Misi Nakal
"Yah yah yah! PEDANG TENAGA!"
"PEDANG HALILINTAR!"
"PEDANG BAYANG!"
"Abang Fang, mana ada pedang bayang" marah kedua budak kecil yang bernama Rizu dan Idoli. Mereka sedang bermain-main lawan pedang kotak di halaman rumah Fang dan Kaizo. Idoli menjadi Kaizo dan dia juga berpakaian seperti Kaizo juga. Manakala Rizu menjadi Boboiboy Halilintar dan Fang pula, dia menjadi diri sendiri
"Habis tu.. pedang dekat tangan abang ni apa?" Fang terus menunjukkan pedang bayang di tangannya. Dia yang mengeluarkan pedang bayang tadi
"Hehehe.. tapi abang Fang mana adil. Kita orang guna pedang kotak sahaja dan abang pula, gunakan kuasa bayang" kata Rizu yang tidak begitu puas hati terhadap abang kesayangannya
"Idoli setuju!" Idoli ketuk-ketuk kasut Fang dengan pedang kotaknya "Abang Rizu kenalah buat pedang kotak untuk abang Fang sekali. Bolehlah kita main lawan-lawan bersama nanti"
"Nanti abang Pizu buatkan untuk abang Fang. Lepas tu kita berdua akan kalahkan abang Fang! SERANG DIA!" Rizu terus cucuk pedang kotaknya di badan Fang. Idoli ketuk-ketuk badan Fang "Abang Fang akan kalah!"
"Abang tidak akan kalah!" Fang hilangkan pedang bayang dia. Kedua belah tangannya terus memeluk Rizu dan Idoli "Dapat tangkap korang!"
"Hehehee... abang Fang lepaskanlah kita orang" Rizu ketawa di situ "Sudah lama kita tak main bersama.. Pizu rindu abang Fang"
"Abang pun rindu" balas Fang
"Idoli?" Idoli melihat mereka berdua dengan perasaan peliknya "Idoli, korang tak rindu ke?"
"Hehehe... kita orang baru kenal Idoli, macam mana nak rindu" jawab Rizu "Lagipun Idoli selalu ada dekat sini. Abang Pizu selalu main dengan Idoli"
"Ha ah! Lepas abang Rizu balik dari sekolah... abang Rizu selalu datang sini, lepas tu kita pergi main sampai buat abang Kaizo pening.. hehehe"
"Apa yang korang buat sampai abang Kaizo pening kepala?" Fang lepaskan mereka berdua. Lalu dia duduk bersila bersama dua budak comel itu "Mesti korang buat nakal dekat rumahkan?"
"Hehehee.. abang Rizu dan Idoli selalu sepahkan rumah, lepas tu abang Kaizo marah-marah sebab rumah bersepah. Lepas tu kak Lynna marah abang Kaizo balik sebab marah dekat kita orang.. hehehee. Kasihan abang Kaizo kena marah dengan kak Lynna. Kadang-kadang tu kita orang suka buat bising. Abang Kaizo nak tidur pun tak senang, lepas tu dia halau kita orang keluar rumah. Jadi Idoli dan abang Rizu main dekat luar ajelah"
"Abang Kaizo tu tak suka tengok rumah bersepah tapi kalau dia sepahkan, takpe pulak... dan lagi satu, abang Kaizo suka dengan keadaan yang tenang" kata Fang "Tapi tenang tenang pun.. hati dia juga yang penuh dengan keganasan.. hehehee" Fang tergelak sedikit
"Abang Fang tak nak buli abang Kaizo ke?" tanya Idoli secara tiba-tiba. Rizu terus buat muka takut dan badan dia menggigil sedikit "Kenapa abang Rizu?"
"Hmmm.. kalau abang Fang buli abang Paizo, nanti abang Paizo mesti bagi hukuman dekat abang Fang tapi abang Fang pun sanggup aje terima hukuman dari abang Paizo" Rizu terus baring di atas peha kaki Fang "Abang Fang, kalau Pizu nak suruh abang Fang buat sesuatu yang nakal dekat abang Paizo, abang Fang buat tak?" Tangan Fang membelai rambut Rizu
"Itu kenalah bagi abang fikirkan dulu"
"Tapi Idoli takut nanti abang Kaizo marah-marah dan mengamuk tak tentu pasal.. tapi... macam seronok aje kenakan abang Kaizo. Mesti seronokkan?" Mata Idoli bersinar-sinar melihat Fang "Abang Fang buatlah.. Idoli dengar, abang Fang sangat handal dalam kenakan orang.. Idoli nak tengok sendiri apa yang abang Fang akan buat" Idoli memujuk Fang. Dia siap baring di peha kaki Fang lagi sebelah
"Adeh.. nampaknya abang terpaksalah buat tapi sekali ini sahaja ok"
"YEAHH!" Rizu dan Idoli bangun dan meloncat-loncat kegembiraan di situ. Mereka berpegang tangan sambil berpusing dan melompat-lompat di halaman rumah "ABANG FANG BAIK! ABANG FANG BAIK! ABANG FANG!"
"Apa yang seronok sangat ni?" muncul Boboiboy di sebelah Fang. Dia pun duduk bersila di situ sambil melihat gelagat Rizu dan Idoli
"Hmm.. dia orang nak suruh aku kenakan abang aku" balas Fang
"Aik, kau setuju sahajalah dengan dia orang tu? Kau jangan nak melebih pula.. kau tahu ajelah, abang kau tu garang tambah ganas"
"Takpe Boboiboy, aku sudah lali dengan hukuman yang tahap ganas dari abang aku tu. Lagipun aku rasa seronok tengok dia orang gembira" Fang tersenyum sedikit "Aku tengok Rizu dan Idoli dah macam adik beradik pulak"
"Hehehee.. kau dan Rizu pun dah macam adik beradik juga tapi Idoli duduk dekat sini setahun sahajakan?"
"Ha ah Boboiboy, setahun sahaja. Mesti Rizu akan sedih nanti tapi.. mungkin satu hari Idoli dapat pergi ke sini balik atau abang aku bawa Rizu ke planet asal Idoli. Buat masa sekarang ni, biarlah dia orang berseronok dan bina kenangan mereka tersendiri"
"ABANG FANG!" Rizu menarik tangan Fang
"ABANG BOBOIBOY!" Idoli pula menarik tangan Boboiboy "Jom main lawan-lawan! Idoli dengan abang Boboiboy"
"Dan Pizu dengan abang Fang! Kita 2 lawan 2! YEAHHH!" Fang tergelak sedikit sambil memandang Boboiboy. Mereka berdua bangun dari situ dan terus sesi kejar mengejar di adakan di situ juga. Mereka berseronok sehinggalah keempat-empat mereka terdampar di halamam rumah kerana terlampau penat. Walaupun penat, tetapi mereka rasa sangat seronok
"Kalau macam ni tiap-tiap hari, boleh pengsan aku"
"Eleh.. pengsan apanya.. kau hampir setiap hari kena hukuman dari abang kau, takde pulak aku nampak kau pengsan"
"Itu lain Boboiboy!" Lalu Fang tergelak di situ. Mata dia terus melihat awan-awan di langit. Dia rasa sangat bahagia pada saat itu
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokannya, Fang akan menjalankan sebuah misi iaitu misi untuk kenakan abangnya. Misi ini tidaklah sebesar mana tetapi dia mahu misi ini akan menjadi kenangan buat Rizu dan Idoli. Dia berharap sangat misi ini akan berjaya kerana dia tidak mahu kecewakan dua budak kecil itu. Malam semalam dia telah pun berbincang dengan Faye. Pada mulanya Faye tidak begitu setuju dengan rancangan Fang kerana ianya akan membuat Kaizo mengamuk tak tentu pasal tetapi setelah beberapa kali di pujuk oleh Fang, maka dengan itu, Faye turut ikut sekali dengan rancangan itu
"Heheheee... bubur lobak merah hampir siap" Fang memeriksa bubur itu di dalam periuk "Abang, adik buat semua ini adalah kerana Rizu dan Idoli.. dia orang yang suruh adik buat.. maafkan adik yea tapi adik lagi suka adalah.. muahahahaa!"
"Hmmm.. sukalah kau yea, kenakan abang kau tu" Fang menoleh kebelakang dan nampak Faye berada di muka pintu dapur sambil bersilang tangan "Aku tolong kau pun sebab Rizu dan Idoli"
"Tapi kau tak kisah ke kalau kau kena denda nanti?"
"Apa boleh buat.. aku terima sahajalah. Lagipun aku tak naklah sepupu aku seorang sahaja yang kena hukuman dan aku pula, lari dari hukuman. Tak adil lah kan?" Faye masuk ke dalam dapur dan terus duduk di kerusi meja makan
"Bagus bebenar sepupu aku ni" Fang tersenyum sedikit "Abang aku masih dalam bilik lagi ke?"
"Ha ah, Idoli masih lagi tidur. Tadi aku pergi check dia dekat bilik abang kau. Idoli tidur dan abang Kaizo tengah mandi"
"Tidur lagi si anak kucing ni" Fang mengacau-gacau bubur lobak merah itu "Kejap lagi Rizu mesti sampai" kata Fang sambil melihat jam di dinding
"Hari ni dia bawak apa pula untuk Idoli? Semalam bukan main seronok korang main kejar-kejar dekat depan rumah"
"Entahlah, tapi semenjak Idoli ada dekat sini.. macam-macamlah si Rizu tu pergi ajar. Kadang-kadang tu abang aku gunakan Rizu untuk lepaskan diri dia daripada Idoli. Kau tahu-tahu ajelah kan, Idoli tu tak nak berjauhan dari abang aku. Idola lah katakan tapi selamatlah Lily belum ajar si anak kucing tu yang bukan-bukan" Faye tergelak sedikit
"Kenapa kau risau sangat. Lily tu bukannya ajar benda yang ganas pun"
"Tak tapi... entahlah.. mungkin aku takut dengan ajaran sesat Lily, ianya akan membuat Idoli melakukan perkara yang pelik-pelik dan boleh membuatkan abang aku sakit kepala!" Fang terus tutup api dapur itu. Lalu dia duduk di sebelah Faye "Aku rasa makin ramai pulak orang dalam rumah ni. Mula-mula kau, sekarang ni si Idoli, kadang-kadang si Rizu tidur sini.. lepas tu siapa pulak"
"Kak Lynna?"
"Hahaha... macam impian aku akan menjadi kenyataan aje" Fang terus mengeluh "Tapi takpe.. aku akan tetap dengan impian aku"
"IMPIAN APA YANG KAU BERANGAN NI?" Muncul Kaizo dengan suara garangnya. Terkejut Fang dan Faye dengan jeritan Kaizo tadi "Kau takde impian lain ke selain daripada itu?"
"Hmm.. takde kot" Fang terus tersengih "Abang nak makan?"
"Hari ni kau masak apa?" tanya Kaizo
"Bubur lobak merah" Fang tersengih lagi "Abang nak makan dulu ke atau nak kita orang makan dulu?"
"Kau makanlah dulu.. abang nak pergi kejutkan si Idoli tu.. tidur aje kerja dia. Bila nak bangun pun, entah bila" Kaizo terus keluar dari dapur. Fang dan Faye ketawa sedikit. Mereka bertentangan mata sebentar sambil tersenyum sinis. Misi mereka akan bermula sekarang. Fang pergi keluarkan beberapa mangkuk kosong dan Faye pula, dia pergi membuka pintu depan kerana terdengar ketukan di pintu. Rizu sudah tiba di rumah mereka pada tepat masanya
"Abang Fang! Pizu ada bawa sketchbook Pizu! Nanti kita main lukis-lukis" Rizu berlari ke dalam dapur sambil bercakap sesuatu kepada Fang "Pizu ada bawa sekali biskut kakak Yaya, khas untuk abang Fang!"
"Erkk.. kenapa Rizu bawa biskut Yaya untuk abang pulak?"
"Sebab abang Paizo kata abang Fang suka dengan biskut Yaya" Rizu terus hulurkan sebungkus biskut Yaya kepada Fang "Abang Fang jangan lupa makan tau. Ini Pizu yang suruh kakak Yaya yang buatkan"
"Err.. ok... terima kasih tapi sebelum tu, kita makan bubur dulu" Fang mengambil biskut tersebut dan lalu dia simpan di dalam poket seluarnya "Nanti abang makan" Fang tersengih sedikit
"Ok! Abang Fang masak bubur lobak merah ke?" tanya Rizu sambil duduk di atas kerusi. Faye sudah pun masuk ke dalam dapur semula. Tangan dia mengusap-usap kepala Rizu sedikit dan lalu dia duduk di atas kerusi
"Ha ah, bubur lobak merah" kata Fang sambil mengambil bubur untuk Rizu
"Asyik bubur lobak merah aje... buatlah bubur ikan ke, bubur ayam ke, bubur kerepek pisang ke" Fang rasa geram pula. Dia terus letak semangkuk bubur di hadapan Rizu
"Bubur kerepek pisang? Apa yang si pelik tu ajar Rizu?" Fang terus berikan renungan kepada Rizu "Kalau boleh, Rizu jangan terikut sangat dengan perangai pelik dia"
"Wuuuu... perangai pelik siapa?" Berkerut-kerut dahi Fang kerana orang yang dia geram sangat, sudah pun berada di dalam dapur itu "Wah! Bubur lobak merah... Lily nak rasa boleh?"
"Boleh boleh... boleh blah" jawab Fang dengan sinisnya
"UWAAAA! LANDAK KEJAM SANGAT DENGAN LILY!" Menangis Lily di bahu Rizu "Rizu... tengoklah landak kesayangan Rizu ni, sampai hati dia buat begitu dengan Lily" Rizu melihat Lily berdrama di situ sambil makan bubur lobak merah. Fang hanya mengangkat kening sebelah "Rizu sayang kakak Lily kan? Rizu jangan jadi macam abang landak ok.. dia tahu hanya sakitkan hati Lily sahaja. Lily cuma nak berkawan dengan landak tetapi landak... tiap-tiap hari suka kacau Lily.. adakah ini sebabnya ada orang suka melihat Lily dan landak bersama? OH TIDAK! BBB-CHAN! I'M COMING FOR YOU MY DEAR!" Lily terus lari keluar dari rumah untuk pergi ke rumah Boboiboy
"Lawak betul kawan baik aku ni. Sampai aku sendiri dia tak sedar yang aku ada dekat sini" Faye gelengkan kepalanya
"Hehehehe... tapi Pizu suka kakak Lily.. dia kelakar dan kepelikan kakak Lily sentiasa membuat Pizu ketawa"
"Hmm.. yelah Rizu" kata Fang dengan nada bosannya
"SELAMAT PAGI! IDOLI SUDAH SIAP MANDI!" Idoli berjoget-joget di dalam dapur itu "Abang Kaizo kata, Idoli perlu breakfast dulu sebelum main dekat luar. Hari ni abang Fang masak bubur lobak merah? Kenapa tak buat bubur ikan?"
"Isk.. macam-macam pulak permintaan dia ni" bisik Fang sambil menggenggam tangannya "Bubur ikan.. esok-esok sahajalah"
"Ok! HAI ABANG RIZU!"
"HAI IDOLI! LEPAS NI KITA MAIN LUKIS-LUKIS OK!"
"OK! IDOLI NAK LUKIS GAMBAR ABANG KAIZO YANG MACHO TU!"
"Adeh, pening kepala akak. Jangan nak jerit-jerit, nanti abang Kaizo muncul dengan jeritan garang dia tu. Korang juga yang kena marah. Jom kita makan bersama tapi mana abang Kaizo?" tanya Faye
"Abang Kaizo tengah berborak dengan kak Lynna dekat jam kuasa dia. Kejap lagi dia turun makan" Fang mengusap-usap dagunya sambil fikirkan sesuatu "Abang Fang, kita tunggu abang Kaizo ok. Baru boleh makan sama-sama"
"Cadangan yang bagus, Idoli" Fang tersenyum sinis
"Tapi Pizu dah makan"
"Takpe.. Rizu boleh aje tambah lagi. Abang ada buat banyak bubur ni" Fang terus letak lagi bubur di dalam mangkuk Rizu "Makan, jangan tak makan"
"Idoli nak bubur ikan boleh?" Idoli buat muka comel kesedihan dekat Fang. Dia berharap, dengan cara itu, dia dapat memujuk Fang "Bolehlah abang Fang" Lalu dia menukarkan dirinya menjadi seekor anak kucing. Mata dia bulat besar dan wajah dia menjadi sedih. Air mata keluar sedikit agar dapat meraih simpati daripada Fang. Faye rasa kasihan melihat Idoli yang sedang berusaha memujuk Fang
"Buat ajelah Fang. Dia tengah merayu-rayu tu" pujuk Faye
"Yelah yelah.. abang buatkan" Idoli tersenyum lebar dan terus dia kembali menjadi manusia "Tapi kena tunggulah"
"Takpe" jawab Idoli "Janji abang Fang buatkan bubur ikan untuk Idoli!"
"Bubur kerepek pisang takde ke?" Timbul satu suara yang membuat dahi Fang berkerut-kerut "Bolehlah landak... Lily nak bubur kerepek pisang" Fang pusing kebelakang dengan mukanya yang mengerikan, terus Lily rasa nak pengsan di situ "Hehehee.. tak boleh ke landak?"
"Tak boleh" suara Fang seperti nada suara Kaizo
"Tak boleh, takpelah" Lily letak sebuah periuk besar di atas meja makan "Lily ada bawa bubur dari rumah Tok Aba! Ini adalah bubur pisang!"
"Hehehe.. Tok Aba bagi korang semua rasa tapi si Lily ni pergi bawak satu periuk pula" Boboiboy pun ada di situ juga. Dia tersengih sambil garu-garu kepalanya "Korang rasalah bubur pisang dari Tok Aba tu"
"WAH! BUBUR PISANG! Pizu suka makan bubur pisang"
"Sedap ke bubur pisang tu?" Idoli menjenguk sedikit di dalam periuk besar itu "Tapi kenapa takde nasi?"
"Hehehee... comel betul Idoli ni. Banyak benda Idoli kena belajar ni" kata Lily sambil mengangguk-angguk kepalanya "Takpe, nanti Lily akan ajar Idoli. Terutama sekali, bahasa itik!" Boboiboy terus menepuk dahinya sendiri "QUACK QUACK QUACK QUACK!"
"Quack quack quack!" Lily si itik berjalan masuk ke dalam dapur. Dia terus memeluk kaki Lily "Quack quack quack!"
"Hehehee.. rindu dengan Lily yea. Kejap lagi kita pergi main ok" Boboiboy, Faye, Rizu dan Idoli tergelak melihat Lily bercakap dengan Lily si itik. Fang hanya bermasam muka sahaja
"Apasal aku rasa dapur ni semakin kecil?" Fang garu-garu kepalanya dan baru dia sedar, bahawa kawan-kawan dia yang lain ada di situ juga. Gopal, Yaya, Ying, Bella dan Harraz ada di dalam dapur itu juga. Semuanya sedang makan bubur lobak merah "APASAL TIBA-TIBA KORANG ADA DEKAT SINI?"
"Maaf Fang.. kita orang ada dekat sini sebab Bella yang suruh. Dia cakap dia ada buatkan bubur kacang merah untuk kita semua" kata Yaya. Bella hanya tersenyum sambil tunjuk periuk besar dia
"Berapa banyak bubur yang ada hari ni?" bisik Fang "Aduh.. rosak misi aku hari ni.. Faye, kau gantikan tempat aku buat bubur ikan untuk si Idoli ni. Aku nak pergi rehat sekejap.. pening kepala aku"
"Hmmm... ok" Faye rasa kasihan dengan Fang. Dia perhatikan Fang keluar dari dapur "Takpelah Fang, esok-esok ajelah kau jalankan misi kau tu" bisik Faye sambil membuka pintu peti sejuk untuk keluarkan filet ikan
Fang sudah pun terbaring di atas sofa. Mukanya tertutup dengan bantal cushion sofa tersebut. Tiba-tiba sahaja bantal itu di angkat oleh seseorang. Fang membuka matanya dan terus ternampak abangnya
"Kenapa dengan kau ni?" Lalu Fang dudukkan dirinya. Kaizo duduk di sebelah adiknya "Kau tak sihat ke?"
"Adik sihat sahaja cuma..."
"Cuma apa?" tanya Kaizo dengan perasaan prihatin dia
"Sepatutnya hari ni adik akan jalan misi untuk kenakan abang" Kaizo sudah mula buat muka garang "Tapi abang janganlah marah adik sebab adik buat ni adalah untuk menghiburkan hati Rizu dan Idoli sahaja. Dia orang yang minta adik buatkan, jadi adik buatlah tapi... rasanya macam gagal aje misi adik" Secara tidak langsung, Kaizo terus memeluk adiknya
"Abang?"
"Abang gembira yang kau jujur dengan aku. Terima kasih adik"
"Jadi abang tak marah adik?"
"Tak" Kaizo terus lepaskan pelukannya "Tapi abang rasa kita memang patut penuhi permintaan dia"
"Jadi abang nak adik kenakan abanglah ni?" Fang tersenyum sedikit "Abang bagi adik kebenaran untuk adik kenakan abang ke?" Makin lebar senyuman Fang "Jadi abang tak kan marah adik kalau adik kenakan abang?" Terus senyuman Fang sudah sampai ke pipi dengan matanya bersinar-sinar seperti bintang sedang berkelip-kelip di angkasa
"Bukan" Wajah Fang terus menjadi sedih "Tapi abang nak kau dan aku kenakan kawan-kawan kau tapi Rizu dan Idoli terselamat dengan rancangan kita ini"
"Hehehee... jadi dia orang berdua akan tahulah rancangan kita ni?" Fang terus kembali tersenyum
"Yea" Fang memeluk leher abangnya "Kenapa dengan kau ni?"
"Sebab abang adalah abang paling awesome! Dan amat jarang sekali abang nak buat nakal dekat sesiapa. Adik rasa sangat terharu. Terima kasih abang" Fang cium pipi abangnya "Bila kita boleh jalankan rancangan kita?"
"Sekarang pun boleh" Fang tidak sabar hendak lakukan kenakan kawan-kawan dia bersama dengan abang kesayangan dia "Kau tunggu di sini, biar abang pergi panggil Rizu dan Idoli" Fang melihat abangnya sudah bangun dari sofa. Kaizo terus ke dapur dan lalu menjerit sekuat hati. Fang menepuk dahinya sendiri
"RIZU! IDOLI! MARI IKUT ABANG KE BANDAR! KAMU SEMUA, JAGA RUMAH NI! DAN JANGAN SEPAHKAN RUMAH INI, FAHAM?"
"FAHAM ABANG KAIZO!"
----------------------------------------------------------------------------------------
Sudah 1 jam Kaizo keluar pergi ke bandar bersama Fang, Rizu dan Idoli. Bubur ikan sudah hampir siap masak. Bubur lobak merah sudah habis dimakan oleh kawan-kawan Fang dan paling banyak sekali makan adalah Gopal kerana dia lapar sangat. Bubur pisang dan bubur kacang merah masih ada lagi. Mereka tinggalkan untuk Kaizo, Fang, Rizu dan Idoli. Mungkin juga untuk Lynna sekali, jika dia datang ke sini
"Abang Kaizo bawak Rizu dan Idoli pergi ke bandar untuk apa yea?" tanya Boboiboy. Perut dia sudah penuh dengan bubur lobak merah. Mata dia sudah menjadi berat kerana mengantuk "Dengan Fang sekali dia pergi bawak"
"Haiyaaa.. biarlah abang Kaizo nak bawak adik-adik dia.. tapi pelik pulak abang Kaizo ada tiga adik.. hehehee... satu adik kandung, dua adik angkat sahaja" Ying ketawa sedikit "Dan Fang tu.. suka sangat cemburu kalau abang Kaizo ada adik lain"
"Biasalah tu Ying" Yaya mengangkat semua mangkuk kawan-kawannya yang sudah diguna untuk di basuh. Faye sudah tutup api dapur "Selama inikan hanya dia dan abang dia sahaja. Jadi dia mestilah rasa cemburu kalau kasih sayang abang dia tu beralih kepada orang lain tapi lama-lama, Fang sudah mulai terima"
"Tak sangka abang Kaizo yang ganas tu boleh juga dapat adik angkat" Bella terbayangkan kalau Kaizo ada 10 adik lelaki dan semuanya hyper dan nakal seperti Fang "Hehehehehe... mesti rambut abang Kaizo penuh dengan uban. Kasihan pula aku tengok"
"Apa yang Bella sedang fikirkan tu?" tanya Lily. Bella baru hendak menjawab tetapi Lily sendiri yang jawab pertanyaan dia tadi "Oh! Lily tahu.. mesti Bella fikirkan abang Kaizo bela anak-anak itik penuh seladang.. hehehee... lepas tu dia pun ada anak-anak itik juga dengan kak Lynna.. dan landak.. hmmm... anak-anak landak? Tak dapat bayangkan pula kalau landak ada anak landak tapi kalau landak kahwin, macam mana agaknya gadis pilihan landak tu yea.. adakah gadis itu mukanya bulat seperti donut lobak merah? atau gadis itu panas baran seperti landak juga" Mata dia melirik ke arah Bella
"Wei, aku bukan panas baran macam si Pang tu lah"
"Gurau aje kawan.. hehehee.. Lily tahu Bella bukan panas baran, hanya sombong dan berlagak sahaja tapi... apakah ciri-ciri gadis idaman si landak? Adakah ianya seperti Ying, ceria selalu? Ataupun Yaya, seorang gadis yang tegas tapi friendly ataupun Bella.. perangai sama sahaja dengan si landak kecuali panas baran tu" Lily mula perasan yang diri dia adalah seorang detektif
"Ataupun gadis itu adalah seorang yang pelik macam kau?" Gopal mengangkat-gangkat kedua keningnya sambil tersenyum lebar dekat Lily
"Lily? Oh tidak mungkin.. Lily bukan gadis idaman dia! Lily adalah gadis idaman my BBB-CHAN" Lily berkelip-kelip matanya dekat Boboiboy "Tapi.. itu hanyalah perasaan Lily yang suka sangat perasan, berangan dan terbayangkan wajah Boboiboy ada dekat dinding dapur ni tapi..." Lily gosok-gosok kedua matanya
"Tapi kenapa Lily?" tanya Yaya
"Hmmm.. kenapa Lily ada nampak kepala dekat tepi dinding tu" Lily tunjuk sebuah kepala manusia sedang bertenggek di tepi dinding dapur. Lidahnya terjulur keluar, matanya merah dan rambut dia tidak terurus seperti orang gila. Mata merahnya bergerak-gerak dan perhatikan mereka sahaja "Abang Kaizo punya perhiasan rumah ke? Pelik lagi pelik daripada kepelikan Lily" Kawan-kawan dia terus memandang ke arah Lily sedang tunjukkan itu
"HA-HANTU!" Gopal menjadi orang pertama lari keluar dari dapur
"Macam mana boleh ada hantu ni?" Kaki Boboiboy sudah selangkah keluar dari dapur "Tahun ni.. banyak betul hantu, sampai aku sendiri pun sudah mula takut dengan hantu"
"Hmm.. Faye rasa.. itu bukan hantu"
"Kenapa kau kata begitu Faye?" tanya Yaya
"Aku tahu sebab apa" Gopal muncul balik di dalam dapur "Masa Fang ajak aku dan Boboiboy sleepover dekat sini, aku tak boleh tidur. Jadi aku pergilah keluar dan nampak hantu budak sedang merayap-rayap dekat ruang tamu. Aku ingatkan hantu betul, rupanya hologram dari abang Kaizo sahaja. Dia cakap, itu adalah alat pencengah perompak masuk ke dalam rumah ini. Jadi, aku rasa hantu kepala tu adalah hologram abang Kaizo sahaja. Ini mesti si Fang nak kenakan kita orang"
"Oh! Aku ingat lagi abang Kaizo beritahu tentang tu.. jadi itu hanyalah hologram sahaja" Boboiboy angguk sambil berkata lagi "Sah si Fang nak cari pasal dengan kita orang ni. Apalah nak jadi dengan kawan kita sorang lagi tu. Tak habis-habis dengan kenakalan dia"
"Isk isk.. tak patut landak ni tapi rasa kasihan pula tengok kepala hantu tu.. sebab badan dia ada dekat ruang tamu" Semua memandang Lily dan terus mereka mengintai di luar dapur. Hantu tanpa kepala berlegar-legar di ruang tamu. Ianya seperti mencari kepalanya "Nak tolong hantu tu ke?" Semua gelengkan kepala kepada Lily
"Banyak betul hologram si abang Kaizo ni ada" kata Gopal
"Mestilah banyak loo... untuk menghalau perompak tapi kes pecah masuk rumah dekat Pulau Rintis amat jarang sekali"
"Ha ah, betul kata Ying tadi.. tapi apa-apa pun, kita kenalah berhati-hati. Jangan anggap rumah kita atau diri kita tidak akan terkena. Mesti akan terkena juga akhirnya. Aku rasa, abang Kaizo pasang hologram ini sebab nak jaga keselamatan kita juga kot"
"Tapi Yaya kita kan superhero, buat apa nak pasang hologram hantu ni?" tanya Boboiboy yang rasa pelik pada ketika itu
"Superhero ke bukan superhero ke, abang Kaizo cuma nak kita selamat sahaja" Semua setuju dengan kata-kata Yaya tetapi hanya Gopal dan Boboiboy sahaja yang tidak begitu setuju sangat kerana mereka rasa, mereka boleh kalahkan mana-mana perompak "Sudahlah, kita abai-" Lampu-lampu di rumah semuanya terpadam "Eh.. apa terjadi ni?" Boboiboy terus keluarkan kuasa apinya
"Wei Boboiboy, jangan cakap hantu pulak yang buat tadi tu.. cuma kau check, ada lagi tak hantu tadi tu?"
"Hehehee.. takut pulak, aku nak tengok hantu tadi tu Gopal" Boboiboy tersengih di sebalik api itu. Lalu ada seseorang menyuluh ke arah dinding tadi. Kepala hantu itu masih ada lagi di situ tetapi mata merah dia pandang tepat ke arah Boboiboy dan Gopal
"HANTUUUUUUUUU!" menjerit Boboiboy dan Gopal sehingga menyebabkan kuasa api Boboiboy terpadam. Mereka berpelukan di dalam kegelapan itu kerana takut "Janganlah takutkan kami" merayu mereka berdua
"Hehehee.. maaf.. Faye cuba nak check sahaja" Terus Faye menyuluh ke tempat lain. Dia pergi memeriksa kawan-kawan dia yang ada di dalam dapur itu. Faye terkejut melihat Lily sedang memeluk Lily si itik dalam keadaan ketakutan "Kau ok ke Lily?
"Ok" jawab Lily
"Quack quack quack!" jawab Lily si itik
"Hehehee.. duo Lily tapi rindu pula dekat Ratu Lily.. kan best kalau dia ada.. bolehlah kita berseronok lagi dengan dia" Faye terus menyuluh ke arah Yaya dan Ying tetapi mana Bella? "BELLA?"
"Bella hilang ke?" tanya Ying
"Janganlah dia hilang pulak.. entah-entah hantu tanpa kepala tu culik si Bella" kata Gopal yang sedang menggigil ketakutan "Faye, cuba check dekat ruang tamu. Hantu tu ada lagi ke?"
"Ok" Faye tidak begitu takut sangat dengan hantu tetapi dia bukanlah pengemar hantu. Dia terus ke pintu dapur dan lalu menyuluh di bahagian ruang tamu. Hantu tanpa kepala tadi sudah hilang tetapi Bella tiada di situ "Mana pula si Bella tu pergi?"
"Entah-entah... si Bella tu terlibat sekali dengan rancangan Fang tu" kata Gopal. Boboiboy keluarkan kuasa api dia balik
"Aku tak rasa si Fang akan bagi Bella ikut sekali dengan rancangan nakal dia" Boboiboy melihat di sekeliling dia "Tapi kalau memang betullah Fanella punya kerja, jagalah korang"
"Wei, bila masa nama aku dan Fang jadi Fanella?" muncul Bella di sebalik kuasa api Boboiboy. Muka dia membuat Boboiboy terkejut dan terpadam balik kuasa api tadi
"Aduh.. hilang balik api tadi. Apasal kau buat aku terkejut" merungut Boboiboy "Baik aku pergi cari lampu suluh aje"
"Hehehe... maaf tapi apasal Fanella?" tanya Bella
"Itukan nama ship korang.. Fanella.. hehehe.. kau tak suka ke?" Boboiboy tersengih sambil garu-garu kepala dia "Kalau tak suka, maaf yea"
"Bella, tadi kau pergi mana?" tanya Yaya
"Aku tadi pergi periksa satu rumah. Manalah tahu terjumpa ke si budak landak tu. Bolehlah aku bergaduh dengan dia sebab kenakan kita orang tapi malangnya, dia takde pula"
"Dekat luar kau takde cari?" tanya Yaya lagi kepada Bella
"Aku tengok dekat luar tingkap, takde pulak si Fang tu.. entah-entah, tadi tu memang hantu betul kot" Gopal rasa nak pengsan dekat situ "Jangan takutlah Gopal, mana ada hantu nak makan kau"
"Dey! Ingat takde.. masa dekat karnival hantu tu.. hantu tu suruh kita orang makan banyak-banyak, lepas tu dia nak masak aku dan Ying" Bella tersengih kepada Gopal "Selamatlah abang Kaizo dan kak Lynna jumpa aku dan Ying. Kalau tidak, tak dapat aku nak bayangkan.. seram sejuk aku bila fikirkan balik" Secara tidak langsung, lampu-lampu di dalam rumah tersebut, terus bernyala
"Fuh, ada pun elektrik balik" Faye terus tutup lampu suluhnya. Dia melihat di tepi dinding dan hantu tadi, sudah pun tiada "Jadi, tadi tu betul-betul hantu atau hologram abang Kaizo sahaja?"
"Aku pilih hologram abang Kaizo" kata Gopal "Aku pasti, dalam 5 saat.. Fang akan muncul dekat pintu rumah dia" Tekaan Gopal tidak begitu tepat sekali kerana 15 minit selepas itu, baru Kaizo muncul bersama Fang, Rizu dan Idoli. Tangan mereka penuh dengan plastik makanan
"Sampai pun si Fang" Gopal keluar dari dapur dengan bangganya "Wei Fang, rancangan kau gagal"
"Gagal?" Fang tidak begitu faham dengan ayat Gopal "Aku gagal dalam rancangan apa?"
"Baik kau mengaku Fang, kau ke yang pergi takutkan kita orang dengan hologram hantu tadi?" Fang melihat muka kemarahan Boboiboy. Kawan-kawan dia juga turut marah dengan Fang "Fang.. apasal kau senyap aje? Kau tak nak mengakulah tu"
"Bukanlah abang Boboiboy" Rizu mencelah "Tadi abang Kaizo bawa kita orang jalan-jalan dekat bandar. Lepas tu kita orang pergi beli macam-macam makanan yang ada. Kejap lagi kakak Lynna akan sampai sini! Jadi Pizu ada belikan untuk kakak Lynna pau kacang merah!"
"Jadi, Fang memang takde kenakan kita oranglah tadi tu?" tanya Yaya
"Mana ada.. aku jalan-jalan dengan dia orang sahaja" Terus muka Gopal menjadi pucat "Kau apasal Gopal?"
"Apa lagi.. takutlah tu" balas Bella dengan nada sindiran dia "Kalau betullah tadi tu hantu, maksudnya.. hantu pontianak aku nampak dekat bilik kau tadi tu, betul lah tu?"
"ERKK! ADA HANTU DEKAT BILIK AKU?" Fang terus sorok di belakang abangnya "Abang.. jom kita pindah.. rumah ni sudah menjadi rumah berhantu"
"Ru-rumah berha-hantu?" Gopal memandang kawan-kawan dia "Aku.. aku.. AKU BALIK DULU!" Gopal lari keluar dari rumah kerana dia sudah rasa seram sejuk di dalam rumah tersebut. Kawan-kawan dia pun turut lari juga kerana mereka tidak sanggup untuk berdepan dengan hantu lagi. Lily sudah bawa lari Lily si itik. Dia dan Faye lari ke rumah Bella. Yaya dan Ying lari balik ke rumah masing masing. Boboiboy pula, lari ke kedai Tok Aba dan sorok di situ
"Heheheee... akhirnya rancangan kita berjaya!" Idoli terus melompat-lompat di situ "Pandailah abang Fang berlakon"
"Biasalah.. hahahaaa! Abang memang berbakat besar dalam dunia lakonan" kata Fang dengan bangganya. Terus Kaizo mengetuk kepala adiknya "Hehehee... rancangan kita berjayalah abang! Terima kasih abang"
"Sama-sama tapi kau sepatutnya berterima kasih dekat Emmy, dia yang telah menggunakan alat teknologi dia untuk jayakan rancangan kita" Kaizo terus keluarkan sebuah alat dari poket seluarnya. Alat itu adalah untuk mengeluarkan imej hantu-hantu yang bergerak supaya nampak benar. Ianya seperti hologram. Tentang lampu terpadam tadi, Kaizo menggunakan alatan dia sendiri yang dapat mengawal setiap lampu di rumah. Dia dan Lahap yang pasang pada mulanya Kaizo tinggal di situ
"Abang Paizo.. jom kita makan!" Rizu menheret Kaizo masuk ke dalam dapur. Idoli ikut di belakang mereka. Fang tenangkan diri dia dulu kerana dia masih lagi rasa lucu melihat kawan-kawan dia lari lintang pukang keluar dari rumah tadi
"Heheehehee.. maaf yea kawan-kawan" bisik Fang "Aku buat ni sebab nak hiburkan hati Rizu dan Idoli sahaja tapi tak sangka pula abang aku nak join sekali.. hehehe.. tapi..." Fang terus menyeluk masuk ke dalam poket seluarnya. Ada satu lagi perkara yang dia ingin lakukan. Dia masuk ke dalam dapur dalam keadaan biasa sahaja
"WAH! Idoli ada bau bubur ikan" Idoli melompat-lompat di depan dapur "Abang Kaizo, Idoli nak bubur ikan"
"Kau pergi duduk dulu, biar abang yang ambilkan" Idoli terus duduk di sebelah Rizu. Mereka berdua menjamah keropok ikan terlebih dahulu "Sedapnya keropok ni! Tapi yang ni apa?"
"Yang ni ialah pencicah dia, sos cili.. Idoli nak ke?" Rizu tolak plastik kecil berisikan sos cili kepada Idoli tetapi dia gelengkan kepala "Hehehe.. tak nak takpe, Pizu tak paksa" Rizu melihat Fang mengeluarkan dua buah mangkuk di dalam kabinet dapur
"Abang, adik letakkan bubur kacang merah untuk abang ok" kata Fang sambil tersenyum sedikit. Dia buat seperti biasa kerana dia ingin kenakan abang dia dengan sesuatu
"Hmm.. jangan letak banyak sangat" balas Kaizo. Fang terus letakkan beberapa senduk bubur ke dalam mangkuk abangnya. Dia melihat abangnya sedang asyik mengambil bubur untuk Idoli. Rizu pula melayan Idoli dengan ceritakan tentang kisah makanan yang mereka sedang makan. Dia tersenyum sinis sedikit dan lalu keluarkan satu botol kecil dari poket seluarnya. Lalu dia tuangkan ke dalam bubur abangnya
"Nah, makan bubur ikan kau puas-puas" kata Kaizo kepada Idoli. Fang cepat-cepat simpan balik botol itu "Ini bubur abang ke?" tanya Kaizo kepada adiknya
"Ha ah" Fang tersengih. Dia berkelakuan biasa dan lalu mengambil satu senduk bubur pisang. Mata dia asyik perhatikan abangnya yang sudah duduk di kerusi. Fang terus duduk supaya abang dia tidak mengsyaki apa-apa. Dia buat biasa sahaja sambil perhatikan abang dia lagi. Mulut Kaizo sudah terbuka sedikit dan lalu dia menyuap dirinya sendiri dengan bubur kacang merah itu. Fang tersenyum sedikit
"Abang Paizo.. mana kakak Lynna? Kata tadi kakak Lynna akan sampai" Kaizo membuka mulutnya untuk berkata sesuatu tetapi dia menjadi bisu pula "Abang Paizo?"
"Abang kenapa?" Kaizo tunjuk tekak dia kepada adiknya "Hehehee... abang takde suara yea.. heheheehe..." Lalu muka Kaizo berubah menjadi marah. Mata dia merenung tajam ke arah adiknya. Dia bangun dari tempat duduknya dan mulalah membebel tanpa sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya
"Heheheehe... ABANG KAIZO TAK BOLEH NAK BERCAKAP!" Idoli tergelak kuat di situ, sama juga dengan Rizu
"HEHEHEEHEE... YAHOOOOO! ADIK BERJAYA! MISI ADIK UNTUK KENAKAN ABANG, BERJAYA!" Kaizo tidak begitu berpuas hati, lalu dia keluarkan pedang tenaganya. Terus Fang lari keluar dari dapur itu "HEHEHEHE... NANTI ADIK PULIHKAN SUARA ABANG OK!" Fang terus lari keluar dari rumah pula. Kaizo tetap mengejar adiknya. Rizu dan Idoli mengintai sedikit dari dapur
"Kasihan abang Kaizo tapi bestlah abang Fang kenakan abang Kaizo tadi.. heheehehee.. tapi mesti abang Fang kena belasah teruk dengan abang Kaizo" Idoli tergelak lagi "Eh, itu kak Lynna!"
"KAKAK LYNNA DAH SAMPAI! JOM MAKAN BUBUR KACANG MERAH SAMA-SAMA!" Lynna datang pada tepat masanya kerana di rumah, hanya tinggal Rizu dan Idoli sahaja. Siapa yang nak jaga mereka nanti kalau Kaizo sudah pergi mengejar adiknya di sekitar Pulau Rintis. Mujurlah Lynna ada... hehehee
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro