Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Persahabatan

"Wei Fang! Aku terima satu permintaan dari peminat cerita kau" muncul Bella di sebelah Fang yang sedang rajin membaca buku teks sejarah di atas bangku sekolah. Fang menutup buku teks itu dan lalu dia melihat Bella yang sudah kepenatan itu kerana berlari

"Permintaan apa?"

"Dia cakap, dia nak cabar kau menulis cerita sedih" kata Bella

"Cerita sedih? Wei, aku mana reti nak tulis kisah sedih. Kau ajelah yang tulis, kau kan ada bakat dalam penulisan" Fang membuka balik buku teks itu dan sambung membacanya

"Tapi aku nak juga baca kisah sedih daripada kau. Aku yakin kau dapat buat dengan baik"

"Malas" jawab Fang dengan tegasnya "Cakap ajelah dekat dia orang, yang aku mana reti. Tak kan aku nak minta tolong dari kak Lynna sahaja. Itu aku buat hanya sekali sahaja. Sudahlah, aku masuk kelas dulu" Fang menghempas tutup buku teks dan lalu beredar dari situ dengan perasaan marah. Bella hanya memandang Fang meninggalkan diri dia di situ seorang diri

"Si panas baran ni, aku ketuk juga kepala dia nanti"

"Sabar ajelah Bella. Itu sudah menjadi sikap sepupu aku" muncul Faye bersama Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying "Kau jangan nak bergaduh dengan dia pula. Malas aku nak mendengar pergaduhan korang nanti"

"Hehehee... aku pun malas tapi aku rasa geram dengan si Pang tu. Rasa nak hempuk-hempuk kepala dia dengan beg sekolah aku"

"Bertabahlah wahai Bella. Si Fang tu memang selalu buat kita orang geram" kata Gopal "Kalau boleh, aku pun nak hempuk-hempuk kepala dia dengan beg sekolah"

"Biarkan ajelah si Fang tu, asalkan dia jangan ganggu orang lain sudah"

"Betul cakap Boboiboy tu" balas Yaya "Tapi dia ada tak tadi nampak ciri-ciri orang tengah bad mood?"

"Hmmm.. aku nampak dia ok sahaja. Duduk diam, baca buku teks sejarah dia. Agaknya aku telah merosakkan mood dia kot" Bella cuba ingatkan balik wajah Fang tadi "Dia nampak tenang tapi bila aku suruh dia tulis kisah sedih, terus dia marah"

"Mungkin dia tak nak teringat balik kisah sedih dia pada masa dia kecik dulu" kata Yaya

"Mungkin juga" Bella terus menghela nafas "Silap aku juga sebab memaksa dia tadi tapi takpelah, kalau dia tak nak buat. Biar aku sahaja buat kisah sedih" Tanpa berkata apa lagi, Bella tinggalkan kawan-kawan dia di situ. Kaki dia melangkah terus ke tangga sekolah. Dia perlu pergi minta maaf dekat Fang. Entah kenapa hari ini dia tidak mahu bertengkar dengan Fang. Apa yang dia mahukan sekarang ini adalah kemaafan dan berborak seperti dua orang kawan

---------------------------

Fang tidak begitu semangat untuk bersihkan kelas dia. Dia biarkan sahaja pelajar lain bersihkan kelas tingkatan 1 Amal. Dia hanya duduk di tepi tingkap sambil menatap di luar tingkap. Pemikirannya asyik bermain-mainkan mimpi buruk dia semalam. Mimpi membuatkan dia tidak mahu menulis kisah sedih yang diminta oleh Bella sebentar tadi. Fang pejamkan matanya. Dia ternampak badan kaku abangnya yang sudah tidak bernyawa itu. Darah-darah mengalir keluar dari mulut, hidung dan mata abangnya. Dia hanya berdiri di situ menatap wajah kematian abangnya. Tiada titisan air mata yang mengalir diri dia. Apa yang paling dia takutkan di dalam mimpi itu, dia sendiri yang membunuh abang dia. Pisau yang dia pegang, penuh dengan lumuran darah abangnya. Darah abangnya menitik-nitik di atas lantai. Dia tidak ketawa ataupun sedih, hanya perasaan kosong sahaja yang ada dihati dia

"Fang" Fang membuka matanya dan ternampak Bella berada di depan matanya "Fang, kau kenapa? Kenapa muka kau pucat? Kenapa kau menangis? Ada sesuatu yang terjadi ke?" Fang baru sedar, air mata dia sedang mengalir di pipinya. Dia terus mengelap air matanya

"Takde apalah" jawab Fang dengan begitu ringkas sekali

"Kalau kau ada masalah, ceritalah dekat aku. Aku kan kawan kau" Fang melihat Bella menarik kerusi dan terus dia duduk. Bella menunggu sahaja Fang membuka ceritanya

"Hmm.. sebenarnya semalam aku mimpi buruk. Mimpi aku bunuh abang aku sendiri" Bella tidak begitu terkejut. Muka dia kelihatan tenang "Bila tadi kau suruh aku buat cerita sedih, tiba-tiba sahaja aku teringat mimpi buruk aku tu. Aku takut kalau aku jadi jahat. Abang aku sendiri pun takut kalau aku menjadi jahat. Bukan itu sahaja, aku sebenarnya takut kalau abang aku pergi dulu. Aku tidak mahu hidup keseorangan walaupun aku masih lagi ada keluarga yang lain. Abang satu-satunya yang dekat dengan diri aku. Kemesraan dan keakraban kita orang memang tidak boleh diganti dengan apa benda pun. Kalau dia takde, tak tahulah apa akan terjadi dengan aku nanti"

"Aku faham perasan tu. Masa aku kecik dulu, aku takut kalau aku kehilangan abang aku. Aku hampir kehilangan dia dan dia juga satu-satunya abang aku. Dia lah tempat aku untuk mengadu segala-segalanya. Semua luahan hati aku, dia dengar. Semua rahsia aku, dia akan simpan dengan baik. Dia seperti sebuah buku diary aku. Dia lah abang aku paling aku hargai dan sayangi. Ibubapa aku sekarang ni sudah tidak begitu rapat dengan aku semenjak kejadian dekat sekolah lama aku. Dia orang macam sudah tidak kisah sangat tentang hal aku, apa aku buat dekat sekolah, dengan siapa aku berkawan. Cuma abang aku sahaja yang selalu mengambil tahu hal-hal aku" Bella mengesat air matanya yang sudah mengalir keluar "Heheehe.. aku menangis pula tapi aku mengaku, antara kawan-kawan aku dekat sini, kau yang selalu dengar luahan hati aku. Aku tahu kau anggap aku sebagai kawan sahaja tapi itu pun sudah mencukupi buat diri aku. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku walaupun aku suka sangat cari pasal dengan kau dan buli kau dulu"

"Sama-sama. Aku buat begitu pun sebab aku tak nak lah buat jahat dekat orang lain, simpan perasaan dendam macam aku berdendam dengan Ratu Lily dulu. Tapi aku lihat, abang aku maafkan dia dulu. Aku mengambil masa yang lama kerana ibubapa aku tiada masa aku kecil lagi. Hanya dapat bersama dengan mereka dalam masa yang singkat sahaja. Kau cukup bertuah masih ada lagi ibubapa walaupun mereka tidak pedulik lagi tentang diri kau" Bella tersenyum sedikit

"Oh yea, aku nak minta maaf sebab paksa kau tulis kisah sedih. Aku tak perlu buat pun takpe, aku akan jelaskan kepada peminat kau yang kau ni sebenarnya panas banas. Tiada istilah sedih yang ada dekat hati kau" Fang bermasam muka dengan Bella. Dia melihat Bella lama-lama tetapi dia bukan hendak memarahi Bella, dia tergelak di situ. Lalu Bella terikut gelak juga

"Aku maafkan kau tapi dengan satu syarat! belanja aku donut lobak merah" Bella terus menepuk kepala Fang. Lalu mereka tergelak lagi sehingga mereka tidak sedar mereka diperhatikan oleh kawan-kawan mereka di luar kelas. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Faye tersenyum melihat mereka yang tidak bergaduh itu, tetapi hanya gelakan sahaja menjadikan suasana kelas 1 Amal lebih ceria

"Aku tahu sepupu aku tak kan ada hati dekat Bella sebab hati dia asyik nak bercinta dengan donut lobak merah dia aje tapi.. aku dapat rasakan mereka berdua akan menjadi kawan baik selama-lamanya" kata Faye dengan senyuman yang sudah terukir di wajahnya

"Kenapa kau kata begitu Faye?" tanya Boboiboy

"Walaupun aku kawan baik dia tapi aku rasa, Bella sudah menganggap Fang adalah salah satu kawan baik dia juga. Fang tu, panas baran pun, dia tetap ambik berat dengan hal-hal kawan dia, terutama sekali si Bella. Apa jua masalah atau perasaan yang Bella pendamkan, dia akan cerita dekat Fang sebab dia rasa selamat dan selesai dengan Fang dan Fang pula, dia setia mendengar segala masalah hati Bella. Aku tahu Fang ada selalu cerita masalah diri dia dekat kau Boboiboy"

"Tapi Faye.. dia tu, kalau aku tanya sahaja.. dia akan beritahu, aku dia akan cakap aku ni penyibuk dalam hal-hal dia" kata Boboiboy yang masih lagi melihat Fang dan Bella berborak seperti biasa di tepi tingkap "Tapi apa-apa pun, aku harap mereka akan menjadi kawan baik selama-lamanya, seperti yang kau katakan tadi"

"Jadi, hubungan dia orang tu macam kak Lynna dan Kapten Kaizo ke? Macam tu ke Boboiboy?"

"Bukanlah Gopal. Hubungan kak Lynna dan abang Kaizo, tak tahulah nak cakap macam mana. Tapi hubungan Fang dan Bella, dia orang hanya kawan, kawan baik yang suka cari gaduh tapi bila bab-bab serius, dia orang akan menjadi serius"

"Kalau macam tu, aku kena cari kawan yang terbaik, yang sudi mendengar luahan hati aku!"

"Aku ni bukan kawan terbaik kau ke Gopal?" kata Boboiboy dengan nada bosan dia. Gopal tersengih kepada Boboiboy

"Tapi.. aku tak pernah pula tengok kau cerita masalah kau dekat Boboiboy. Selalu ajak main, makan, buat kerja sekolah sama-sama adalah" kata Yaya. Gopal bermain-main dengan tangannya sambil buat muka sedih

"Macam mana aku nak luahkan kalau asyik makan aje. Makanan sahaja menjadi pengubat isi hati ku" Gopal mula beremosi di tepi pintu kelas. Pelajar-pelajar yang lalu lalang di situ, melihat kelakuan pelik Gopal. Ada yang gelak, ada yang gelengkan kepala dan ada juga buat-buat tidak tahu sahaja "Makanan jugalah yang menjadi peneman aku, apabila kawan-kawan aku sudah mula tidak pedulikkan aku lagi"

"Aik, bila masa kita orang tak pedulikkan kau?"

"Ala Boboiboy, aku reka sahaja. Bagilah aku beremosi sekejap"

"Emosi apa kebendanya" muncul Fang bersama dengan Bella di muka pintu kelas "Kau tak payahlah nak luahkan sangat, kau tu tahu makan aje. Tengok macam aku, berlagak macam mana pun, aku tetap ada perasaan. Tahu tak"

"Eleh, nak berlagaklah tu" Gopal bersilang tangan sambil bermasam muka "Wei Fang, kau ingat aku ni tiada perasaan ke. Setiap kali kau belasah aku dengan harimau bayang kau tu, memang tercalar hati aku. Sedih sebab kawan baik sendiri suka belasah aku sesuka hati" Gopal pandang ke tempat lain untuk menambahkan perasaan sedih dia ke dalam hati dia yang tidak begitu sedih itu

"Dan aku, sesuka hati akan mendenda kamu kerana tidak masuk ke kelas kau"

"Betul tu cikgu! Dendalah saya dengan suka hati cikgu" Gopal tidak perasan bahawa kawan-kawan dia sudah pun lari dan masuk ke dalam kelas mereka kerana takut dengan kemunculan cikgu Aiman. Gopal tinggal di situ seorang diri. Dia menoleh kebelakang dan mengeletar ketakutan. Kaki dia rasa lemah untuk lari dari situ. Muka Aiman seperti mahu makan orang

"Apasal kamu tidak masuk ke kelas lagi?"

"Maaf cikgu"

"Maaf apa.. loceng sudah berbunyi tapi kamu masih ada lagi disini! PERGI LARI SEKELILING PANDANG SEBANYAK 10 KALI SEBAGAI DENDA KAMU!" Aiman menoleh kebelakang, cepat-cepat pelajar dari tingkatan 1 Amal keluarkan buku teks sejarah mereka. Ramai yang rasa kasihan dengan Gopal sebab dia terpaksa berlari di sekeliling padang seorang diri

"Selamatlah aku takde abang kembar. Kalau tidak, boleh koma aku" bisik Fang sambil membuka buku teks sejarahnya

--------------------------

Waktu rehat sudah tiba, pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 berebut-rebut untuk pergi ke kantin. Fang, Yaya, Ying dan Bella keluar lewat sedikit kerana mereka tidak mahu berjalan di dalam kesesakan di tangga sekolah nanti. Sambil menunggu keredaan di tangga sekolah, mereka menunggu tiga kawan mereka yang lain iaitu Boboiboy, Gopal dan Faye. Rasa janggal pula kerana ketiadaan Zakwan bersama mereka. Yaya nampak tiga kawan mereka sedang berjalan menuju ke kelas dia

"Hmmm.. macam seseorang tiada pula dalam geng kita orang" kata Yaya sambil memegang bekalan makanan dia

"Kau sudah mula rindu dia ke?" sindir Fang

"Takdelah.. aku rasa janggal aje" jawab Yaya. Ying keluarkan kepala dia sedikit dan dia tersenyum dengan kehadiran kawan-kawan dia

"Sudah lama tunggu?" tanya Faye

"Takdelah.. lagipun kita orang tunggu dekat tangga tak ramai orang maaa" jawab Ying "Marilah kita pergi ke kantin" Ying keluar dari kelas dan dia diikuti oleh Fang, Yaya dan Bella. Tangga sekolah sudah menjadi kosong, mereka boleh turun dengan senang hati tanpa berebut atau berasakan untuk turun dari situ

"Macam mana tadi sesi senaman tengahari kau?" tanya Fang kepada Gopal sambil tersenyum sinis

"Sampai hati korang tinggalkan aku sorang tadi. Tak pasal-pasal aku kena denda dengan cikgu garang tu.. tak nak kawan korang"

"Aik, merajuk pulak kau" Gopal bermasam muka dengan Boboiboy. Dia langsung tidak mahu memandang kawan-kawan dia "Janganlah merajuk. Kita orang pun takut dengan cikgu Aiman tu. Maaf yea sebab lari tanpa beritahu kau"

"Belanja aku makan dulu"

"Nak suruh kita orang belanja pulak"

"Mestilah Bella. Korang yang tinggalkan aku, kenalah belanja aku kalau nak suruh aku maafkan korang" Gopal tersenyum sinis seorang diri sambil turun dari tangga. Sampai sahaja di tingkat bawah. Mereka belok ke kanan untuk terus ke kantin sekolah

"Maaflah yea Gopal. Aku hari ini kena belanja si Pang ni" Bella tolak sedikit bahu Fang dengan jari telunjuk dia. Fang berjalan di hadapan Bella. Dia abaikan sahaja dengan tolakan Bella tadi "Kau pun sama macam Fang yea. Nak maafkan, kena minta belanja dulu"

"Heheheee... itu sahaja syarat yang ada" Gopal tersengih. Mereka sudah pun sampai di kantin sekolah tetapi semua tempat penuh. Tiada tempat kosong untuk mereka duduk "Hmmmm.. kita pergi rehat dekat tepi padang sekolah ajelah" Mereka berpatah balik dan terus ke tepi padang sekolah melalui jalan untuk pergi ke bangunan sekolah yang lain

"Boleh juga! Aku ada bawa bekalan makanan. Makanan aku pun banyak" kata Faye. Hari ini dia terlebih rajin membuat makanan yang serba banyak "Bolehlah aku berkongsi dengan korang. Oh yea, aku ada mesej-mesej dengan Zakwan malam tadi. Dia rindukan kita semua. Aku ada cadangan, kita semua pergi melawat dia dekat sana, nak tak?"

"Macam mana nak pergi ke sana?" tanya Boboiboy yang rasa curiga. Faye tersenyum seorang diri "Jangan cakap kau nak suruh Emmy binakan pintu suka hati macam kartun doraemon tu"

"Takdelah" jawab Faye "Aku sebenarnya sudah minta kebenaran awal dari abang Kaizo. Dia bagi aku gunakan alat untuk pergi ke mana sahaja! Kau tahulah alat tu kena rampas oleh abang Kaizo sendiri. So, macam mana? nak buat buat surprise tak dekat dia?" Faye duduk di bawah pokok rendang yang bersebelahan dengan padang sekolah. Mereka semua duduk di dalam sebuah bulatan yang kecil. Faye meletak bekas makanan dia di tengah-tengah bulatan itu, sama juga seperti Yaya. Mereka berdua membuka bekas makanan dan terpaparlah makanan yang begitu enak sekali. Faye telah sediakan beberapa biji bebola keju yang mencukupi untuk rakan-rakan dia makan dan juga beberapa kentang goreng. Manakala Yaya pun, dia bawa beberapa sandwich ayam yang telah dipotong kecil-kecilan

"Jemputlah makan semua" kata Faye

"Terima kasih Faye! Terima kasih Yaya!" kata Boboiboy, Fang, Gopal, Ying dan Bella. Mereka dengan gembiranya, mengambil makanan tersebut sambil dilihat oleh Yaya dan Faye

"Hah! Apa keputusan korang?" tanya Faye lagi

"Bagus juga idea kau Faye. Eloklah kita pergi buat kejutan untuk dia, takdelah dia yang kita sudah lupakan dia" Boboiboy gigit bebola keju dan lalu berkata lagi dengan mulut penuhnya "Tapi.. bila kita nak pergi ke sana?"

"Kita pergi hujung minggulah" kata Ying "Bolehlah aku bawa buah tangan untuk dia maaa... suka pula aku dapat melihat suasana kampung dia. Mesti seronok!"

"Aku belum pernah lagi tengok kawasan kampung" Fang kata secara tiba-tiba "Aku kan alien baru belajar"

"Mengaku jugak kau yea" kata Gopal dengan nada sindiran dia "Nanti kita orang tunjuk kau macam kehidupan di kampung. Mesti kau nak lari balik sini punya"

"Wei! Kau ingat aku ni tak boleh hidup dekat sana ke" marah Fang

"Kau tengoklah nanti" Gopal hanya tersenyum sinis sahaja

"Sudah sudah.. jangan nak gaduh pulak masa rehat ni" Yaya mengambil salah satu potongan sandwich ayam yang dia buat sendiri "Aku setuju dengan cadangan Ying, kita pergi pada hujung minggu. Mesti seronok dapat tengok keindahan kampung"

"Aku dapat bayangkan diri aku naik basikal sambil mengayuh sekeliling kampung" kata Bella sambil gigit kentang goreng dia

"Aku pula, bayangkan diri aku mandi dekat sungai" Boboiboy pula mula berangan. Hanya Fang dan Faye sahaja tidak dapat bayangkan macam mana sebab mereka mana pernah pergi ke kampung "Hehehee... jangan risaulah Fang, kau akan rasa seronok punya"

"Betul cakap Boboiboy tu. Boleh kau rasa masakan kampung nanti"

"Terima kasih Boboiboy, terima kasih Yaya. Jadi hujung minggu ni kita akan pergi ke sana untuk bersuka ria bersama Zakwan"

"Betul tu!" kata Ying kepada Fang. Nampaknya, hati masing-masing sudah tidak sabar untuk pengembaraan mereka di kampung pula kali ini. Semuanya menunggu kedatangan hujung minggu. Fang mula terbayangkan diri dia berada di kampung, macam mana agaknya nanti, fikir Fang sambil makan bebola keju

-----------------------------

Hari Sabtu adalah hari yang ditunggu-tunggukan oleh Boboiboy dan rakan-rakan dia. Mereka semua sudah berkumpul di halaman rumah Fang pada awal pagi lagi. Masing-masing sudah pun berpakaian dengan sopan. Budak lelaki berpakaian baju melayu dan budak perempuan berpakaian baju kurung

"Aku rasa macam nak pergi beraya rumah Zakwan aje. Puasa belum lagi, kita dah beraya awal pula"

"Sekali sekala Gopal. Bukannya selalu kita dapat berpakaian seperti ini" kata Boboiboy. Dia ada bawakan sebotol air hot chocolate untuk Zakwan

"Boboiboy ku memang nampak kacak dan comel berpakaian baju melayu warna oren" Mata Lily bersinar-sinar melihat Boboiboy. Dia telah diberitahu oleh Faye dan Bella tentang rancangan kejutan mereka untuk Zakwan

"Apasal dia perlu ikut sekali?" tanya Fang yang sedang bermasam muka

"Ala landak.. dia kan kawan Lily juga, tak kan tak Lily pergi melawat dia sekali. Tak baik tau tinggalkan Lily keseorangan dan korang semua pergi berseronok tanpa Lily. Sedih Lily nanti. 10 hari 10 malam Lily akan menangis. Landak tak nak Lily sedih kan kan kan kan" Lily usik-usik pipi Fang yang sedang bermasam muka lagi "Tapi apasal landak tak ajak Rizu dan Ammy? or musuh ketat aku yang hendak cuba merampas Boboiboy ku dari diri Lily!"

"Rizu nak pergi tapi dia ada check up hari ini. Emmy pulak, sebab dia tengah sibuk ciptakan sesuatu. Tak tahulah dia cipta apa pulak kali ini.. dan musuh ketat kau tu" Fang tersenyum sinis kepada Lily. Dia hendak menjerit nama Ratu Lily tetapi Lily cepat-cepat sumbat donut lobak merah ke dalam mulut Fang. Lalu Fang makan donut itu dengan gembiranya

"Hehehee... selamat bawak donut ni" kata Lily dengan bangganya "Tapi bila kita nak pergi ni? Semuakan sudah berada dekat sini. Kita nak tunggu siapa?"

"Tunggu aku datanglah" muncul Kaizo dengan pakaian baju melayu yang serba biru itu. Yaya, Ying, Bella dan Faye melihat Kaizo dengan mata bersinar-sinar, senyuman lebar dan buat muka comel sebab Kaizo terlampau kacak memakai baju melayu. Kaizo berasa hairan dengan gadis empat orang itu "Kenapa kamu semua melihat aku begitu? Ada sesuatu serba tak kena ke?"

"Bukanlah abang Kaizo" Lily jadi tukang jawab "Mereka teruja sebab abang Kaizo kacak sangat tapi Boboiboy ku lagi kacak! Sehingga abang Kaizo sendiri tidak boleh melawan kekacakan dan kecomelan Boboiboy ku"

"Sudahlah tu Lily. Malas aku nak dengar cerita kau tentang Boboiboy tu, Boboiboy ni" kata Fang sambil kunyah donut kegemaran dia "Tapi apasal abang kena ikut sekali? Abang bukannya kawan si Zakwan tu? Abang pergilah cari kawan abang yang serba garang macam harimau tu. Tak pun pergi ajak kak Lynna jalan-jalan ke, pergi latihan tempur ke, pergi cari alasan untuk menghukum orang ke... apa lagi yea" Berkerut-kerut dahi Kaizo

"Kalau kau tak nak abang pergi, aku duduk di rumah sahaja" Kaizo terus masuk balik ke rumah. Hati dia rasa lega sedikit sebab tidak perlu ikut sekali dan dia dapat mencari ketenangan pada hari itu kerana ketiadaan adiknya di rumah nanti. Dia tersenyum sedikit seperti mendapat kebebasan di hujung minggu. Kaizo pusing kebelakang. Dia melihat adiknya dan kawan-kawannya sudah mula bersedia untuk berangkat tolak. Masing-masing ada bawa sedikit buah tangan untuk Zakwan

"Semua sudah bersiap? Takde apa yang tertinggal?" tanya Faye

"SEDIA!" Maka Faye dengan bangganya, dia menekan butang itu dan lalu, mereka semua hilang dari halaman rumah. Kaizo menutup pintu rumahnya secara perlahan

"Semoga kamu semua bergembira di sana" bisik Kaizo

--------------------------

"ASSALAMUALAIKUM ZAKWAN!" Jerit Boboiboy, Yaya, Bella dan Lily "KAMI DATANG NAK BERAYA!" Mereka semua sedang berdiri di hadapan sebuah rumah kampung yang diperbuat daripada kayu. Tingkap rumah dibuka secara tiba-tiba. Sarah menjerit gembiraan melihat mereka semua. Dia terus berlari di dalam rumah untuk memanggil abangnya

"WOI! Raya lambat lagilah" marah Fang

"Hehehee.. kita orang bergurau ajelah" kata Boboiboy

"Jadi, inilah kampung yea" Fang melihat sekeliling kawasan kampung itu. Semua rumah di situ, semuanya diperbuat daripada kayu tetapi ada yang rumah yang sudah diubahsuai menjadi lebih modern sedikit. Ada juga bilik air terletak di luar rumah, ada telaga kecil di tepi rumah, reban-reban ayam di setiap perumahan kampung itu. Ayam-ayam berkeliaran di tepi-tepi rumah Zakwan. Ibu ayam di ekori oleh anak-anak ayam

"Anak itik takde?" Lily mencari-cari anak itik di bawah rumah

"Mana ada anak itik" Zakwan muncul di muka pintu dengan senyuman gembiranya "Apa korang buat dekat sini?" Dia terus berlari turun dari tangga untuk menyambut kawan-kawan dia semua "Tapi... sekarang bukannya raya lagi"

"Hehehee... ini semua cadangan Faye. Dia yang suruh kita berpakaian macam ni" kata Boboiboy sambil menghulurkan sebuah bekas thermos kepada Zakwan "Aku ada bawakan air hot chocolate, khas dari kedai Tok Aba"

"Terima kasih" Zakwan mengambil thermos itu. Hati dia berasa begitu gembira sekali kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan dia balik. Baru sahaja seminggu dia sudah pindah ke sini, tiba-tiba sahaja mereka datang tanpa diduga. Hati dia tersentuh dengan persahabatan mereka "Tak sangka pula korang akan datang ke sini. Sepatutnya aku yang patut datang ke Pulau Rintis"

"Jangan risaulah Zakwan. Ini semua Faye punya idea. Dia ni nak pastikan kita orang tak lupakan kau. Bukan macam si Fang ni, sanggup jadi pembelot sebab ikut sangat arahan abang dia tu" Fang mula keluarkan aura-aura kegelapan dia. Hati dia berapi-api dengan Gopal "Lepas dah habis jam kuasa kita orang, sanggup dia nak tinggalkan kita orang. Penipu punya kawan"

"Wei Gopal, janganlah cakap macam tu. Itukan kisah lama"

"Ala Boboiboy, aku bagitahu aje apa yang dia buat dekat kita orang dulu"

"BAGITAU AJE! KAU NI MEMANG SUKA CARI NAHAS DENGAN AKU! HARIMAU BAYANG! KEJAR SI GOPAL TU!"

"JANGANNNN!" Gopal terus melarikan diri. Harimau bayang Fang mengejar Gopal

"Padan muka kau Gopal, asyik nak buat aku marah sahaja.. hahahahaaa!" Fang ketawa di situ sehinggalah Bella menepuk kelapa Fang "WOI!" Bella buat-buat tidak tahu. Zakwan tergelak melihat gelagat mereka yang dia sangat rindui

"Rindu betul aku dengan korang" kata Zakwan "Terima kasih Faye sebab berikan kejutan dekat aku. Korang semua sudah sarapan pagi ke? Nenek aku ada buatkan nasi lemak. Jomlah makan bersama, lepas tu bolehlah aku bawak korang jalan-jalan dekat kampung ni"

"Boleh jugak" jawab Yaya. Zakwan menjemput mereka naik ke atas. Satu demi satu daripada mereka, naik ke atas rumah yang serba kayu itu. Fang masih kekok lagi sebab baru pertama kali dia sampai ke kawasan kampung. Suasana di situ amat berlainan sekali daripada di Pulau Rintis. Udara dia segar dan nyaman. Sawah padi terbentang luas di hadapan rumah Zakwan. Anak-anak kecil sedang berlari ke sana sini kerana seronok sangat bermain

"Fang, kau berangan ke? Cepatlah masuk" kata Bella

"Maaf" Fang terus masuk ke dalam rumah tersebut. Rumah itu kelihatan lain daripada rumah kawan-kawan dia di bandar. Terdapat banyak barangan antik yang ada di dalam rumah itu. Kerusi dan meja di dalam rumah itu, semuanya diperbuat daripada kayu. Gambar-gambar hitam putih di gantung dengan begitu kemas di dinding rumah. Fang rasa ianya seperti sebuah rumah yang penuh dengan kasih sayang. Walaupun rumah itu tidak seperti rumah dia, ianya tetap rasa dia seperti berada di rumah sendiri. Fang terpaksa turun dari tangga untuk masuk ke dalam dapur

"Sarah, letakkan pinggan untuk kawan-kawan abang" kata nenek Zakwan yang masih lagi kuat walaupun sudah pun berumur "Jemputlah duduk. Nenek ada masak lebih hari ini" Fang melihat makanan sudah tersedia di atas lantai dapur. Bukan nasi lemak sahaja yang ada, pulut kuning dan kuih karipap pun ada sekali. Zakwan letakkan sebuah teko kecil di atas lantai. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Faye dan Lily sudah pun duduk bersila di atas lantai. Fang mengambil tempatnya di sebelah Boboiboy dan sebelah dia lagi adalah Bella

"Makanlah korang. Ini semua nenek aku dan ibu aku yang buat"

"Mana mak kau?" tanya Yaya

"Mak aku pergi ke kedai sekejap" jawab Zakwan sambil menuang air teh ke dalam cawan

"Zakwan, kau pergilah makan sekali dengan kawan-kawan kau. Biar Sarah sahaja yang tuangkan air teh itu untuk mereka" ujar nenek Zakwan

Zakwan tidak membantah. Dia berikan teko itu kepada Sarah dan dia mengambil pinggan kosong yang ada di hadapan Faye "Macam mana persekolahan kau dekat sini?" tanya Fang secara tiba-tiba

"Bolehlah. Dia orang friendly tapi tak best aku tak sama sekolah dengan korang. Mesti banyak pengembaraan korang dah pergikan"

"Takdelah, seminggu ni asyik dengar suara garang cikgu Aiman aje. Makin banyak kerja sekolah dia bagi adalah. Si Fang pun takde buat benda nakal. Agaknya dia takut kena denda dengan abang dia tu lah" Boboiboy tergelak sikit

"Wei, aku tak takut dengan abang aku ok. Aku minggu ni buat baik sebab aku tak naklah dia tak bagi aku datang ke sini. Lepas ni, bolehlah aku buat nakal balik" Boboiboy melirik matanya ke arah Fang "Kau kan kawan aku, kalau aku takde. Mesti rasa tak bestkan"

"Memang pun sebab aku rindu nak dengar suara kau yang suka marah-marah orang tu. Tak aman sekolah sebab asyik dengan keamukan kau sahaja" Mereka semua tergelak dengan kata-kata Zakwan tadi. Fang bermasam muka sambil kunyah nasi lemak dia "Jangan marah Fang, aku hanya bergurau aje. Bila lagi aku dapat bergurau dengan kau"

"Betul tu! Aku setuju dengan kata-kata kau" Gopal menyampuk "Tapi seminggu ni, dia langsung tak mengamuk. Aku kagum dengan kau, Fang"

"Kagum yea" Fang tersenyum sinis "Tengoklah minggu depan nanti" Gopal terus makan nasi lemak dia secara senyap sebab takut apa yang akan terjadi dekat sekolah "Hehehee... kau ramai tak dapat kawan baru dekat sini?"

"Hmm.. adalah dua tiga orang. Aku belum biasa lagi dengan dia orang, tapi lama-lama oklah"

"Ibu kau pula macam mana?" Ying bertanya pula kali ini

"Ibu aku ok. Dia tiap-tiap pagi selalu jual kuih-muih dekat depan sekolah aku. Ramai yang beli. Rezeki ibu aku makin bertambah setiap hari. Aku rasa tenang duduk dekat sini tapi satu jelah yang takde"

"Apa dia?" tanya Boboiboy dengan perasaan curiga dia

"Persahabatan korang. Itu ajelah yang takde dekat sini tapi korang pun macam boleh aje datang ke sini selalu" Zakwan mengambil sebiji karipap yang ada di depannya "Aku rasa seronok tengok korang datang ke sini. Terima kasih sebab datang tau. Aku pun tak tahu nak balas macam mana"

"Hah! Kau balaslah dengan cara bawak kita orang pergi berjalan-jalan. Mesti seronok kan kan kan" kata Yaya

"Boleh! Bolehlah naik basikal sama-sama pergi ke pekan tapi pekan tu takdelah besar mana pun, kecil aje" Zakwan tersenyum sedikit. Lalu dia melihat kawan-kawan dia yang hampir sudah siap makan. Mereka tidak menambah lagi "Makanlah lagi korang"

"Jangan risau, aku akan habiskan kesemuanya!" kata Gopal sambil menambah lagi nasi lemak. Sambal yang dia pergi letaknya, memang begitu banyak kerana mengikut kata Gopal, sambal ikan bilis itu sangat sedap. Tanpa rasa malu, mereka menambah lagi. Ada yang tambah pulut kuning, ada yang makan karipap dan ada juga yang masih lagi makan nasi lemak tak henti-henti

Selepas sahaja habis berjamu selera. Zakwan membawa mereka semua berjalan-jalan di sekeliling kamu. Malangnya, mereka tidak boleh menaiki basikal kerana basikal ada dua sahaja di rumah Zakwan. Mereka terpaksa berjalan kaki tetapi mereka tidak begitu kisah sangat sebab sudah terbiasa berjalan kaki dekat Pulau Rintis. Zakwan bawa mereka pergi tengok sawah padi dan lalu di tepi-tepi sawah. Selepas itu Zakwan membawa mereka ke tepi sungai yang tidak jauh daripada situ. Ada beberapa anak-anak kecil sedang melompat masuk ke dalam sungai. Mereka bermain air dengan begitu gembira tanpa fikirkan tentang benda lain. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye, Lily dan Zakwan duduk di tepi sungai sambil rendamkan kaki masing-masing. Sambil berborak di situ, sambil itu mereka makan bekalan yang di bawa oleh mereka tadi. Nenek Zakwan suruh bawa sebab dia ada buatkan kuih koci tadi

"Bestnya dekat sini" kata Fang sambil gigit kuih koci tersebut

"Datanglah ke sini selalu. Kalau boleh, tidurlah dekat sini untuk satu malam. Mesti kau nak duduk sini lama-lama nanti" kata Zakwan

"Hmmm.. itu pun kalau abang aku bagi" Fang kunyah kuih koci dia "Agaknya, kalau abang aku duduk sini. Macam mananya nanti. Mesti suara garang dia boleh dengar satu kampung"

"Entah-entah, harimau pun takut nak datang ke sini" kata Bella secara tiba-tiba "Hehehee... memang seronok duduk dekat kampung. Kampunlah tempat untuk kita larikan diri daripada kesibukan bandar. Pulau Rintis tak sesibuk mana tapi kampung juga yang terbaik di hati aku"

"Samalah dengan aku"

"Aku pun sama, Boboiboy" kata Gopal. Tak pasal-pasal Fang tolak Gopal jatuh ke dalam sungai "DEY! YANG KAU PERGI TOLAK AKU APASAL!"

"SEBAB KAU MEMANG SESUAI UNTUK DI TOLAK! HAHAHA!" Tanpa disedari oleh Fang, Bella sudah pun berada di belakang Fang dan lalu dia menolak Fang ke dalam sungai "SIAPA YANG TOLAK AKU!"

"HAHAHAHAAAA! Cari pasal lagi, sekarang kenalah kau!" Bella tergelak di situ. Fang bermasam muka, yang lain hanya ketawa sahaja. Faye terpaksa menggunakan alat menukar pakaian ke atas Fang dan Boboiboy. Lily masih lagi mencari anak itik sebab dia nak bawak balik satu. Mereka teruskan perjalanan mereka sampai ke pekan. Pekan itu tidaklah begitu besar yang dikatakan oleh Zakwan tadi. Mereka berjalan di sekeliling pekan dan melihat apa yang ada di situ, yang ada pun kedai buku, kedai runcit, bengkel kereta dan juga restaurant-restaurant kecil. Gopal terliur pula melihat sebuah restaurant menjual roti canai. Boboiboy terpaksa mengheret dia jauh daripada situ sebab mereka terpaksa pulang ke rumah sebab sudah berjanji dengan nenek Zakwan. Nenek Zakwan telah pun masakan makanan tengahari mereka. Pertama kali Fang dan Faye merasai masakan kampung. Semua sedap-sedap sampai Fang tambah sebanyak 3 kali. Tidak pernah pula mereka melihat Fang makan begitu banyak sekali, mengalahkan Gopal. Petang itu, baru mereka pulang ke Pulau Rintis. Sebelum mereka pulang, nenek dan ibu Zakwan berikan kuih ketayap kepada mereka semua

"Bila lagi korang nak datang ke sini?" tanya Zakwan. Dia rasa sedih melihat kawan-kawannya terpaksa pulang ke Pulau Rintis

"Tak tahulah tapi bila kita orang ada masa, kita orang datang ke sini. Terima kasih kerana melayan kami dengan baik. Masakan nenek kau memang terbaik. Semuanya sedap-sedap. Sampai Fang makan tak henti-henti" Fang tersengih kepada Boboiboy "Kau jaga diri elok-elok"

"Jangan nak buli orang lagi" kata Fang. Zakwan rasa malu dengan perbuatan dia yang sudah lama dia tinggalkan "Tapi aku tahu, kau sudah berubah"

"Terima kasih. Aku janji aku tak kan buli sesiapa lagi. Kau pun, jangan nak berlagak sangat dekat sekolah tu"

"Si Pang ni kalau tak berlagak, tak sah" kata Bella

"Hmmm... kau pun jangan nak bergaduh sangat dengan Fang" Bella bermasam muka sedikit tetapi selepas itu dia gelak bersama dengan Zakwan "Terima kasih kawan-kawan kerana sudi datang ke sini. Lain kali datang lagi tau! Bolehlah aku bagi si Fang ni gemuk"

"Lily suka dengan idea tu! LANDAK GEMUK! Boleh jadi landak salai lepas ni" Lily mengusap-usap kelapa anak itik yang dia dapat tadi "Err.. takpe ke Lily bawak balik anak itik ni?"

"Takpe tapi kau jangan berhenti dengan kepelikan kau. Just be yourself!"

"Terima kasih Zakwan. Lily janji Lily tidak akan berhenti dengan kepelikan Lily yang sudah berleluasa di seluruh Pulau Rintis! Hahahaaaa! Oh yea, Lily lupa pula" Lily letak anak itik itu di atas kepala Faye. Dia terus keluarkan sesuatu dari beg sekolah dia "Nah, ambik tiga bungkus kerepek pisang sebagai kenangan"

"Terima kasih" Zakwan mengambil bungkusan kerepek pisang itu

"Kita orang kena pergi dulu, selamat tinggal Zakwan. Sehingga kita berjumpa lagi" Boboiboy melambai-lambai ke arah Zakwan, begitu juga dengan yang lain. Zakwan sememangnya tidak mahu mereka pergi tapi dia tahu, suatu hari nanti, mereka akan kembali ke sini balik. Kawan-kawan dia sudah hilang dari situ dengan bantuan dari alat Faye. Zakwan tersenyum lembut di situ

"Datang balik nanti" bisik Zakwan seorang diri

----------------------------

"ABANGGG! ADIK SUDAH BALIK!"

"Hmmm... selamat kembali" kata Kaizo yang sedang makan sup lobak merah sambil menonton television

"Adik ada bawakan kuih ketayap untuk abang" Kaizo melihat adiknya duduk di sebelah dia. Fang membuka bekas makanan itu dan dia ternampak sejenis kuih berwarna hijau. Di dalam kuih itu ada inti kelapa "Nanti abang rasa ok"

"Hmm.. letak dekat atas meja tu" kata Kaizo dengan nada serius dia

"Apa abang buat semasa adik takde dekat rumah"

"Ubahsuai bilik kau" Terus Fang lari masuk ke dalam bilik dia. Mata dia terkebil-kebil melihat bilik dia penuh dengan gambar kucing. Cabar katil dia pun bertukar dengan corak-corak kucing. Almari, meja, kerusi, lampu, kertas dinding dan macam-macam lagilah yang ada dekat bilik tu, semuanya ada corak kucing iaitu kucing Hello Kitty. Anak-anak patung landak dan itik dia, tiada di situ. Kesemua anak patung Fang, ada di dalam bilik lain

"ABANGGGGGGGGGGGGGG!"

Kasihan kau Fang, kena buli lagi...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro