta "Kerana aku sudah tahu apa yang akan terjadi dengan abang aku dan kak Lynna nanti.. HAHAHAHAA!"

"Amboi, terlalu yakin kau ni" Terus berkerut dahi Fang kerana datang satu suara yang dia rasa ingin sekeh kepala pemilik suara itu "Haih Fang, nampak macam marah aje"

"Kau ni kan... aku kenalah yakin sebab Ratu Lily kata kepada aku impian aku akan tercapai pada suatu hari nanti!" kata Fang kepada Bella

"Hehehe.. aku pun yakin juga" Faye mencelah sekali "Tapi sekarang ni jarang kita nampak kak Lynna dekat sini. Rasa tak seronok pulak"

"Dia sibuk kot" balas Boboiboy

Hanya Fang sahaja yang tahu kenapa Lynna tidak datang ke Pulau Rintis. Ini adalah kerana abang dia. Mereka tidak bergaduh tetapi ini adalah untuk menjaga keselamatan Lynna. Lebih-lebih tentang kejadian hari itu. Dia tahu Lynna seseorang yang boleh melindungi diri dia tetapi kalau abang dia sendiri iaitu Kapten Kaizo, telah dirasuk, mungkin abang dia akan bertindak lebih ganas daripada yang biasa. Lynna faham dan akan cuba sedaya upaya untuk tidak ke Pulau Rintis terlalu kerap sangat

"Wuuu.. entah-entah dia orang bergaduh" Fang terus pandang kiri dan kanan kerana takut kalau Lily ada di dalam kelas mereka "Landak cari apa tu? Hehehee.."

"WEI! BAIK KAU KELUAR DARI TEMPAT PERSEMBUNYIAN KAU!" Terus Bella tepuk kepala Fang "Woi!"

"Yang kau nak marah-marah dia apasal? Dia mana ada dekat sini, dia ada dekat skrin jam tangan Faye" Bella terus tunjuk jam tangan Faye "Dia yang menghubungi Faye tadi, sampai kau sendiri tak sedar"

"Cheh, sempat lagi si pelik ni menyemak" Fang terus bersilang tangan

"Landak janganlah marah.. hehehe.. Lily gembira dapat melihat korang semua, terutama sekali MY BBB-CHAN!" Lily tersenyum lebar dengan mata dia asyik melihat Boboiboy "BBB-CHAN nampak handsome hari ni"

"Errr.. terima kasih" Boboiboy tersengih kepada Lily

"Wei, dari mana si Lily ni dapat menghubungi kau?" tanya Fang kepada sepupu dia

"Aku, Lily dan Bella dapat jam ni dari Stylobot akulah. Dia yang bagi dekat kita orang. Lepas tu Harraz pun dapat sekali. Bolehlah kita orang menghubungi selalu!" ujar Faye "Lagipun, kalau ada kecemasan, bolehlah kita orang menghubungi korang secara pantas"

"Ok juga tu. Musuh-musuh kita pun sudah mengenali kita orang semua. Kalau apa-apa terjadi, bolehlah dia orang hubungi kita orang dengan segera" jelas Yaya

"Oh begitu..." kata Fang sambil angguk kepalanya "Jadi.. lepas ni... suara nyaring si pelik tu akan ada dimana-mana sahajalah"

"BETUL TU! LILY SOKONG AJE!"

"Senyaplah kau, Lily"

"Sabar Fang, sabar. Kau tak boleh marah-marahkan dia kerana dia adalah kawan kita yang paling unik sekali. Pelik macam mana pun dia, kepelikan dialah yang kadang-kadang dapat selamatkan kita semua"

Mata Lily terus keluarkan sebutir air mata dan ianya mengalir di pipinya. Hati Lily menjadi bunga-bunga dengan kata-kata indah dari Boboiboy. Dia rasa sangat terharu sehingga tidak berkata apa. Senyuman dia makin lama makin menjadi lebar. Kawan-kawan dia sempat berikan ketawa kecil mereka dengan gelagat Lily

"Alamak! Aku dah lewat!" Mereka terkejut dengan kata-kata Yaya tadi "Maaf semua, aku kena pergi jaga pintu pagar sekolah. Kejap lagi loceng sekolah nak berbunyi dah" Dia terbang keluar untuk pergi ke pintu pagar sekolah

"Haiyaaa... aku pun kena masuk ke kelas" kata Ying "Jumpa lagi!" Dia terus berlari keluar dari situ

Faye dan Bella juga turut menyusuli keluar sekali untuk kembali ke kelas masing-masing. Mereka melambai-lambai ke arah 3 lelaki remaja itu. Fang rasa lega sedikit kerana kelas sudah hampir bermula. Suara Lily sudah tidak di dengari lagi oleh dia. Bolehlah dia belajar secara aman. Loceng sekolah sudah pun berbunyi. 3 sekawan itu kembali ke tempat duduk mereka. Waktu pertama mereka adalah waktu bahasa english. Fang sudah bersiap sedia mengeluarkan kesemua buku bahasa englishnya. Boboiboy dan Gopal hanya tunggu cikgu masuk ke dalam kelas. Sementara itu, mereka melihat rakan-rakan sekelas mereka masuk ke dalam secara berkumpulan ataupun satu per satu. Di luar kelas pula, beberapa pelajar sedang menuju ke kelas masing-masing. Ada bergerak perlahan kerana ingin berborak dengan kawan-kawan mereka. Ada yang bergerak secara laju. Selepas sahaja pelajar terakhir masuk ke dalam kelas, datang seorang guru yang mereka sangat kenali iaitu cikgu Papa Zola

"Errr.. cikgu silap kelas ke? Bukan ke sekarang ini waktu bahasa english" tanya Boboiboy

"Cikgu bukan tersilap kelas, wahai anak murid ku" Papa Zola batuk sedikit dan lalu dia memberitahu sesuatu kepada mereka semua "Cikgu ingin mengumumkan bahawa cikgu sejarah kamu akan diganti oleh cikgu kebenaran sendiri"

"Eh, itu aje ke cikgu nak beritahu?" kata Gopal

"Bukan itu sahaja.. cikgu ada lagi satu pengumuman" Papa Zola tersenyum lebar kepada anak-anak muridnya "Cikgu bahasa english kamu tiada pada 2 minggu ini dan cikgu gantinya adalah cikgu KAIZO!"

Fang dengan kelam-kabutnya, dia lari keluar dari kelas itu kerana tidak sanggup melihat abang dia menjadi cikgu. Kaizo mengangkat kening sebelah setelah adiknya lari keluar dari kelas itu. Muka dia serius dan para pelajar kelas itu terasa gerun melihat wajah Kaizo. Ada juga peminat Kaizo yang terlebih bersemangat untuk melihat Kaizo menjadi seorang guru

"Terima kasih cikgu Papa Zola"

"Sama-sama. Kamu semua belajar elok-elok dari cikgu Kaizo yea. Cikgu tahu dia tengah sibuk dengan kerja-kerja goyang kaki dekat rumah" Berkerut dahi Kaizo "Tapi dia setuju untuk menjadi guru ganti buat sementara. Jumpa lagi wahai anak-anak murid kebenaran" Dia melambai-lambai kelas itu sambil keluar dari kelas

"Eh kejap.. maksudnya abang Kaizo... jadi cikgu english kita orang?" kata Gopal sambil garu-garu kepala dia

"Lorr.. kau lambat pickup ke Gopal?"

"Ha ah Boboiboy" Gopal tersengih dan selepas itu dia menelan ludah. Beberapa saat kemudian, dia cabut lari sambil menjerit "TIDAKKKKKKKKKKKKKK!"

"Kenapa tu?" tanya Kaizo dengan nada seriusnya

"Maaf abang Kaizo, dia tu takut kalau abang Kaizo yang ajar.. hehehee" Boboiboy tersengih di tempat duduknya

"Takpe, nanti aku akan ajar mereka berdua" Kaizo meletakkan buku-buku englishnya di atas meja guru "Baiklah, hari ini aku nak kamu semua tulis satu essay english tentang-" Mata dia terpandang seorang murid sedang mengangkat tangan kanannya "Yea, kau ada soalan apa?"

"Err.. bukan ke sekarang ni waktu bahasa english dan cikgu kena cakap dalam bahasa english juga"

"Betul tu tapi disebabkan aku belum prepare lagi... esok-esok sahaja aku akan berbahasa english" Boboiboy terus menepuk dahinya sendiri kerana kata-kata kenyataan dari Kaizo tadi "Kamu semua boleh mulakan sekarang. Kalau sudah siap, semak dulu sebelum serahkan kepada aku. Jangan buat bising dan jangan mengegada nak tiru kawan"

"Tapi cikgu belum bagi tajuk essay tu lagi" kata seorang murid perempuan

"Tajuk dia... hmmmm... baiklah, tajuk dia adalah bebas. Buatlah essay apa yang korang nak tapi kenalah sesuatu yang memberikan manfaat kepada kita. Bukan sesuatu yang tiada faedahnya. FAHAM!"

"FAHAM CIKGU!" kata murid-murid di kelas itu

Kaizo duduk di tempatnya. Dia keluarkan sebuah laptop dari beg sandang yang bukan milik dia. Laptop itu adalah kepunyaan Momoki dan dia ingin meminjam laptop berkenaan untuk menyiasat lagi tentang musuh mereka. Beberapa hari sebelum itu, Momoki berjaya mencuri beberapa data yang ada di dalam stesen TAPOPS. Data-data tersebut ada di dalam laptop itu. Lalu dia serahkan laptopnya kepada Kaizo. Dia tidak akan berhenti menyiasat selagi virus itu masih lagi menular di sekitar galaxy

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"ABANG FANG! ABANG FANG!"

Fang hampir tercekik dengan donut lobak merahnya kerana terkejut dengan jeritan dari seorang budak lelaki. Pada ketika itu, dia sedang berehat di kantin sekolah bersama rakan-rakannya. Fang menoleh kebelakang. Dia tidak sangka Rizu datang ke sekolah hanya untuk melawat abang kesayangan dia

"Abang Fang! Cuba teka, siapa datang melawat Pizu dekat sini"

"Siapa?" tanya Fang

"Hantu badut?"

"Bukanlah abang Gopal!" marah Rizu

"Kau ni, tak habis-habis dengan hantu badut" marah pula Boboiboy kali ini

"Err.. kak Lynna?"

"Salah juga!" jawab Rizu kepada Fang "Jawapan dia adalah!"

"KAMI!" Muncul Lily si anak kecil dan juga Idoli "YEAHHHHH! KITA ORANG DATANG NAK MELAWAT ABANG-ABANG DAN KAKAK-KAKAK DEKAT SINI!"

"COMELNYA!" Mata Yaya, Ying, Bella dan Faye terus bersinar-sinar

"Kita orang memang comel pun" jawab Idoli "Korang semua rindukan kita orang tak?"

"Mestilah rindu" Bella cubit pipi Idoli "Rindu dengan pipi gebu dia, telinga kucing dia, suara comel dia.. hehehee"

"Lily tak rindu ke?" kata Lily si anak kecil sambil tuding jarinya ke arah diri dia "Nak merajuklah macam ni.. bagitahu mama dan papa nanti!"

"Eh, janganlah macam tu. Kita orang rindukan Lily juga" Yaya mengusap kepala Lily si anak kecil "Korang takde, rasa sunyi pula. Selalunya, korang yang suka meriahkan rumah Fang"

"Betul betul!" balas Idoli

Tiba-tiba Idoli terhidu sesuatu dari meja makan itu. Mata dia terpandang sebiji burger ikan yang berada di tangan Harraz dan juga Gopal. Dia terus tersenyum lebar kerana burger ikan adalah makanan kegemaran dia. Gopal mula tersedar dengan kehadiran Idoli yang menyelit di antara Gopal dan Ying. Lalu dia makan secepat mungkin sebelum burger itu di minta oleh anak kecil yang comel itu. Muka Idoli terus berubah apabila burger itu sudah habis dimakan

"UWAAAAA! ABANG GOPAL TAK NAK KONGSIKAN BURGER DIA DENGAN IDOLI!"

"Haiyoo.. dengan budak kecik pun kau tak nak kongsi ke?" Ying tepuk kepala Gopal "Lu pergi beli burger baru untuk dia"

"Eh, takpe Ying. Aku boleh bagi burger aku dekat dia" kata Harraz "Idoli ambik burger abang ok"

"Takpe ke?" tanya Idoli sambil mengesat air matanya

"Takpe" Harraz dengan baiknya, dia hulurkan burger ikan itu kepada Idoli "Makan elok-elok"

"Kau tak lapar ke, Harraz?" tanya Faye

"Aku takdelah lapar sangat tapi jangan risau, aku ada bawa biskut" Harraz keluarkan sepaket biskut dari seluar sekolahnya "Aku selalu bawa biskut ke mana-mana sahaja. Yelah, kalau tiba-tiba aku lapar, aku makanlah biskut ni"

"Kau ni memang pelik.. suka bawa macam-macam dekat dalam poket kau tu" Bella mengusap dagunya sambil perhatikan Harraz "Kau ni macam Mary Poppins. Beg dia tu penuh dengan barang-barang yang dia bawak. Macam magical bag"

"Atau si Harraz ni sebenarnya ada power sphera yang mempunyai kuasa seperti bag itu?"

Semua pandang ke arah Gopal. Masing-masing sudah mengangkat kening dengan mata tajam mereka seperti dapat melihat di dalam anak mata Gopal. Berpeluh-peluh Gopal pada ketika itu. Lily si anak kecil sempat mengambil donut lobak merah milik Fang yang ada di atas pinggan. Dia makan tanpa rasa bersalah. Rizu takut pula kalau abang kesayangan dia mengamuk kerana donut lobak merah itu telah dimakan oleh Lily si anak kecil

"Idoli datang ke sini dengan siapa?" tanya Bella

"Dengan abang Tarunglah. Dia datang ke sini sebab abang Kaizo yang panggil. Dia cakap ada sesuatu yang mereka ingin bincangkan" kata Idoli

"Ohhh... yang si itik ni pula?" Fang yang bertanya kali ini

"Lily sebab mama dan papa bawak Lily ke sini. Kasihan adik Lily kerana dia tak ikut sekali. Jadi dia kena tinggal dekat sana tapi jangan risau, ada orang yang jaga dia! Lily berbangga sangat sebab dapat jadi seorang abang! Mama dan papa kata, dia orang nak bersiar-siar dekat sini tapi mana kakak Lynna dan abang Kaizo? Masa kita orang sampai, takde orang dekat rumah. Lepas tu Lily bawa dia orang ke rumah abang Rizu. Masa tu juga Lily nampak Idoli dekat rumah abang Fang"

"Begitu ceritanya" kata Fang sambil angguk kepalanya "Abang Kaizo dah jadi seorang guru tapi hanya guru ganti sahaja. Adeh.. apasal lah aku pergi lari keluar. Balik rumah nanti, mesti aku kena hukuman latihan tempur dari dia" Tangan dia meraba-raba di atas pinggan kosong. Mata dia memandang pinggan itu dan terus dia menjerit "MANA DONUT LOBAK MERAH AKU?"

"Lily makan" Lily si anak kecil berikan cebisan terakhir donut lobak merah itu kepada Fang "Abang Fang nak?" Selepas itu, dia makan cebisan terakhir itu. Muka Fang naik geram kerana donut kegemaran dia sudah habis dimakan

"Grr... selamatlah kau ni comel. Kalau tidak, sudah lama aku mengamuk" bisik Fang

"Sabar ajelah Fang. Nanti kau pergilah beli lagi dekat kedai donut" Boboiboy tepuk-tepuk belakang badan Fang "Lagipun, dia mesti tengah lapar tu"

"Hmmm... yelah" kata Fang sambil bersilang tangan

"Kakak Lynna mana? Lily rindu dengan kakak Lynna"

"Kak Lynna ada dekat rumah dia. Abang Paizo cakap, kakak Lynna tak boleh datang ke sini selalu" balas Rizu kepada pertanyaan Lily si anak kecil tadi "Pizu pun rindukan kak Lynna. Apa kata kita pergi melawat kakak Lynna dekat KL!"

"LILY NAK! LILY NAK!" Si anak kecil itu melompat-lompat di tepi hujung meja sambil menjerit dengan perasaan gembiranya "LILY NAK PERGI KL!"

"Hah! Hari sabtu nanti kita pergi KL ok" kata Boboiboy

"YEAH!" Lily si anak kecil itu melompat-lompat lagi "TAK SABAR NAK RASA MAKANAN DEKAT SANA PULAK!"

Boboiboy menepuk dahinya sendiri dan yang lain pula, tergelak melihat gelagat Lily si anak kecil, kecuali Fang. Muka dia masam sahaja kerana masih tidak puas hati dengan anak kecil itu. Dia cuba tenangkan dirinya dan fikirkan tentang positif sahaja. Kalau dia mengamuk sangat, lama-lama diri dia akan menjadi tidak betul

"Abang Rizu, Lily rasa lapar lagi... jom pergi beli nasi lemak. Lily tak pernah makan nasi lemak"

"Hehehe.. si Lily ni dah ikut perangai si Gopal. Asyik makan aje"

"Tahu takpe Yaya" kata Boboiboy "Bolehlah si Lily tu geng dengan Gopal dan Faye. Dia orang berduakan kuat makan"

"Hehehee... nanti mesti badan dia membesar macam aku!" kata Gopal dengan bangganya "Dan mesti dia akan menjadi lebih comel macam aku juga!"

"Perasan" bisik Fang "Entah-entah dia macam si Faye, makan banyak pun, tetap nampak kurus aje"

"Hehee.. tapi makan banyak sangat pun, boleh juga memudaratkan kesihatan kita. Jadi, kita kenalah makan berpada-pada" kata Faye "Aku akui, aku memang suka makan tapi takdelah sampai tahap gelojoh sangat"

"Dengar tu Gopal!"

"Aku dengar lerr, Yaya" jawab Gopal dengan nada bosannya "Lagipun, aku selalu buat senamankan. Turun naik tangga, main game menari dekat rumah, ikut mak aku senamrobik dekat rumah. Jangan pandang aku sekadar budak badan besar aje, tapi aku reti menari ok. Si Fang tu, tahu mengamuk aje"

"APA KAU CAKAP!" Terus Fang tunjuk penumbuk dekat Gopal "Kau cakap elok-elok yea. Aku tak reti menari pun, tapi aku pandai dalam matematik"

"Sudah sudah, jangan nak bergaduh pula. Kita semua ada kelebihan dan kelemahan pada diri kita. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain dan jangan nak mengutuk orang lain kerana orang itu tiada kelebihan yang dia ada. Kita semua manusia dan alien yang berbeza-beza, tiada yang sama" Fang dan Gopal tertunduk sedikit kerana rasa insaf dengan kata-kata Boboiboy tadi

"Wah! Bagus betul abang Boboiboy bagi nasihat. Idoli suka!"

"Itu baru sedikit, belum lagi dengar Yaya membebel panjang" Yaya terus berikan renungan tajam dia kepada Boboiboy "Hehee.. jangan marah Yaya. Aku bergurau aje"

"Apa salahnya kalau Yaya nak membebel. Dia bebel pun sebab dia sayangkan kawan-kawan dia" Semua rasa pelik dengan ayat-ayat yang keluar dari mulut Fang. Mata masing-masing sudah memandang Fang dengan perasaan pelik mereka "Apa pandang-pandang, dah aku cakap memang betul pun"

"Yelah Fang, kau cakap memang betul" kata Bella. Fang malas hendak berbalas balik dengan Bella kerana dia tiada keinginan untuk bergaduh dengan gadis itu

"Oklah, Pizu nak bawak budak-budak ni pergi ke bandar. Nanti kita jumpa lagi"

"Yeah! ABANG PENGUIN NAK BELANJA KITA ORANG MAKAN SEDAP-SEDAP!" Rizu tersengih sedikit kerana jeritan Idoli dan Lily si anak kecil tadi

"Jom abang Rizu! Lily nak makan macam-macam dekat bandar tu" Lily si anak kecil menarik tangan kanan Rizu "Lily dapat rasakan kesedapan kek red velvet!"

Lalu Idoli bergegas lari ke arah Rizu. Dia menarik tangan kiri Rizu. Dia dan Lily si anak kecil mengheret Rizu keluar dari kantin sekolah tersebut. Mereka berdua sebenarnya sudah tidak sabar untuk pergi bersiar-siar di bandar dan juga menikmati makanan yang ada jual di situ. Rizu terpaksalah korbankan duit-duitnya untuk belanja mereka berdua. Fang rasa kasihan pula dengan Rizu tetapi dia yakin, adik kesayangan dia pandai melayan karenah dua budak comel itu. Lalu dia bangunkan dirinya untuk pergi beli donut lobak merah yang masih lagi ada jual di dalam kantin itu. Sebaik sahaja dia bangun dari tempat duduknya, loceng sekolah terus berbunyi

"TIDAKKKKKKKKKKKKKKK!" Kecewa hati Fang kerana tidak sempat membeli donut kegemarannya

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Kapten Kaizo"

"Laksamana Tarung"

Kedua-dua alien itu bertemu di tepi padang sekolah. Kaizo membawa Laksamana Tarung ke sebuah bangku sekolah untuk mulakan perbincangan mereka. Kaizo amat mempercayai Tarung dan juga menghormati dengan pendirian alien itu. Laksamana Tarung melihat sekitar padang sekolah itu. Beberapa pelajar lelaki bermain bola di situ. Pelajar-pelajar perempuan pula, bermain badminton di gelanggang mereka. Muka Tarung pada ketika itu, nampak tenang. Lain pula dengan Kaizo, wajah dia kelihatan serius sentiasa. Malah senyuman dari dia pun, hanya sekali-sekala sahaja nampak. Kaizo membuka mulutnya untuk mulakan perbincangan mereka tetapi ianya telah diganggu oleh satu jeritan dari seseorang

"ABANG PAIZO! ABANG PAIZO!"

"Abang Paizo?" Laksaman Tarung cuba menahan dirinya daripada ketawa di situ

"Adik angkat kepada adik aku tu suka panggil aku Paizo" balas Kaizo dengan nada seriusnya "Rosak mood aku" bisik dia

"Hahahaa... Kaizo, Kaizo.. jangan serius sangat. Cubalah kau bawak bertenang seperti aku. Cuba kau hirup udara yang segar ni, makin cergas aku rasa" Tarung tersenyum besar sambil melihat langit biru pada ketika itu. Senyuman dia bagaikan sebuah sinaran cahaya matahari

Kaizo kenal dengan perangai Laksamana Tarung. Waktu itu bukanlah waktu untuk Tarung berserius kerana pada ketika ini adalah waktu untuk berehat. Apabila tamat sahaja waktu berehat, Tarung terus berubah menjadi seorang yang tegas. Kaizo kini terpaksa menunggu waktu berehat Tarung tamat, bolehlah mereka berbincang secara serius

"ABANG!"

"ADIK KU IDOLI!" Idoli cepat-cepat masuk ke dalam dakapan abangnya, Laksamana Tarung "Comel adik abang ni" Tarung cium pipi adiknya "Idoli ada dekat sini sebab apa?"

"Adik nak beritahu yang Idoli ikut abang Rizu dan Lily pergi bandar. Kita orang nak jalan-jalan dekat sana nanti"

"Jalan elok-elok yea" Tarung mengetatkan lagi pelukan dia kepada adiknya "Abang sayang adik"

"Adik pun sayang abang!"

Rizu dan Lily si anak kecil tersenyum dan rasa sedikit terharu dengan kemesraan mereka berdua. Kaizo pula, dia terfikirkan apa yang adik dia buat pada ketika ini? Adakah adik dia sedang membuat nakal atau sedang rajinkan diri di dalam kelas? Tiba-tiba jam tangan Tarung berbunyi, itu menandakan bahawa waktu rehat sudah pun tamat buat dia. Muka Tarung berubah menjadi serius. Ada sedikit kemerahan di wajah Tarung. Lalu dia lepaskan adiknya dari pelukan dia. Idoli berdiri tegak dan berikan tabik hormat kepada abang dia

"Kau jangan buat nakal. Kalau tidak, abang akan laporkan kepada ayah nanti"

"BAIK ABANG! ADIK AKAN MENURUT PERINTAH!"

"BAGUS!" Jerit Tarung "Bila abang suruh balik, kau balik ke sini dan jangan nak buat perangai!"

"Baik abang!"

"Wuuuu... bagus betul Idoli dengar cakap abang dia" Lily si anak kecil siap bertepuk tangan sekali. Dia begitu kagum melihat hubungan adik beradik itu "Berbeza sungguh dengan abang Kaizo dan abang Fang"

"Ha ah, betul tu. Abang Paizo suka sangat denda abang Fang tapi... abang Fang tetap juga dengan kenakalan dia"

"SI FANG TU BUAT NAKAL LAGI?!"

Menggigil Rizu dan Idoli di situ kerana takut dengan suara garang Tarung yang begitu tegas itu. Idoli sudah biasa dengan kegarangan abangnya. Dia tidak pernah rasa takut dan sentiasa menghormati abangnya

"MACAM MANA DIA NAK JADI AHLI PASUKAN TAPOPS KALAU ASYIK BUAT NAKAL SAHAJA! Kaizo, kau serahkan adik kau kepada aku, biar aku latih diri dia untuk menjadi seorang ahli pasukan TAPOPS yang serius seperti abang dia sendiri. Aku yakin dia boleh menjadi ketua pasukan yang baik"

"Tak perlu, biar aku sahaja yang ajar budak Pang tu" kata Kaizo

"Baiklah" Tarung palingkan mukanya ke arah Idoli "Kau jangan nak merayap ke tempat jauh. Pastikan kau hanya berjalan-jalan di bandar sahaja"

"Baik abang!" kata Idoli dengan penuh semangat "Jom abang Rizu! Jom Lily.. kita pergi makan ice cream, makan kek, makan keropok.."

"Tapi Lily nak makan nasi lemak" kata Lily si anak kecil sambil beredar dari situ bersama Rizu dan Idoli "Lepas dah makan nasi lemak, kita makan pizza pulak!"

"Sedap tu pizza tapi Idoli rasa macam nak tengok movie cerita hantu pulak"

"Cerita hantu tak best! Yang best adalah makan!"

"Alaa! Idoli rindu nak tengok cerita hantu"

Telatah mereka berdua, makin lama makin jauh dari Tarung dan Kaizo. Kini tinggal mereka berdua di tepi padang sekolah. Pelajar-pelajar lelaki masih lagi ada padang sekolah tetapi mereka terlalu sibuk bermain bola. Kaizo mulakan perbincangan dia serta-merta tanpa melengahkan masa lagi

"Kau sudah dengar semuanya dari Momoki?"

"Sudah" balas Tarung "Aku dan dia sekarang ni sedang mencari jalan untuk keluarkan kesemua power sphera dari stesen TAPOPS tapi... dekat mana paling selamat untuk simpan kesemua itu?"

"Hmmm... di dalam pemikiran aku hanya ada satu tempat sahaja yang selamat iaitu makmal Emmy"

"Kau pasti makmal dia selamat? Kau pasti si virus itu tidak akan menyerang?" tanya Tarung

"Aku pasti tapi kita kenalah cuba. Selepas sahaja stesen TAPOPS bukan lagi di bawah pengaruh dia, aku akan pulangkan kesemua power sphera itu" Kaizo perhatikan bola di padang itu di sepak oleh seorang pelajar lelaki "Data-data yang aku terima, masih belum mencukupi untuk aku mengenalpasti dimanakah virus itu sembunyikan diri. Masih banyak lagi yang kita tidak ketahui"

"Kau tak rasa ke virus itu mungkin salah satu ahli keluarga kepada budak lelaki yang kau jumpa hari itu?"

"Maksud kau?"

"Maksud aku... mungkin dia tidak mahu budak lelaki itu dikawal penuh oleh dia kerana hubungan kekeluargaan mereka berdua. Mungkin di sebalik virus itu adalah seseorang ahli keluarga dia seperti ayah dia ataupun adik beradik dia"

"Hmm.. mungkin juga" Kaizo terus fikirkan sesuatu "Kalau begitu, kita kena bawa budak lelaki itu dan ibu dia dari stesen TAPOPS. Kita akan soal siasat mereka balik di tempat yang selamat. Tempat yang tiada telinga-telinga musuh kita"

"Kalau begitu, aku akan beritahu Momoki tentang rancangan kau" kata Tarung "Kau tunggu sahaja di planet ini. Aku dan Momoki akan bawa mereka berdua ke sini"

"Kau hati-hati, jangan sampai mereka tahu tentang rancangan kita"

"Aku akan berhati-hati. Kau pun jangan selalu ke stesen sangat. Aku takut mereka dapat mensyaki sesuatu. Buat masa sekarang ni, biar aku dan Momoki uruskan di sana. Aku tak nak si virus tu cuba kawal diri kau semula"

"Baiklah, tapi sebelum kau pulang ke stesen.. aku nak kau lihat dulu makmal Emmy"

"Si gadis genius tu.. boleh, boleh. Aku ingin pastikan makmal dia betul-betul selamat" Lalu Tarung bangun dari tempat duduknya "Mari kita pergi, kau tunjuk mana makmal si budak genius tu"

"Err.." Tiba-tiba Kaizo rasa tidak tahu bagaimana hendak menjawab kerana dia ada kelas hendak diajar lepas ini "Sebenarnya.."

Tarung hanya mengangkat kening sebelah sambil memandang Kaizo yang masih lagi serius itu. Dia menunggu kata-kata dari Kaizo

"Sebenarnya apa?"

"Sebenarnya Kapten Kaizo ada misi lain yang dia perlu lakukan" muncul Momoki dengan senyuman menggoda dia "Laksamana Tarung jangan risau, biar aku bawa Laksamana ke makmal si gadis comel itu tapi sebelum itu..." Sempat lagi Momoki berikan lambaian menggoda dia kepada para peminatnya, terutama sekali dari kalangan para gadis

"Sempat lagi budak ni" bisik Kaizo

"Bagus, cepat bawa aku ke sana" kata Tarung "Kau ni, dari stesen TAPOPS sehingga ke planet ini, masih lagi dengan kasanova kau. INI BUKANLAH PERANGAI AHLI TAPOPS YANG KITA MAHUKAN!"

"Tapi aku adalah kasanova beretika. Aku tidak akan mempermainkan hati mereka kerana hati mereka diibaratkan seperti kaca. Sekali kita retakan hati itu, memang susah untuk betulkan balik. Jadi aku kenalah jaga hati mereka"

Laksamana Tarung menahan sabar dengan sikap Momoki itu. Kaizo sudah beredar dari situ kerana dia ada kelas yang dia perlu ajar pada ketika ini. Momoki tetap tersenyum walaupun Tarung berikan muka seriusnya kepada Momoki. Mereka berdua beredar dari kawasan sekolah itu dan terus ke makmal Emmy

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rizu rasa penat melayan karenah Idoli dan Lily si anak kecil. Mereka berdua suka berlari ke sana sini di sekitar bandar itu. Sekejap mereka masuk ke dalam kedai dan selepas itu lari keluar untuk pergi ke kedai lain pula. Rizu pula terpaksa mengejar mereka. Jantung dia berdengup dengan lajunya dan dia rasa seperti jantung dia ingin meletup pada bila-bila masa sahaja. Lalu dia berhenti untuk berehat dan bernafas seketika

"Abang Rizu ok ke?" tanya Idoli yang ada di hadapan Rizu

"Abang ok.. tapi janganlah lari sangat, kasihan abang kena kejar kamu berdua"

"Maaf abang Rizu" Lily si anak kecil berikan sebotol air kepada Rizu "Abang Rizu, jom kita rehat dekat dalam kedai makanan tu. Kita orang rasa bersalah sebab buat abang Rizu penat. Maafkan kami"

"Takpe, abang maafkan" Rizu mencapai botol air itu dari tangan Lily si anak kecil itu "Terima kasih"

"Hehehee.. jom jom! Kita tengok makanan apa yang ada dekat kedai tu!"

Belum sempat Rizu hendak minum airnya, Lily si anak kecil sudah pegang tangan kiri Rizu dan membawa mereka ke sebuah kedai makanan yang berdekatan. Lily berjalan di tepi-tepi kedai dengan matanya bersinar-sinar sambil melihat kedai makanan yang dia sudah menjadi sasarannya. Kedai yang dia ingin pergi adalah sebuah kedai cafe yang memjual roti-roti pastri. Dia boleh hidu bau-bau roti yang baru keluar dari ketuhar. Mereka bertiga sudah pun berada di hadapan kedai pastri itu. Lily si anak kecil sudah tidak sabar lagi. Terus dia menolak pintu itu untuk masuk ke dalam tersebut. Dia tidak sangka pula dia boleh terjumpa ibu bapa dia sedang duduk berehat di dalam kedai pastri itu

"MAMA! PAPA!"

Blueish dan Semiley tidak sangka anak mereka ada di situ. Mereka tersenyum melihat anak kecil itu berlari ke arah mereka dengan matanya bersinar-sinar. Lily si anak kecil terus memeluk tangan ibunya. Mata pejamkan matanya dan lalu dia geselkan pipinya di tangan ibunya. Begitu manja sekali Lily si anak kecil pada ketika itu. Rizu dan Idoli terharu melihat mereka bertiga

"Mari mari, biar uncle belanja kamu makan. Silakan duduk, silakan duduk" kata Semiley

"Errr.. terima kasih uncle" kata Rizu yang rasa serba malu sedikit

Idoli tidak rasa malu, dia terus sahaja duduk di sebelah kawan baik dia iaitu Lily si anak kecil. Rizu mengambil sebuah kerusi yang ada di meja lain kerana kerusi di meja mereka tidak mencukupi. Lily si anak kecil membuka buku menu dan mata dia kembali bersinar-sinar. Semua makanan di situ nampak begitu sedap sehingga dia menjilat bibirnya sendiri. Idoli mencari makanan ikan di dalam menu itu. Setiap kali dia nampak perkataan chocolate, hati dia akan rasa kecewa sedikit. Rizu tidak tahu apa yang dia nak, jadi dia sekadar memilih air minuman sahaja

"Lily nak chocolate strawberry kek, chocolate tart, red velvet cupcake, roti chocolate, apple pie dan lagi ialah ice cream sundae super duper!"

"Anak mama ni, kuat betul makan. Nanti tak habis macam mana?" Blueish mengusap kepala anaknya yang serba comel itu

"Takpe mama.. nanti papa yang jadi tukang habiskan" Berkerut dahi Semiley "Papa pun kuat makan jugakan.. lagipun Lily nak makan untuk adik Lily yang masih baby lagi tu"

"Apa nama adik Lily?" tanya Rizu

"Nama dia ialah MILLY! Dekat-dekat dengan nama Lily.. hehehee.. dia girl tau, bukan boy" kata Lily si anak kecil "Lily selalu tengok dia tidur. Nak kacau tapi nanti mama marah. Dia tak nak Milly menangis. Milly tu kuat menangis.. setiap malam mesti dia terjaga sebab nak susu. Lily pun kadang-kadang terjaga sebab Milly menangis tapi Lily tetap sabar sebab dia baby lagi"

"Betul tu anak ku. Nanti Lily tolong mama jaga adik ok"

"Baik mama! Lily sayang adik, mama dan papa!" kata Lily si anak kecil dengan penuh semangat

Hati Rizu rasa terdetik sedikit. Tadi di sekolah abang kesayangan dia, Rizu saksikan kemesraan di antara Idoli dan abangnya. Sekarang ni, dia melihat Lily si anak kecil bermanja-manja dengan ibu bapa dia. Rizu rasa cemburu kerana ibu dia tidak pulang ke rumah semenjak semalam lagi. Tiba-tiba dia rasa rindu dengan ibunya. Mungkin ibu dia akan pulang ke rumah pada hari ini. Dia tidak mahu memarahi ibunya kerana selama ini, ibu dia yang bekerja keras untuk membiayai kehidupan mereka. Dia amat menghargai pergorbanan ibunya dan sedikit pun dia tidak pernah rasa dendam. Sesibuk mana pun ibunya, Rizu tetap dapat kasih sayang dari ibunya. Itulah ibu dia yang Rizu amat sayangi

"Err... saya keluar sekejap" kata Rizu secara tiba-tiba "Maaf yea aunty dan uncle, nanti Pizu datang balik"

Rizu bangun dari tempat duduknya. Lalu dia keluar dari kedai itu. Tangan dia sudah keluarkan sebuah telephone mudah alih. Dia ingin hantar mesej kepada ibunya untuk mengatakan yang dia merindui ibu dan sentiasa menanti kepulangan ibunya. Sambil menaip mesejnya, sambil itulah dia tersenyum bersendirian. Dia berharap, ibu dia dapat membaca mesej dia. Kalau tiada balasan mesej dari ibunya, dia faham dan mengerti. Ibu dia sudah tentu sibuk pada waktu begitu. Setelah dia habis menghantar mesej itu kepada ibunya, dia kembali ke kedai pastri itu tetapi ada sesuatu yang membuatkan dia berhenti seketika. Sebuah kapal angkasa yang besar muncul di tengah-tengah langit. Ianya seperti ingin mendarat di dalam bandar itu

"Eh... alien mana yang datang ni?" bisik Rizu

Ramai yang berhenti untuk melihat kapal angkasa itu. Ada yang berlari masuk ke dalam kedai kerana takut jikalau kapal angkasa itu menyerang. Rizu berjalan menuju ke jalan raya sambil melihat kapal angkasa itu. Tiba-tiba ianya bergerak sedikit demi sedikit dan lalu kapal angkasa itu keluarkan sesuatu dari bahagian bawah. Ianya seperti ingin mengambil sesuatu dari bandar itu. Benda itu berbentuk seperti saluran mesin vakum. Ianya menghala ke arah seseorang iaitu Rizu. Badan Rizu terapung sedikit demi sedikit. Rizu menjadi cemas, dia cuba mencapai tiang lampu di situ tetapi ianya agak jauh sedikit. Orang ramai yang berada di situ, cuba selamatkan Rizu. Beberapa orang lelaki dewasa menarik kaki Rizu supaya tidak bawak masuk ke dalam kapal angkasa itu. Semiley sempat berlari keluar untuk menolong mereka selamatkan Rizu. Blueish menjaga dua anak kecil itu dan tidak benarkan keluar dari kedai tersebut. Ochobot dan Tok Aba ada di tempat kejadian itu. Mereka berdua cemas dan langkah pertama yang Ochobot harus buat adalah menghubungi Boboiboy dengan segera

"OCHOBOT! TOLONG PIZU!"

"OCHOBOT TENGAH PANGGIL BOBOIBOY!" kata Tok Aba

"Ochobot? Kenapa? Ada kecemasan ke?" Skrin kecil timbul di hadapan Ochobot

"ABANG BOBOIBOY!" Tarikan vakum itu semakin kuat. Kaki Rizu mula terlepas dari pegangan orang ramai "ABANG BOBOIBOY! ABANG FANG!"

"Ada alien lain nak culik Rizu!" kata Ochobot dengan cemasnya

"APA! AKU DATANG KE SANA DENGAN SEGERA!"

Skrin itu hilang dari pandangan Ochobot tetapi superhero Boboiboy tidak sempat sampai ke bandar Pulau Rintis. Akhirnya Rizu berjaya dibawa masuk ke dalam kapal angkasa itu. Sedikit demi sedikit kapal angkasa itu naik ke udara dan terus hilang seperti angin. Boboiboy sudah pun tiba di situ dengan menggunakan kuasa Halilintarnya. Dia sudah terlambat. Fang tiba beberapa saat kemudian dengan kuasa bayangnya. Dia sempat melihat kapal angkasa itu tadi dalam beberapa saat sebelum ianya hilang dari pandangan matanya. Fang tidak berkata apa tetapi dia tergamak sedikit kerana adik angkat dia diculik oleh alien yang dia sendiri tidak tahu siapa. Mungkin musuh mereka iaitu si virus itu? Tapi kenapa dia perlu menculik Rizu pula? Kenapa dia perlukan Rizu? Fang menggenggam kedua belah tapak tangannya. Dia akan dapatkan balik Rizu dan bawa pulang ke sini semula

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rizu membuka matanya sedikit demi sedikit. Adakah dia bermimpi tadi? Kenapa katil dia rasa sejuk sahaja. Lalu dia tersedar dan mata dia membulat besar apabila dia dapati dirinya bukan di dalam bilik dia sendiri tetapi di dalam sebuah bilik seperti bilik bedah. Rizu melihat kiri dan kanannya. Terdapat pelbagai peralatan yang ada di atas meja besi. Semuanya adalah kegunaan untuk membedah orang. Lalu dia pejamkan matanya balik. Dia cuba untuk bangun dari mimpi ngeri ini. Dia buka matanya, dia masih lagi ada di dalam bilik itu. Dia cuba gerakan kaki dan tangannya tetapi malangnya, kedua kaki dan tangannya diikat dengan besi

"Abang Fang... abang Paizo... Pizu takut" bisik Rizu. Air matanya sudah mengalir keluar "Abang Fang, selamatkan Pizu... Pizu nak tengok wajah-wajah yang Pizu sayangi terutama sekali ibu.. maafkan Pizu, ibu.. maafkan Pizu jikalau Pizu ada buat salah dekat ibu.." Dia tidak berhenti-henti menangis. Di dalam hatinya juga tidak berhenti berdoa agar dirinya diselamatkan oleh seseorang

"Jangan risau... kau dapat jumpa ibu kau balik" Datang seorang lelaki berpakaian kot putih. Kedua belah tangannya memakai sarung tangan berwarna biru "Selamat datang ke dewan bedah. Kau ada di sini kerana aku ingin menolong kau"

"Tolong apa?" tanya Rizu "BAIK KAU LEPASKAN AKU!" kata dia secara kasar. Nada dia bukan lagi seperti Rizu yang dikenal tetapi seperti seseorang yang agak kasar "AKU AKAN PASTIKAN ABANG FANG DAN ABANG PAIZO HAPUSKAN KAU!"

"Hahaha... mereka nak hapuskan aku? Aku tak kisah tapi sebelum mereka dapat hapuskan aku, aku perlu jalankan tugas aku"

"Tugas?" bisik Rizu "Kau nak buat apa dengan diri aku?"

"Oh... itu kau akan tahu juga nanti" datang satu suara yang Rizu kenal. Sebuah television kecil turun di depan Rizu. Sepasang mata dan mulut timbul di skrin television itu "Aku ada rancangan terbaik untuk kau tapi kau tak perlu risau, kami akan menghantar kau pulang ke planet bumi nanti. Aku tidak mahu ibu kau risau"

"Korang nak mempergunakan aku seperti kau buat dekat abang Fang?"

"Hmmmm... mungkin juga" kata virus itu "Sudah, jangan banyak cakap. Professor, kau boleh jalankan tugas kau dengan segera"

"Baik tuan" kata professor itu

"LEPASKAN PIZU! LEPASKAN PIZU!" Mulut Rizu di tutup dengan masker oksigen

Rizu bergelut di atas meja besi itu. Dia cuba hendak lepaskan mulutnya dari masker itu tetapi mata dia makin lama makin kuyu. Akhirnya penghlihatan Rizu menjadi gelap. Professor itu dengan mudahnya, dia terus jalankan tugasnya sambil dilihat virus itu

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rizu membuka matanya. Dia tidak tahu apa yang berlaku sepanjang masa dia sedang tidur. Dia terkejut melihat dirinya berada di dalam bilik abang kesayangan. Dia mula bangunkan tubuh badannya dari katil itu. Apa yang berlaku? Adakah tadi hanyalah mimpi sahaja? Mungkin juga semuanya hanyalah mimpi buruk sahaja, fikir Rizu. Lalu dia mengambil cermin matanya yang ada di atas meja. Dia pakai cermin mata itu tetapi peliknya, kenapa penghlihatan dia nampak kabur. Dia buka cermin mata dia balik, semuanya nampak jelas dan nyata. Segala-galanya nampak terang

"Eh.. apa yang berlaku?" bisik Rizu

"Rizu dah bangun" Rizu menoleh kepalanya ke arah pintu bilik "Rizu ok tak? Nak abang bawakan air?"

"Ermm.. tak perlu abang Fang tapi..." Rizu masih tidak faham apa yang berlaku. Bukan ke dia tadi berada di dalam sebuah bilik makmal dan sekarang ini, dia berada di bilik abang angkatnya "Macam mana Pizu boleh ada dekat sini? Abang Fang pergi selamatkan Pizu ke tadi?"

Fang duduk di atas katil itu. Lalu dia menarik nafas panjang dan terus ceritakan apa yang berlaku

"Sebenarnya... selepas sahaja Rizu dibawa lari, kita orang cepat-cepat menghubungi abang Kaizo untuk pergi mencari Rizu. Abang Kaizo terpaksa tinggalkan kelas dia untuk mencari Rizu bersama Laksamana Tarung. Abang Kaizo tak bagi abang ikut dia pergi cari dekat angkasa lepas. Dia suruh abang tinggal di sini untuk memastikan tiada siapa yang kena culik lagi. Lepas beberapa jam kemudian, abang terkejut melihat Rizu terlentang baring di depan pintu rumah abang"

"Jadi dia orang hantar Pizu pulang ke sini semula?" Fang angguk kepalanya kepada Rizu

"Rizu ada ingat apa-apa tak?" tanya Fang

Rizu cuba ingatkan kembali apa yang berlaku. Dia seperti ingat-ingat lupa. Dia memicit kepalanya untuk mengingati kembali apa yang berlaku tadi. Terasa sakit kepalanya tetapi dia tidak akan mengalah. Dia tidak mahu menjadi lemah seperti dulu. Fang rasa risau dengan adik kesayangannya yang begitu gigih cuba ingatkan semula kejadian tadi

"Rizu... kalau Rizu tak ingat, takpe. Abang tak nak Rizu paksakan diri tu"

"Virus.." Itu yang keluar dari mulut Rizu "Virus.. dia ada di dalam bilik bedah tadi"

"Hah? Virus? Bilik bedah?"

"Pizu dah ingat apa yang berlaku" Muka Rizu berubah sedikit. Fang nampak air matanya mula keluar "Pizu ada di dalam sebuah bilik bedah dan dalam bilik tu, ada pelbagai peralatan yang ada untuk bedah manusia ataupun alien. Lepas tu, datang seorang professor. Pizu tak ingat muka dia macam mana tapi Pizu tahu, virus tu.." Rizu menahan kesedihan di hatinya "Dia suruh professor tu jalankan tugas dia. Virus tu suruh professor tu buat sesuatu dekat Pizu. Dia bagi gas tidur.. sampai situ sahaja yang Pizu tahu"

"Jadi Rizu tak tahu apa yang dia buat dekat diri Rizu?"

"Abang Fang.. penglihatan Rizu sudah terang. Rizu bukan lagi rabun jauh tapi itu sahaja yang Pizu tahu" Rizu mengesat air matanya "Tak tahulah apa yang dia buat dekat diri Pizu lagi tapi.. kenapa dia buat begini? Mengapa? Mesti ada sebabkan.. Pizu tak nak jadi mangsa dia yang seterusnya. Pizu tak nak dia mengawal diri Pizu.. Pizu takut"

Fang tidak berkata apa. Dia hanya memeluk adik angkatnya. Dia tidak tahu apa rancangan Virus itu sebenarnya. Apa yang sebenarnya virus itu mahukan? Adakah ini salah satu perangkap atau permainan dia? Fang tidak akan membenarkan sesiapa mempergunakan adik angkat dia atau orang-orang yang dia sayangi. Virus itu akan terima balasannya kerana membuat adik angkatnya menangis

"Abang akan hapuskan dia. Rizu jangan risau.. abang akan pastikan Rizu selamat daripada dia" bisik Fang

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro