Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Stokin

Awal pagi lagi Kaizo sudah pun berada di dalam kapal angkasanya untuk jalankan latihan tempur dia seperti biasa. Idoli ada di situ dan dia juga ingin menjalani latihan tersebut kerana bagi dia, terasa sangat seronok. Fang ada di rumah bersama Rizu. Manakala Faye, dia tidur di rumah Bella sebab malam semalam sibuk bergossip sampai tak ingat dunia. Lily pun tidur di rumah Bella juga. Masing-masing dengan hal agenda mereka tersendiri

"Rizu buat apa dengan stokin-stokin ni semua?" tanya Fang sambil melihat Rizu keluarkan semua stokin lama dari sebuah beg kertas dan kumpulkannya di atas meja ruang tamu. Semua stokin itu di dalam pelbagai warna "Stokin ni ada bau ke?" Dia dan Rizu duduk bersila di atas lantai ruang tamu

"Takdelah, orang gaji Pizu tolong basuhkan semua stokin-stokin ni. Pizu kumpul stokin ni dari kawan-kawan Pizu, stokin lama Pizu dan stokin lama ibu. Pizu nak buat sesuatu dengan stokin-stokin ni" Rizu keluarkan sepasang stokin berwarna putih dari beg penguin dia. Stokin itu telah pun dihiasi dengan dua pasang mata dan sepasang dan beberapa benang hitam untuk dijadikan rambut

"Hehehee.. Rizu buat apa dengan stokin tu?"

"Ini adalah Sock puppet!" Rizu memakai stokin itu di tangan kanannya "Hehehe.. comel tak? Nama stokin ini adalah Sukida, tak pun Pocky ke.. hehehe.. Abang Fang pun boleh buat sock puppet juga"

"Pizu nak buat sock puppet ni untuk apa?" tanya Fang sambil angkat salah satu stokin berwarna pink. Lalu dia pakai stokin di tangan kanannya "Hehehe.. macam best aje"

"Memamg best pun! Pizu cadangkan nak buat persembahan sock puppet dekat kedai Tok Aba. Bolehlah abang Fang, abang Gopal, abang Boboiboy, abang Zakwan dan abang Harraz tolong buatkan sebuah pentas untuk sock puppet ni dan kakak Bella boleh jadi tukang tulis cerita.. hehehehe.. lepas tu kita panggil budak-budak untuk melihat persembahan sock puppet ni"

"Ok juga cadangan Rizu ni.. Rizu memang seseorang yang kreatif"

"Pizu biasa sahaja, abang Fang"

"Betul abang cakap, Rizu memang betul betul kreatif. Abang pun tak boleh terfikir nak buat sock puppet guna stokin lama ni" Fang bermain dengan stokin pink itu seperti ianya bercakap dengan menggunakan tangan dia "Hehehee... hai, nama saya Pinkie.. saya suka berwarna pink! dan unicorn adalah kawan baik saya!"

"Heheee... abang Fang pun jadi kreatif juga tapi setiap orang ada kreatif cara tersendiri.. hehehee.. abang Fang kreatif dalam kenakalan" Fang terus cubit hidung Rizu dengan tangannya yang ada stokin itu "Hehehee.. jom kita hiaskan setiap stokin ni" Rizu keluarkan dua buah kotak kecil dan juga sebotol gam. Lalu dia buka salah satu kotak. Fang melihat di dalam kotak itu terdapat manik-manik dalam pelbagai bentuk, warna dan juga size. Ada juga dalam bentuk mata

"Abang nak jadikan stokin ni bentuk Yaya.. sebab dia kan suka pink.. hehehehe.. ada kain pink tak? Stokin ni kena pakai tudung, barulah jadi Yaya"

"Dan letak bunga dekat tepi.. baru macam kakak Yaya.. Pizu nak buat abang Fang lah.. pakai cermin mata purple" Rizu buka sock puppet dia dan lalu ambil stokin berwarna ungu yang ada belang-belang berwarna putih. Lalu dia memakai stokin itu "Hehehee.. mesti seronok kita buat sama-sama" Dia membuka satu lagi kotak dan di dalam kotak itu terdapat beberapa gelung benang yang tebal dan ada beberapa potongan helaian kain dalam pelbagai warna. Rizu juga keluarkan sebuah buku yang ada bermacam-macam warna, kotak pensil dan juga sebilah gunting

"Ok, jom kita buat project Rizu ni... lepas tu abang panggil kawan-kawan abang untuk buatkan tempat persembahan sock puppet ni dan juga tulis skript ni.. ok tak?"

"Ok aje abang Fang" Rizu lekatkan dua biji mata yang telah diletakkan gam pada stokin itu "Pizu nak buat abang Fang, nak kena gunting kertas purple ni jadi cermin mata.. mesti comel!"

"Pandai Rizu buat.. Rizu bukan macam budak-budak lain, Rizu budak luar biasa" Rizu rasa malu pula dengan pujian daripada abang kesayangan dia

"Kenapa pula abang Fang? Pizu biasa aje, macam budak-budak lain juga" Rizu buka stokin ungu tadi untuk melukis cermin mata kecil pada kertas ungu tadi "Abang Fang yang luar biasa sebab abang Fang kan alien"

"Abang memang luar biasa pun" kata Fang dengan bangganya "Tapi Rizu luar biasa sebab apa yang Rizu nampak di sekeliling Rizu, Rizu akan jadikannya mainan seperti kotak yang Rizu jadikan kapal angkasa, istana, pedang kotak dan bermacam-macam lagi. Lepas tu Rizu pandai melukis, boleh buat komik sendiri dan abang sendiri tidak pernah nampak Rizu main dengan phone atau ipad seperti kanak-kanak lain"

"Sebab ibu tak bagi Pizu main dengan phone atau ipad. Ibu tak nak Pizu terlalu taksub sangat dengan gadget. Kalau video game pun, Pizu main kadang-kadang aje sebab Pizu lebih suka bermain di luar bersama kawan-kawan Pizu dan juga abang Fang! Lagipun ibu tak nak Pizu habiskan masa dengan gadget sahaja, ibu nak Pizu menjadi kanak-kanak yang sihat dan aktif! Hehehee..."

"Oklah tu. Abang dulu-dulu mana ada kawan sebab abang Kaizo tak bagi abang berkawan dengan sesiapa pun. Jadi sepanjang masa abang akan duduk di tepi, hanya melihat abang Kaizo berlatih dengan pedang tenaga dia sahaja. Masa dia ada misi pun, dia selalu sibuk dan tiada masa untuk bermain dengan abang.. dia selalunya berikan buku untuk abang habiskan masa dengan membaca ataupun ikut dia menjalani latihan tempur. Begitulah kehidupan abang dulu-dulu tapi sekarang semuanya sudah berubah tapi... abang Kaizo still tak nak main bola sepak dengan abang" Fang melilit sehelai kain pink di stokin pink itu untuk dijadikan tudung

"Dia tak nak main bola sepak dengan abang Fang tapi abang Kaizo tetap sayangkan abang Fang.. hehehee.. dan abang Fang selalu cakap abang dan adik selamanya. Pizu berharap abang Fang dan abang Kaizo akan kekal hubungan korang sebagai abang dan adik selamanya" Rizu sudah habis siap melukis sebuah cermin mata kecil yang comel dan lalu dia gunting cermin mata itu untuk di lekatkan pada stokin nanti

"Hmmm.. abang pun berharap begitu tapi abang yakin, abang Kaizo tak kan tinggalkan biarkan abang kesunyian selepas ini. Kalau dia biarkan lagi, abang akan sekeh kepala dia.. MUAHAHAHAAA!" Fang terus menggenggam tangannya yang ada stokin pink. Tiba-tiba kepala dia terus berpaling kepada seekor haiwan yang bernama Lily si itik. Ekor dia sedang bergoyang-goyang dan berjalan dengan begitu megah sekali keluar dari dapur. Entah apa dia buat di dalam dapur sebentar tadi tapi itu yang bukan Fang mahu ketahui. Dia sebenar ingin sekeh kepala itik itu "Hehehee.. jumpa pun si itik tu. Meh sini, aku nak sekeh kepala kau" Lily si itik terus berhenti jalan dan lalu dia lari lintang pukang kerana tidak mahu dirinya di sekeh oleh tuan dia yang suka membuli dia

"QUACK QUACK QUACK QUACK QUACK!" Lily si itik berlari masuk ke dalam bilik Faye tetapi Fang sudah buka stokin pink tadi untuk pergi tangkap itik itu. Fang masuk ke dalam bilik dan bermulalah aksi kejar mengejar "QUACK QUACK QUACK QUACK QUACK!"

"MANA KAU NAK LARI HAH! MARI SINI KAU! AKU NAK SEKEH KEPALA KAU SEPUAS-PUASNYA!"

"QUACK QUACK QUACK QUACK QUACK!" Lily si itik berlari sekitar rumah cuma dia belum dapat naik ke tingkat atas lagi "QUACK QUACK QUACK QUACK!"

"Kau ingat kau tu comel sangat! Kau ingat aku tak tahu tentang konspirasi itik kau tu! Kau cuba nak gulingkan pemerintahan comel si Picu! Kau ingat aku tak reti bahasa itik.. mari sini kau! AKU NAK SEKEH KEPALA KAU TU. LEPAS TU AKU BUAT KAU JADI ITIK SALAI, TAK PUN JADI ITIK GORENG ATAUPUN ITIK PANGGANG!"

"Hmmm.. apalah si abang Fang tu, dengan itik pun nak bergaduh" Rizu gelengkan kepala bersama dengan stokin boneka dia. Lalu dia sambung buat stokin boneka yang lain. Fang dan Lily si itik masih lagi berkejaran di dalam rumah itu

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Kenapa kau bawa banyak sangat kotak ni? Pang nak aku dan dia pindah rumah ke?" tanya Kaizo yang baru sampai di bumi bersama Idoli. Boboiboy, Gopal, Zakwan dan Harraz tersengih melihat Kaizo yang sudah mengangkat kening sebelah

"Bukan macam tu abang Kaizo.. Fang suruh bawa kotak kotak ni semua untuk membuat persembahan dekat kedai Tok Aba nanti" jawab Boboiboy

"Oh begitu.. apabila tiba-tiba dia nak buat persembahan? Dia nak aku terharu lagi ke seperti hari tu dengan persembahan dari cerita aku semasa aku kecil dulu tu?"

"Bukan kot abang Kaizo" Boboiboy menjadi tukang jawab dan kawan-kawan dia yang lain, hanya tersengih sahaja sambil angguk kepala mereka "Dia cakap tentang sock puppet.. tak tahulah persembahan apa dia nak buat dengan stokin-stokin tu nanti"

"Hmm... sesuatu yang menarik" kata Kaizo sambil mengusap dagunya "Tapi.. ini bukan dari idea dia. Ini mesti idea dari orang lain dan aku dapat teka siapakah orang itu"

"Siapa abang Kaizo? Adakah orang itu adalah kak Lynna sendiri? atau pun Yaya sebab dia orangkan suka buat kerja amal, lebih-lebih lagi si Yaya tu" kata Gopal "Tapi.. macam mana dia orang boleh paksa Fang buat kerja-kerja amal? Hmmm... kepelikan"

"Ehem ehem ehem"

"Kau kenapa, Boboiboy? Sakit tekak ke?"

"Takde apalah Gopal" Boboiboy malas nak menjawab jawapan yang sebenarnya kerana Kaizo ada di situ "Jadi.. siapa orang tu abang Kaizo?"

"Entah-entah si Rizu yang berikan idea tu" kata Harraz secara tidak langsung "Sebab Fang akan dengar kata-kata si budak penguin tu dan juga kak Lynna. Kalau orang lain, kedegilan dia akan bertingkat-tingkat sehinggalah dia terpaksa terima nasihat itu.. hehehee"

"Kutuk adik aku yea.. kau ni belum pernah kena hukuman latihan tempur" Kaizo merenung tajam ke arah mata Harraz sehingga berpeluh Harraz dibuatnya "Lepas raya nanti, semua akan dikenakan latihan tempur"

"Fuh, selamat aku takde dekat sini dah selepas raya" bisik Zakwan yang rasa lega sedikit

"Kau pun akan tetap kena juga" kata Kaizo yang terdengar bisikan Zakwan tadi. Mata Kaizo yang merah menyala bagaikan api, perhatikan keempat-empat budak lelaki itu dengan senyuman sinisnya. Mereka terus menelan ludah. Mereka terasa ingin lari dari situ tetapi mereka tahu, Kaizo akan mengejar mereka. Lalu Kaizo buka pintu pagar dan menyuruh mereka masuk ke dalam halaman rumah

"Te-terima ka-kasih abang Ka-Kaizo" jawab Boboiboy yang sudah lemah lututnya kerana takut dengan Kaizo

"Kamu sahaja ke yang datang ke rumah aku? Kawan-kawan perempuan kamu tidak dijemput?"

"Tak tahulah abang Kaizo. Fang tak beritahu kita orang apa-apa, dia cuma beritahu tentang project dia dan suruh kita orang bawa kotak-kotak ni semua" kata Harraz sambil tunjuk sebuah kotak besar yang dia sedang bawa

"Idoli suka kotak! Abang Rizu selalu buat sesuatu dengan kotak.. hari tu kan, abang Rizu buatkan sebuah rumah menggunakan kotak tu. Idoli selalu tidur dalam kotak tu.. heheheee..." Kaizo teringat lagi, rumah kotak yang terpaksa bawa naik atas sebab Idoli asyik tidur di dalam kotak sahaja. Dia juga terpaksa letak kotak itu di dalam bilik tidurnya "Mesti abang Rizu ada idea yang menarik! Tak sabar Idoli nak tengok" Idoli melompat-lompat di dalam halaman rumah

"Sampai pun korang" Fang sudah muncul di pintu rumahnya yang terbuka luas itu. Mereka rasa pelik melihat Fang penuh dengan bulu-bulu itik "Cepat tolong aku dan Rizu buat project stokin"

"Hehehee.. project stokin. Macam nak buat stokin aje.." bisik Boboiboy sambil tergelak kecil

"Pang, apahal badan kau penuh dengan bulu itik ni? Apa kau sudah buat dekat itik tu? KAU PERGI JADIKAN DIA ITIK SALAI KE?"

"Mana adalah abang. Adik kejar dia, lepas sudah dapat tangkap si itik tu.. adik kurunglah dia dekat dalam sangkar" kata Fang dengan penuh bangga. Dia pelawa kawan-kawan dia dan juga abang dia masuk ke dalam rumah. Kaizo melihat meja ruang tamunya bersepah dengan stokin dan juga alatan lain. Manik-manik berterabur di atas lantai dan juga di atas meja. Ada beberapa stokin sudah siap dengan sepasang mata dan juga rambut benang mereka. Semuanya di susun di atas kerusi sofa

"Menarik stokin-stokin ni semua. Siap ada bentuk kau, Pang" kata Kaizo sambil membelek-belek stokin-stokin yang sudah di lekatkan dengan sepasang mata dan juga rambut benang

"Hehehee.. ini adalah idea Rizu" kata Fang

"Ha ah! Pizu nak buat persembahan dekat kedai Tok Aba! Boleh ajak budak-budak kecil untuk menonton persembahan sock puppet kita tapi.. Pizu takde jalan cerita. Pizu kena minta bantuan daripada kakak Bella" Rizu terus berikan sehelai stokin yang ada rupa Kaizo, kepada Kaizo sendiri "Nah, ini adalah sock puppet abang Kaizo!"

"Hmmm..." Kaizo ambil stokin itu dan lalu dia sarungkan stokin itu di tangan kanannya

"Hehehee.. comelnya!" kata Idoli "Idoli punya mana?"

"Idoli punya, abang Pizu belum buat lagi" Rizu dan Idoli terus memilih stokin untuk membuat stokin boneka rupa Idoli

"Bagus juga idea Rizu ni. Aku kagum dengan idea-idea menarik dari Rizu. Walaupun kena buli pun, tapi dia tetap kuat, bersemangat dan tidak ambik pedulik tentang hal-hal kes buli dia. Abang Boboiboy bangga dengan Rizu" kata Boboiboy. Lalu Rizu bangun dan berkata sesuatu

"Sebab Pizu pun ada kehidupan Pizu juga... Lagipun Pizu ada abang abang dan kakak kakak yang sentiasa berikan semangat dekat Pizu, kawan-kawan Pizu pun sama juga tapi kadang-kadang, Pizu terfikir.. bagaimana yang tiada kawan dan diri dia asyik dibuli setiap hari. Mesti kehidupan dia lagi sukar daripada Pizu sendiri. Pizu bertuah dapat abang Fang dan juga kawan-kawan abang Fang yang sentiasa berikan Pizu semangat tapi orang lain, tidak mempunyai nasib yang baik seperti Pizu. Kalau boleh, Pizu nak mengadakan kempen anti-buli.. hmmm.. mungkin kakak Yaya dapat membantu Pizu"

"Bagus betul dengan idea kempen anti buli tu" kata Harraz

"Abang boleh juga berikan kata-kata kepada mereka sebab abang sendiri pernah buli abang kamu si Fang tu dan juga rakan-rakan dia. Tengok apa jadi sekarang, dia orang terima abang sebagai kawan mereka. Abang harap, pembuli Rizu dapat meminta maaf dekat diri Rizu dan insafkan diri mereka" Zakwan belai kepala Rizu "Maafkan abang sebab dulu abang ada buli Rizu dan kawan-kawan Rizu juga"

"Pizu sudah lama maafkan abang. Sekarang abang sudah berubah dan tidak lagi seperti dulu. Pizu bangga dengan abang Zakwan" Buat pertama kalinya, Zakwan mendapat sebuah pelukan dari Rizu "Pizu sayang abang Zakwan!"

"Apasal kau tiba-tiba menangis Gopal?"

"Aku menangis sebab Rizu terima kemaafan dari Zakwan.. sedih tahu tak melihat seorang pembuli, bertukar menjadi baik dan berkawan baik dengan orang-orang yang dia pernah buli dulu. Kau tak rasa sedih ke, Boboiboy?" Gopal mengesat air matanya

"Tak, aku cuma rasa terharu sahaja" balas Boboiboy sambil tersenyum kecil "Sudahlah, jom kita tolong Rizu dengan project stokin dia" Rizu lepaskan pelukan dia tadi

"Yeahhh! Pizu dan abang Fang sudah banyak buat stokin boneka. Kita orang ada buat superhero Pulau Rintis iaitu abang Boboiboy, abang Fang, abang Gopal, kakak Yaya dan juga kakak Ying!" Rizu terus berikan stokin boneka kepada Boboiboy dan Gopal. Kedua-dua stokin itu adalah rupa mereka sendiri "Comel tak?"

"Comel" balas Boboiboy

"Abang nak buat apa dengan stokin abang tu?" tanya Fang sambil melihat abangnya sedang bermain-main dengan boneka dalam rupa diri dia "Abang suka yea tengok stokin boneka yang Rizu buatkan tu"

"Hmm.. abang saja nak main. Tak boleh ke?" tanya Kaizo dengan nada serius dia "Abang nak simpan ni boleh?"

"Boleh.. tapi rasa pelik pula abang Paizo nak simpan sock puppet tu" Rizu tergelak melihat Kaizo masih lagi bermain-main dengan stokin boneka itu "Hehehee.. nanti Pizu buat yang baru. Abang Paizo simpanlah buat kenangan daripada Pizu.. manalah tahu abang Paizo nak tinggalkan bumi dan bawa abang Fang sekali. Jadi Pizu bagi hadiah kenangan untuk abang Paizo supaya tidak lupakan Pizu dekat sini"

"Terima kasih Rizu" Lalu Kaizo naik ke atas untuk masuk ke dalam bilik dia. Stokin boneka itu masih lagi di tangannya "JANGAN NAK BUAT BISING! AKU NAK PERGI BEREHAT!" Kaizo masuk ke dalam bilik dia dan terus tutup pintu biliknya

"Rizu"

"Yea abang Zakwan"

"Kalau Rizu nak jayakan persembahan ni, apa kata abang buatkan sebuah pentas tapi bukan daripada kotak ni. Abang akan buat dengan menggunakan kayu. Macam mana? Ok tak?"

"OK! OK! Pizu suka! Pizu suka dengan cadangan dari abang Zakwan.. terima kasih!" Rizu buat muka comel dekat Zakwan sebagai tanda terima kasih

"Hehehee.. kalau macam tu, kita orang pergi kumpulkan semua kayu yang ada dan terus ke kedai Tok Aba. Fang, kau tolong Rizu dan tunggu budak-budak perempuan datang. Err.. kau ada hubungi dia orang jugakan?" kata Boboiboy

"Ada tapi tak tahulah kenapa dia orang lambat" Fang melihat jam kuasanya "Korang pergilah dulu, nanti apa-apa hal.. aku akan menghubungi korang"

"Ok" kata Boboiboy "Tapi.. kotak-kotak ni semua, korang nak guna lagi tak?"

"Pizu nak guna! Pizu nak buat sesuatu dengan kotak-kotak tu" Rizu melihat empat buah kotak yang sudah tersandar di tepi dinding rumah "Pizu nak jadikan tempat Pizu dan Idoli bermain"

"YEAHH! Idoli nak rumah kucing boleh?"

"Boleh Idoli" kata Rizu

"Tengok Idoli buat anak kucing.. tapi ini anak kucing yang bernama IDOLI!" Rizu pergi melihat stokin boneka yang dibuat oleh Idoli tadi. Stokin itu berwarna oren, ada sepasang butang warna hitam dan sepasang telinga kucing. Idoli bermain-main dengan stokin boneka tersebut

"Nanti jumpa dekat kedai Tok Aba" kata Harraz

"Ok!" kata Fang sambil melihat kawan-kawan dia beredar keluar dari rumah dia "Hmm... mana dia orang ni"

"Abang Fang main ajelah dengan kita orang dulu sementara tunggu dia orang sampai" Rizu berikan stokin boneka yang Fang buat sebentar tadi "Jom kita main lawan-lawan" Fang mengambil stokin boneka yang telah diberikan oleh Rizu tadi, lalu dia sarungkan di tangan kanannya

"INILAH IDOLI! CADET IDOLI!" Stokin boneka kucing dia telah pun di sarungkan pada tangan kanan Idoli "Jom kita pergi mengembara!"

"Dan Kapten Rizu telah kembali! Mengembara di angkasa" Rizu mengangkat tangan kanannya tinggi-tinggi. Tangan kanannya sudah pun disarungkan dengan stokin boneka dalam rupa Rizu "Jom cadet Idoli, ikut kapten ke planet MANIK!" Rizu lempar butang-butang dari kotak kecilnya di sekitar ruang tamu. Mereka berdua berkejar-kejaran di situ sambil memanjat kerusi dan meja di sekitar rumah

"Aduh.. aku juga yang jadi tukang kemas nanti" kata Fang sambil sarung stokin bonekanya "DAN AKU ADALAH KOMMANDER OCD! Kommander yang suka mengemas"

--------------------------------------------------------------------------------------------------

"Macam mana Rizu, ok tak abang buat pentas ni?" kata Zakwan sambil menunjukkan sebuah pentas untuk persembahan stokin boneka Rizu nanti. Pentas itu diperbuat daripada kayu yang dibuang dan digunakan semula oleh Boboiboy, Gopal, Zakwan dan Harraz. Ianya seperti sebuah television tetapi tiada kaca di tengah-tengah lubang empat segi itu. Rizu boleh duduk di belakang dan angkat stokin boneka untuk membuat persembahan dia nanti

"WAH! Lawa lawa! Lebih ok daripada guna kotak" Rizu bertepuk tangan kerana gembira melihat pentas itu "Boleh kita hias dan cat pentas tu nanti. Mesti lagi nampak menarik dan budak-budak kecil pun suka tengok"

"Jangan risau, biar kakak-kakak yang tolong hiaskan!" muncul Lily dengan sepasukan kawan dia iaitu Yaya, Ying, Bella dan Faye "KAMI ADALAH PASUKAN TRIO HURU-HARA!"

"Errr... Lily, ini bukan lagi trio.. ini sudah lima orang, jadi quintet" kata Yaya sambil tersengih

"Hehehee.. kalau begitu.. KAMI ADALAH PASUKAN QUINTET HURU HARA"

"Macam tak best aje bunyi dia" bisik Fang "Aku lebih suka nama trio huru hara"

"BESTLAH BUNYI QUINTET HURU HARA!" Lily goyang-goyangkan bahu Fang "Lagi banyak ahli, lagi best!"

"Wei... wei... pe-peninglah... ke-ke-kepala aku..." Lily tetap goyangkan bahu Fang "Ra-rasa.. nak... mu-muntah"

"ERK!" Terus Lily berhenti. Lalu Fang tersenyum sinis kepada Lily "Ka-kata nak mu-muntah tadi ta-tapi... apasal tengok Lily macam Lily ni adalah mangsa nak kena sekeh dengan si landak"

"Disebabkan aku memang tak boleh nak sekeh kepala si pelik ni, Lily si itik tu akan menjadi penggantinya! HAHAHAAAA! HABISLAH KAU WAHAI SI ITIK!" Lalu Lily goyang-goyangkan bahu Fang lagi

"LANDAK SUKA SANGAT BULI SI ITIK TU! WHY LANDAK WHY! SEBAB TU SI ITIK TU SUDAH MULA BUAT KONSPIRASI ITIK UNTUK MENGGULINGKAN PEMENRINTAHAN LANDAK!"

"Hmm... tadi abang Fang ada cakap pasal konspirasi itik juga, sekarang ni tiba-tiba pula kakak Lily sebut tentang konspirasi itik.. agaknya, Lily si itik memang ada rancangan nak gulingkan kita semua" Rizu mengusap-gusap dagunya "Konspirasi itik yang terlampau banyak konspirasinya.. memang dasyat juga si itik ni"

"Isk, sudahlah tu.. konspirasi itik ke, landak ke.. sekarang ni kita perlu hiasi pentas ni dan kita berlatih dulu sebelum kita tunjuk kepada orang ramai" kata Yaya dengan tegasnya

"Yolah.. aku sudah bawa radio supaya kita boleh masukkan sekali dengan agenda musical.. kita bincang sama-sama" Ying tunjuk sebuah radio kecil yang telah dibawa olehnya "Bella sudah siapkan skript untuk pertunjukkan ini"

"Aku tadi beri idea dekat Rizu, kita buat tentang superhero Pulau Rintis iaitu Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying sebab budak-budak dekat sini semuanya suka dengan superhero Pulau Rintis. Ianya dapat menarik lagi ramai budak-budak dan para pelakon stokin boneka sudah semestinya korang berlima"

"Ok juga tu, Bella. Aku suka dengan idea kau" kata Boboiboy sambil angguk kepalanya "Mari kita mulakan sekarang!"

"YEAHHHH!"

Mereka menjerit di situ tapi tanpa disedari oleh mereka, ada sekumpulan kanak-kanak memerhatikan Rizu dari jauh. Merekalah kanak-kanak yang suka membuli Rizu dan tidak suka apabila Rizu begitu mesra sekali dengan para superhero Pulau Rintis. Mereka memang cemburu tetapi mereka tertanya-tanya, bagaimana kanak-kanak yang bernama Rizu dapat berkawan dengan mereka semua? Apakah keistimewaan Rizu yang mereka tidak nampak? Tetapi mereka tidak mahu tahu, mereka cuma ingin patahkan semangat Rizu. Iri hati dan dengki sentiasa ada di dalam diri mereka. Memang sukar hendak buangkan sifat-sifat terkutuk itu, melainkan mereka insaf dengan sendirinya

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan paginya, Fang dan Rizu tergaman melihat pentas stokin boneka mereka habis dimusnahkan. Kayu-kayu pentas itu sudah di pantahkan, kain-kain yang telah dihiasi oleh kawan perempuan mereka, telah dikoyakkan dan paling sedih sekali, ada plushie penguin dengan kepalanya tercabut. Di papan kayu yang masih elok lagi, tertulis perkataan Loser. Kotak yang dipegang oleh Rizu tadi, terjatuh ke atas tanah. Mata dia mula berkaca

"Abang Fang.. Pizu sedih" Rizu peluk badan Fang dan lalu dia menangis di situ "Pizu buat ni sebab Pizu nak hiburkan hati budak-budak dekat sekitar Pulau Rintis tapi apa yang Pizu dapat... hanyalah hasat dengki dari budak-budak lain. Salah ke Pizu buat benda baik?"

"Tak Rizu" balas Fang sambil belai kepala Rizu "Apa yang Rizu buat adalah sesuatu yang baik. Jadi Rizu tak buat salah pun. Yang buat salah adalah mereka yang cemburu dengan Rizu"

"Tapi kenapa mesti Pizu? Pizu takde pun buat apa-apa dekat mereka" Fang lepaskan pelukan Rizu tadi dan lalu dia melutut di depan Rizu. Dia mengesat air mata Rizu sambil mengangkat sedikit cermin mata Rizu "Pizu.. Pizu..." Terus Rizu lari daripada situ

"RIZU!" Fang pergi mengejar Rizu "RIZU! JANGAN LARI!"

"Eh, kenapa tu?" tanya Yaya sambil melihat Fang sedang mengejar Rizu

"Yaya, cuba kau tengok dengan pentas kita orang" Yaya pandang ke arah pentas yang sudah habis dimusnahkan

"Siapa yang musnahkan pentas ni, Ying?"

"Aku tak tahulah, Yaya. Kasihan dekat si Rizu tu.. mesti ada orang mahu sabotaj pertunjukkan stokin boneka dia"

"Aku pun rasa begitu, Ying. Aku harap, semangat Rizu tidak akan patah begitu sahaja. Kita perlu buat sesuatu. Tengah bulan yang suci ni, ada juga yang buat hal.. macam-macam betul" kata Boboiboy sambil melutut di tepi pentas yang musnah itu. Dia mengangkat kepala dan badan plushie penguin "Semenjak Rizu menjadi hero dalam permainan Quidditch hari tu, macam-macam berlaku dekat diri Rizu. Menjadi kebanggaan orang ramai dan juga menjadi sasaran untuk dibuli. Kasihan Rizu.. dia tu dah lah sakit, nak juga buli dia"

"Berikan anak patung penguin tu"

"Kau nak buat apa dengan anak patung ni, Ying?"

"Aku nak jahit semula maa... penguin adalah haiwan kegemaran Rizu, tak patut kita buang dan biarkan sahaja badan dan kepala dia terpisah"

"Ha ah, betul kata Ying tadi. Jadi.. macam mana dengan pertunjukkan kita ni? Tak kan dibatalkan terus? Aku sudah ajak adik aku dan kawan-kawan dia sekali untuk menonton persembahan kita nanti"

"Itu kau tak perlu risau, Yaya. Aku akan buat balik pentas ni" kata Zakwan yang ada di situ juga "Aku, Gopal dan Harraz akan pergi cari papan lagi untuk bina pentas ini yang lebih baik!"

"Kalau begitu.. aku, Lily dan Faye akan hiasi balik pentas itu nanti" kata Bella

"Aku dan Ying akan kemaskan sekitar kedai Tok Aba ni... goodie bag untuk kanak-kanak pun sudah siap semuanya!"

"Apa yang korang letak dalam goodie bag tu?" tanya Boboiboy sambil berikan plushie penguin kepada Ying

"Aku, Ying, Bella dan Faye ada letak keychain plushie superhero Pulau Rintis.. setiap bag ada berlainan superhero.. hehe.. tapi ada juga keychain abang Kaizo, Adudu dan Probe. Selain itu ada buku nota kecil dan juga dua batang pensil! Semua ini adalah percuma kerana kami telah menggunakan hikmat percuma dari makmal cik Emmy kita yang serba genius!"

"BETUL TU!" Emmy terus muncul di situ bersama Idoli "Tapi kakak biskut tak sedap ada janji dengan Emmy nak buat cendawan pizza esok!" Berkerut-kerut dahi Yaya kerana mendapat komen bahawa biskut dia tidak begitu sedap. Yaya tarik nafas panjang untuk tenangkan diri dia

"Esok akak akan buatkan pizza tu khas untuk Emmy.. nanti bolehlah berbuka puasa dengan pizza tu" kata Yaya yang masih lagi dalam keadaan tenang. Ying rasa nak tergelak melihat Yaya yang cuba mengawal kemarahan dia "Oh yea, Emmy sudah panggil kawan-kawan Emmy dari sekolah?"

"Sudah!"

"Idoli tak sabar nak tengok tapi kenapa dengan pentas tu?"

"Hmmm... ada orang dengki dengan Rizu" jawab Yaya "Tapi jangan risau, abang Zakwan, abang Gopal dan abang Harraz akan bina pentas baru untuk persembahan kita nanti" Yaya terus membelai kepala Idoli

"Kasihan abang Rizu.. abang Rizu mana?" Idoli mencari-cari Rizu di sekitar taman itu "Abang Fang pun takde, mana dia orang?"

"Abang Fang sedang pujuk hati Rizu yang sedang kesedihan tu.. akak harap, Rizu akan tabahkan hati dia" Lalu Idoli berikan plushie kucing kepada Yaya "Kenapa berikan kepada akak?"

"Sebab kakak Yaya nampak sedih. Jadi Idoli berikan plushie kucing untuk hilangkan kesedihan di hati akak" Yaya tersenyum kecil dengan tangannya mengambil plushie kucing itu dari Idoli "Tengok! Kakak Yaya senyum!"

"Terima kasih, Idoli" Kepala Idoli dibelai sedikit oleh Yaya "Jomlah kita buat kerja kita. Nanti mesti Fang akan kembali ke sini dengan Rizu. Aku pasti Rizu akan gembira balik apabila dia melihat apa yang kita sudah lakukan"

Maka mereka semua sibukkan diri masing-masing untuk jayakan project stokin ini dan pada masa yang sama, mereka ingin gembirakan hati Rizu semula

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Fang mencari-cari Rizu di sekitar taman Pulau Rintis. Ramai kanak-kanak, remaja dan juga keluarga yang bersiar-siar di situ tetapi satu pun bukan Rizu di kalangan mereka semua. Dia tidak mahu mengalah, dia tetap akan mencari Rizu dan paling penting sekali, dia tidak mahu Rizu keseorangan. Dia takut kalau pembuli-pembuli Rizu akan menjumpai Rizu terlebih dahulu daripada dia. Lalu dia ternampak seorang remaja lelaki duduk di atas kerusi roda sambil memujuk Rizu. Fang menjejak langkahnya untuk pergi ke tempat Rizu sedang duduk itu. Dia tidak memanggil nama Rizu kerana dia takut jika Rizu lari lagi. Sampai sahaja di situ, dia terus duduk di sebelah Rizu. Kepala Rizu hanya tertunduk sedikit sahaja dan kaki dia berhayun-hayun di bangku taman

"Kenapa dengan dia?" tanya Aidan

"Budak-budak musnahkan tempat pertunjukkan dia" balas Fang sambil menyentuh sedikit bahu Rizu

"Rizu, siapa budak-budak tu? Mari beritahu abang" Rizu hanya gelengkan kepala dia sahaja "Kenapa Rizu tak nak beritahu?"

"Sebab Pizu takut.. kalau Pizu beritahu, nanti lepas tu abang Aidan pergi marah dia orang and then mesti Pizu akan jadi mangsa lagi" Rizu mengesat air matanya "Pizu tak nak kena buli lagi. Dulu abang Fang sama sekolah dengan Pizu, dia orang tak berani nak buli Pizu. Masa abang Fang kena buli dengan abang Zakwan dulu, mereka lagilah suka buli Pizu tapi bila abang Zakwan sudah berhenti, dia kadang-kadang sahaja buli Pizu tapi... sekarang, kalau waktu rehat.. nampak aje Pizu, mereka saja nak buli Pizu. Roy dan kawan-kawan Pizu yang lain cuba mempertahankan Pizu tapi dia orang pun tewas juga. Kakak Emmy pun selalu tolong Pizu dekat sekolah tapi dia pun tak dapat nak halang mereka. Pizu tak nak beritahu sebab Pizu tak nak abang Fang risau. Pizu beritahu kakak Emmy supaya jangan beritahu sesiapa pun.. Pizu selalu balik rumah abang Fang sebab Pizu nak ceriakan hati Pizu"

"Hmmm... kasihan Rizu" Aidan belai kepala Rizu "Tapi tak kan Rizu nak biarkan mereka buli Rizu sepanjang masa. Rizu takde beritahu ibu Rizu?"

"Takde" kata Rizu sambil gelengkan kepala dia "Tak nak bagi ibu risau. Ibu selalu sibuk dan balik lewat.. sebab itu Pizu tak risaukan ibu. Jadi Pizu ceriakan hati Pizu dengan meluangkan masa bersama abang Fang, abang Paizo, kakak Lynna dan paling utama sekali ialah IDOLI! Hehehe" Dia tergelak sedikit di dalam kesedihan itu

"Baguslah tu tapi apa-apa pun, Rizu kenalah beritahu abang kalau Rizu ada masalah dengan dia orang ni. Ingat tak lagi tahun lepas, yang Rizu tak kisah kalau dia orang buat apa dekat Rizu tapi Rizu tidak akan mengalah. Kenapa sekarang ni Rizu nampak macam mengalah?"

"Sebenarnya abang Fang.. sebelum-sebelum ni, takdelah seteruk mana tapi semenjak Pizu di panggil hero dalam pasukan biru, terus menjadi-jadi macam hari tu. Semalam dia orang cuba nak ambik beg dan kotak Pizu tapi selamat kakak Bella, kakak Faye dan kakak Lily ada lalu dekat situ. Terus dia orang lari. Dia orang tu sebenarnya takut dengan kakak Bella sebab kakak Bella tu garang macam singa.. hehehee.. bukan dengan kakak Bella aje dia orang takut, dengan abang Aidan pun dia orang takut"

"Oh, kalau macam tu.. biar abang Aidan akan sentiasa temani Rizu. ok tak?" Rizu terus tersenyum kepada Aidan

"Ok aje abang Aidan tapi.. Pizu tak menyusahkan abang Aidan ke nanti?"

"Tak" Aidan membalas balik senyuman dia kepada Rizu

"Rizu ok tak sekarang ni?" tanya Fang

"Ok tapi sedih.. macam mana Pizu nak buat pertunjukkan sock puppet nanti. Pizu sudah beritahu kawan-kawan Pizu datang ke kedai Tok Aba petang nanti tapi semuanya musnah" Rizu lap air matanya "Mesti kawan-kawan Pizu akan rasa sedih"

"Kalau Rizu beritahu, mesti dia orang akan faham apa yang berlaku tapi kakak Yaya dan kakak Ying akan tetap berikan mereka goodie beg" Fang rasa lega sedikit melihat Rizu sudah mula tersenyum "Tapi.. abang nak tanya. Tak kan dia orang tak tahu dengan abang Kaizo? Dia lagi garang. Garang dia tahap sadis!"

"Heheehee.. itu sebab dia orang berangan nak berkawan dengan abang Paizo. Dia orang kadang-kadang berharap sangat abang Paizo berikan Pizu hukuman berat-berat tapi abang Paizo tidak pernah nak menghukum Pizu sebab abang Paizo pernah beritahu Pizu sendiri. Abang Paizo tak nak lihat Pizu tiba-tiba jadi sakit sebab kena hukuman dari dia. Abang Paizo memang seseorang yang sangat prihatin dan abang Paizo tahu juga, Pizu akan menyesal sendiri dengan kesalahan yang Pizu pernah buat"

"Baguslah tu tapi Rizu nak tahu tak... masa mula-mula dulu, abang lihat Rizu ni takut, malu, tangan pun menggigil tengok abang dan kawan-kawan abang. Masa tu abang rasa kasihan dengan Rizu. Bila Rizu cakap nak berkawan dengan abang, abang terima sahaja sebab abang nak tengok Rizu gembira dan tekaan abang memang tepat. Abang masa tu nampak keikhlasan Rizu dari mata Rizu sendiri tapi... lepas tu, Rizu lakukan perkara yang buat abang rasa tak selesa tapi abang takut nak marah Rizu sebab abang tak nak buat hati Rizu terguris dengan kata-kata kemarahan abang nanti. Masa Rizu cuba hendak menjadi abang, abang sudah mula risau sebab abang tak naklah Rizu hilang identiti sendiri kerana abang sebab abang lebih suka diri Rizu yang tersendiri. Mempunyai identiti yang sangat unik seperti katak pili kita tu.. hehehee"

"Hehehee... katak pili. Pandai abang Fang ejek kakak Lily yea tapi... terima kasih sebab tidak memarahi Pizu pada ketika itu. Kalau tidak, mesti Pizu akan rasa patah semangat. Abang Fang adalah abang yang terbaik! Walaupun panas baran.. tapi ada satu aje Pizu minta abang Fang jangan buat lagi"

"Apa dia?" tanya Fang

"Abang Fang janganlah buli Lily si itik lagi.. kasihan dia tau. Boleh naik stress itik tu" Terus Fang bermasam muka. Aidan tergelak melihat reaksi Fang "Itik tu buat salah pun dengan abang Fang"

"Ada apa.. pernah sekali dia pergi tidur di atas muka abang. Sampai abang mimpi si itik tu kejar abang, ada tu si itik tu mimpi nak bunuh abang dengan pisau, dia pergi potong kepala plushie Neko Neko.. mana abang tak geram dengan itik tu. Selamat abang tak jadikan dia itik salai, itik goreng, itik panggang, satay itik ke.."

"Hmm... satay itik yea" Fang mengusap-gusap dagunya sambil fikirkan nak buat satay itik

"ABANG FANGG!"

"Hehee.. maaf tapi apa yang Rizu katakan tadi tu.. nampak sedap aje. Sudahlah si itik tu nampak gebu, banyak isi.. muahahahaa!" Fang tergelak sinis di situ. Aidan hanya mampu gelengkan kepala sambil ketawa kecil

"ABANG FANGGGG!"

"Maaf maaf... jomlah Rizu, kita pergi balik ke kedai Tok Aba" Lalu Fang bangun dari bangku itu

"Untuk apa? Pizu bukannya boleh buat apa pun. Semuanya sudah musnah.."

"Tak semua musnah Rizu" kata Fang dengan suara yang agak lembut "Semangat Rizu walaupun sudah rentak sedikit tapi Rizu boleh bangkit semula. Semangat yang ada dekat abang pun masih belum musnah lagi dan mungkin juga.. semangat dekat kawan-kawan kita semua tidak musnah juga. Jangan lupa juga dengan stokin boneka yang kita berdua buat semalam, masih lagi elok kerana Rizu menjaganya dengan baik. Kita masih ada itu lagi cuma pentas sahaja yang musnah. Kita guna cara lain untuk jayakan persembahan kita nanti"

"Ha ah, betul kata abang kamu tu. Jangan mengalah, kuatkan semangat dan tunjukkan kepada pembuli Rizu yang diri Rizu tidak boleh dikalahkan dengan semudah itu. Abang dulu pun pernah diejek kerana tidak boleh berjalan. Hati abang cukup terasa dengan kata-kata mereka tetapi abang buktikan kepada mereka, walaupun abang tidak boleh lagi berjalan, semangat abang masih lagi ada. Biar tak kan biarkan mereka buli abang ataupun patahkan semangat abang. Kawan-kawan abang sentiasa ceriakan hati abang.. hehee.. Rizu pun jangan mengalah. Kalau dia orang buat hal lagi, beritahu sahaja abang. Biar abang ajar dia orang"

"ABANG AIDAN MEMANG TERBAIK!" Rizu bangun dan terus peluk leher Aidan "Hehehe... Pizu sayang abang Aidan!"

"Sayang Rizu juga" bisik Aidan

"Jom Rizu, kita ajak abang Aidan pergi ke kedai Tok Aba" Rizu terus kembali bersemangat. Wajah keceriaan dia sudah pun kembali. Dia terus mengambil tangan Fang untuk berjalan bersama. Aidan hanya tolak kedua kerusi roda dia sambil tersenyum

"Abang Fang, abang Fang.. malam ni Pizu nak tidur rumah abang Fang boleh? Pizu sudah minta kebenaran dari ibu dan ibu bagi! Dia pesan dekat Pizu, jangan nakal-nakal dekat rumah abang Fang dan jangan kacau abang Paizo buat kerja"

"Boleh Rizu" balas Fang. Mereka berdua bernyanyi-nyanyi sepanjang perjalanan mereka ke kedai Tok Aba. Aidan hanya memerhatikan mereka dari belakang sahaja

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sampai sahaja di kedai Tok Aba, Rizu tidak percaya apa yang dia nampak. Sekumpulan kanak-kanak sedang berseronok menghiasi stokin mereka untuk dijadikan stokin boneka. Yaya, Ying, Bella, Faye dan Lily sibuk melayan kanak-kanak itu sambil bergembira. Lagu di radio sedang di mainkan untuk menbangkitkan suasana yang ceria. Boboiboy ada mengumpul sedikit sebanyak stokin yang tidak diperlukan. Ada sebotol manik, satu kotak penuh dengan helaian kain yang sudah siap dipotong dan juga beberapa gelung benang tebal. Semua itu diletakkan di atas tikar yang sudah dibentangkan di depan kedai Tok Aba. Gopal, Zakwan dan Harraz sedang sibuk siapkan pentas terbaru untuk persembahan mereka nanti. Emmy ada di situ, sedang melayan Idoli. Aidan terus pergi menolong budak-budak lelaki yang sedang bertukang itu

"Apa semua ni?" tanya Rizu dengan gembiranya

"Ini semua rancangan daripada kita semua. Akak perasan yang Rizu masih ada lagi stokin yang berlebihan. Jadi sebagai ahli club superheroes, kita orang mengadakan kelas seni! heheee... dia orang boleh buat stokin boneka dia orang sendiri sementara tunggu pentas siap" kata Yaya "Rizu suka tak dengan rancangan kita orang?"

"Pizu.. Pizu... PIZU RASA SUKA SANGAT! TERIMA KASIH SEMUA!" Rizu terus berlari untuk sertai kelas seni itu. Dia tidak sangka pula kawan baik dia ada di situ juga iaitu Roy. Fang terus duduk di atas bangku sambil melihat suasana yang sangat ceria itu

Mereka berdua bergelak ketawa sambil membuat stokin boneka dalam bermacam-macam bentuk. Ada yang buat naga, kucing, Picu pun ada sekali, beruang, wajah Boboiboy pun ada yang budak-budak buat juga dan bermacam-macam lagi. Makin ramai yang datang ke kedai Tok Aba. Mereka ingin meluang masa di situ dengan berseronok dan bergelak ketawa bersama rakan-rakan mereka. Pentas untuk persembahan boneka, sudah pun siap. Bella, Faye dan Lily terus menghiasi pentas itu. Tok Aba dan Ochobot rasa gembira melihat wajah kanak-kanak yang bersuka ria di situ

"Bagus rancangan korang ni yea, atuk suka sangat" kata Tok Aba

"Hehehee... tak sangka pula dia orang boleh buat idea macam ni" Fang terus menoleh ke kiri. Dia nampak abang dia bersama dengan Lynna. Picu sedang dipeluk oleh Lynna "Bangga betul akak dengan kamu semua"

"Sebenarnya.. idea ni datang dari Rizu tapi disebabkan pentas dimusnahkan oleh budak-budak yang tidak bertanggungjawab, adik tidak tahu pula kawan-kawan adik buat satu lagi idea tapi abang dan kakak jangan risau. Persembahan stokin boneka akan tetap diadakan"

"Eloklah, buat benda yang berfaedah. Jangan nak buat benda mengarut pulak selepas ini"

"Mana adalah abang. Adik tak kan buat kerja mengarut kecuali kalau ada orang cuba nak cari pasal dengan adik.. HAHAHAAAAA!" Terus kepala dia kena ketuk dengan abang dia "ABANGGGG!" Tetapi Kaizo buat-buat tidak tahu sahaja

"Jom Lynna, aku pun nak cuba buat stokin ni.. manalah tahu aku boleh buat muka adik aku yang serba tak betul tu"

"ABANGGGGGG!" Fang mengamuk dekat abangnya tetapi Kaizo tetap lagi abaikan adiknya "ABANGG! JANGANLAH BUAT-BUAT TAK TAHU AJE!" Lynna tergelak melihat gelagat dua adik beradik alien itu. Seorang marah-marah dan seorang lagi asyik layan orang lain dengan muka serius sahaja

"Jomlah Picu, kita pergi main dengan Idoli ok" Picu hanya goyang-goyangkan antena dia tanda setuju

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro