Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Permainan untuk Fang

Lily si anak kecil dan Idoli si anak kucing alien, begitu geli hati melihat Fang sedang garu-garu hidungnya ketika dia di dalam alam tidur. Idoli asyik letak sehelai bulu pelepah burung di lubang hidung Fang. Mereka berdua menahan ketawa supaya remaja alien itu tidak terjaga dari tidurnya. Kaizo pada ketika itu, dia menjenguk apakah dua orang budak kecil itu sedang lakukan. Dia bersilang tangan sambil perhatikan Idoli cucuk-cucuk bulu burung itu di lubang hidung adiknya

"Idoli! Itik! Korang tengah buat apa tu?"

Idoli dan Lily si anak kecil terkejut dengan suara Kaizo. Mereka menoleh kebelakang sambil tersengih. Kaizo mengarah mereka berdua keluar dari bilik itu. Mereka tidak membantah, lalu keluar dari bilik itu sambil ketawa sedikit. Kemudian, Kaizo masuk ke dalam bilik. Adik dia masih lagi tidur dan tidak sedar apa yang berlaku sebentar tadi. Lalu dia angkat Shadow yang juga tidur di atas katil adiknya, dia mengibas-gibas ekor kucing itu di hidung adiknya. Fang mula bergerak sedikit. Kaizo cepat-cepat kembalikan Shadow di tempat yang dia baring tadi. Dia terus lari keluar sebelum adik dia terjaga

"ACHUMMMM!"

Fang akhirnya bangun dari tidurnya. Shadow terkejut dengan tuan dia bersin sebentar tadi. Fang mengusap-gusap hidungnya. Dia rasa ada sesuatu yang membuatkan hidung dia terasa geli sebentar tadi

"Shadow.. tadi ada orang ganggu aku tengah tidur ke?"

"Meow meow meow meow meow meow meow" jawab Shadow

"Oh... tadi kau dengar ada suara budak kecik dekat dalam bilik ni. Lepas tu tiba-tiba diri kau macam ada orang angkat" Fang mengusap dagunya sambil berfikirkan sesuatu "Hmmm.. maksudnya.. ADA HANTU DEKAT DALAM BILIK AKU NI!"

Shadow gelengkan kepala

"Hehehee... ini mesti si Idoli kacau aku!" Fang bingkas bangun dari katilnya. Dia keluar dari situ dan terus turun ke bawah untuk mencari Idoli "Mana si budak kucing tu!"

Pikachu dan Cattus yang berada di atas meja ruang tamu, dua ekor kucing itu terus tunjuk ke arah dapur. Fang masuk ke dalam dapur dengan muka garangnya. Idoli dan Lily si anak kecil sedang sibuk makan cereal mereka. Kaizo pula, berpura-pura membaca buku novel cerita seram sambil minum teh hijaunya

"Aik, apasal itik ni ada dekat sini?" Fang pandang Lily si anak kecil "Makin tembam pulak si itik ni"

"Lily ada dekat sini sebab mama and papa bagi Lily datang ke sini! Petang nanti mama dan papa akan datang dan bawak Lily pulang. HARI INI BOLEHLAH LILY MAIN PUAS-PUAS DENGAN IDOLI!"

"YEAHHH!" Jerit Idoli

"Hehehe.. semoga berjaya yea abang. Adik ada sekolah hari ni" Fang tahu mesti dua orang itu akan ajak abangnya pergi merayap di bandar untuk mencari makanan sedap-sedap "Abang jaga dia orang elok-elok ok"

"Hmm.. ok.." kata Kaizo "Abang suruh si Lynna aje yang jagakan mereka"

"Cheh, tak guna punya abang" bisik Fang "Abang..."

"Kau nak apa?" tanya Kaizo dengan nada seriusnya

"Izinkan adik untuk sekeh mereka berdua" kata Fang dengan penuh semangat "Sebab dia orang ganggu adik tengah tidur tadi! Adik tengah syok mimpi donut lobak merah!"

Idoli dan Lily si itik tergelak sedikit. Kaizo mengangkat kening sebelah sambil perhatikan adiknya

"Abang izinkan tapi kau nanti tolong jawabkan dekat ibu bapa mereka sebab apa kau sekeh kepala anak mereka" Kaizo terus minum air teh hijaunya dengan tenang "Semoga berjaya nanti"

"Erkk.." Hati Fang mula berapi-api dengan dua budak kecil itu "Ada juga nak kena dengan keamukan aku ni"

"Itu pun kau kena jawab dekat mereka nanti" kata Kaizo lagi "Abang tak masuk campur dalam urusan kau nanti. Pandai-pandailah kau nanti"

"Grrr..." Fang terus tenangkan diri dia seketika. Dia angkat sekotak cereal yang ada di atas meja makan. Lalu dia makan dengan gelojohnya "Nak mengamuk tak boleh, nak sekeh tak boleh.. kalau bagi tendang pun, mesti aku kena hukuman paling teruk dari abang aku"

"Ada hati kau nak tendang budak kecik" kata Kaizo "Cuba-cubalah bawa bertenang macam abang"

"Itu sebab abang ada teh hijau abang, bolehlah bawak bertenang.. adik perlukan donut lobak merah dan keamukan supaya adik dapat tenangkan hati adik yang tengah membara ni"

Idoli dan Lily si anak kecil tergelak kecil lagi kerana gelagat Fang pada ketika itu, amat mengelikan hati mereka. Lalu mereka bincangkan sesuatu. Fang perhatikan mereka sambil mencuri dengar apa yang mereka sedang bincangkan

"Abang Fang!"

"Nak apa Idoli?" Fang kunyah cereal honey star dia

"Kita orang nak main satu permainan dengan abang Fang!" kata pula Lily si anak kecil kali ini

"Permainan? Macam menarik aje" Fang duduk di sebelah abangnya sambil makan cereal itu lagi "Terangkanlah dekat abang tentang permainan itu"

"Hehehe.." Idoli ketawa sedikit. Kaizo letakkan buku novelnya di atas meja kerana dia ingin mendengar bagaimana permainan itu akan dijalankan "Begini abang Fang.. abang Fang tak boleh bercakap selagi tiada siapa yang panggil nama abang Fang.. kalau abang Fang bersuara tapi tiada siapa yang sebut nama abang Fang, takde donut lobak merah untuk abang Fang! dan abang Fang juga akan kena gigit dengan kita orang nanti! dan jikalau ada yang sebut nama abang Fang, maka dengan itu, abang Fang tidak dapat sekeh kita orang dan juga donut lobak merah! Jikalau permainan ini bertahan sampai 12 malam, maknanya.. abang Fang dapat sekeh kepala kita orang dan kita orang tidak akan beritahu ibu bapa kami! dan juga kami berdua akan belanja abang Fang makan donut lobak merah! Macam mana? Setuju?"

"Hmm.. bagi abang fikir dulu" kata Fang

Fang fikir sambil makan cereal itu yang sudah hampir habis. Kalau dia berjaya, dia akan dapat sekeh kepala mereka berdua dan juga dia akan dapat menikmati donut lobak merahnya. Sudah berapa hari dia tidak dapat merasai donut kesayangan dia itu. Lalu dia terbayangkan donut lobak merah dia di dalam kepalanya. Fang terus tersenyum gembira

"Baiklah, abang setuju!" kata Fang

"HAH! Kalau begitu.. aku sebarkan kepada semua kawan-kawan kita orang tentang permainan ini.. hehehe.. dan dia orang pun boleh sebarkan kepada orang lain" muncul Faye di dalam dapur sambil menghantar mesej kepada rakan-rakan mereka "Aku dapat rasakan, Bella suka dengan permainan ini"

"Adeh.. adakah aku terpaksa jauhkan diri daripada minah itu"

"Terpulang kepada abang Fang" kata Lily si anak kecil

"Bagus bagus.. dengan itu, aku mengistiharkan permainan ini bermula sekarang!" kata Kaizo

Fang terus berdiam diri. Idoli dan Lily si anak kecil tersenyum-senyum kepada Fang. Mereka bagaikan hendak mengejek Fang. Hati Fang sudah berdebar-debar kerana menanti cemuhan-cemuhan dari dua budak kecil itu. Faye senyum seorang diri sambil membaca setiap mesej yang dia terima. Kaizo kembali membaca novel dia. Lalu dia berkata sesuatu

"Pang!" Fang mula membuka mulut. Selepas itu dia tutup balik "Kau nak kalah ke?" Fang gelengkan kepalanya "Bagus, disebabkan aku tidak akan dengar rungutan daripada kau pada hari ini, aku nak kau pergi buatkan makanan tengahari iaitu sup lobak merah, sup cendawan untuk dua budak ni dan juga sup tomato untuk Faye. Ada apa-apa lagi tambahan?"

"IDOLI NAK MEE KETAM!"

"LILY PUN! LILY PUN!" kata Lily si anak kecil sambil melompat-lompat di atas kerusi meja makan itu "Lepas tu.. buatkan ikan siakap tiga rasa sekali. Mesti Idoli akan suka nanti"

"Faye nak... hmmm.. FAYE NAK VANILLA PUDDING!"

Kepala Fang terus terbaring di atas meja makan. Lalu dia menghantuk-hantuk kepalanya di permukaan meja itu. Kaizo tersenyum sinis sebagai tanda bangga kerana adik dia tidak membantah

"Bagus Pang, bagus.. baik kau buat sekarang sebelum ke sekolah nanti" Kaizo bangun dari tempat duduknya "Bila sudah siap nanti, panggil aku.. oh lupa pula, kau mana boleh bercakap. Faye, nanti panggil aku"

"Ok!" kata Faye sambil mengusap-gusap kepala sepupunya dia si Fang "Kasihan dia.. takpelah, aku tak kan biarkan dua budak ni ganggu kau time masak ok"

Fang ingatkan Faye hendak bantu dia, rupanya bukan. Faye membawa dua budak kecil itu keluar dari dapur. Mereka bertiga bersantai di ruang tamu sambil menonton sebuah cerita kartun. Fang terpaksa buat kerja seorang diri. Dia hanya boleh bercakap dengan diri sendiri tetapi di dalam hati sahaja. Pelbagai rungutan yang terluah di dalam hatinya. Fang terpaksa senyum sahaja sambil kemas meja makan itu. Kaizo cukup berpuas hati, lalu dia keluar dari dapur tersebut. Fang kelihatan sudah pasrah tetapi dia akan tetap kuatkan semangatnya. Dia perlu ingatkan diri dia yang dia akan dapat sekeh kepala dua budak kecil itu dan juga, dia dapat menikmati donut kegemarannya

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Hai landak ungu!"

Fang tersenyum sahaja apabila dia ditegur oleh Boboiboy

"Kau ok ke ni? hehehe.. macam mana? Dapat bertahan tak?"

Fang angguk kepalanya kepada Boboiboy sebagai tanda dia masih lagi dapat bertahan di dalam permainan ini. Lalu dia berikan sebungkus nasi lemak kepada Boboiboy. Muka dia kelihatan sedih. Sepanjang perjalanan dia ke sekolah, Fang terpaksa sembunyikan diri daripada orang ramai supaya tiada siapa yang memanggil nama dia

"Ini untuk apa?" tanya Boboiboy "Hah.. untuk aku jangan sebut nama kau kan" Fang angguk kepalanya "Jangan risaulah, aku bukanlah seseorang yang suka rosakkan permainan ini tapi kau kenalah berhati-hati dengan si Bella. Kalau dengan Lily, dia memang sentiasa panggil kau landak"

"FA-FA-FA-FA.."

Terus Fang rasa cuak apabila seseorang cuba memanggil nama dia. Fang begitu gelabah sekali mencari siapakah yang cuba menyebut namanya. Dia pusing kebelakang dan terus dia bermasam muka. Lily sudah pun muncul di perkarangan sekolah. Mata dia sudah bersinar-sinar tetapi bukan sebab Fang, ianya sebab dia ternampak Boboiboy

"BBB-CHAN!"

"Hai Lily" Boboiboy tersengih sedikit "Lily ada sini sebab apa?"

"Hehehe.. wahai BBB-CHAN.. Lily sentiasa ada dekat sini sebab BBB-CHAN lah tapi hari ini, Lily ada dengan sini sebab FA-FA-FA.." Fang mula hendak menutup mulut Lily tetapi dia ditarik oleh seseorang "FANDAK!"

Terus Fang rasa lega. Dia menoleh kebelakang untuk melihat siapa yang tarik dia tadi. Rupanya Bella yang menarik dia tadi supaya diri dia tidak terkup mulut Lily. Fang bagaikan hendak lari dari situ. Muka dia berubah menjadi pucat sedikit

"Hah, inilah dia FA-" Fang sudah mula berundur sedikit demi sedikit "FANDAK! Fandak si landak ungu.. hehehee... fandak cuak yea"

Fang ke depan sedikit dan terus pijak kaki Bella. Tiba-tiba bahu dia diusik-usik oleh seseorang. Fang menoleh kebelakang. Dia terkejut kerana ada sekeping kertas di hadapan mukanya. Yaya melayang-layangkan kertas itu

"Haaa.. pijak kaki kawan yea, denda untuk kau adalah kutip sampah sebelum sekolah bermula" kata Yaya sambil berikan kertas denda itu kepada Fang

Fang tidak dapat hendak membantah ataupun mengamuk di situ. Dia ambil kertas denda itu dari tangan Yaya. Muka dia kembali menjadi sedih. Lily ketawa sedikit sambil sembunyikan diri di belakang Boboiboy. Kali ini, muncul pula Gopal dengan sekotak donut lobak merah. Di dalam kotak itu, terdapat sedozen donut. Bau donut itu membuatkan Fang ingin menangis kerana dia sudah lama tidak dapat menikmati kesedapan donut lobak merah. Betapa gebunya donut itu dan sekali dia gigit, sungguh melazatkan sehingga dia dapat merasai lobak merahnya. Donut itu bagaikan cari di dalam mulutnya dan terus turun ke anak tekaknya

"Err.. si rambut cacak ni ok ke?" tanya Gopal sambil makan donut lobak merahnya

"Aku rasa.. dia tengah mengelamun tu" balas Boboiboy "Yang kau tiba-tiba makan donut lobak merah depan dia kenapa?"

"Sebab aku saja nak kenakan dia" kata Gopal

"Amboi... sanggup kenakan kawan sendiri, denda untuk kau!" Yaya terus hulurkan sekeping kertas denda kepada Gopal "Kau kena bersihkan kelas selepas habis sekolah nanti"

"Erk! Tapi si landak ni selalu kenakan orang.. elok aje kau dendakan dia"

"Itu sebab pada hari ini aku telah berikrar untuk menjadi pengawas yang baik dan tegas" Yaya sudah kembali menjadi pengawas seperti waktu dia sekolah rendah dulu "Aku kena pergi dulu, cikgu suruh aku jaga pintu pagar sekolah. Jumpa lagi"

Sebaik sahaja Yaya beredar dari situ, Bella terus keluarkan sesuatu dari beg sekolahnya. Sehelai pakaian yang telah dia beli di kedai sebelum dia datang ke sekolah. Fang menelan ludah apabila Bella tunjukkan pakaian itu. Ianya adalah pakaian berbentuk penguin. Gopal dan Lily teruja melihat pakain penguin itu. Boboiboy sudah dapat merasakan apa yang akan berlaku seterusnya

"Landak oh landak.. landak kena pakai baju ni.. kalau tidak, aku sebut nama kau"

Fang terpaksa mengalah. Dia mengambil pakaian itu dari tangan Bella secara kasar. Dia terus sarungkan pakaian itu di situ juga. Faye sudah pun keluarkan kamera ungunya. Fang tidak senyum di hadapan kamera itu. Dia hanya bermasam muka

"Aku tahu si landak comel ni suka penguin.." Bella tepuk-tepuk kepala Fang secara lembut "Bagus landak, bagus.. kau akan menjadi mangsa aku pada hari ini! MUAHAHAHAA!"

"Bukan ke si rambut cacak ni sentiasa jadi mangsa kau setiap hari"

"Eh, mana adalah Gopal" kata Boboiboy "Aku jarang nampak Bella buli si fandak ni.. baru hari ni aku nampak Bella cuba buli si landak ungu"

Fang malas hendak mendengar percakapan mereka. Selagi dia ada di situ, selagi itulah hati dia membara. Dia terus pergi mengutip sampah di sekitar sekolah dengan pakaian penguinnya. Ramai pelajar-pelajar perempuan begitu seronok sekali melihat Fang. Ada yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Fang. Terpaksalah dia berikan senyuman paksanya. Lily siap sediakan tempat khas untuk bergambar dengan Fang si penguin comel dan Gopal pula, mengambil peluang ini

"Hehehe... sekeping gambar, RM 2.." Gopal tersenyum sinis di tepi Lily

Boboiboy hanya mampu menepuk dahinya sendiri. Apalah akan terjadi nanti. Adakah Fang mampu bertahan sehingga selarut malam atau dia akan mengamuk terlebih dahulu? Boboiboy tidak tahu apa yang berlaku nanti tetapi apa-apa pun, dia berharap semuanya akan berjalan dengan lancar

"HAH! MENJUAL BARANG TANPA PREMIT! DAN JUGA MENGAMBIL KESEMPATAN DI ATAS KESEDIHAN ORANG LAIN!"

"ALAMAK! YAYA!" Gopal terus larikan diri daripada Yaya "SELAMATKAN AKU, BOBOIBOY!"

"MANA KAU NAK LARI!" Yaya terbang ke arah Gopal dengan buku dendanya

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sewaktu rehat, Fang masih lagi di dalam pakaian penguin dia. Fang tidak boleh menanggalkan pakaian itu kerana jika dia buat begitu, Bella akan jerit nama Fang sekuat hati. Terpaksalah dia terima satu amaran dari satu amaran yang lain daripada cikgu-cikgu yang nampak diri dia lalu lalang di sekitar sekolah itu. Semasa dalam kelas pula, setiap kali Fang di panggil untuk berikan jawapan, dia hanya tersengih sahaja tetapi apa yang peliknya, cikgu-cikgu di sekolah itu memanggil diri dia sebagai Fandak atau pun landak. Dia rasa pelik, bagaimana cikgu boleh terikut sekali dengan permainan ini

"Kepelikan betul" kata Boboiboy sewaktu dia berada di kantin bersama Fang "Rasanya siapa yang suruh cikgu-cikgu kita panggil kau landak?"

"Hah! Ini mesti Emmy telah mencipta sesuatu untuk memukau semua cikgu yang ada dekat sekolah ini"

"Isk kau ni Gopal, ada pulak macam tu"

"Manalah tahu" kata Gopal sambil beratur di tepi kaunter kantin sekolah "Yelah, nak menghangatkan lagi keadaan.. baru lebih menarik dan lebih mengecam dan juga lebih menyeksakan!"

"Kau suka yea tengok si landak ungu ni seksa" Gopal terus angguk kepalanya kepada Boboiboy

"Eleh, kalau kau rasa dia terseksa sangat, apa kata kau sebut nama dia. Kau kan adalah pelajar yang terbaik dekat sini dan tak suka tengok orang lain terseksa" sindir Gopal sambil tersenyum sinis

Fang terus pijak kaki Boboiboy untuk mengatakan tidak menyebut nama dia

"Hmm.. aku tak boleh Gopal, si landak ni tak bagi" balas Boboiboy "Kau bertabah yea, landak"

Fang angguk kepalanya. Lalu dia berikan sehelai kertas kepada Boboiboy

"Donut lobak merah?" Boboiboy garu-garu kepalanya "Ohh.. kau nak aku belikan untuk kau" Fang angguk kepalanya

"Eh takpe... biar aku belikan untuk si landak ni" Gopal berikan senyuman sinis dia kepada Fang "Jangan risaulah, aku tetap belikan donut untuk kau.. aku mana ada nak buli kau pun. Aku bukannya macam Bella"

"Hah, bagus tu Gopal" Boboiboy tepuk bahu Gopal secara perlahan

Apabila mereka sudah sampai di bahagian depan kaunter kantin, Boboiboy telah membeli makanan dia terlebih dahulu. Fang boleh bau nasi lemak yang telah dibeli oleh Boboiboy tadi tetapi apa yang dia mahukan adalah donut lobak merah. Donut itu masih lagi ada. Seterusnya Gopal pula untuk membeli makanan dia dan juga makanan Fang

"Mak cik, saya nak nasi goreng ayam berempah satu! Ayam tu letak dua ketul yea.. lepas tu, 3 donut lobak merah" Fang rasa terharu kerana Gopal begitu baik hati membelikan dia 3 donut sekali gus "Dan satu lagi donut lobak merah untuk dia" Terus Fang bermasam muka

"Baiknya kamu belikan untuk kawan kamu" kata mak cik kantin itu sambil berikan sepiring nasi lemak berserta dengan dua ketul ayam goreng kepada Gopal

"Hehee.. saya memang baik pun tapi dia yang belanja"

Hati Fang terus membara. Dia bagaikan hendak mengamuk dan menjerit di telinga Gopal tetapi selepas sahaja donut kegemaran dia muncul di depan matanya. Dia terus tenang. Fang dengan rela hati, dia membayar setiap makanan yang dia dan Gopal beli. Fang tidak pergi menyertai kawan-kawan dia makan di kantin. Dia terus ke tempat lain untuk makan seorang diri. Dia tahu Bella akan cuba hendak sakitkan hati dia. Fang menuju ke tempat yang sunyi dan tidak banyak pelajar yang lalu di situ iaitu di tepi bilik sukan. Fang duduk dan sandarkan diri dia di tepi dinding bilik sukan. Dia melihat donut lobak merahnya dan dia rasa agak sedih kerana dia dapat beli hanya satu sahaja

"Apasal kau nampak sedih? Bukannya kau selalu happy bila kau dapat donut kegemaran kau"

Fang mendongak ke atas untuk melihat siapa yang menegur dia pada ketika itu. Fang tersenyum sedikit melihat Yaya berdiri di hadapannya. Dia tahu Yaya tidak akan sakitkan hati dia atau buli dia kerana Yaya adalah seorang gadis yang baik dan peramah. Dia bukan seperti Bella ataupun Lily

"Hmm.. kau sedih sebab kau dapat beli satu donut sahaja? Gopal buli kau ke?" Fang angguk kepalanya "Sabar ajelah Fang tapi.. bila kau dapat bertahan sampai pukul 12 malam nanti, mesti kau dapat ganjaran yang lebih besar"

Fang tunjuk tanda bagus di tangannya. Sebenarnya Yaya tidak tahu tentang ganjaran satu lagi iaitu sekeh kepala dua budak kecil yang bernama Idoli dan Lily. Dia berharap Yaya tidak akan tahu tentang itu. Kalau tidak, sudah tentu Yaya akan sebut nama dia untuk batalkan permainan ini

"Kasihan aku tengok kau.. makan seorang diri dekat sini. Maaflah aku tak boleh nak temankan kau. Tak elok orang nampak seorang gadis berseorangan dengan seorang lelaki" kata Yaya "Oklah, kau makan elok-elok.. aku kena pergi kantin, aku belum makan lagi. Semoga berjaya!"

Yaya terus terbangkan diri dia dan menuju ke arah kantin sekolah. Tinggal Fang seorang diri di situ bersama dengan donut lobak merahnya. Hati dia sayu kerana kekasih hati dia akan dimakan sebentar lagi tetapi ini semua adalah untuk perutnya yang kosong dan juga untuk hilangkan tekanan dia sepanjang dia berada di sekolah. Tiba-tiba Ying muncul di situ

"Hah.. Yaya suruh aku hantar donut ni.. dia kata dekat aku, makanlah puas-puas dan aku mahu ucapkan selamat maju berjaya!"

Fang seperti hendak menangis di situ. Dia terasa diri dia seperti orang mengemis yang inginkan makanan dan akhir dia dapat apa yang dia mahukan. Fang menangis dan mengesat air matanya

"Aiyaa.. menangis pulak budak ni. Nah, aku letak bungkusan ni dekat tepi kau.. bye bye"

Sejurus sahaja Ying letakkan dua bungkusan donut lobak merah di tepi Fang, terus dia pecutkan diri untuk kembali di kantin. Fang mendongak ke langit. Dia bagaikan dapat merasai ada sinaran harapan untuk dirinya. Sewaktu dia menjamah donut-donutnya, Kaizo mengintip adiknya. Dia ketawa sedikit dan lalu dia bertukar menjadi serius. Selepas sahaja semua ini selesai, dia akan berikan sesuatu kepada adiknya. Mungkin anak patung penguin dan landak? ataupun bawa dia pergi bersiar-siar di sekitar galaxy

"Hmm.. takpelah, nanti aku akan fikirkan balik" bisik Kaizo

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Waktu sekolah sudah pun tamat. Fang menjadi orang pertama lari keluar dari kelasnya. Dia tidak sabar untuk sampai ke rumah dan kurungkan diri dia di dalam bilik sehinggalah pukul 12 malam

"Amboi.. gembiranya kau"

Fang terkejut dengan suara kawan baik dia yang muncul di sebelah dia. Fang berikan senyuman dia kepada Boboiboy. Dia memang rasa gembira kerana di rumah, tiada siapa yang dapat menyakat hati dia kecuali abang dia

"Asalkan kau gembira" kata Boboiboy "Esok kau jangan main permainan lain pula.. nanti lagi terseksa diri kau tu. Lagipun, tahun ni.. banyak sangat cabaran dan permainan yang kau pernah buat. Tahun lepas banyak hantu.. tahun ni, banyak sangat permainan"

Fang angguk kepalanya sambil berjalan bersama Boboiboy. Dia biarkan Boboiboy bercakap seorang diri. Fang rasa bersalah pula kerana tidak dapat berbual dengan Boboiboy

"Agaknya.. tahun depan banyak apa pula?"

"Banyak makan!" muncul Gopal di sebelah Boboiboy "Wei rambut cacak.. maaflah sebab aku beli satu donut aje untuk kau. Lagipun, kau tak tulis berapa banyak kau nak. Jangan nak salahkan aku"

"Sudahlah Gopal, jangan nak ungkit balik. Semuanya sudah lepas"

"Memang dah lepas pun tapi bebelan dari Yaya, masih terpahat dekat kepala otak aku ni" mengeluh Gopal

Fang ketawa sedikit sambil bayangkan Yaya membebel kepada Gopal tanpa henti. Mesti sakit telinga Gopal kerana bebelan Yaya. Hati dia terasa suka pula. Esok giliran dia pula untuk kenakan Gopal, bisik di hati Fang. Itu pun kalau Yaya tak nampak apa yang dia ingin lakukan

"Oklah landak.. rumah aku sebelah sana.. jumpa lagi!" Boboiboy lambai-lambai ke arah Fang

Boboiboy dan Gopal belok ke kanan, manakala Fang pula, dia belok ke kiri. Akhirnya dia keseorangan. Tiada siapa boleh ganggu dia sekarang ini. Fang terus mempercepatkan perjalanan dia untuk pulang ke rumah. Agaknya, apa yang abang dia buat sekarang ini? Mesti tak sabar untuk buli dia nanti, fikir Fang. Terpaksa dia hadapi apa sahaja yang abang dia suruh buat. Nak menjerit tak boleh, nak bergaduh dengan abang dia, pun tidak boleh juga. Terpaksalah dia redha

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"YEAH! ABANG PENGUIN DAH BALIK RUMAH!"

Idoli dan Lily si anak kecil berlari-lari di sekeliling rumah. Mereka begitu teruja melihat Fang berpakaian seperti penguin. Rizu tarik tangan Fang untuk masuk ke dalam dapur

"Jom abang.. kak Lynna ada buat sesuatu untuk abang" kata Rizu

Fang hendak bertanya tetapi dia terus diam. Dia hampir terlupa dengan permainan ini. Dia tidak boleh kalah. Idoli dan Lily si anak kecil tolak belakang Fang, sementara Rizu tarik tangan Fang. Mereka berempat masuk ke dalam dapur. Lynna sudah berdiri di tepi meja makan. Mata Fang terus membulat besar. Pelbagai jenis makanan yang tersedia di atas meja itu. Semuanya sedang menanti untuk menjamu selera. Kek crepe mangga membuatkan Fang terliur sedikit. Air lobak merah pula membuatkan Fang rasa dahaga. Bukan itu sahaja, ada bihun tom yam, kerabu mangga, kuih karipap dan juga ayam berempah. Bau-bau makanan itu membuatkan perut Fang berbunyi

"Hehehe.. kita orang yang tolong kak Lynna kecuali kek tu.. itu kak Lynna yang beli" kata Rizu "Jom makan abang penguin"

"Sebelum tu, panggil abang Kaizo dulu" kata Lynna

"Tak perlu.. aku boleh bau donut lobak merah sudah pulang ke rumah" Kaizo masuk ke dalam dapur itu sambil melihat adiknya "Bagaimana dengan kau dekat sekolah hari ini?"

Fang terus bersilang tangan dan bermasam muka kerana dia tahu, dia tidak boleh bercakap. Semenjak dia pulang ke rumah petang tadi, dia asyik kurungkan diri dia di dalam bilik. Dia hanya menghabiskan masanya membaca buku cerita seram sahaja. Ada kalanya, dia akan menghubungi Lahap untuk mengetahui perkembangan galaxy atau ada apa-apa mesej dari stesen TAPOPS

"Maaf Kaizo, malam ni takde sup lobak merah"

"Takpe.. aku dah puas makan sup lobak merah siang tadi" balas Kaizo kepada Lynna "Banyak makanan yang kau buat"

"Hehee... terlampau rajin sangat" Lynna tersengih "Kecuali kek tu.. itu aku yang beli"

"Lily tak sabar nak rasa kek tu!" Lily si anak kecil memang suka dengan makanan benda-benda manis sehingga ibu bapa dia terpaksa kawal pemakanan anak mereka "Hehehe.. kalau mama atau papa yang ada dekat sini, mesti dia orang tak bagi Lily makan"

"Sebab Lily makin lama makin tembam" kata Idoli "Cuba tengok badan Idoli, keding aje"

"Hmm... itu sebab abang Kaizo kurang bagi makan dekat Idoli kot"

"Mungkin" balas Idoli kepada Lily si anak kecil "Jom makan! Jom makan! Tak sabar nak merasai masakan kita orang! Selamat abang Kaizo tak tolong tadi. Kalau tidak, mesti jadi masin"

Berkerut-kerut dahi Kaizo. Fang tutup mulut dia kerana tidak dapat menahan gelakan dia. Mereka semua duduk di kerusi masing-masing untuk menjamu selera

"Eh kejap..." Rizu pandang kiri dan kanan dia "Kakak Faye belum sampai lagi.. tak kan kita nak makan dulu"

"Ha ahlah tapi... kita makan ajelah dulu. Idoli dah lapar"

"Lily tak sabar nak makan kek tu!" kata Lily si anak kecil dengan mata dia tidak alih ke makanan lain "Hehehe.. Lily akan habiskan kek itu! Hehehee"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tepat pukul 12 malam, Fang melompat kegembiraan di dalam bilik. Dia dapat mengharungi permainan yang mencabar ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan di hatinya. Fang rasa seperti hendak menangis di situ tetapi dia kawal air mukanya

"YES YES! Akhirnya.. aku dapat apa yang aku mahukan!"

"Yea ke kau akan dapat apa yang kau mahukan?" Kaizo masuk ke dalam bilik adiknya "Mengikut jam aku, lagi dua minit nak pukul 12 malam! MAKNANYA KAU KALAH DALAM PERMAINAN INI!"

"APA?" Fang periksa jam di tangannya. Ianya sudah pukul 12. Selepas itu, dia periksa di komputer laptopnya "HAH! 11.58! Jam aku 2 minit awal! TIDAKKKKKKKK!"

"Maknanya.. tiada donut lobak merah untuk kau"

"TIDAKKKKK!" Fang menghantuk-hantuk kepalanya di pintu almari bilik dia "Aku sudah hampir berjaya tapi... jam kuasa ni kan, apasal awal sangat! Nak aje aku ketuk jam ni dengan tukul besi"

"Sedih betul aku tengok kau" kata Kaizo sambil gelengkan kepalanya "Disebabkan aku rasa simpati dengan kesedihan kau yang melampau ini, jadi aku bagi kau sekeh kepala dua budak tu tapi takde donut lobak merah untuk kau"

"EH! BETUL KE NI ABANG?" Mata Fang sudah bersinar-sinar sambil melihat abangnya

"Betul.. kenapa? Kau nak aku tarik balik ke?"

"Tak perlu!" Fang keluar dari biliknya. Dia turun ke bawah dan masuk ke dalam bilik Idoli "Hehehe... sekeh kepala dia orang puas-puas"

Lily si anak kecil ada di atas katil itu juga. Dia dibenarkan untuk semalaman di rumah Kaizo dan Fang. Tangan Fang sudah mula rasa gatal. Dia sekeh sedikit kepala Idoli dan juga Lily si anak kecil. Dia tidak mahu ganggu mereka tidur tetapi mata mereka tercelik juga

"ABANG FANG!" jerit mereka berdua

"Meh, abang nak sekeh korang!"

"OK!"

Idoli dan Lily si anak kecil melompat ke dalam dakapan Fang. Suasana di dalam bilik itu berubah menjadi ceria. Kedua budak kecil itu terasa suka apabila Fang menyekeh kepala mereka secara manja. Fang tidak akan lakukan kekasaran terhadap mereka kerana dia sayang dengan dua budak kecil itu. Kaizo menjenguk mereka bertiga dari luar bilik. Dia rasa suka apa yang dia lihat pada ketika itu. Dia biarkan mereka bertiga bergelak ketawa dulu sebelum dia menjerit untuk masuk tidur

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maaf sebab chapter ini simple sangat :D

Maaf juga sebab ada sebut nama-nama makanan yang sedap di dalam chapter ini xD

Jumpa lagi

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro