Pin Emosi
"WOI! YANG KAU PERGI KACAU AKU PAGI-PAGI NI APAHAL?!"
"Ala landak.. Lily cuma nak minta bantuan daripada kau aje.. boleh kan kan kan kan kan" Lily berkelip-kelip mata sambil melihat Fang sedang menikmati sarapan pagi masin dia. Hari ini Kaizo telah sediakan mee goreng masin dan Fang terpaksa makan kerana tidak mahu membuat abangnya marah. Lily pun terpaksa makan sekali kerana Kaizo telah mengugut dia, jikalau Lily tidak makan mee goreng itu. Latihan tempur selama sebulan dia akan kena. Jadi Lily terpaksa menelan juga mee goreng masin itu tetapi selebihnya, dia letak di dalam pinggan Fang
"WOIIIII!"
"Ala, abang kau yang buat khas untuk kau. Jadi, kau kenalah makan banyak-banyak sikit" Lily tersenyum lebar kepada Fang yang bermasam muka itu. Bibir Fang bergerak-gerak untuk memarahi Lily dan hati dia sudah pun mengeluarkan kata-kata kesat khas untuk Lily tetapi dia menahan kemarahan dia. Dia biarkan sahaja kepala dia menjadi tak betul kerana terlampau lama sangat dia menahan kemarahan dia "Landak oh landak, kau ok ke?"
"Aku ok aje" Fang terus sambung mee goreng itu. Dia menambah lagi mee goreng masin abangnya dan lalu dia habis semangkuk besar mee goreng masin itu. Mata Lily terkebil-kebil melihat Fang habiskan kesemua mee tersebut
"Dasyat.. macam mana kau boleh tahan mee masin ni?"
"Aku hanya bayangkan abang aku dengan muka ngeri dia, cuba untuk menghukum aku kalau tak habis makan mee masin ni. Kalau tak habis, mesti dia akan kenakan aku hukuman latihan tempur dia tu"
"Ohhhhh! Lily pun nak cubalah lain kali. Lily bayangkan abang Kaizo tiap-tiap hari bagi pedang tenaga setiap kali time exam! Mesti muka ngeri dia akan muncul kalau jawab salah" Lily terus baringkan kepala dia diatas meja. Dia pejamkan mata dan tiba-tiba sahaja dia menjerit "AAAAAAAAAAAAAAAAAA!" Jeritan Lily sungguh nyaring sehingga pecah susu gelas Fang. Habis berkecai gelas itu dan meja itu penuh dengan tumpahan susu
"WOI! Senyaplah!" Fang terus mengambil sehelai kain buruk dan juga beg plastik
"Heeheheee.. maaf landak"
"Nah! Kau bersih balik sebab kau yang buat tadi" Lily mula buat muka sedih kepada Fang. Mata dia mula berkaca dan muncung mulanya makin lama makin muncung. Fang abaikan sahaja. Selepas tidak berjaya, Lily buat muka anak kucing, muka kasihan. Fang mula memandang ke tempat lain sambil tangan dia menghulurkan kain buruk dan plastik kepada Lily "Ala landak... pweettyyyyyy pleaseeeeeee!"
"Nope.." Fang pandang ke tempat lain sebab dia tidak mahu termakan dengan muka sedih merayu Lily sehinggalah Lily terpaksa mengalah
"Yelahh... Lily bersihkanlah tapi landak kena tolong Lily lepas ni"
"Tolong apa?" tanya Fang
"Hari tu korang buat persembahan untuk abang Kaizo tapi tak ajak Lily. Lepas tu korang pergi ajak si ratu pontianak ratu gila ratu tak guna yang suka merampas Boboiboy daripada diri ku!" Lily panjat keatas kerusi meja makan sambil bercekak pinggang "LILY TAK KAN MENGALAH DENGAN RATU LILY! LILY AKAN KALAHKAN DENGAN MENGGUNAKAN KUASA TERBARU LILY IAITU KUASA SUPER SONIC! KUASA UNTUK PECAHKAN GEGENDANG TELINGA DIA!"
"Err... bukan dia dah mati ke?"
"Ha ah, betul juga. KITA GUNA CARA LAIN PULAK! LILY AKAN PASANG PERANGKAP HANTU! DAN LILY TIDAK AKAN LEPASKAN DIA DARI SITU! HAHAHAHAHAAAAAAA!" Tanpa disedari oleh Lily, Kaizo masuk ke dalam dapur sambil mengusap-usap badan Pikachu. Dengan muka tembok, dia perhatikan Lily sedang ketawa berdiri di atas kerusi "LILY ADALAH SUPER LILYYYYY!"
"Super Lily konon" kata Kaizo "Pikachu jangan ikut perangai si itik pelik ni. Nanti Pikachu terkena jangkitan virus kerepek pisang dia, sebab itu anak itik nama Lily tu aku pergi letak tempat yang lebih jauh daripada kau. Takut anak itik tu pun ada virus kerepek pisang jugak. Pang, bawak turun kawan kau ni dan keluar dari rumah ni"
"Errrr.. baik abang" kata Fang. Dia mengambil mop dan lalu dia pergi mengelap muka Lily dengan mop
"UWAAAAA! APASAL MOP MUKA LILY! EH?! abang Kaizo bila ada dekat sini?" Kaizo memandang Lily dengan begitu lama sekali. Anak mata dia melihat Lily dari atas sehingga ke bawah kerusi. Lily faham apa yang dimaksudkan oleh Kaizo tadi. Dia tersengih dan turun dari kerusi tersebut "Maafkan Lily.. Lily lap lap meja ni" Dia mengelap meja itu sambil tersengih lagi kepada Kaizo "Lily akan bersihkan meja ni, buang kaca-kaca sekali.. lepas tu abang Kaizo boleh halau Lily keluar"
"Cepat sikit bersihkan, boleh aku halau kau keluar" kata Kaizo yang masih lagi memerhatikan Lily bersihkan meja itu dengan begitu pantas sekali. Kaca-kaca gelas itu telah dimasukkan ke dalam beg plastik dan terus dia buang ke dalam tong sampah
"SIAP!" kata Lily sambil memberikan tabik kepada Kaizo
"Bagus" Kaizo letakkan Pikachu di atas kerusi "PEDANG TENAGAAAA!" Lily dan Fang lari keluar dari dapur. Kaizo mengejar mereka berdua keluar dari rumah tersebut. Fang dan Lily lari lintang pukang sampai ke kedai Tok Aba. Kaizo menyimpan pedang tenaga dia dengan perasaan puas hati "Akhir... ketenangan" bisik Kaizo sambil menghirup udara segar pada pagi itu
---------------------------------
"Adeh, penat betul berlari. Selamatlah abang kau tak kejar kita orang sampai ke sini" Lily terdampar di depan kedai Tok Aba sambil tercungap-cungapnya
"Itu pun nak penat. Aku sudah biasa kena kejar dengan abang aku tu. Boleh dikatakan apabila aku buat hal dengan dia atau aku cari masalah dengan orang lain" Fang terus tinggalkan Lily keseorangan di situ. Dia masih lagi terdampar di rumput kehijaun. Dia sebenarnya tak dengar apa yang Fang katakan tadi sebab dia sudah mula berangan yang dia dan Boboiboy berterbangan di langit sambil berpegang tangan, dengan gelak ketawa sampai buatkan orang lain cemburu
"Indahnya langit pada hari ini"
Fang duduk disebelah Rizu dengan perasaan pelik dia. Rizu sedang membelek-belek sebuah pin baju yang berwarna merah "Kenapa Rizu? Ada sesuatu tak kena ke?"
"ABANGGGG FANGGG!" Rizu baru sedar dengan kehadiran abang kesayangan dia "Abang Fang nak tahu, pin ni kakak Emmy yang buat!"
"Apa pin tu boleh buat?" tanya Fang. Rizu tidak memberitahu apa fungsinya, dia terus lekatkan pin itu di lengan baju Boboiboy yang sedang membuat air hot chocolate, berhampiran dengan Rizu. Boboiboy tidak sedar dengan pin tersebut "Lepas tu? apa akan terjadi?" tanya Fang lagi
"Kita lihat dan tengok sahaja!" Rizu tersenyum sambil melihat Boboiboy membuat air hot chocolate. Lily sudah tersedar dari mengelamun dia, terus dia duduk di tepi Rizu
"BOBOIBOYYYY! KEKASIH HATI KU!" Menjerit Lily sehingga air hot chocolate itu tertumpah dan terkena jaket oren Boboiboy "Alamak! Lily mintak maaf! Lily tak sengaja"
"TAK SENGAJA KAU CAKAP! Yang kau pergi menjerit kenapa? Tengok, habis jaket aku kena hot chocolate. Isk! Kau ni memang suka sangat cari pasal. Cubalah duduk dediam" marah Boboiboy kepada Lily. Fang menggosok kedua belah matanya, dia tidak percaya kawan baik dia memarahi peminat setia dia dengan begitu garang sekali. Rizu hanya duduk diam sambil tersenyum. Sebutir air mata yang jernih, mengalir di tepi pipi Lily dan terus ke meja kaunter
"Boboiboy... marah Lily?" kata Lily dengan nada perlahannya
"Mestilah marah! Cubalah kalau kau tak menjerit macam orang gila, sudah tentu aku tak marah. Betul tak?"
"Betul" Lily menunduk kepalanya sambil bermain tangannya sendiri. Lalu matanya melirik kearah Fang. Wajah dia yang muram terus menjadi wajah tidak puas hati "INI MESTI LANDAK PUNYA KERJA!" Lily terus mengoyang-goyangkan badan Fang "LANDAKK! BASMIKAN VIRUS LANDAK CEPATT!"
"Kakak Lily jangan marah abang Fang. Ini sebab pin merah tu" Rizu mengambil balik pin itu. Boboiboy terus tersedar
"Eh, alamak! Lily, maafkan aku sebab marah kau tadi. Aku cuma terkejut sahaja dengan jeritan kau" Muka Lily terus bersinar-sinar. Senyuman Lily boleh nampak ke hujung gigi "Lily?"
"Boboiboy ku sudah pulih! BOBOIBOY KU SUDAH PULIHHHHHH!" Lily melompat-lompat, berlari-lari di sekeliling kedai Tok Aba "BOBOIBOY KU TIDAK TERKENA VIRUS LANDAK LAGI!"
"Macam mana aku boleh marah-marah tadi?" tanya Boboiboy yang rasa hairan dengan sikap dia tadi "Tak kan aku terkena virus landak pulak?" Fang merenung maut ke arah kawan baik dia "Hehehehe.. aku bergurau aje"
"Abang Boboiboy tak terkena virus landak. Pizu cuma letak pin ni tadi dekat baju abang Boboiboy"
"Pin?" Rizu tunjukkan pin berwarna merah kepada Boboiboy "Pin apa tu Rizu?"
"Pin kakak Emmy yang buat semalam" kat Rizu. Boboiboy mengambil pin itu dari tangan Rizu dan lalu melihat pin sekecil kacang tanah itu "Semalam Pizu tengok movie Inside Out dengan kakak Emmy. Lepas tu kakak Emmy dapat satu idea. Terus dia buat pin kecik tu tapi Pizu lupa pulak nak pulangkan pin merah tu. Kejap lagi kakak Emmy akan datang ke sini dengan pin-pin yang lain. Pin merah tu boleh buat orang ada sikap marah macam abang Fang. Sebab itu abang Boboiboy marah-marah kakak Lily tadi"
"Wuuuuu! Pin serba guna tapi kalau letak dekat landak, mesti berganda-ganda kemarahan dia. Mesti lagi dasyat dan sungguh menakutkan. Mesti lagi dasyat daripada abang dia!"
"Kau nak tengok aku mengamuk tak tentu pasal ke?" Lily angguk kepada Fang "Cheh, suka pulak kau yea"
"Mestilah suka! Kalau landak mengamuk, mesti dasyat.. macam abang kau tu"
"Hmm... yelah" Fang menoleh sedikit dan ternampak Emmy berjalan bersama dengan Gopal, Yaya dan Ying. Emmy sedang memegang sebuah kotak sederhana. Fang dapat rasakan, itu adalah pin yang telah disebutkan oleh Rizu tadi
"KAKAK EMMY DAH SAMPAI!"
"RIZUUUU!" Emmy memanggil nama Rizu dengan gembiranya. Rizu melambai-lambai Emmy bersama dengan Lily "Akak ada bawa semua pin yang akak cipta semalam tapi ada satu pin tambahan" Emmy letak kotak tersebut di atas meja kaunter Tok Aba dan lalu membukanya. Mereka semua duduk depan untuk melihat apa yang ada di dalam kotak tersebut. Ada lima pin berlainan warna iaitu purple, biru, hijau, kuning dan pink. Rizu letakkan pin merah di sebelah pin berwarna pink
"Korang nak cuba tak pin emosi ni?" tanya Emmy. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying berundur kebelakang sambil gelengkan kepala "Kenapa?"
"Sebab kita orang pernah terkena dulu, sebab itu dia orang tak kena balik" Fang mengangkat pin biru itu "Kalau warna biru ni, mesti sebab sedihkan"
"Betul tu abang Fely!" Berkerut-kerut dahi Fang apabila Emmy masih lagi memanggil dia Fely "Abang Fely nak guna pin tu dekat siapa?"
"Abang aku lah"
"Dey, yang kau ni suka sangat kena kejar dengan abang kau apasal? Bila nak insaf?"
"Jangan ditanya Gopal. Orang sudah nasihatkan dia banyak kali, masih lagi nak buat" kata Yaya sambil mengambil pin pink itu "Pin ini pula untuk emosi apa?"
"Emosi cinta" jawab Emmy. Mata Fang dan Lily bersinar-sinar melihat pin cinta itu. Tangan Lily makin dekat dengan tangan Yaya dan lalu Fang menepuk tangannya
"Apasal landak tepuk tangan Lily?"
"Sebab kau nak ambil pin tu" Fang merampas pin berwarna pink itu dari tangan Yaya. Yaya rasa geram pula dengan Fang sebab merampas pin itu dengan sesuka hati sahaja "Dan lagi satu sebab adalah aku nak gunakan dekat abang aku juga"
"Hmmm... kawan aku sudah kemaruk rupanya" kata Boboiboy dengan nada bosan "Kemaruk nak kena kejar dengan abang dia atau kemaruk nak tengok abang dia bercinta"
"Biarkan ajelah dia" kata Ying sambil melihat Fang tergelak sinis di situ "Kita tengok dan lihat sahaja si rambut cacak ni kena kejar nanti. Mesti seronokkan"
"Suka pula kau tengok aku kena kejar" Fang bermasam muka dengan Ying "Sudahlah, aku balik dulu. Aku nak cuba kedua pin ni dekat abang aku! HAHAHAHAHAAAA!"
"ABANG FANG! TENGOK SANA!" Fang terus melihat kearah Rizu sedang tunjukkan itu. Rizu mengambil pin pink itu di tangan Fang dan lalu lekatkan pin itu di baju abang kesayangan "Hehehee.. abang Fang kena tipu!"
"Cheh, tak gu-" Tiba-tiba mata Fang berubah. Mereka seperti nampak bentuk hati di kedua belah matanya "Oh kekasih ku, sudikah menerima diri ku ini"
"Errr.. kau cakap dengan siapa, Fang?" tanya Boboiboy
"Donut lobak merah aku lah" Fang abaikan sahaja gelakan yang dia terima dari rakan-rakannya "Aku perlu pergi ke bandar untuk melihat kekasih donut ku!"
"Landak landak... donut tu bukannya manusia"
"Biarkan ajelah dia Lily. Biarkan dia bercinta dengan donut lobak merah dia, asalkan dia bahagia"
"Betul tu Boboiboy" kata Lily sambil angguk
"Heheheee... abang Fang lawaklah. Suka pula Pizu tengok" Tanda membuang masa, Rizu terus menanggalkan pin itu dari baju Fang "Abang Fang ok?" Mata Fang kembali normal dan lalu mata dia terkebil-kebil. Fang melihat kawan-kawannya masih gelakan dirinya itu
"SUKA HATI AKULAH KALAU AKU NAK BERCINTA DENGAN DONUT LOBAK MERAH! SIBUK APASAL?"
"Suka hati kaulah Fang, tiada siapa nak halang pun" kata Yaya
"Nanti abang Fely pulangkan kedua pin tu yea"
"NAMA AKU FANG LAHHHH! FANG FANG FANG FANGGGG!" Fang terus berjalan sambil menghentak-hentak kakinya. Mereka boleh nampak aura-aura kegelapan Fang sudah mulai keluar. Rizu turun dari bangku kedai Tok Aba dan terus mengikut Fang
"ABANG FANGGG! TUNGGU!" menjerit Rizu
"Kenapa Emmy suka panggil Fang, abang Fely?" tanya Yaya
"Sebab Emmy ni mudah lupa nama orang kecuali Rizu sebab dia comel seperti anak penguin" Emmy tersengih melihat mereka semua "Maaf yea kalau Emmy selalu lupa kamu semua"
"Tak perlu minta maaf sebab kak Lily suka tengok si landak bad mood... heheheeee" Lily mula terfikir, apa akan terjadi dengan Kaizo, apabila Fang lekatkan pin biru ataupun pin pink dekat diri Kaizo nanti? "Mesti seronok ditonton ni" Dia tergelak seorang diri
"Hmmm.. sorang lagi nak kena kejar dengan abang Kaizo"
"Memang sesuai betul dia orang berdua tu yea" Mata Lily melirik ke arah Gopal. Dia terus memandang mata Gopal dengan lebih dekat "Janganlah pandang aku macam tu"
"Lily tak sesuai dengan landak ok. LILY HANYA-" Emmy lekatkan pin berwarna purple dekat Lily "LILY TAK NAK TERKENA KUMAN LANDAKKK! BASMIKAN KUMAN LANDAKKKKK! LILY TAKUT NANTI LILY JADI LANDAKKK!" Lily terus berlari ke rumah Bella tetapi dia berhenti di tengah jalan sebab takut jatuh. Dia pandang ke kiri, ke kanan, belakang dan juga atas, dia takut kalau ada object-object yang merbahaya yang akan terkena dia nanti. Lily terus menjadi seseorang yang ketakutan dan lebih berhati-hati. Jadi dia berjalan secara perlahan dan berhati-hati sepanjang perjalanan dia ke rumah Bella
-------------------------------
"Abang Fang betul ke nak lekatkan pin tu dekat abang Paizo?"
"Ha ah, sebab abang nak tengok abang Kaizo dengan perasaan sedih. Mesti nampak lucu kan kan kan kan" kata Fang sambil berjalan dengan gembiranya. Hati dia sudah tidak sabar untuk melihat abang dia menangis-nangis kesedihan sepanjang hari dan dia akan rakamkan detik-detik manis itu "Heheheheee... mesti Rizu akan tergelak nanti"
"Hehehee.. tapi tak baiklah buat begitu dekat abang Paizo"
"Ala, Rizu jangan risaulah. Bukan benda buruk pun pin emosi ni" Fang mengusap-gusap kepala Rizu yang berada di sebelah dia "Lagipun, abang Kaizo perlukan juga masa untuk bersuka ria. Tak nak lah dia asyik dengan muka tembok, muka serius, muka tiada perasaan, muka macam nak makan orang. Kalau pin emosi tak buat dia gelak ketawa.. abang terima sahajalah nasib abang"
"Abang Fang memang ambil berat tentang abang Paizo yea"
"Mestilah, abang Kaizo yang selalu menjaga abang dari kecik sampai sekarang" Lalu Rizu memeluk tangan Fang "Kenapa Rizu?"
"Saja tapi Pizu seronok sangat dapat berkenalan dengan abang Paizo dulu-dulu. Pizu rasa macam Pizu ada dua abang, iaitu abang Paizo dan abang Fang!"
"Tapi dulu abang selalu cemburu dengan Rizu sebab Rizu selalu bermanja-manja dengan abang Kaizo tapi lama-lama... abang Fang terima sahaja dan sedikit demi sedikit, abang Fang tak rasa cemburu dah" Fang tersenyum selepas itu "Lagipun abang terfikir, buat apa abang nak cemburu. Abang tahu yang Rizu tak kan rampas abang Kaizo dari abang Fang"
"Betul tu! tapi kalau kakak Lynna.. kadang-kadang Pizu anggap dia sebagai ibu Pizu, kadang-kadang Pizu anggap dia sebagai kakak Pizu sendiri. Kakak Lynna kalau sudah ada anak, mesti dia akan menjadi ibu yang terbaik!" Rizu melompat-lompat kegembiraan sambil terfikirkan Lynna bersama dengan seorang ataupun dua orang anak "Dan Pizu akan membalas jasa kakak Lynna dengan menjaga anak-anak kakak Lynna!"
"Hehehee.. Rizu makin lama makin comel pulak"
"Mestilah! Pizu sentiasa comel tapi Pizu tak nak orang ingat Pizu ni syok sendiri"
"Tiada siapa akan fikir begitu" Fang berikan senyuman dia kepada Rizu. Mereka sudah pun sampai di hadapan rumah terbiar yang tidak lagi terbiar. Rumah itu semakin hari, semakin ceria dengan adanya dua beradik yang suka bergaduh tetapi tetap mesra. Faye sudah mula duduk di situ juga tapi kadang-kadang dia pergi ke rumah Bella sebab tidak tahan dengan pergaduhan atau jerit-jeritan dari dua sepupunya. Fang membuka pintu pagar rumah itu dan menyuruh Rizu masuk terlebih dahulu
"Terima kasih abang Fang!"
"Sama-sama" Rizu menunggu Fang masuk ke dalam kawasan halaman rumah. Fang menutup pintu pagar itu tetapi tiba-tiba sahaja ada orang sedang menghalang dia menutup pintu pagar itu "Eh.. apa kau buat dekat sini?" Fang terkejut dengan kehadiran kawan baiknya iaitu Boboiboy
"Aku nak kau pulangkan pin pink tu lah. Janganlah kau pakaikan dekat abang kau pulak"
"Isk kau ni. Tak habis-habis nak sibuk dengan hal aku" Fang mengambil tangan Rizu dan terus berjalan ke pintu rumah "Kalau kau satu hari tak sibuk dalam urusan aku tak boleh ke?"
"Aku buat begini sebab aku nak nasihatkan kau sahaja. Kau tu kawan baik aku, jadi aku kenalah ingat-ingatkan kau. Hari itu, kau sudah pun buat abang kau terharu. Tak pasal-pasal kau nak pergi kenakan dia lepas tu" Fang terus tersedar dengan perbuatan dia itu. Dia teringat balik persembahan dia buat khas untuk abangnya. Persembahan membuat abang dia menangis, bukan kerana sedih tetapi kerana hati dia tersentuh. Hari itu juga dia suka dengan senyuman abang dia dan gelakan abangnya. Dia nampak abangnya begitu tenang sekali pada hari itu. Lalu dia terduduk di tangga hadapan rumah
"Hmm.. apa yang kau katakan, memang betul tapi aku ni... memang suka sangat cari nahas dengan abang aku" Lalu Boboiboy duduk di sebelah Fang
"Sudahlah tu Fang. Kau hentikan ajelah dengan kerja gila kau ni"
"Betul tu abang Fang! Pizu pun tak naklah abang Paizo seksakan abang Fang nanti"
"Yelah.. aku tak buat nakal lah" Lalu Fang tersenyum sinis dan lekatkan pin pink di baju Boboiboy. Mata hitam Boboiboy berubah menjadi warna pink, Fang tergelak sedikit dan Rizu rasa pelik melihat Boboiboy "Apa kau rasa sekarang ni, Boboiboy?"
"Aku? Aku rasa... AKU PERLU PERGI MENCARI KEKASIH HATI KU! Tetapi siapa?" Secara tidak langsung, Boboiboy terus berdiri dengan perasaan tidak mudah mengalah "Takpe, aku akan pergi mencari kekasih hati ku sehingga nafas ku yang terakhir! TUNGGU AKU! AKU AKAN DATANG WAHAI KEKASIH SEJATI HATI KU!"
"Kenapa abang Fang letak pin tu dekat abang Boboiboy?"
"Sebab abang nak pergi kenakan abang Kaizo dengan pin biru ni tapi Rizu jangan tanggalkan tau nanti" Fang tersenyum sinis melihat pin biru berada di tangannya. Dia ketawa kecil "
"APA KENA DENGAN KAU NI?" Muncul Kaizo di belakang adiknya. Fang dan Rizu menoleh kebelakang dan tersenyum tetapi senyuman Fang adalah senyuman nakal dia. Kaizo dapat rasakan adik dia sedang merancangkan sesuatu yang nakal terhadap dirinya. Dia sudah dapat meneka dengan setiap senyuman adiknya "Kau nak buat sesuatu yang nakal ke? KAU NAK BUAT HAL LAGI KE?"
"Errr.. mana ada, adik hanya berborak dengan Rizu sahaja. Betul tak Rizu?"
"Betul tu abang Fang. Kita orang berborak tadi, kita orang berborak pasal pi-" terus Fang memotong percakapan Rizu sebelum Rizu memberitahu perkara yang sebenarnya. Dia memeluk kaki abangnya dan buat aksi manja dekat kaki abangnya
"Oh abang ku, abang tidak percaya ke dengan adik? Adik kan baru sahaja buat abang terharu hari itu, tak kan adik nak kenakan abang pula. Kan tak baik tu"
"Hmmm... apa-apa ajelah kau ni" Kaizo melihat adiknya sedang memberikan wajah anak kucing kepada diri dia "Ingat comel lah tu. Sudah, masuk ke dalam" Fang melepaskan kaki abangnya. Kaizo masuk balik ke dalam rumah tanpa memeriksa di luar kerana Fang dan Rizu perasaan dengan kehadiran Lily. Dia berada di luar pintu pagar rumah sambil mengintai-intai. Dia menggigil apabila nampak Kaizo sebentar tadi
"WOI! KAU NAK MASUK KE TAK NAK?" jerit Fang kepada Lily
"Tak nak" balas Lily dengan suara pelahan dia "LILY TAKUT NAK MASUK SEBAB TAKUT ADA VIRUS LANDAK DAN ITIK BERJANGKIT DENGAN LILY NANTI! LILY TAKUTTTTT!" Terus Lily berlari lintang pukang. Fang dan Rizu memandang satu sama lain sebab rasa pelik dengan tingkah laku Lily
"Tetapi apa nak di peliknya, dia kan memang sudah pelik"
"Betul tu abang Fang!"
"Jom masuk" Fang terus masuk ke dalam rumah bersama Rizu. Mata dia hinggap ke atas diri abangnya yang sedang bersenam di tepi ruang tamu. Sebentar lagi, Kaizo akan pergi berjogging di taman Pulau Rintis, berserta dengan senaman sekali. Fang berjalan ke arah belakang abangnya
"Kau nak apa?" tanya Kaizo
"Adik cuma nak..." Fang terus lekatkan pin biru itu di belakang baju abangnya "Adik cuma nak ucapkan selamat maju jaya!"
"Kau ni-" Kaizo mula rasa pelik dengan emosi dia. Dia seperti rasa dia mahu menangis dan pemikiran dia asyik berfikirkan tentang kesedihan yang melampau. Kaizo pusing kebelakang dan terus memeluk adiknya "Adik ku jangan sedih. Abang ada dekat sini" Fang boleh mendengar tangisan abangnya "Abang dari dulu sehingga sekarang, tidak putus-putus menjaga adik. Adik jangan sesekali tinggalkan abang, abang tak nak keseorangan"
"Abang Paizo ok ke?"
"Abang ok sahaja, Rizu. Cuma abang takut..." dia menangis seketika "Cuma abang... abang... abang... TAK NAK KEHILANGAN ADIK ABANG YANG TAK GUNA NII! UWAAAAA!" Fang belai belakang abang dia sambil menahan ketawa
"Apa kata abang pergi duduk. Adik buatkan sup lobak merah untuk abang, abang nak tak?" Kaizo lepaskan adiknya. Mata abang dia penuh dengan air mata, siap air di hidung meleleh keluar "Ini betul-betul sedih ni" bisik Fang
"Boleh adik ku... tapi... sup adik buat sentiasa sedap.. abang buat, sentiasa masin.. uwaaaaaa!" Fang ketawa kecil
"Abang pergi tengok movie, Rizu temankan abang ok"
"Jom abang Paizo" Rizu menarik tangan Kaizo untuk pergi duduk di sofa ruang tamu. Fang pula masuk ke dalam dapur untuk sediakan sup lobak merah. Dia terdengar percakapan Rizu di luar dapur "Abang Paizo nak tengok movie apa?"
"Movie sedih... ada tak movie sedih?"
"Errr.. kita tengok movie tak sedihlah. Kasihan abang Paizo sedih macam ni. Kita tengok movie happy happy ok"
"Ok tapi abang tak gerenti abang akan ceria macam dalam movie tu.. uwaaaa!"
Fang ketawa kecil di dalam dapur. Dia rasa lucu melihat abangnya begitu. Selama ini abang dia sentiasa serius dan sentiasa dengan suara garang dia. Hari ini dalam sejarah hidup dia, dia dapat melihat abang dia tidak henti-henti menangis kerana kesedihan "Hehehehe... nanti-nanti lah aku tanggalkan pin tu" Lalu hologram Gopal muncul di jam kuasanya
"Kau nak apa?" tanya Fang
"Dey, baik kau datang ke sini cepat"
"Apasal pulak?"
"Kau datang aje lah dekat bandar ni. Boboiboy tengah mengurat sepupu kau"
"SEPUPU AKU JUGA YANG DIA NAKKKKK! LARIAN BAYANGGGG!" Fang memecut sepantas kilat untuk ke bandar Pulau Rintis. Kaizo nampak adiknya berlari begitu pantas dan terus menangis di atas sofa
"Kenapa adik tinggalkan abang? Rizu jangan tinggalkan abang Kaizo yea" Rizu hanya gelengkan kepala
-----------------------------------
Gopal, Yaya, dan Ying tidak sangka kawan baik mereka dengan begitu berani sekali, mengurat sepupu Fang iaitu Faye. Mulut mereka tergaman melihat kelakuan Boboiboy yang begitu romantik. Wajah dia terukir dengan senyuman yang menggodakan itu. Senyuman itu membuat Faye tergelak malu, muka dia merah padan dan dia seperti mahu menjerit tetapi dia menahan dirinya. Pada masa yang sama, dia rasa bersalah pula dengan kawan baik dia iaitu Lily. Lily adalah seorang peminat Boboiboy dan juga seseorang yang sudah jatuh hati dengan Boboiboy
"Wahai cik cantik manis, pesanlah makanan sebanyak mana yang kau mahu. Aku akan membayar kesemuanya" kata Boboiboy kepada Faye. Suara dia memang penuh romantik sekali. Mereka sekarang ini duduk luar sebuah cafe yang sangat popular untuk berdating. Boboiboy yang membawa Faye ke situ. Dia siap berikan sekuntum bunga merah kepada Faye
"Betul ke Boboiboy?" tanya Faye
"Betul, ikhlas dari hati ku ini. Kau makanlah sebanyak mana pun, jadi gemuk pun takpe.. aku terima seadanya kau, wahai Faye ku yang cantik"
"Hehehee.. malulah Faye macam ni tapi nanti mesti hati Lily akan terluka" Faye menutup mukanya kerana terlampau malu sangat dengan godaan Boboiboy tadi
"Jangan risau, aku akan beritahu perkara yang sebenarnya dan aku akan memujuk dia"
"Rasa nak muntah adalah" kata Gopal. Yaya dan Ying angguk sahaja "Bila si panas baran tu nak sampai?"
"Aku dah sampai pun" Fang muncul bersama dengan Bella "WEI BOBOIBOY! JANGAN HARAP KAU NAK MENGURAT SEPUPU AKUU! KAU MENGURAT SI MINAH PERASAN NI!" Fang mengheret Faye keluar dari kerusi dan terus dia pergi gantikan tempat Faye dengan Bella
"Tak kisahlah kalau aku tak dapat mengurat sepupu kau tapi asalkan aku jumpa cinta sejati ku" Boboiboy memandang Bella dengan senyuman goda dia lagi "Hai Bella"
"Err... kejap yea" Bella terus pergi ke Fang "Wei, yang kau suruh aku ikut kau tadi sebab kau nak aku kena mengurat dengan Boboiboy ke?"
"Yelah, kau pergi ajelah bercinta dengan si dia tu"
"Betul kata Fang, aku akan terima cinta kau kalau Fang tidak menerima cinta ikhlas kau, wahai Bella" Bella melihat ketepi dan terkejut dengan Boboiboy muncul dengan sekuntum mawar merah di tangannya "Aku berikan mawar ini sebagai tanda cinta ku pada mu"
"Rasa geli lah pulak" bisik Fang
"Heheheee... romantik juga si Boboiboy ni" kata Bella yang rasa sedikit suka tetapi hati dia tetap menyukai si panas baran iaitu Fang "Tapi Boboiboy.. hati aku sudah pun di miliki oleh seseorang" Fang rasa nak muntah pula
"Tapi kalau hati itu tidak diterima macam mana? Aku sanggup menjadi pengganti dia" Fang ketawa terbahak-bahak melihat aksi drama cinta di depan matanya. Gopal, Yaya dan Ying tergelak sedikit, mereka ketawa juga kerana tidak dapat menahan lucu dengan drama lawak cinta itu "Terimalah diri aku, Bella" Boboiboy menghulurkan tangan kanannya
"Errr..." Bella tidak tahu untuk berkata apa. Dia hanya tersengih sambil melihat Boboiboy sedang menunggu jawapan dari dirinya "Aku... aku..."
"BELLA!" Terkejut Bella apabila terdengar suara abangnya iaitu Aidan "Kecik-kecik dah pandai nak bercinta pula! Kau tu baru form 1, belum lagi form 2 ataupun form 5.. lepas tu nak main kayu tiga pulak yeaa... yang si Fang tu kau nak, si kawan baik dia pun kau nak juga.. abang tak ajar kau macam tu!"
"Mana ada, adik mana ada main kayu tiga"
"Jangan nak bagi alasan. Sekarang ikut abang balik" Bella dengan rela hati, ikut sahaja abang dia balik. Hati rasa suka sebab dapat menggelakkan diri daripada jawab soalan Boboiboy tetapi muka dia berpura-pura buat muka sedih "Sampai rumah nanti, abang nak bagi kau ceramah" Bella menolak kerusi roda abangnya, sambil itu, dia terpaksa menahan telinganya kerana abang dia sedang berleter
"Heheheee.. padan muka kau" Fang tersenyum sinis tanda puas hati
"Oh kekasih ku... cinta kita dihalang rupanya tapi takpe.. Faye akan kembali ke diri ku-" Fang menolak muka Boboiboy supaya dia tidak datang dekat kepada Faye
"Aku balik dulu yea" Faye terus larikan diri untuk selamatkan diri daripada menjadi mangsa romantik Boboiboy
"Wei Boboiboy, baik kau ambik si pelik ni" Fang muncul dengan Lily yang sedang ketakutan itu "Dia kan ada hati dekat kau"
"Be-betul tu... tapi.. sini takde benda bahayakan?" Lily melihat kiri, melihat kanan, takut ada sesuatu yang boleh mengancam nyawa dia
"Jangan risau kekasih ku. Aku Boboiboy akan menjaga keselamatan Lily" Boboiboy mengambil tangan Lily dan membawa dia duduk di cafe itu. Fang rasa puas hati tetapi kepala dia di tepuk oleh Yaya dan Ying
"Wei, kau kenapa hah? Sesuka hati sahaja letak pin pink itu dekat badan Boboiboy"
"Janganlah marah aku Ying, aku letak dekat dia pun sebab ada sebabnya"
"Apa sebabnya?" Fang tersengih sahaja kepada Yaya "Jawablah, janganlah nak tersengih sahaja"
"Hmmm.. sebab dia kacau aku tadi. Dia nak halang aku kenakan abang aku! Jadi aku lekatkanlah pin cinta tu dekat Boboiboy supaya dia jangan ganggu dengan rancangan aku lagi"
"Oh! Kawan apa kau ni.. masa kau memerlukan pertolongan, kita orang tolong tapi masa dia nak tolong kau daripada buat nakal, kau menolak dan buat macam-macam dekat Boboiboy. Kau nak kena ceramah dengan aku ke?" Fang takut pula melihat muka marah Yaya "SIAP KAU NANTI!"
"Hehehee.. janganlah marah. Aku pergi tanggalkan pin tu sekarang juga" Fang tersengih lagi. Mata Yaya memerhatikan Fang sambil bercekak pinggang. Ying dan Gopal ketawa sedikit melihat Fang ketakutan dengan ketegasan Yaya
"Hehehee... baru dia tahu betapa takutnya si Yaya tu" kata Gopal. Fang merenung tajam ke arah Gopal
"Nahas dia nanti" bisik Fang. Lalu dia pergi ke arah meja Boboiboy dan Lily
"Be-betul ke Boboiboy terima, Lily?" tanya Lily dengan suara ketakutan dia. Lalu Boboiboy memegang kedua belah tangan Lily dan lalu dia berikan senyuman manis dia kepada Lily "Lily cuma takut nanti ada peminat pergi tangkap Lily dan belasah Lily. Lily tak naklah dia orang bertindak ganas nanti"
"Jangan risau kekasih hati ku, pecahan Boboiboy akan melindungi Lily sepanjang hari"
"Dan aku rasa nak muntah tengok drama ni" Fang terus cabut pin pink dan pin hijau dari Boboiboy dan Lily. Dia terus simpan kedua pin itu di dalam poket seluarnya. Mata Boboiboy dan Lily terkebil-kebil sambil memandang satu sama lain. Boboiboy melihat tangannya masih lagi memegang erat tangan Lily dan lalu dia lepaskan. Muka dia berubah menjadi marah tapi bukan dekat Lily, dia marah sebab kenakalan Fang
"FANGGGGGGGGGGGG! JAGA KAU NANTI!"
"Hehehee.. aku lari dulu!" Fang terus larikan diri
"MANA KAU NAK LARII! BOBOIBOY KUASA TUJUH!" Boboiboy berpecah kepada tujuh iaitu Gempa, Halilintar, Taufan, Blaze, Ice, Thorn dan Solar "KEJAR DIA!" kata Gempa kepada pecahan dia yang lain
"Oh Boboiboy ku, belasahlah si landak tu puas-puas" Lily rasa terharu pula
"Kan dah kena.. siapa suruh buat nakal lagi" Gopal tergelak sekuat hati dekat situ "BELASAH DIA PUAS-PUAS BOBOIBOY!"
"Hmmm... lepas ni mesti kena kejar dengan abang dia pulak" Gopal dan Ying angguk tanda setuju dengan kata-kata Yaya. Memang teruk Fang kena dan Lily rasa, rancangan dia tidak perlu diteruskan sebab dia gembira melihat Fang kena belasah dengan pecahan Boboiboy
-----------------------------------
Faye membuka pintu rumah dan terdengar suara tangisan abang sepupunya. Dia juga nampak Rizu cuba memujuk Kaizo supaya jangan sedih-sedih "Kenapa dengan abang Kaizo, Rizu?" Di atas sofa itu penuh dengan tisu-tisu yang telah digunakan oleh Kaizo. Semua kotak tisu, semuanya sudah habis digunakan. Sekarang baju Rizu yang jadi mangsa
"Abang Paizo sedih sangat tu movie tu, padahal movie ialah movie Minions"
"Faye.. abang rasa sedih sebab minion-minion tu takde boss untuk mengarah mereka membuat kerja-kerja jahat. Kasihan dia orang" Faye menepuk dahinya
"Aduh, abang Kaizo.. itukan movie sahaja. Movie kanak-kanak"
"Tapi.. tapi... uwaaaaa!" Kaizo terus memeluk Rizu. Tiba-tiba mata Faye ternampak pin biru yang ada di belakang baju Kaizo dan lalu dia mencabut pin itu. Kaizo berhenti menangis "Kenapa dengan diri aku?" Dia mengelap air matanya
"Abang Paizo, sebenarnya ini semua kerja abang Fang. Dia yang lekatkan pin tu" Lalu Faye tunjukkan pin biru itu kepada Kaizo "Lepas tu dia tak bagi Pizu cabutkan"
"Lerrr.. kenapa Rizu ikut sahaja cakap si Fang tu"
"Sebab Pizu sayangkan abang Fang. Pizu tak naklah abang Fang marahkan Pizu kalau Pizu cabutkan pin tu"
"Takpe.. Rizu jangan risau. Biar abang uruskan dia. Mana si budak nakal tu sekarang?" tanya Kaizo sambil mengambil pin itu dari tangan Faye
"Dia kena kejar dengan pecahan Boboiboy" jawab Faye dengan nada puas hati
"Bagus.. tapi siapa yang buat pin ini? si kepala kotak tu ke?"
"Bukanlah abang Kaizo. Itu kakak Emmy yang ciptakan semalam" jawab Rizu. Kaizo membelek-belek pin itu dan lalu dia tersenyum sinis
"Rizu, jom ikut abang pergi ke rumah Emmy. Abang nak suruh dia buatkan sesuatu yang khas untuk abang kesayangan kau tu" Rizu tersenyum lebar
"Abang Paizo nak suruh kakak Emmy buatkan apa?"
"Nanti abang akan bagitahu" Kaizo bangun dari tempat duduk dia dan terus dia mendukung Rizu "Lepas tu kita makan ice cream dekat bandar" Faye melihat abang sepupunya tersenyum sinis dengan rancangan untuk menghukum adiknya nanti. Kaizo dan Rizu terus keluar dari rumah. Faye terus menonton movie Minions tanpa sebarang gangguan
------------------------------------
Keesokan harinya..
"PANGG! Semalam kau sudah pun kena hukuman dari kawan baik kau. Jadi kau tidak memerlukan hukuman dari aku pula" Fang tidak percaya apa yang dikatakan oleh abangnya. Dia terus memeluk abangnya
"Terima kasih abang! Adik rasa sangat terharu! Sayang abang! dan adik janji adik tak kan gunakan pin emosi itu lagi dekat abang" Fang memeluk erat abangnya tetapi dia tidak sedar bahawa abang dia, Kaizo, sedang memegang pin ciptaan baru dari Emmy semalam. Lalu dia lekatkan pin itu di baju adiknya. Fang terasa sesuatu di belakang bajunya. Dia lepaskan pelukannya itu dan terus meraba-raba belakang bajunya
"Abang letak pi-" terus Fang berdiri tegak seperti tiang. Wajah dia berubah menjadi wajah seperti orang tiada perasaan
"Itu adalah pin untuk adik dengar cakap abang. Apa yang abang suruh buat, adik akan ikut sahaja. Hanya abang seorang sahaja yang dapat mengawal diri kau"
"Baik abang" kata Fang
"Baiklah, aku mahu kau pergi masuk tidur dan bangun pada pukul 6 pagi esok. Selepas itu, aku mahu kau buatkan sarapan pagi untuk abang" Fang terus bergerak ke tangga rumah tetapi Kaizo rasa pelik, adiknya berjalan seperti robot. Sambil berjalan, sambil itu dia bercakap dengan perkataan yang sama berulang-ulang kali
"Baik abang, baik abang, baik abang, baik abang.."
"Kenapa dengan adik aku?" tanya Kaizo dengan kepelikan dia. Lalu Rizu muncul dengan muka tidak bersalah
"Sebab Pizu letak pin emosi robot dekat abang Fang. Abang Paizo buli abang Fang ke?"
"Yea sebab dia semalam buli abang tapi abang sangat kagum dengan Rizu kerana Rizu berjaya membuli abang kesayangan kau tu" Rizu tersenyum lebar sambil kepalanya di belai oleh Kaizo "Mari abang pergi belanja Rizu makan ice cream"
"YEAHHHHHH! ICE CREAMMM!"
Faye yang ada di sofa, hanya gelengkan kepala dan terus dia sambung majalah fashion yang baru dia beli pagi tadi. Kaizo dan Rizu bersuka ria di bandar Pulau Rintis pada hari itu. Apa jadi dengan pin-pin tersebut? Kaizo menyuruh Emmy simpan pin-pin itu di tempat yang rahsia supaya orang lain tidak dapat menggunakannya lagi terutama sekali adiknya si Fang
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro