Dimensi
Gambar, kotak muzik, bunga segar, video-video lama, teddy bear dan juga kapal terbang mainan, semuanya tersusun di sebuah sudut yang khas untuk ibu bapa Fang dan Kaizo. Setiap objek yang ada di situ mempunyai sentimental yang tersendiri, contohnya kapal terbang mainan milik adik beradik alien itu. Ianya dibeli oleh ayah mereka untuk anak-anak mereka berkongsi mainan itu bersama. Video-video lama itu pula, semuanya dirakam oleh ayah mereka sendiri. Ada yang membuatkan Fang menangis seorang diri di dalam bilik sambil melihat video-video lama itu. Bunga segar itu pula, hanyalah hiasan sahaja. Fang yang letak di situ untuk menceriakan keadaan. Cincin, gelang dan loket berbentuk hati, Fang meminta abang dia simpan barang kemas itu ditempat yang selamat. Idoli, Faye dan kucing-kucing peliharaan mereka, tidak berani menyentuh barang-barang itu kerana ianya terlalu istimewa buat Fang dan Kaizo. Dalam sekelip mata sahaja, kesemuanya musnah akibat diserang oleh seseorang
"BERANI KAU MUSNAHKAN RUMAH AKU!"
"HAHAHA! Kenapa? Kau sedih aku musnahkan rumah kebahagian kau?" Lelaki itu ketawa besar sambil terapung di tengah udara "Aku akan musnahkan satu per satu, orang yang kau sayang, termasuklah rumah kau tu sekali"
Kaizo menggenggam kedua belah tangannya. Mata dia terpandang tubuh badan Lynna terdampar di luar kawasan halaman rumahnya. Gadis itu telah diserang oleh lelaki tadi ketika dia cuba melindungi rumah Fang dan Kaizo. Lelaki itu adalah bekas anggota TAPOPS. Dia hampir dilantik untuk menjadi seorang kapten tetapi akhirnya, perlantikan dia telah dibatalkan dan diberikan kepada orang lain iaitu Kaizo. Semenjak dari kejadian itu, lelaki asing itu terus berhenti menjadi anggota TAPOPS. Dia membawa dirinya pergi ke tempat lain dan mula merancangkan sesuatu untuk membalas dendam terhadap Kaizo
"Kau... kau memang tidak dapat dimaafkan" bisik Kaizo dengan air matanya mengalir "Kau... KAU AKAN TERIMA BALASANNYA!"
"Aku?" Lelaki itu terus berikan gelakan dia kepada Kaizo "HAHAHAHAHA! SEPATUTNYA KAU PATUT TERIMA BALASAN ITU! SEPATUTNYA AKU MENJADI SEORANG KAPTEN TAPI... KAU YANG DAPAT!"
"ITU KISAH LAMA! KENAPA KAU PERLU BERDENDAM DENGAN AKU SEBAB ITU PULA!"
"Sebab... kau selalu dipuji oleh Komander Kokoci. Kau selalu berada di atas dan aku selalu menjadi orang kedua. Selepas aku dapat tahu aku bakal dilantik menjadi kapten, aku gembira tapi.. kegembiraan aku hanya sementara sahaja" Lelaki itu tuding jarinya ke arah Kaizo "KAU MUSNAH IMPIAN AKU UNTUK MENJADI SEORANG KAPTEN! KAU RAMPAS PERLANTIKAN ITU DARI AKU!"
"KAU SILAP! BUKAN ITU YANG AKU MAHUKAN.. cuma aku tidak sangka aku dapat dipilih menjadi seorang kapten" kata Kaizo "Aku tidak tahu apa yang berlaku sewaktu itu!"
"DIAM!" Lelaki yang berambut keriting itu, dia mula halakan senjata pedangnya ke arah Kaizo "Aku akan hancurkan apa yang kau sayangi selama ini. Aku mahu melihat diri kau menderita sebelum aku hapuskan kau"
"Baiklah" Kaizo keluarkan pedang tenaganya "Aku tidak akan benarkan kau musnahkan kehidupan aku. Kau sendiri akan terima akibatnya"
Lelaki yang bernama Victor itu, terus terbang ke arah Kaizo dengan kelajuan yang amat pantas sekali. Pedang mereka berdua bertembung di situ. Kaizo menggunakan kuasa tolakan tenaga dia untuk menolak Victor. Kuasa dia berjaya menolak Victor sehingga ke tembok pagar rumahnya. Tubuh badan Victor terdampar di dalam debu-debu tembok pagar yang sudah hancur sedikit. Lalu dia bergerak sedikit demi sedikit. Kali ini, dia keluarkan sebuah bola besi. Dia akan gunakan kuasa bola itu untuk tambahkan seksaan di hati Kaizo
"Kau tak kan terlepas" kata Kaizo di sebalik debu-debu itu "Aku akan masukkan kau ke dalam penjara TAPOPS"
"Cubalah halang aku dulu" Victor bangun dari situ dan lalu dia melompat keluar dari debu-debu tadi "TAPI SEBELUM ITU..." Dia melemparkan bola besi itu ke arah Lynna "TERIMALAH HADIAH DARIPADA AKU DULU! HAHAHAHA!"
Kaizo mengalih pandangan dia. Bola itu terus terkena bahagian tepi Lynna. Satu portal bulat besar terbuka di permukaan lantai tanah. Di dalam portal itu ada sebuah pusaran yang cuba menarik Lynna masuk ke dalam itu. Kaizo menjadi cemas. Dia terus berlari ke arah gadis itu. Dia perlu selamatkan Lynna sebelum masuk ke dalam portal itu. Victor mengambil peluang itu. Dia melibas pedangnya dan lalu ianya mengeluarkan kuasa cahaya yang hampir sama seperti Boboiboy Solar. Kuasa cahaya itu menolak Kaizo masuk ke dalam portal tersebut. Badan Kaizo terseret dan bergolek masuk ke dalam portal itu Kaizo sempat pegang tangan kiri Lynna. Lalu mereka berdua disedut masuk ke dalam portal tersebut. Hanya tinggal pusaran hitam itu sahaja. Victor berjaya mengusir Kaizo dari situ. Portal itu mula mengecil dan lalu ianya hilang. Victor tersenyum bangga kerana ini adalah satu kejayaan besar buat dia
"HAHAHAHAHAA! AKHIRNYA KAPTEN KAIZO TIDAK WUJUD LAGI DI SELURUH GALAXY! MUAHAHAHAHA!"
Dia tidak sedar bahawa jam kuasa Kaizo ada di situ. Sewaktu kuasa cahaya menolak Kaizo ke dalam portal itu, jam kuasa Kaizo tercabut dari pengelangan tangannya. Ada lampu merah sedang berkelip-kelip di jam kuasa itu. Pada ketika itu, Ochobot sedang cuba menghubungi Kaizo untuk membawa balik Idoli. Berkali-kali Ochobot menghubungi Kaizo tetapi tiada siapa yang menjawab
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Hmmm... Tok Aba.."
"Kenapa Ochobot? Masih tak dapat hubungi Kaizo?"
"Tak" kata Ochobot dalam sedikit kecewa "Tak tahulah kenapa Kapten Kaizo tak nak jawab panggilan saya"
"Dia sibuk kot" balas Tok Aba sambil lap meja kaunter kedainya
"Tapi selalunya, kalau sesiapa yang menghubungi Kapten Kaizo, dia akan menjawapnya dengan segera"
"Betul jugak tu" Tok Aba mula rasa risau. Lalu dia berhenti lap meja kaunter itu "Ochobot, kau hubungi Boboiboy dengan segera. Atuk rasa ada sesuatu yang tak kena"
"Baik atuk"
Hati Tok Aba terdetik untuk pergi melawat rumah Fang dan Kaizo. Lalu dia memandang Idoli yang sibuk mengutip mainannya di atas rumput-rumput hijau. Mungkin dia sendiri membawa Idoli pulang ke rumah dan menyiasat apa yang berlaku terhadap Kaizo. Atau mungkin juga Kaizo pergi berjalan-jalan dengan Lynna dan tidak mahu di ganggu oleh sesiapa, fikir Tok Aba
"Mungkin juga" bisik Tok Aba
"Apa yang mungkin juga, atuk?"
"Takde apa, Ochobot" Tok Aba kembali mengelap meja "Kau sudah hubungi Boboiboy?"
"Sudah. Dia cakap, dia akan balik terus ke sini"
"Bagus" kata Tok Aba "Kalau boleh, hubungi budak-budak perempuan juga. Dia orang ada dekat bandar. Si Boboiboy tu, lambat lagi sampai"
"Hmm... entah-entah Boboiboy yang sampai dulu" balas Ochobot sambil menghubungi Yaya "Manalah tahu, dia guna kuasa dia untuk sampai ke sini dengan segera"
"Betul juga tu tapi apa-apa pun, beritahu Yaya dan Ying sebab atuk rasa tak senang hati pula"
"Atuk sakit ke?" Idoli muncul di hadapan Tok Aba dengan mata bulatnya "Atuk kalau sakit, atuk rehatlah. Nanti hati tu bertambah sakit lagi. Biar Idoli dan abang Bobot jaga kedai atuk. Idoli boleh buatkan waffle vanilla!"
"Alahai.. comelnya budak ni" Ochobot mengusap kepala Idoli
"Idoli pun memang comel pun.. hehehe!" Idoli tersenyum bangga dengan kecomelan dia "Eh.. kenapa gambar kakak Yaya keluar?"
Wajah Yaya terpacar keluar dari badan Ochobot. Lalu Tok Aba berkata sesuatu kepada gadis bertudung pink itu
"Yaya, atuk rasa tak sedap hati ni"
"Eh, kenapa Tok Aba? Ada sesuatu tak kena ke? Kami boleh datang ke kedai atuk dengan segera"
"Atuk tadi suruh Ochobot hubungi Kaizo tapi dia tak angkat pula. Boleh tak kamu tolong cari dia atau tengok-tengok dia ada dekat rumah ke"
"Baik atuk" kata Yaya di skrin kecil "Atuk sudah hubungi adik dia si Fang tu?"
"Tak tapi Ochobot ada hubungi Boboiboy. Tak tahulah berapa lama lagi dia nak sampai tu"
"Hmm.. kalau kecemasan, dia akan dengan datang segera. Atuk tunggu sahaja. Kita orang akan bergerak ke sana juga"
Skrin kecil itu terus hilang. Idoli terdengar perbualan tadi. Wajah dia yang ceria terus berubah menjadi ketakutan. Dia takut jikalau ada benda buruk terjadi terhadap idola dia iaitu Kapten Kaizo. Idoli mahu pulang ke rumah sekarang juga untuk mencari Kaizo. Lalu dia lari dari situ tanpa mengambil permainan dia. Tok Aba menyuruh Ochobot pergi temankan Idoli. Pada masa yang sama, Boboiboy Taufan sudah pun tiba di situ dengan hoverboardnya. Dia mendarat di hadapan kedai atuknya dan kembali menjadi Boboiboy asal. Beberapa saat kemudian, Fang tiba di situ bersama Gopal, Harraz dan Sai. Mereka semua menunggang burung garuda bayang
"Boboiboy!"
"Kenapa atuk? Sudah dapat menghubungi abang Kaizo?"
"Belum" jawab Tok Aba "Tapi Idoli dah lari balik rumah. Kau pergi periksa Kaizo dekat rumah"
Boboiboy angguk kepalanya. Dia menoleh kebelakang dan dapati Fang sudah pergi dahulu kerana dia sudah risaukan tentang abangnya. Dia pergi menunggang helang bayangnya untuk sampai cepat di rumah. Fang tidak memikirkan apa-apa, hanya abang dia sahaja yang berlegar-legar di pemikirannya. Dia mula risau. Dia tidak tahu apa yang dia bakal temui nanti. Pelbagai perkara yang Fang cuba bayangkan, antaranya ialah abang dia selamat berada di rumah dan dia dalam keadaan tidur sehingga tidak sedar dengan panggilan Ochobot. Dia juga ada bayangkan abang dia sedang sibuk menjalankan latihan tempur bersama Lynna di kapal angkasa. Selain itu, dia ada juga bayangkan abang dia diseksa oleh alien jahat. Dia gelengkan kepalanya untuk membuang semua perkara yang negatif. Air mata Fang mula mengalir keluar. Dia tidak tahu kenapa dia menangis, sedangkan dia tidak tahu lagi apa yang terjadi dengana abangnya. Sebaik sahaja dia sudah tiba di rumahnya, dia nampak orang ramai sedang mengerumuni di hadapan rumah dia. Apa yang membuat dia terkejut adalah rumah dia musnah. Fang terjun dari helang bayangnya dan mendarat di hadapan rumah dia yang musnah teruk itu
"ABANG!"
Fang berlari dan lalu dia tersungkur jatuh. Dia merangkak sedikit dan pegang cebisan-cebisan rumahnya yang sudah musnah sepenuhnya. Dia melempar batu-bata ke tepi untuk mengorek masuk ke dalam rumah itu. Pemikiran dia hanya terbayangkan abang dia terperangkap di dalam kemusnahan itu. Dia tidak henti-henti membuang batu-bata dan juga barangan yang musnah ke tepi. Orang ramai yang melihat ketika itu, cuba untuk hentikan perbuatan Fang tetapi sang remaja itu, mengamuk. Dia tidak membenarkan sesiapa mendekati diri dia atau hentikan perbuatan dia. Suasana menjadi pilu. Hanya tangisan dari seorang remaja lelaki alien sahaja menghiasi suasan itu
"FANG!"
Boboiboy sudah tiba di tempat kejadian itu bersama dengan rakan-rakan dia yang lain. Dia terkejut dan terus terduduk jatuh di atas jalan. Dia tidak berkata apa. Kawan-kawan dia juga tergaman seketika. Faye sudah pun lari ke arah Fang. Dia menjerit-jerit nama Kaizo. Idoli yang ada bersama mereka. Dia bagaikan hendak pengsan di situ. Dia menangis di dalam pelukan Ochobot. Yaya dan Ying cuba tenangkan Idoli. Bella dan Lily berpelukan kerana mereka tidak dapat menahan kesedihan di hati mereka. Lebih-lebih lagi melihat dua kawan mereka iaitu Fang dan Faye yang sudah hilang tempat tinggal. Harraz tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Gopal, Sai dan Shielda turut rasa sedih pada ketika itu. Pada masa yang sama, mereka terfikir juga jikalau Kaizo benar-benar berada di dalam rumah itu atau di tempat lain
"Meow meow meow.."
"Pi-pi-pikachu? Shadow?" Idoli mengesat air matanya "Korang masih hidup lagi?"
"Meow meow meow meow"
"Macam dia orang nak beritahu sesuatu" bisik Ying kepada Yaya. Dia mengesat air matanya "Idoli.. kau faham ke apa yang dia orang katakan?"
"Fa-faham" Idoli duduk mencangkung di hadapan dua ekor kucing "Pikachu, Shadow.. ulang balik apa yang korang cakap tadi"
"Meow meow meow meow meow meow meow meow meow"
"HAH! Jadi abang Kaizo takde dekat dalam rumah tapi ada musuh datang dan buat dia hilang"
"Meow" kata Pikachu
"Meow meow meow meow" kata pula Shadow
"Kak Lynna pun hilang juga!"
"Meow meow" Pikachu angguk kepalanya kepada Idoli "Meow meow meow meow"
"Ohh... orang tu ialah alien jahat"
"Meow meow" Pikachu angguk kepalanya lagi
Ramai yang teruja melihat seorang budak memahami apa yang dua ekor kucing itu sedang katakan. Mereka seolah-olah terlupa seketika dengan apa yang berlaku dengan rumah kepunyaan adik beradik alien itu. Sewaktu mereka sedang sibuk mendengar perbualan antara dua ekor kucing dan alien kucing, Fang tiba-tiba berhenti mencari abangnya di bawah timbunan batu-bata itu. Pemikiran dia terlintas langsung tentang rumah dia dahulu sewaktu dia kecil lagi. Mata dia seperti nampak ibunya terbaring di atas timbunan batu-bata. Badan Fang mula mengeletar sedikit. Tangan dia bergerak-gerak seperti mahu menggenggamkan kedua belah tapak tangannya. Lalu wajah ibunya terpapar di dalam pemikiran dia. Wajah putih pucat berserta dengan darah mengalir keluar dari bahagian tepi kepala ibunya. Lalu dia menjerit di situ
"IBU! IBU!"
"FANG!" Faye cepat-cepat pegang kedua tangan sepupunya "Fang.. ibu kau sudah lama tiada. Kenapa kau menjerit nama dia?"
"Jangan kacau aku!" Fang lepaskan tangan dia dari pegangan Faye "AKU NAK IBU AKU! AKU NAK AYAH AKU! AKU NAK ABANG AKU! MANA DIA ORANG?"
"FANG.." Faye kali ini cuba memeluk sepupunya "Fang.. jangan begitu Fang.. ibu dan ayah kau sudah lama tiada. Abang kau mesti dalam keadaan selamat. Aku yakin, dia selamat" Tetapi di dalam hati dia, mengatakan benda lain. Dia melihat rumah kebahagian dia selama ini, semuanya sudah musnah. Dia menangis sambil memeluk sepupunya
"LEPASKAN AKU! LEPASKAN AKU!"
"Tak.. aku tak nak lepaskan kau" bisik Faye "Aku tahu.. kau menderita sekarang ini tapi.. aku masih ada lagi dekat sini. Aku sepupu kau"
"AKU NAK ABANG AKU! FAHAM TAK!"
Boboiboy bangun dari situ untuk pergi menolong Faye. Dia harus tenangkan Fang. Dia tidak mahu melihat kawan baik dia menderita begitu. Komander Kokoci sudah tiba di situ bersama dengan seorang professor dan juga Emmy. Dia mengarah orang ramai yang ada di situ untuk pulang ke rumah. Dia memberitahu mereka bahawa perkara ini adalah bukan perkara biasa. Mereka faham dan terus bersurai dari situ kecuali kawan kepada Fang dan Faye
"Komander, kenapa komander berada di sini?" Sai bertanya terus kepada komandernya sebelum Kokoci dapat jelaskan apa yang berlaku
"Aku berada di sini kerana ada perkara buruk yang berlaku sebentar tadi"
"Tentang Kapten Kaizo ke?"
"Yea Shielda" jawab Kokoci "Kapten Kaizo sebenarnya selamat tetapi dia telah tarik masuk ke dalam sebuah dimensi. Bukan dia sahaja, Lynna juga ditarik masuk oleh dimensi itu"
"Jadi betul lah apa yang dikatakan kucing tadi"
"Kucing?" Kokoci terus buka cermin mata dia untuk melihat Yaya "Apa maksud kau?"
"Err.. begini komander, Pikachu dan Shadow jelaskan kepada kami tadi dengan apa yang berlaku. Cuma Fang dan Faye sahaja yang tidak tahu apa yang berlaku" Lalu mata dia melihat keadaan Fang pada ketika itu "Nampaknya, trauma lama Fang sudah kembali"
"Trauma?"
"Ha ah Bella, dia pernah trauma pada ketika dahulu. Sewaktu kau belum pindah ke sini lagi" jelas Yaya
"Kasihannya landak trauma" Lily lap air matanya sedikit
"Macam mana nak tenangkan si Fang tu balik" tanya Gopal "Kak Lynna pun takde. Kalau tidak, boleh tenangkan pemikiran si Fang tu"
"Susahlah macam ni tapi.." Lalu Ying bertanya kepada Komander Kokoci "Macam mana kita nak selamatkan abang Kaizo dan kak Lynna dari dimensi tu? Ada apa dekat situ?"
"Hantu kot" Gopal terus ketakutan
"Tak habis-habis dengan hantu kau" Bella jentik sedikit dahi Gopal "Komander Kokoci mesti tahu bagaimana nak selamatkan mereka berdua?"
"Hmm... itu aku serahkan kepada professor Falcon dan juga Emmy"
"Terima kasih komander kuih koci" Berkerut dahi Kokoci. Lalu Emmy berkata lagi sambil keluarkan tablet dia dari beg Hello Kitty milik dia "Sewaktu Emmy ada dekat makmal tadi, Emmy terima isyarat kecemasan dari komputer. Emmy periksa ada sesuatu luar biasa yang berlaku di rumah abang beruang. Macam ada pintu portal terbuka dekat sini tadi"
"Yea, betul kata Emmy tadi. Pintu portal masuk ke dalam sebuah dimensi telah dibuka tadi" Kokoci memakai balik cermin mata hitamnya
"Tapi komander, bagaimana portal tu boleh terbuka?" tanya Shielda "Siapa yang buka pintu portal tu? Musuh kami?"
"Dia adalah bekas ahli TAPOPS" Professor Falcon menjawab soalan Shielda tadi "Beberapa hari yang lalu, dia telah masuk ke dalam kapal angkasa saya secara senyap. Saya dapat mengetahui tentang itu apabila dia berjaya mencuri salah satu ciptaan saya. Dia juga berjaya melepaskan diri"
"Apa yang dia curi tu?" Sai mula bertanya
"Dia curi sebiji bola yang dapat membuka pintu masuk ke dimensi lain" Lalu professor Falcon berkata lagi "Dunia dimensi ini, kita sendiri tidak dapat jangkakan di mana ianya akan membawa kita pergi. Mungkin ianya sesuatu yang menarik atau sesuatu yang boleh bertukar menjadi mimpi ngeri kita sendiri"
"Dimensi ni sama ke macam jam kuasa kita kena curi dulu?" tanya Gopal sambil melihat jam kuasanya
"Mungkin ya, mungkin tidak tetapi pintu portal yang perlukan jam kuasa kamu semua, ianya hanya untuk satu dimensi sahaja iaitu untuk membawa masuk makhluk-makhluk yang ada di dimensi itu" jelas professor Falcon "Malangnya, kita tidak boleh gunakan pintu masuk itu kerana bola ciptaan saya itu, hanya satu sahaja. Tiada yang lain. Kalau nak saya ciptakan semula, ianya memakan masa yang lama juga"
"Tapi jangan risau! Emmy boleh bawa kamu semua ke dimensi itu"
"Betul betul! Lily yakin sangat dengan kebolehan dan kebijaksanaan Ammy!" Lily tepuk-tepuk belakang badan Emmy "Dengan kepandaian dari Ammy, segala masalah kita dapat selesaikan!"
"Tapi Lily.. masalah ini belum selesai lagi. Kita perlu masuk ke dalam dimensi tu dan cari abang Kaizo dan kak Lynna"
"Ha ah, betul juga tu.. hehehee" Lily terus tersengih kepada Yaya "Maaf.. hehehee! Tapi gerenti ke kita akan selamat bila kita dah masuk ke dalam dimensi tu?"
"Itu saya tidak boleh katakan selamat ataupun tidak kerana dimensi ini boleh berubah-ubah" balas professor Falcon "Tapi kamu semua harus berhati-hati dan dunia dimensi ini, sangat bahaya. Jangan percayakan semua yang anda nampak. Mungkin nampak comel dan menarik dari luar tetapi dari dalam, ianya sesuatu yang menakutkan"
"Tak semua begitukan?"
"Sukar untuk saya jelaskan" kata professor kepada Ying "Apa-apa sahaja boleh berlaku"
"Kalau begitu, kita tidak perlukan ramai orang masuk ke dalam dimensi tu" kata Boboiboy dengan semangat tinggi. Dia terdengar perbincangan mereka tadi semasa dia menolong Fang "Aku tak nak kita semua terpisah nanti sebab dunia dimensi tu luas, betul tak professor?"
"Betul. Ianya memang luas dan ianya boleh berubah dalam jangkaan yang tidak sangka-sangkakan" jelas professor lagi sambil berikan senyuman dia kepada Boboiboy
"Wuuuu... macam dalam mimpi landak yang dulu-dulu tu!" Mata Lily terus bersinar-sinar kerana teringat balik pertama kali dia dan Boboiboy berganding bahu untuk menewaskan pengawal-pengawal istana putera Fang "LILY NAK IKUT!"
"Adeh.." Boboiboy menepuk dahinya sendiri "Lily tak perlu ikut. Apa kata Lily tolong Faye jagakan landak.. eh maksud aku, jagakan Fang"
Lily melihat Fang sudah meronta-ronta menangis di dalam pelukan Faye. Dia masih lagi percaya abang dia terperangkap di dalam timbunan batu-bata rumah dia. Lily rasa kasihan dengan apa yang terjadi terhadap diri Fang. Dia juga mahu menolong Fang walaupun dia banyak kali buat si remaja alien itu menjengkelkan dengan perangai dia yang serba pelik itu. Dia mula membuat muka comelnya kepada Boboiboy untuk merayu supaya dia dapat ikuti misi selamatkan Kaizo dan Lynna
"Haiyaa... bawa ajelah dia"
"Baiklah Ying" kata Boboiboy sambil mengeluh sedikit "Lily boleh ikut tapi... Bella, Harraz, Sai, Shielda dan Emmy tak boleh ikut. Maaf sebab kali ini memang korang tidak benarkan ikut"
"Takpe Boboiboy. Aku faham" kata Harraz "Aku yakin korang dapat selamakan kak Lynna dan abang Kaizo. Kita orang dekat sini akan tolong jagakan Fang dan Faye buat sementara. Oh yea, tak lupakan juga si budak kecik ni.. hehee"
"Idoli nak ikut tapi.. macam bahaya aje misi kali ni"
"Idoli duduk dengan kak Bella aje ok"
"Ok kakak Bella" Idoli bangun dari situ "Tapi abang Fang tu macam mana nak bagi dia tenang? Ketuk kepala dia supaya dia pengsan?"
"Adeh, tak kan kita orang nak buat begitu pula. Rasanya kita perlu bagi dia ubat tidur"
"Rasanya tak perlu Boboiboy" Bella tunjuk ke arah Fang dan Faye. Kepala Fang kelihatan baring di atas pangkuan Faye "Dia tidur ke?"
"Tak mungkin" bisik Boboiboy
Mereka berlari ke arah Faye. Muka Faye kelihatan sedih dan membimbangkan tentang sepupunya. Kokoci merasai badan Fang ketika itu. Badan Fang kelihatan panas. Ia menunjukkan Fang sudah jatuh sakit semasa dia di dalam trauma
"Fang pengsan tadi" kata Faye di dalam tangisannya "Dia pengsan sebab tak dapat terima kenyataan"
"Faye.." Yaya melutut di sebelah Faye "Abang Kaizo tiada dalam kemusnahan rumah kau. Dia selamat tapi... dia ada di dimensi lain"
"Dimensi lain?" Mata Faye terkebil-kebil melihat Yaya "Maksudnya.. ada orang hantar abang Kaizo ke sana?"
"Dan aku rasa abang Kaizo dalam bahaya, dia mesti tidak dapat melindungi dirinya"
"Aik, kenapa kau kata begitu Gopal?" tanya Boboiboy
Gopal kutip sesuatu yang ada di halaman rumah itu. Lalu dia tunjukkan apa yang dia kutip tadi. Mereka terkejut melihat jam kuasa Kaizo ada di situ. Mereka pandang satu sama lain dengan perasaan risau. Gopal serahkan jam kuasa itu kepada Boboiboy
"Aku rasa dia akan selamat kerana kak Lynna ada" kata Ying untuk hilangkan kerisauan mereka "Kuasa kak Lynna mesti ada lagi"
"Itu saya tidak pasti"
"Ke-kenapa professor?" Boboiboy mula kembali risau
"Saya cuma takut jikalau kuasa-kuasa kamu semua tidak dapat digunakan dalam dunia dimensi itu nanti, seperti juga dengan kuasa Lynna. Kamu semua kena ingat, kamu berada di dimensi lain... bukan lagi di dunia nyata ini. Apa-apa sahaja boleh berlaku. Jikalau kuasa kamu dapat digunakan.. saya nasihatkan, gunakan kuasa kamu sebaik mungkin untuk selamatkan Kaizo dan Lynna"
"Baik professor!" jawab Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying "Kami akan berhati-hati nanti!"
"Fang ni macam mana?" tanya Faye sambil mengesat air matanya
"Aku rasa.. kita baringkan dia dekat rumah aku. Kau, Bella dan Harraz boleh jaga dia dan juga Idoli" jelas Boboiboy "Emmy pula kita bantu kita orang untuk pergi ke dimensi lain tu. Jam kuasa abang Kaizo pula, biar aku yang jaga. Aku akan pulangkan balik kepada dia nanti"
"Kalau begitu, Sai dan Shielda ikut aku pulang ke stesen TAPOPS. Aku perlukan kamu berdua untuk pergi menjejaki si Victor tu dan tangkap dia. Sebelum itu, aku perlukan bantuan dari Momoki" kata komander Kokoci
"Professor boleh ikut saya ke makmal" Emmy terus berikan senyuman manis dia kepada professor Falcon
"Lily buat apa?" Dia tuding jarinya ke arah diri dia sendiri "JANGANLAH TINGGALKAN LILY SEORANG DIRI DEKAT SINI! UWAAA!"
"Lily ikut kita orang" kata Boboiboy sambil tersengih
"YAHOOO!" Lily melompat-lompat sambil bertepuk tangan "MARI KITA PERGI MENGEMBARA! WEEEEEE!"
Boboiboy terfikir, adakah sebenarnya Boboiboy Thorn dan Lily adalah kembar tidak seiras yang terpisah dengan ibu bapanya? Eh, tapi tak mungkin kerana Boboiboy Thorn adalah pecahan diri dia sendiri dan tak mungkin juga mereka adalah adik beradik. Terus Boboiboy lupakan tentang pemikiran dia tadi. Memang menakutkan, bisik di hati Boboiboy
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sewaktu mereka tiba di sebuah makmal yang canggih, Emmy tidak henti-henti berceritakan kesemua ciptaan yang dia baru bina. Professor Falcon begitu tekun mendengar cerita-cerita Emmy. Sepanjang cerita Emmy, dia asyik tersenyum sahaja dan ada juga dia berikan pendapat dia kepada gadis genius itu. Lily juga tekun mendengar cerita Emmy. Dia seperti hendak berikan idea-idea menarik kepada Emmy tetapi kesemua idea dia, sudah tentu idea pelik. Contohnya, mesin membuat ice cream dalam pelbagai perisa. Perisa apa sahaja yang kita mahukan, mesin itu akan buat. Perisa kerepek pisang pun boleh. Bagi Gopal, dia itu tidak pelik tetapi menakjubkan
"Bolehlah Lily jadi tukang bagi idea dekat Emmy nanti"
"Sudah tentu BBB-CHAN!" Lily tersenyum sahaja sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam makmal Emmy "Saya sebagai kakak mithali kepada Ammy, saya akan pastikan kesemua ciptaan Ammy adalah amat berguna sekali!"
"Tapi kan... si Emmy tak pernah cipta mesin untuk mencetak wang"
"WUUUU! Idea yang menarik tu!" Mata Lily terus membulat besar sambil melihat Gopal "Kalaulah Lily ada mesin tu, bolehlah Lily pergi mengembara merata dunia!"
"Ehem!" Emmy mencekak pinggang sambil melihat Lily dan Gopal "Emmy tidak akan buat alat mencetak wang! Kerana ianya adalah salah di sisi undang-undang!"
"Hehehe.. maaf Ammy"
"Takpe kakak Milly, Emmy maafkan" kata Emmy dengan senyuman ikhlas dia "Baiklah, Emmy kena ubahkan pintu masuk ke dalam dunia game ni, ke pintu masuk dunia dimensi"
"Berapa lama akan siap?"
"Dalam 15 atau 30 minit macam tu" Emmy terus tersengih kepada Boboiboy "Emmy akan cuba dengan segala upaya Emmy untuk siapkan dengan segera! Professor Falcon tolong Emmy boleh?"
"Boleh" Professor itu terus berikan senyuman dia kepada Emmy "Mari kita lakukan kerja kita sekarang"
"Ba-baik professor" Emmy tersipu malu kerana senyuman professor Falcon tadi "Bestnya kalau professor tu ayah angkat saya" bisik dia sambil berangan sedikit
Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying tergelak sedikit melihat gelagat Emmy pada ketika itu. Lily seperti biasa, dia akan mengusik kesemua barang yang ada di dalam makmal itu. Pernah sekali, Emmy cuba meletak papan tanda berbunyi 'LILY DILARANG MASUK!" tetapi percubaan itu gagal. Lily tetap masuk ke dalam makmal itu tanpa rasa bersalah. Emmy cabut wayar-wayar di sebuah kuib besar. Lalu dia pasangkan wayar lain di kuib itu. Professor Falcon mula masukkan data-data ke dalam komputer Emmy. Ianya adalah data-data untuk membuka pintu masuk ke dunia dimensi lain. Emmy pergi berdiri di sebelah professor itu untuk melihat proses masukan data-data baru di dalam komputernya. Selepas itu, Emmy pergi buka satu kotak kecil yang ada di tepi kiri kuib tersebut. Di dalam kotak kecil itu terdapat komputer kecil. Dia masukkan kata laluan dan seterusnya, dia kuib tersebut menerima data-data yang telah dimasukkan oleh professor Falcon sebentar tadi. Kuib itu mula menyala lampu-lampunya berwarna hijau
"Wuuu... ianya sudah berkelip-kelip" Mata Lily bersinar-sinar secara tiba-tiba "Adakah kita boleh jalankan misi ini sekarang?"
"Belum lagi" kata Emmy
"Hmmm.. lambat lagi ke?"
"Lagi 10 atau 15 minit macam tu, abang kuat makan"
"Kalau macam tu, baik aku pergi main game"
"Tak boleh!" marah Emmy kepada Gopal "Kalau main game, takut nanti tak menjadi pula kuib ni.. nanti korang semua akan masuk ke dunia game pula"
"Takpe Emmy, kita orang akan tunggu sahaja" kata Yaya secara sopan "Emmy teruskan sahaja"
Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying terpaksa duduk di tepi sambil melihat Emmy membuat kerja. Lily duduk di sebelah Boboiboy dan lalu dia keluarkan telefonnya untuk bergambar dengan Boboiboy. Pelbagai mimik muka yang dibuat oleh Lily tetapi Boboiboy hanya tersengih sahaja. Lalu Lily upload kesemua gambar itu di account instagramnya
15 minit sudah berlalu, Emmy sudah selesai masukkan kesemua data ke dalam kuib itu. Ianya sudah boleh digunakan tetapi Emmy rasa ragu-ragu sedikit. Adakah dia sudah berjaya ataupun tidak. Dia takut jikalau ianya bukan hantar ke dunia dimensi itu tetapi ke dunia game atau dunia yang menakutkan, contohnya, dunia hantu. Seram sejuk dibuatnya, terus Emmy menggigil sedikit. Professor Falcon sentuh sedikit bahu Emmy
"Jangan risau, saya yakin kita akan berjaya"
"Tapi.." Kepala Emmy tertunduk sedikit "Selalunya ciptaan saya mesti ada yang tak kena. Saya takut kalau saya gagal sahaja"
"Takpe kalau gagal, kamu boleh belajar dari kesilapan itu. Jangan mengalah Emmy. Lagipun saya ada dengar, semua hasil ciptaan awak, semuanya ok. Kalau ada masalah pun, hanya masalah kecil sahaja"
"Terima kasih, professor" Emmy mula tersenyum sedikit
"Emmy jangan risau. Kalau kita orang sesat ke tempat lain pun, mesti Emmy akan selamatkan kita orang. Betul tak?"
"Errr... betul rasanya tapi makan masa yang lamalah" Emmy tersengih kepada Boboiboy "Tapi Emmy harap, korang semua berjaya masuk ke dalam dunia dimensi tu dan keluar dari situ dengan selamat"
"Baiklah! Mari kita selamatkan abang Kaizo dan kak Lynna!" kata Boboiboy dengan penuh semangat
"YIPEEEE!" Lily bertepuk tangan
Pintu kuib itu sudah terbuka. Lampu-lampu hijau masih berkelip-kelip lagi dan di dalam kuib itu, terdapat sebuah pusaran berwarna hitam dan biru. Portal ke dunia dimensi lain sudah terbuka dan ianya cuba menarik mereka masuk ke dalam pusaran itu. Emmy menutup balik pintu kuib tersebut
"Aik, kenapa tutup?"
"Maaf kakak berkaca mata" Emmy menarik nafas sebentar "Emmy kena beritahu cara nak keluar dari dunia dimensi tu sebelum korang masuk"
"Macam mana kita orang nak keluar nanti?" tanya Yaya
"Senang sahaja!" Emmy mula jelaskan kepada mereka "Pintu portal tadi akan dibuka selepas sahaja 1 jam tapi dalam beberapa minit sahaja. 30 minit macam tu. Lepas tu, pintu itu akan tutup"
"LEPAS TU KITA ORANG TAK BOLEH KELUAR?"
"Boleh abang kuat makan" kata Emmy dengan tenang
"Pintu portal tadi akan dibuka semula setiap 1 jam tetapi... kamu semua perlu cari pintu itu. Ianya tidak akan duduk di dalam satu tempat. Pintu portal itu akan berubah-ubah kedudukan dia. Pintu itu akan muncul dimana-mana sahaja"
"Susahlah kalau macam tu" Gopal terus mengeluh "Sampai bila-bila kita tak kan jumpa pintu keluar tu.. macam mana aku nak main game terbaru dari cikgu Papa nanti"
"Jangan risau" Professor Falcon angkat tangan Boboiboy dan pasangkan sesuatu di jam kuasa remaja bertopi oren itu "Saya ada pasangkan sesuatu alat kecil yang boleh membantu kamu semua mencari pintu portal itu. Ianya akan beritahu di mana pintu itu berada"
"Tapi macam mana nak pergi cari pintu portal tu?" tanya Boboiboy
"Itu kamu tidak perlu risau.." Professor Falcon mula jelaskan sesuatu "Alat itu juga dapat berikan petunjuk jalan ke mana pintu itu berada. Apabila pintu itu muncul, jam kuasa kamu akan keluarkan skrin kecil dan tunjukkan di mana ianya berada. Ikut sahaja arahan dari jam kuasa itu dan saya pasti, kamu semua tidak akan sesat. Ingat, pintu portal itu hanya akan buka dalam beberapa minit sahaja. Jika kamu lewat, kena tunggu lagi 1 jam dan satu lagi.. jangan terpisah kerana Boboiboy seorang sahaja yang boleh membawa kamu keluar dari situ. Apabila pintu ini sudah ditutup, lampu hijau itu akan tetap bernyala. Jika ianya padam, pintu keluar kamu tidak akan muncul. Jadi kami akan pastikan lampu itu sentiasa bernyala"
"Baik professor!" kata Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying secara serentak
"Kalau begitu! Lily akan pastikan kita semua tidak akan terpisah!" Lily terus tersenyum bangga "Selamatlah kita tak ramai.. kalau tidak, boleh jadi kelam-kabut nanti"
"Semua sudah bersedia ke?" Jari telunjuk Emmy sudah pun bersedia di butang kuib itu untuk membuka pintu itu kembali "Kalau sudah, Emmy nak buka semula pintu ni"
Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Lily mengangguk kepala mereka sambil berdiri di hadapan pintu kuib itu. Mereka menunggu Emmy membuka semula pintu itu. Tiba-tiba mereka terdengar satu jeritan dari seseorang. Mereka menoleh kebelakang
"TUNGGU! Aku pun nak pergi sekali"
Fang berlari ke arah mereka. Dia kelihatan penat kerana terlampau banyak sangat gunakan tenaga untuk lari ke rumah Emmy. Dia terduduk sedikit sambil pegang kedua-dua lututnya. Dia mengambil nafas seketika sebelum berkata sesuatu kepada kawan-kawannya
"Bagi.. aku ikut sekali" kata Fang sambil bangunkan dirinya "Aku pun nak selamatkan mereka. Faye sudah ceritakan dekat aku tadi"
"Tapi Fang.. tadi kau demam. Kau ok tak sekarang ni?"
"Aku ok aje, Boboiboy" balas Fang
"Betul ke? Tadi kau trauma" Yaya nampak risau sedikit
"Itu.." Fang terdiam sebentar "Aku tadi sebenarnya macam ternampak apa yang terjadi sewaktu dulu. Aku terbayangkan wajah mak aku.. maaf kerana buat korang semua risau. Selepas sahaja aku bangun, Faye dan yang lain-lain terus ceritakan hal yang sebenarnya dekat aku
"Kami faham, Fang" Boboiboy ke depan sedikit untuk pegang bahu Fang "Kalau kau ok, kau boleh ikut tapi kalau kau tak ok, aku tak benarkan kau ikut kita orang sebab aku tak nak kau jatuh sakit dekat sana nanti"
"Terima kasih Boboiboy" Fang tersenyum lemah "Aku memang ok. Aku nak selamatkan abang aku. Kalau aku tak pergi, mesti dia akan gunakan itu sebagai alasan untuk menghukum aku tapi kalau aku sakit dan aku tetap pergi juga, mesti dia akan menghukum aku juga"
"Kasihan landak, bertabahlah wahai landak. Kapten Kaizo memang begitu"
"Memang tengah bertabah pun, Lily"
"Sudah sudah, mari kita pergi selamatkan abang Kaizo dan kak Lynna" kata Ying yang sudah hilang sabar sedikit "Kita tidak boleh lewatkan masa. Mari kita pergi sekarang!"
Boboiboy pandang ke arah Emmy dan lalu dia menganggukkan kepalanya sebagai tanda, mereka sudah bersedia. Lily sempat lagi mengambil kerepek pisang dari dapur makmal Emmy dan juga beg Hello Kitty milik Emmy juga. Pintu kuib itu dibuka semula oleh Emmy. Pusaran hitam kebiruan itu muncul semula. Boboiboy melihat kawan-kawan dia dan lalu anggyk. Mereka sudah bersiap sedia. Satu per satu masuk ke dalam pusaran itu dan terus hilang bagaikan angin. Setelah mereka semua masuk ke dalam pusaran tersebut, Emmy menutup semula pintu kuib itu
"Semoga berjaya semua" bisik Emmy
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Lynna.. bangun.. bangun"
"Janganlah kacau.. akak nak tidur lagi. Adik pergilah main jauh-jauh"
"Bila masa aku jadi adik kau! INI KAIZO! BUKAN ADIK KAU!"
"Isk budak ni!" Mata Lynna masih lagi pejam "Suara macam budak-budak, tak baik tipu akak tau"
"BILA MASA AKU TIPU KAU!"
Lynna terus bangun dari situ. Mata dia berkebil-kebil melihat seorang budak kecil, wajah garang sama seperti Kaizo dan gaya rambut dia juga seperti Kaizo. Lalu dia tergelak di situ kerana dia tidak sangka Kaizo menjadi budak kecil
"Hehehee... comel suara kau.. patutlah kau jadi budak kecik!"
"APA GELAK-GELAK! KAU PUN SAMA MACAM AKU!"
"Bila masa aku jadi budak kecik macam kau" Lynna terus bersilang tangan dengan kepalanya berpaling ke tempat lain
"Cuba kau tengok diri kau sendiri"
Lynna melihat kedua tangan dia. Lalu dia melihat badan dan usik wajah dia sedikit. Dia terbangun dari situ dan terus melihat sekelilingnya. Ternyata, mereka bukan lagi dunia nyata. Dunia itu penuh dengan makanan manis. Dari tumbuh-tumbuhan sehinggalah laluan berbatu-bata, rama-rama dan juga awan, semuanya dalam bentuk makanan. Lynna menjerit di situ
"TIDAKKKK! AKU BERADA DEKAT MANA SEKARANG NI?" Lynna tenangkan hati dia seketika "Aku bermimpi ke sekarang ni?"
"Tak, ini bukan mimpi tapi kita berada di dimensi lain"
"Dimensi lain?!"
"Yea" kata Kaizo sambil letakkan kedua tangannya di belakang badan dia. Lalu dia bermundar-mandir di hadapan Lynna "Kita sudah terperangkap di sini"
"Orang yang serang aku tu yang letak kita berdua di sini?"
"Yea Lynna.. dia yang perangkap kami berdua di sini" Kaizo menghembus nafasnya
"Jadi, bagaimana kita nak keluar dari dimensi ni?"
"Kita tidak boleh buat apa kecuali kalau adik aku dan kawan-kawan dia datang ke sini untuk selamatkan kini tapi aku yakin, mereka akan cari jalan untuk sampai ke dunia dimensi ini"
"Aku percayakan mereka" kata Lynna sambil tersenyum "Sekarang kita nak ke mana? Nak tunggu di sini sahaja?"
"Aku tidak pasti" Kaizo melihat sekeliling dia. Semuanya makanan sahaja, seperti dia berada di dalam mimpi Gopal "Apa kata kita pergi ke tempat lain dan siasat apa yang ada di sini lagi"
"Apa yang aku nampak sekarang ini, adalah makanan"
Lynna tergelak sedikit apabila dia nampak beberapa batang lolipop gergasi berdiri megah seperti bunga matahari. Lolipop itu berwarna putih dan merah. Pokok-pokok di situ pula diperbuat daripada chocolate dan daun dia adalah chocolate mint. Bau biskut chocolate chip cookies membuatkan Lynna seperti budak kecil. Dia mencari-cari dari mana bau itu datang. Kaizo pula, dia hanya maju ke depan dan ikut sahaja laluan berbatu-bata itu. Dia tidak mahu melihat makanan-makanan manisan di situ kerana pemikiran dia hanya terfikirkan untuk keluar dari dunia dimensi. Lynna ternampak sebatang sungai chocolate yang mengalir. Di tepi sungai itu, terdapat sebuah chocolate gazebo dan di tengah-tengah gazebo itu ada sebuah meja bulat. Meja itu adalah biskut chocolate chip cookies. Bangku-bangku di dalam gazebo itu juga diperbuat daripada biskut yang sama. Lynna melangkah pergi ke arah gazebo tersebut. Dia bagaikan ingin makan meja dan kerusi yang ada di situ. Kaizo berhenti berjalan. Dia perlu jauhkan Lynna dari makan biskut-biskut itu
"Lynna!" jerit Kaizo "Kau jangan nak pergi makan pula!"
"Bagilah aku makan.. itu adalah biskut kegemaran aku" kata Lynna dengan gembiranya. Tangan dia sudah terkapai-kapai untuk pegang biskut tersebut "CHOCOLATE CHIP COOKIES!"
"Lynna!" Kaizo berlari ke arah Lynna. Tiba-tiba dia terpandang sesuatu iaitu donut "Itu..." Beberapa biji donut itu bergolek-golek jatuh dari atas bukit "DONUT LOBAK MERAH?!"
Kaizo dapat bayangkan wajah adik dia jikalau dia nampak donut-donut itu, sudah tentu adik dia akan jadi gila seketika atau beberapa jam. Dia tidak terliur dengan donut-donut itu, apatah lagi dengan makanan manis yang ada di alam itu. Makanan manis bukanlah makanan kegemaran dia, terutama sekali biskut. Dia berjalan ke arah Lynna dan lalu dia pegang tangan si anak kecil itu
"Kita tidak boleh duduk dan makan sahaja di sini"
"Tapi..." Tangan Lynna terkapai-kapai untuk makan biskut kegemarannya. Riak wajahnya berubah menjadi sedih "Aku nak makan biskut tu! NAK CHOCOLATE CHIP COOKIES!"
"Tak boleh!" kata Kaizo dengan suara garangnya
Tiba-tiba Lynna tergelak sedikit kerana suara garang Kaizo membuatkan dia cuit hati
"Kenapa kau ketawa?" tanya Kaizo sambil lepaskan tangan Lynna "Aku ada buat lawak ke?"
"Takde tapi kau nampak comel bila jadi garang.. hehehehe"
"Habis tu, kau nak aku jadi comel ke?"
"Tak perlu, kau memang dah nampak comel! Hehehee.."
"AKU MANA ADA NAMPAK COMEL!" Kaizo terus berjalan sambil menghentak-hentak kaki "Sudahlah! Tak nak kawan dengan kau sebab panggil aku comel!"
"Ala, janganlah marah Kaizo! Kita kawanlah balik! Jangan marah ok!"
"TAK NAK!"
Perangai mereka tidak ubah seperti kanak-kanak. Cuma mereka tidak sedar dengan perubahan itu. Kaizo larikan diri dia dan Lynna mengejar Kaizo sambil menjerit-jerit comel
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebuah pintu pusaran terbentuk di tengah-tengah padang pasir. Di tempat itu, hanyalah pasir sahaja yang ada. Tiada tumbuhan ataupun kehidupan lain yang ada di tempat itu. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying dan Lily melangkah keluar dari pusaran itu. Sejurus sahaja mereka keluar dari pusaran hitam kebiruan itu, pintu itu terus tertutup dan lalu hilang
"Wuuuu... sejuknya tempat ni" Lily memeluk tubuhnya sedikit
"Pelik bebenar... padang pasir tapi sejuk?"
"Tahu takpe, Yaya" kata Boboiboy "Sekarang macam mana nak cari abang Kaizo dan kak Lynna?"
"Hmmm.. mesti ada sesuatu yang dekat sini. Tak kan padang pasir sahaja"
"Tak tahulah Ying tapi kita kena terus mencari. Kita tidak boleh berdiri di sini sahaja"
"Tapi Boboiboy.. nak cari macam mana? Kita jalan sampai ke depan, masih tetap jumpa pasir juga"
"Kau ni Gopal, kita tidak boleh mengalah" marah Boboiboy
"Eh kejap.." Dari jauh, mata tajam Fang boleh lihat sesuatu di tengah padang pasir itu "Nampak macam orang"
"Ha-hantu ke?"
"Mana ada hantu dekat padang pasir ni, Gopal. Mengarut betul kau ni"
"Dey! Kita kan dekat dunia dimensi.. apa-apa sahaja yang boleh berlaku. Entah-entah, hantu pun boleh wujud dekat siang hari" kata Gopal
"Macam Ratu Lily" kata Lily secara tidak langsung "ITU RATU LILY!" Dia berlari ke arah orang itu yang seakan-akan seperti Ratu Lily
"LILY! JANGAN DEKAT DENGAN ORANG TU!" Boboiboy risau jikalau orang itu bukan Ratu Lily. Dia takut kalau orang itu cuba menyerang Lily "LILY! HATI-HATI!"
Orang misteri itu menoleh kebelakang. Tekaan Lily tadi memang betul. Ratu Lily ada di situ. Dia keseorangan di padang pasir itu. Dia agak terkejut kerana pesaing terhebat dia berada di situ. Adakah dia sedang bermimpi sekarang ini atau itu memang Lily?
"RATU LILY!"
"Lily?" Ratu Lily terus tersenyum sinis sambil keluarkan kuku tajam dia "APASAL KAU ADA DEKAT SINI PULA?"
"EH! DIA TANYA KITA PULA!" Lily terus lipat kedua lengan bajunya "BERANI KAU IKUT KAMI KE SINI! INI MESTI NAK RAMPAS BBB-CHAN DARI LILY!"
"BILA MASA?"
Kedua-dua mereka berjalan ke depan untuk bersemuka dengan lebih dekat. Muka masing-masing nampak seperti mahu berperang besar di situ. Fang dan Gopal menolak bahu Boboiboy untuk pergi tenangkan mereka berdua. Boboiboy cepat-cepat pergi redakan mereka berdua. Dia tidak mahu melihat sesiapa yang tercedera nanti. Semakin lama, semakin dekat Lily dan Ratu Lily tetapi akhirnya, benda lain yang berlaku
"LILY!"
"RATU LILY!"
"I MISS YOU!" kata duo Lily itu secara serentak
Mereka berdua berpelukan dan Boboiboy ternganga luas di situ. Lalu dia tepuk dahinya sendiri. Yaya dan Ying rasa gembira kerana Lily dan Ratu Lily dapat bertemu semula. Fang hanya bersilang tangan dengan muka masam dia. Gopal mengusap matanya sedikit kerana terharu
"Adeh.. boleh pulak berlakunya jejak kasih dekat sini" kata Boboiboy
"Lily! Kau apa khabar? Aku rindu dekat kau"
"Lily sihat sahaja, Ratu Lily" kata Lily dengan senyuman manis dia. Mata dia sudah pun berkaca "UWAAAA! LAMA TAK GADUH-GADUH MANJA DENGAN RATU LILY!"
"Samalah dengan kita"
Mereka berpeluk lagi dan sama-sama menangis seperti 10 tahun tidak berjumpa. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying hanya menjadi penonton sahaja di situ. Fang mula hilang sabar kerana misi mereka ke sini untuk selamatkan Kaizo dan Lynna, bukan untuk sesi jejak kasih
"WOI! Korang nak rindu-rindu ke, nak gaduh-gaduh ke, nak menangis ke.. pergi cari tempat lain! Aku nak pergi cari abang dan kakak aku!"
"FANG PUN ADA DEKAT SINI!" Mata Ratu Lily menjadi bulat besar, berserta dengan senyuman lebar dia "FANG! AKU RINDU SAMA KAU!"
Fang tidak mahu diri dia dipeluk oleh Ratu Lily. Lalu dia larikan diri. Tiba-tiba mata Ratu Lily terpandang Boboiboy. Kali ini, mata hitam dia membulat besar kerana dia sudah bertemu kembali dengan jejaka yang dia suka selama ini
"BOBOIBOY!"
Lily terus halang muka Ratu Lily dengan tapak tangannya supaya tidak datang dekat kepada Boboiboy
"Ada juga nak kena dengan aku ni" bisik Ratu Lily
"Korang berdua ni.. sudah-sudahlah tu. Kita orang datang ke sini sebab nak cari abang Kaizo dan kak Lynna" kata Yaya secara tiba-tiba "Ratu Lily ada nampak tak dia orang?"
"Hmm..." Ratu Lily mengusap dagunya sedikit sambil fikirkan sesuatu "Rasanya takde tapi... korang boleh pergi dekat satu pintu ni. Pintu tu akan bawa korang ke tempat lain pula. Aku sudah lama tak guna pintu tu sebab aku setiap hari merayap-rayap dekat sini"
"Atau sebab kau tak jumpa pintu tu sebenarnya?" tanya Gopal dengan nada kemalasan dia
"Hehehe.. betul tu Gopal" Ratu Lily mula tersengih "Maaflah korang.. aku tak dapat nak tolong tapi aku rasa happy sangat dapat jumpa korang dekat sini! Bolehlah aku join misi korang cari abang Kaizo dan kak Lynna.. hehehe.. oh yea, dia orang dah kahwin ke? Boboiboy apa khabar? Boboiboy sihat tak?
"Eh.. boleh pulak si ratu pontianak ni tanya tentang Boboiboy"
"Jangan marah Lily. Aku nak tahu adakah bakal kekasih hati ku sihat?" Ratu Lily kelip-kelipkan mata dia kepada Boboiboy "Boboiboy tak rindu saya ke?"
"Errr..." Boboiboy tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan tersebut
Semuanya menjadi diam seketika. Angin sejuk lalu di situ. Ada yang menggigil sedikit. Tiba-tiba Fang muncul semula. Muka dia kelihatan gembira kerana dia telah menjumpai sesuatu
"Wei wei.. aku jumpa pintu dekat sana" kata Fang
"Mesti pintu yang Ratu Lily katakan tadi" Boboiboy tepuk bahu Fang sedikit "Bagus Fang, bagus.. kau sudah jumpa jalan keluar kita"
"Err.. itu bukan pintu keluar balik dari dunia dimensi kan?"
"Bukan Gopal" balas Boboiboy "Kalau pintu tu, mesti jam kuasa aku akan keluarkan skrin kecil untuk tunjukkan dimana pintu itu berada"
"Kalau begitu, mari kita pergi! Fang, bawa kami ke pintu itu!"
Fang angguk kepala dia kepada Ying. Dia membawa mereka semua ke sebuah pintu berwarna merah. Hanya pintu sahaja yang ada di tengah padang pasir itu. Pintu yang berdiri dengan megahnya dan tidak akan jatuh walaupun ditiup angin. Fang menarik nafas sedikit dan lalu dia pegang tombol pintu tersebut. Kawan-kawan dia sudah undur kebelakang sedikit kerana takut kalau ada makhluk bahaya yang akan menyerang mereka pula nanti. Fang memulas tombol pintu itu dan lalu ianya terbuka. Dia membuka pintu itu sedikit demi sedikit. Apa yang dia nampak, adalah sebuah rumah usang berada di tengah hutan. Langit hitam dihiasi dengan awan-awan hitam. Kilat kian sambar-menyambar di langit gelap. Fang terus tutup pintu itu kerana terkejut dengan dentuman kilat sebentar tadi
"Kenapa kau tutup?" tanya Boboiboy
"Aku rasa... aku sudah jumpa rumah si ratu pontianak ni"
"Hehehehe... tak tahu pula si Fang takut dengan rumah tu tapi..." Ratu Lily terus tersengih "Itu bukan rumah aku. Baru aku teringat kenapa aku datang ke sini. Sebab aku takur tengok rumah tu sebab nampak macam rumah hantu"
"Dey, kau tu hantu.. tak kan dengan hantu sendiri pun takut"
"RATU LILY BUKAN HANTU! TAPI AKU ADALAH RATU KEBAIKAN BUKAN RATU KEJAHATAN!" Ratu Lily mencekak sambil tergelak bangga "HAHAHAHA!"
"Cakap ajelah, yang ratu pontianak ni tak nak mengaku diri dia adalah hantu" bisik Lily sambil bersilang tangan
"Ratu Lily.. pintu lain takde ke?"
"Maaf Boboiboy, pintu ini sahaja yang aku jumpa dekat padang pasir ni tapi kalau kau nak pintu lain, ada dekat dalam rumah berhantu tu"
Gopal pegang tangan Boboiboy kerana dia tidak mahu masuk ke dunia dimensi itu. Dia takut jikalau hantu badut muncul di situ dengan gigi taring dan cuba mengigit mereka semua. Dia menggigil ketakutan. Fang membuka semula pintu itu. Semuanya masih lagi sama seperti biasa. Lalu dia melangkah masuk ke dalam dunia dimensi itu. Yaya dan Ying pandang satu sama lain dan mereka juga ikut Fang masuk ke dalam dimensi itu. Mereka sudah tiada pilihan melainkan pintu lain muncul di padang pasir itu. Kalau tunggu dan lihat sahaja di situ, sudah tentu mereka tidak akan jumpa Kaizo dan Lynna
"Gopal, kau kena beranikan diri"
"Baiklah Boboiboy, aku akan cuba beranikan diri" kata Gopal dengan lemah semangat "Aku pasti.. aku yang akan menjerit dulu"
Lily dan Ratu Lily tolak Gopal masuk ke dalam dunia yang menyeramkan. Gopal menjerit sedikit kerana diri dia ditolak masuk oleh duo Lily. Dia cuba hendak lari keluar dari dimensi itu tetapi pintu itu telah dihalang oleh duo Lily. Mereka tidak benarkan Gopal keluar dari situ
"Kejam betul dua-dua Lily ni" bisik Boboiboy
"Biasalah BBB-CHAN! Kami yang bernama Lily ni memang kejam! KEJAM ABADI!" Lily berpusing-pusing masuk ke dalam dimensi itu "WEEEE! Mari kita pergi tengok rumah hantu!"
"Apasal dia terlampau happy sangat?"
"Entahlah Ratu Lily" jawab Boboiboy "Jomlah kita pergi cari pintu yang seterusnya"
Mereka menuju langkah ke rumah usang tersebut. Gopal sorok di belakang badan Boboiboy. Dia tidak sanggup melihat rumah usang yang gelap gelita itu. Dia tidak dapat bayangkan jikalau kepala hantu muncul di tingkap jendela itu
"Wei pontianak, kau pergi masuk rumah tu dulu"
"Mentang-mentanglah aku ni dah mati, sesuka hati aje suruh aku" marah Ratu Lily kepada Fang "Baiklah, sebagai ratu kebaikan yang serba berani ni.."
"Berani ke?" bisik Lily sambil ketawa sedikit
"Saya akan masuk ke dalam rumah itu dan pergi cari pintu itu!"
"Bagus Ratu Lily... tak perlulah kita orang masuk. Kau boleh angkut pintu tu dan bawa ke sini" Fang terus tepuk kepala Gopal "DEY! Apasal tepuk kepala aku?"
"Mana boleh macam tu Gopal. Kita semua kena masuk rumah tu juga. Bagaimana kalau pintu tu tak boleh angkat bawa keluar? Lepas tu Ratu Lily kena keluar balik dan panggil kita orang. Baik semua masuk sekali"
"Yelah Yaya.. kita semua masuk sekali" Gopal terus bersedihan kerana terpaksa masuk ke dalam rumah usang itu "Kalau ada hantu cuba takutkan kita, aku suruh aje si Fang ni tumbuk muka hantu tu"
"Kau suruh ajelah si Boboiboy tumbuk muka hantu tu"
"Eh, aku pulak yang kena" marah Boboiboy kepada Fang
"Dah tu.. aku kan yang terhebat, yang segala-galanya"
"Hehehe.. mengaku pula aku ni hebat"
"Takde maknanya! AKU YANG LAGI HEBAT DARIPADA KAU! HAHAHAHAHA!" Fang ketawa besar di situ sambil mencekak pinggang "Aku lagi hebat! Lagi popuplar! lagi bergaya daripada Boboiboy!"
"Wei, korang nak masuk ke tak?" soal Ying secara tiba-tiba
Boboiboy, Fang dan Gopal terus terdiam kerana Ying sudah lama buka pintu rumah usang itu. Yaya, Lily dan Ratu Lily sudah pun berada di dalam rumah itu. Mereka bertiga sedang mencari Kaizo dan Lynna. Sebaik sahaja mereka masuk, mereka boleh lihat sebuah satu pintu merah sama seperti di padang pasir tadi. Fang terus pergi meneliti pintu itu. Dia mahu membuka pintu tersebut tetapi di halang oleh Boboiboy
"Jangan Fang.. kita cari abang Kaizo dan kak Lynna dulu sebelum kita pergi ke tempat lain"
"Kalau dia orang ada dekat dalam hutan macam mana?"
"Maksud kau.. hutan dekat luar rumah ni?"
"Yelah" balas Fang "Kita harus cari mereka dekat luar sana juga"
"Aku tak rasa dia orang ada dekat hutan tu" muncul Ratu Lily di sebelah Fang "Mesti dia orang akan cari jalan keluar. Dia orang tak kan duduk lama dekat sini. Yelah, sini macam dalam movie hantu.. sampai aku pun takut nak duduk lama-lama"
"Hantu pun boleh takut" Terus Ratu Lily buat wajah seram dia kepada Gopal "DEY! Janganlah takutkan aku"
"Kalau betul cakap kau, jom kita ke tempat lain pula"
Mereka semua setuju dengan Fang. Lalu Fang pegang tombol pintu itu. Kawan-kawan dia sudah berkumpul di belakangnya. Kepala mereka ke depan sedikit untuk melihat apa yang ada di sebalik pintu itu. Fang membuka luas pintu itu tetapi di dalamnya hanyalah gelap sahaja dan apa yang terjadi seterusnya, mereka semua ditarik masuk ke dalam itu. Setelah mereka semua ditarik masuk, pintu itu tutup dengan sendirinya
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Air kocak kocak! Air kocak kocak!"
"Itu bukan air kocak lah!"
"Habis tu air apa?" tanya Kaizo dengan nada kemarahan dia
"Itu air carrot milkshake!"
Kaizo terus berpaling muka. Pada ketika itu, Kaizo dan Lynna sedang duduk berehat di tepi kolam ikan. Kaizo pegang bekas minuman dia dengan kedua-dua belah tangannya. Dia masih lagi marah dengan Lynna
"Banyaknya ikan jelly jelly dekat dalam kolam ni"
Kaizo hanya diam sahaja sambil minum air dia. Lynna masukkan tangan kanan dia ke dalam kolam itu untuk menangkap seekor ikan jelly. Ikan-ikan itu berenang-renang di dalam kolam. Ianya tidak takut dengan kehadiran tangan Lynna. Mereka bagaikan sudi diri mereka di tangkap oleh Lynna
"Hehee.. aku ambik satu jelly ikan!" kata Lynna sambil menangkap seekor ikan jelly berwarna oren "Hehehe.. masa untuk makan!"
Lynna keluarkan tangan dia dari kolam ikan itu. Kaizo perhatikan kelakuan Lynna pada ketika itu. Jelly ikan itu bergerak-gerak di dalam tapak tangan Lynna. Lalu Lynna membuka mulutnya untuk makan ikan tersebut. Kaizo terus menepis tangan Lynna. Ikan jelly itu jatuh ke dalam kolam ikan semula
"KENAPA KAU TAK BAGI AKU MAKAN!"
"Saja" balas Kaizo dengan nada tidak bersalah
"Tak nak kawan dengan kau!"
"Kita memang tak kawan pun" Kaizo menjelir lidahnya kepada Lynna
Lynna begitu geram dengan perangai Kaizo. Lalu dia bangun dan terus beredar dari situ. Dia pergi duduk di tepi pokok bunga ice cream yang tidak akan cair. Bau-bau vanilla pada ice cream itu, membuatkan Lynna rasa lapar lagi. Dia petik salah satu bunga ice cream yang ada di pokok itu. Lalu dia jilat sedikit ice cream tersebut sambil melihat sekeliling dia. Jauh dari situ, mata dia terpandang sebuah pintu yang sama tinggi dengan diri dia, terpacak di atas bukit kecil. Lalu dia bangun untuk menuju ke arah pintu itu
"Kaizo! Kaizo! Ada pintu dekat sana!"
"TIPU!"
"AKU MANA ADA TIPU!" jerit Lynna balik "TAK NAK TENGOK SUDAH! BIAR AKU PERGI TENGOK SORANG-SORANG! KAU DUDUK SITU, MINUM AIR KOCAK KAU!"
"CARROT MILKSHAKE!"
"APA-APA AJELAH!"
Kaizo rasa curiga seketika. Ada pintu di dunia dimensi itu? fikir Kaizo. Dia bangun dan terus ke tempat Lynna katakan tadi. Lynna sudah pun berada di hadapan pintu itu. Dia menjilat ice creamnya lagi sambil menunggu sesuatu. Mata dia terkebil-kebil melihat pintu berwarna merah itu. Adakah dia patut membuka pintu tersebut atau tunggu orang lain bukakan pintu itu? fikir Lynna
"Kenapa kau masih tercengang lagi dekat situ. Bukalah pintu tu"
"Eh.. bukan ke kau kata, kau tak nak tengok pintu ni" Kaizo terus pijak kaki Lynna "KAIZO JAHAT!"
"Aku tak jahat! Kau yang jahat!"
"Bila masa aku jahat! KAIZO YANG JAHAT!"
Pintu itu terus terbuka dengan sendiri. Kaizo dan Lynna berhenti bergaduh. Kaizo kelihatan terkejut apabila dia melihat apa yang ada di sebalik pintu itu. Kaki dia melangkah masuk tanpa disuruh ataupun dipaksa
"Kaizo?"
Kaizo tidak dengar panggilan Lynna tadi. Wajah dia berubah kerana apa yang dia lihat adalah rumah lama dia. Sebuah rumah yang memberikan seribu memori indah, pahit, manis dan sedih. Lynna pula masuk ke dalam rumah itu. Mereka berdua terus kembali menjadi dewasa semula. Air dan makanan yang ada di tangan mereka, terus lesap. Kaizo menyentuh dinding rumah itu. Pelbagai memori yang terlintas di dalam kepalanya. Pintu tadi tutup dengan sendirinya dan tanpa mereka sedar, pintu untuk pulang ke dunia nyata, muncul di salah satu dunia dimensi
"Kaizo.. ini rumah lama kau kan?"
"Yea.." jawab Kaizo "Tapi.. ini memori aku ke? atau permainan dunia dimensi sahaja?"
Lynna tidak menjawab soalan Kaizo tadi. Dia dan Kaizo hanya berjalan di sekitar kawasan rumah itu. Kaizo melihat gambar-gambar keluarganya yang tersusun rapi di almari. Dia masuk ke dalam bahagian ruang tamu. Kerusi sofa putih penuh dengan mainan dia semasa kecil. Pensil-pensil warna bersepah di atas lantai rumah. Sebuah buku terbuka luas. Kaizo mengangkat buku itu untuk melihat lukisan dia semasa dia masih kecil lagi. Dia melihat sebuah lukisan keluarga dia. Pada ketika itu, Fang belum lahir lagi
"Ibu! ibu!"
Kaizo palingkan mukanya ke arah tangga. Kaizo yang kecil sedang berlari turun tangga dan masuk ke dalam bilik ibu bapanya. Kaizo dan Lynna ikut budak kecil itu. Mereka berdiri di luar bilik itu dan melihat si anak kecil memanggil-manggil ibunya
"Kenapa Kaizo?" tanya Keiko sambil menyikat rambut dia yang panjang itu
"Hehehe.. saja panggil ibu" balas Kaizo kecil sambil tersenyum lebar "Lawa rambut ibu. Kaizo nak sikat rambut ibu boleh?"
"Boleh"
Sang ibu berikan sikatnya kepada anaknya yang comel itu. Kaizo kecil mengambil sikat tersebut dengan penuh sopan. Lalu dia menyikat rambut ibunya yang lembut itu. Dia terhidu bau wangi dari rambut ibunya. Ada bau buah-buahan
"Rambut ibu bau wangi"
"Hehe.. terima kasih anakku" kata Keiko "Hari ini anakku nak makan apa? Nanti ibu buatkan"
"Ermm... Kaizo nak makan.. hmmm.. ICE CREAM!"
"Isk, tak kan nak makan ice cream pula. Itu nanti ibu suruh ayah belikan untuk Kaizo ok"
"OK!" kata Kaizo kecil yang masih lagi sikat rambut ibunya "Nanti suruh ayah belikan perisa chocolate!"
Kaizo dan Lynna beredar dari situ. Mereka sudah menyaksikan detik-detik manis diantara Kaizo dan ibunya. Hati Lynna rasa tersentuh sedikit melihat kemesraan antara ibu dan anak. Dia sentuh dadanya sedikit kerana rasa sangat terharu dan ianya membuatkan air matanya mengalir sedikit
"Mari kita keluar dari sini. Aku tidak mahu menganggu mereka"
Lynna tidak membantah. Mereka pergi balik ke pintu rumah itu untuk kembali ke dunia yang penuh dengan makanan. Kaizo rasa agak sedih untuk tinggalkan rumah itu tetapi kalau semakin lama dia berada di situ, semakin perit hatinya nanti. Dia rindukan kedua ibu bapanya. Dia rindu dengan kasih sayang mereka, belaian manja mereka dan juga senyuman dari mereka berdua. Jadi dia terpaksa pergi. Dia terpaksa tinggalkan rumah itu supaya dia tidak terlalu berharap mereka akan kembali. Kaizo membuka pintu rumah itu dengan perasaan sayu
"Kau jangan terlampau sedih sangat, Kaizo" Lynna pegang bahu Kaizo sedikit "Ibu bapa kau bahagia di alam sana kerana mereka tahu, anak-anak mereka kini sudah meningkat dewasa. Kedua-duanya membesar dengan baik. Kau pun kadang-kadang ada juga berjumpa dengan mereka di dalam mimpi kau"
"Aku tahu.. tapi sekarang ini, mereka jarang muncul. Mungkin aku sudah melupai mereka"
"Tak.. Aku tahu kau tidak begitu mudah lupakan mereka. Mungkin mereka mahu kau teruskan dengan kehidupan kau dan jangan terlalu berharap sangat. Kau ada aku, adik kau dan keluarga kau yang lain. Mereka juga adalah tempat luahan hati kau. Jangan abaikan mereka terutama sekali adik kesayangan kau" kata Lynna
"Terima kasih Lynna"
"Sama-sama, Kaizo" Lynna berikan senyuman dia kepada Kaizo "Marilah kita ke tempat lain"
"Mari"
Kaizo dan Lynna keluar dari rumah itu, tetapi mereka tidak melangkah masuk ke dunia makanan. Mereka kini berada di tempat lain iaitu sebuah istana yang penuh dengan pintu. Tiada tingkap, tiada barang-barang perhiasan, tiada perabut di dalam istana itu, hanya kosong sahaja. Mereka mula berjalan di dalam istana itu. Bunyi tapak kaki mereka, membuatkan istana itu bergema sedikit. Kaizo melihat pintu-pintu yang ada di tepi kanan dan kiri dia. Semuanya kelihatan sama sahaja. Dia sendiri tidak tahu yang mana satu dia patut pilih. Maka mereka terperangkap di dalam istana yang luas dan besar itu
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
30 minit sudah pun berlalu, pintu keluar ke dunia nyata sudah pun hilang. Skrin kecil di jam tangan Boboiboy turut hilang juga. Dia dan rakan-rakan dia kini terperangkap di dalam sebuah istana. Mereka tidak tahu bahawa Kaizo dan Lynna ada di dalam istana itu juga. Fang cuba membuka salah satu pintu di situ tetapi pintu itu berkunci
"Isk! Pintu ni kunci pula!" Fang tendang sedikit pintu itu. Lalu dia terpelanting kebelakang
"FANG!" jerit kawan-kawannya
"Aduh... sakitnya" Fang mengusap kepalanya sedikit kerana terhantuk di bahagian tiang istana itu
"Itulah kau, tendang pintu tu lagi.. kan dah kena"
"Senyaplah kau Gopal" bisik Fang "Sekarang macam mana? Nak masuk setiap pintu yang ada dekat dalam istana ni ke?"
"Hmm.. aku tak pasti pulak" jawab Boboiboy
"MACAM MANA NI BOBOIBOY? Tak kan kita terperangkap dalam istana ni selama-lamanya?" Gopal terus berlari sekeliling kawan-kawan dia sambil menjerit "AKU TAK NAK TERPERANGKAP DALAM NI!"
"LILY PUN TAK NAK JUGA!"
Lily pun turut ikut sama seperti Gopal. Jeritan mereka berdua membuatkan istana itu bergema. Kaizo dan Lynna boleh dengar bunyi gema itu. Mereka berdua pandang satu sama lain. Adakah mereka dalam bahaya atau ada penyelamat datang untuk selamatkan mereka berdua? Kaizo mula hendak keluarkan pedang tenaga dia tetapi dia tersedar tentang sesuatu iaitu jam kuasanya tiada
"Macam mana jam kuasa aku boleh hilang?"
"Mungkin sebelum kita masuk ke dunia dimensi ni, jam kuasa kau tertanggal dari tangan kau"
"Mungkin juga tapi..." Kaizo terdiam sebentar. Lalu dia berkata lagi "Aku takut juga jikalau si Victor tu berjaya mengambil jam kuasa aku"
"Aku juga berharap begitu tapi kita tidak boleh fikirkan perkara-perkara yang negatif sekarang ini" kata Lynna
Satu lagi bunyi gema berlaku di sekitar istana itu. Mereka berdua mencari dari arah mana bunyi itu datang. Bunyi itu seperti bunyi seseorang sedang menjerit dan ada juga bunyi seseorang sedang menangis kerana ketakutan
"Eh.. ada orang lain ke yang terperangkap macam kita?"
"Aku rasa tak" balas Kaizo "Mari kita siasat. Kalau betul orang itu sama nasib seperti kita, kemungkinan orang itu adalah mangsa si Victor tu. Kita harus bantu orang itu juga"
Lynna angguk kepalanya. Lalu mereka teruskan ke depan sambil mencari bunyi itu dari arah mana. Mereka terus hiraukan tentang pintu-pintu di dalam istana itu. Istana itu bergema lagi. Bunyi itu datang dari tingkat atas. Mereka berdua terus mencari tangga untuk naik ke atas. Lynna cuba menggunakan kuasa teleportasinya tetapi ianya tidak berhasil. Kuasa dia tidak boleh digunakan di dalam dunia dimensi itu. Lalu mereka terus mencari tangga. Di tingkat atas pula, Gopal masih lagi dalam keadaan cemas. Dia rasa kepala dia pening melihat pintu-pintu di dalam istana itu. Mata dia berpinar-pinar, bagaikan diri dia mahu pengsan di situ
"Ratu Lily, kau tak pernah sampai ke sini ke?"
"Hmm.. tak, aku setakat padang pasir itu sahaja. Entah berapa lama aku berada dekat sana" balas Ratu Lily kepada Boboiboy "Tapikan.. hehehe.. aku rasa gembira dapat pergi mengembara dengan korang. Terasa seperti dulu-dulu. Happy nya hati aku!"
"Aku aje yang tak happy" Gopal sudah baring terlentang di atas lantai
"Kau penat ke?" tanya Yaya
"Bukan penat TAPI SEDIH! AKU SEDIH SEBAB TAK TAHU PINTU MANA SATU YANG PATUT KITA BUKA!"
"Aiyooo Gopal ni.. jangan menjerit boleh tak!" marah Ying
"Kita tinggal ajelah si Gopal tu. Biarkan dia aje yang cari jalan keluar"
"Tak baik macam tu Fang" tegur Boboiboy "HAH! Aku tahu!"
"Apa dia?" tanya Fang
Semuanya sudah semakin rapat dengan Boboiboy untuk mendengar idea bernas itu. Boboiboy pandang satu per satu kawan-kawan dia. Lalu dia tersengih sedikit
"Apa kata kita cari pintu utama istana ni! Lepas tu kita keluar dari sini"
"Boleh tu boleh Boboiboy, tapi lepas tu kita ke mana?"
"Itu aku belum fikirkan lagi Yaya" kata Boboiboy "Tapi kita tak perlu pening lagi selepas ni sebab kita hanya perlu cari pintu utama istana ini"
"Wuuu! Lily tahu!" Lily terus mengangkat tangan kanannya setinggi-tingginya "Kalau dekat luar tu, mesti ada pintu lain juga tapi mungkin satu sahaja pintu dan pintu itu mesti pintu ke dimensi lain pula! Hehhee.. ermmm.. berapa banyak pintu dalam perkataan Lily ni?" terus dia garu-garu kepalanya
"Aku pun rasa begitu juga" Lalu Ratu Lily tepuk bahu Lily "Bagus pesaingan ku, bagus.. hehehe.."
"Tapi kita kena cari.." Yaya terdiam seketika kerana terdengar sesuatu "Bunyi apa tu?"
Mereka semua pandang satu sama lain. Gopal mula menyorokkan diri di belakang tiang istana. Yaya cuba terbangkan diri dia tetapi kuasanya dia aktif. Ying juga begitu sebaik sahaja dia cuba kuasanya. Nampaknya, para adiwira kita memang tidak boleh gunakan kuasa mereka. Tiada siapa di situ cuba membuat bunyi, apatah lagi berkata-katakan sesuatu. Mereka tidak berganjak dari tempat mereka sendiri. Bunyi itu semakin lama semakin kuat. Ianya adalah bunyi tapak kasut tetapi bukan seorang sahaja, seperti ada dua atau tiga orang begitu. Itu yang di fikirkan oleh mereka. Boboiboy menyuruh kawan-kawan dia lari dulu, sementara dia cuba menghalang sesiapa yang datang ke arah mereka
"Fang, kau bawa kawan-kawan kita ke tempat lain dan cari pintu utama itu. Tunggu aku dekat situ"
"Tapi kau macam mana?" soal Fang
"Aku akan cuba menghalang mereka" balas Boboiboy "Kalau aku tak kembali, aku berikan jam kuasa aku dekat kau"
"Tapi.."
"Jangan tapi tapi Fang.. kau teruskan mencari abang kau dan juga kak Lynna. Bila dah jumpa, tunggu skrin kecil dekat jam kuasa aku muncul. Nanti dia akan tunjukkan di mana pintu keluar di mana"
"Baiklah.. tapi kau hati-hati" Fang rasa berat hendak meninggalkan Boboiboy keseorangan di situ. Dia terpaksa pergi bersama kawan-kawan dia yang lain
Lily dan Ratu Lily seperti biasa, mereka juga tidak mahu tinggalkan Boboiboy di situ. Mereka mahu temankan Boboiboy tetapi sang adiwira itu memaksa mereka lari dari situ. Boboiboy tidak sanggup melihat kawan-kawan dia tercedera jikalau ada musuh menyerang mereka. Ratu Lily pegang tangan Lily dan membawa gadis itu lari ke tempat lain. Boboiboy melihat kawan-kawan dia sehingga mereka hilang dari pandangan dia
"BOBOIBOY!"
"Eh.." Boboiboy menoleh kebelakang. Dia tidak percaya apa yang dia lihat pada ketika itu "Abang Kaizo? Kak Lynna?..." Selang beberapa saat kemudian, dia terus menjerit kegembiraan "ABANG KAIZO! KAK LYNNA!"
Fang terdengar jeritan Boboiboy tadi. Dia dengar Boboiboy menjerit nama abangnya. Lalu dia berpatah balik untuk melihat apa yang berlaku. Adakah betul apa yang dia dengar tadi? Atau telinga dia tersilap dengar sahaja
"FANG! KAU NAK PERGI MANA?" jerit Yaya
"AKU DENGAR BOBOIBOY JERIT NAMA ABANG AKU!" Fang jerit balik kepada Yaya "AKU KENA PERGI TENGOK!"
Gopal, Yaya, Ying, Lily dan Ratu Lily tidak mempunyai pilihan lain, mereka terpaksa berpatah balik juga. Fang berlari dengan pantasnya. Dia tahu dia dengar nama abang dia. Fang yakin bunyi tapak kaki tadi adalah abang dia dan juga kak Lynna. Hati dia berdebar-debar sewaktu dia sedang berlari. Dari jauh lagi, dia sudah nampak 3 orang sedang berdiri di lorong yang penuh dengan pintu. Riak wajah dia berubah menjadi gembira sebaik sahaja dia nampak abang dia
"ABANG!"
"PANG!"
Fang pergi ke arah abangnya dan terus dia memeluk tubuh badan abangnya. Mereka berpelukan di situ. Kawan-kawan dia rasa terharu melihat mereka. Ratu Lily sudah lama tidak merasai perasaan itu. Selama ini dia hanya keseorangan sahaja di dunia dimensi. Fang bersyukur kerana dapat bertemu semula dengan abang dia. Fang sangka dia akan kehilangan abang dia tetapi bukan. Dia masih lagi berada di dalam dakapan abangnya. Dia menangis sedikit dan lalu dia lap hingus dia di baju abangnya
"Isk kau ni.. lap hingus pula"
"Hehehe.. jangan marah abang" kata Fang sambil tersenyum lebar "Abang.." Dia lepaskan abangnya untuk berkata sesuatu "Adik ingat.. adik sudah kehilangan abang"
"Kenapa kau kata begitu?"
"Sebab rumah kita musnah dan adik sangka, abang terperangkap dekat bawah timbunan rumah kita tu"
"Kau tidak perlu risau lagi. Abang selamat dari kemusnahan itu tapi.." Kaizo melutut di depan adiknya "Kita sudah tiada rumah lagi. Semuanya sudah musnah"
"Kita beli rumah baru!" Mata Fang terus bersinar-sinar "Rumah yang ada kolam renang! Yang lebih besar dan lebih luas dari rumah kita yang lama! dan taman bunga yang cantik!"
"Banyak cantik kau!" Kaizo marah sedikit "Kau ingat aku banyak duit ke?" Fang angguk kepala dia "Cheh... aku ketuk juga kepala kau. Nanti aku cari rumah yang sesuai tapi.. barang lama kita, semuanya musnah"
"Maksud abang.. barang milik ibu bapa kita musnah?"
"Mungkin ada yang musnah, mungkin ada yang masih ok lagi" Kaizo mengesat air matanya sedikit "Jangan bersedihan, kita cari barang-barang yang masih sempurna lagi"
"Wuuuu! Tak pun kita suruh kak Lynna baiki rumah korang balik! Kak Lynna kan mempunyai kuasa yang luar biasa" Lily menyampuk secara tiba-tiba "Mesti seronok tengok kak Lynna gunakan kuasa magik dia!"
"Maaf Lily.. akak tiada kuasa tu tapi akak ada seorang kawan yang boleh baiki semula rumah Fang dan Kaizo"
"Kawan kak Lynna dari dunia fantasi tu ke?"
"Tak Ying, dia sahabat baik akak dari KL" balas Lynna secara lemah-lembut "Sekarang ni, kita fikirkan benda itu kemudian kerana kita perlu fikirkan bagaimana hendak keluar dari dunia dimensi ini"
Fang pulangkan balik jam kuasa Boboiboy kepada tuannya. Boboiboy memakai jam kuasanya dan melihat lagi beberapa minit sehingga pintu yang seterusnya akan muncul. Lalu dia teringat tentang sesuatu. Dia keluarkan jam kuasa Kaizo di dalam poket seluarnya
"Abang Kaizo" Boboiboy serahkan jam kuasa itu kepada Kaizo "Saya yang simpan jam kuasa abang Kaizo"
"Terima kasih" Kaizo mengambil jam kuasa dia dari tangan Boboiboy "Kamu semua tahu jalan keluar dari dunia ini?"
"Tahu!" jawab Boboiboy "Lagi 15 minit, pintu keluar akan muncul"
"Akan muncul dekat sini ke?"
"Tak kak Lynna" balas Yaya "Pintu itu akan muncul di tempat lain tapi kak Lynna tak perlu risau, jam kuasa Boboiboy akan tunjukkan jalan bagaimana untuk ke pintu tersebut"
"Wah! Baguslah tu" kata Lynna "Tapi lagi bagus kalau pintu tu muncul dekat sini"
"Hehe.. itu pun kalau nasib kita baiklah" Lily tersengih-sengih dengan mata dia memandang kecomelan Boboiboy "BBB-CHAN nampak extra comel hari ni"
"Dia memang sentiasa comel" kata Ratu Lily yang ada di sebelah Lily
Kaizo dan Lynna terkejut melihat Ratu Lily ada di situ. Adakah ini mimpi? fikir Kaizo. Dia sebenarnya, rasa sedikit gembira dapat bertemu kembali dengan Ratu Lily. Dia tidak pernah rasa dendam dengan sang ratu itu. Lynna pula, sebaik sahaja dia melihat Ratu Lily, dia terus berikan satu pelukan kepada ratu itu dan juga satu ucapan terima kasih kepadanya. Ratu Lily tidak mengerti kenapa Lynna ucapkan terima kasih kepada dia. Lama kelamaan, dia baru mengerti dan dia tidak berkata apa lagi. Hanya berbalas balik dengan pelukan dia kepada Lynna
"Sungguh terharu" bisik Gopal "Kau ada tisu tak?"
"Takde" kata Ying "Haiyaa.. kau ni banyak sangat tengok drama"
"Bukan tengok dramalah! Tapi banyak sangat main game best best dan menyentuhkan perasaan aku" Gopal mengesat air matanya
"Hmm.. apa-apa ajelah Gopal" balas Ying
"Boboiboy, lagi berapa minit pintu tu akan muncul?"
"Lagi.." Boboiboy melihat jam kuasanya "Lagi 10 minit, abang Kaizo" Dia tersengih sedikit kepada Kaizo "Jadi terpaksalah kita tunggu.. maaf yea abang Kaizo"
"Takpe" Kaizo sandarkan diri dia di sebalik tiang sambil bersilang tangan "Kamu semua, jangan nak merayap jauh.. kita tunggu arahan dari si Boboiboy"
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
10 minit kemudian, skrin kecil muncul di jam kuasa Boboiboy. Mereka semua berkumpul di belakang Boboiboy untuk melihat di mana pintu itu akan muncul kali ini. Pintu itu tidak muncul di dalam istana itu tetapi salah satu pintu yang ada di situ, akan bawa mereka ke pintu untuk keluar dari dunia dimensi ini
"Baiklah, kita ada 30 minit sahaja. Kalau tidak, kena tunggu 1 jam lagi" jelas Boboiboy
"Cepat, tunjukkan jalan"
"Baik abang Kaizo"
Boboiboy melihat jam kuasanya semula. Dia ikut petunjuk yang tertera dari skrin itu. Dia harus cepat dan tidak boleh membuat sebarang kesilapan. Dia tahu, kawan-kawan dia tidak mahu terperangkap di dalam dunia dimensi ini dengan lebih lama. Setiap minit dia akan berhenti dan pastikan dia berada di tempat yang betul. Boboiboy membawa mereka turun ke tingkat bawah. Selepas itu, dia pandang kanan dan kirinya
"Kenapa Boboiboy? Kau nak aku tolong tak?"
"Hmmm... Fang.. cuba kau check, betul tak tempat yang kita berada sekarang ni"
Fang tidak sempat melihat peta petunjuk itu kerana Kaizo sudah pegang tangan Boboiboy dan lalu dia meneliti peta itu. Dia melihat kiri dan kanannya
"Kita terus ke depan" kata Kaizo dengan nada seriusnya "Kamu semua.. ikut aku"
"Err.. baik abang Kaizo" Boboiboy tersengih sedikit
Mata Kaizo asyik pandang kiri dan kanannya sambil berjalan di sepanjang lorong itu. Pintu-pintu di situ semuanya sama sahaja. Tiada yang berlainan. Kaizo periksa lagi peta di jam kuasa Boboiboy. Seterusnya dia terus ke depan sehingga ke penghujung. Lalu mereka semua belok ke arah kiri sampai ke penghujung lorong itu. Terdapat satu pintu yang berada di depan penghujung mereka. Kaizo periksa semula untuk pastikan pintu itu yang mereka perlu masuk
"Kaizo, kau pasti itu pintu yang betul?"
"Aku pasti" jawab Kaizo kepada pertanyaan Lynna tadi "Cepat bergerak semua. Kita sudah tidak banyak masa lagi"
"BAIK ABANG KAIZO!"
"BAIK ABANG KU YANG HANDSOME!"
Kaizo berhenti berjalan dan ketuk kepala adik dia. Lalu dia sambung balik berjalan. Mereka sudah tiba di hadapan pintu yang mereka perlu masuk. Kaizo membuka pintu itu. Dia menyuruh yang lain masuk dulu. Satu per satu mereka masuk ke dalam dimensi lain pula dan orang yang terakhir masuk ke dalam dunia itu adalah Kaizo. Dia sudah kembali ke dunia makanan dan Kaizo kembali menjadi kanak-kanak. Adik dia dan juga kawan-kawan adik dia juga berubah menjadi kanak-kanak. Air liur Gopal meleleh keluar apabila dia melihat suasana dunia itu. Ianya penuh dengan makanan manisan. Lalu dia berlari ke arah sebuah pokok bunga yang penuh dengan lolipop
"LOLIPOP!" Gopal bagaikan rasa diri dia berada di syurga makanan kegemaran dia
"BBB-CHAN NAMPAK COMEL!" Lily terus memeluk Boboiboy "WEEEE! RASA MACAM PELUK TEDDY BEAR!"
"Wei wei.. apasal kau peluk dia pulak" Ratu Lily cuba menarik keluar Boboiboy dari pelukan Lily "Boboiboy teddy bear aku!"
"NO NO NO! LILY PUNYA TEDDY BEAR!"
"RATU LILY PUNYA!"
"UWAAAA! BOBOIBOY BUKAN TEDDY BEAR!"
Menangis Boboiboy di dalam perebutan itu. Yaya dan Ying teruja berada di dalam dunia makanan itu. Mereka pergi melihat tumbuh-tumbuhan yang semuanya diperbuat daripada makanan. Mereka tidak akan makan tumbuhan itu. Hanya menjadi pemerhati sahaja. Fang berjalan ke sebuah pintu yang membawa merek pulang ke dunia nyata mereka. Mata dia terkebil-kebil melihat pintu itu sambil menghisap ibu jarinya. Tangan kanan dia cuba mencapai tombol pintu itu tersebut
"Pang nak pergi mana?"
"Pang nak buka" kata Fang kepada abangnya "Abang tolong bukakan"
Kaizo teringat balik kenapa dia berada di situ dan kenapa pintu itu ada di situ juga. Dia ada di sini adalah kerana ingin keluar dari dunia dimensi dan pulang ke dunia nyata. Kaizo membuka pintu itu. Satu pusaran hitam kebiruaan muncul di sebalik pintu itu. Portal ke dunia nyata sudah terbuka. Hanya tinggal beberapa minit sahaja sebelum pintu itu hilang
"Pang, kau masuk dulu"
"Tapi.. Pang takut"
"Masuk sahaja.. nanti abang akan masuk. Kau jangan terlalu takut, mesti beranikan diri"
"Ba-baik abang" Mata Fang sudah berkaca. Sedikit lagi dia akan menangis di depan abangnya
"JANGAN NAK MENANGIS!"
Fang terus lari masuk ke dalam pusaran itu. Dia memang takut dengan suara garang abangnya. Lynna tergelak dan berguling di atas rumput kerana suara garang itu, bagi dia, agak comel dan mencuit hati
"LYNNA!"
"Hehehe.. Kau nak apa, Kaizo?" Lynna cuba tenangkan diri dia tetapi dia tetap ketawa kerana tidak tahan dengan suara comel Kaizo "Hehehe.. kau ni terlampau comel sangat.. hehehee"
"Aku gigit juga budak ni!"
"Gigitlah! Tak baik tau gigit kawan sendiri"
"Bila masa aku ni kawan kau" Kaizo menjelir lidahnya kepada Lynna "LYNNA JAHAT!"
"Aku baiklah! Kau aje yang tak baik.. kau cakap tak nak kawan dengan aku.. uwaaaa!"
Pemikiran Kaizo mula berubah menjadi pemikiran kanak-kanak. Dia harus melawan balik. Dia tidak akan kalah dan harus berfikiran seperti orang dewasa. Dia juga harus kawal keadaan ini. Dia gelengkan kepalanya supaya dia dapat tumpukan perhatian sebelum pemikiran dia kembali menjadi kanak-kanak
"Lynna, pergi panggil Yaya dan Ying.. suruh mereka masuk ke dalam pusaran itu"
"Err... kenapa kau lain macam sahaja?" tanya Lynna sambil perhatikan riak wajah Kaizo yang serius itu "Kau cuba buat sesuatu yang nakal ke?"
"Mana ada! INI PERKARA SERIUS!"
"Hmm.. yelah yelah" Lynna bangun dari situ dan terus pergi ke tempat Yaya dan Ying berada sekarang ini
Seterusnya, dia harus mengheret Boboiboy dan masuk ke dalam pusaran itu. Boboiboy masih lagi menjadi perebutan diantara dua Lily. Mereka berdua tidak mahu mengalah. Boboiboy terduduk di tepi sambil menangis teresak-esak. Gopal pula, dia mengutip satu per satu lolipop yang ada di pokok bunga itu. Dia ingin makan kesemua lolipop itu seorang diri
"Gopal! Pergi masuk ke dalam pintu pusaran itu SEKARANG!"
Gopal tidak membantah atau membuat perangai di situ. Dia sudah berpuas hati dengan hasil kutipannya. Dia menari-nari sambil berjalan masuk ke dalam pusaran itu. Kaizo berpuas hati kerana dua orang sudah masuk ke dalam pusaran itu untuk pulang ke dunia nyata. Lynna juga berjaya memujuk Yaya dan Ying masuk ke dalam pusaran itu. Kini hanya tinggal Lynna, duo Lily dan Boboiboy
"Lynna, kau pergi masuk dulu"
"Ok" Lynna menjelir lidahnya kepada Kaizo sebelum pulang ke dunia nyata
Kini tinggal 3 orang iaitu Lily, Ratu Lily dan juga Boboiboy. Dia berjalan menuju ke arah mereka bertiga. Lalu dia pegang tangan Boboiboy dan mengheret si anak kecil bertopi oren itu ke pusaran itu. Lily dan Ratu Lily menjerit-jerit nama Kaizo dan menyuruh Kaizo berhenti perbuatan itu
"Korang nak pulang ke dunia nyata ataupun tidak?" tanya Kaizo dengan nada garang dia walaupun masih lagi nampak comel "Boboiboy, masuk cepat dan kamu berdua, ikut Boboiboy"
"Err... Ratu Lily boleh ke ikut? Bukan ke saya ni dah lama tiada"
"Ratu Lily kena ikut sebab kita orang semua rindu dengan ratu pontianak!" kata Lily
"CEPAT! KITA SUDAH TIADA MASA!" jerit Kaizo
"Ratu Lily ikut kita orang ok" Lily hulurkan tangan dia kepada Ratu Lily "Bolehlah kita berperang lagi dekat sana. Sama-sama cuba dapatkan BBB-CHAN! Tapi jangan menangis jikalau Lily yang menang! Hehehe"
"Tak, aku tak kan menangis kerana AKU PASTI, AKU YANG AKAN MENANG NANTI!"
"Korang berdua ni.. TAKDE BENDA LAIN KE NAK BEREBUT?"
"Takde!" jawab mereka secara serentak "JOM KITA PULANG!"
Lily dan Ratu Lily masuk ke dalam pusaran itu bersama. Seterusnya, Kaizo tolak Boboiboy masuk ke dalam pusaran. Boboiboy masih lagi menangis semasa dia ditolak masuk. Kaizo orang yang terakhir keluar dari dunia dimensi itu. Dia tidak menoleh kebelakang. Dia hanya maju ke depan dan tidak sabar untuk kembali ke dunia nyata
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semuanya sudah kembali di alam nyata kecuali seseorang. Hati Lily menjadi sedih apabila Ratu Lily tiada bersama mereka. Sewaktu dia melangkah keluar dari pusaran itu, Ratu Lily sudah pun tiada di sisi dia. Lily menangis sedikit tetapi pada masa yang sama, dia gembira kerana dapat bertemu kembali dengan Ratu Lily. Kesedihan Lily dapat dirasai oleh kawan-kawan dia tetapi Gopal, dia sedih bukan hanya kerana Ratu Lily. Dia sedih kerana lolipop yang dia kutip sebentar tadi, semuanya lesap bagaikan angin
"Janganlah menangis kakak Milly. Nanti kakak pontianak tak suka tengok kakak Milly sedih aje"
"Tak, kakak Lily tak sedih sangat cuma gembira dapat mengembara dengan dia lagi" Lily mengesat air matanya "Sekurang-kurangnya, kita semua dapat bertemu dan berborak dengan dia walaupun sekejap sahaja"
"Betul tu Lily!" kata Yaya "Sekarang kak Lynna dan abang Kaizo sudah pun selamat"
"Dan Emmy ada berita terbaik untuk korang semua!"
"Berita apa tu Emmy?" tanya Lynna
"Hehehe.. professor beritahu Emmy bahawa si penjahat nama Victor tu sudah kena tangkap!" kata Emmy dengan penuh semangat "Jadi.. untuk celebrate berita baik dan juga kejayaan misi ini, EMMY TELAH PUN BUAT SUP CENDAWAN DAN JUGA PIZZA! YEAHHH!"
"WA! Hebat betul pasukan TAPOPS.. dia orang berjaya menangkap si penjahat tu"
"Betul tu abang topi oren" Emmy tutup pintu kubi tersebut "Sekarang, bolehlah kita pergi makan. Korang semua mesti laparkan. Professor Falcon yang bantu Emmy masak tadi"
Emmy juga tutup lampu kuib yang membawa mereka ke dunia dimensi. Dia mengajak mereka semua ke dapur makmal yang sudah tersedianya makanan untuk jamuan kejayaan mereka. Kaizo dan Lynna tidak dapat menyertai mereka kerana mereka berdua ada hal lain untuk di selesaikan
"Abang, adik nak ikut boleh?"
"Ermm.. tak boleh" kata Kaizo
"BAGILAH ADIK IKUT!"
"Bagi ajelah dia ikut" pujuk Lynna "Lagipun kita cuma nak kembalikan rumah kau. Bukannya nak pergi ke mana pun"
"Yelah yelah" Kaizo ikut sahaja apa yang adik dia nak "Nanti kita akan kembali ke sini. Kamu semua, selamat menjamu selera. Ayuh Fang, kita pergi kembalikan rumah kita dengan bantuan daripada kawan kak Lynna"
Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Lily menyaksikan tiga orang itu berjalan keluar dari makmal Emmy. Mereka berharap, rumah Kaizo dan Fang akan kembali dengan sempurnanya, terutama sekali barang kesayangan mereka iaitu barang zaman silam mereka berdua
"Hmmm..."
"Kenapa Lily?" soal Ying "Kau pun nak pergi sertai mereka ke? atau masih terkenang lagi dekat Ratu Lily?"
"Takdelah.. sebenarnya, Lily ada fikir.." Lily duduk di sebelah Boboiboy dan lalu dia berkata lagi "Kenapa asyik happy ending sahaja.. kenapa tak jadi benda lain macam.. tiba-tiba kita pulang ke dunia nyata dan semuanya tidak seperti dulu. Kawan-kawan kita semuanya menjadi kuli kepada alien si kepala kotak tu! Atau Ratu Lily muncul balik dan berikan amaran kepada kita orang kerana ada sesuatu yang buruk akan berlaku ataupun..."
Panjang lagi cerita Lily tadi dan mereka hanya mendengar sahaja sambil menikmati makanan yang ada di atas meja
"Hehehe.. Lily, Lily.. macam-macam betul idea mengarut dia tu tapi dia memang yang terbaik" Boboiboy ketawa sedikit "Terbaik tapi pelik"
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lepas chapter ni, akak nak berehat sebentar selama sebulan sahaja xD bulan 9 nanti, akak akan kembali! Terima kasih semua dengan kata-kata sokongan korang kepada akak :3 see you soon!
-Sayonara-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro