Lupa
"Wei Gopal, apasal kau tak pergi tikam si polan tu. Aku perlukan pedang bercahaya dia tu.. apalah kau ni. Kata terrer main game tapi tak terrer"
Kaizo menjenguk ke dalam bilik adiknya. Kawan adik dia si Gopal tiada di dalam bilik. Adakah adik dia bercakap seorang diri atau bercakap dengan hantu yang bernama Gopal? fikir Kaizo
"Pergi hapuskan musuh dekat depan kau tu!" kata Fang dengan jarinya begitu tangkas sekali menekan-nekan di keyboard laptopnya "Wei Bella! Cepat sembuhkan si Gopal tu. Siapa suruh dia pergi perang seorang diri"
Kaizo berjalan dekat kepada adiknya yang duduk di kerusi meja belajarnya. Dia tidak sangka adiknya kini sedang bermain online game bersama kawan-kawannya. Botol biskut, bungkusan-bungkusan makanan jajan dan juga botol air, penuh di tepi laptop itu
"APASAL KAU MARAHKAN AKU PULA!" jerit Fang dekat headphonenya yang mempunyai mikrofon yang kecil "Bella! Kau pergi membebel dekat si Gopal tu"
"PANG!"
Terus Fang cabutkan headphonenya dan berdiri di situ. Dia pusing kebelakang secara perlahan dengan senyuman sengihnya. Fang takut melihat muka abangnya yang garang itu. Fang tersengih-sengih sambil berdiri tegak dengan matanya memandang wajah abangnya
"Ini rupanya kerja kau" kata Kaizo secara serius "PATUTLAH SUP LOBAK MERAH AKU KAU TAK BUAT LAGI! BERAPA LAMA KAU MAIN ONLINE GAME NI?"
Jeritan garang itu tadi boleh didengari oleh Bella dan Gopal melalui mikrofon headphone Fang. Mereka terkaku di hapadan komputer masing-masing. Lutut Fang rasa lemah. Badan dia rasa lemah. Jantung dia berdebar-debar kerana takut untuk mendengar jeritan abangnya yang seterusnya. Mulut Fang menutup rapat sehingga dia tidak tahu hendak berkata apa. Dia tahu salah dia kerana boleh dikatakan 4 jam dia hanya duduk di depan laptop untuk bermain online game bersama kawan-kawannya
"KAU TAHU TAK BERAPA LAMA AKU TUNGGU KAU TURUN UNTUK BUATKAN SUP LOBAK MERAH! TAPI BATANG HIDUNG KAU AKU LANGSUNG TAK NAMPAK! SELAMAT SI FAYE TU YANG BUATKAN UNTUK ABANG" Kaizo mula bermundar-mandir di depan adiknya "Kau tunggu sahajalah hukuman dari aku tapi aku nak kau berhenti main game kau tu"
"Ba-baik abang" kata Fang secara ketakutan "Adik nak minta maaf sebab lupa nak buatkan sup lobak merah untuk abang"
"Alasan" balas Kaizo
"Betul lah apa yang adik cakap. Adik lupa tapi adik terima sahaja hukuman dari abang"
"Hmm.. bagus" kata Kaizo "Sudah, kau pergi kemaskan makanan yang ada dekat dalam bilik kau ni dan jangan menggatal sangat nak sambung main game kau"
"Baik abang"
Kaizo terus keluar dari bilik adiknya. Fang kutip bungkusan-bungkusan makanan yang dia letak di atas meja. Dia tahu kawan-kawan dia mesti dengar jeritan Kaizo tadi. Sudah tentu mereka tidak berani untuk menghubungi Fang
"Aduh.. macam mana aku boleh lupa" bisik Fang sambil mengangkat sebungkus kerepek pisang yang dia order dari Lily minggun lepas "Aku boleh aje nak salahkan si Gopal tu sebab ajak aku main game online tapi... aku tak boleh salahkan dia juga. Salah diri aku sebab terlalu taksub sangat dengan game tadi. Inilah akibatnya, dah kena marah dengan abang aku"
"Betul tu abang Fang"
"Eh.." Fang menoleh ke kanan "Apa Rizu buat dekat sini?"
"Hmm... Pizu kena marah dengan ibu" Rizu berjalan menuju ke katil Fang. Lalu dia duduk di tepi katil itu. Wajah dia kelihatan sedih "Ibu marah Pizu sebab.. Pizu janji dengan ibu, Pizu akan balik awal semalam. Sebelum hari sudah gelap tapi.. Pizu terlalu leka sangat dekat rumah kawan baik Pizu"
"Jadi Pizu sampai rumah lewat malam?"
"Takdelah sampai lewat malam.. Pizu sampai rumah nak dekat-dekat pukul 9. Itu pun abang dia temankan Pizu pulang ke rumah"
Fang duduk di sebelah adik angkat dia
"Janganlah sedih sangat" Fang peluk Rizu dan lalu dia lepaskan adik angkatnya "Ibu Rizu masih marah lagi ke?"
"Ha ah" Rizu mengesat air matanya "Dia marah Pizu. Dia cakap, Pizu tak boleh pergi mana-mana dah kecuali sekolah. Ibu tak pernah marah Pizu sampai macam tu sekali. Kalau tidak, selalunya, dia akan tegur tapi kali ini tidak. Tadi dia macam merajuk dengan Pizu. Terus Pizu lari ke sini"
"Kenapa Rizu larikan diri. Nanti lagilah dia buat marah ataupun buat dia risau dengan Rizu"
"Sebab Pizu tak sanggup melihat ibu marah dekat Pizu... abang Fang, bagilah Pizu tidur dekat sini hari ini. Malam ini sahaja, esok Pizu balik"
"Tak boleh Rizu" muncul Kaizo di muka pintu bilik adiknya "Kau kena balik rumah juga. Aku tak nak masuk campur dalam hal kau dan ibu kau"
"Tapi..." Rizu menangis lagi "Pizu takut nak balik rumah"
"Hmm... baiklah, abang akan hubungi ibu kau, yang kau ada di sini"
"Te-terima kasih, abang Paizo"
Fang berikan sehelai helaian tisu kepada Rizu. Dia memang kasihankan Rizu pada ketika itu tetapi seeloknya, dia patut berikan nasihat kepada adik angkatnya. Dia cuba menjadi seperti Lynna pada ketika itu
"Rizu.."
"Yea abang Fang" Rizu mengesat air matanya lagi dengan tisu yang diberikan oleh Fang sebentar tadi
"Rizu dengar cakap abang ok. Abang Fang sayangkan Rizu seperti ibu Rizu sayangkan anak dia juga. Ibu Rizu marahkan Rizu kerana dia sayangkan Rizu. Dia marah sebab Rizu balik lewat sehingga membuatkan dia risau. Rizu ada tak hubungi ibu yang Rizu lewat?"
"Takde.." balas Rizu
"Hmm... lain kali, kalau Rizu lewat macam mana pun, Rizu kena hubungi ibu Rizu ok. Jangan buat dia risaukan Rizu. Abang takde ibu dan ayah, abang cuma ada abang Kaizo sahaja. Dia yang jaga abang selama ini. Dia yang berikan kasihan sayang dia kepada abang. Jadi abang tak nak sia-siakannya. Rizu ada ibu lagi. Jadi Rizu jangan sesekali kecewakan hati dia atau buat dia marah. Jagalah ibu Rizu dengan baik"
"Terima kasih abang Fang kerana menasihati Pizu"
Satu pelukan diterima oleh Fang ketika itu. Fang tepuk-tepuk kepala Rizu secara lembut. Dia juga ada buat salah dengan abang dia sebelum ini. Dia pernah buat abang dia mengamuk kerana tindakan bodoh dia. Pada masa itu dia terlalu tekanan sangat dan ianya menyebabkan dia ponteng sekolah, tidak menjawab soalan ujian dan berkelakuan seperti orang samseng. Dia tidak mahu mengulangi perkara itu lagi. Biarlah ianya menjadi pengajaran kepada diri dia. Fang tidak mahu kecewakan hati abang dia lagi dan ibu bapa dia juga walaupun mereka sudah tiada
"Rizu.." Kaizo muncul balik di muka pintu
"Ibu kata apa?"
"Rizu.. dia cakap, dia sudah lama maafkan Rizu, cuma hati dia kecewa sedikit dengan Rizu. Tapi kalau Rizu nak bermalam di sini, dia berikan kebenaran tetapi Rizu tidak boleh merayap kemana-mana tanpa pengawasan daripada kita orang. Ibu Rizu minta kami tolong tengok-tengok kan kau kerana dia sayangkan kau"
Rizu mula tersenyum di sebalik kesedihan dia. Sedikit demi sedikit, hati dia mula rasa tenang
"Jadi? Apa keputusan kau?" tanya Kaizo sambil melihat Rizu
"Pizu akan pulang ke rumah.. tapi boleh tak, Pizu nak buat sesuatu untuk ibu"
"Rizu nak buat?" tanya Fang
"Pizu nak buat kuih ataupun kek untuk ibu sebagai tanda terima kasih kerana memberi kasih sayang dia kepada Rizu selama ini dan juga sebagai tanda minta maaf kerana buat ibu risau"
"Baiklah, kita buat kek! Ibu Rizu suka kek apa?"
"KEK CHOCOLATE!" kata Rizu dengan penuh semangat "Pizu macam ibu juga, dua-dua suka makan chocolate"
"Hehee.. ok, kita buat kek chocolate"
Kaizo bersandar di pintu bilik itu sambil tersenyum sedikit. Dia berharap, Rizu belajar dengan kesilapannya dan dia juga berharap, Fang tidak terlalu leka sangat bermain game
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fang dan Rizu melihat mangkuk besar kosong yang tersadai di atas meja makan dapur. Mereka sedang menunggu kedatangan Lynna dengan bahan-bahan untuk membuat kek chocolate. Kaizo ada di ruang tamu. Dia kini sedang membaca novel seram yang dia baru beli semalam. Idoli sedang tidur lena bersama Pikachu dan Shadow di dalam bilik dia sendiri. Manakala Faye, dia sudah keluar merayap ke rumah Bella
"Abang Fang, lamanya kakak Lynna nak sampai"
"Kejap lagi dia sampai lah tu" balas Fang "Kita nak buat kek besar ke atau kek kecil?"
"Hmm.. besar! Kalau ada lebih, nanti Pizu bagi abang Fang dan abang Paizo rasa ok"
"Kalau buat chocolate cupcake pun ok juga" Fang mengusap dagunya "Atau chocolate ball ke"
"Hehehe... abang Fang nak buat chocolate party ke?
"Takdelah, abang bagi cadangan sahaja" Fang tersenyum kepada Rizu "Roti chocolate pun ok juga"
"Hmm... macam-macam makanan chocolate yang abang Fang nak buat"
"Chocolate tart, chocolate chip cookies... chocolate apa lagi"
"Hehehe.." Rizu tergelak melihat gelagat Fang yang masih fikirkan lagi makanan chocolate yang mereka boleh buat "Pizu tahu! Chocolate lava tapi... dalam dia kita letak matcha. Mesti abang Paizo suka tapi..."
"Tapi apa?"
"Tapi mesti Idoli sedih sebab semuanya menu chocolate"
"Takpe, kita buat waffle untuk dia"
Rizu angguk kepalanya tanda setuju. Mereka gelak ketawa di dalam dapur itu sehingga tidak sedar dengan kehadiran Lynna dengan bahan-bahan untuk membuat chocolate kek. Lynna hanya perhatikan sahaja gelagat mereka berdua. Dia tidak mahu menganggu gurauan daripada mereka berdua. Hati Lynna mengatakan, mereka kelihatan comel dan mereka berdua seperti adik beradik sendiri
"Kenapa kau masih berdiri di situ lagi?" tegur Kaizo di sebelah Lynna
"Saja" balas Lynna "Aku tak nak ganggu mereka"
"Biar aku sahaja yang ganggu dia orang tu"
"Kaizo"
Kaizo abaikan nada kemarahan Lynna yang amat perlahan itu
"Pang!"
"Yea abang" Fang terus berdiri tegak seperti tiang "Abang sayang nak apa?"
"Kau ni macam askar betul" kata Kaizo
Rizu dan Lynna tergelak melihat Fang. Bahan-bahan yang diperlukan oleh Fang, sudah di letak di atas meja makan. Lynna keluarkan sedikit demi sedikit bahan-bahan itu dari beg plastiknya. Rizu sudah bayangkan bagaimana bentuk rupa kek tersebut. Dia ingin membuat sebuah kek berbentuk penguin
"Pang.. cepat buat kek chocolate ni. Lepas tu, aku nak kau pergi ke pasaraya untuk belikan barang dapur rumah kita ni"
"Apasal kau tak beli sendiri?" tanya Lynna sambil mengangkat kening sebelah
"Sebab aku ada kerja lain yang perlu dibuat" balas Kaizo. Tangan dia sudah menyeluk masuk ke dalam poket seluarnya "Pang, aku nak kau pergi ke pasaraya sekarang juga!"
"Aik, bukan ke abang suruh beli lepas adik habis buat kek chocolate dengan Rizu"
"Nanti kau siap lambat" jawab Kaizo
"Hmmm.. yelah" Fang tadah tangannya untuk menerima wang yang telah diberikan oleh Kaizo "Rizu tunggu ok, nanti bila abang dah balik.. kita buat sama-sama ok"
"Takpe abang Fang.. Pizu buat dengan kak Lynna pun ok juga"
"Takpe?" tanya Fang dengan hati serba salah kerana tidak dapat tunaikan permintaan Rizu "Betul ke Rizu tak kisah?"
"Betul" jawab Rizu secara ikhlas "Nanti bila abang Fang dah balik, boleh sambung buat dengan kita orang"
"Ok. Tunggu abang balik ok. Abang akan pergi beli barang-barang dapur sepantas kilat!"
"Bukan sepantas bayang ke?" Rizu mengusap dagunya "Yelah, abang Fang kan ada kuasa bayang bukan kuasa petir macam abang Boboiboy"
Fang tergelak sambil mengusap rambut Rizu. Dia minta izin untuk pergi sebelum abang dia marah kerana banyak sangat bercakap. Kaizo perhatikan sahaja adik dia keluar dari pintu rumah mereka. Dia berharap adik dia tidak leka kerana pergi membuat kerja lain tetapi dia yakin, adik dia bukanlah bersikap begitu
"Jangan dia pergi berhenti dekat mana-mana kedai sudah" bisik Kaizo "Tapi.. adik aku ni bukannya Gopal. Dia bukannya kaki makan tapi kaki nak mengamuk aje"
"Apa yang kau sedang bisikkan tu?"
"Takde apa-apa" balas Kaizo kepada Lynna
Mereka bertiga mula membuat kek chocolate tetapi Kaizo hanya sebagai tukang tengok sahaja
Semasa dalam perjalanan ke pasaraya, Fang pastikan diri dia tidak berhenti kerana ternampak benda-benda menarik. Mata dia hanya tertumpu di bahagian hadapannya sahaja. Dia tidak menoleh ke kiri dan ke kanan. Dia tahu, sepanjang perjalanan dia, hanyalah kawasan perumahan. Dia belum tiba lagi di bandar. Dia lalu di tepi taman permainan kanak-kanak. Dia tidak pandang taman itu walaupun ada seorang budak kecil jatuh dari buainya dan menangis kerana sakit. Dia pasti ibu atau kawan kepada budak itu ada di situ. Dia teruskan berjalan sehingga dia tidak sedar dengan panggilan dari seorang gadis iaitu Yaya
"Hmmm... tak dengar pula si Fang ni" kata Yaya sambil perhatikan Fang dari jauh
Fang tetap berjalan dan kali ini dia tidak sedarkan dengan kehadiran Boboiboy di sebelahnya. Boboiboy melihat wajah Fang yang sama serius seperti Kaizo. Tanpa segan silu, Boboiboy mengusik bahu Fang sedikit. Secara tidak langsung, dia terus diserang oleh Fang dengan kuasa bayangnya
"ALAMAK! BOBOIBOY!"
Fang terus lari untuk pergi ke arah Boboiboy yang tersadai di atas tembok rumah orang. Muka Boboiboy pasrah apabila diri dia diserang tanpa diberikan amaran terlebih dahulu. Fang tarik tangan Boboiboy untuk turunkan kawan dia dari tembok itu. Yaya terserempak dengan Fang semula. Dia pergi menuju ke arah dua kawan lelakinya. Yaya rasa curiga dengan apa yang berlaku terhadap diri Boboiboy pada ketika itu. Adakah musuh menyerang kawan lelaki dia? fikir Yaya
"Maaf Boboiboy. Aku tak sengaja"
"Takpe.. aku maafkan" Boboiboy rasa lega sedikit apabila diri dia sudah pun berada di atas jalan raya "Kau tadi kenapa? Sampai serang aku bila aku usik bahu kau"
"Aku sebenarnya sedang tumpukan diri aku untuk terus ke pasaraya dan kembali terus ke rumah. Aku tak nak singgah mana-mana selagi perkara yang aku perlu buat, belum lagi selesai"
"Oh.. begitu ceritanya" kata Yaya secara tiba-tiba. Terkejut Boboiboy dan Fang dengan kehadiran Yaya di situ "Patutlah aku panggil, kau tak dengar tadi"
"Hehee.. maaf Yaya" Fang garu-garu kepalanya sambil tersengih "Oklah, aku kena cepat.. lagipun aku sudah janji dengan Rizu nak buat kek chocolate sama-sama dengan dia"
"Kau jangan nak singgah ke mana-mana pulak. Lebih-lebih lagi kedai donut kau tu"
"Jangan risaulah Boboiboy" balas Fang
"Bukan kedai donut sahaja, kedai buku pun jangan pergi. Kalau nak pergi, kau selesaikan perkara yang kau perlu buat dahulu"
"Baiklah Yaya. Aku akan pastikan diri aku tidak terpengaruh dengan kedai donut yang menjual donut kegemaran ku" Fang terbayangkan donut lobak merah dia. Lalu dia cepat-cepat buangkan bayangan itu "Dan aku tidak akan mencecah kaki aku ke kedai buku yang menjual buku-buku latihan matematik" Kali ini dia terbayangkan soalan-soalan matematik yang terpacar di dalam pemikirannya
"Kau fikirkan tentang soalan matematik yang susahlah tu"
"Err.. hehehee.." Fang tersengih kepada Boboiboy "Aku sebenarnya... tadi dekat rumah, aku terlampau syok sangat main online game sampai terlupa nak buatkan sup lobak merah untuk abang aku... sebab itulah aku kena fokuskan diri aku untuk terus ke pasaraya dan jangan lupa lagi. Kalau tidak, mesti aku kena hukuman dari abang aku"
"Hmm.. kau main online game dengan Gopal ke?"
"Ha ah tapi dengan Bella sekali" kata Fang kepada Yaya "Hehehe... dia pun terikut sekali dengan kita orang"
"Boleh pulak si Bella tu nak join" kata Yaya sambil gelengkan kepalanya "Tapi si Bella tu suka bersaing dengan Fang dalam segala benda. Memang sudah menjadi sifat dia yang suka bersaing dengan orang yang sama kuat dengan dia"
"Hehehehe... jadi maksud kau, aku ni sama kuat dengan Bella lah yea dan kekuatan aku lebih kuat daripada Boboiboy.. MUAHAHAHAHAA!"
"Hmm.. mulalah perasan si Fang ni" bisik Boboiboy sambil bersilang tangan
"Biarkan ajelah Boboiboy, asalkan dia bahagia"
"Betul tu Yaya! Asalkan aku bahagia! MUAHAHAHAHA!" Fang tergelak lagi sambil mencekak pinggang dengan perasaan bangganya "Aku akan buktikan kepada semua orang yang aku lebih hebat daripada Boboiboy dan juga minah perasan tu!"
"Suka hati kau lah Fang" kata Boboiboy dengan nada bosannya
"Hehehe... kau jangan risau Boboiboy. Kau tetap hebat juga tapi dekat hati peminat kau lah. Lebih-lebih lagi si pelik tu!"
Lily terus muncul di sebelah Fang dengan matanya bersinar-sinar melihat Boboiboy. Fang menepuk dahinya sendiri dan Yaya tergelak melihat gelagat Lily pada ketika itu. Boboiboy bagaikan ingin melarikan diri dia jauh daripada Lily
"Apa hal kau tiba-tiba muncul? Aku tak sebut pun nama kau"
"Err... tapi landak ada sebut si pelik kan!"
"Betul tu!" balas Fang kepada Lily "Jadi, lepas ni tak boleh sebut nama si pelik ataupun Lily lah.. kalau tidak, kau akan muncul dekat sini"
"Err.. itu pun kalau Lily ada dekat sinilah. Kalau Lily ada dekat luar dari Pulau Rintis, tak mungkin Lily akan dengar panggilan dari korang semua"
"Bagus bagus.. aku cukup kagum dengan deria pendengaran kau" Terus Lily tersenyum bangga dengan pujian yang dia dapat daripada Fang "Kau ada dekat sini hari ni sebab nak berdating dengan BBB-CHAN kau ke?"
"Atau kau nak pergi keluar jalan-jalan dengan Bella dan Faye?"
"Salah Yaya kerana jawapan dari landak adalah yang tepat sekali!"
"Err.. tapi..." Boboiboy sudah undurkan diri dia kebelakang sedikit demi sedikit "Aku ada kerja sekolah nak disiapkan"
"Jangan risau BBB-CHAN, Lily akan tolong Boboiboy untuk siapkan kerja sekolah itu!"
"Tapi..." Boboiboy undurkan diri dia kebelakang lagi "Tapi..."
"Isk isk.. jangan tapi tapi BBB-CHAN.. Lily akan pastikan setiap soalan kerja sekolah BBB-CHAN akan mendapat jawapan yang betul" Lily semakin dekatkan diri dia dengan Boboiboy "Sambil kita makan-makan, sambil itu Lily akan tolong BBB-CHAN! Jom kita ke cafe yang paling romantik sekali dekat bandar Pulau Rintis!"
"Hehehee... agak-agaknya, macam manalah masa depan mereka berdua ni. Adakah mereka akan bersama atau kekal sebagai sahabat sahaja" Fang tersenyum sinis sambil bersilang tangan
"Haih, jauh betul pemikiran kau sampai fikirkan tentang masa hadapan mereka berdua" tegur Yaya
"Saja" balas Fang
"Wuuuu... Lily pun nak tahu juga apakah yang terjadi pada masa hadapan kita semua! Mesti menarik kan kan kan! Landak mesti kekal seperti landak.. hehehee... BBB-CHAN mesti lagi handsome, lagi comel, lagi hebat dan lagi bergaya!" Lily sudah terbayangkan dia dan Boboiboy bertemu semula di sebuah jambatan yang ada di negara Jepun "Macam drama ala-ala jepun.. hehehe"
"Hmmm.. macam nak pergi melawat makmal Emmy aje. Mesti dia ada mesin yang boleh membawa kita ke masa hapadan"
"Bukan ke kau perlu ke pasaraya untuk beli barang-barang dapur"
Muka Fang terus berubah apabila Yaya mengingati dia balik tujuan asalnya. Dia sudah membazirkan masanya dengan berborak dengan kawan-kawan dia. Fang terus pencutkan dirinya. Lily sudah menghilangkan diri bersama Boboiboy. Mereka terus ke bandar dan perasaan Boboiboy pada ketika itu, dia terpaksa mengalah dan layankan karenah Lily. Hanya tinggal Yaya keseorangan di situ
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2 jam Kaizo menunggu adiknya pulang ke rumah bersama barang-barang dapur yang dia suruh belikan tetapi adiknya masih belum lagi pulang. Rizu dan Lynna sudah hampir siap membuat kek chocolate berbentuk seekor itik. Pada mulanya, Rizu ingin membuat kek itu dalam bentuk penguin tetapi ianya menjadi bentuk itik pula. Kaizo sudah mula hilang sabar. Dia bangun dari kerusi sofa ruang tamu rumahnya dan terus ke pintu rumah
"Lynna, aku nak pergi cari si Pang tu. Kenapa lama sangat dia pergi beli barang"
"Kejap lagi sampailah si Fang tu" kata Lynna dengan mukanya penuh dengan kesan chocolate
"Aku tetap nak pergi cari dia juga. Entah-entah dia pergi merayap ke tempat lain"
"Hmmm... kalau dia tak merayap ke mana-mana, kau nak buat apa?"
"Aku.." Kaizo terdiam sebentar. Lalu dia berkata lagi "Aku tolong dia angkat barang-barang yang dia beli"
"Baguslah tu" Lynna tersenyum sedikit
"Hah! Pizu ada idea!" Muncul Rizu di sebelah Lynna "Kalau tekaan abang Paizo betul, kak Lynna kena belanja abang Paizo makan dekat restaurant yang best best! Kalau tekaan kak Lynna yang betul, abang Paizo pula yang kena belanja kak Lynna makan dekat planet lain"
"Amboi Rizu, mengambil kesempatan yea" Rizu hanya tersengih sahaja kepada Lynna "Baiklah, akak terima cabaran itu"
"Kau jangan menyesal jikalau kau yang kalah. Bersedialah untuk menerima kekalahan kau nanti"
"Baiklah wahai sang kapten yang garang"
Mereka berdua berjabat tangan sambil disaksikan oleh Rizu sendiri. Idoli mengintai gelagat mereka bertiga di dalam bilik dia sahaja. Dia ketawa kecil sambil menutup mulutnya agar mereka tidak dengar bunyi gelakan dari dia. Idoli agak teruja dengan cabaran itu dan dia mula berfikir, siapa akan menang nanti? Puteri Fantasi atau Putera Galaxy? Lalu Idoli kembali baring di atas katilnya untuk tidur semula. Kaizo sudah pun keluar dari rumah dia sendiri. Dia menggenggam kedua belah tangannya dan berharap, apa tekaan dia adalah tepat sekali. Kaizo mula berjalan menuju ke arah pintu pagar rumahnya. Dia tolak keluar pintu pagar itu dan lalu dia keluar dari halaman rumahnya. Kaizo pandang ke arah kiri dan kanannya. Adik dia tiada di situ. Tempat pertama sekali dia akan pergi adalah pantai. Mungkin adik dia ada di situ, fikir Kaizo
Dari rumah dia ke pantai Pulau Rintis, perjalanan Kaizo tidaklah begitu lama. Hanya dalam 10 minit sahaja, dia sudah pun tiba di tempat orang ramai selalu berkunjung. Kebetulan di situ, Kaizo terserempak dengan dua orang remaja yang dia sangat kenali. Mereka adalah Boboiboy dan Lily. Mereka berdua duduk di sebuah cafe yang ada di tepi pantai. Boboiboy sedang sibuk menyiapkan kerja sekolahnya. Topi oren dia pula berada di kepala Lily. Manakala gadis yang bernama Lily itu, sedang menghirup air oren dengan sebatang straw. Di tengah meja mereka terdapat sepotong kek oren yang masih belum lagi diusik. Kaizo pergi ke arah mereka
"Boboiboy, kau ada nampak adik aku si Pang tu?"
"Eh.. abang Kaizo" Boboiboy berhenti menulis untuk mendongak sedikit "Kita orang ada nampak dia tadi"
"Dekat mana kau nampak dia?"
"Dekat tempat kawasan perumahan.. dia cakap, dia nak pergi beli barang dapur" balas Boboiboy
"Betul betul.. sebelum tu, kita orang adalah berborak sebentar sebelum dia ingat balik apa yang dia perlu lakukan. Abang Kaizo cari dia sebab nak bagi latihan tempur dekat si landak tu ke?" Terus Lily tersenyum lebar bagaikan ada sesuatu yang tersembunyi di dalam hatinya "Atau abang Kaizo nak buat benda nakal dekat si landak tu.. hehehe"
"Hmmm... aku hanya mahu pastikan dia tidak merayap ke tempat lain sahaja" balas Kaizo "Kamu berdua... berdating ke?"
"Tak!" Jawab Boboiboy
"YA!" Jawab pula Lily
Kaizo hanya mengangkat kening sebelah dan lalu dia beredar dari situ. Dia menoleh sedikit untuk melihat gelagat pasangan itu. Mata Boboiboy tidak lepas pandang dari buku latihan sekolahnya dan Lily asyik memerhatikan Boboiboy dengan begitu tenang sekali. Kaizo boleh lihat Boboiboy kelihatan tidak selesa pada ketika itu. Dia hiraukan sahaja mereka dan teruskan mencari adiknya. Dia membuat keputusan untuk menghubungi adiknya dengan mengggunakan jam kuasanya. Fang tidak menjawab panggilan dari abangnya. Hati Kaizo rasa begitu marah kerana adiknya tidak menjawab panggilan dia
"Nak kena budak ni" bisik Kaizo
Dia teruskan berjalan dengan wajah garangnya. Tiada siapa yang berani untuk menegur Kaizo pada ketika itu. Lebih-lebih lagi para peminat dia yang ada lalu lalang di situ. Mereka kelihatan takut melihat wajah Kaizo pada ketika itu. Ada juga yang sempat menangkap gambar wajah Kaizo yang garang dari jarak jauh. Bandar Pulau Rintis tidak berada jauh dari kawasan pantai. Dia terserempak dengan seorang lagi kawan adiknya iaitu Ying. Gadis itu sedang membelek-belek sebuah majalah tentang angkasa di tepi bahu jalan
"Kau..." Terkejut Ying dengan suara garang Kaizo "Kau ada nampak adik aku si Pang tu?"
"Ada ada.. tadi saya ada nampak dia dekat kedai buku. Masa tu dia tengah tengok buku-buku latihan matematik"
"Lepas tu dia pergi mana?" tanya Kaizo
"Lepas tu saya tak tahu.. saya masa tu, saya nak bayar dah majalah ni. Saya sendiri tak sempat nak tegur dia tadi"
"Terima kasih" kata Kaizo
Dia beredar dari situ. Ying garu-garu kepalanya sambil melihat Kaizo yang sudah berjalan jauh dari kawasan itu. Kaizo terus menuju ke sebuah kedai buku yang satu-satunya ada di bandar Pulau Rintis. Kedai buku itu sahajalah menjadi tempat persinggahan Fang apabila dia mempunyai wang sedikit untuk membeli buku latihan matematik. Jikalau tiada buku latihan yang baru, Fang akan terus ke kedai donut untuk membeli donut kegemaran dia iaitu donut lobak merah. Mengikut kata Fang, kedua-duanya sama penting tetapi abang dia pesan, tidak boleh makan donut lobak merah terlampau kerap sangat. Kaizo sudah pun tiba di kedai buku yang adik dia selalu berkunjung. Kedai buku itu besar dan luas. Terdapat pelbagai jenis buku yang jual di kedai itu, termasuklah buku antarabangsa dan juga buku tempatan. Dia masuk ke dalam kedai itu untuk mencari adiknya. Fang tidak kelihatan di dalam kedai buku tersebut. Hanya ada beberapa orang remaja sahaja sedang membelek-belek buku novel bertemakan cinta
"Mana pulak dia ni pergi" bisik Kaizo
"Encik cari siapa?" tanya seorang lelaki yang bekerja di kedai itu
"Ada tak nampak seorang budak lelaki, pakai cermin mata dan rambut dia cacak macam landak nak kena sepak"
"Errr..." Lelaki itu garu-garu kepalanya "Ada tadi.. dia budak yang suka sangat datang sini. Tadi dia ada belek-belek buku latihan matematik tapi dia tak beli. Dia cuma beli sekeping kad sahaja"
"Kad?"
"Ha ah" balas lelaki itu "Saya tak pasti kad apa sebab bukan saya yang jaga kaunter pembayaran tadi"
"Hmm... terima kasih" kata Kaizo
Dia keluar dari kedai tersebut. Kaizo mula terfikir. Kenapa adik dia beli sekeping kad pula? Hari jadi siapa pada hari ini? Rizu ke? ataupun hari jadi salah seorang kawan adik dia? Tetapi siapa? Kaizo malas hendak fikirkan tentang itu. Apa yang penting, dia perlu cari adik dia sampai dapat. Dia terus ke kedai yang seterusnya. Kedai itu tidak terlalu jauh daripada kedai buku itu tadi. Kedai donut adalah tempat Fang selalu juga singgah. Dia akan pergi ke kedai itu samada untuk beli atau untuk mengambil bau donut lobak merah sahaja. Setelah Kaizo tiba di hadapan kedai tersebut, dia tidak perlu masuk ke dalam kerana dia hanya perlu melihatnya menggunakan tingkap kedai itu sahaja. Tiada pelanggang yang ada di dalam kedai itu
"Hmmm.. atau mungkin tekaan aku yang salah tadi. Mungkin dia masih lagi berada di pasaraya" bisik Kaizo
Kaizo pusingkan dirinya kerana pasaraya bandar itu terletak di bahagian hujung bandar. Pasaraya itu agak terkenal di bandar itu. Ramai yang suka pergi ke pasaraya tersebut kerana ianya ada menjual makanan yang tiada di pasaraya lain ataupun di kedai-kedai runcit. Kaizo suka pasaraya itu kerana ianya ada jual susu lobak merah. Pasaraya itu terletak jauh sedikit dari kedai donut dan juga kedai buku itu tadi. Kaizo lalu di tepi-tepi kedai lain seperti sebuah cafe yang terkenal dengan jualan kek-kek mereka yang sedap, kedai baju yang mempunyai gaya tersendiri dan juga beberapa kedai makanan yang lain juga. Setelah Kaizo sampai di pasaraya itu, dia melihat dua orang budak sedang berebut untuk bermain permainan yang tersedia di pintu masuk pasaraya tersebut. Kaizo terkenang balik ketika dia dan adiknya masih kecil lagi. Mereka juga suka berebutkan sesuatu tetapi selalunya, dia akan mengalah dan membenarkan adiknya bermain dahulu. Ada kalanya, dia akan buat nakal kepada adiknya sendiri tetapi di penghujungnya, mereka akan ketawa sakan sehingga membuatkan ibu mereka tersenyum gembira
"Manalah budak Pang ni" bisik Kaizo sambil masuk ke dalam pasaraya itu
Dia mencari Fang di setiap bahagian pasaraya itu tetapi adiknya tidak kelihatan. Akhirnya dia mengalah. Mungkin juga adik dia sudah pulang ke rumah. Nampaknya dia akan kalah dengan Lynna. Nampaknya dia terpaksa membawa Lynna ke restaurant angkasa yang sedap dan murah. Lalu dia keluar dari pasaraya itu dan membuat keputusan untuk pulang ke rumah. Dia terus ke taman bandar itu untuk pulang ke rumahnya. Semasa Kaizo berada di dalam taman tersebut, dia terserempak dengan Faye dan Bella. Kedua gadis itu sedang duduk di atas bangku taman sambil melihat-lihat majalah fashion
"Faye.."
"Eh.. abang Kaizo" Faye terkejut dengan kehadiran Kaizo di situ "Abang Kaizo buat apa dekat sini?"
"Abang Kaizo cari Fang ke?" tanya Bella
"Yea.. kau ada nampak dia?"
"Ada" jawab Faye "Tadi Faye nampak dia keluar dari kedai kek. Banyak betul barang yang dia kena beli hari ni"
"Kek? Hari jadi siapa pada hari ini?" tanya Kaizo lagi
"Abang Kaizo lupa ke?"
"Lupa?" Kaizo cuba ingatkan hari jadi siapa pada hari itu "Tak mungkin hari ini hari jadi Lynna... hari jadi dia lambat lagi"
"Bukan abang Kaizo" balas Faye "Tapi.. abang Kaizo kena pulang ke rumah. Abang Kaizo akan tahu nanti"
"Hmm.. baiklah"
Kaizo beredar dari situ dan tinggalkan kedua gadis itu dengan wajah keliru mereka. Bella bertanyakan sesuatu kepada Faye. Hari jadi siapa pada hari itu? Tetapi Faye menjawab, ianya bukan hari jadi sesiapa tetapi ianya adalah berkaitan dengan Fang dan Kaizo
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo sudah tiba di perkarangan rumahnya. Dia tidak mengetuk pintu rumahnya. Sebaiknya, dia hanya membuka pintu rumah itu. Tiada jeritan surprise ataupun sambutan apa-apa yang ada di dalam rumah itu. Keadaan rumah itu kelihatan sunyi sahaja. Hanya ada adiknya duduk di atas kerusi sofa sambil memeluk kedua kakinya. Mata Fang hanya tertumpu dengan sebuah kek bulat kecil yang ada di atas meja ruang tamu. Di tengah kek itu terdapat sebatang lilin yang belum dinyalakan lagi. Di tepi kek itu pula, ada sekeping kad yang tertulis Happy Anniversary
"Pang.. kau ok ke?" tanya Kaizo sambil berjalan menuju ke arah adiknya
"Adik ok" Fang mengesat air matanya
Kaizo duduk di sebelah adiknya. Lalu dia mengangkat kad itu. Di dalam kad tersebut terdapat sekeping gambar ibu bapa mereka berpakaian seperti pengantin. Kaizo terus teringat, pada hari itu adalah ulang tahun perkahwinan ibu bapa mereka. Bagaimana dia boleh lupa tentang itu, fikir Kaizo
"Kau ingat ulang tahun mereka"
"Yea abang" balas Fang "Ingat tak tahun lepas.. semasa kita jumpa makmal rahsia ayah dekat rumah asal kita"
"Abang ingat tentang makmal rahsia itu. Kau jumpa gambar tu dekat situ ke?"
"Yea abang" Fang mengambil gambar ibu bapanya di tangan abang dia "Adik terjumpa gambar ni dekat dalam kotak. Dekat belakang gambar tu ada tarikh perkahwinan mereka. Tadi.. semasa adik dalam perjalanan ke pasaraya. Adik teringat balik apa yang adik berborak dengan kawan-kawan adik iaitu tentang masa hadapan kita. Tiba-tiba sahaja, adik teringat tentang tarikh hari ini. Adik macam...seperti mahu masuk ke dalam mesin dan pergi ke masa silam untuk melihat perkahwinan ibu bapa kita. Adik rindu dengan senyuman mereka"
"Abang pun rindu juga" Kaizo peluk adiknya secara rapat "Kita berdua sama-sama rindukan mereka... ibu dan ayah selalu berpesan kepada abang. Jaga diri abang dan diri kau dengan baik. Abang dengar nasihat mereka dan abang akan sentiasa melindungi diri kau. Dulu.. sewaktu abang menjadi seorang kapten yang handal, abang terlalu sehingga terabaikan tentang keselamatan kau tetapi sekarang ini, semuanya sudah berubah. Abang masih lagi seorang kapten dan kau masih lagi adik abang yang aku sayangi. Abang tidak akan leka lagi. Abang tidak akan abaikan kau lagi"
"Terima kasih abang" kata Fang di dalam dakapan abangnya
"Maafkan abang kerana lupa tentang ulang tahun mereka"
"Takpe abang.. adik pun lupa juga" Fang membalas balik pelukan abangnya "Kita sama-sama makan kek itu untuk mereka. Semoga ibu dan ayah nampak apa yang kita lakukan sekarang ini dan mereka akan tersenyum gembira"
"Sudah tentu Pang.. sudah tentu" bisik Kaizo "Kak Lynna, Rizu dan Idoli mana?" Dia lepaskan adiknya dari pelukan dia
"Kak Lynna hantar Rizu pulang ke rumah. Idoli ikut sekali. Dia orang ada ajak adik sekali tetapi adik tak nak. Kak Lynna macam tahu sahaja yang adik nak bersendirian dekat rumah"
"Hmm... kak Lynna tu pandai baca isi hati orang" Kaizo tersenyum kecil "Mari kita potong kek itu bersama"
"Mari abang"
Kaizo dan Fang pegang sebilah pisau plastik bersama dan potong kek itu. Selepas itu, Fang cubit sedikit kek itu dan suapkan kek tersebut di dalam mulut abangnya. Kaizo pula, cuit sedikit krim kek itu dan lalu dia lapkan di pipi adiknya. Mata Fang terkebil-kebil seketika dan lalu dia tergelak. Suasana rumah itu berubah menjadi ceria. Lynna yang berada di hadapan pintu rumah, dia boleh dengar gelakan dari dua beradik alien itu. Dia baru sahaja pulang dari menghantar Rizu tadi. Lalu Lynna beredar dari situ bersama Idoli. Dia tidak mahu menganggu kemesraan di antara adik dan abang. Dia akan kembali ke rumah adik beradik alien itu dalam beberapa jam kemudian. Buat sementara ini, biarlah Fang dan Kaizo bersuka ria seperti ketika mereka masih kecil lagi
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro