Pengembaraan di Dunia Fantasy
Cuti sekolah akan berakhir, mereka akan mengakhiri cuti sekolah dengan pergi bercuti di istana Lynna di dunia fantasy dia. Semuanya sudah bersedia dengan beg masing-masing. Mereka telah berjaya memujuk Zakwan untuk turut sertai percutian mereka di dunia lain. Harraz juga mereka pujuk sekali dan akhirnya, mereka berdua setuju sahaja. Kaizo pening melihat kawan-kawan adiknya berkumpul di rumah dan bercakap dengan begitu kuat sekali. Masing-masing tidak mahu mengalah tetapi suara yang paling kuat didengari adalah suara Lily, bukan Lily si itik
"QUACK QUACK QUACK!"
"Ermmm... apa yang kau cuba katakan Lily?" tanya Boboiboy
"Hehehee.. maksud dia, bila kita boleh bertolak? Lily sudah tidak sabar untuk berangan di sana dan menari bersama dengan BBB-Chan ku" Lily menoleh kepalanya untuk melihat Boboiboy tetapi dia sudah tiada di sebelah Lily "Eh, mana Boboiboy?"
"Dia dah lari" jawab Gopal yang sudah bosan menunggu Lynna sampai
"Mana kak Lynna ni" tanya Yaya sambil melihat jam kuasanya "Tak kan kak Lynna ada masalah sampai lambat dia datang"
"Aiyoo.. kejap lagi dia sampai lah tu"
"Aku tahu Ying tapi kak Lynna tak pernah lambat. Dia mesti selalu sampai awal, tak pun tepat pada masanya" Yaya duduk di atas sofa. Dia mengambil sebuah majalah tentang fashion. Dia membelek-belek majalah itu, sementara menunggu Lynna sampai
"Rasa seronok pulak kak Lynna ajak kita orang semua pergi bercuti dekat sana. Mesti bestkan" kata Faye. Dia duduk di sebelah Yaya untuk melihat majalah fashion itu di tangan Yaya "Lagipun, kita semua dapat berkumpul di satu tempat"
"Hehehe.. aku sebenarnya agak gementar untuk pergi pengembaraan korang ni. Yelah, aku baru pertama kali sertai ini" Harraz rasa agak janggal berada di situ kerana dia baru sahaja menjadi kawan mereka. Dia belum pernah menyertai mana-mana pengembaraan dengan mereka semua. Zakwan pernah bermain game dengan mereka dan juga hendak menyiasat tentang rumah misteri itu
"Huarghhh! Mana kakak Lynna.. abang Paizo pun belum keluar dari bilik dia lagi. Pizu mengantuk pulak tunggu dia orang"
"Kasihan my sweet little penguin" Lily suap Rizu makan kerepek pisang lagi "Rizu, rambut Rizu ni makin panjanglah. Nak tak kakak Lily potong rambut Rizu?"
"Tapi rambut Pizu ok aje dengan rambut cacak macam abang Fang"
"Rizu Rizu.. Rizu kena jadi diri sendiri, tak perlu ikut si landak panas baran tu. Dia hanya tahu mengamuk sahaja" Rizu ternampak Fang muncul di belakang Lily dengan batang penyapu "Dengarlah cakap akak, ok Rizu. Niat akak sebenarnya baik, suci murni daripada kesan kotoran ataupun kesan-kesan virus dari landak dan itik" Aura-aura kegelapan Fang mulai keluar, Rizu hanya tersenyum nampakkan gigi putih dia "Landak tu memang tidak boleh dibuat sebagai idola, kalau Boboiboy takpe kerana dia adalah superhero paling hebat dan paling popular, dan kita tidak boleh lupakan juga tentang sikap Boboiboy yang sungguh sopan dan lebih baik daripada abang landak kamu tu, wahai Rizu comel"
"Tapi... abang Fang baik apa"
"Dia baik cuma nakal terlebih" kata Lily sambil angguk-angguk kepala. Fang terus ketuk kepala Lily dengan penyapu "SIAPA KETUK KEPALA LILY?"
"SIAPA LAGI KALAU BUKAN AKU!" Lily terus menoleh kebelakang. Muka Fang sangat mengerikan, ianya seperti seekor hantu mahu menerkam mangsanya "OH! KAU MENGATA AKU YEA! SIAPLAH KAU, LILY!" Fang baru hendak mengetuk Lily lagi sekali tetapi penyapu itu dirampas oleh Kaizo
"SIAPA AJAR KAU KETUK-KETUK KEPALA KAWAN SENDIRI?" Suara garang Kaizo terus mengegarkan rumah itu. Lily terus larikan diri bersama Rizu dan sorok di bawah meja makan dapur. Lalu mereka berdua mengintai sedikit di luar dapur
"Ala, siapa lagi kalau bukan abang" Jawab Fang dengan selambernya "Abangkan selalu ketuk kepala adik, jadi adik ikutlah perangai abang yang suka ketuk kepala orang tu"
"Tapi aku tak ajar kau ketuk kepala kawan. Aku hanya ketuk kepala kau sebab kau tu suka sangat fikirkan benda-benda yang nakal! Cubalah jadi macam kawan-kawan kau tu kecuali si banyak sangat makan tu dan si pelik" Gopal dan Lily tersengih sebab dia orang pun suka buat nakal juga tapi nakal Lily, nakal pelik
"YELAH YELAH! Adik akan kurangkan kenakalan adik"
"Boleh percaya ke tu" bisik Boboiboy yang berada di koridor rumah sambil melihat Fang di marahi oleh abangnya. Fang duduk di kerusi meja makan ruang tamu, dengan muka masam dia. Tidak lama selepas itu, Lynna sudah pun tiba dengan cermin mata hitam dia
"Maaf semua, akak terlewat sebab ada urusan yang perlu di uruskan"
"YEAH! KAKAK LYNNA DAH SAMPAI!" Rizu berlari keluar untuk pergi memeluk Lynna "Kakak Lynna, cepatlah.. kita orang sudah tidak sabar lagi ni"
"Ok ok.. sebelum tu, kamu semua kena beratur dulu" kata Lynna sambil melihat Rizu berlari untuk berdiri di hadapan abang kesayangan dia iaitu Fang. Lynna melihat Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye, Lily, Rizu, Emmy, Zakwan dan Harraz sudah pun beratur dengan tertibnya. Kaizo rasa berpuas hati kerana mereka dengar kata-kata Lynna "Ramai betul nak ikuti percutian ini. Baiklah, kita boleh ke dunia sana sekarang!"
"YAHOOO!" menjerit budak-budak itu. Mereka terus mengambil beg masing-masing kecuali Faye sebab mengikut kata dia, alat menukar pakaian dia sudah mencukupi dan juga ianya menjimatkan
"Takpe ke kau bawa mereka semua ke sana?" tanya Kaizo
"Takpe, lagipun dia orang tengah boring dekat sini. Jadi aku bawalah mereka ke sana. Kau nak ikut sekali ke tak?"
"Aku kenalah ikut" Kaizo memandang ke arah adiknya. Fang sedang berborak biasa dengan kawan-kawannya "Aku kena tengok-tengokkan si Pang tu. Manalah tahu dia pergi cari pasal dekat sana"
"Atau abang Paizo saja nak jalan-jalan dekat sana" muncul Rizu di antara Kaizo dan Lynna "Hehehe.. Pizu sudah bersiap untuk berangkat ke sana!" Badan Rizu kecil sahaja tetapi dia terpaksa mengangkat beg pakaian dia yang besar itu
"Rizu sudah minta kebenaran dengan ibu Rizu?"
"Sudah kakak Lynna! Dia cakap, nanti bawaklah balik sesuatu dari sana" Lynna mengusap-usap kepala Rizu
"Boleh" kata Lynna "Oklah, jom kita ke sana sekarang! Akak ada banyak tempat nak bawak kamu" Lynna terus masuk ke dalam bilik Faye. Dia diikuti oleh Kaizo dan yang lain-lain. Budak-budak di belakang Kaizo sudah riuh rendah kerana tidak sabar dengan percutian mereka. Cermin berdiri sudah menunggu untuk mereka menggunakannya. Lynna mengeluarkan sesuatu dari beg kecilnya yang berwarna oren. Serpihan kaca telah dikeluarkan dari begnya dan lalu dia melekatkan kaca itu di permukaan cermin
"Ok, sekarang kamu semua boleh masuk" kata Lynna sambil melihat satu per satu kawan-kawan Fang masuk ke dalam cermin itu. Harraz dan Zakwan rasa janggal pula kerana mereka belum lagi pernah pergi ke dunia sana "Jangan risau, semuanya selamat di situ kecuali kalau musuh akak menyerang"
"Lynna, jangan takutkan mereka"
"Maaf Kaizo" Lynna tertunduk sedikit "Kamu berdua masuklah"
"Baik kak Lynna" kata Zakwan sambil melangkah masuk ke dalam cermin itu. Selepas itu Harraz pula
"Pizu nak masuk sama dengan kakak Lynna boleh?" Lynna melihat Rizu mengangkat sebuah beg pakaian yang agak besar dan berat. Badan Rizu bukanlah kuat seperti Kaizo atau budak-budak lain, dia rasa kasihan pula
"Boleh, mari akak tolong angkatkan beg Rizu" Lynna mengangkat beg Rizu dan ternyata memang agak berat "Apalah Rizu letak dalam beg ni"
"Teddy bear"
"Itu pun Rizu kena bawa sekali ke" Rizu tersengih kepada Kaizo "Mari kita pergi, mesti dia orang sudah huru hara bilik kau Lynna" Lynna terus masuk ke dalam cermin bersama Rizu dan Kaizo adalah orang yang terakhir sekali memasuki ke dunia fantasy Lynna
------------------------------------------------------------
"Wah, indahnya dunia ni. Patutlah Emmy selalu panggil kak Lynna puteri Fantasy dan abang Kaizo, putera galaxy. Baru aku tahu sebab apa" Harraz tidak begitu percaya sekali apa yang dia lihat sekarang ini "Tak sangka aku dunia begini wujud. Tak masuk akal betul tapi aku bukan bermimpikan?"
Mereka kini berada di balkoni bilik milik Lynna. Semuanya berdiri di situ sambil melihat permandangan yang indah permai di hadapan mata mereka. Angin-angin sejuk bertiupan di situ membuatkan mereka rasa tenang dan seperti mahu baring di atas katil dan tidur
"Mana adalah, inikan dunia kak Lynna" kata Fang sambil melihat hutan terbentang luas. Ada sungai yang jernih mengalir di bawah jambatan istana itu. Mereka juga melihat beberapa kereta kuda sedang keluar masuk ke dalam halaman istana. Beberapa pengawal sedang memeriksa setiap kereta kuda itu. Jauh daripada istana itu, terdapat perkampungan kecil
"Tenangnya duduk dekat sini" ujar Yaya
"Ha ah, rasa macam nak duduk dekat sini sepuas-puasnya"
"Betul tu Ying tapi kita dekat sini sekejap sahajalah. Lepas ni sekolah nak bukak dah. Selamatlah kerja sekolah aku sudah siap"
"Alamak, kerja sekolah aku belum siap lagi" bisik Gopal sambil fikirkan buku-buku latihan kerja sekolahnya yang ada di atas meja rumahnya "Habislah aku..." Gopal rasa cemas sebab takut kena hukuman, lebih-lebih lagi dari cikgu sejarah mereka iaitu cikgu Aiman
"Kau kenapa Gopal?"
"Habislah aku Boboiboy" Menangis Gopal di bahu kawan baiknya "Kerja sekolah aku tak siap lagi"
"Siap suruh tak siapkan kerja sekolah. Kau tu banyak sangat main, macam mana nak jadi pandai macam kawan-kawan kau yang lain. Kau tu dahlah tua setahun daripada kita orang tapi tak nak tunjuk contoh yang baik dekat kita orang. Kau dan Lily sama aje" Bella terus tepuk kepala Fang "WOI! Apasal kau tepuk kepala aku? Aku bukannya cakap pasal kau pun"
"Dah tu, kau cakap Gopal dan Lily macam orang pemalas"
"Gopal tu memang pemalas pun. Penakut pun ada juga tapi si Lily ni, paling tua dekat sini, tapi tunjukkan perangai pelik pelik dia"
"Wei wei, cakaplah elok-elok sikit. Kau dah tersinggungkan si Lily" Fang melihat Boboiboy dan lalu dia melihat Lily yang ada di sebelah Ying, muka dia sedih dan air matanya bercurah-curahan seperti air terjun. Mulut dia sedang mengigit sehelai sapu tangan yang ada gambar Boboiboy. Dia melihat Fang dengan muka sedihnya
"Biarkanlah dia" jawab Fang. Terus dia berpaling muka ke tempat lain. Mata dia melihat sebuah kapal sedang berlayar di sungai yang besar itu. Kapal itu lalu di bawah jambatan dengan selamatnya
"So, apa rancangan kita pada hari ini?" tanya Faye secara tiba-tiba
"Hmm.. itu kenalah tanya kak Lynna tapi mana kak Lynna" Yaya terus menoleh kebelakang. Lynna, Kaizo dan Rizu baru sahaja sampai "Itu pun mereka"
"Sampai pun dia orang" kata Fang. Dia berlari ke arah abangnya "Abang, apa rancangan kita dekat sini?"
"Mana abang tahu, kau tanyalah kak Lynna" Kaizo mengangkat beg pakaiannya dan terus letak di atas sebuah meja bulat "Tapi kau kena ingat, jangan nak buat nakal dekat dunia ni"
"Yelah abang" jawab Fang dengan nada bosan dia "Kak Lynna.. apa rancangan kak Lynna?"
"Hehehee.. jom kita pergi berkelah di tempat kegemaran akak" Lynna terus mengajak mereka semua untuk turun ke bawah. Dia membuka pintu biliknya dan terus baju Lynna bertukar menjadi sebuah baju gaun puteri yang berwarna biru laut
"WAH! Dasyatnya" kata Rizu. Dia juga turut keluar dari bilik itu dan lalu pakaian Rizu juga berubah menjadi pakaian diraja "WAH! Pizu menjadi PUTERA PIZU!"
"Dasyat juga dunia ni" kata Harraz yang masih lagi kekok dengan persekitarannya "Aku seperti berada di alam medieval" Mata dia asyik memandang perabut-rabut di dalam bilik Lynna. Dia ada juga menyentuh beberapa perabut yang ada sebab dia rasa sangat teruja berada di situ
"Hehehe.. samalah dengan aku" kata Zakwan. Lalu mereka berdua keluar dari bilik tersebut. Pakaian mereka juga turut berubah. Seterusnya Boboiboy, Fang dan Gopal keluar dari bilik itu bersama. Pakaian masing-masing bertukar menjadi pakaian seorang putera. Baju Boboiboy berwarna oren putih, Fang pula berwarna ungu lembut dan Gopal berwarna hijau dan hitam
Yaya dan Ying tidak sabar untuk melihat pakaian mereka berubah. Pakaian Yaya dan Ying berubah menjadi pakaian seorang puteri. Yaya suka sangat melihat busana gaun dia yang berwarna pink. Tudung dia juga berwarna pink. Ying teruja melihat pakaian dia berwarna kuning biru. Dia berpusing-pusing di luar bilik sebab terlampau suka sangat dengan gaun dia
"GILIRAN LILY PULA!" Lily melangkah keluar dari bilik itu. Pakaian dia berubah menjadi gaun berwarna oren. Mata dia bersinar-sinar kerana sama warna seperti Boboiboy "BBB-CHAN! KITA SAMA WARNALAH!" Boboiboy terus tersengih sambil garu-garu kepala dia
"Habislah kau, Boboiboy" Fang tergelak sedikit. Dia melihat Faye dan Bella keluar bersama dari bilik itu. Pakaian mereka berdua sangat indah. Bella berwarna merah dan Faye pula, ada tiga warna di pakaian gaun dia iaitu warna ungu, pink dan juga peach. Emmy melompat keluar dari bilik itu dan terus pakaian dia menjadi gaun berwarna pink dan hitam. Orang paling terakhir sekali adalah Kaizo
"Abang Paizo! Cepatlah keluar!" panggil Rizu dengan suara ceria dia
"Ha ah, abang beruang cepatlah keluar! Mesti abang beruang nampak kacak dalam pakaian ala putera dan sudah tentu abang beruang nampak macam putera galaxy!"
"Abang takut nak keluarlah tu" Fang sahaja hendak buat abang dia berkerut-kerut dahi "ABANG TAKUT NAMPAK TERLEBIH KACAK KE?"
"Bila masa abang nak takut pulak! KAU JANGAN NAK MEREPEK!"
"WUUUU! Lily ada kerepek pisang!" Terus Lily keluarkan kerepek pisang dari poket gaun dia. Semua rasa pelik, macam mana gaun dia ada poket dan juga sebungkus kerepek pisang "Semua nak ke?"
"Hehehe.. takpelah, lu sahaja lah yang makan" kata Ying. Lily terus mengangkat kedua bahunya dan terus dia melayan kerepek pisang dia "Hehehee.. comel sungguh kamu"
"Terima kasih Ying! Tapi Ying cantik begini.. takde ke diantara jejaka di sini tertarik dengan keamoian Ying?"
"Keamoian? Perkataan apa tu?" Boboiboy garu-garu kepala dia "Pelik aje perkataan si Lily ni"
"Aiyaaa.. dia orang kecik lagi maaa... takde hati untuk bercinta kecuali si rambut cacak tu, bercinta dengan donut lobak merah dia" Ying tergelak apabila terfikirkan Fang dan donut lobak merah "Hehehee.. rasa lawak pulak"
"SUKA HATI AKULAH!" Fang mula berapi-api
"Sudah sudah.. jangan nak rosakkan percutian ini dengan membangkitkan kemarahan masing-masing" tegur Yaya "Kita ke sini untuk bersuka ria sebelum sekolah dibuka balik. Tak elok kalau rosakkan rancangan kak Lynna untuk kita semua"
"Betul tu Yaya" Lynna betulkan tudung Yaya "Pakaian kamu bertukar sebab akak suruh abang Kiddi buat sesuatu dekat pintu bilik akak tu. Jadi kita semua dapatlah merasai bagaimana dilayan menjadi seorang puteri dan putera"
"Wah! Terima kasih kak Lynna" Yaya terus memeluk Lynna "Kak Lynna sangat baik hati"
"Takdelah, akak baik macam pun.. akak ada juga buat jahat.. hehehe.. tapi itu kamu semua tidak perlu tahu. Marilah kita ke tempat kegemaran akak" Lynna pandang ke arah Kaizo yang masih lagi berdiri di dalam bilik "Kaizo, kau tak nak ikut?"
"Aku ikut sekali" Terus Kaizo keluar dari bilik itu. Mata Yaya, Ying, Bella, Faye dan Emmy bersinar-sinar melihat Kaizo berpakaian seperti putera raja. Pakaian dia berwarna biru pekat. Baru mereka semua perasan, pakaian Kaizo sepadan dengan Lynna. Mereka tersengih-sengih sahaja. Kaizo mengangkat kening sebelah dan lalu dia berpatah balik untuk masuk ke dalam bilik. Rizu pegang tangan Kaizo
"Janganlah abang Paizo. Tak best kalau abang Paizo takde, nanti siapa nak marah-marah abang Fang kalau dia buat nakal"
"Cheh, tak guna punya budak kecik" bisik Fang
"Yelah, abang ikut sekali" Kaizo mengalah. Lynna tersenyum dan terus dia menyuruh mereka ikut dia turun menggunakan tangan istana. Ramai pekerja-pekerja di dalam istana itu memberikan tunduk hormat kepada Lynna dan juga kepada kawan-kawan Lynna. Dayang-dayang di situ juga telah diarahkan untuk membawa makanan ke sebuah taman yang kecil, tempat Lynna selalu pergi ke situ. Mereka melalui sebuah lorong rahsia dan juga tangga untuk turun ke laluan bawah tanah. Akhirnya mereka sampai di tepi istana. Tempat itu tersembunyi dari orang luar nampak
Mereka sangat teruja melihat sebuah sungai yang jernih mengalir di tepi istana Lynna. Sungai itu sangat besar dan ianya agak dalam. Jadi tiada siapa yang berani untuk bermandi manda di sungai tersebut. Ada sebuah gazebo putih di situ tetapi gazebo itu tidaklah sebesar mana, hanya muat untuk dua orang duduk di dalam gazebo itu. Di hadapan gazebo tersebut, terdapat sebuah buai yang diikat gantung di dahan pokok yang agak besar. Dayang-dayang istana telah bentangkan dua tikar untuk mereka semua duduk sambil menjamu selera
"Kakak angsa, gazebo putih tu untuk siapa?" tanya Emmy. Lynna melihat gazebo itu sudah disediakan dengan makanan dan minuman di atas meja besi bulat
"Heheee.. itu mesti untuk kak Lynna tapi akak nak join kamu semua, bukan duduk dekat situ" Lynna rasa bersalah pula kalau dia duduk seorang sahaja di situ "Kalau macam tu, kita bagi sesiapa sahaja yang ingin duduk di dalam gazebo tu"
"LILY NAK!" Lily menjerit sambil mengangkat tangan sebelah "LILY NAK DUDUK DENGAN BBB-CHAN!"
"Jangan nak merepek, biar aku sahaja duduk seorang di situ. Kalau aku duduk dengan korang, boleh pening kepala aku" Lily terus berundur kebelakang dan lalu dia sorok di belakang Boboiboy kerana dia takut melihat muka Kaizo yang garang itu "Apa hal dengan kau?"
"Ta-ta-takut tengok muka abang Kaizo" Kaizo tidak menjawab. Dia hanya pergi duduk di dalam gazebo itu "Kenapa dengan abang Kaizo? datang bulan ke atau ada sesuatu yang tak kena?"
"Entahlah Lily"
"Wuuuu... entah-entah jawatan dia sebagai Kapten sudah ditarik kerana abang Kaizo tidak menjalankan tugas sebagai Kapten!" Kaizo muncul di depan Boboiboy dan Lily "Hehehee.. Lily bergurau sahaja. Abang Kaizo pergi duduk dekat gazebo tu and enjoy your green tea" Lily tersengih
"Baru kau takut" Kaizo terus kembali ke tempat duduk dia iaitu di dalam gazebo putih
"Aku risau pulak tengok abang aku tu" bisik Fang
"Fang tak perlu risau, biarkan abang kamu bersendirian dulu. Kita di sini untuk bersuka ria, jadi kamu semua silakan duduk dan menikmati makanan ini semua" Lynna menjemput mereka semua duduk di atas tikar itu. Perut Gopal sudah berbunyi-bunyi apabila dia melihat makanan-makanan yang sungguh menyelerakan. Ada cream puff, roti berbentuk bunga, strawberry short cake, cupcake perisa chocolate, fruit tart, apple juice dan juga teh bunga. Ada juga makanan kegemaran Lynna iaitu pau kacang merah. Mereka semua duduk bersila sambil mengambil bau makanan yang sedap itu
"WAHHH! BESTNYA!" Rizu terus duduk bersila tapi mata dia asyik perhatikan buai yang ada di pokok itu sahaja "Kakak Lynna, boleh tak Pizu nak pergi main buai?"
"Boleh tapi Rizu kena makanlah dulu. Lepas tu baru boleh main"
"Kak Lynna, terima kasih sebab bawa kami ke sini"
"Sama-sama Boboiboy" Lynna bahagi-bahagikan pinggan kepada kawan-kawan Fang. Seorang mengambil satu pinggan "Makanlah ok, jangan malu-malu" Dia terus letakkan sepotong strawberry shory cake di atas pinggan Rizu. Mata masing-masing terbulat besar melihat pinggan Gopal yang penuh dengan makanan. Semua melihat Gopal
"Hehehee.. aku laparlah" tersengih Gopal
"Faye pun lapar juga!" Semua melihat pinggan Faye, sama seperti Gopal
"Kawan baik aku ni, memang kuat makan tapi badan keding aje macam sepupu dia" kata Bella sambil tergelak sedikit. Fang malas hendak berbalah dengan Bella kerana dia asyik perhatikan abang dia makan keseorangan di dalam gazebo. Lynna perasan dengan kelakuan Fang, lalu dia berikan sepotong cake kepada Fang
"Pergilah temankan abang kamu dekat gazebo tu"
"Takpe ke kak Lynna?"
"Takpe, akak masih ada lagi dekat sini dengan kawan-kawan Fang. Lagipun, abang kamu perlukan adiknya bukan akak" Fang terus bangun dan mengambil sepotong cake itu dari tangan Lynna. Dia berjalan ke gazebo itu dan melihat abangnya sedang menghirup teh bunganya dengan tenang
"Kenapa kau datang ke sini? Kenapa kau tak pergi sertai kawan-kawan kau sahaja?"
"Salah ke kalau adik nak duduk dekat sini dengan abang" Kaizo ketepikan sedikit diri dia dan Fang terus duduk di sebelah abangnya
"Tak, salah pun" jawab Kaizo dengan tenangnya
"Abang ada masalah ke? Ceritalah dengan adik"
"Takde apa-apalah Pang. Abang cuma risaukan sahaja dengan dunia sana. Takut apa-apa berlaku semasa ketiadaan kita semua"
"Abang kalau risaukan sangat, abang baliklah. Kak Lynna boleh jaga kita orang dekat sini" Lalu Kaizo melihat adiknya "Kenapa abang?"
"Takde apa.." jawab Kaizo "Adik perasan tak abang sekarang ni sudah jarang dengan latihan tempur abang. Abang macam sudah abaikan dengan misi-misi abang, latihan tempur abang dan juga tanggungjawab abang sebagai kapten"
"Perasan, kenapa?"
"Entahlah adik. Ada sesuatu yang buat abang terhalang pula tapi bukan pemalas" Kaizo menghirup sedikit teh bunganya "Mungkin lepas kita balik dari dunia ni, abang akan pergi balik ke kapal angkasa abang untuk kembalikan semangat abang yang dulu tu. Kau jangan nak sedih sangat ataupun risau sangat bila abang lama sangat takde dekat bumi. Abang akan balik ke bumi"
"Ok abang, adik janji adik tidak akan sedih" Fang cuba suapkan sepotong kek itu di mulut Kaizo tetapi bibir Kaizo hanya tertutup rapat "Hmm.. baru nak bermanja-manja dengan abang"
"Tak payahlah nak bermanja sampai kena suap. Manja-manja macam ni pun sudah cukup" Fang terpaksa redha sahaja dengan abang dia. Kaizo lebih suka bermanja dengan adiknya apabila mereka berdua sahaja di rumah tetapi bukan di depan orang ramai. Fang terus tidak memaksa abangnya makan kek itu tadi. Jadi dia habiskannya seorang diri sambil melihat permandangan gunung yang jauh dari mata dia
-------------------------------------------------------------------------
Setelah mereka selesai habis menjamu selera, masing-masing sudah dengan aktiviti mereka tersendiri. Rizu duduk di atas buai sambil dibuaikan oleh Lily dan Faye. Dia rasa seronok bermain dengan buai itu. Yaya dan Ying duduk di tepi sungai sambil berborak kecil. Lynna pun ada di situ tetapi hanya dia seorang sahaja yang merendamkan kakinya di dalam air sungai. Emmy duduk bersandar di tepi pokok sambil membuat lakaran lukisan ciptaan dia. Kaizo masih lagi duduk di dalam gazebo. Budak-budak lelaki, mereka sedang bermain bola jauh dari situ
"Wei, apa kata kita lawan. 3 lawan 3" kata Zakwan sambil memegang sebiji bola
"Boleh jugak tu.. aku, Fang dan Gopal lawan kumpulan kau"
"Tapi mana adil, aku seorang sahajalah yang main bola. Si budak nerd tu mana reti main bola" Zakwan tunjuk ke arah Harraz yang tersengih berdiri di tepi istana
"Tak kan kau tak tahu, kita orang pun ada seseorang yang tak reti main bola juga. Si nerd alien ni" Fang mula berapi-api dengan Gopal
"APA KAU CAKAP! AKU RETI LAH!"
"Eleh, retilah sangat" jawab Gopal dengan nada sindirannya "Sepak bola pun tak pandai. Bolehlah kau join si nerd sorang lagi tu. Dua-dua pandai dalam matematik"
"Wei, aku bukanlah nerd lah!" Makin mendidih darah Fang. Aura-aura bayang dia sudah terkeluar dari kedua belah tapak tangannya "Lagipun aku reti main bola iaitu bola keranjang"
"Hmm... kau jadi penjaga gol ajelah Fang. Harraz jadi penjaga gol untuk pasukan Zakwan tapi.. siapa seorang lagi, tak kan Zakwan seorang sahaja yang main" Boboiboy melihat sekeliling dia, semuanya budak perempuan "Tak kan aku nak ajak abang Kaizo dan Rizu main pulak"
"EHEM! Biar aku jadi ahli pasukan Zakwan" muncul Bella dengan senyuman bangga dia, sambil berdiri mencekak pinggang. Lalu Bella membuka skirt gaun dia. Boboiboy, Fang, Gopal, Zakwan dan Harraz pejam mata mereka kerana tidak mahu melihat benda-benda yang tidak diingini "Wei, aku pakai seluarlah dekat dalam gaun ni" Terus mereka membuka mata sedikit demi sedikit. Mereka melihat Bella sudah pun bersiap sedia dengan seluar panjang dia yang berwarna hitam
"Erkk... kau reti ke main bola sepak?" tanya Zakwan
"Aku retilah. Aku bukannya macam Pang tu, tahu main bola keranjang sahaja. Tengok aku tendang bola" Bella merampas bola dari tangan Zakwan. Dia letak bola itu di atas rumput. Lalu dia berundur kebelakang "Just watch and learn my dear potato boy"
"AKU BUKAN POTATO BOY LAH!" Bella abaikan sahaja Fang yang sedang naik marah itu. Dia hanya berlari ke depan dan tendang bola itu sehingga bola itu tertendang jauh dan hilang dari pandangan mereka. Mata mereka terkebil-kebil dan mulut mereka ternganga luas
"Dasyatnya sepakan Bella"
"Tau takpe Gopal" kata Boboiboy
"Macam mana? Boleh tak aku join sekali" Bella terus berikan senyuman lebar kepada Zakwan
"Ok! Kau boleh join. Kita berdua akan kalahkan pasukan superhero tu.. HAHAHAHAAAAA!" Zakwan tersenyum sinis kepada Boboiboy, Fang dan Gopal "Tapi... APASAL KAU PERGI TENDANG BOLA TU JAUH SANGAT! SEKARANG KITA SUDAH TIADA BOLA UNTUK BERMAIN!"
"Wei! Yang kau nak marah-marah macam si panas baran tu apasal?" marah balik Bella
"Aduh, apalah Bella ni" Boboiboy menepuk dahinya sendiri
--------------------------------------------------------------------------------
Pada malam itu, semuanya sudah bersiap sedia untuk makan malam di atas kapal layar. Baju masing-masing sudah berubah dengan pakaian mereka yang biasa. Faye sahaja yang nampak bergaya terlebih pada malam itu. Rizu dan Emmy berdiri di tepi kapal sambil melihat permandangan istana. Lampu-lampu kecilan sudah dinyalakan di setiap sudut istana. Bintang-bintang berkelip-kelipan dengan begitu banyak sekali di langit. Lebih banyak daripada dunia asal mereka kerana di sini tiada cahaya lampu yang terang benderang
"Emmy rasa sangat bertuah dapat berada di sini"
"Samalah dengan Pizu!" Mata Rizu asyik memerhatikan satu bintang yang agak besar daripada bintang yang lain "Agaknya, itu wishing star ke?"
"Hehehee.. Rizu nak buat permintaan apa dekat wishing star tu?"
"Hmmm.. kalau Pizu cakap, kakak Lynna jangan cakap dekat sesiapa ok"
"Kenapa Rizu?" tanya Lynna. Rizu melihat ke kiri dan ke kanan dia supaya tiada siapa boleh dengar percakapan dia nanti. Emmy sudah tiada dengan mereka. Dia sudah pergi menyertai Harraz untuk nama-namakan bintang di langit
"Pizu nak buat permintaan dekat wishing star tu, yang diri Pizu ni sihat macam kanak-kanak lain. Pizu cemburu melihat kawan-kawan yang sebaya dengan Pizu, semuanya dapat bermain dalam sukan. Pizu hanya dapat duduk tepi sahaja, perhatikan keseronokan mereka. Tadi pun Pizu cemburu melihat abang Fang bermain bola. Pizu rasa macam nak join tapi Pizu takut nanti Pizu sakit"
"Kasihan Rizu" Lynna memeluk kepala Rizu "Rizu nak tahu tak, akak pun ada juga rasa cemburu dengan kawan-kawan akak"
"Cemburu sebab apa?" Lynna melutut dan lepaskan kepala Rizu
"Hehehee.. cemburu sebab akak tak reti naik basikal. Kawan-kawan akak semuanya reti tapi cuma akak sahaja reti tapi ini tiada kaitan dengan penyakit Rizu. Akak cuma berharap Rizu bertabah sahaja, lagipun Rizu boleh buat benda lain selain daripada sukan. Rizu suka melukis kan"
"Suka! Tapi ada juga budak-budak lain yang tak pergi bersukan macam Pizu. Kadang-kadang kita orang duduk dekat tepi dan main lukis-lukis"
"Main lukis-lukis?" muncul Fang "Rizu nak lukis apa?"
"Hehehehee... takde apalah abang Fang" Rizu hanya tersenyum lebar. Lynna bangun dari situ
"Hmm.. yer ke" Rizu hanya angguk sahaja "Boleh percaya ke ni? Apa Rizu berborak dengan kak Lynna tadi?"
"RAHSIA!" Rizu terus larikan diri. Dia lari dan berhenti di sebelah Boboiboy "ABANG BOBOIBOY! ABANG FANG CAKAP ABANG BOBOIBOY COMEL MACAM ANAK KUCING!" Boboiboy melihat Fang dengan muka semacam, terus dia rasa tidak sedap hati
"ERKKK?! BILA MASA ABANG CAKAP MACAM TU!" Terus aura-aura bayang Fang keluar "Nak kena budak kecik ni" Fang terus kejar Rizu di sekeliling kapal sehinggalah dia dapat tangkap Rizu dan terus dia sekeh kepala Rizu
"Macam-macam betul budak-budak ni"
"Biasalah, budak-budak.. kau dulu pun macam tu jugakan?" Kaizo muncul di sebelah Lynna. Muka Lynna menjadi merah kerana masa dia kecil dulu, dia memang seorang yang nakal "Aku masa Pang ada sahaja, aku sudah berhenti kenakalan aku"
"Aku bila sudah masuk darjah 5 baru aku berhenti dengan kenakalan aku tapi aku menjadi pendiam pula"
"Macam mana boleh jadi macam tu?"
"Entahlah Kaizo" kata Lynna "Jomlah kita pergi makan, mesti budak-budak tu semua sedang kelaparan. Lebih-lebih lagi si Gopal.. hehehe" Lynna terus memanggil pekerja-pekerja kapal itu untuk menyediakan makanan malam mereka. Sebuah meja panjang sudah pun tersedia di tengah-tengah kapal tersebut. Masing-masing sudah mengambil tempat duduk mereka. Lynna duduk di sebelah Yaya dan melihat pinggan mangkuk telah diletakkan di atas meja oleh pekerja-pekerja kapal
Semuanya tersusun rapi seperti mereka berada di dalam sebuah restaurant yang mewah. Makanan sudah pun tiba tetapi belum sempat letak di atas meja, satu anak panah terkena seekor ayam panggang. Tiba-tiba sahaja kapal mereka di datangi oleh beberapa anak panah yang lain
"ALAMAK! KITA DI SERANG!" Boboiboy cepat-cepat bantu kawan-kawan dia. Gopal awal lagi sudah sorok di bawah meja "Wei, kau tolonglah kita orang"
"Hehehee.. aku panik lah" Gopal tersengih
"SEMUA PERGI MASUK KE DALAM BILIK KAPAL!" Lynna melindungi kapal dia dengan membentukkan sebuah dinding pelindung yang amat besar "CEPAT! SEBELUM DINDING PELINDUNG AKAK MUSNAH" Anak-anak panah tadi tidak dapat menebusi dinding pelindung Lynna
"Rizu pergi dengan kakak Bella. Biar abang pergi bantu kak Lynna"
"Abang Fang hati-hati tau!" Rizu terus ditarik oleh Bella. Mereka berdua berlari untuk masuk ke dalam sebuah bilik utama yang ada di dalam kapal itu. Kini tinggal Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Kaizo dan Lynna. Mereka masih lagi dilindungi oleh dinding pelindung Lynna tetapi sebuah pacaran cahaya datang dan musnahkan dinding pelindung itu
"Semua bersiap sedia" kata Kaizo yang sudah keluarkan pedang tenaganya "Siapa mereka Lynna?"
"Lanun" jawab Lynna "Mereka adalah lanun-lanun yang suka merompak harta penduduk kampung tapi sasaran mereka adalah istana aku kerana situlah terdapat banyak barang berharga terutama sekali barang-barang yang mempunyai kuasa tersendiri" Satu anak panah terkena tiang kapal itu. Ada sebuah tali panjang yang telah diikat pada anak panah itu
"Mereka sedang cuba untuk masuk ke dalam kapal kita" kata Ying
"Takpe Ying, kita akan halang mereka! BOBOIBOY KUASA TIGA!" Kali ini Boboiboy berpecah kepada tiga iaitu Gempa, Halilintar dan Thorn "Halilintar, Thorn.. halang mereka daripada masuk ke dalam kapal ini!"
"Baik!" kata mereka serentak
"PEDANG HALILINTAR!" Halilintar memotong tali tersebut tetapi beberapa lagi anak panah datang. Kaizo melompat dan melibas-libas anak panah tersebut. Yaya dan Ying melihat di tepi kapal, ada beberapa lanun sedang memanjat untuk masuk ke dalam kapal mereka. Lanun-lanun itu mula memanjat kapal di bahagian kanan kiri belakang dan juga depan kapal. Begitu cepat sekali mereka memanjat
"Yaya, Ying, halang mereka masuk ke dalam bilik utama" kata Gempa
"Baik!" kata Yaya dan Ying serentak
"KUASA SLOW MO!" Ying memperlahankan pergerakan lanun-lanun tersebut
"SERANGAN BAYANG!" Fang menolak lanun-lanun yang cuba memanjat dan lalu terjatuh ke dalam sungai tetapi bukan semua lanun dia dapat serang. Ada yang berjaya naik dan masuk ke dalam kapal itu "HELANG BAYANG!" Fang menunggang helang bayangnya untuk menghalang lanun-lanun yang cuba hendak menyeberangi dengan menggunakan tali. Lynna terbang ke atas udara dan lemparkan beberapa bola berapi ke arah serangan anak panah
"TUKARAN RANTING KAYU!" Beberapa tali telah ditukarkan menjadi ranting kayu dan lalu lanun-lanun itu terjatuh di atas kapal mereka "Erkk! Alamak!" Lanun-lanun tersebut bangun dan tergelak sinis melihat Gopal. Mereka sudah pun keluarkan pedang masing-masing
"Jaga-jaga Gopal!" Gempa lari untuk selamatkan Gopal "TANAH MENCEKAM!" Lanun-lanun tersebut terus dicekam oleh kuasa tanah tetapi yang peliknya, macam mana boleh wujudnya tanah dekat kayu kapal itu?
"Pelik pelik" kata Gopal sambil garu-garu kepala dia
"Apa yang pelik?" tanya Thorn yang muncul di sebelah Gopal "Ada benda yang pelik berlaku ke? Seperti lanun terbang tu"
"LANUN TERBANG?" Gopal terus larikan diri apabila dia ternampak beberapa lanun melompat untuk masuk ke dalam kapal mereka "SELAMATKAN DIRI KAU!"
"Ala, senang aje tu.. PUSARAN DAUN!" Lalu beberapa daun terkena badan lanun-lanun tersebut dan terus terjatuh "Kan dah jatuh, macam mana, sakit tak?"
"Aiyaaa.. sempat lagi nak tanya" Ying gelengkan kepalanya "Wei, dia orang mana reti sakit, tengok dia orang sudah bangun untuk lawan kau"
"Erkk! Yea ke.. hehehee... sorry" Thorn terus tersengih "Kejap yea lanun.. AKAR MENJALAR!" Thorn terus mengikat mereka dengan kuasa akarnya "Nak saya ketatkan lagi ikatan tu?"
"Dey, kau ni apasal?"
"Aku ok aje. Aku tengah nak ikat lanun-lanun ni, sibuk aje nak serang kita orang" Gopal terus menepuk dahinya sendiri "Kenapa Gopal? Ada sesuatu yang tak kena ke?"
"Takde apalah" jawab Gopal dengan nada bosan dia
Jauh dari situ, Kaizo sedang berlawan dengan beberapa lanun bersama dengan adiknya, Fang. Mereka menolak lanun-lanun tersebut untuk keluar dari kapal mereka. Yaya berada di udara bersama Lynna untuk mempertahankan kapal mereka dari serangan udara. Halilintar dan Gempa sedang sibuk menghapuskan beberapa lanun yang cuba hendak masuk ke dalam bilik utama sehinggalah mereka terdengar jeritan dari bilik itu
"ALAMAK!" Gempa terus memecah pintu tersebut. Dia terkejut kerana tingkap kaca kapal itu pecah dan beberapa lanun sedang cuba untuk menangkap kawan-kawannya "LARI SEMUA!"
"Mana Rizu?" tanya Bella. Tangan dia sedang menghayun-hayunkan kaki kerusi yang sudah patah. Dia menghalang beberapa lanun untuk menangkap kawa-kawanya "Faye, Lily.. nampak Rizu tak?"
"Maaf Bella, aku tak nampak dia" Faye terus tarik tangan Bella untuk keluar dari bilik itu "Bella, kau seorang sahaja tak dapat menghalang mereka"
"Betul tu Faye! TANAH MENCEKAM!" Lanun-lanun itu dicekam oleh tanah dan terus tidak dapat bergerak. Gempa mencari-cari Rizu di dalam bilik itu tetapi gagal "Tak kan dia kena tangkap kot" Lalu Gempa terdengar suara seseorang dari luar bilik itu. Dia pergi untuk menjenguk siapakah orang itu
"PUTERI LYNNA!" Dia adalah kapten lanun dengan muka yang penuh dengan parut. Di sebelah tangannya terdapat seorang budak kecil iaitu Rizu "Baik kau serahkan diri kau, sebelum aku hapuskan budak mentah ni" Rizu bergelut dengan kapten lanun itu tetapi pegangan kapten lanun tersebut sangat kuat
"Baik kau lepaskan dia! Sebelum kita hapuskan dulu" jawab Fang dengan nada marah dia
"Marilah, kalau kau nak tengok aku hapuskan dia dulu" Sebelah pedang sudah pun berada di leher Rizu. Air mata Rizu sudah mengalir keluar dan pernafasan dia semakin seksa "Kalau kau nak aku lepaskan dia, serahkan diri kau Puteri Lynna" Lynna mendarat di depan mata kapten lanun "Muncul pun kau"
"Baiklah, aku akan serahkan diri aku tapi kau kena lepaskan dia" kata Lynna dengan suara serius dia
"Kak Lynna, jangan kak Lynna" Yaya mendarat di tepi Lynna
"Maaf Yaya, ini satu-satu caranya untuk selamatkan Rizu. Lagipun akak bawa kamu ke sini untuk berseronok bukan untuk berlawan. Jadi akak terpaksa tanggung kesemuanya, supaya tiada siapa yang tercedera" Lynna terus ke depan. Dia tahu jantung Rizu sedang kesakitan sekarang ini, dan dia perlu bertindak segera. Dia menghulurkan kedua belah tangannya dan terus tangannya diikat dengan tali rafia. Lynna kenal tali itu. Itu adalah tali supaya Lynna tidak dapat menggunakan kuasanya. Rizu dilepaskan. Fang cepat-cepat pergi dapatkan Rizu yang sudah jatuh sakit itu
"Rizu ok ke?"
"Pi-Pi... zu... sa.. kit"
"Abang" Fang memanggil abangnya
"Kau pergi hantar Rizu balik, biar abang uruskan mereka dan selamatkan Lynna" Fang terus mengangguk. Dia mengangkat Rizu yang sedang kesakitan itu "Cepat bawa dia lari jauh dari sini"
"Mari Rizu, kita ke tempat yang selamat"
"Fang!" Boboiboy sudah kembali seperti biasa "Biar aku tolong kau sekali"
"Tapi kau kena tolong abang aku dan yang lain-lain. Lagipun kak Lynna dalam bahaya, biar aku sahaja yang pergi keseorangan" Fang mendukung Rizu yang sudah tidak sedarkan diri itu "Aku kena cepat"
"Ok" Boboiboy begitu risau sekali melihat wajah Rizu yang sudah menjadi pucat "Nampaknya, kita sudah di kepung oleh lanun-lanun tak guna ni" Dia melihat diri dia dan kawan-kawan dia sudah di kepung oleh lanun-lanun. Fang kena cepat tapi untuk lepaskan diri dia adalah jalan udara "Fang, kau gunakan helang bayang kau"
"Baik! HELANG BAYANG!"
"JANGAN BAGI DIA TERLEPAS! TANGKAP BUDAK TU!"
"JANGAN HARAP! BOBOIBOY TAUFAN!"
"MAMPATAN GRAVITY!" Yaya gunakan kuasanya. Semua lanun-lanun yang mahu terbang untuk mengejar Fang telah ditarik oleh kuasa gravity Yaya seperti magnet "CEPAT FANG! LARI!" Fang mengangguk sambil mendukung Rizu di atas helang bayang. Dia dapat lepaskan diri dengan bantuan daripada rakan-rakannya. Fang sudah terbang jauh ke istana
"PUSARAN TAUFAN!" Lanun-lanun itu berputar-putar di dalam puting beliung dan lalu tercampak jauh di langit "Yaya, Ying, Gopal.. korang lindungi kawan-kawan kita yang lain. Aku perlu pergi tolong abang Kaizo" Boboiboy berubah menjadi Boboiboy biasa
"Tak perlu!" Lynna tersenyum sinis. Dia melompat dan berikan tendangan kepada kapten lanun itu. Kapten lanun itu bangun dengan muka marah dia "Kau ingat, tanpa kuasa aku akan menjadi lemah!"
"Kau betul-betul buat aku marah" Kapten lanun itu mengangkat pedangnya dan lalu dia melibas pedang itu ke arah Lynna tetapi pedang tenaga Kaizo menjadi penghalang "Aku tiada masa untuk berlawan dengan kau!"
"Aku pun sama" jawab Kaizo dengan nada sinis "TOLAKAN TENAGA!" Kapten lanun itu tercampak keluar dari kapal tetapi dia terus terbang "APA! DIA BOLEH TERBANG!"
"KAU INGAT NI HANYA LANUN BIASA!" Kapten lanun itu menjunam ke arah Kaizo "Rasakan serangan dari aku!"
"TETAKAN HALILINTAR!" Boboiboy Halilintar datang untuk menolong Kaizo "Kau tak kan menang kapten lanun" Halilintar memberikan renungan dia yang begitu tajam. Maka terjadilah pertarungan di antara kapten lanun dengan Halilintar dan Kaizo. Mereka melibas dan menghayunkan pedang mereka untuk kalahkan kapten lanun itu tetapi dia begitu pantas sekali
"Yaya, Ying.. cepat buka ikatan akak" Tetapi beberapa lanun sudah berdiri di depan Lynna "Hmmm.. ingat aku takut" Lynna lari dan berikan tumbukan siku dia ke arah mereka. Beberapa lanun jatuh di atas lantai kapal. Dia melompat dan berikan tendangan kepada lanun-lanun itu walaupun tangan dia masih diikat
"KUASA SLOW MO!"
"MAMPATAN GRAVITY!" Semua lanun berkumpul di kuasa bola pink Yaya "Rasakan ini pula, TOLAKAN GRAVITY!" Semua lanun terpelanting jauh dari kapal mereka "Cepat, buka ikatan kak Lynna"
"Dey, dah buka dah pun" kata Gopal sambil tunjukkan tali rafia kepada kawan perempuan dia
"Heheheee... Lily yang tukang bukakan masa Yaya dan Ying tengah beraksi!" Lily berikan peace kepada Yaya dan Ying "Lily pun boleh jadi superhero!"
"Superhero apa.. tadi kau yang lari dulu!" marah Zakwan kepada Lily "Lepas tu lari menjerit-jerit dekat dalam bilik tu" Lily tersengih sahaja, muka dia sudah menjadi merah sebab malu
"Sudah sudah.. jangan nak marah-marah. Janji akak sudah selamat dari ikatan itu. Kamu bertiga jaga kawan-kawan kamu"
"BAIK KAK LYNNA!" Kata Gopal, Yaya, Ying dan juga Lily yang ingin juga menyampuk. Mata mereka melirik ke arah Lily dengan muka bosan mereka. Lily tersengih lagi. Lynna lari ke bilik utama dan bawa keluar alat memanah
"Kak Lynna nak buat apa?" tanya Faye
"Akak hendak memanah kapten lanun itu tanpa menggunakan kuasa akak. Lagipun anak panah ini dapat melumpuhkan kapten lanun itu" Lynna kenyitkan mata sebelah untuk pastikan sasaran dia adalah tepat tetapi kapten lanun itu begitu pantas sekali
"Kak Lynna, biar saya bantu!" kata Ying "Tapi kapten lanun tu kena lagi dekat supaya saya dapat perlahankan pergerakan dia"
"Takpe Ying. Kamu jaga kawan-kawan dekat sini" Lynna sudah terapung sedikit "Biar akak pergi bantu mereka" Dia terus terbang dan menuju kearah perlawanan diantara kapten lanun dengan Halilintar dan Kaizo "Sikit lagi.." bisik Lynna sambil perhatikan kapten lanun. Lalu dia lepaskan anak panah itu dan ianya tepat terkena bahu kapten itu
"KAU!" Kapten lanun itu tidak dapat bergerak begitu pantas. Badan-badan dia mula rasa lumpuh, lalu dia jatuh dengan begitu lalunya. Kapten Lanun itu jatuh ke dalam air sungai yang dalam itu dan tenggelam ke dasar sungai. Maka dia mati lemas di sungai itu. Boboiboy sudah kembali menjadi Boboiboy biasa. Dia dan Kaizo sudah pun mendarat di atas lantai kapal bersama dengan Lynna
"Abang Kaizo, kak Lynna.. kita kena pergi tengok keadaan Rizu!" kata Bella. Semua menjadi risau, adakah Rizu selamat ataupun tidak? Kapal itu berpatah balik untuk menghantar mereka pulang ke istana
------------------------------------------------------------------------------
Fang duduk di atas kerusi sambil membelai rambut Rizu. Tadi Kiddi telah berikan ubat istimewa untuk Rizu. Ubat itu dapat legakan kesakitan Rizu dan secara perlahan-lahan, Rizu sudah kembali seperti biasa tetapi bukan penyakit dia. Muka dia tidak lagi pucat. Dia hanya perlukan berehat sahaja
"Pang" Fang menoleh kebelakang dan dia tersenyum melihat abangnya selamat. Lalu dia memeluk badan abangnya "Macam mana keadaan Rizu?"
"Dia ok abang" jawab Fang "Abang Kiddi yang rawatkan dia tadi. Sekarang ni Rizu perlu berehat sahaja"
"Maaf semua, rancangan akak tiba-tiba menjadi lain pula" kata Lynna. Dia rasa bersalah dengan mereka semua, terutama sekali Rizu "Sepatutnya percutian kamu adalah percutian yang mengembirakan tetapi akak tak sangka pula jadi begini"
"Jangan risaulah akak, kita semua selamat" kata Boboiboy
"Ha ah, lagipun ini pertama kali Harraz dapat merasai pengembaraan kamu semua"
"Tapi ini pengembaraan terlibatkan nyawa kamu semua" Lynna duduk di tepi katil "Nampaknya akak terpaksa menghantar kamu pulang esok"
"Janganlah kak Lynna.. kami mahu bersuka ria di sini" pujuk Ying
"Tapi..."
"Janganlah begitu kak Lynna.. lepas ni kita bersuka ria dekat tempat yang selamat. Lagipun istana ni besar, banyak benda kita boleh pergi untuk explore! Mungkin ada bilik rahsia yang belum pernah kak Lynna jumpai sebelum ini"
"Ha ah, betul kata kakak Nutella tadi" Emmy pegang kedua belah tangan Lynna "Kak Lynna jangan risau, kami tidak akan pergi ke tempat yang bahaya"
"Baiklah, akak akan benarkan" Lynna mengalah tetapi dia berikan sedikit senyuman kepada mereka "Kau Kaizo, macam mana?"
"Aku ikut sahaja mereka" jawab Kaizo. Mereka semua teruja sebab Kaizo tidak akan balik ke dunia asal mereka. Semua membuat bising di dalam bilik itu sehingga Rizu terjaga dari tidurnya. Lalu Kaizo marah mereka dan halau mereka semua keluar dari bilik itu. Lynna tergelak sedikit melihat Kaizo mengejar budak-budak itu, kecuali Emmy sebab dia ada di sebelah Lynna
"Kakak angsa, terima kasih kerana benarkan kami duduk di sini untuk sehari. Mesti ada banyak tempat yang menarik"
"Ada, nanti akak akan bawa kamu semua ke perkampungan fairy yang tidak jauh dari sini tapi jangan risau. Perjalanan kita ke sana, memang selamat sebab laluan mereka sentiasa di jaga oleh fairy-fairy"
Emmy sudah tidak sabar dengan pengembaraan mereka esok dan paling seronok adalah mereka dapat melihat fairy-fairy buat pertama kali. Bukan itu sahaja, mereka dapat pergi ke kolam renang yang ada di dalam istana itu. Kolam renang itu begitu luas sekali. Kaizo pula dapat berlatih berlawan pedang dengan pengawal-pengawal istana. Berseronoklah mereka di dunia fantasy Lynna selama 2 hari 2 malam sebelum mereka pulang ke dunia asal mereka tapi paling tak seronoknya, sekolah nak buka dah
"UWAAAAA! NAK CUTI LAMA-LAMA!" menangis budak-budak yang nak cuti lagi
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro