Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Adikku

"Abang suka sangat abaikan adik!"

"Kenapa kau cakap begitu?"

"Sebab adik nak luahkan apa yang terpendam dalam hati adik! ABANG DARI DULU SAMPAI SEKARANG, LANGSUNG TAK KISAH TENTANG DIRI ADIK! Adik kena serang dengan musuh, baru abang nak datang!"

"PANG! Bukan ke kita sudah selesaikan masalah ini! KENAPA KAU UNGKITKAN BALIK PERKARA LAMA!"

"Sebab adik tahu... LEPAS NI ABANG AKAN TINGGALKAN ADIK BUAT SELAMA-LAMANYA!"

"Bila masa? Baik kau dengar cakap aku!"

"TAK NAK! ADIK TAK NAK DENGAR ALASAN ABANG! Bagilah alasan apa-apa pun, adik tak kan dengar! ADIK BENCI ABANG!"

Fang terus melarikan dirinya ke dalam kegelapan itu. Kaizo mengejar adiknya tetapi semakin lama semakin jauh adiknya pergi. Fang tidak lagi kelihatan dari pandangan kasarnya

"PANG!"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaizo terbangun dari mimpinya itu. Dia mengusap mukanya. Hari sudah siang, cahaya matahari menyinari biliknya. Kaizo mencecahkan kedua-dua kakinya ke lantai bilik itu

"Mimpi lagi" bisik Kaizo "Hari tu mimpi dia gigit telinga aku, hari ini mimpi si Pang bencikan aku.. apa makna semuanya ini?"

"Meow" Pikachu mengeselkan badan berbulunya di kaki Kaizo "Meow meow"

"Hmm.. betul kata kau. Mungkin aku perlu habiskan masa aku bersama Pang sebelum aku tinggalkan planet ini"

"Meow meow meow"

"Maaf Pikachu. Aku tidak dapat membawa kau" Kaizo mengusap kepala kucingnya "Jangan risau, Pang akan menjaga kau dengan baik"

"Meow meow meow"

"Hmm.. kalau dia tak bagi kau makan? Kau cakar aje kaki dia tu" balas Kaizo "Aku nak pergi mandi.. kau jangan nak buat nakal. Kejap lagi kau nak pergi cari si Pang tu"

"Meow meow"

"Tak, aku rasa.. hari ini aku mahu luangkan masa aku dengan Pang"

"Meow meow"

"Lynna? Hmm.." Tiba-tiba nada suara Kaizo berubah menjadi cemburu sedikit "Dia dijemput ke MATA sebagai mentor khas. Entah kenapa dia orang tak jemput aku sekali" Lalu dia bingkas bangun dari katil itu dan pergi mencapai tuala mandinya "Mungkin mereka takut dengan kegarangan aku. Yelah, si Lynna tu lemah-lembut orangnya. Berbanding dengan aku, macam nak makan orang"

Pikachu gelengkan kepalanya. Dia perhatikan Kaizo masuk ke dalam tandas sambil membebel lagi. Pikachu malas hendak mengambil tahu. Lalu dia menjilat tangannya secara lembut

Fang begitu gigih menunggu pancake chocolate siap. Mata dia tidak alih ke tempat lain kerana asyik memerhatikan Tok Aba sediakan makanan dia. Bau aroma pancake chocolate itu membuatkan selera Fang tidak sabar untuk menikmatinya. Jauh dihati dia, Fang berharap pancake rasa seperti pancake biasa bukan donut lobak merah. Dia tidak akan lupakan kejadian itu. Badan dia menjadi bulat dan asyik cepat penat sahaja. Dia bersyukur badan dia cepat turun dan kembali kepada bentuk asal. Latihan tempur yang abang dia adakan, membuatkan Fang bersemangat untuk turunkan berat badan

"Kau lapar ke Fang" soal Boboiboy yang ada di kedai Tok Aba

"Ha ah, aku malas nak buat sarapan pagi hari ni... hehehee" Fang tersengih sedikit "Aku lupa pula nak tanya kau"

"Tanya aku?" Boboiboy hulurkan segelas air kosong kepada Fang "Kau nak tanya apa dekat aku?"

"Aku nak tanya, seronok ke kau keluar jalan-jalan dengan ayah kau dan si pelik tu?"

"Ohh.. hmmmm..." Boboiboy mengeluh sedikit dan lalu dia bercerita "Seronok tu memang seronok tapi si Lily tu asyik cerita pasal aku aje. Ayah aku pula, dia suka dengar cerita-cerita dari Lily"

"Hahahaha! Biasalah tu, si pelik nak tambat hati ayah kau"

"Hmmm.. ayah aku pun dah suka dekat si Lily" Boboiboy mengeluh lagi

"APA? AYAH KAU ADA HATI DEKAT LILY?" Muncul Gopal dengan wajah terkejutnya "Dey! Mak kau tak tahu ke pasal tu? Isk isk... tak boleh jadi ni. Macam mana kau nak selesaikan masalah ni"

Boboiboy menepuk dahinya. Dia tidak sangka pula Gopal boleh fikirkan benda lain. Ochobo ketuk kepala Gopal dengan periuk kecil

"DEY! Kenapa ketuk kepala aku?"

"Haih kau ni Gopal.. yang kau pergi fikir macam tu sekali kenapa?" tegur Tok Aba sambil gelengkan kepala "Maksud Boboiboy tadi, ayah dia suka dengan Lily tu bukannya ada hati dengan Lily tu. Dia suka sebab Lily peramah, baik.."

"Dan juga suka buat perangai pelik dia" tambah Fang "Bertabahlah Boboiboy. Jangan sampai ayah kau suka dia menjadi menantu dia sudahlah.. hehehe.. tapi seronok juga kalau macam tu. Mesti huru-hara nanti"

"Cheh, boleh pulak macam tu" bisik Boboiboy

Mata Boboiboy terpandang sesuatu yang sedang menuju ke arah kedai Tok Abanya. Dari segi orang itu berjalan, ianya seperti seseorang yang dia mahu larikan diri. Semakin lama semakin dekat dan dengan itu, Boboiboy terus berkata kepada Fang

"Wei, kalau Lily cari aku. Cakap aku takde dekat sini"

"Kalau dia tanya kau pergi mana? Aku nak jawab apa?"

"Jawab ajelah apa-apa, Fang" balas Boboiboy "Aku pergi lari dulu sebelum dia sampai!"

Tok Aba hanya mampu gelengkan kepala sambil melihat cucunya lari jauh dari situ. Gopal layankan sahaja permintaan Boboiboy tadi. Fang sudah tersenyum sinis apabila Lily sudah tiba di kedai itu. Muka dia kelihatan gembira dan berseri-seri. Dia mencari-cari sang Boboiboy di sekitar kawasan kedai itu

"Mana BBB-CHAN?" soal Lily yang masih lagi boleh tersenyum

"Si Boboiboy tu, kalau kau nak tahu.."

"Tahu apa, landak?" Lily berkelip-kelipkan matanya kepada Fang "Yang dia sebenarnya buat surprise untuk Lily?"

"BUKAN! Tetapi sebenarnya BOBOIBOY TELAH DIHUMBAN KE DALAM KAWAH GUNUNG BERAPI! BAIK KAU PERGI SELAMATKAN BOBOIBOY SEBELUM DIA PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA!"

Gopal tersembur air chocolatenya kerana terkejut dengan jawapan dari Fang tadi. Tok Aba tercengang seketika. Ochobot sudah ketawa sedikit. Lily pula, mata dia membulat besar dan wajah dia berubah menjadi kerisauaan

"WHAT?! INI MESTI SI ADUDU PERGI CAMPAK MY BBB-CHAN DEKAT GUNUNG BERAPI! I'M COMING TO HELP YOU!"

Lily terus lari dari situ seperti lipas kudung. Fang ketawa besar sambil menghentak-hentak kaunter meja itu dengan tangan kanannya

"Dey! Kau ni gila ke apa?"

"Aku tak gila tapi aku suka!" kata Fang dengan penuh semangat "Hehehe.. Tok Aba! Saya nak ice chocolate special satu!"

"Hmm.. kau ni Fang. Suka benar kenakan si Lily tu. Cubalah buat baik dengan dia"

"Kenapa saya perlu buat baik dekat dia?" Fang terus bersilang tangan "Dia tu, suka sangat buat kepala saya serabut! Sabar ajelah"

Tok Aba gelengkan kepala sambil buat air yang dipesan oleh Fang tadi. Tiba-tiba Lily sudah kembali di situ. Muka dia merah kerana terlampau marah sangat dengan Fang

"LANDAK TIPU LILY!"

Sang gadis itu menjerit di telinga Fang sehingga membuatkan sang alien itu terjatuh dari kerusinya. Kepala dia terhentak pada tanah berumput itu. Dia terasa pening sedikit

"ALAMAK! Landak!" Lily mengipas-gipas di hadapan muka Fang dengan sehelai kertas tisu "Landak, landak ok tak?"

"Aku ok" jawab Fang sambil memegang kepalanya "Aku rasa, aku patut balik. Rasa pening pula"

"Lily, Gopal.. bawa Fang balik. Ambil air dia ni sekali" Tok Aba hulurkan bekas air minuman kepada Gopal "Kau jangan nak minum pula"

Gopal tersengih sambil mencapai air itu dari tangan Tok Aba. Lalu dia dan Lily menolong Fang bangun semula. Mereka berdua temankan Fang pulang ke rumah. Kepala Fang masih terasa sakit sedikit. Dia mula rasa mual dan cara pergerakan dia, terhuyung-hayang

"Kuat betul kau jatuh tadi" kata Gopal "Tak kan sampai teruk macam tu sekali"

"Entahlah" Fang pegang kepalanya. Mata dia pejam kelip pejam kelip sambil cuba menumpukan perhatian di hadapannya "Aku tak tahu kenapa boleh jadi begini"

"Hmm.. ini mesti balasan sebab tipu Lily tadi!"

"Yelah, balasanlah" balas Fang "Tapi sebenarnya... pagi tadi aku ada jatuh dari tangga. Teruk jugalah aku jatuh. Kaki aku pun ada kesan lebam sedikit tapi aku tak beritahu abang aku sebab aku tak nak dia risau. Mungkin sebab itu kot aku rasa pening kepala"

"Baik kau pergi ke klinik" kata Lily. Perasaan dia berubah menjadi risau "Fang, kita orang temankan kau ke klinik"

"Tiba-tiba pula kau panggil aku Fang"

"Sebab bila aku tengah serius, aku akan panggil nama kau bukan nama landak" Lily pegang lengan Fang yang hampir terjatuh itu "Kita orang temankan kau ok"

"Tak payahlah. Nanti-nanti oklah"

Fang tetap degil. Dia tidak mahu terima rawatan. Dia hanya mahu sampai ke rumah dan baring di atas katil sahaja. Perjalanan dari taman itu ke kawasan rumahnya, tidaklah terlalu jauh tetapi Fang yakin, dia boleh pulang ke rumah dengan sendiri. Gopal dan Lily tidak mahu tinggalkan Fang keseorangan

"Korang tak payahlah temankan aku"

"Jangan nak degil, Fang!" Ini pertama kali Fang mendengar suara garang Lily "Kami kawan kau dan kami akan pastikan kau dalam keadaan selamat"

Gopal angguk kepalanya sebagai tanda setuju dengan kata-kata Lily tadi. Fang abaikan nasihatkan dari kawan-kawan dia. Kaki dia terus bergerak ke depan untuk pulang ke rumah. Gopal dan Lily terpaksa mengekori Fang dari belakang. Tangan Fang asyik pegang tembok-tembok pagar untuk mengimbangi pergerakan dia. Semakin lama semakin perlahan dia berjalan. Ketika dia sedang melintas jalan, Gopal dan Lily menjadi risau kerana agak perlahan Fang bergerak. Mereka takut jikalau ada kereta laju melalui jalan itu. Ketika mereka lalu di tepi taman permainan, Lily terserempak dengan seseorang yang sedang bermain buai berseorangan

"BBB-CHAN!"

Fang menoleh kebelakang. Lily berlari dari situ untuk ke taman permainan tetapi dia tidak sedar dengan kehadiran sebuah kereta. Mata Fang menjadi bulat besar. Gopal menjadi panik. Lalu dia menjerit nama gadis itu. Fang tidak berfikir apa. Dia terus pergi selamatkan Lily daripada dilanggar oleh kereta tersebut. Fang menolak Lily sekuat hati. Sang gadis itu bergolek ke tepi. Lalu dia bangunkan badan dia sedikit. Secara tidak langsung, Lily menjerit sekuat hati. Kereta itu sudah berhenti tetapi Fang, dia terdampar di atas jalan dengan berlumuran darah. Boboiboy terkejut dengan kejadian tersebut dan semuanya berlaku secara pantas. Gopal terduduk kerana kejadian itu terjadi di depan matanya sendiri. Dia menyesal kerana tidak dapat menggunakan kuasanya. Dia tahu dia boleh tukarkan kereta itu menjadi sesuatu yang lembut tetapi disebabkan dia terlampau panik, akhirnya Fang menjadi mangsa

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lily menangis teresak-esak di tempat penunggu pesakit hospital. Dia dipeluk oleh Bella dan Faye. Mereka berdua cuba tenangkan sang gadis yang kelihatan reash itu. Pemikiran Boboiboy bercelaru seketika. Dia tidak sangka kawan baik dia kena langgar dengan kereta. Dia kelihatan diam sahaja sepanjang dia ada di hospital itu. Yaya dan Ying tidak mahu mengganggu Boboiboy. Mereka terlalu sedih untuk bercakap sesuatu. Gopal duduk di tepi tingkap hospital dengan pemikiran dia jauh melayang ke tempat lain. Dia masih lagi kelihatan menyesal. Lynna berlari masuk ke dalam pekarangan hospital itu. Dia terus menuju ke arah mereka dalam keadaan tenang

"Kak Lynna!" Yaya bangun dari tempat duduknya. Dia tidak tahu apa yang dia lakukan, dia hanya terus memeluk Lynna "Kak Lynna.. Fang.. dia.."

"Syhhh.." Lynna mengosok-gosok kepala Yaya "Dia akan ok. Ada apa-apa berita tentang Fang?"

"Takde" balas Yaya "Abang Kaizo ada dekat atas. Dia tengah tunggu dekat luar dewan bedah. Dia suruh kita orang tunggu di sini sahaja"

"Kejap lagi akak pergi tengok dia" kata Lynna "Yaya jangan sedih sangat. Berdoa banyak-banyak agar Fang dalam keadaan selamat"

Yaya mengusap air matanya sedikit dan lalu dia berkata

"Baik kak Lynna" Dia terus kembali ke tempat duduknya. Ying menggenggam erat tangan kawan baiknya "Terima kasih Ying"

Lynna tinggalkan mereka seketika. Dia terus naik ke tingkat atas untuk pergi temani kekasih hatinya. Setelah dia sampai di tingkat dewan bedah, dia ternampak Kaizo sedang duduk di atas kerusi disebalik kesibukan di tingkat itu. Kepala Kaizo tertunduk sedikit. Matanya hanya memandang lantai hospital itu. Dia sedang menunggu adiknya diluar pintu dewan bedah

"Kaizo" Lynna mula berjalan menuju ke arah Kaizo "Kau ok tak?"

"Kau tak nampak ke, aku tak ok sekarang ini" Nada Kaizo berubah menjadi marah

"Maaf" Lynna duduk di sebelah Kaizo "Aku takde niat nak buat kau marah"

Kaizo tidak menjawab. Hati dia tidak tenang ketika itu. Dia takut dia kehilangan adiknya. Dia takut dia akan keseorangan. Dia takut dia tidak dapat teruskan kehidupannya tanpa adiknya. Dia mula pejamkan mata. Tanpa sedari olehnya, sebutir air mata dia mengalir keluar. Lynna mahu katakan sesuatu kepada Kaizo tetapi dia rasa, lebih baik dia berdiam diri sahaja. Seorang doktor lelaki keluar dari pintu dewan bedah. Lalu dia menuju ke arah Kaizo

"Encik Kaizo" panggil doktor tersebut

Kaizo berdiri serta-merta sambil mengelap air matanya secepat mungkin. Lynna ikut berdiri di sebelah Kaizo. Hati Kaizo berdebar-debar untuk mendengar penjelasan dari doktor itu. Dia tidak tahu samada berita buruk ataupun buruk baik

"Adik saya, bagaimana keadaan dia?"

"Dia kehilangan banyak darah tapi disebabkan dia dan kamu adalah alien dari planet lain. Hanya darah kamu sahaja dapat selamatkan dia" jelas doktor

"Saya tak kisah doktor. Ambil lah darah saya" Kaizo hulurkan tangan kirinya kepada doktor itu "Asalkan dia selamat. Saya tak nak kehilangan dia doktor"

"Baiklah, kamu ikut saya" kata doktor itu

Kaizo menoleh ke arah Lynna. Sang gadis itu pegang bahu Kaizo seketika. Lalu Kaizo beredar dari situ bersama doktor tersebut. Lynna kembali duduk di kerusinya. Lynna mula menangis dalam diam. Hati dia luruh kerana tidak sanggup melihat Kaizo melanda kesedihan. Dia hanya mampu berdoa sahaja, agar semuanya selamat

"Fang kena kuat.. abang kamu akan selamatkan kamu" bisik Lynna

1 jam kemudian, Boboiboy tiba di situ. Riak wajah dia kelihatan cemas. Lynna tidak sedar dengan kehadiran remaja itu. Dia terlalu sibuk memikirkan keadaan Fang dan juga Kaizo. Lalu dia terkejut apabila bahu dia disentuh oleh seseorang. Kepala dia terangkat sedikit dan menoleh ke kiri

"Kaizo?" Lynna terkejut kerana orang itu bukan Kaizo tetapi Boboiboy "Eh.. Boboiboy rupanya. Kenapa? Muka kamu macam ada sesuatu nak beritahu akak"

"Kak Lynna" Boboiboy mengetap bibirnya seketika. Lalu dia sambung berkata "Kita ada kecemasan"

"Kecemasan?" Lynna terus bangunkan diri

"Ianya berkaitan dengan Rizu"

"Kenapa dengan dia? Dia jatuh sakit ke? Dia risaukan tentang Fang ke?"

"Bukan" balas Boboiboy sambil gelengkan kepala "Rizu kena culik kak Lynna!"

Lynna terduduk. Lidah dia terkedu. Mata dia berliar ke sana sini kerana dia tidak tahu hendak berkata apa. Pemikiran dia mula bercelaru. Selepas apa yang menimpa keatas Fang, sekarang ini Rizu pula diculik. Lynna menangis sambil menutup wajahnya dengan kedua-dua tapak tangannya. Disebalik bunyi kesibukan dari doktor dan nurse di hospital itu, Boboiboy hanya mendengar tangisan Lynna sahaja. Tangisan Lynna membuatkan hati Boboiboy rasa sedih. Dia cuba kuatkan diri untuk semua orang

"Kak Lynna jangan menangis" Boboiboy duduk di sebelah Lynna "Kita kena kuat untuk Fang dan juga abang Kaizo. Kita tidak boleh beremosi sekarang ini. Kak Lynna yang saya kenal dulu, dia seseorang yang sentiasa tenang dalam menghadapi sesuatu keadaan dan tidak mudah putus asa. Boboiboy tak nak melihat kak Lynna begini"

"Maafkan akak" Lynna mengesat air matanya "Akak cuma terkejut.. akak tak tahu nak cakap apa tapi akak kena kuat. Terima kasih Boboiboy kerana mengingati akak. Mari Boboiboy, kita pergi selamatkan Rizu. Biar Kaizo tinggal di sini sahaja. Fang perlukan abang dia. Biar kita sahaja yang pergi"

Boboiboy mula berikan satu senyuman kepada Lynna. Lalu mereka berdua menuju ke lif hospital untuk turun ke bawah. Lynna tidak mahu menyusahkan Kaizo. Misi kali ini biar dia dan yang lain selesaikan. Biarlah Kaizo dalam tenang daripada mendengar berita buruk lagi. Boboiboy membawa Lynna keluar dari bangunan hospital itu. Mereka menuju ke sebuah taman kecil yang berada bersebelahan dengan bangunan hospital itu. Di situ tidak ramai orang dan perbualan mereka tidak akan didengari oleh sesiapa. Sekumpulan remaja sedang menunggu kedatangan mereka berdua

"Kak Lynna!" panggil Yaya

"Kamu semua sudah tahu apa yang terjadi?" soal Lynna sambil melihat satu per satu kawan Fang

"Mereka semua sudah tahu. Emmy yang ceritakan kepada mereka" Emmy ada di situ bersama dengan Idoli. Sang alien kucing itu menangis teresak-esak sambil dipeluk oleh Ying "Emmy telah minta bantuan daripada kawan ejen kita"

"Wuuuu... Ammy minta bantuan dari Ejen Ali?"

"Ya kakak Milly" kata Emmy sambil angguk kepala "Mereka setuju untuk menolong kita. Mereka kini cuba mengesan dimana penculik itu berada"

"Bagus Emmy" Lynna rasa tenang sedikit "Sebelum itu, akak ingin tahu bagaimana Rizu kena culik?"

"Begini puteri fantasi" Lalu Emmy mula bercerita "Emmy, Rizu dan Idoli pergi main bola dekat taman permainan. Picu tak ikut sebab dia tengah tidur dekat dalam rumah abang Fely. Masa Idoli baling bola, Rizu tak sempat nak tangkap. Bola tu bergolek keluar dari taman permainan tu. Dia terus lari untuk dapatkan bola tu.. lepas tu kita orang dengar Rizu menjerit. Kita orang pergilah tengok apa terjadi. Rizu.. Rizu.." Tiba-tiba Emmy menangis "Dia.. dibawa.."

Lynna terus peluk sang gadis kecil itu. Dia mengusap kepala Emmy untuk tenangkan gadis genius itu

"Syhh... Emmy tak perlu bercerita lagi" kata Lynna secara lembut "Maafkan akak kerana menyuruh kamu cerita apa yang terjadi tadi" Emmy hanya gelengkan kepala di dalam dakapan Lynna "Akak tak patut buat begitu. Kita semua sedih kerana apa yang berlaku ke atas Fang dan Rizu tapi kita tidak boleh hilang semangat. Kita mesti cari Rizu sampai dapat dan selamatkan dia. Fang pula, akak tahu dia kuat. Kaizo akan berada di sisi dia. Kaizo tidak akan tinggalkan adiknya. Dia terlalu sayangkan Fang dan akak terlalu sayangkan mereka berdua. Akak tidak mahu kehilangan Kaizo dan juga Fang. Kamu semua rasa begitu jugakan"

"Ya kak Lynna" kata Lily tiba-tiba "Lily tak nak kehilangan landak juga. Dia salah satu kawan baik Lily walaupun diri saya suka sangat kacau si landak tu" Dia mengesat air matanya "Fang.. maafkan Lily sebab terlalu cuai sangat"

"Sekarang bukan masanya untuk bersedihan" Lynna teruskan berkata lagi "Akak akan cuba mencari Rizu. Kita sama-sama cari dia sambil menunggu berita terkini dari MATA. Kita tidak boleh berdiam diri sahaja"

"Idoli boleh tolong juga?"

"Boleh Idoli" Lalu Idoli berikan senyuman lemah kepada Lynna "Idoli jangan sedih lagi ok. Mari semua, kita cari Rizu"

"Tunggu"

Mereka semua pusing kebelakang untuk melihat siapa yang berkata tadi. Kaizo kelihatan lemah kerana kekurangan darah di dalam badannya. Dia berjalan begitu perlahan ke arah mereka

"Bagi aku bantu sekali" kata Kaizo dengan nada yang lemah

"Kau perlu berehat Kaizo" Lynna menggenggam tangan Kaizo "Badan kau tidak begitu kuat lagi. Aku tak nak musuh kita mengambil kesempatan ke atas diri kau. Lagipun kau perlu jaga adik kau"

"Aku tahu.. tapi.." Mata Kaizo melihat Lynna dengan begitu lembut sekali "Rizu juga seperti adik aku sendiri. Aku seperti kau juga, tak nak kehilangan dia. Kalau Pang tahu, mesti dia akan mengamuk. Lebih-lebih lagi dengan keadaan dia begini. Aku tak nak bila dia terjaga dari koma, Rizu sudah tiada. Aku tak nak dia bersedihan. Aku tak sanggup melihat dia sedih. Jadi, bagi aku bantu"

"Tapi Kaizo.."

"Takde tapi tapi.." kata Kaizo dengan nada yang garang

"Abang Kaizo ok ke ni?" soal Boboiboy "Kami cuma nak abang Kaizo berehat sahaja dulu. Serahkan kepada kami. Kak Lynna boleh tolong jagakan abang Kaizo sementara kita orang cari dan selamatkan Rizu"

"Tak perlu" Kaizo masih lagi berdegil "Aku tidak boleh duduk diam sahaja. Aku perlu buat sesuatu"

"Baiklah tapi dengan satu syarat" Lynna terpaksa membawa Kaizo sekali "Kau tidak boleh pergi bersendirian. Aku akan ikut kau"

Kaizo terima syarat itu dengan hati terbuka

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fang melihat kiri dan kanannya. Semuanya putih sahaja. Dia tidak tahu dia berada di mana sekarang ini. Dia bersiar-siar sekitar itu untuk mencari sesuatu tapi apakah? Lalu dia duduk sambil memeluk kakinya. Dia merenung ke depan sambil fikirkan tentang nasib dirinya. Dia fikir, dia sudah pergi meninggalkan dunia, tinggalkan abang dia bersendirian

"Abang.." bisik Fang "Maafkan adik kerana tidak dapat bersama dengan abang lagi"

"Kenapa Fang cakap begitu?"

Fang cepat-cepat bangun dan terus pusing kebelakang. Dia tersenyum lebar kerana dapat berjumpa dengan ibu dan ayahnya. Fang berlari ke arah mereka. Lalu dia memeluk kedua ibu bapanya dengan erat sekali

"Ibu.. ayah.." Fang gembira dapat bertemu dengan mereka semula "Adik akan bersama dengan ibu dan ayah semula ke? Tapi abang.."

"Abang kamu tidak akan keseorangan"

"Maksud ibu?" Fang mendongak sambil melihat wajah ibunya yang tersenyum lembut. Senyuman itu penuh dengan kasih sayang kepada anaknya "Abang tidak akan keseorangan sebab dia ada kak Lynna kan?"

"Hehehe" Keiko tergelak sedikit

"Maksud ibu kamu.. belum tiba lagi untuk Fang tinggalkan dia" jawab ayah Fang sambil mengusap kepala anaknya "Fang cuma dalam keadaan koma sahaja. Fang kena bangun sebab abang kamu tengah tunggu kamu"

"Tapi nanti adik tak nak dapat nak jumpa ayah dan ibu lagi dah"

"Jangan sedih anak ku" kata Keiko "Ibu sentiasa ada di dalam hatimu"

"Tapi..."

"Tapi apa Fang?" soal Kai

"Tapi adik nak berborak dengan ibu dan ayah boleh? Adik rindu nak berborak dengan ibu, dengan ayah.. ceritakan tentang kehidupan adik dekat bumi"

"Boleh Fang. Apa sahaja untuk anak ibu"

Fang terus berikan sebuah senyuman kepada kedua orang tuanya. Lalu sekelilingnya berubah menjadi sebuah taman bunga. Rama-rama berterbangan sana sini. Ada beberapa anak kucing sedang bermain di dalam taman itu. Bunga-bunga dalam pelbagai warna dan bentuk. Di tengah-tengah taman bunga itu terdapat sebuah air pancut. Fang membawa mereka ke sebuah bangku yang berdekatan. Mereka duduk di situ sambil menikmati keindahan taman tersebut

"Ibu"

"Yea Fang" Keiko belai manja tangan anaknya yang kecil itu "Kenapa Fang? Ada apa-apa nak beritahu ibu ke?"

"Hmm.. ibu nak tahu tak. Kalau adik ada masalah, adik selalu pergi menonton video-video lama kita" kata Fang

"Fang menonton semua video ke?"

"Ya ayah" balas Fang "Kalau boleh, adik nak berborak dengan ibu dan ayah. Adik nak luahkan segala-galanya tapi adik hanya boleh memerhati ibu dan ayah dalam video tu. Adakalanya, adik tersenyum seorang diri tapi kadang-kadang adik menangis sebab tak nak luahkan perasaan adik. Jadi adik pendamkan sahaja"

"Kasihan anak ibu" Keiko beri satu kucupan di kepala anaknya "Sekarang ni anak ibu ada masalah tak?"

"Hmm.. takde tapi.." Kepala Fang tertunduk sedikit. Mata dia tertumpu pada kakinya yang sedang berhayun-hayun itu

"Hah, tapi tu ada masalah tu" Kai ketawa kecil "Kalau Fang ada masalah, ceritalah kepada kami"

"Sebenarnya adik tak berapa suka kalau abang pergi tinggalkan bumi. Nanti adik akan keseorangan tapi adik sudah besar panjang. Adik sudah faham dengan kerja abang sebagai seorang kapten. Dulu adik tak faham sampai adik marah sangat dekat abang"

"Kenapa Fang tak suka?" soal ibunya

"Sebab adik takut jikalau abang tak kan kembali buat selama-lamanya. Adik tak nak keseorangan" Sebutir air mata mengalir keluar dari mata Fang "Adik tak nak halang dia. Adik tak nak pentingkan diri sendiri. Jadi adik setuju sahaja kalau abang nak pergi. Dia ada juga ajak adik sekali tapi.."

"Tapi kenapa?" kali ini ayah dia pula bertanya "Fang ada alasan lain ke?"

"Adik tak nak tinggalkan kawan-kawan adik. Kalau Fang ikut, tak tahulah berapa lama adik tidak dapat berjumpa dengan dia orang balik. Dia oranglah selalu mengisi kelapangan adik semasa abang tinggalkan adik dekat bumi sebab misi. Dari situ, adik mula belajar semula erti persahabatan. Mereka juga rakan seperjuangan adik. Mereka lah batu permata yang sukar dicari dan adik mahu menghargai persahabatan kita" Fang mengesat air matanya dan lalu berkata lagi "Adik tak tahulah apa keputusan adik. Rasa macam tak nak fikirkan sangat"

"Fang, ibu nak tengok muka Fang"

Fang pandang ke arah wajah ibunya. Satu senyuman dari ibunya membuatkan Fang rasa tenang dan bahagia. Kalau boleh, Fang mahu simpan senyuman ibunya. Dia tidak mahu senyuman itu hilang dari memori dia

"Fang.. anakku" Keiko mula belai rambut anaknya "Walau apa pun keputusan Fang, mereka akan tetap faham kerana mereka semua mahukan yang terbaik untuk diri Fang. Abang pun pasti akan faham"

"Baik ibu. Adik akan ikut sahaja kata hati adik"

"Apa kata hati kamu?"

"Hehehe.. hati adik belum buat keputusan lagi" Fang tersengih kepada ayahnya "Tapi kalau adik ikut abang, adik akan habiskan masa adik dengan kawan-kawan adik. Lebih-lebih lagi si Rizu tu. Ibu dan ayah tahukan, dia tu adik angkat Fang"

"Wah, anak ibu ada adik angkat yea"

Fang tersenyum malu kepada ibunya. Lalu Fang mula bercerita tentang Rizu kepada ibu dan ayahnya

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semenjak dari semalam lagi Kaizo dan Lynna mencari Rizu. Kaizo sudah kembali bertenaga semula. Dia kelihatan segar untuk lakukan misi mencari dan menyelamatkan Rizu. Akhirnya mereka mendapat satu berita baik dari pihak MATA. Jeneral Rama telah menghantar lokasi Rizu sekarang ini. Kaizo dan Lynna terus bergerak ke lokasi itu. Kini mereka berada di luar kawasan Cyberaya iaitu kawasan pinggiran. Mereka terkejut melihat kawasan itu. Ianya tidak sehebat seperti Cyberaya. Rumah-rumah di situ semuanya dalam keadaan sangat menyedihkan. Penduduk-penduduk di situ juga sangat miskin. Mereka kelihatan takut melihat kehadiran Kaizo dan Lynna. Ada yang berlari masuk ke dalam rumah dan ada juga yang jauhkan diri dari mereka berdua. Anak-anak kecil menyorok di dalam pelukan ibu bapa mereka kerana ketakutan. Mereka semua pandang Kaizo dan Lynna dengan perasaan pelik. Ada yang cuba hendak mendekati Kaizo dan Lynna tetapi perasaan takut mengawal diri mereka

"Kenapa mereka takut?" bisik Lynna kepada Kaizo

"Aku pun tak tahu" kata Kaizo sambil melihat jam kuasanya. Titik merah pada skrinnya menandakan dimana Rizu berada sekarang "Aku nak tanya mereka tapi.. lebih baik kita buat kerja kita sahaja"

"Aku.." Mata Lynna berliar melihat keadaan di situ "Rasa kasihan melihat kehidupan mereka. Aku macam nak bantu mereka"

"Aku faham perasaan kau tapi ini bukan masanya. Kita kena cari Rizu dulu" tegas Kaizo

"Aku harap, mereka tidak apa-apakan Rizu tapi.. apa motif mereka culik Rizu?" Lynna memandang Kaizo dengan penuh risau "Mereka nak jadikan Rizu sebagai tebusan ke? Yelah, tempat ini bukanlah tempat seperti Cyberaya ataupun Pulau Rintis. Kau boleh lihat betapa ramainya yang hidup susah di sini"

"Mungkin juga" kata Kaizo "Tapi kenapa Rizu? Aku tahu kehidupan Rizu bukanlah semewah mana"

"Mungkin ada sebab lain" Lynna diam seketika sambil berfikir "Mungkin ini bukan sebab wang" bisik dia

Kaizo tidak berkata apa. Mata dia hanya melihat titik merah itu. Dia belok ke kiri dan akhirnya sampai ke sebuah rumah berbatu-bata. Rumah itu kelihatan buruk. Ianya tidak berpintu. Sebahagian tingkap rumah sudah pecah. Kaizo masuk ke dalam rumah itu terdahulu. Dia mahu pastikan tiada perangkap di dalam rumah tersebut. Di dalam rumah itu seperti rumah biasa. Perabot rumah itu tersusun cantik walaupun tidak banyak. Kerusi, meja dan almari, semuanya dalam keadaan usang. Lynna melangkah masuk ke dalam rumah itu. Lalu mereka berdua ke bilik belakang. Bilik itu kelihatan luas. Di tengah-tengah bilik itu terdapat dua katil. Salah satu katil itu sudah mempunyai tuan iaitu Rizu

"RIZU!" jerit Lynna dalam keadaan terkejut

Kedua-dua belah tangan Rizu diikat secara berasingan. Mata dia tertutup rapat seperti dia sedang tidur. Sebelah katil Rizu pula, ada seorang budak lelaki. Kanak-kanak lebih kurang sebaya Rizu. Seorang lelaki bercermin mata yang mereka tidak kenali, dia tidak terkejut dengan kehadiran Kaizo dan Lynna. Di tangan kanan dia terdapat satu jarum suntikan

"Apa kau nak buat dengan mereka?" soal Kaizo dengan nada marah "Baik kau lepaskan mereka sebelum aku.. APA SALAH MEREKA BERDUA?"

"Sebelum apa?" Lelaki itu memotong percakapan Kaizo tadi "Sebelum kau bunuh aku? Kalau kau bunuh aku, siapa lagi yang boleh tolong aku selamatkan adik aku jikalau bukan aku sendiri? Dia adik aku dan aku sanggup buat apa sahaja supaya dia boleh hidup seperti kanak-kanak lain"

"Apa maksud kau?" soal Lynna

"Adik aku perlukan rawatan jantung tapi.." Lelaki itu pandang ke arah adiknya yang kelihatan lemah itu "Tapi ianya bukanlah semudah itu. Ianya perlukan kos dan aku tidak mempunyai wang yang banyak. Satu-satunya untuk selamatkan dia adalah mengambil jantung budak itu"

"Kau nak jantung Rizu?" Lynna tergaman seketika

"Ya, jantung budak tu mempunyai jantung yang sangat istimewa. Ke hulur ke hilir aku mencari jantung yang sesuai untuk adik aku dan akhirnya, aku jumpa Rizu. Aku tahu tentang penyakit jantung dia yang dahulu tetapi setelah aku dapat tahu apa yang terjadi dengan jantung dia. Aku bagaikan dapat satu peluang keemasan. Jantung itu boleh menyelamatkan adik aku. Jadi aku mula merancang bagaimana hendak dapatkan jantung budak tu"

"KALAU KAU AMBIL JANTUNG DIA! ITU BERMAKNA KAU TELAH BUNUH DIA!" Lynna menjerit dengan penuh emosi "Kau tidak boleh buat begitu! Dia mempunyai keluarga seperti kau juga"

"TAPI DIA MEMPUNYAI KAWAN SEPERTI KAU JUGA! KAU MEMPUNYAI TEKNOLOGI YANG CANGGIH SEHINGGA BOLEH MENGUBAISUAI JANTUNG DIA! Aku tahu kekasih kau bukan dari planet ini Aku percaya dia boleh lakukan perkara yang sama dekat jantung budak lagi sekali" Lelaki itu membalas balik kepada Lynna "Kamu semua bukannya faham pun! Aku buat begini demi adik aku. Apa sahaja untuk adik aku. Dia satu-satunya aku ada sekarang ini"

"Kau ni memang betul nak kena ajar dengan aku" Kaizo keluarkan pedang tenaganya

"Kaizo.." Lynna mengangkat tangannya untuk menghalang Kaizo bertindak ganas "Kita tidak boleh bertindak kasar dengan dia. Kita berbincang dengan baik dengan dia"

"Kau ingat dia boleh bawak berbincang ke?"

"Aku tahu Kaizo tapi aku tak naklah kita bertindak kejam dengan dia. Kau pun sanggup lakukan apa sahaja untuk adik kau, sama seperti dia juga. Biar aku cuba dengan cara aku. Kalau kita berbaik dengan dia, mungkin juga dia akan ubah pemikirannya. Aku akan cuba tenangkan dia dahulu dan berbincang dengan baik"

"Baiklah" Kaizo simpan balik pedang tenaganya "Bincanglah dengan dia tapi kalau dia tetap degil, aku sudah tiada cara lain lagi"

Lynna angguk walaupun dia tidak begitu setuju dengan cara Kaizo yang suka bertindak ganas. Lynna mengambil selangkah ke depan dan lalu berkata kepada lelaki itu secara lemah-lembut

"Kalau kau serahkan kepada kami, aku dan Kaizo boleh bantu adik kau. Kita boleh rawat jantung dia menggunakan teknologi canggih. Kau tak perlu bimbang lagi. Kau dan adik kau akan dapat bersama lagi. Percayalah, kami hanya mahukan yang terbaik untuk kau dan adik kau"

"Aku tahu.." Tangan kiri Lelaki itu menyelut masuk ke dalam poket seluarnya "Tapi maafkan aku.." Lalu dia menekan satu butang "Adik aku tidak mempunyai banyak masa"

Butang tadi membuatkan Kaizo dan Lynna terperangkap. Depan dan belakang mereka di tutup dengan sebuah laser berbentuk empat segi berwarna merah. Gas-gas tidur keluar dari lubang-lubang kecil yang berada di atas dan juga dibawah tapak kaki mereka. Gas-gas itu semakin lama semakin banyak. Mereka berdua menerkup hidung dan mulut masing-masing supaya dapat bertahan lama. Beberapa saat kemudian, Lynna rebah sebelum dia dapat menggunakan kuasanya. Kaizo cuba keluarkan pedang tenaganya tetapi akhirnya dia tewas juga. Diri dia rebah ke atas lantai. Kali terakhir dia nampak adalah sepasang biji mata sedang memandang ke arah dia. Mata itu adalah milik Rizu dan dia memandang ke arah Kaizo dengan penuh sayu. Air matanya mengalir keluar dan akhirnya, semuanya menjadi gelap

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaizo tidak tahu berapa lama dia tertidur. Dia juga tidak tahu dimana dia berada sekarang ini. Semuanya gelap dan dia boleh dengar satu tangisan dari seseorang. Kaizo cuba membuka matanya sedikit demi sedikit. Tangan dia mula bergerak. Lalu dia mula sedar. Kedua-dua tangannya sudah ikat dengan tali rafia. Begitu juga dengan kedua-dua kakinya. Kaizo melihat sekelilingnya. Dia sudah tidak lagi terperangkap di dalam kotak laser berwarna merah. Dia menoleh ke kiri dan nampak Lynna sedang duduk dalam keadaan tidur di atas kerusi. Sama seperti diri dia, kaki dan tangan Lynna turut diikat dengan tali. Lalu dia pandang ke depan. Lelaki tadi sedang memeluk adiknya sambil menangis. Adiknya seperti sudah kembali sihat tapi dalam keadaan sedikit lemah. Rizu pula, terkulai lemah di atas katil. Rizu dalam keadaan tidak berbaju. Ada kesan-kesan darah pada badannya. Pada dadanya dia pula, ada kesan jahitan

"Rizu?" bisik Kaizo

Lelaki itu terdengar bisikan Kaizo tadi. Dia mula angkat adiknya dan lari dari situ. Kaizo menggunakan kekuatannya untuk lepaskan dari ikatan tersebut. Dia bergelut untuk putuskan tali rafia itu Pergelangan tangan dia mula terasa sakit dan ianya mula menjadi merah. Kaizo tidak mahu berputus asa tetapi masih lagi tidak berjaya. Tenaga dia makin lemah tetapi dia masih lagi mahu mencuba. Tiba-tiba tangan dia terasa ada seseorang sedang membuka ikatannya

"Eh.." Kaizo menoleh kebelakang "Lynna? Bagaimana kau boleh terlepas?"

"Aku terjaga tadi. Lepas tu aku gunakan kuasa teleportasi aku untuk lepaskan diri" kata Lynna setelah dia siap membuka ikatan Kaizo

"Cepat, kita kena kejar dia" Kaizo membuka ikatan di kakinya "Kita tidak boleh lepaskan dia"

"Biarkan dia. Kita tiada masa untuk kejar dia. Yang penting sekarang ini, kita kena selamatkan Rizu" ujar Lynna

Sang gadis itu bergegas lari ke arah katil Rizu. Sang gadis itu periksa degupan jantung Rizu. Ianya semakin lama semakin lemah. Rizu tidak mempunyai banyak masa. Dia akan kehilangan nyawa

"Ma-maaf" Rizu cuba hendak bercakap "Pi-Pizu nak mi-minta maaf. Ibu.. ibu... maa-ma-maafkan Pizu"

"Rizu, kau kena kuatkan diri" kata Kaizo "Kau tidak boleh tinggalkan kami. Nanti Pang akan sedih. Dia sayangkan kau seperti adik dia sendiri. Abang pun sayangkan kau"

"Ma-maafkan Pizu..." Rizu cuba menarik nafas "Abang.. Paizo... Pi-Pizu..tak.. kuat"

"Abang tak benarkan kau pergi!"

Kaizo peluk Rizu seperti dia peluk Fang. Air mata dia menitis kerana tidak sanggup kehilangan Rizu. Sebelum ini, dia sangka dia akan kehilangan Fang tapi dia tidak sangka, Rizu yang akan pergi dulu. Lynna tidak dapat menahan kesedihannya. Lalu dia menangis di situ sambil menggenggam tangan Rizu. Mata Rizu sudah tertutup rapat

"Rizu.. jangan tinggalkan kami" kata Lynna "Kaizo.. aku tak nak kehilangan dia. Rizu budak baik, dia masih kecil lagi. Kalau dia takde, aku nak jawab apa dekat ibu dia? Aku tak nak ibu dia sedih. Aku tak sanggup melihat ibu Rizu menangis melihat anaknya sudah tiada" Dia baringkan kepalanya di dada Rizu. Dia mengesat air matanya apabila degupan jantung Rizu masih belum terhenti lagi. Mereka masih ada lagi peluang untuk selamatkan Rizu

Lynna cepat-cepat mencapai tangan kanan Kaizo. Dia harus selamatkan Rizu sebelum degupan jantung itu berhenti. Dia bangun dan terus pandang Kaizo

"Apa yang kau cuba lakukan?" soal Kaizo

Lynna tidak menjawab. Dia pejamkan matanya dan berharap apa yang dia bakal lakukan akan membuatkan Rizu terjaga semula. Sebutir kristal timbul di antara Kaizo dan Lynna. Kristal itu bercahaya dengan terangnya. Mata Lynna terbuka semula dan pada masa yang sama, sedikit cahaya dari kristal itu, terapung keluar

"Lynna, kristal ini dapat bantu Rizu?"

"Ya, Kaizo" Mata Lynna hanya perhatikan cahaya kecil itu "Hanya ini satu-satu caranya untuk selamatkan Rizu sebelum terlambat. Aku dengar degupan jantung dia tadi. Kuasa kristal ini tidak akan dapat selamatkan nyawa Rizu sekiranya dia-" Dia tidak sanggup katakan perkataan itu

Kaizo faham dan diamkan diri sahaja. Cahaya itu tadi mula menyerap masuk ke dalam dada Rizu. Kristal mereka berdua hilang seperti angin. Lynna menunggu Rizu membuka matanya. Lalu dia pergi periksa degupan jantung Rizu. Degupan itu mula berdegup dengan normal

"Ayah" itu perkataan pertama datang dari mulut Rizu

"Rizu.. Rizu" Kaizo cuba bangunkan Rizu. Dia angkat kepala Rizu sedikit dengan tapak tangannya "Rizu.. abang dan kak Lynna ada dekat sini"

"Pizu jumpa ayah tadi" Mata Rizu sudah mula terbuka. Satu senyuman terukir di bibirnya "Dia cakap, belum tiba masanya untuk Pizu pergi. Dia cakap, Pizu kena jaga ibu.. lepas tu, terus Pizu terjaga"

Lynna terus peluk leher Rizu sambil menangis kerana gembira. Dia berikan satu kucupan di dahi Rizu

"Kak Lynna, abang Paizo.."

"Kenapa Rizu?" soal Kaizo

"Pizu rasa sedih sangat dengan orang tadi tu. Adik dia sakit tapi Pizu tak dapat nak buat apa kecuali Pizu dermakan jantung Pizu"

"Tapi Rizu rela ke? Nanti ibu Rizu macam mana?" Lynna belai kepala Rizu yang masih lagi terbaring "Rizu tak nak tengok ibu Rizu menangis kan? Nanti dia keseorangan jikalau Rizu takde"

"Pizu tahu" Rizu menatap wajah Lynna seketika "Sebab itu Pizu minta maaf dekat ibu. Pizu tahu, Pizu buat salah.. Pizu nak minta maaf dekat ibu. Pizu selalu pentingkan diri sendiri sampai lupakan tentang orang lain"

"Tak, Rizu bukan macam tu" Lynna belai kepala Rizu lagi. Sang kecil itu dapat rasakan belaian itu seperti belaian dari seorang ibu "Bukan ke Rizu kata tadi, Rizu sanggup dermakan jantung Rizu untuk budak tu. Perbuatan Rizu tu memang baik tapi... jangan bertindak bersendirian ok"

"Ok" Lalu Rizu memeluk leher Lynna "Rizu nak balik. Rizu rasa penat.. abang Fang mesti risaukan tentang Rizu"

"Errr.." Kaizo tersengih seketika. Lalu dia ceritakan kepada Rizu "Sebenarnya Pang ada dekat hospital sebab kemalangan. Maafkan abang kerana terpaksa rahsiakan kepada Rizu. Abang nak suruh Emmy bawa Rizu main bola semalam. Abang cuma tak nak melihat Rizu sedih sebab Pang" Dia mula rasa bersalah

"Habis tu, tak kan abang Paizo nak berahsia dengan Pizu sampai abang Fang keluar hospital"

"Tak Rizu. Abang cuma nak pastikan Pang dalam keadaan stabil, baru abang beritahu Rizu" jelas Kaizo "Pang kehilangan banyak darah tapi Rizu jangan risau, abang sudah dermakan darah abang kepada dia. Sekarang ni, Pang dalam keadaan stabil tapi.. dia belum bangun lagi"

"Abang Fang koma?" Kaizo angguk kepalanya. Rizu mula rasa sedih "Pizu nak melawat abang Fang nanti, boleh?"

"Boleh Rizu" balas Lynna "Tapi sebelum tu, kita pergi ke makmal Emmy dulu untuk periksa jantung Rizu"

"Ok"

Rizu setuju sahaja. Lalu Kaizo dukung Rizu. Sang kapten itu langsung tidak rasa berat kerana Rizu sangat ringan. Lynna pegang lengan kiri Kaizo. Lalu dia gunakan kuasa teleportasinya untuk pulang ke Pulau Rintis

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Fang"

"Yea ibu" Kepala Fang baring di atas riba ibunya. Keiko tidak putus-putus belai kepala anaknya

"Fang tak nak bangun lagi?"

"Hmm.. rasa macam tak nak"

"Fang tak nak jumpa abang ke?" soal Kai kepada anaknya "Mesti abang tengah tunggu tu"

"Ayah ni! Macam nak halau adik aje"

"Hehehe.. ayah bukan nak halau, cuma ayah tak nak abang kamu risau" ujar Kai "Bukan abang kamu sahaja, kawan-kawan kamu pun tengah tunggu Fang dekat sana. Kalau adik tak nak bangun, nanti abang akan rasa sedih"

"Ok tapi bagi adik bersedia dulu" Fang melihat wajah ibu dan ayahnya "Adik tak bersedia untuk tinggalkan ibu dan ayah. Adik tak puas lagi. Adik nak berborak lagi tapi kalau adik pergi, adik cuma dapat melihat video lama sahaja"

Fang bangun dari riba ibunya. Dia mula menangis di dalam dakapan ibunya. Keiko mengusap belakang badan Fang secara lembut

"Kami faham tapi ini bukan dunia kamu" kata Keiko "Dunia Fang di luar sana. Masih panjang lagi perjalanan Fang. Adik jangan sedih ok. Ibu selalu ingatkan adik, ibu dan ayah sentiasa di hati adik. Kami tidak pernah tinggalkan adik dan juga abang"

"Adik tidak pernah lupakan ibu dan ayah" kata Fang di dalam dakapan ibunya

"Ya anakku" Keiko mula nyanyikan sebuah lagu anaknya

Lagu itu membuatkan Fang tertidur di situ

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"ABANG FANG!"

Rizu peluk leher abang angkatnya sebaik sahaja Fang membuka matanya dengan luas. Fang sudah terjaga dari komanya. Dia rasa sedih kerana selepas ini, dia tidak dapat berborak mesra lagi dengan ibu bapanya

"Kenapa abang Fang nampak sedih?"

"Eh, takdelah.. abang Fang tak sedih pun" Fang mula berikan satu senyuman kepada Rizu "Abang dekat hospital ke?"

"Yea" balas Rizu

Fang melihat sekeliling bilik itu. Abang dia ada di dalam bilik itu juga. Kaizo lega melihat adiknya sudah bangun. Lalu dia keluar dari bilik itu untuk berikan laluan Rizu berborak dengan Fang. Dia tidak tahu samada Rizu akan ceritakan apa yang berlaku sewaktu Fang dalam koma atau Rizu rahsiakan perkara itu. Mungkin buat masa sekarang ini, Rizu akan rahsiakan. Dia mahu abang angkatnya cepat sembuh dan tidak perlu risau tentang apa-apa. Kaizo duduk di kerusi yang sudah tersedia di luar bilik adiknya. Di sebelah dia adalah Lynna

"Rizu makin bersemangat aku tengok" kata Kaizo

"Ha ah, semenjak dia balik dari makmal Emmy. Dia nampak semangat. Data yang kita dapat dari Emmy, menunjukkan jantung dia pulih sepenuhnya. Sebelum ini, Emmy ada cakap. Jantung Rizu pulih sebab ada teknologi alien yang pasang dekat jantung dia. Tentang adik beradik hari tu, kau nak jejaki mereka ke?"

"Aku rasa tak perlu" Kaizo pandang wajah Lynna dengan satu senyuman kecil "Aku rasa, kalau tangkap orang yang culik Rizu hari tu. Ianya akan timbul masalah. Adik dia, siapa nak jaga nanti? Aku tak nak berikan kesedihan dekat mereka kerana pisahkan orang itu dari adik dia. Biarlah mereka bahagia. Lagipun Rizu sudah selamat"

"Hmm.. kalau tak selamat? Aku.." Kaizo pegang tangan Lynna dan lalu dia potong percakapan sang gadis itu

"Jangan risau tentang hal itu lagi. Semuanya sudah selamat. Pang pun sudah bangun. Kau jangan cemari perasaan kau dengan kesedihan itu. Aku tak suka melihat kau dalam keadaan sedih"

Lynna tersenyum sedikit kerana kata-kata Kaizo tadi sambil selitkan rambut dia sedikit kebelakang telinga. Kaizo menatap wajah Lynna dengan begitu lama. Lalu dia alihkan pandangan dia ke tempat lain. Pipi dia menjadi merah seperti merah tomato. Dia bangun dari tempat duduknya. Lynna rasa hairan dengan kelakuan Kaizo tadi

"Aku nak pergi tengok Pang. Aku sudah lama tak cari gaduh dengan dia"

Lynna gelengkan kepala sambil tersenyum kecil. Tak sah jikalau adik beradik itu tidak bergaduh. Dia pun turut ikut Kaizo masuk ke dalam bilik wad Fang

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dua minggu kemudian, Kaizo sudah bersiap-siap dengan memakai pakaian barunya. Topeng helmetnya juga sudah dipakai olehnya. Pakaian itu menunjukkan dia adalah seorang kapten di stesen TAPOPS. Pada malam ini, dia akan kembali ke TAPOPS untuk jalankan tugas dia sebagai seorang kapten. Dia akan tinggalkan planet bumi dan juga adiknya. Dia tidak mahu ucapkan selamat tinggal kepada Lynna. Adik dia pula, sudah tentu Fang akan faham nanti. Sebelum dia melangkah pergi, Kaizo singgah bilik adiknya terlebih dahulu. Pintu bilik adiknya terbuka luas. Fang sudah tertidur di atas katil bersama dengan laptop yang masih terbuka. Kaizo pergi melihat apa yang tertera pada skrin laptop itu. Ada sebuah video yang belum dimainkan lagi. Lalu dia mainkan video itu. Fang tidak terjaga langsung walaupun suara ibu mereka keluar dari video itu

"Kaizo, masih tak tidur lagi?"

"Belum lagi ibu" kata Kaizo di dalam video itu "Kaizo nak tengok ayah buat experiment dulu"

"Awak pergilah tidur dulu. Nanti saya hantar Kaizo ke bilik dia"

"Tapi jangan lewat sangat" kata Keiko "Kalau lewat, ibu akan denda Kaizo"

"Dekat ayah, ibu tak nak denda juga ke?" Kaizo ketawa kecil

"Eh, ayah pun kena denda juga? Nakal betul Kaizo ni" Kai cubit pipi anaknya "Comelnya anak ayah"

"Ayah pun kena denda juga.. hehehe. Ibu masuk tidur dulu ok. Jangan lewat sangat, nanti adik kamu cari pula. Kasihan dia tidur sorang-sorang dekat dalam bilik"

Kaizo terus peluk ibunya

"Selamat malam ibu"

"Selamat malam Kaizo"

Video itu berhenti di situ sahaja. Kaizo tutup laptop tersebut. Dia menatap wajah adiknya buat kali terakhir sebelum dia bertolak pergi. Sejurus itu, dia keluar dari bilik itu tanpa berkata apa-apa kepada adiknya. Suatu hari nanti, dia akan kembali ke bumi

---------------------------------------------------------------------------------------------

Ini chapter terakhir :( Sepatutnya nak update tahun depan tapi disebabkan akak siap awal sebab banyak sangat freetime n sudah puas berehat xD so akak update ajelah

Thank you semua kerana sudi baca fanfic ini! Maaf jika ada kekurangan atau rasa tak best dengan fanfic Aku Abang, Kau Adik :3 Next year.. tak tahulah apa rancangan akak.. hehehe

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro