Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Pari-Pari

Fang duduk termenung di tepi tingkap kelas dia. Muka dia agak marah sedikit dan rasa bengang kerana abang dia menang di dalam cabaran dating yang dia berikan bulan lalu. Dia juga geram kerana abang dia telah mempergunakan dunia fantasy sebagai tempat cabaran dating dia dan semuanya percuma. Tidak perlu keluarkan duit langsung

---------------------------------------------------------------------------------------------

"Pang, kau ingat tak lagi cabaran kita hari tu?"

"Cabaran masukkan durian dalam makanan abang?" Fang tersengih di situ. Kaizo mula bersilang tangan sambil berikan renungan maut kepada adik dia "Hehehee... janganlah pandang adik macam tu. Adik bergurau sahaja. Adik ingat lagi cabaran dating tu. Kenapa abang?"

"Abang akan lakukan cabaran itu di sini sahaja. Aku akan pastikan cabaran kau berikan itu, aku tidak akan gagal" Kaizo tersenyum sinis di situ. Dia dan adik dia masih lagi berada di dunia fantasy. Mereka akan balik ke dunia asal mereka waktu petang nanti. Jadi mereka semua ada masa untuk bergembira di situ. Kaizo berdiri sambil melihat luar tingkap istana itu

"Semoga berjaya abang" kata Fang yang sudah tersenyum sedikit "Semoga hati abang terbuka nanti" Terus kepala dia kena tepuk dengan abang dia "Itu pun nak tepuk kepala adik. Kalau hati abang terbuka juga nanti, jangan nak bagi hukuman dekat adik"

"Takde maknanya, kau tetap akan kena hukuman juga sebab bagi abang cabaran yang bukan-bukan"

"Yelah abang" Fang bersilang tangan dengan muka masam dia "Pergilah jalankan cabaran abang tu. Mesti kak Lynna akan teruja nanti sebab abang bawa dia berdating dekat dunia ni. Entah-entah abang yang menang dalam cabaran ni. Isk! Tak boleh jadi ni"

"Kenapa? Kau tak puas hati ke?"

"Mana ada! Peraturan dia bukan kapal angkasa abang dan juga kedai Tok Aba. Jadi abang boleh sahaja bawa kak Lynna ke mana-mana sahaja kecuali dua tempat itu! Adik pergi dulu, adik tak nak kacau abang" Padahal Fang akan menghendap abang dia pergi berdating nanti. Jadi dia buat muka biasa dia iaitu muka sombong dan berlagak "Jumpa lagi abang ku"

"Hmmm.. boleh percaya ke adik aku ni?" Kaizo angkat kening sebelah "Dia nak menghendap, menghendaplah. Apa aku kisah. Lagipun ini adalah cabaran. Semasa dia lakukan cabaran dia, aku pun menghendap dia dan si pelik tu" Dia pandang luar tingkap sambil berfikir sebentar "Aku nak bawa ke mana yea"

"Ke tepi tasik" timbul satu suara budak kecil iaitu Rizu

"Asyik tasik aje. Karang aku juga kena tolak oleh Lynna nanti" jawab Kaizo. Dia tidak sedar dengan kehadiran Rizu di situ

"Tak pun abang Paizo bawa kak Lynna ke taman bunga pari-pari"

"Asyik tengok pari-pari aje. Naik bosan aku"

"Abang Kaizo naik awan dengan kak Lynna. Lepas tu terbang ke udara!" Timbul lagi satu suara di sisi Kaizo

"Hmmm.. ok juga dengan idea tu" kata Kaizo. Lalu dia melirik matanya ke kiri. Rizu dan Idoli ada di situ dengan senyuman lebar mereka "Kenapa kamu berdua tidak pergi bermain dengan si Pang tu?"

"Kami nak pergilah ni. Kami ke sini sebab kak Lynna panggil abang Paizo" kata Rizu "Kak Lynna tunggu abang Paizo dekat tangga istana.. bye bye abang Paizo! Kami nak pergi terjun masuk kolam renang!"

"Bukan Rizu takut air ke?"

"Pizu tak takut dah, abang Paizo. Kakak Lily yang ajar Pizu berenang macam itik.. hehehee... jumpa lagi abang Paizo! Kalau abang Paizo ada masa, marilah join kita orang berenang! Neko Neko pun join kita orang berenang juga!"

Rizu dan Idoli terus berlari di koridor istana itu dengan tuala mereka. Istana itu mempunyai sebuah bilik kolam renang yang luas. Kawan-kawan Fang dan Faye, semuanya bersetuju untuk pergi berenang di bilik kolam renang itu. Mereka juga dapat menikmati makanan tengahari di situ juga nanti. Kaizo terus beredar dari koridor untuk pergi berjumpa dengan Lynna di tangga istana. Tangga itu adalah tangga utama istana tersebut. Sambil dia berjalan, sambil itu dia melihat keindahan di luar tingkap istana. Dia boleh dengar beberapa ekor burung sedang bernyanyi-nyanyi sambil berterbangan di udara. Semasa dia sudah sampai di tangga istana, Lynna kelihatan sedang duduk di anak tangga sambil membaca buku novelnya. Lalu dia turun dari tangga itu. Bunyi tapak kasut dia membuatkan Lynna menoleh kebelakang

"Datang pun kau" kata Lynna dengan senyuman manis dia

"Kenapa kau panggil aku ke sini? Jangan cakap kau nak ajak aku baca novel dekat tangga pula" Lynna tergelak sedikit sambil tutup novel dia "Kenapa kau gelak?"

"Aku panggil kau sebab aku nak kau berlatih latihan tempur kau dekat sini. Habiskan masa kau dekat sini daripada duduk dalam bilik sahaja. Aku tahu kau tengah bosan" Lynna bangun dari anak tangga itu "Macam mana? ok tak idea aku ni?"

"Ok tapi.. aku sebenarnya ada rancangan lain..." Kaizo berhenti bercakap seketika. Lynna pandang dia sambil menunggu Kaizo ceritakan rancangan itu "Aku.. aku.. aku.."

"Kau sebenarnya nak apa?"

"Aku sebenarnya nak ajak kau bersiar-siar dekat tempat kau ni.. err.. macam dating" Kaizo tidak sebut tentang cabaran itu kerana dia takut kalau Lynna terasa diri dia dipermainkan "Kalau kau tak nak, takpe. Kita teruskan dengan rancangan kau"

"Hmm.. tak pernah pula kau ajak aku pergi berdating... ada apa-apa ke ni?" Lynna pandang Kaizo lama dengan perasaan mencurigakan tetapi muka Lynna terasa merah sedikit kerana dia rasa malu tiba-tiba di ajak pergi berdating di dunia fantasy ni

"Sebenarnya aku terkena cabaran dari adik aku"

"OH! Macam adik kau terkena cabaran dari kau seperti sebelum ni.. hehehe.. macam-macam betul adik beradik alien ni. Baiklah Kapten Kaizo, kemana kamu ingin membawa saya pergi?"

"Errr.. tak tahu" Kaizo cuba fikirkan sesuatu tempat yang menarik "Tapi semua tempat kau pernah pergi"

"Hmm.. kalau begitu, aku bawa kau ke tempat yang kau tidak pernah jejaki lagi. Kita berkelah di situ dan aku akan pastikan kau menang dalam cabaran adik kau ni" Lynna pusingkan badan dia dan lalu dia turun ke bawah. Kaizo tersenyum sinis apabila Lynna bersetuju untuk pastikan diri dia menang "Kenapa kau berdiri dekat situ lagi? Tak nak ikut ke?"

Kaizo cepat-cepat turun ke bawah. Lynna sudah mengarahkan dayang-dayang istana untuk bekalkan dia sebuah bakul makanan. Dia menyuruh pengawal istana untuk mengambil dua kuda. Satu untuk diri dia dan satu lagi untuk Kaizo. Fang menghendap abang dia dan Lynna dari tangga istana. Badan dia agak basah sedikit kerana dia baru keluar dari kolam renang tadi dan terus berlari ke tangga istana. Dia melihat Lynna sedang berborak dengan abang dia. Mereka sedang menunggu kuda mereka sampai dan bakul makanan mereka

"Isk, aku kena ikut mereka"

"Haiyaa.. apasal lu nak kena ikut mereka pulak"

"Kau ni, Ying. Menyibuk pulak"

"Hehehee.. bukan Ying sahaja ada dekat sini. Kita orang pun ada sekali" kata Yaya

Lalu Fang menoleh kebelakang. Kawan-kawan perempuan dia semuanya ada di sini. Lily dengan teropong dia dan Faye pula, mengambil gambar Kaizo dan Lynna dari jarak jauh

"Apasal korang tak pergi mandi manda dekat bilik kolam renang tu?"

"Sebab kita orang nak tengok kau buat apa. Manalah tahu kau nak buat sesuatu yang nakal ke.. hehehee.." Fang palingkan muka dia kearah Bella "Tapi kau tak buat nakal lagikan? Jadi kau menghendap abang kau dan kak Lynna ajelah"

"Aku cuma nak tengok macam mana cabaran aku tu. Adakah abang aku gagal atau berjaya dalam cabaran dating ni.. hehehee.. abang aku tu bukannya mahir sangat pun. Kalau bab lawan, nombor 1 dia tu" Fang merampas teropong dari tangan Lily. Lalu dia melihat abang dia dan Lynna dari teropong itu "Apalah dia orang sedang berborak tu"

"Sesuka hati aje si landak ni rampas Lily punya teropong" Lily cuba merampas balik teropong dia tetapi tangan Lily sudah ditepis oleh Fang sendiri "LANDAK! BAGILAH LILY PUNYA TEROPONG BALIK!"

Lalu Kaizo dan Lynna pandang ke arah tangga. Fang, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Lily sudah sembunyikan diri dan duduk diam di situ. Mereka tidak mahu diri mereka diketahui oleh Kaizo dan Lynna. Fang mengintai sedikit. Kaizo dan Lynna sudah beredar dari situ. Mereka menuju ke pintu gerbang istana untuk menaiki kuda mereka. Terdapat sebuah bakul makanan di tangan Lynna. Fang mula mensyaki bahawa mereka akan pergi berkelah di sesuatu tempat. Dari jauh lagi, wajah Kaizo nampak ceria semacam dan Lynna pula, wajah dia berseri-seri. Adakah sesuatu yang akan terjadi di hati mereka? Atau mereka tetap kekalkan hubungan mereka sebagai sahabat sahaja

"Kau nak ikut dia orang ke?" tanya Faye

"Mestilah tapi korang semua tak perlulah nak ikut sekali" kata Fang dengan nada marah dia "Biar aku sahaja yang pergi. Korang pergilah berseronok dekat kolam renang atau dekat mana-mana pun"

"Yelah.. jomlah Yaya. Kita jangan sibuk dalam hal si rambut cacak ni" Ying sudah tarik tangan Yaya untuk pergi kembali ke bilik kolam renang

"Hati-hati tau, Fang. Jangan sampai dia orang tahu kau menghendap pulak dan jangan buat perkara-perkara nakal dekat dia orang pula"

"Baik betul si Yaya bagi kau nasihat" tegur Bella

"Biasalah, dia tak nak Fang buat nakal nanti" Faye tergelak sedikit "Eh, mana Lily?"

"Tu... dia tengah tengok fairy pink tu" Bella tunjuk di sebuah tiang istana. Lily ada di situ sambil melihat pari-pari itu dengan mata bersinar-sinarnya "Mesti nak sesuatu dari si fairy tu"

"Wei wei! Fairy ni cakap dia boleh ubahkan kita jadi fairy juga! LILY NAK JADI FAIRY!" Mata Lily masih bersinar-sinar lagi "Lagipun kalau landak jadi fairy, bolehlah landak pergi menghendap dua orang tu.. hehehee... dia orang pun mesti tak kan tahu punya.. hehehee"

"Ok juga idea tu" Fang mengusap dagu dia sambil berfikir sejenak "Kalau aku jadi fairy, bolehlah aku kacau abang aku. Terbang dekat depan muka dia, dengar perbualan abang aku dengan kak Lynna.. hehehee" Faye dan Bella hanya gelengkan kepala sahaja

"Eh, apasal korang ada dekat sini balik?" Terkejut Bella melihat Yaya dan Ying kembali di tempat mereka bersembunyi dari tadi lagi "Tengah ragu-ragukan tentang si Pang ni ke?"

"Hehehee.. si Yaya ni risau kalau si rambut cacak buat benda nakal"

"Mana ada.. aku cuma curiga sahaja" jawab Yaya dengan tegasnya

"Curiga?" Fang angkat kening sebelah sambil pandang wajah Yaya dan Ying

"Curigalah sebab abang Kaizo tu mana reti berdating. Kalau ajak orang pergi latihan tempur ke, jalankan misi ke, itu dia retilah"

"Yelah tu Yaya. Time aku dekat sekolah.. dia dan kak Lynna kadang-kadang keluar entah pergi mana. Sabar ajelah aku. Apalah dia orang berborak agaknya" Fang bayangkan abang dia ceritakan kisah lama mereka berdua. Kisah sedih ataupun kisah misi-misi abang dia "Atau abang aku sebenarnya mengumpat tentang aku"

"Buat apa abang kau nak mengumpat tentang adik dia sendiri. Takde benda lain ke abang kau nak berborak" Fang seperti kenal suara itu kerana itu bukan suara Yaya ataupun Ying atau kawan-kawan perempuan dia. Lalu dia menoleh kebelakang. Kawan-kawan lelaki dia ada di situ juga "Hehehee.. maaf sebab kita orang menyibuk sekali" Boboiboy tersengih di situ

"Wuuuuu! Semua ada dekat sini! JADI KITA SEMUA JADI FAIRY!"

Terkejut mereka semua kerana tiba-tiba sahaja ada debu-debu keemas-emasan jatuh di atas mereka. Pari-pari tadi telah taburkan debu-debunya ke atas mereka. Lily siap jilat tapak tangannya kerana ada sedikit debu di situ. Tubuh mereka makin lama makin mengecil seperti serangga. Di belakang badan mereka, tumbuhnya sepasang kepak lutsinar. Mata Lily bersinar-sinar lagi kerana kawan-kawan dia dan juga diri dia sudah berubah menjadi pari-pari

"ERK!" Fang melihat sekitar diri dia, semuanya besar dan dia boleh terbang ke mana sahaja "Wei pelik! Berapa lama kita akan menjadi fairy ni?"

"Selama mana yang kita nak" balas Lily

"Bestnya jadi pari-pari! Tak sangka pula pari-pari boleh tukarkan manusia menjadi seekor pari-pari juga" ucap Yaya sambil berpusing-pusing di situ "Bolehlah kita melihat dunia ini dari pandangan orang kerdil seperti pari-pari ataupun serangga. Seronoklah pula jadi kecil macam ni"

"Betul tu Yaya, aku rasa seronok juga" Ying berjoget-joget di situ sambil berpusing-pusing berterbangan di situ "Kita nak pergi ke mana dulu?"

"Aku nak pergi dapur! Mesti makanan semua besar-besar dan aku dapatlah makan sepuas-puasnya! Hehehee.." Gopal sudah terbayangkan diri dia yang kecil berada di atas meja besar yang penuh dengan makanan. Dia bayangkan diri dia makan makanan itu semua dengan rasa bahagianya

"Makan aje kau tahu" bisik Fang "Aku nak pergi menghendap abang aku! HAHAHAHAAAAAA!"

"Jadi kita semua berpisahlah macam ni?" tanya Bella "Yelah, semuanya nak buat benda lain"

"Nampak gayanya macam tulah Bella" jawab Boboiboy "Aku pula.. aku nak ikut si Fang ni.. hehehee... nak halang dia kalau dia nak kacau abang dia. Manalah tahu dia nak gagalkan cabaran abang dia"

"Siapa lagi nak menyibuk dalam hal aku?" Fang bersilang tangan sambil melihat Yaya, Ying, Bella, Lily dan Harraz angkat tangan mereka "Faye juga yang baik"

"Sebab aku terbayangkan apa yang Gopal katakan tadi tu.. MAKANAN!" Faye dan Gopal terbang berpusing-pusing di dalam satu bulatan "Kita makan puas-puas sebelum balik ke dunia sana!"

"Betul tu Faye! Hobi kita sudahlah sama! Seronoknya dapat kawan yang ada hobi sama. Jom kita pergi ke dapur istana!"

"JOM!" Faye dan Gopal terus terbang menuju ke arah dapur

Kawan-kawan mereka yang lain tergelak melihat gelagat dua orang yang kuat makan itu. Faye seseorang yang suka cuba makanan baru dan Gopal pula, kerja dia adalah makan dan makan dan makan sahaja. Mereka berdua menjadi kawan rapat hanyalah kerana minat mereka yang sama iaitu makanan

"Ok, jom kita pergi cari abang aku tapi sebelum tu.." Fang melihat kawan-kawan dia yang berada di hadapan mata dia "Siapa jadi Rizu dan Idoli dekat kolam renang?" Terus dia bersilang tangan dengan muka seriusnya

"Oh.. itu jangan risau. Ada dayang-dayang istana melayan dia orang macam anak raja.. hehehee.. dan Neko Neko ada dengan dia orang juga" balas Boboiboy "Dan kawan kak Lynna pun ada dengan dia orang juga"

"Ha ah, abang Kiddi benarkan kita orang pergi ke tempat lain dan dia akan tolong jagakan budak dua orang itu" Harraz pula menjawab kali ini "Bolehlah kita berseronok dan aku pula, bolehlah rehatkan diri sambil berseronok sebab aku terlampau banyak sangat belajar semalam"

"Bagus betul si Harraz ni. Aku pula yang rasa cemburu" kata Yaya "Sudahlah, jom kita cari abang Kaizo dan kak Lynna.. tapi dia orang pergi ke mana yea"

"Saya tahu mereka ke mana" Seekor pari-pari yang sama size dengan mereka ada di situ juga. Mata dia bulat besar, mempunyai rambut pendek dan senyuman dia sangat manis. Gadis itu adalah seekor pari-pari yang menukarkan mereka semua menjadi seperti dia "Hehehee... nama saya adalah Nolly dan saya mempunyai kuasa yang sangat jarang ditemui. Saya boleh mengubah mana-mana manusia menjadi pari-pari dan boleh mengubah mereka kembali menjadi manusia balik"

"Hai Nolly! Nama saya Ying! Saya rasa sangat suka apabila dapat menjadi pari-pari! Hehehee.."

"Saya pula Bella! Jadi kamu tahulah di mana abang Kaizo dan kak Lynna pergi. Boleh bawa kami ke sana?"

"Boleh. Mari ikut saya" Nolly terbang ke depan dan yang lain ikut dia dari belakang

Mereka terbang keluar dari istana itu. Semuanya nampak besar dan masing-masing tidak berkata apa kerana sangat teruja sekali. Nolly menoleh kebelakang dan melihat kawan-kawan baru dia pandang ke kiri dan ke kanan untuk melihat persekitaran mereka yang sangat besar daripada biasa. Nolly terus bawa mereka ke sebuah taman pari-pari. Di situlah tempat pari-pari berkumpul dan bermain dengan bahagianya. Boboiboy, Fang, Yaya, Ying, Bella, Lily dan Harraz sangat terpegun melihat keindahan taman itu. Walaupun size mereka kecil tetapi bunga-bunga di situ nampak indah dan bau-bauan dari bunga-bunga tersebut sangat harum sekali. Ada setengah pari-pari sedang duduk berborak di atas kelopak bunga. Ada yang berkelah di celah-celah pokok bunga dan ada juga bermain sukan di merata tempat. Setengah dahan pokok bunga itu terdapat beberapa buaian untuk mereka bermain. Daun-daun pokok bunga itu dijadikan sebagai sebuah gelongsor. Ianya bagaikan taman permainan untuk mereka

"Mana abang aku dan kak Lynna?"

"Mereka ada di atas" balas Nolly "Mereka berkelah di atas pokok.. hehehee.. mari ikut saya"

Nolly membawa mereka ke bahagia atas pokok. Mereka terbang dengan menggunakan kepak-kepak lutsinar. Mereka terpaksa melalui celah-celah daun yang besar dan menggelakkan diri daripada terkena dahan pokok yang besar itu. Ianya agak mencabar tetapi mereka tidak akan berhenti dan mengalah di situ. Setelah sampai sahaja di bahagian puncak pokok, mereka boleh lihat Kaizo dan Lynna ada di situ, duduk di dahan pokok. Di depan mereka berdua adalah sebuah permandangan gunung-ganang yang diselimuti oleh salji-salji di bahagian puncak. Di hadapan gunung itu terdapat sebuah padang bunga matahari yang terbentang luas. Burung-burung bernyanyi di situ membuatkan suasana menjadi lebih romantik. Bakul makanan mereka telah dibuka luas di bahagian tengah diantara Kaizo dan Lynna. Angin di situ agak tenang dan ianya tidaklah terlalu sejuk sangat. Boboiboy, Fang, Yaya, Ying, Bella, Lily, Harraz dan Nolly mencuri dengar perbualan diantara Kaizo dan Lynna

"Dunia kau dan dunia aku memang sangat berbeza.." kata Kaizo sambil duduk di atas dahan pokok dan menghayun-hayunkan kaki dia "Dunia kau penuh dengan alam mistik. Keajaiban yang tidak pernah aku nampak sebelum ini"

"Dunia kau pula.. penuh dengan teknologi alien. Kuasa kau dari jam kuasa dan kuasa aku pula, kuasa semulajadi. Memang sangat berbeza"

"Aku tidak sangka pula dunia seperti ini wujud. Selama ini aku hanya dengar cerita dari buku-buku novel sahaja"

"Dunia ini tidak ramai yang tahu. Hanya orang-orang seperti aku sahaja yang mengetahui tentang kewujudan dunia ini. Dunia fantasy ini seperti dunia alien kau. Ada baik dan ada jahatnya. Tidak semua yang kita lihat ada indah-indah belaka sahaja. Aku selalunya harus berhati-hati dengan siapa aku berkawan kerana aku takut, orang itu adalah berpura-pura menjadi kawan aku tetapi rupanya dia adalah musuh aku yang cuba mengetahui tentang diri aku. Mereka akan mencari kelemahan aku"

"Hmm... tiada bezanya apabila cerita tentang musuh kita. Semuanya sama sahaja" kata Kaizo

Fang terbang ke depan sedikit untuk pergi lihat wajah abang dia. Entah kenapa dia terasa nak tergelak di situ kerana wajah abang dia terlampau besar sangat dan tiada ekspresi lain, selain daripada serius sepanjang masa. Kaizo mula menyedari dengan kehadiran seekor pari-pari di hadapan dia tetapi dia tidak tahu bahawa pari-pari itu adalaha adik dia sendiri. Dia abaikan sahaja pari-pari itu terbang di sekeliling diri dia. Fang terus hinggap di atas penutup botol strawberry jam. Dia duduk bersila di situ sambil melihat abang dia dan juga Lynna

"Aku macam nak tarik aje si Fang tu"

"Tarik aje, Boboiboy. Aku akan bantu kau.. hehehee" Aura nakal Bella timbul di tubuh badan dia "Dia tu memang kaki penyibuk tapi kita sekali pun dipanggil kaki penyibuk juga"

"Lily setuju sahaja! Tapi Lily bosanlah kalau duduk dekat atas sini lama-lama. Nak pergi main dengan fairy yang lain. Mesti seronok daripada tengok dua merpati tengah dating ni.. UWAAAAAA!" Tiba-tiba Kaizo dan Lynna menoleh kebelakang kerana mereka terdengar suara tangisan yang agak perlahan bunyinya. Mulut Lily ditutup oleh tangan Bella

"Siapa pula yang menangis tu?" tanya Kaizo "Ada hantu ke?"

"Mana ada hantu dekat sini, Kaizo tapi kalau kau nak jumpa hantu.. boleh aje aku bawa kau pergi ke suatu tempat. Rasanya takdelah takut sangat kot tempat tu tapi mesti kau akan suka nanti"

"Lain kali ajelah pergi sebab budak-budak takde dekat sini. Kalau ada, bolehlah aku dengar dia orang menjerit ketakutan" Lynna terus palingkan mukanya ke arah Kaizo. Lalu dia berikan renungan tajam "Takutkan orang adalah kegemaran aku. Lebih-lebih lagi yang sukakan hantu"

"Macam-macam betul kau ni. Kalau kau yang lari dulu macam mana?" Lynna terbayangkan Kaizo lari lintang pukang kerana ditakuti oleh hantu

"Macam abang akan lari dulu aje" Tiba-tiba Fang menyibuk di situ "Abang tu mana pernah takut dengan hantu. Dengan musuh-musuh pun dia tak takut juga. Abang cuma tahu kekerasan dan keganasan sahaja" Boboiboy terbang ke arah Fang untuk tarik kepak kawan baik dia

"Apasal aku dengar suara adik aku yea" Kaizo melihat ke kiri dan ke kanan dia. Lalu dia nampak seekor pari-pari sedang ditarik oleh seekor lagi pari-pari. Dia perhatikan betul-betul dua ekor pari-pari itu dengan mata tajamnya "Itu... bukan adik aku dan kawan baik dia ke?" Lynna menoleh ke kirinya

"Ha ahlah, itu adalah mereka tapi apasal dia orang jadi pari-pari pulak ni?" Lynna melihat Fang dan Boboiboy sudah tersengih di situ. Lalu dia pandang kebelakang dia. Yaya, Ying, Bella, Lily, Harraz dan Nolly ada di situ juga. Mereka melambai-lambai sedikit sambil tersengih sedikit "Aku rasa bukan dua orang ni sahaja yang ada dekat sini, kawan dia orang yang lain pun ada juga"

"Hmmm... takde kerja betul dia orang tapi takpe kerana kita perlukan seseorang untuk menilai cabaran aku.. adakah aku gagal ataupun tidak" kata Kaizo dengan nada serius dia "Pang!"

"Yea abang!" Kepak Fang sudah terlepas dari pegangan Boboiboy "Abang nak beritahu adik yang abang sebenarnya gagal dalam cabaran abang ke?" Mata dia berkelip-kelip kepada abangnya dengan senyuman comelnya

"Bila masa abang nak gagalkan cabaran abang ni. Kau ni berangan aje lebih" Kaizo pegang kepak adiknya menggunakan kedua jari dia. Lalu dia angkat untuk melihat adiknya yang kerdil itu "Abang panggil kau sebab abang nak tanya. Apasal kau tiba-tiba nak jadi pari-pari ni? Tak puas ke dengan diri kau tu alien, terus nak jadi pari-pari pulak? Kau nak pakai baju bunga-bunga dia orang ke?"

"Mana ada!" marah Fang sambil bersilang tangan "Ini semua salah si pelik tu! DIA YANG SURUH FAIRY NAMA NOLLY TU UBAHKAN KITA ORANG JADI FAIRY! MARAHLAH DIA! HUKUM DIA SEKALI! HAHAHAAAA! HUMBAN DIA DEKAT PLANET PELIK!"

"Fang.. Fang.. suka sangat buli Lily tu. Dia tak pelik tapi dia unik macam Fang cakap dulu. Lily seperti sebutir permata yang berlainan bentuk. Dia lah paling orang paling jarang kita temui" Lily rasa sangat terharu dengan kata-kata Lynna tadi. Dia pergi peluk bahu Lynna "Heheheee... seronoknya jadi fairy ni"

"Kak Lynna nak ke?" tanya Yaya "Kalau kak Lynna nak, kami boleh suruh Nolly ubahkan kak Lynna dan abang Kaizo jadi fairy!"

"Betul tu! Mari saya ubahkan puteri Lynna dan Kapten Kaizo menjadi fairy! Bolehlah kamu berdua berseronok di taman fairy ini sebelum pulang ke dunia saya"

Nolly hembuskan debu-debu keemasan dia ke arah Kaizo dan Lynna. Badan mereka berdua semakin lama semakin kecil. Di belakang mereka tubuh sepasang kepak. Kaizo terkejut dengan perubahan tubuh badan dia. Lalu dia berpusing di situ kerana keliru apa yang telah terjadi dengan diri dia. Lynna tergelak melihat gelagat Kaizo

"Kenapa dengan diri aku ni?"

"Abang jadi fairy macam adik. Abang tak suka ke?" Fang tersenyum lebar melihat abang dia mempunyai sepasang kepak lutsinar di belakang "Heheheee... abang nampak comel pulak"

"Kak Lynna pun nampak comel" kata Lily "Jom kita main dengan taman fairy!" Dia tarik tangan Lynna untuk terbang ke bawah

Yaya, Ying dan Bella membawa Lynna ke taman pari-pari. Mereka terbang di sisi Lynna dengan gelak ketawa mereka untuk membuatkan suasana lebih seronok. Kaizo pula, tangan dia ditarik oleh adik dia. Boboiboy dan Harraz terbang di belakang Kaizo. Mereka cuba buat Kaizo tersenyum sedikit tetapi semuanya gagal. Kaizo tetap dengan wajah serius dia. Mereka telah pun sampai di bahagian bawah iaitu di taman pari-pari. Lynna terpegun melihat keindahan taman itu walaupun badan dia kerdil. Semuanya nampak besar dan luas. Seekor demi seekor pari-pari datang dan mengerumuni diri Lynna. Mereka sangat teruja melihat puteri Lynna menjadi pari-pari. Nolly duduk di atas kelopak bunga bersama kawan-kawan baru dia. Fang suruh abang dia duduk di atas kelopak bunga berwarna kuning. Beberapa pari-pari datang dan berikan segelas air kepada Kaizo, Boboiboy, Fang dan Harraz. Sambil mereka duduk menikmati air yang mereka telah diberikan, sambil itu mereka mendengar sebuah melody yang dimainkan oleh pari-pari itu. Nolly terbang ke tengah-tengah taman itu. Lalu dia nyanyikan sebuah lagu khas untuk kawan-kawan baru dia dan terutama sekali untuk puteri Lynna. Pari-pari yang lain menari sambil keluarkan cahaya dalam pelbagai warna yang berbeza-beza. Mereka terpesona dengan nyanyian dan tarian cahaya di dalam taman pari-pari itu

https://youtu.be/AXG5ca38GYY

I wandered alone to the forest one night
Led by a music strange to hear
And followed the glow of a shimmering light
That seemed to grow distant as I grew near

The woods were alive with the fragrance of spring
But winter was everywhere clear to see
The moon shone bright and a bat on the wing
Beckoned me closer and said to me:

"A clearing close in the forest you'll find
A fabulous banquet, a fairy ball
If you close your eyes and you open your mind
The veil disappears and you'll see it all"

Come and play as the wild fairies play
In a magical circle, a fairy ring
You won't want to leave and forever you'll stay
Where the vision is bright as spring

Come and dance the wild fairy dance
Spin in a circle as fast as light
Once you begin you are caught in a trance
And the world can grow old in a single night

When I closed my eyes to the shimmering light
All memory faded and I could see
That a mushroom circle of red and white
And myriad fairies surrounded me

Beyond all space and beyond all time
On gossamer wings did the fairies fly
With a joy unknown to a music sublime
The fairies danced, and there danced I

Come and play as the wild fairies play
In a magical circle, a fairy ring
You won't want to leave and forever you'll stay
Where the vision is bright as spring

Come and dance the wild fairy dance
Spin in a circle as fast as light
Once you begin you are caught in a trance
And the world can grow old in a single night

"Those who seek us surely find us
See the trail we leave behind us
Some bewildered, some enlightened
Some are brave, some are frightened

Are we kind or are we vicious?
Nectar poison or delicious?
That, my sweet, you will discover
Fairy foe, or fairy lover"

Come and play as the wild fairies play
In a magical circle, a fairy ring
You won't want to leave and forever you'll stay
Where the vision is bright as spring

Come and dance the wild fairy dance
Spin in a circle as fast as light
Once you begin you are caught in a trance
And the world can grow old in a single night

I wandered alone to the forest one night
Led by a music strange and clear
If you happen to pass when the moon is bright
And the veils are thin you will find me here
If the veils are thin you will find me here

Mereka tidak sedar dengan kehadiran Picu di dalam taman itu. Dia berguling-guling dan melompat-lompat untuk mengejar pari-pari di sekitar taman itu. Mereka bertepuk tangan selepas sahaja persembahan tadi sudah tamat. Lynna dibawa ke tempat lain pula oleh pari-pari itu. Boboiboy, Yaya, Ying, Bella, Lily dan Harraz pergi menyertai Lynna untuk melihat kemana pari-pari itu ingin membawa Lynna. Mereka tinggalkan Kaizo dan Fang yang masih lagi duduk di atas kelopak bunga

"Picu pun ada dekat sini rupanya" kata Fang sambil tersenyum melihat Picu berguling-guling. Dia rapatkan diri dia kepada abangnya "Abang, agaknya kalau kita tak kenal kak Lynna, mesti kita ketahui tentang dunia ni"

"Hmm.. betul tu, Pang" jawab Kaizo "Abang nak beritahu kau. Cabaran abang sampai di sini sahaja. Malas abang nak lanjutkan sampai ke petang. Jadi, macam mana? abang gagal ataupun tidak?"

"Tak, abang tak gagal" Fang melihat abang dia tersenyum kecil di situ "Abang, maaf sebab adik curi dengar perbualan abang dengan kak Lynna"

"Takpe" jawab Kaizo sambil perhatikan seekor pari-pari berikan sebuah hadiah mahkota bunga kepada Lynna "Adik nak tahu tak. Selama abang tinggal di bumi, macam-macam pengalaman kita pernah lalui. Kadang-kadang abang seperti mahu ceritakan semuanya kepada ibu dan ayah. Jadi abang hanya melihat sahaja gambar mereka"

"Abang.." Fang pegang tangan kanan abang dia "Apa yang abang rasa, adik pun rasa begitu juga. Pengembaraan kita alami selama ini memang sesuatu yang menakjubkan tapi itulah, adik pun mahu ceritakan kepada ibu dan ayah tapi mereka sudah tiada. Abang nak tahu adik buat apa?"

"Apa yang kau buat?"

"Adik pasang video lama mereka. Sambil adik menonton video-video itu, sambil itulah adik bercerita. Adik berharap sangat mereka dapat dengar cerita pengembaraan adik bersama abang dan juga kawan-kawan adik"

"Abang pasti, mereka dengar kisah kau tu sebab mereka sentiasa ada di sisi dan juga di dalam hati kita. Mereka tidak akan hilang selagi kita sentiasa mengingati mereka" Kaizo cubit pipi adik dia "Dan mereka pasti akan bangga dengan setiap pencapaian kita"

"Hehehe.. kalaulah ibu dan ayah ada, sudah lama kita akan bawa mereka ke sini. Mesti dia orang pun rasa teruja dan mesti dia orang akan paksa abang kahwin cepat.. Hahahaa!" Kaizo tepuk kepala adiknya "Adeh.. adik bergurau ajelah"

"Bergurau pun, janganlah nak bergurau tentang siapa abang nak kahwin"

"Tapi.. abang tak pernah ke terfikir yang abang ada hati dekat kak Lynna? Atau memang korang berdua hanya sahabat baik sahaja"

"Hmmm... itu kau tak perlu tahu" Kaizo melirik matanya ke arah Picu. Nampaknya Picu telah menjadi mangsa kepada Yaya, Ying, Lily dan Bella. Mereka bergilir-gilir menunggang Picu di sekeliling taman pari-pari itu "Tapi kau jangan nak bercinta pula"

"Jangan risau abang, adik anggap mereka semua sebagai kawan sahaja" Fang tersenyum apabila dia melihat giliran Yaya menunggang Picu. Apa yang menyeronokkan, Picu meloncat-loncat di situ "Kalau adik terjatuh cinta, abang nak marah adik ke?"

"Entahlah tapi kau jangan terlalu leka pula di dalam dunia cinta"

"Mana adalah. Adik tak kan jatuh cinta selagi abang belum menjumpai cinta hati dia! HAHAHAAAA!" Kepala Fang ditepuk lagi oleh abang dia "Abang ni.. suka sangat tepuk kepala adik"

"Sebab kau adik aku. Jadi abang boleh buli kau, sekeh kau, seksa kau dan macam-macam lagi tapi kalau orang lain yang buat, abang tidak akan maafkan orang itu" Kaizo tolak bahu adiknya secara perlahan. Senyuman ikhlas dari Kaizo membuatkan Fang rasa bahagia bersama abang dia "Kau tak nak ke pergi bermain dengan kawan-kawan kau? Si pelik tu dah buli Picu"

Fang tergelak melihat Lily peluk Picu kuat-kuat kerana Picu melompat begitu tinggi sekali. Ianya membuat Lily menjerit ketakutan tetapi ada juga gelak ketawa dari Lily. Boboiboy dan Harraz hanya duduk bersila di atas seketul batu besar sambil gelak ketawa melihat gelagat kawan-kawan perempuan mereka. Lynna pula, dia masih lagi melayan para pari-pari. Semuanya ingin bergurau senda dan menari-nari bersama Lynna. Alunan-alunan lagu di taman itu membangkitkan suasana yang mempersonakan

"Takpelah abang. Adik nak luangkan masa dengan abang tapi kalau abang nak pergi menari dengan kak Lynna, pergilah"

"Kau tak nak luangkan masa kau dengan abang ke?" Kaizo angkat kening sebelah sambil melihat adiknya yang sudah tersengih itu "Kalau kau tak nak, pergilah. Abang tak marah pun. Lagipun abang masih lagi ada dekat sini. Setiap hari kita boleh luangkan masa bersama seperti hukuman adik sebab gagal dalam cabaran itu"

"Cheh.. itu juga dia pergi fikirkan" bisik Fang "Kalau adik pergi, abang macam mana?"

"Abang tak kan pergi ke mana-mana, Pang. Pergilah berseronok dengan kawan-kawan kau"

Fang tidak membantah, dia terus terbangkan diri dia dan pergi ke arah Picu. Kaizo melihat sahaja suasana taman itu. Dia rasa makin ramai pula pari-pari di situ semenjak Lynna menjadi seekor pari-pari. Lalu mata dia pandang ke tempat lain. Sebuah bakul besar di bawah masuk oleh sekumpulan pari-pari. Picu berhenti melompat kerana dia sudah nampak pelbagai buah-buahan di dalam bakul tersebut. Mata dia terbulat besar dan lidah dia sudah terjulur keluar. Makanan kegemaran dia sudah tiba di situ

"Heheheee.. comel betul lihat Picu begitu. Club house aku sentiasa kehabisan buah sebab Picu pergi habiskan" Lynna sudah penat melayan pari-pari tadi. Lalu dia duduk di sebelah Kaizo. Di leher dia ada sekalung bunga dan di kepala dia pula, ada mahkota bunga "Kau rasa seronok berada di sini?"

"Bolehlah" jawab Kaizo

"Ok, aku terima jawapan kau tu.. hehehe.. maknanya kau seronok berada di sini. Kalau kau nak datang ke sini lagi atau mengembara ke tempat lain, beritahu sahaja aku"

"Hmm... ok. Lain kali aku bawa kau ke planet lain yang aku akan suka nanti. Barulah adil"

"Ok, aku setuju sahaja" Lynna mendongak ke atas sambil melihat langit biru dan bayangkan diri dia berada di planet lain "Aku akan tunggu kau bawa aku ke planet yang unik dan istimewa"

------------------------------------------------------------------------------------------

Bila fikirkan balik, kenapa diri dia perlu rasa marah dengan abang dia kerana menang di dalam cabaran itu, fikir Fang. Dia patut rasa gembira kerana cabaran itu sudah tamat dan abang dia masih lagi belum berikan hukuman kepada dia lagi. Dia tidak perlu lagi fikirkan tentang cabaran itu lagi tetapi dia akan terima sahaja apa hukuman yang abang dia akan berikan. Fang mengemas buku-buku latihan dia. Lalu dia masukkan ke dalam beg sekolah dia. Kawan-kawan dia sudah pun keluar dari kelas dan terus pulang ke rumah. Fang bangun dari kerusinya dan terus keluar dari kelas dia

"Lambat betul kau keluar. Selalunya kau paling awal sekali"

"Aku teringat balik tentang kisah kita jadi pari-pari, sampai aku tak sedar bunyi loceng sekolah. Kau pula, kenapa keluar lambat?" tanya Fang kepada Boboiboy

"Hehehee... cikgu english tahan aku sekejap sebab aku banyak sangat buat kesalahan kerja sekolah semalam. Si Gopal dah lari sebab takut kena marah" Dia dan Fang turun dari tangga sekolah "Abang kau takde bagi hukuman lagi?"

"Takde pula.. pagi tadi entah kenapa dia buat sarapan pagi untuk aku tapi kali ni, takde pula rasa masinnya. Entah-entah Faye yang buat sebenarnya"

"Hehehehee.. mungkin juga tapi kalau abang kau yang buat, macam mana? Mesti kau tak sangkakan abang kau buat baik dengan kau"

"Abang aku, buat baik ke, buli aku ke, seksa aku ke.. dia tetap ada agenda dia tersendiri.. hmmm.. tapi aku kadang-kadang tak kisah sangat pun kalau dia nak buli aku. Dia buli aku sebab dia sayangkan aku. Ada ke buli sayang macam tu?"

"Entahlah. Adik beradik kan suka buli sesama sendiri.. hehehe.." Boboiboy sudah sampai di bahagian bawah bersama Fang "Eh, itu bukan abang kau ke?"

"Ha ahlah, itu abang aku" Fang berlari terus ke arah abang dia yang sedang berdiri di pintu pagar sekolah "Abang buat apa dekat sini?"

"Abang datang sebab nak bawa kau pergi makan dekat kapal angkasa. Ini adalah hukuman abang untuk kau. Luangkan masa kau dengan abang"

"ERK?" Terkejut Fang di situ. Boboiboy yang ada di sisi Fang, dia rasa terharu pula dengan hukuman Kaizo itu tadi

"Kenapa? Kau tak suka ke?"

"Bukan tak suka. Adik suka tapi.. selalunya abang akan hukum adik dengan latihan tempurlah, kejar adik satu Pulau Rintis lah atau tukarkan adik jadi arnablah tapi kali ini lain pula. Adik rasa.. sangat berbesar hati dengan hukuman itu" Fang terus peluk abang dia "Jadi, kita berdua sahaja ke nanti?"

"Yea Pang. Kau dan aku sahaja dekat kapal angkasa tu. Lahap tukang jaga kapal angkasa sahaja. Mari kita pergi.. abang sudah sediakan macam-macam benda yang kita boleh buat bersama"

Lalu Kaizo mengambil beg sekolah Fang. Dia dan adiknya berpimpin tangan selepas itu. Boboiboy melihat kapal angkasa Kaizo sudah pun tiba di atas kawasan sekolah mereka. Lahap mengambil adik beradik dari situ dan selepas itu, mereka terus ke angkasa lepas. Boboiboy tidak berkata apa, dia hanya mendongak ke langit sambil melihat sebutir bintang sedang bersinar di situ. Lalu dia senyum bersendirian sambil berkatakan sesuatu

"Hehehe.. abang dan adik selamanya.. memang terbaik"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro