Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Pesta Makanan

Fang tidak begitu yakin dengan idea dari Rizu. Adakah orang ramai akan berhenti dan singgah ke food truck dia atau lalu sahaja. Rizu telah mencadangkan untuk menjual air minuman iaitu milk shake. Bukan sahaja milk shake, ada juga strawberry milk shake, chocolate milk shake, peanut butter milk shake, cookies and cream milk shake, vanilla milk shake, banana milk shake, nutella milk shake dan bermacam-macam lagilah. Fang mahu menegur dengan idea itu tetapi Rizu begitu teruja sangat sehingga dia melompat-lompat di sekitar ruang tamu rumah Fang dan Kaizo. Dia seperti terlebih makan gula

"ABANG PAIZO! ABANG PAIZO! ABANG PAIZO!" jerit Rizu sambil melompat-lompat di atas sofa

"Fang, adik kesayangan kau ni makan apa sampai hyper macam tu?" tanya Boboiboy yang sedang duduk di kerusi meja makan di luar dapur

"Ini kes sebab aku sama markah dengan Yaya, Ying dan Bella. Segala keputusan akan dibuat oleh Rizu" terus Fang menghantuk-hantuk kepala dia di atas meja makan "Apasal kita orang sama markah. Apasal markah dia orang tak rendah daripada aku"

"Haiyaaa... fikir macam itu pulak" Ying gelengkan kepalanya

"Entah si Fang ni..." kata Yaya pula

"Sudah sudah lah tu korang. Asyik nak bergaduh pasal markah tinggi aje, pening kepala aku. Sekarang ni kan kita nak bincangkan tentang pesta makanan nanti. Macam mana dengan idea Rizu tadi, semua setuju ke?" Boboiboy melihat kawan-kawan dia yang berkumpul di meja makan ruang tamu

"EMMY SETUJU SAHAJA!" kata Emmy sambil mengangkat tangannya

"Aku pun!" Gopal turut ikut sama seperti Emmy "Asalkan ada benda yang boleh aku makan ataupun minum!"

"Aku tak kisah, asalkan nutella milk shake wajib ada dalam menu kita nanti!" Tekak Bella terasa ingin makan sesuatu yang ada kena mengena dengan Nutella, makanan kegemaran dia

"Faye ikut sahaja"

"LILY PUN! Lily ikut sahaja keputusan dari tuan pengerusi kita iaitu BBB-CHAN!"

"Heheehee.." Boboiboy tersengih sahaja "Tapi tuan pengerusi kita ialah Rizu" Semua pandang ke arah Rizu yang masih lagi melompat-lompat di atas kerusi sofa

"Aku ok aje tapi... apa nama food truck kita nanti?" tanya Harraz yang telah dilantik sebagai cashier nanti

"SUPERHEROES SHAKES!" jerit Rizu sambil melompat-lompat lagi. Lalu dia berhenti melompat kerana sudah penat. Dia tercungap-cungap sedikit dan terus mengambil nafas yang amat panjang "Masa Pizu main lompat-lompat, Pizu sudah fikirkan nama food truck kita. Ok tak? atau nak nama lain.. Pizu ada nama lain"

"Apa nama lain tu Rizu?" tanya Fang

"PAIZO, PANG DAN PIZU!" Boboiboy dan Fang terus menepuk dahi mereka. Gopal berikan merenungan tajam kepada Rizu. Yaya, Ying, Bella, Faye, Emmy, Lily dan Harraz gelak dengan nama lain untuk food truck mereka "Best tak nama tu?"

"Nama tu tak sesuai untuk food truck mereka" Kaizo muncul dari dapur "Tapi aku suka dengan nama Supeheroes Shakes tu. Bagus Rizu, abang sangat bangga dengan kau" Mata Rizu bersinar-sinar kerana dia telah dipuji oleh Kaizo "Memang berbaloi abang pilih kamu untuk idea food truck nanti. Kalau dia orang, entah apa yang mereka akan lakukan. Rizu sebagai ketua kamu semua. Ikut apa sahaja yang dia inginkan"

"Habislah kau macam ni" bisik Gopal "Adeh, budak kecik juga jadi boss kita orang"

"Hehehee... terbaik" Boboiboy tergelak kecil sambil melihat kepal Rizu diusap-usap oleh Kaizo "Semua sudah setuju dengan idea Rizu, kita on sahaja!"

"Tapi takde makanan ke nanti?" tanya Yaya "Aku boleh aje buat 2 atau 3 kek nanti"

"Ok juga cadangan Yaya tu. Aku pun boleh buat juga nanti"

"PIZU OK AJE! Tapi paling utama sekali ialah minuman kita!" Rizu terus duduk di atas pangkuan Fang "Pizu nak kakak Yaya buat kek lobak merah, kakak Bella buat kek nutella dan abang Fang buat kek tido"

"Kek tido? kek apa tu?" tanya Boboiboy sambil garu kepala dia

"Heheheee.. kek tu ialah kek kita buat dalam mimpi kita sendiri!" Fang rasa macam nak ketuk kepala Rizu tapi dia hanya bagi pelukan dari belakang Rizu sahaja "Lepas tu Pizu nak kita semua pakai costume superhero! Pizu jadi SUPER PIZU! Abang Fang jadi Super Pang!"

"Abang pula jadi Super Paizo" Fang tergelak bersama Rizu di situ. Berkerut-kerut dahi Kaizo

"Lepas tu abang Paizo jangan lupa ajak kakak Lynna sekali. Tak best kalau kakak Lynna takde. Pizu rindu dengan kakak Lynna. Abang Paizo rindu tak dengan kakak Lynna?"

"Hmmm... rindulah juga" jawab Kaizo dengan nada serius dia

"Sekarang kita fikirkan menu milk shake kita! Menu kita yang pertama adalah Boboiboy milk shake, perisa dia adalah perisa mango!" Rizu tepuk tangan sebab rasa bangga sangat dengan idea resipe dia "Lepas tu, PANG MILKSHAKE!"

"Takde nama lain ke?"

"Maaf abang Fang tapi Pizu nak buatkan sesuatu yang unik. Pang milkshake ini ialah carrot milkshake.. Tok Aba pernah buatkan untuk abang Fang dulu kan?"

"Heheehee.. pernah! Tapi ada ke orang nak beli nanti?" tanya Fang yang rasa ragu-ragu dengan milkshake perisa lobak merah "Apa kata buat perisa lain selain daripada lobak merah"

"TAK NAK!" Rizu bersilang tangan tanda bantah

"Ikut ajelah kata dia tu" kata Kaizo yang sedang bersandar di tepi dinding "Sudah itu yang dia mahukan, kau ikut sahaja"

"Hmmm... yelah" kata Fang dengan nada bosan dia. Boboiboy dan Gopal tergelak sedikit

"Abang Gopal pula... Gopal milkshake iaitu coconut-hot fudge milkshake! Nanti Pizu bagi resipe dia. Lepas tu kakak Yaya dan Ying, Pizu gabungkan dan jadikan YAYI MILKSHAKE! atau lebih dikenali sebagai black raspberry milkshake! Abang Paizo pun ada juga, Blueberry buttermilk milkshake! Heheheee... trio huru hara, nutella banana milkshake, abang Harraz dan kakak Emmy takde.. maaf"

"Takpe Rizu, abang tak kisah pun.. lagipun kita sudah ada banyak resipe milkshake" Harraz berikan senyuman kepada Rizu

"Kakak Emmy takde pun takpe.. sebab kakak Emmy nak tiup belon untuk hari tu nanti" Emmy terus fikirkan untuk ciptaan baru dia nanti. Mesti best kalau dapat bagi belon free kepada kanak-kanak yang ada dekat pesta makanan nanti, bisik dihati Emmy

"Tapi Pizu ada satu lagi... ini untuk kakak Lynna, cookies and cream milkshake.. ok tak?"

"Ok aje Rizu! Wah, Rizu sudah fikirkan macam-macam yea.. akak sangat bangga dengan kamu" Rizu terus tersenyum lebar kepada Ying "Rizu ada apa-apa penambahan lagi tak?"

"Hmmm... ada! kita sedia kerusi dan meja untuk sesiapa yang nak duduk dan minum di situ.. hehehee... itu aje idea dari SUPER PIZU!" Lalu dia tepuk tangan bersendirian. Dia tidak kisah kalau orang lain tak ikut tepuk tangan sekali tetapi akhirnya mereka semua turut ikut serta Rizu kecuali Kaizo. Dia sedang hantar mesej kepada seseorang. Fang menoleh sedikit dan melihat abang dia tersenyum seorang diri di tepi dinding

-----------------------------------------------

Sabtu, pesta makanan yang terbesar telah diadakan di bandar Pulau Rintis. Pelbagai jenis gerai makanan yang ada, bukan sahaja makanan yang ada, barang lain seperti t-shirt pun ada jual juga. Tempat parking untuk Food Truck sudah pun di sediakan kepada sesiapa yang ingin menjual makanan dari kenderaan food Truck. Awal pagi lagi, Lahap telah pun parkin di tempat yang strategik, tempat yang luas dan boleh letak kerusi dan meja makan mereka. Emmy telah sediakan booth belon di tepi food truck mereka. Bahan-bahan untuk membuat milkshake, sudah pun tersedia di dalam food truck mereka, begitu juga dengan peralatan. Semuanya guna kredit kad Kaizo. Food Truck mereka telah dicat dan dilukis dengan gambar-gambar superheroes Pulau Rintis dan rakan-rakan mereka yang lain. Fang, Faye, Rizu, Emmy dan Lahap sudah pun ada di situ semejak awal pagi lagi. Kaizo pula akan datang lambat kerana dia ingin menunggu Lynna sampai di rumah

"Tak sabarnya nak jual hari ni" kata Rizu di dalam pakaian costume superhero dia. Hari ini Rizu berpakaian seperti abang kesayangan dia iaitu Fang. Dari style rambut terus ke penampilan Fang, semuanya ikut abang kesayangan dia. Fang terpaksa mengalah kerana superhero kegemaran Rizu ialah Fang sendiri. Fang tidak tahu samada mahu bangga atau mahu menepuk dahi dia. Penampilan seperti biasa sahaja, dia jadi kembar kepada Rizu. Faye tersenyum melihat mereka berdua. Dia dan kameranya asyik menyuruh mereka berposing di tepi kenderaan food truck mereka. Ada gambar Rizu cium pipi Fang, gambar Fang cium pipi Rizu, gambar Fang menjadi hantu bayang dan Rizu buat muka ala-ala serius Kaizo dan pelbagai posinglah yang ada. Emmy pula, dia telah mencipta sebuah mesin yang boleh membuat belon dalam pelbagai bentuk dan mesin itu juga akan menjadi tukang tiup. Belon pertama yang dia lakukan adalah belon bentuk kepala Fang dan Rizu, satu besar dan satu kecil. Dua-dua dalam warna ungu. Lahap sangat teruja melihat belon-belon itu. Dia suruh Emmy buatkan satu belon berbentuk diri dia. Lalu Emmy buatkan dengan hati gembiranya

"Wah! Abang maskot pun suka belon?"

"Abang maskot tak pernah nak bersuka ria sebab kapten abang tu asyik bagi kerja aje.. kasihankan?"

"Kasihan abang maskot" Terus Rizu peluk Lahap "Gebu betul abang maskot ni, macam bantal peluk" Lahap tersengih sahaja

"Nah abang maskot, satu belon warna purple sudah siap!" Emmy berikan belon yang sudah diikat dengan tali kepada Lahap. Fang dan Faye terus masuk ke dalam food truck untuk membuat persediaan. Mereka buka tingkap besar di tepi kenderaan food truck mereka dan terus hiasi di tepi meja kaunter. Ice cream-ice cream sudah pun tersedia di dalam peti ais. Fang sudah pun buat sebuah kek pisang untuk bagi sesiapa yang ingin membelinya dan makan bersama dengan minuman mereka. Sedikit demi sedikit gerai lain sudah pun dibuka dan mereka juga sedang membuat persiapan untuk makanan mereka. Ada juga food truck yang lain tetapi tidak begitu banyak. Hanya ada 3 sahaja, jadi tempat mereka tidaklah begitu sempit sangat

Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Harraz dan juga Zakwan, telah pun tiba. Bella yang pergi ambil Zakwan menggunakan alat pergi ke mana sahaja yang telah diberikan oleh Faye. Masing-masing mempunyai kerja yang telah diarahkan oleh Rizu sendiri. Fang masih lagi tidak puas hati sebab budak kecil yang jadi boss mereka

"Sabar ajelah Fang. Abang kau yang pilih dia"

"Apasal abang aku tak pilih aje aku.. mesti donut lobak merah aku akan menjadi popular! SAMA POPULAR DENGAN AKU! HAHAHAAA!" Fang tergelak sinis di situ sambil terbayangkan dia menjadi kaya raya kerana jualan donut lobak merah menjadi maju dan berjaya menembusi ke peringkat antarabangsa. Bukan itu sahaja, sampai ke seluruh galaxy

"Tak habis-habis dengan popular kau" Boboiboy terus tinggalkan Fang yang masih lagi tergelak seorang diri

"Abang Boboiboy, kakak Lily belum sampai lagi?" muncul Rizu di hadapan Boboiboy

"Belum lagi.. kenapa Rizu?"

"Sebab kakak Lily kena jadi tukang buat milkshake"

"WHATTT?! KENAPA AKAK JADI TUKANG BUAT MILKSHAKE PULAK!" Muncul Lily dengan kek pisang dia juga "KENAPA TAK SURUH SI LANDAK TU!" Fang masih lagi berangan di dalam food truck dia

"Sebab kakak Lily sampai lambat" Rizu tersenyum lebar dan lepas itu dia peluk Lily supaya tidak marah-marah "Kalau kakak Lily tak nak jadi tukang buat milkshake, kakak Lily jadi tukang bagi-bagikan risalah dekat orang lain, ok tak? Lagipun kakak Lily punya costume superhero paling cantik, macam baju abang Boboiboy" Pakaian Lily memang serba oren. Dia siap pakai topeng mata berwarna oren, topi dinasour berwarna oren, skirt berwarna oren, seluar berwarna hitam dan juga kasut sukan berwarna hitam

"Hehehehe... akak kan bakal menjadi kekasih BBB-CHAN! Tapi sedihlah... nak bergaduh dengan siapa lepas ni. Oh Ratu Lily, sebagai penghargaan kepada musuh ketat ku, aku Lily yang awesome, akan menjaga Boboiboy dengan baik" Lily pandang ke langit seperti dia melihat wajah Ratu Lily tetapi sebenarnya dia hanya melihat seekor burung gagak sedang buat bising dekat cable elektrik. Boboiboy sudah larikan diri daripada Lily

Makin lama makin ramai pengunjung ke pesta makanan tapi keadaan di food truck Superheroes Shakes menjadi kelam kabut sedikit kerana pelanggan yang ingin membeli minuman mereka dan ada yang hanya mahu bergambar dengan superhero kegemaran mereka. Boboiboy telah ditolak keluar dari food truck untuk bergambar dengan peminat-peminat dia, sehinggalah dia terpaksa berpecah kepada tujuh. Para gadis yang ada di situ, menjerit-jerit nama superhero mereka dan ramai pula yang ingin bergambar dengan Halilintar

Emmy dan Lahap pula, melayan peminat kecil. Semuanya minta belon berbentuk Boboiboy. Rizu pula, pergi edarkan risalah food truck mereka bersama Lily. Fang entah hilang ke mana. Yaya, Ying dan Bella menjadi tukang membuat milkshake, Harraz mengambil pesanan dan juga cashier. Faye dan Zakwan sebagai pelayan. Mereka akan hantar milkshake kepada pelanggan yang ingin duduk berehat di depan food truck mereka. Gopal pula, dia telah ditendang keluar oleh Bella sendiri sebab asyik nak makan sahaja kerja dia. Lalu Gopal pergi beli makanan yang ada di pesta makanan tersebut

Jauh dari situ, Kaizo baru sahaja sampai bersama Lynna. Mereka melihat-lihat dulu ada apa yang menarik dekat pesta makanan tersebut. Kaki Lynna sudah sembuh sedikit tetapi dia perlu berjalan dengan perlahan sahaja. Dia sempat mengunjungi beberapa buah gerai yang ada. Tiba-tiba sahaja ada seorang wanita menyelitkan sekuntum bunga mawar di telinga Lynna

"Terima kasih" kata Lynna. Perempuan itu hanya membalas dengan senyuman sahaja "Ingat tak lagi masa kau bawa aku pergi ke pesta makanan 2 tahun lepas? Masa tu aku nak balik KL"

"Aku ingat lagi. Masa tu juga adik aku kaki penyibuk nak tahu siapa kau yang sebenarnya"

"Hehehee... masa tu dia kecik aje lagi. Sekarang sudah besar dia" Lynna melihat sebuah gerai menjual gula-gula kapas dalam bentuk bunga. Pelbagai warna yang ada pada gula-gula kapas itu. Lynna rasa teruja pula melihat orang tukang jual itu membuat gula-gula kapas. Kaizo terus belikan satu gula-gula kapas dan terus berikan kepada Lynna

"Err... kau tak perlulah belikan untuk aku"

"Takpe, aku belanja" kata Kaizo

"Terima kasih" jawab Lynna. Dia terasa sedikit malu dengan Kaizo. Tangan dia menarik gula-gula kapas itu sedikit dan lalu dia makan "So, macam mana dengan latihan tempur kau semasa ketiadaan aku?"

"Hmm... boleh dikatakan.. bolehlah" Lynna tergelak sedikit "Aku nak ajak adik aku tapi dia tu sibuk sangat dengan nombor satu dia"

"Hehehe... adik kau tu suka nak menang aje. Macam abang dia, asyik nak menang aje. Tak pernah nak mengaku kalah. Korang berdua memang perangai nak dekat sama. Comel pulak aku tengok" Lynna berikan gula-gula kapas dia kepada Kaizo tetapi Kaizo menolak

"Sebab dia memandang tinggi terhadap aku. Jadi aku perlulah tunjukkan aku seorang kapten yang hebat dan kuat"

"Baguslah tu" Lynna terjumpa gerai orang jual sup lobak merah. Dia tarik tangan Kaizo untuk pergi ke gerai tersebut "Hehehee.. sup kegemaran kau pun ada dekat sini. Bagi dua yea pak cik" kata Lynna kepada seorang pak cik

"Pesta makanan ni lagi besar dan lagi meriah daripada yang kita pergi dulu tu" kata Kaizo

"dan bermacam-macam makanan yang ada jual daripada yang dulu tu"

"Betul tu kakak Lynna!" muncul Rizu bersama Lily "WAH! Abang Paizo dan kakak Lynna berdating ke?"

"Mana adalah Rizu. Kita orang cuma jalan-jalan sebelum sampai ke food truck kamu" Lynna cuit hidung Rizu

"Betul ke? atau kakak Lynna dan abang Paizo tak nak mengaku aje?" tanya Rizu dengan senyuman lebar dia. Lalu dia diheret pergi oleh Lily "Kakak Lily nak bawa Pizu ke mana?"

"Kita mana boleh kacau dua orang yang tak nak mengaku tu. Jom kita pergi edarkan risalah ni sebelum abang Kaizo mengamuk tak tentu pasal dan musnahkan pesta makanan ni. Lepas tu masuk berita terkini. Seekor atau seorang alien yea.. telah musnahkan pesta makanan kerana gara-gara seorang budak kecik yang suka cakap bukan-bukan sampai abang Kaizo berapi-api.. heheheee..." Kaizo memang betul-betul berapi-api dengan Lily. Mata dia asyik perhatikan Lily mengheret Rizu ke tempat lain. Lynna mengambil dua mangkuk sup lobak merah dari pekerja gerai itu dan lalu dia hulurkan kepada Kaizo

"Janganlah marah, dia orang bergurau aje tu. Jom kita pergi melawat food truck dia orang" tangan Lynna penuh dengan makanan, sebelah pegang sebatang gula-gula kapas dan sebelah lagi dia pegang semangkuk sup lobak merah. Dia terpaksa berhati-hati semasa berjalan kerana pesta itu penuh dengan kunjungan orang-orang dari luar Pulau Rintis. Sampai sahaja di food truck Superheroes Shakes, Fang telah pun muncul bersama dengan seorang pengacara TV dan juga seorang jurukamera. Sebuah syarikat penyiaran television telah dapat ke pesta makanan tersebut dan mereka tertarik dengan food truck Superheroes Shakes. Mereka telah bersiap sedia untuk memulakan rakaman mereka untuk sebuah rancangan television. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying duduk di atas kerusi bersama seorang wanita iaitu pengaraca sebuah rancangan yang bertajuk Sana Sini Kita Berseronok. Mereka duduk di hadapan food truck dan sekeliling mereka di kerumuni oleh pengunjung-pengunjung pesta tersebut

"Hai semua, saya adalah pengacara rancangan Sana Sini Kita Berseronok. Saya sekarang berada di pesta makanan yang terletak di sebuah pulau iaitu Pulau Rintis. Terdapat pelbagai jenis makanan yang menarik ada disini tapi saya tertarik dengan sebuah food truck yang telah diusahakan oleh 5 lima orang superhero kita iaitu Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan juga Ying" kata pengacara TV itu yang bernama Wawa "Apa khabar kamu semua?"

"Kami di sini baik sahaja" kata Boboiboy "Terima kasih kerana sudi memberikan temubual kepada kami semua"

"Sepatutnya kau patut terima kasih dekat aku sebab aku yang panggil dia orang untuk datang ke sini" kata Fang dengan berlagaknya

"Hmm... yelah, terima kasih dekat kau juga" jawab Boboiboy dengan nada bosan dia "Tapi apa-apa pun, terima kasih kerana sudi berikan kami peluang masuk ke dalam rancangan Sana Sini Kita Berseronok"

"Sama-sama. Bagaimana kehidupan kamu berlima menjadi superhero? Adakah sesuatu yang menyeronokkan?"

"Seronok memang seronok tapi ada juga masa yang buatkan kita orang rasa cemas tapi akhirnya, kami dapat mengatasi pihak lawan kami" kata Boboiboy lagi. Kawan-kawan dia yang lain hanya senyum sahaja "Kehidupan kami sebagai superhero bukanlah sesuatu yang mudah tapi bukan setiap hari kami dapat menjadi superhero"

"Betul tu!" Tiba-tiba Gopal menyampuk "Ada aje benda-benda pelik yang berlaku dekat sini, contohnya.. hari tu ada alien ni tukar kita semua jadi badut. Saya sebenarnya takut dengan badut, lebih-lebih lagi hantu badut"

"Kau semua benda takut tapi kalau pasal makanan, kau memang nombor satu" kata Fang dengan nada marah dia

"Hehehee... Yaya dan Ying, dua orang gadis yang telah dipilih sebagai superhero. Macam mana kamu berdua boleh tahan dengan perangai kawan-kawan lelaki kamu?"

"Hehehee... mula-mula dulu memang naik pening dengan perangai mereka tapi lama-lama sudah ok maaa.. cuma kadang-kadang rasa geram dengan Fang dan Gopal sebab suka sangat cari pasal"

"Betul tu Ying. Dia orang berdua ni, tak sah kalau tak bergaduh. Fang dan Boboiboy pun dah kurang bergaduh sekarang ni tapi si Fang sahaja yang suka sangat nak bersaing dengan Boboiboy. Kalau bukan Boboiboy, dengan orang lain pun dia nak bersaing juga" Fang terus tersengih di hadapan kamera "Tapi saya dan Ying suka bersaing juga. Hehehee.."

"Kamu semua ni memang suka bersaing yea" Wawa angguk sahaja sambil tersenyum dan lima superheroes itu tersengih sahaja "Ceritakan sedikit, bagaimana kamu semua boleh terdetik hendak buka food truck ni?"

"Sebenarnya food truck kami ni hanya dibuka untuk hari ini sahaja. Kami buat ni sebab-"

"Sebab ceritanya begini" muncul Rizu di hadapan Boboiboy. Kelima-lima superheroes itu terus buat muka takut kerana kalau Rizu bercerita, mesti ramai akan tertidur nanti. Lalu Rizu duduk di atas riba Fang. Pengacara itu berikan mikrofon kepada Rizu

"Comel betul budak ni, apa nama kamu?"

"Nama saya Rizu! Tapi saya bahasakan diri saya Pizu! Pizu adalah adik kesayangan kepada abang Fang dan abang Paizo! Berbalik kepada cerita food truck kita orang. Sebenarnya semuanya bermula pada hari isnin minggu lepas. Masa tu kelas abang Fang ada ujian matematik, cikgu Papa Zola yang bagi. Selama 3 hari berturut-turut cikgu Papa Zola bagi dia orang ujian. Sebelum ujian yang terakhir, abang Paizo ada buat pizza khas untuk abang Fang tapi abang Fang tak nak makan pula sebab dia tengah ulangkaji. Lepas tu abang Boboiboy dan kawan-kawan dia yang lain rasa pizza tu. Lepas tu abang Fang cabar abang Paizo suruh buat kerja lain daripada latihan tempur dan misi dia dalam masa satu hari. Jadi esoknya, abang Paizo beli food truck tu dan ajak Pizu pergi jual pizza. Tapi bukan Pizu aje yang abang Paizo ajak. Kakak Emmy, kakak Lily dan abang maskot pun abang Paizo ajak juga. Lepas tu abang Paizo kata, dia akan serahkan food truck tu kepada abang Fang. Lepas tu abang Fang pun bercita-cita nak jual donut lobak merah tapi kakak Yaya cakap, nak jual kek tapi kakak Bella cakap nak jual sandwich, lepas tu kakak Ying sibuk sekali. Dia cakap nak jual sup. Last-last abang Paizo marah dan dia cakap, hanya keputusan markah ujian matematik dia orang aje akan menjadi penentuan nasib food truck tu tapi kalau markah paling tinggi sama, abang Paizo suruh Pizu aje yang berikan cadangan. Jadi Pizu bagilah idea buka food truck jual air milkshake! DAN AKHIRNYA IMPIAN PIZU TERCAPAI! YEAHHHH! Pizu sebenarnya memang ada impian untuk membuka sebuah kedai yang jual air minuman milkshake dan konsep kedai itu adalah anime! sebab Pizu suka anime tapi ibu Pizu tak bagi Pizu tengok anime. Selain daripada anime, Pizu juga minat melukis. Pizu selalu lukis gambar abang Fang dan Pizu bermain bersama. Kita berdua jadi superhero! dan nama food truck ni pun Pizu yang bagi sebab kita ada lima superhero dekat Pulau Rintis. Kalau boleh, Pizu pun nak juga jadi superhero macam abang Fang tapi ada orang kata dekat Pizu, Pizu takde kuasa pun, Pizu boleh jadi superhero. Pizu akan gunakan kecomelan Pizu untuk membasmi makhluk-makhluk jahat yang ada dekat bumi! Kadang-kadang Pizu ikut pengembaraan abang Fang. Seronok memang seronok tapi menakutkan..." Fang dan Gopal sudah tertidur. Boboiboy hampir nak tidur. Yaya dan Ying pula, menahan mata mereka

Wawa sudah rasa mengantuk dengar cerita Rizu tadi tapi dia menahan mata dia. Wawa terpaksa berhentikan cerita Rizu sebelum semua orang tertidur di situ "Cerita yang bagus Rizu. Baiklah, kita akan kembali selepas ini"

-------------------------------------------------------

"Kita sudah kembali dengan rancangan Sana Sini Kita Berseronok. Tadi saya sudah pun bertemubual dengan superhero kita. Sekarang saya akan bertemubual dengan rakan-rakan mereka pula iaitu TRIO HURU HARA!" Tangan Wawa tunjuk ke arah tiga gadis yang kini duduk di atas kerusi bersebelah dengan diri dia

"Hai semua! Saya Bella!" Bella melambai-lambai di depan kamera

"Saya pula Faye!"

"DAN SAYA ADALAH BAKAL KEKASIH BOBOIBOY IAITU LILY!" Lily berikan tanda peace di hadapan kamera

"Sempat lagi budak ni" bisik Gopal yang berada di dalam food truck

"Kamu ni memang seorang yang hyper yea" kata Wawa kepada Lily

"Betul tu! Tapi saya hyper sebab dengan kepelikan saya. Abang Kaizo pun boleh pening dengan kepelikan saya tapi kalau tambah dengan kenakalan si landak, lagi bertambah pening abang Kaizo" kata Lily sambil angguk kepala dia

"Heheee... macam mana boleh terbentuknya pasukan trio huru hara ni?"

"Sebelum pasukan trio huru hara ditubuhkan, hanya saya dan Lily sahaja sebagai kawan baik tapi lepas saya sudah beberapa kali asyik pergi masuk dan belajar di kelas sepupu saya, terus saya menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sekelas sepupu saya tu"

"RAKAN-RAKAN SEKELAS APA KEBENDANYA! SEMUA DALAM KELAS TU! SUKA SANGAT TENGOK AKU KENA BULI!" Menjerit Fang dari latarbelakang. Dia berada di dalam kenderaan food truck bersama rakan-rakan dia yang lain. Zakwan terus sembunyikan diri dia sebab malu dan takut kalau tiba-tiba sahaja Fang cakap nama dia sekali

"Oh, jadi Fang ni dulu kena buli lah. Nama superhero tapi kena buli juga" gelak Wawa sedikit

"Biasalah si Pang tu.. DIA TU MEMANG SESUAI SANGAT NAK KENA BULI!" Bella sahaja besarkan nada suara dia supaya Fang berapi-api

"KAU NAK KENA DENGAN AKU KE?" jawab Fang balik yang sudah berapi-api dengan Bella tetapi Bella abaikan sahaja sambil tersenyum di hadapan kamera

"Jadi dari situlah, kamu bertiga jadi kawan baik?"

"Sebenarnya kita orang jadi kawan semenjak kita orang main game bersama" jawab Faye

"Main game untuk siapa dapat berdating dengan BBB-Chan ku! Akhirnya, Lily menang dan kita orang pergi dinner date di kapal angkasa abang Kaizo. Oh, sungguh indah sekali dinner date kami" Ramai yang cemburu dengan Lily sebab dapat dinner date dengan Boboiboy, terutama sekali peminat-peminat setia Boboiboy

"Wah! Siapa ada game lagi. Game untuk dapat berdating dengan Fang ada tak?"

"Untuk dia takde.. siapa dia bercinta dengan donut lobak merah sahaja" jawab Bella sambil tersenyum lebar. Ramai yang ketawa sambil melihat Fang. Mereka semua rasa gelakar kerana superhero bercinta dengan donut lobak merah

"Hehehe.. kalau ada pun, siapalah nak berdating dengan si landak tu.. tak pun" Lily tersenyum melihat Bella, sama juga seperti Faye. Mereka berdua tergelak kecil "Rasanya, tak payah buat game pun, si Bella akan menang tapi si landak tu lah.. bercinta dengan donut lobak merah"

"TAKDE MAKNANYA AKU NAK BERDATING DENGAN MINAH PERASAN TU!" Jerit Fang lagi yang sudah mengeluarkan aura-aura kegelapan dia

"Jadi kamu Bella suka Fang, dan kamu suka Boboiboy" Lily angguk sambil tersenyum lebar "dan kamu pula?"

"Tiada siapa" jawab Faye dengan penuh keyakinan "Saya anggap dia orang tu sebagai kawan sahaja"

"Oh.. satu lagi soalan untuk Faye. Kamu sepupu kepada dua beradik iaitu Fang dan Kaizo. Kenapa muka kamu semua berlainan? Fang macam anak orang cina, Kaizo macam orang jepun dan kamu pula?"

"Saya pula macam orang korea!" Faye terus berikan tanda peace di hadapan kamera "Tapi saya tak tahulah kenapa muka kita orang semua berlainan tapi mungkin teori yang tidak berapa nak betul sangat, Fang dan abang Kaizo tu sebenarnya adik beradik angkat.. hehehe.. jangan percaya yea semua"

"Hehehe.. jangan risau, takde siapa akan percaya dengan gurauan awak. Baiklah, kita akan berehat sebentar dan selepas ini kita akan bertemubual dengan dua orang yang mereka semua anggap sebagai kakak dan abang mereka sendiri iaitu Kaizo dan Lynna"

---------------------------------------------

Suasana di food truck Superheroes Shakes masih lagi dipenuhi dengan pengunjung-pengunjung pesta makanan tetapi kali ini dipenuhi dengan ramai gadis-gadis yang sedang bersiap sedia dengan phone masing-masing. Mereka tidak sabar untuk melihat Kaizo bertemubual dengan pengacara Wawa. Kaizo dan Lynna sudah duduk di atas kerusi dan disebelah mereka adalah pengacara Sana Sini Kita Berseronok. Kaizo tidak sabar untuk tembual ini berakhir dengan cepat sebab dia tidak begitu selesa sekali

"Kita bertemu kembali di rancangan SANA SINI KITA BERSERONOK! Anda semua sudah mengenali lima superhero Pulau Rintis dan rakan-rakan mereka iaitu Trio Huru Hara. Sekarang ini kita berkenalan dengan dua orang yang sentiasa menjadi kakak dan abang kepada mereka semua"

"Hai semua, saya Lynna" kata Lynna dengan begitu lemah lembut sekali

"Aku adalah Kaizo, Kapten Kaizo" ramai gadis menjerit-jerit kerana muka Kaizo begitu bergaya sekali. Mereka asyik menangkap gambar Kaizo yang tiada perasaan itu. Asyik dengan muka serius sahaja tetapi gaya dia yang serius itu membuatkan ramai para gadis jatuh hati dengan dia. Muda ke, tua ke, semuanya jatuh hati dengan Kaizo

"KAPTEN KAIZO! YOU ARE SO HOT!"

"KAIZO! BE MINE FOREVER!"

"I LOVE YOU KAPTEN KAIZO!"

"Wah, ramai betul peminat Kaizo di sini tapi apa hubungan kamu berdua?"

"Kami hanyalah kawan sahaja. Dia adalah kawan baik aku" jawab Kaizo dengan tenang. Ramai para gadis puas hati dengan jawapan tersebut dan mereka berharap sangat dapat bercinta dengan Kaizo

"JANGAN NAK BERANGAN! ABANG AKU DAN KAK LYNNA TU, TEMAN TAPI MESRA! DUA-DUA TAK NAK MENGAKU" Berkerut-kerut dahi Kaizo. Tangan dia sudah mulai gatal untuk mengetuk kepala adiknya tetapi dia tenangkan diri dia supaya tidak mengamuk. Lynna tergelak sedikit melihat kelakuan Kaizo

"Teman tapi mesra rupanya" Wawa tergelak sedikit "Macam mana kamu berdua boleh kenal?"

"Kami kenal semasa saya berada di kedai Tok Aba. Kebetulan dia pun ada di situ juga tapi dia yang tegur saya dulu. Dari situ persahabatan kita orang terjalin" jawab Lynna

"Mesti Kaizo tertarik dengan kecantikan Lynna sampai kamu sendiri pergi tegur dia"

"Sebenarnya panjang cerita dia tapi.. kamu semua tidak perlu tahu" kata Kaizo dengan nada serius dia. Fang mulai rasa curiga

"Ada cerita lain ke kisah pertemuan dia orang?" bisik Fang

"Agaknya" Boboiboy bisik balik kepada Fang "Tapi.. macam abang kau akan cerita aje nanti dekat kau" Lalu mereka sambung balik melihat temubual itu

"Macam mana kehidupan kamu di sini bersama dengan adik kamu yang serba nakal tu?" tanya Wawa kepada Kaizo

"Naik pening kepala aku dengan kenakalan dia tu. Memang suka sangat nak cari pasal dengan aku tapi aku tetap sayangkan dia"

"SAYANG TAPI SUKA SANGAT BULI ADIK!" Kaizo terus kejar adiknya kerana tidak reti nak duduk diam. Dari tadi Fang asyik nak buat bising sahaja. Para penonton di situ hanya mampu gelengkan kepala sahaja

"Memang begitulah perangai mereka berdua tapi kalau mereka tengah berbaik, memang mesra yang teramat" kata Lynna

"Tapi kamu boleh tahan dengan perangai mereka berdua" tanya Wawa

"Adalah juga saya sabar dengan mereka berdua tu tapi kalau tidak tahan sangat, memang saya akan bergaduh dengan Kaizo"

"Terima kasih Lynna kerana sudi berbual dengan saya walaupun sekejap sahaja. Kaizo dan Fang pula sudah hilangkan diri. Saya sebenarnya nak adakan sesi soalan jawab dari para pengunjung yang ada dekat sini.. hah! Itu pun mereka berdua" Kaizo muncul bersama adiknya. Habis Fang kena belasah teruk "Ada sesiapa ingin berikan soalan kepada para superhero kita atau rakan-rakan mereka?" Dia terus turun dari kerusi

"SAYA SAYA!" Kamera terus ke arah seorang budak perempuan yang comel. Dia memakai cekak berwarna pink. Wawa terus berikan mikrofon itu kepada budak perempuan itu "Nama saya Fiona dan saya ada soalan untuk Kapten Kaizo. Bila Kapten Kaizo nak pencen?"

"PENCEN?! BILA MASA AKU NAK PENCEN! AKU AKAN TETAP MENJADI KAPTEN BUAT SELAMA-LAMANYA!" Bergema satu Pulau Rintis, sampai ada yang menutup telinga mereka dan ada juga beberapa bayi menangis kerana takut dengan suara garang Kaizo

"Dasyat juga si Kaizo ni. Ok, terima kasih Fiona" Wawa mengambil mikrofon dari tangan Fiona

"SAYA ADA SOALAN DEKAT SINI!" Wawa terus ke seorang gadis bertudung pink "Nama saya Lizz! Saya adalah peminat Fang tapi soalan saya adalah untuk Kapten Kaizo. Soalan saya, bagaimana perasaan Kapten Kaizo, jikalau Fang mati kerana masakan masin kamu?"

"Perasaan aku? Sedih" tapi muka Kaizo tetap serius sahaja "Tapi selama ini, elok aje aku tengok dia makan. Semua yang aku masak, semuanya dia akan telan"

"Betul! Adik tak naklah kecik kan hati abang" Fang terus peluk abang dia "Oh abang ku, kalau nak buat milkshake masin untuk adik pun takpe, adik sanggup minum demi abang ku yang terkuat, yang terkacak, yang tercomel, yang terpandai, yang tersayang, yang ter-" Kaizo terus kepala adiknya "ABANGGGG! ADIK BARU NAK PUJI-PUJI ABANG!"

"ITU PUJI TERLEBIH!"

"TAK KAN ADIK TAK BOLEH NAK PUJI ABANG?"

"KALAU NAK PUJI PUN, SEKALI DUA CUKUPLAH! INI TER MACAM-MACAMLAH KAU PUNYA TER!"

"Heheheee.. maaf yea semua, dia orang tu memang suka sangat bergaduh" kata Boboiboy kepada para penonton di situ. Lynna terpaksa heret mereka berdua untuk bergaduh di tempat lain, bukan di hadapan kamera. Tak elok orang lain nampak

"Tapi comel pula dia orang bergaduh yea" Wawa tergelak sedikit "Ada lagi soalan?"

"SAYA!" Terus seorang gadis comel mengangkat tangan kanannya. Wawa berikan mikrofon kepada gadis itu "Panggil saya mysterious ajelah yea. Hehehe.. soalan saya untuk Ying! Hai Ying!"

"Hai gadis mysterious!" kata Ying balik

"Soalan saya, kalau Ying demam sakit sakit tambah bersin. Macam mana dengan kuasa Ying?"

"Senang sahaja maaa... saya akan berusaha untuk sembuh cepat! hehehee"

"Terima kasih Ying" kata gadis itu. Lalu Ying berikan dua belon comel berbentuk bunga. Kedua-dua belon itu berwarna biru dan kuning

"Saya nak bagi soalan boleh?" Lalu seorang peminat Kaizo berdiri di hadapan Wawa. Mikrofon itu diambil dari tangan gadis mysterious dan terus berikan kepada peminat Kaizo "Soalan saya untuk Kapten Kaizo. Saya nak resepi pizza yang Kapten Kaizo buat hari itu boleh?" Kaizo terus muncul sambil sekeh kepala adiknya

"Boleh tapi resepi itu aku dapat dari internet. Kau pergi ajelah google"

"Baik Kapten Kaizo!" mikrofon itu terus diberikan balik kepada Wawa "Ada soalan lagi ke?" Terus dia nampak seorang gadis kecil sedang mengangkat tangan kanannya. Wawa pergi ke gadis itu

"Saya ada soalan untuk Boboiboy, kenapa Boboiboy suka warna oren?"

"Sebab warna oren itu jarang orang suka. Lagipun warna dia warna sangat lembut... hehehe.. harap kamu puas hati dengan jawapan dari saya" kata Boboiboy yang muncul di sebelah Wawa

"Ada soalan lagi ke?" Wawa melihat sekelilingnya "Nampaknya kita sudah tiada lagi soalan dari para pengunjung di sini. Sekian sahaja dari Wawa, pengacara Sana Sini Kita Berseronok. Sehingga kita berjumpa lagi"

-----------------------------------------------

Pesta makanan itu berakhir pada waktu malam. Ramai sudah pun mengemas gerai mereka dan pulang ke rumah. Pesta makanan pada hari itu memang sangat meriah dan semuanya berjalan dengan lancar, begitu juga dengan food truck Superheroes Shakes. Ramai yang berpusu-pusu untuk melihat superhero kegemaran mereka tapi akhirnya, semuanya sudah pun selesai. Dapatlah mereka bernafas dengan lega. Pada malam itu di rumah Kaizo dan Fang, mereka perhatikan sahaja Harraz mengira jumlah keuntungan yang mereka dapat pada hari ini. Semuanya sedang berdebar-debar untuk mengetahui jumlah yang sebenarnya

"Hehehee... banyak jugak kita dapat" kata Harraz sambil susunkan duit-duit di atas meja makan

"Yer ke! Esok bolehlah kita pergi makan dekat luar. Kita makan dekat restaurant mahal-mahal"

"Ok juga idea kau tu, Boboiboy. Aku setuju sahaja!" Gopal terus bersemangat walaupun dia sudah penat melayan pelanggan dan peminat dia tadi. Mata Gopal asyik perhatikan sahaja dekat duit-duit yang masih dikira lagi oleh Harraz, untuk pastikan jumlah duit itu sama seperti tadi "Esok nak makan apa yea" terus dia terfikirkan makanan lobster "Sungguh menyelerakan" Gopal terbayangkan diri dia sedang menikmati lobster seorang diri di sebuah restaurant yang mewah

"Takde maknanya duit ini untuk kamu semua" Kaizo muncul dengan muka menakutkan. Lalu dia merampas kesemua duit tersebut dari tangan Harraz "Duit ini adalah untuk Rizu kerana ini adalah idea dia. Apa dia nak buat dengan duit ini, itu adalah keputusan dari Rizu sahaja" Mata Rizu terus bersinar-sinar, hati dia berbunga-bunga kerana Kaizo telah memberikan dia untuk buat apa yang dia suka dengan duit tersebut. Sinar harapan Gopal, terus musnah. Boboiboy menepuk dahi dia dan Fang mula berapi-api dengan abang dia

"Rizu, belanjalah kita semua makan lobster. Abang mu Gopal teringin sangat nak makan lobster" Gopal merayu-rayu kepada Rizu

"Ermmm... Pizu rasa.. Pizu nak nak nak..."

"LILY TAHU! RIZU BELANJA AKAK PERGI KE JEPUN!" Terus kepala Lily kena ketuk dengan periuk oleh Fang. Muncul lah satu benjol besar di kepala Lily "Kenapa ketuk kepala Lily?" Dia mengusap-usap benjol dia

"Ingat cukup ke duit tu nak pergi ke Jepun" marah Fang

"Janganlah gaduh-gaduh" tegur Yaya "Kita ikut sahajalah dengan keputusan Rizu. Apa Rizu nak buat dengan duit tu?" Rizu melihat Gopal yang sedang buat muka comel, dia melihat abang kesayangan dia sedang tersenyum lebar. Rizu pun tak tahu apa yang abang kesayangan dia nak. Lalu dia pandang Boboiboy yang asyik tersengih sahaja. Dia menoleh ketepi melihat Kaizo dan Lynna sedang berborakkan sesuatu

"PIZU TAHU!"

"Apa dia Rizu?" tanya Boboiboy yang sudah berdebar-debar dengan keputusan Rizu

"KITA DERMAKAN DUIT NI DEKAT RUMAH KUCING TERBIAR! MESTI KAKAK JAGA KUCING TU SUKA!"

"Tapi... tapi... lobster?" Gopal terus menangis kerana impian tidak tercapai

"Wah, keputusan yang bagus tu Rizu. Akak sangat bangga dengan Rizu" Yaya mengusap-usap kepala Rizu. Ying, Bella, Faye dan Lily tidak membantah dengan keputusan Rizu, manakala budak-budak lelaki pula. Gopal dan Fang menangis sebab impian mereka hancur. Boboiboy, Harraz dan Zakwan tersengih sahaja sambil tergelak sedikit. Kaizo dan Lynna melihat sahaja gelagat mereka semua. Lahap dan Emmy? Emmy sudah bawa Lahap ke makmal dia sebab Lahap nak sangat tengok makmal Emmy yang serba canggih itu

"UWAAAA! RIZU! ABANG GOPAL NAK LOBSTER!" Tapi Rizu abaikan sahaja Gopal dengan tangisan dia

"Kasihan.." muncul pula Probe sambil pegang belon warna hijau "Heheheee..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro