Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Kawan Baru

Sabtu, hari cukup seronok untuk sebahagian pelajar-pelajar sekolah Pulau Rintis kerana tiada kelas pembelajaran tetapi ada aktiviti lain di sekolah. Yaya dan Ying menghadiri club memasak mereka yang sepatutnya Fang sertai sekali tetapi hari ini dia malas pula nak pergi sebab ada sesuatu yang lebih menarik daripada itu. Bella ada sesi latihan bola tampar di dewan sekolah. Rizu dan Emmya ada aktivity gotong royong bersihkan kawasan sekolah dan juga menghias kelas. Mana Boboiboy dan Gopal? Boboiboy dan Ochobot terpaksa temankan Tok Aba pergi ke Kuala Lumpur kerana ada urusan keluarga. Gopal pula, masih lagi tidur di rumah. Fang dan Faye berada di kedai Kokotiam Tok Aba. Walaupun Tok Aba tiada tetapi kedai dia masih lagi dibuka dan di bawah penjagaan Kaizo dan Lynna. Mereka hari ini menjadi pekerja kedai Tok Aba. Faye tidak habis-habis menangkap gambar Kaizo yang sedang bermasam muka itu

"Kaizo, cubalah senyum. Macam mana nak jadi pekerja yang mudah mesra kepada pelanggan-pelanggan yang akan datang ke sini nanti"

"Kau pun tahukan, aku ni jarang nak senyum" jawab Kaizo kepada Lynna. Dia dari tadi tak habis-habis lap kaunter meja kedai "Lagipun, kau yang akan mengambil pesan dan aku buatkan pesanan mereka nanti. Habis cerita"

"Tak payah paksa abang sangat, kak Lynna. Abang tu tak reti nak senyum, asyik nak buat muka serius aje"

"Tapi Fang, kalau abang kamu senyum. Mesti nampak comelkan. Mesti lagi ramai gadis akan terpikat dekat abang kamu" Kaizo berikan renungan tajam kepada Lynna "Hehehe... aku bergurau aje, Kaizo tapi tak salahkan kalau kau senyum untuk hari ini sahaja"

"Hmm.. yelah, aku akan cuba tapi untuk hari ini sahaja"

"Hah! Bagus tu! Bolehlah Faye akan mengambil semua gambar senyuman abang Kaizo sebagai kenangan" Faye menghalakan kamera ungunya kearah Kaizo dan Lynna "1, 2, 3! SENYUM!" Kaizo masih lagi dengan muka serius dan Lynna berdiri di sebelah Kaizo sambil tunjuk peace di depan depan kamera. Faye melihat gambar tadi di digital kameranya "Nampak sweetlah pulak"

"Mana mana.. aku nak tengok" Faye tunjuk gambar Kaizo dan Lynna kepada Fang "Hehehee.. muka abang serius aje, muka kak Lynna sentiasa ceria aje"

"HAHAHAAA! MUKA PENYET! Muka kucing grumpy cat! Hahahaaaa!" Berkerut-kerut dahi Kaizo apabila dia terdengar gelakan dari seseorang yang baru sahaja sampai untuk memberikan huru-hara di kedai Tok Aba "Abang Kaizo memang pakar dalam bab-bab buat muka penyet ni" Lily tiru muka serius Kaizo. Lynna tergelak melihat muka Lily yang serius tak berapa nak serius itu

"Pandai Lily buat lawak" kata Lynna

"Hehehee... Lily memang pandai buat lawak pun tapi abang Kaizo aje yang tak reti nak gelak"

"Aku pandai gelaklah" marah Kaizo "Kau nak tengok aku ketawa?" Fang, Faye, Lily dan Lynna angguk-angguk kepala mereka kepada Kaizo "HAHAHAHAAHAAAAAAAA!" Lily terus sorok di belakang Faye sebab gelakan Kaizo amat menakutkan

"Abang memang tak reti nak gelak" Kaizo jentik hidung adiknya. Fang mengosok-gosok hidungnya "Betullahkan, abang memang tak reti nak gelak, nak senyum, nak buat lawak pun tak reti" Kaizo terus dekatkan muka dia kepada muka adiknya "Ke-kenapa abang?"

"Kau mengata abang yea. Sekarang kau kena kerja sekali dengan aku untuk menjaga kedai Tok Aba. Jangan nak lari, kalau tidak, lagi teruk hukuman kau" Fang menelan ludah. Terus dia pergi kebelakang untuk masuk ke dalam kedai tersebut. Lynna hanya gelengkan kepala. Kaizo pandang kearah Lily dengan muka menakutkan dia "Kau pulak, kau buat apa dekat sini?"

"Mestilah Lily cari Boboiboy"

"Tapi Boboiboy takde dekat sini" kata Fang sambil mengikat apron di leher dia "Dia pergi ke KL dengan Tok Aba dan Ochobot. Jadi, kalau kau nak balik, baliklah yea" Fang tersenyum lebar seperti berharapkan Lily pulang ke rumah dia yang entah dimana, Fang pun tak tahu

"Ala.. tapi landak ada, bolehlah Lily kacau landak hari ini" Lily berkelip-kelip mata dekat Fang "DAN LILY JUGA AKAN MENJADI PELANGGAN PERTAMA KHAS UNTUK ABANG KAIZO, LANDAK DAN KAK LYNNA!"

"Jadi, kau nak makan apa?" tanya Kaizo dengan nada serius dia

"Kaizo, cuma kau tanya dengan senyuman mesra" tegur Lynna "Biar aku ajar kau" Kaizo serahkan buku dan pensil kepada Lynna "Lily nak makan apa?" tanya Lynna dengan nada lembut dan senyuman mesra dia

"Lily nak hot chocolate dua. Satu untuk Faye dan satu lagi untuk Lily. Hari ini Lily belanja Faye!"

"Wah, baiknya Lily" kata Lynna sambil menulis pesanan di dalam buku nota "Ok, Lily tunggu yea. Akak suruh abang Kaizo dan Fang buatkan"

"Tapi.. Lily nak akak yang buatkan" Lily buat muka sedih dekat Lynna

"Kau tak nak aku buatkan ke?" tanya Kaizo dengan nada garang dia "Kau tak percayakan aku ke? Tok Aba sudah bersusah payah mengajar aku semalam. Kau pula nak suruh orang lain buatkan" Lily terus menggigil di situ sebab takut dengan kemarahan Kaizo "Kak Lynna hanya jaga di kaunter depan sahaja sebab korang semua terlalu yakin aku bukannya seseorang yang mudah untuk bersenyum"

"Hehehee.. ok ok, Lily nak rasa hot chocolate yang dibuat oleh abang Kaizo sendiri! Mesti terbaik kan kan kan kan" Lily berkelip-kelip mata dekat Kaizo "Jangan marah dekat Lily lagi yea" Kaizo hanya diam sahaja sambil membuat air hot chocolate. Fang tergelak secara diam-diam. Dia juga sedang membuat air hot chocolate. Lynna pula sediakan acuan untuk membuat pancake nanti. Lily dan Faye hanya duduk dan tunggu sahaja hot chocolate mereka sambil berborak kosong. Mereka tidak sedar dengan kehadiran seseorang. Budak itu adalah budak lelaki, yang hampir sama tinggi dengan Fang. Rambut dia seperti ala-ala pelakon korea. Nak kata kacak, Fang lebih kacak daripada dia. Dia juga ada memeluk sebuah buku latihan matematik di dadanya Lynna menjadi orang pertama yang sedar dengan kehadiran dia

"Selamat datang ke kedai Kokotiam Tok Aba" kata Lynna dengan mesranya "Kamu nak makan apa?" Lily dan Faye menoleh ke kiri untuk melihat budak lelaki itu

"Chocolate pancake satu" kata budak lelaki itu. Lynna menulis pesanan itu "Kak Lynna kan?"

"Ha ah tapi kamu siapa? macam mana kamu tahu nama akak?" tanya Lynna dengan curiganya. Kaizo dan Fang berhenti sekejap untuk melihat budak lelaki itu. Fang kenal budak itu kerana itu adalah budak sebelah kelas dia

"Nama saya Harraz. Saya kenal kak Lynna sebab saya selalu nampak akak dengan abang Kaizo berjalan sama-sama dekat bandar Pulau Rintis" Harraz meletakkan buku latihan matematik dia di atas meja "Saya dengar abang Kaizo ada juga ajar kawan-kawan Fang matematik. Boleh tak abang Kaizo ajar saya sekali?"

"Hmm.. ajar kau?" Kaizo pergi ke depan untuk melihat budak lelaki itu "Kau tak takut ke dengan kegarangan aku?"

"Ha ah, awak tak tahu ke?" tanya Lily

"Tak, saya lebih suka dapat cikgu garang kerana ia dapat membuat saya berikan tumpukan perhatian dekat soalan-soalan yang saya tidak dapat nak jawab" kata Harraz dengan penuh keyakinan "Lagipun abang Kaizo agak popular dengan sikap garang dia dan suka menghukum orang. Kalau saya jadi adik kepada abang Kaizo, saya akan sentiasa dengar cakap dia"

"Bagus juga kau ni. Kalau begitu, aku akan ajar kau" Harraz dengan gembiranya, dia membuka buku latihan matematiknya. Dia tunjuk soalan yang dia tidak faham. Fang tidak begitu cemburu kerana dia tahu, abang dia sentiasa sayangkan dia sampai bila-bila. Dia hanya melihat Kaizo begitu tekun sekali mengajar Harraz. Tiada perasaan curiga yang timbul di hati Fang. Faye dan Lily mendengar sahaja ajaran dari Kaizo. Mereka tidak membuat bising kerana takut akan dimarahi oleh Kaizo nanti. Suasana menjadi tenang dan hanya kedengaran Harraz menulis sahaja. Television di buka tetapi suaranya di pelahankan supaya Harraz dapat membuat kerja latihannya dengan tenang. Kaizo menyemak jawapan Harraz

"Hmmm... bagus, jawapan kau tepat sekali. Pancake chocolate kau sudah pun siap. Makan dan sambung jawap soalan matematik yang lain"

"Baik abang Kaizo"

"Bagus juga budak ni. Dengar cakap orang. Bukannya macam si Pang tu" Harraz dengar percakapan Kaizo tadi, terus dia tersenyum bahagia "Kan bagus kalau si Pang dengar cakap aku, tak buat benda-benda nakal. Takdelah buat aku sakit kepala"

"Kau pun apa kurangnya. Kau pun nakal jugakan" kata Lynna. Mata dia terpandang beberapa orang pelanggan lagi datang ke kedai Tok Aba. Nampaknya mereka akan sibuk pada hari itu. Faye dan Lily terpaksa menolong sekali kerana tidak cukup tangan. Harraz hanya duduk di situ sambil melihat mereka semua sibuk dengan kerja masing-masing. Dia sudah pun habis kerja latihannya. Makanan dia juga turut habis

"Boleh saya bantu sekali?" tanya Harraz kepada Kaizo

"Boleh" jawab Kaizo dengan nada seriusnya "Tapi jangan nak buat benda yang pelik-pelik atau buat pelanggan lari"

"Baik abang Kaizo! Saya akan dengar cakap abang Kaizo" Harraz terus menolong mengangkat pinggan dan cawan yang telah digunakan. Tiba-tiba hati Fang rasa tidak sedap hati pula melihat Harraz. Dia perhatikan sahaja Harraz dari kedai Tok Aba sampai dia tidak dengar panggilan dari Lynna

"Fang! Fang!"

"PANGGG!" Terus terlepas sepiring pinggan dari tangan Fang "Kau ni mengelamun ke apa? Kak Lynna tengah panggil kau tu dan buang pinggan yang kau sudah pecahkan tu"

"Errr.. maaf abang" Fang terus mengutip serpihan kaca pinggan itu

"Mari akak tolong" kata Lynna sambil melutut di tepi Fang "Fang tadi fikirkan apa?"

"Entahlah kak Lynna. Adik rasa macam tak sedap hati pula dengan Harraz tu. Bukan main baik dia dengan abang. Abang pun layan dia ok aje, takde marah-marah pun" Fang mengeluh sedikit

"Fang cemburu ke?"

"Hmmm.. entahlah kak Lynna. Nak kata cemburu, takdelah pulak tapi sebelum ni, abang pernah layan Boboiboy baik macam tu" Lynna mengusap-usap kepala Fang. Lalu dia berkata

"Abang kamu layan mereka dengan baik sebab mereka bukan adik dia. Kalau dia layan teruk-teruk macam mana, mesti abang kamu kena marah dengan ibubapa dia orang sebab teruk sangat layan mereka sampai marah-marah. Abang kamu layan Fang macam nak makan orang, sebab dia sayangkan Fang. Tengoklah dia, selalu sekeh kepala Fang, ketuk kepala Fang, marah-marah Fang tapi lepas tu, mesti ada gelak ketawakan. Layanan abang kamu kepada Fang adalah layanan istimewa walaupun dia suka buli. Fang jangan fikirkan sangat, tiada siapa dapat gantikan Fang dihati abang kamu"

"Apa yang kau nasihatkan dekat si Pang tu?" Kaizo muncul di belakang Lynna

"Takde apa Kaizo. Berborak kosong sahaja" Lynna angkat beberapa serpihan kaca dan masukkan ke dalam beg plastik

"Pang, kau pergi tolong si pelik tu. Entah apa dia buat dekat pelanggan dia tu" Fang tidak membantah, dia terus pergi selamatkan dua orang pelanggan daripada kepelikan Lily. Kaizo bantu Lynna bersihkan kedai Tok Aba "Betul ke kau berborak kosong dengan dia tadi?" tanya Kaizo kepada Lynna

"Kenapa?"

"Saja tanya tapi kau jangan nak tipu aku pula"

"Takdelah, dia cuma rasa tak sedap hati dengan Harraz tu. Mungkin dia cemburu sebab kau layan baik dekat Harraz tu, kalau dengan dia, terbalik pulak jadinya"

"Hmmm.. aku sudah cukup berikan kasih sayang dekat si Pang tu, masih lagi nak rasa cemburu" Kaizo menolong Lynna dengan sapu serpihan kaca yang kecil-kecil

"Lama-lama nanti dia akan faham juga. Kau pun jangan nak marah-marahkan dia sangat, lagilah dia akan rasa cemburu nanti bila dia nampak kau layan orang lain dengan baik" Lynna terus buang plastik beg yang penuh dengan serpihan kaca di dalam tong sampah "Tapi aku tak tahulah kenapa si Harraz tiba-tiba sahaja nak kau ajarkan dia. Sampai tahu nama aku sekali"

"Wuuu... entah-entah dia tu penghendap abang Kaizo kot. Mungkin ada sesuatu yang dia nak dari abang Kaizo kot. Lily akan membantu abang Kaizo untuk menyiasat tentang si Harraz tu sebab Lily kan dulu penghendap Boboiboy nombor satu!"

"Hehehee... tak payahlah Lily. Lily pergi buat kerja Lily ok"

"Baik Kapten kak Lynna!" Lily terus berikan tabik dekat Lynna "Dan ini ada beberapa lagi pesanan dari pelanggan kita" Lily letak beberapa helai kertas di atas meja kaunter. Kaizo dan Lynna terus membuat pesanan makanan oleh pelanggan mereka. Kaizo buat air dan Lynna buatkan makanan sebab Kaizo tahu, makanan dia akan buat, mesti jadi masin. Faye sempat lagi tangkap gambar mereka berdua, bergambar dengan pelanggan-pelanggan kedai Tok Aba, berselfie dengan Lily dan Fang, dan tidak lupakan juga Harraz. Tempat pukul 6 petang, kedai Tok Aba sudah pun tutup

"Penatnya Lily hari ni. Lily nak tidur rumah Faye boleh?"

"TAK BOLEH!" jawab Fang dengan serta merta "Kau pergilah tidur dekat rumah Bella ke, apasal rumah aku juga kau nak"

"Sebab Lily tak pernah nak sleepover dekat rumah Faye" Lily buat muka sedih dekat Fang "Bolehlah, bolehlah, bolehlah, bolehlah"

"Tanya abang aku dulu" kata Fang dengan nada bosan dia. Lily terus tersenyum lebar sambil melihat Kaizo berikan secawan air kepada Lynna. Mata dia bersinar-sinar seperti mengharapkan harapan dia akan menjadi. Kaizo perhatikan sahaja kelakuan pelik Lily

"Kau nak apa?" tanya Kaizo

"Boleh tak Lily nak sleepover dekat rumah abang Kaizo! Kak Lynna jomlah sleepover sekali. Bolehlah kita gossip-gossip nanti, kutuk abang Kaizo dan landak ke, kita main make-up make-up, main fashion fashion, kita kenakan si landak, buat bising sampai ke pagi dan lepas tu mesti kena kejar dengan abang Kaizo.. HAHAHAHAHAAAAAAA!" Lily gelak dekat situ dengan sukanya. Kaizo hanya mengangkat kening sebelah sambil berfikir, samada nak bagi ke tak "Macam mana abang Kaizo?"

"Hmm... suka hati kau lah tapi kalau kau buat bising dekat rumah, aku akan paksa kau tidur dekat luar rumah sahaja, FAHAM!"

"Faham abang Kaizo!" Lily dengan gembiranya. Dia meloncat-loncat bersama Faye sambil berpegang tangan "YEAHHH! FIRST TIME DAPAT SLEEPOVER DEKAT RUMAH LANDAK!"

Fang menghantuk-hantuk kepala dia dekat meja kaunter dan Lynna tergelak melihat gelagat Lily dan Faye "Baik pula kau bagi dia sleepover" kata Lynna

"Karang aku tak bagi, menangis pulak tapi bukannya selalu pun dia datang ke sini. Biarlah dia bergembira dengan Faye" Kaizo terus sambung mengemas kedai Tok Aba sebelum pulang ke rumah. Harraz rasa cemburu melihat kawan-kawan Fang tetapi dia sebenarnya cemburu melihat dua adik beradik Fang dan Kaizo. Dia ada ibubapa dia dan adik beradik dia tetapi dia tidak begitu rapat dengan mereka. Kadang-kadang adik beradik dia suka tinggalkan dia keseorangan. Ibubapa dia pun lebih berikan tumpuan kepada adik beradik dia iaitu abang dan kakak dia. Jadi dia kurang dapat perhatian daripada mereka. Dia rasa seperti disisihkan oleh keluarga dia sendiri. Harraz adalah anak ketiga, paling bongsu sekali. Dia juga seorang yang pandai dan lebih suka menghabiskan masanya bermain dengan komputer

"Errr.. boleh saya nak ikut sekali dengan sleepover kamu?" tiba-tiba sahaja Harraz bersuara. Lily dan Faye rasa hairan. Lily datang dekat kepada Harraz dan lalu dia pandang dari atas ke bawah. Dia garu-garu kepalanya "Kenapa?"

"Kau ni lelaki ke perempuan? Inikan sleepover untuk girls sahaja"

"Errr... kalau tak boleh, takpelah. Saya cuma nak berkenalan dengan korang sahaja sebab tengok korang, macam best aje" Harraz tidak begitu berharap sangat kerana dia tahu, dia masih lagi orang baru di situ. Kaizo pandang Lynna dan Lynna memandang Kaizo. Mereka berdua rasa kasihan pula melihat Harraz. Fang seperti tidak puas hati, dia hanya bersilang tangan sambil bermasam muka. Lily dan Faye tidak tahu hendak buat apa

"Hmm.. kalau kau nak sertai sleepover mereka, aku benarkan tapi kau kena tidur di bilik adik aku" jawab Kaizo

"WAH! MACAM KITA NAK BERPARTY SLEEPOVER AJE! NI KENA AJAK BELLA NI!" Lily sudah keluarkan phone dia tetapi Kaizo merampas phone tersebut "So no party lah ni"

"No party" kata Kaizo. Lily tersengih sambil mengambil balik phone dia dari tangan Kaizo. Dia sambung balik kemas kedai Tok Aba

"Kak Lynna macam mana? Kak Lynna jomlah join kita orang" Faye menarik-narik tangan Lynna sambil pujuk "Mesti lagi seronok kalau kak Lynna ada sekali. Lagipun kalau kak Lynna ada, nanti mesti abang Kaizo tak marah-marah dekat kita orang"

"Hmmm.. yelah, yelah tapi malam ini sahaja" Faye dan Lily meloncat kegembiraan. Lynna pandang kearah Harraz dengan perasaan ragu-ragu dia "Harraz, kamu nak tidur rumah Fang kenapa? Kamu baru sahaja kenal mereka tapi kalau kamu nak sleepover juga, kamu kena beritahu ibubapa kamu. Nanti dia orang risau pula"

"Ermm.. baik kak Lynna" jawab Harraz dengan nada perlahan

"SUDAH! MARI KITA PULANG! JANGAN NAK MEMBUANG MASA LAGI!"

"Abang ni, kalau tak menjerit tak boleh ke?" bisik Fang yang masih lagi memerhatikan Harraz. Dia mahu sahaja menjemput Boboiboy untuk bermalam di rumah dia tetapi Boboiboy akan pulang ke Pulau Rintis pada hari esok. Terpaksalah dia berkenalan dengan budak bernama Harraz. Dia akan cuba untuk mengorek rahsia Harraz

---------------------------------

"NAMA SAYA FA FA FA FAYE! NAMA KAWAN BAIK SAYA LI LI LI LILY!"

"NAMA KAWAN BAIK SAYA YANG LAIN BE BE BELLA! NAMA LANDAK ITU IALAH LA LA LA LANDAK!"

Kaizo berkerut-kerut dahinya melihat Faye dan Lily melompat-lompat di atas katil bilik Faye sambil bernyanyi-nyanyi secara kuat "APASAL KAMU BERDUA BUAT BISING NI!" Terus Faye dan Lily berhenti melompat di atas katil. Lynna terpaksa pergi selamatkan mereka berdua daripada kena marah dengan Kaizo "AKU BENARKAN KAU TIDUR DI SINI TAPI AKU TIDAK BENARKAN UNTUK MEMBUANG BISING!"

"Kaizo! Dia orang hanya hendak bergembira sahaja. Janganlah marah dia orang. Lepas ni dia orang tak kan buat bising lagi ok. Kau pergi berehat, biar aku uruskan kesemuanya" kata Lynna secara lembut

"Hmmm.. selamatlah kamu berdua" kata Kaizo dengan nada marahnya. Dia terus keluar dari bilik tersebut. Tiba-tiba dia terbau sesuatu, bau harum yang adik dia selalu buat tapi adik dia sedang mandi di atas. Kaizo terus ke dapur untuk melihat siapa yang sedang masak. Dia terkejut melihat Harraz sedang masak sup lobak merah "Apa kau cuba lakukan?"

"Maaf abang Kaizo. Saya cuma hendak menjadi tetamu yang baik sahaja. Jadi saya sediakan sup lobak merah untuk abang Kaizo" Harraz tersengih sambil mengacau-gacau sup tersebut

"Hmmm... pelik aku" bisik Kaizo "Mana kau tahu aku suka sup lobak merah?"

"Errr... saya tahu sendiri" Harraz tersengih lagi "Abang Kaizo pergi mandi dulu, nanti saya siapkan meja" Kaizo terus keluar dari dapur. Dia rasa tidak senang pula dengan Harraz, tak tahulah apa yang budak lelaki itu mahukan dari dia "Kasih sayang? Mungkin juga" Kaizo malas hendak berfikir panjang kerana dia hanya mahu pergi mandi dan berehat sahaja, itu pun kalau Faye dan Lily tidak membuat bising lagi. Mereka berdua ditegur oleh Lynna selepas sahaja Lynna pujuk Kaizo untuk pergi berehat

"Faye, Lily... jangan buat bising-bising lagi tau. Abang Kaizo tu nak berehat sebab penat sangat jaga kedai tadi. Jadi jangan buat hal lagi ok"

"Maaf kak Lynna. Kami tak sengaja tadi" kata Faye yang sudah kembali tenang

"Ha ah, kita orang cuba happy sahaja tadi sebab ini first time Lily dapat bermalam dekat rumah abang Kaizo dan landak" Lynna sabar sahaja dengan perangai mereka. Dia hanya tersenyum sahaja

"Ok, tapi jangan buat hal nanti. Akak juga yang kena tenangkan kapten garang tu" Lynna ketawa bersama Faye dan Lily. Dia bangun dari katil Faye tetapi tangan dia di pegang oleh Faye dan Lily "Kenapa?"

"Kak Lynna, jomlah main truth or dare dengan kita orang" kata mereka berdua

"Tak kan akak nak main game budak kecik pulak. Akak kena pergi sediakan makanan untuk kamu semua"

"Tapi si landak kan boleh buat. Kak Lynna jomlah main dengan kita orang.. sekejap sahaja. PLEASEEE!" Lily buat muka kasihan kepada Lynna. Mata dia asyik memandang Lynna dengan harap agar Lynna setuju untuk bermain bersama

"Yelah tapi sekali sahaja" Lynna mengalah. Dia duduk semula di atas katil. Faye dan Lily sudah sediakan soalan khas untuk Lynna. Mereka tersenyum melihat Lynna dan tidak sabar untuk kenakan Lynna dengan soalan-soalan mereka

"YEAH! KAK LYNNA BAIK!" Lynna gelengkan kepala sambil tersenyum mesra

"Baiklah! Akak nak truth or dare?" tanya Faye

"Hmmm.. nak dare lah" jawab Lynna

"Kak Lynna kena buatkan sarapan pagi khas untuk abang Kaizo dan hantarkan dekat bilik dia sebelum dia bangun dari tidur!" Lily tersenyum sinis dengan dare yang diberikan oleh Faye tadi

"Erk! Isk.. tak nak lah akak buat begitu. Kamu berdua ni, suka usik akan dan abang Kaizo yea"

"Mestilah sebab ramai tengok kak Lynna dan abang Kaizo macam orang bercinta tapi tak cinta" kata Faye sambil memeluk bantal dia "Tapi kak Lynna memang tak suka abang Kaizo lebih dari itu ke?"

"Hmmm... kalau akak tak jawab macam mana?" Kali ini Lynna pula tersenyum sinis kepada mereka berdua. Lalu dia bangun untuk keluar dari bilik Faye

"KAK LYNNA! BAGITAHULAH!" Faye dan Lily menjerit di situ sebab tidak puas hati. Lynna tinggalkan mereka dari bilik itu, hidung dia terbau sesuatu yang datang dari dapur. Dia juga seperti Kaizo tadi, dia terus ke dapur untuk melihat siapa yang masak. Dia terkejut melihat Harraz sedang menuangkan seperiuk sup lobak merah ke dalam sebuah mangkuk yang besar. Meja sudah disusun dengan beberapa mangkuk dan sup. Cawan-cawan juga sudah disediakan di atas meja dan sebuah jug berisikan juice lobak merah turut disediakan oleh Harraz tadi

"Harraz, apa kamu buat ni?"

"Sediakan makanan malamlah kak Lynna" jawab Harraz tanpa melihat Lynna "Kak Lynna duduklah, nanti saya pergi panggil abang Kaizo" Lalu Lynna duduk di kerusi meja makan. Dia rasa curiga dengan Harraz. Apa niat dia sebenarnya? kata dihati Lynna. Harraz mengangkat mangkuk besar itu dan lalu dia letak di tengah-tengah meja makan

"Harraz, boleh kamu duduk sekejap"

"Boleh" Harraz duduk di sebelah Lynna "Kenapa kak Lynna?"

"Harraz ada masalah ke?" Harraz tidak menjawab "Harraz, kalau Harraz bercerita, akak tak kan marah"

"Harraz tahu akak tak kan marah tapi.. mungkin abang Kaizo yang akan marah Harraz nanti"

"Kenapa?"

"Sebab Harraz-" Percakapan Harraz dipotong oleh jeritan panggilan Kaizo, dengan serta merta Lynna terus keluar dari dapur. Kaizo berada di ruang tamu dengan berpakaian baju tidurnya

"Kaizo, kenapa?" tanya Lynna

"Ada nampak tak remote television?" Lynna berikan renungan tajam ke arah Kaizo tetapi Kaizo tidak sedar dengan renungan itu. Harraz yang ada di muka pintu dapur, dia tergelak sahaja

"Abang Kaizo, kak Lynna.. jom makan sama-sama" panggil Harraz kepada mereka berdua "Makanan sudah pun siap, cuma tunggu untuk abang Kaizo dan kak Lynna makan sahaja. Jomlah makan, nanti sejuk, tak sedap pulak" Harraz menarik tangan Lynna untuk masuk ke dalam dapur. Kaizo terus sedar dengan perbuatan Harraz itu, dia terus ikut mereka berdua masuk ke dalam dapur. Harraz membuka kerusi sedikit supaya Kaizo boleh duduk. Selepas itu dia masukkan sup lobak merah ke dalam dua mangkuk kecil, laly dia berikan kepada Kaizo dan Lynna

"Terima kasih" kata Kaizo. Dia menghirup sup itu menggunakan sudu, sambil itu, dia diperhatikan oleh Harraz dengan harapan sup lobak merah dia sedap "Hmm... boleh tahan" jawab Kaizo

"Maksudnya, sup lobak merah saya sedap?"

"Yea" jawab Kaizo "Kau pun patut makan juga, bukan kami sahaja" Harraz terus duduk di hadapan Kaizo. Dia terasa suka pula dapat menikmati makan malam bersama dua orang yang dia baru nak berjinak-jinak kenal

"Abang.. maaf, adik tak-" Fang terkejut kerana sup lobak merah sudah pun siap dibuat dan mereka sedang makan dengan tenang "Eh, kak Lynna yang buatkan ke?"

"Bukan akak yang buat tapi Harraz yang buatkan" Lynna berikan senyuman kepada Harraz. Fang sudah mula berapi-api dengan Harraz, lalu dia pergi meninggalkan dapur itu dan terus masuk ke dalam bilik dia balik. Fang dapat rasakan yang Harraz cuba ingin merampas kebahagian dia dan abang dia. Bukan itu sahaja, dia dapat rasakan Harraz juga mahukan kasih sayang dari Kaizo dan Lynna. Mungkin merampas mereka berdua daripada Fang sendiri

"Isk! Tak boleh jadi ni" Fang terus menghubungi seseorang iaitu kawan baik dia, Boboiboy. Jam kuasanya mengeluarkan hologram Boboiboy

"Rindu aku ke?" gelak Boboiboy

"Bukanlah wei. Aku ada masalah besar ni"

"Masalah apa Fang?"

"Masalah dengan budak baru nak join geng kita. Nama dia Harraz tapi dia tu, macam nak merampas abang dan kak Lynna daripada aku. Ini tidak boleh jadi ni, aku kena hentam budak tu"

"Hmmm.. ini kes cemburu lah ni. Kes macam Rizu bermanja-manja dengan abang kau dulu. Harraz tu sebaya dengan Rizu ke?" tanya Boboiboy

"Bukanlah, dia budak sebelah kelas aku. Budak pandai tapi aku lebih pandai daripada dia.. HAHAHAAAAA! Tapi aku selalu perasan, dia takde kawan dekat sekolah. Selalu sangat menghadap buku" Boboiboy angguk-anggukkan kepala tanda faham dengan kata-kata Fang tadi "Tapi dia dari pagi tadi sampai sekarang, dia asyik buat sesuatu untuk abang aku aje. Pas tu abang aku melayan ajelah si Harraz tu. Berapi-apilah aku"

"Sabar ajelah Fang tapi aku pasti, dia tak kan berjaya punya sebab abang kau kan sentiasa sayang dekat kau. Nanti lama-lama oklah tu, bolehlah dia gantikan tempat Zakwan.. heheee"

"Hmm.. yelah tapi masalah sekarang ni, si Harraz tu nak bermalam dekat rumah aku. Baru kenal, tiba-tiba aje.. macam Rizu dulu. Jangan dia lepas ni nak bermanja-manja dengan abang aku sudah, habis dia nanti" Boboiboy tergelak sedikit "Esok kau balik pukul berapa?"

"Entahlah, aku tak tanya Tok Aba lagi. Macam mana abang kau dan kak Lynna jaga kedai tadi? Tiada pedang tenaga kan"

"Takde pun.. itu pun sebab kak Lynna ada"

"Eloklah tu, takdelah abang kau mengamuk tak tentu pasal. Habis jahanam bisnes Tok Aba nanti kalau abang Kaizo mengamuk"

"Hmmm... tapi bukan kak Lynna aje yang ada.."

"LILY PUN ADA SEKALI!" Lily tolak Fang jatuh dan hanya tangan Fang sahaja yang masih terangkat "HAI BOBOIBOY! BILA BBB-CHAN NAK BALIK!" Lily melambai-lambai Boboiboy dengan senyuman lebar dia. Faye yang ada di sebelah Lily, dia tersengih sahaja "Malam ni Lily tidur rumah si landak"

"Wah, seronoklah dapat bermalam di rumah abang Kaizo. Kau dan Faye mesti berseronok nanti"

"Memang pun, betul tak Faye" Faye angguk sambil tersengih lagi "Tapi abang Kaizo tak bagi kita orang jemput Bella sekali" Lily buat muka sedih pula sambil pegang tangan Fang

"Abang Kaizo tak nak korang buat bisinglah tu" Boboiboy tergelak. Fang terus bangun dari tempat dia jatuh tadi. Muka dia merah kemerahan sebab marah dekat Lily kerana menolak dia tadi

"WOI! Kalau tak tolak aku tak boleh ke?"

"Janganlah marah landak. Lily nak berborak dengan BBB ku sahaja" Lily berikan senyuman dekat Fang sambil berkelip-kelip mata "Oh yea, kita orang datang ni sebab nak panggil landak makan. Landak tak nak makan ke?"

"Malas aku. Menyampah betul aku tengok si Harraz tu" Fang bermasam muka

"Sudah-sudahlah tu Fang, dulu kau dengan Rizu pun macam tu jugakan. Nanti lama-lama oklah tu. Kau berboraklah dengan dia nanti, ajak Lily dan Faye sekali. Mesti akan bercerita punya"

"Yelah Boboiboy, aku akan cuba. Oklah, aku nak pergi makan sebelum-"

"PANGGG!" Kaizo muncul di depan pintu bilik Fang "KAU TAK NAK TURUN MAKAN KE? AKU SUDAH BEBERAPA KALI PANGGIL KAU TAPI KAU TAK DENGAR PANGGILAN AKU!"

"Hmm... tak payah sebut pun, dia dan muncul" bisik Fang. Dia terus tutup hologram di jam kuasanya "Yea yea, adik nak turunlah ni"

"Bagus, kamu berdua pun turun makan" Kaizo melihat Faye dan Lily menggigil ketakutan sebab takut dengan suara garang Kaizo tadi. Dia terus beredar dari situ tanpa pedulikkan mereka. Fang menghela nafas dan terus keluar dari bilik. Faye dan Lily ikut di belakang Fang. Semasa Fang berjalan di balkoni dalam rumahnya, dia ternampak Harraz sedang bergelak ketawa dengan Lynna. Perasaan cemburu dia mulai timbul

"Kejap lagi mesti dia gelak ketawa dengan abang aku pulak" bisik Fang

"Apa kau cakap Pang?" Kaizo menoleh sedikit sambil berjalan

"Takde apa-apalah" Fang ikut abangnya turun ke bawah tetapi dia tidak pergi ke ruang tamu, dia terus ke dapur untuk makan malam. Dia mengintai sedikit ke ruang tamu, abang dia sedang menonton sebuah rancangan television bersama Lynna dan Harraz. Hati dia mula berapi-api. Faye dan Lily sudah pun masuk ke dalam dapur. Faye menarik baju Fang

"Wei Fang, esok-esok ajelah kau pergi terjah budak ni. Sekarang kita isi perut kita dulu" kata Faye sambil mengambil sedikit sup lobak merah

"Hmm.. yelah" kata Fang sambil mengambil tempat duduk di hadapan Lily "Entah-entah tak sesedap mana sup dia ni" Fang tiada selera untuk makan sup lobak merah itu. Dia hanya perhatikan sahaja "Korang habiskanlah. Mood aku takde pulak" Fang bangun dari tempat duduknya. Dia mengintai di luar dahulu, dia perhatikan apa abang dia sedang lakukan. Nampaknya abang dia masih lagi menonton sebuah rancangan di television dengan muka seriusnya. Dia keluar dari dapur itu dan terus ke ruang tamu

"Kau tak makan ke Pang?" tanya Kaizo

"Takde seleralah abang"

"Kalau takde, pergi masuk tidur" Fang ikut sahaja apa abang dia cakap. Dia malas hendak bergaduh dengan abangnya, lebih-lebih lagi Lynna ada di situ. Dia menaiki tangga dan menoleh kebelakang. Harraz tergelak-gelak menonton rancangan itu, tiba-tiba abang dia tergelak sekali. Fang terus naik ke atas. Dia masuk ke dalam biliknya, terjun ke atas katil dia dan terus tidur. Malam itu, Shadow dan Pikachu temankan dia di atas katil. Harraz tidur di ruang tamu sebab tak cukup katil. Lynna tidur di bilik tetamu yang kosong. Lily tidur di bilik Faye dan Kaizo, tidur di biliknya

------------------------------

Pagi-pagi lagi Fang sudah bangun dari tidur. Tepat pukul 6 dia sudah pun keluar dari katil dan terus ke dapur tetapi seseorang telah pun berada di dalam dapur. Harraz sediakan sarapan pagi

"Selamat pagi" kata Harraz sambil meletakkan dua keping roti di dalam toaster

"Wei, yang kau tiba-tiba nak masuk campur ni apasal?" Harraz buat-buat tidak dengar, dia hanya merapatkan bibirnya begitu rapi sekali "Woi, kau dengar tak? Kau nak tengok aku mengamuk ke?"

"Mana ada, aku takde niat nak tengok kau mengamuk"

"Habis tu, apasal kau tiba-tiba sahaja offerkan diri kau nak bermalam di sini? Jangan cakap kau takde rumah pulak" tanya Fang dengan nada tegas dia

"Hmmm.. aku sebenarnya ada rumah tapi..." Harraz tidak bercakap apa lagi. Dia hanya menunggu roti itu siap dibakar. Mata dia kelihatan sedih tetapi dia tidak pamerkan kepada Fang "Aku... aku... maaf kalau aku ganggu kau. Lepas ni aku balik rumah" kata Harraz dengan nada sedih dia

"Harraz tak perlu pulang" Fang dan Harraz menoleh kebelakang dan nampak Lynna berada di muka pintu dapur "Harraz sarapan pagi dengan kami, sambil tu kamu cerita dekat kami, apa masalah kamu. Harraz jangan lari yea"

"Baiklah kak Lynna" Harraz mengambil dua keping roti yang sudah pun siap. Dia letak di atas meja dan duduk di situ "Sebenarnya.. Harraz nak minta maaf dekat Fang dulu"

"Kenapa?" tanya Fang sambil duduk di atas kerusi meja makan. Lynna duduk di sebelah Fang

"Sebab selama ni aku cemburu melihat kau dengan abang kau yang sentiasa bermesra, tak kiralah dekat sekolah ke, dekat rumah ke, dekat mana-mana pun. Keakraban korang membuat aku rasa cemburu sebab abang dan kakak aku tak pedulikkan tentang aku. Ibubapa aku pun sama juga. Aku cuba menjadi anak yang terbaik, cuba untuk mendapatkan nombor satu di dalam kelas dan cuba untuk tidak gagalkan dalam semua peperiksaan tapi dia orang macam tidak kisah sahaja. Aku nak juga diberikan perhatian seperti mana ibubapa aku sentiasa lebihkan kepada abang dan kakak aku. Setiap kali aku buat salah, mesti dia orang akan tengking aku. Kalau sudah buat yang terbaik, dia orang macam tak ambik kisah sangat. Jadi aku pergi ke abang kau sebab nak juga merasai bagaimana aku diberikan perhatian. Jadi aku minta maaf kalau aku ada menyusahkan kau"

"Hmm.. aku maafkan kau tapi tak perlulah kau buat begitu sekali dekat abang aku, cari perhatian daripada abang aku dan juga kak Lynna. Kalau kau nak kasih sayang daripada mereka pun, kau kenalah jadi kawan aku dulu dan juga kawan-kawan aku yang lain. Mereka semua anggap abang aku dan kak Lynna sebagai abang dan kakak mereka" kata Fang. Harraz hanya tundukkan kepala sambil angguk. Dia malu untuk berdepan dengan Fang dan Lynna "Dan aku sudi untuk berkawan dengan kau"

"Sebab itu kamu tidak kisah kalau tidak pulang ke rumah ke tidak semalam. Sebab Harraz nak keluarga Harraz risaukan tentang Harraz yang tidak pulang dari rumah. Akak perasan yang kamu tidak beritahu mereka langsung. Kasihan akak melihat kamu. Harraz jangan sedih, kami semua ada di sini. Kalau Harraz ada apa-apa masalah, cari aje kami di sini. Cerita sahaja kepada kami tapi sebelum tu, Harraz perlu pulang ke rumah dan minta maaf dekat keluarga Harraz dulu sebab tidak beritahu mereka, kemana Harraz pergi" Harraz angguk lagi sambil mengambilkan air mata

"Kau jangan nak sedih sangat. Makan dan lepas tu pulang ke rumah" mereka terkejut dengan kemunculan Kaizo "Aku tidak menghalau kau tapi kau perlu ingat, kau masih ada lagi ibubapa dan juga adik beradik. Jangan nak lari daripada rumah pulak"

"Betul tu. Kalau boleh Harraz luahkan apa perasaan Harraz kepada mereka. Mungkin mereka akan faham dengan perasaan Harraz" Lynna senyum sebaik sahaja Harraz mengangkat kepalanya sedikit "Harraz makan ok"

"Terima kasih kak Lynna dan abang Kaizo. Terima kasih juga kepada Fang sebab sudi hendak berkawan dengan aku" Lalu tangan dia mengambil sekeping roti dan sapukan di atas roti itu dengan strawberry jam. Fang rasa lega sedikit, dia tersenyum sedikit kerana mendapat kawan baru tapi asalkan jangan buat hal lagi sudah. Beberapa minit kemudian, Faye dan Lily masuk ke dalam dapur untuk bersarapan pagi bersama. Tepat pukul 10, Harraz pulang ke rumah. Fang, Faye dan Lily telah bersetuju untuk berkawan dengan Harraz. Mereka rasa Harraz perlukan kawan yang baik dan berikan sokongan kepada dia

"Hmmm... macam-macam masalah budak-budak ni ada" kata Lynna sambil menonton television "Sorang lari ke sini sebab kawan dekat sana suka buli. Seorang lagi suka sangat datang ke sini tapi dia langsung takde masalah" Faye dan Lily tahu siapa yang Lynna maksudkan tadi "Seorang lagi, ada masalah dekat sekolah dulu tapi masalah tu buat dia yang buat. Si comel penguin pula, masalah tidak cukup kasih sayang lagi walaupun ramai orang sayangkan dia. Sorang lagi, dulu kaki buli tapi sekarang dia sudah berubah dan kamu.." Lynna melihat Fang sambil membelai rambut Fang

"Kenapa dengan Fang?" tanya Fang sambil tunjuk diri dia sendiri

"Fang sentiasa cari masalah dengan abang kamu" Lynna tergelak sedikit

"KAK LYNNAA!" menjerit Fang yang sedang duduk di atas kerusi sofa. Lynna peluk kepala dia

"Takdelah, akak bergurau sahaja tapi memang betullahkan, Fang sentiasa cari masalah dengan abang kamu. Fang kalau ada masalah, bagitahu akak ok"

"Kami pun sama!" Faye dan Lily terus memeluk Lynna dari belakang "Kalau kita orang ada masalah, kami akan cerita dekat kak Lynna bukan abang Kaizo sebab dia tu suka marah orang sahaja"

"APA KORANG CAKAP!" Kaizo muncul di ruang tamu dengan suara bengis dia "KORANG INGAT AKU NI TAK RETI NAK BAGI NASIHAT KE?"

"TAK!" jawab Fang, Faye dan Lily

"AKU AKAN AJAR KAMU BERTIGA! LATIHAN TEMPUR SELAMA SEMINGGU!"

"TAK NAK!" jawab mereka bertiga lagi. Kaizo mula berapi-api dengan mereka bertiga. Tangan dia sudah mula gatal untuk keluarkan pedang tenaga "ABANG KAIZO MARAH! ABANG KAIZO MARAH! ABANG KAIZO MARAH! ABANG KAIZO NAK MENGAMUK TAK TENTU PASAL!"

Tak pasal-pasal, Fang, Faye dan Lily dikejar oleh Kaizo dengan pedang tenaga. Mereka berlari sambil gelak ketawa sebab terlampau seronok sangat melihat Kaizo mengamuk tak tentu pasal. Lynna hanya duduk di rumah sambil bermanja-manja dengan Pikachu. Bila Kaizo sudah mengamuk, dia memang tidak boleh buat apa

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro