Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ilusi

"Mana abang ni" Fang asyik melihat luar tingkap rumahnya. Kaizo dari siang tadi sampai sekarang tidak pulang ke rumah dan adiknya menjadi risau. Faye juga risau dengan abang sepupunya. Dia melihat jam, sekarang sudah masuk pukul 11:00 malam. Semua penghuni Pulau Rintis sudah pun masuk tidur, yang tinggal pun beberapa orang sahaja yang masih belum lagi tidur. Fang bermundar-mandir di ruang tamu

"Fang, kau tak hubungi Lahap ke?" tanya Faye "Entah-entah abang kau ada dekat kapal angkasa. Sibuk sangat dengan latihan tempur sampai terlupa nak balik rumah"

"Ha ah, betul juga cakap kau. Macam mana aku boleh lupa nak hubungi Lahap" Fang terus menghubungi Lahap menggunakan jam kuasanya

"Kau risau sangat tentang abang kau sampai lupa nak tanya orang lain di mana abang kau" Faye senyum sendiri sambil melihat Fang yang begitu risau tentang abangnya. Dia sudah duduk di sini beberapa kali dan dia nampak keakraban mereka berdua. Setiap hari mereka makin lama makin rapat, walaupun ada pergaduhan sedikit daripada mereka. Faye rasa sangat senang hati melihat mereka tetapi dia akan menjadi risau jika salah satu mereka menjadi tidak menentu jikalau Fang ataupun Kaizo tiba-tiba sahaja hilang

"Lahap, abang aku ada dekat situ tak?"

"Maaf Pang, kapten tiada di sini tapi siang tadi dia ada menghubungi aku. Masa aku tiba dekat bumi, dia tiada pula. Jadi aku rasa pelik, kapten main-main dengan aku ke?"

"Pelik aku.." kata Fang "Terima kasih Lahap" Fang terus memutuskan panggilan mereka "Pelik aku.. tak pernah abang aku buat perkara main-main dekat Lahap. Dia tu jenis serius"

"Tapi.. tak kan dia tiba-tiba sahaja hilang. Mesti ada sesuatu yang terjadi dekat abang Kaizo"

"Kalau betul kata kau, aku perlu mencari abang aku" Fang terus membuka pintu rumahnya untuk pergi mencari abang dia

"Nanti dulu!" Fang berhenti dan lihat sepupunya "Kau sudah cuba menghubungi abang kau?"

"Sudah, banyak kali aku cuba tetapi dia tidak menjawab panggilan aku" Faye pergi ke arah Fang dan pegang kedua belah bahu dia

"Kita akan cari abang Kaizo bersama tapi sekarang ni, kalau perlu rehat. Esok pagi kau akan kelihatan segar dan pemikiran kau tak kan bercelaru seperti sekarang"

"Tapi aku kena cari abang aku sekarang!" Fang menolak bahu tangan Faye dari bahu dia. Lalu dia terus keluar dari rumah tersebut untuk mencari abangnya. Dia tidak akan balik ke rumah selagi dia tidak jumpa abang dia "Adik akan cari abang sampai jumpa" bisik Fang. Faye melihat Fang keluar dari pintu pagar tersebut dan berdoa agar Fang dapat mencari abangnya

"Kalau pagi esok Fang tak balik-balik juga, aku akan beritahu kawan-kawan dia dan juga kak Lynna"

--------------------------------------

"Selamat pagi Kaizo" Kaizo membuka matanya dan nampak wajah ibunya yang ceria itu "Kaizo hari ini nak sarapan pagi apa? Ibu akan buatkan untuk kamu"

"Ibu?" Kaizo melihat sekeliling biilik itu. Adakah ini adalah mimpi? atau dia termasuk ke dalam masa silam dia? Tapi kenapa badan dia sudah dewasa "Ibu ke ni?"

"Kenapa Kaizo? Ini ibu kamu" Ibu Kaizo mengutip semua baju-baju kotor anaknya yang bersepah di atas lantai "Kaizo? Kenapa kamu melihat ibu dengan muka pelik?" Kaizo tidak pasti adakah ini kenyataan? Kalau betul pun, ibu dia sudah lama meninggal dunia. Siapa perempuan yang menyamar menjadi ibu dia? "Kaizo?" panggil ibunya

"Ibu, ini ibu atau musuh Kaizo?"

"Kenapa kamu cakap begitu dengan ibu. Ini ibu kamu" Keiko mengelengkan kepala "Kaizo mimpi lagi ni. Kamu pergi mandi dulu, ibu siapkan sarapan pagi. Lepas sarapan nanti, Kaizo boleh hantar Fang ke sekolah" Terus Kaizo keluar dari katil untuk mencari adiknya. Keiko semakin hairan dengan perangai pelik anaknya "PANGGGG!" panggil Kaizo

"Yea abang" Fang di dalam bilik tidurnya sedang memakai baju sekolah. Dia membutangkan bajunya dan nampak abangnya masuk ke dalam bilik dia "Abang nak apa?"

"Pang, kita kena pergi dari sini. Itu bukan ibu kita! Ada orang menyamar sebagai dia"

"Isk abang ni, ada ke patut cakap ibu macam itu pula" kata Fang "Itu ibu kita yang sebenarnya"

"Bukan! Ibu kita sudah lama meninggal dunia! Ibu dan ayah kita di bunuh oleh Ratu Lily!" Fang terkejut dengan suara garang abangnya tetapi dia tidak percaya dengan kata-kata abangnya. Dia berundur kerana takut melihat abangnya

"Abang! Kenapa abang cakap ibubapa kita sudah meninggal dunia pula! ABANG SUDAH GILA KE!" Fang pandang ke arah abangnya dengan muka marah dia "Abang tak sayangkan ibu dan ayah ke? ABANG SANGGUP CAKAP MEREKA SUDAH MATI! KENAPA DENGAN ABANG NI?!"

"ABANG TAK GILA! APA YANG ABANG KATAKAN ADALAH BENAR!"

"Sudahlah abang! Abang mesti mimpi lagi yang abang adalah penjaga galaxy, pahlawan terhandal konon, duduk dekat planet lain, tinggalkan adik sorang-sorang.. hebat betul mimpi abang tu, boleh jadi penulis yang terkenal. Kenapa abang tak tulis sahaja cerita abang tu, boleh abang jadi famous kan daripada merapu cakap ibu dan ayah mati" Fang terus mengambil beg sekolahnya dan keluar dari bilik tidurnya

"PANGG!" Fang hiraukan sahaja panggilan abangnya. Kaizo mula keliru, kenapa adik dia cakap begitu pulak? Adakah selama ini hanyalah mimpi sahaja? Tak, tak mungkin. Ini mesti ada musuh cuba untuk mengelirukan pemikiran dia, fikir Kaizo. Dia keluar dari bilik adiknya. Keiko sudah berdiri di depan pintu bilik Fang dengan muka marah. Kaizo sebelum ini pernah nampak marah ibunya tetapi tidak seperti ini

"Kaizo! Kenapa bergaduh dengan adik pagi-pagi ni? Kau nak cari masalah dengan dia ke?" Tetapi Kaizo hanya berjalan ke tepi dan terus ke dapur. Dia tidak rasakan itu adalah ibu dia "KAIZO! KENAPA TIDAK JAWAP PERTANYAAN IBU?" Kaizo melihat gambar gambar yang telah digantung di dinding rumah. Semuanya gambar dia dan Fang dari bayi sehinggalah umur dia sekarang ini. Kaizo pejamkan mata, cuba untuk bangunkan dirinya dari mimpi ini tetapi apabila dia buka mata dia balik, dia masih lagi ada di situ

"Kaizo" panggil ayahnya "Kenapa kamu bergaduh dengan adik tadi?"

"Takde apa-apa, hanya bergaduh perkara biasa sahaja" kata Kaizo dengan nada serius

"Hmm.. kamu berdua suka sangat bergaduh tetapi masih lagi akrab" Ayahnya sentuh sedikit bahu Kaizo dan terus masuk ke dalam dapur. Kaizo mengikut ayahnya masuk ke dalam dapur. Dia terkejut melihat Mikey sedang bergelak ketawa bersama adiknya. Mikey tidak nampak seperti orang sudah mati, dia kelihatan sihat dan hidup. Kaizo tidak percaya apa yang dia nampak sekarang ini. Dia hanya berdiri di situ sahaja "Mikey apa khabar hari ini?" tanya Kai sambil duduk di kerusi

"Saya ok sahaja uncle" Mikey ambil roti bakar Fang yang baru sahaja letak strawberry jam dan lalu makan di hadapan Fang

"Woi! yang kau makan roti aku kenapa?" tetapi Mikey tergelak sahaja. Fang mula naik angin tetapi selepas itu dia gelak kerana Mikey buat muka comel kepada kawannya "Abang kenapa berdiri dekat situ sahaja? Ada masalah ke? Atau abang nak ceritakan mimpi abang yang merapu tu" terus Kaizo tersedar. Dia duduk di sebelah ayahnya yang sedang minum kopi

"Fang, nanti abang kau temankan kita orang pergi sekolah kan?" tanya Mikey

"Mestilah! Dia tak nak kita kena buli dengan budak tu"

"Buli? Siapa buli adik?"

"Siapa lagi, si Boboiboy dan geng-geng dia lah. Dia orang semua buli adik dan Mikey dengan menggunakan kuasa dia orang. Mentang-mentanglah dia orang ada kuasa, sesuka hati dia orang sahaja nak buli orang" Kaizo terkejut. Boboiboy buli adik dia? Bukan mereka adalah kawan ke?

"Nanti ayah beritahu ibubapa dia orang ok. Fang jangan risau" kata Kai kepada anaknya

"Tak habis-habis buli anak ibu tapi Fang jangan sesekali buli orang lain tau" Keiko masuk ke dalam dapur dengan wajah ceria dia

"Baik ibu! Adik akan sentiasa mendengar nasihat ibu!" Keiko mengusap-usap kepala anaknya yang sedang tersenyum manja itu. Tiba-tiba Kaizo rasa bahagia pula melihat kesemua keluarganya ada di situ. Hati dia rasa tenang dan aman. Mungkin selama ini adalah mimpi sahaja. Mimpi dia yang berpanjangan sampai dia terlupa tentang perkara yang sebenarnya

"Jangan risau. Abang akan sentiasa melindungi adik daripada mereka"

"Terima kasih abang" Fang berikan sekeping roti kepada abangnya "Abanglah abang yang terbaik untuk adik! Sayang abang" Fang senyum kepada abangnya. Lalu dia bangun dan cium pipi abangnya. Ibu dan ayah mereka terharu melihat kemesraan mereka berdua "Abang nak strawberry jam atau marmalade jam?"

"Hmmm.. lobak merah takde?"

"Mana ada lobak merah" Kaizo tergelak melihat adiknya marah sedikit. Mereka semua gelak ketawa di dalam dapur itu seperti sebuah keluarga bahagia. Kaizo rasa ini adalah reality bukannya fantasi. Tiba-tiba sahaja dia perlu tanya kepada ayahnya tentang sesuatu

"Ayah kenal tak Ratu Lily?" tanya Kaizo

"Ayah kenal Ratu Lily tu tapi dia sudah lama di penjarakan. Kamu jangan risau, dia tidak akan menganggu planet kita" Kai senyum kepada anaknya "Kenapa kamu tanya"

"Saja, ingin tahu" Kaizo terus makan rotinya. Dia melihat adiknya sedang bermain-main dengan kawan baiknya iaitu Mikey

Tetapi itu semuanya hanyalah ilusi di pemikiran Kaizo sahaja. Robin telah menggunakan kuasanya untuk mengelirukan pemikiran Kaizo. Kedua belah tapak tangannya keluarkan sejenis cahaya di tepi kepala Kaizo yang terbaring di atas batu. Dia masih lagi tidak sedarkan diri. Robin sudah pandai menggunakan kuasa mindanya, ianya bukan sahaja dapat membaca atau berikan kesakitan kepada pemikiran seseorang tetapi kuasa minda itu juga dapat membuat satu ilusi di minda seseorang

"Aku akan mempergunakan kau untuk hapuskan adik kau dan juga kawan-kawan dia sekali" kata Robin dengan nada sinis dia "Tiada siapa akan dapat menghalang aku dan kau juga. Kau akan nampak aku sebagai adik kau sahaja" Robin ketawa kecil di situ "Tak lama lagi, impian aku akan tercapai. Jangan risau abang, adik buat semua ini untuk membalas dendam"

"Abang! Cepatlah jalan!" Fang menarik tangan abangnya. Mereka kini dalam perjalanan ke sekolah "Abang balik nanti ambik adik tak?"

"Mestilah, abang tak nak tiba-tiba sahaja si Boboiboy tu buli adik secara tiba-tiba" kata Kaizo

"Bestnya dapat abang macam kau, Fang. Selalu melindungi kau" kata Mikey "Kakak aku tu tahu nak keluar berjalan dengan kawan dia sahaja. Dia tidak pernah nak ambik kisah tentang aku"

"Kakak kau Minako tu ke?"

"Ha ah abang Kaizo" kata Mikey. Mereka belok ke kiri dan mereka sudah sampai pun di sekolah rendah Fang dan Mikey "Hari ini kita sampai sekolah awal pulak"

"Ha ah lah Mikey. Bolehlah aku bersihkan kelas sepuas-puasnya tanpa di ganggu oleh Boboiboy dan geng-geng dia tu"

"Ganggu kau?" Kaizo tahu suara itu dan terus pusing kebelakang. Fang dan Mikey pun turut pusing kebelakang "Kau ingat, abang kau ada dekat sini pun. Kita orang tak kan ganggu kau. Kau memang silap" kata Boboiboy dengan nada sinis dia. Kaizo terkejut dengan kawan-kawan Boboiboy. Gopal, Yaya dan Ying, mereka semua bukan diri mereka yang Kaizo kenal. Semuanya nampak seperti budak-budak samseng

"Eleh, abang kau tu bukannya boleh lawan dengan kuasa kita orang" kata Gopal

"Baik korang jangan ganggu adik aku" kata Kaizo dengan nada garang dia "Jika kau ganggu adik aku, nahas lah kamu semua nanti, FAHAM!" Boboiboy hanya tersenyum sinis sahaja

"Buang masa sahaja kau nak cari nahas dengan kita orang. Kau pun akan kalah juga nanti" Boboiboy terus beredar dari situ. Dia menolak Fang menggunakan bahunya. Yaya dan Ying kenyitkan mata mereka kepada Kaizo dan terus beredar

"Beritahu abang kalau mereka ada ganggu adik. Abang akan ajar dia" kata Kaizo

"Baik abang!" Fang terus memeluk abangnya "Adik akan sentiasa sayang abang"

Robin tergelak sinis di dalam gua itu. Makin lama dia berikan ilusi kepada Kaizo, makin percaya Kaizo. Semuanya akan selesai nanti, fikir Robin "Abang jangan risau, adik tak kan benarkan mereka cederakan abang dan adik" kata Robin di dalam suara Fang "Abanglah satu-satunya adik paling sayang"

--------------------------------

"Fang! Apa kau buat dekat depan rumah aku ni?" Boboiboy terkejut melihat Fang sedang duduk di depan pintu rumahnya. Dia nampak Fang sedang menggigil kesejukan "Kau duduk sini dari malam semalam ke?"

"Ha ah, aku cari abang aku tapi tak jumpa" Boboiboy angkat Fang yang sedang kesejukan itu. Terus dia dudukkan Fang di atas kerusi "Terima kasih, Boboiboy"

"Abang kau pergi mana?" tanya Boboiboy

"Tak tahulah, aku cari dia satu malam tapi sampai sekarang tak jumpa" Boboiboy rasa risau pula

"Kau duduk dekat sini. Aku pergi buatkan air panas untuk kau" Boboiboy terus ke dapur dan tinggalkan Fang keseorangan di ruang tamu. Fang terus baring di atas kerusi kerana diri dia terlalu penat dan tenaga dia sudah pun habis. Dia tidak larat untuk mencari abangnya lagi. Fang pejamkan mata dia dan terus dia tertidur di atas kerusi itu. Boboiboy kembali ke ruang tamu dengan secawan minuman hot chocolate dan dia melihat Fang sudah tertidur tapi badan dia masih lagi mengeletar kesejukan. Boboiboy letak cawan itu di atas meja

"Eh, kenapa Fang ada dekat sini" muncul Tok Aba bersama dengan Ochobot "Abang dia buli dia lagi ke?"

"Bukan atuk, Fang cari abang dia tapi tak jumpa. Boboiboy jumpa dia dekat depan rumah kita tadi"

"Pergi ambik selimut dan selimutkan dia" Tok Aba rasa tangan Fang "Badan dia sejuk ni" Boboiboy terus naik ke atas untuk mengambil selimutnya dan lalu dia turun ke bawah dengan segera. Boboiboy buka lipatan selimut itu dan lalu selimutkan Fang. Makin lama, makin kurang kesejukan Fang

"Kenapa dia cari abang dia?" tanya Ochobot

"Tak tahulah tapi mungkin kata Fang, satu malam dia cari abang dia tapi tak jumpa. Semalam masa kita orang balik, abang dia tak balik rumah lagi"

"Hmmm.. kalau macam tu, kita semua kena bantu Fang cari abang dia" kata Ochobot

"Hah, elok tu. Mesej kawan-kawan kau semua. Cari abang si Fang ni" kata Tok Aba. Dia terus ke dapur untuk sediakan sarapan pagi. Boboiboy telah pun menghantar mesej kepada kawan-kawannya

"Risau pula aku tengok abang Kaizo tiba-tiba sahaja hilang"

"Macam mana dia boleh hilang? Bukan ke Kapten Kaizo tu kuat"

"Itu yang aku pelik, Ochobot. Tak kan ada musuh lebih kuat daripada abang Kaizo" Boboiboy cuba fikirkan sesuatu "Entah-entah ini kerja si Adudu tu"

"Tapi mesti Fang sudah pergi periksa abang dia dekat markas kotak"

"Mungkin juga" Boboiboy rasa kasihan melihat Fang pergi mencari abang dia di tengah malam tapi dia rasa sedikit terharu melihat seorang adik sanggup berjalan di waktu malam mencari abangnya sehingga ke pagi hari "Bagilah dia berehat di sini dulu. Biar kita orang pula pergi mencari abang dia"

"Ok, biar aku jaga Fang di sini sementara kau pergi cari Kapten Kaizo. Apa-apa hal, kau hubungi aku nanti"

"Atuk! Boboiboy keluar dulu!"

"Sarapan ni macam mana? Atok baru sahaja goreng cekodok pisang untuk kamu" kata Tok Aba sambil keluar dari dapur

"Atuk tinggalkan untuk Boboiboy sedikit. Nanti kalau Fang dah bangun, atuk bagi lah dia makan"

"Yelah. Jalan elok-elok" Tok Aba kembali ke dapur untuk sambung goreng cekodok pisang. Boboiboy pula keluar dari rumah dan nampak Gopal, Yaya dan Ying sudah berada di hadapan rumahnya

"Boboiboy, macam mana dengan Fang?" tanya Ying

"Dia ok cuma tadi dia kesejukan tadi. Sementara dia tidur ni, kita pergi cari abang Kaizo" kata Boboiboy "Kita semua berpecah. Kalau jumpa apa-apa, hubungi aku dengan segera" Mereka semua berpecah. Ying pergi ke bandar, Yaya terbang ke udara, Gopal cari di tempat yang dekat sahaja kerana kaki dia masih lagi patah dan Boboiboy pula cari di sekitar kawasan perumahan Pulau Rintis. Mereka tidak henti-henti mencari Kaizo sehinggalah Boboiboy nampak Faye menangis-nangis di hadapan rumahnya

"Faye! Kenapa kau menangis?"

"Boboiboy.. sepupu aku hilang, Fang dan Kaizo" Faye mengelap air matanya "Fang dari malam semalam lagi cari abang dia tapi tak balik-balik lagi. Aku satu malam risau tentang mereka berdua"

"Faye jangan risau, Fang ada dekat rumah aku. Dia tengah tidur tapi... abang Kaizo lama ke hilang?" Faye angguk sahaja "Fang sudah hubungi Lahap?"

"Sudah tapi Lahap kata semalam, abang Kaizo ada hubungi dia tengahari semalam tapi bila Lahap sampai ke bumi, abang Kaizo langsung takde" Boboiboy rasa pelik

"Ini mesti kerja salah satu musuh abang Kaizo tapi abang Kaizo tu kuat, tak kan dia boleh kalah" Boboiboy cuba fikirkan tentang kejadian semalam "Hmm.. semalam selepas sahaja abang Kaizo keluar, aku tak dengar bunyi orang menyerang abang Kaizo"

"Pelik betul" Faye mundar-mundir di halaman rumah di situ "Macam mana, abang Kaizo hilang. Aku takut kalau tak jumpa, nanti Fang meracau-racau pula tapi aku yakin, kita akan dapat cari abang Kaizo. Lagipun aku sudah beritahu kak Lynna apa yang terjadi. Kejap lagi mungkin kak Lynna akan sampai. Tadi masa aku telephone dia, dia tengah sibuk"

"Mungkin dengan bantuan kak Lynna, kita akan dapat cari abang Kaizo dengan lebih cepat. Sementara menunggu kak Lynna sampai, jom ikut aku cari abang Kaizo" Boboiboy dan Faye terus mencari Kaizo sehingga ke station keretapi tapi tiada siapa pun yang dapat mencari Kaizo. Semuanya semakin pelik dan hairan. Siapa yang dapat menculik Kaizo? Siapa musuh mereka? Tak kan Kaizo boleh hilang begitu sahaja

Fang masih lagi tidur tetapi dia tidak boleh tidur dengan lena kerana dia dapat mimpi buruk. Mimpi tentang abang dia mati dan sebab itu dia tidak dapat mencari abangnya "Abang... abang... jangan tinggalkan adik" kata Fang di dalam tidurnya

"Fang.. bangun, bangun" Tok Aba cuba kejutkan Fang "Fang mimpi buruk ni, bangun!"

"Jangan tinggalkan adik.. adik tidak mahu keseorangan!"

"Fang.. bangun!" Ochobot juga cuba kejutkan Fang

"ABANGGGGGGGG!" Tok Aba dan Ochobot nampak Fang menangis di dalam tidurnya "Abang.. adik tak nak hidup lagi kalau abang sudah tiada!"

-----------------------------------

Kaizo berjalan pulang ke rumahnya. Hati dia rasa sangat bahagia pada hari ini walaupun ada sedikit buatkan dia rasa geram iaitu pembuli adiknya, Boboiboy. Dia cuma geram dengan Boboiboy tetapi dia tidak akan membenarkan Boboiboy merosakkan kebahagian dia pada hari itu. Dia tidak sabar untuk sampai ke rumah untuk berborak dengan ibubapanya atau menolong mereka buat kerja. Sampai sahaja di satu kawasan, dia nampak orang ramai sedang lari ke arah yang bertentangan. Dia nampak asap-asap hitam di kawasan perumahan dia. Kaizo berlari untuk melihat apa yang berlaku. Kaizo terdengar jeritan mereka, semuanya menjerit nama Ratu Lily

"Ratu Lily? Bukan ke ayah aku sudah katakan dia telah dipenjarakan?" Kaizo tidak berfikir panjang, terus dia berlari ke arah rumah dia. Kaizo nampak rumah dia ada sedikit kemusnahan "IBUUU! AYAHHH!" Kaizo berlari masuk ke dalam rumah dan terkejut. Apa yang dia nampak, bukanlah Ratu Lily yang sebenarnya tetapi Lynna "Lynna?"

"Lynna? Aku bukan Lynna. Aku Ratu Lily! Aku selama ini hanya menyamar sebagai kawan baik kau sahaja! Aku rapat dengan kau sebab aku mahu bunuh keluarga kau!" Ratu Lily ketawa di situ "HAHAHAHAHAHAHAHAHAAA!"

"Jadi selama ini kau hanya berpura-pura sahaja menjadi sahabat baik aku?!"

"Yea Kaizo. Aku terpaksa berlakon menjadi baik, menjadi penasihat kepada kau dan adik kau. Lakonan aku cukup mantap sekali.. hehehehehehee! Jangan risau, ibu dan ayah kau sudah pun berada di alam lain" Kaizo terkejut. Lalu Ratu Lily tunjukkan ibu dan ayah Kaizo yang sudah tiada nyawa. Mereka terbaring di atas lantai dengan berlumuran darah

"KAU! KAU MEMANG KEJAM! KAU MEMANG TAK GUNA! SANGGUP KAU MEMPERMAINKAN AKU! PEDANG TENAGA!" Tetapi dia tiada pedang tenaga. Jam kuasa dia juga tiada

"Hahahahahahaa! Kau mana ada kuasa nak kalahkan aku" Ratu Lily tersenyum sinis "Sekarang giliran adik kau pula menjadi mangsa aku!" Ratu Lily terus menghilangkan diri

"Pang!" Kaizo terpaksa berlari balik ke sekolah untuk selamatkan adiknya "Pang, abang datang untuk selamatkan kau" bisik Kaizo

"Selamatkan adik kau, Kaizo sebelum dia di bunuh oleh Ratu Lily" Robin masih menggunakan kuasanya lagi untuk kelirukan minda Kaizo. Dia tersenyum sinis seorang diri di dalam gua itu "Sedikit sahaja lagi dan rancangan aku akan berjaya selepas ini.. HAHAHAHAHAHAHAHAHAAAAA!" Robin lepaskan kepala Kaizo dan terus dia menukar dirinya menjadi Fang. Dia menyamar menjadi adik Kapten Kaizo dan sekarang hanya menunggu Kaizo untuk sedarkan diri

---------------------------------------

"KAK LYNNA!" Yaya nampak Lynna sedang berjalan ke rumah Boboiboy. Dia dapat mesej daripada Boboiboy dan mengatakan Fang sedang meracau-racau di rumahnya. Lynna terdengar panggilan dari Yaya dan lalu dia pandang ke arah langit

"Yaya!" Terus Yaya mendarat di depan Lynna "Macam mana dengan keadaan Fang? Dia masih meracau lagi ke?"

"Tak tahu lah kak Lynna tapi kak Lynna kena bantu kami semua" terus Yaya menarik tangan Lynna dan mereka berlari ke arah rumah Boboiboy. Sampai sahaja di rumah, mereka nampak Boboiboy, Gopal, Ying dan Faye sedang tenangkan Fang. Tok Aba rasa risau melihat keadaan Fang. Ochobot pula sorok di belakang Tok Aba kerana takut melihat Fang meracau seperti orang gila

"ABANGGG! ABANG!" Fang meracau-racau di atas kerusi. Boboiboy dan Gopal pegang kedua belah tangannya supaya dia tidak bertindak ganas. Lynna rasa seperti Fang terkena trauma "Abang.. JANGAN TINGGALKAN ADIK!"

"Kak Lynna, tolong kami" kata Boboiboy dengan suara kasihan dia. Lynna datang dekat kepada Fang dan pegang kepala dia. Lynna gunakan kuasa dia untuk tenangkan pemikiran Fang dan lalu Fang kembali tenang. Boboiboy dan Gopal lepaskan tangan Fang

"Fang, bangun. Ini kak Lynna" Lynna kejutkan Fang dengan cara lembut "Fang.. bangun" Mata Fang bergerak-gerak dan secara pelahan-lahan, dia membuka matanya. Fang nampak wajah kelembutan Lynna dan lalu dia peluk Lynna serta merta. Lynna belai rambut Fang

"Kak Lynna.. kak Lynna kena tolong Fang" Fang menangis di dalam pelukan Lynna "Abang hilang, Fang risau"

"Jangan risau, akak akan bantu kamu" kata Lynna. Kawan-kawan Fang semuanya rasa lega melihat Fang sudah kembali normal tetapi mereka tetap risaukan Fang jika Kaizo masih lagi tidak dapat dijumpai "Fang jangan menangis" Mereka dapat dengar tangisan Fang

"Aku rasa Fang tidak boleh ikut kami cari abang Kaizo sebab dia sedang beremosi sekarang ini"

"Yolah, betul kata Boboiboy tapi kita sudah cari seluruh tempat. Masih belum jumpa lagi" kata Ying

"Tak kan kita nak putus asa pula. Aku akan cari abang Kaizo demi kawan aku. Selagi kita tidak jumpa, selagi itu aku tak kan berhenti mencari" Gopal, Yaya dan Ying angguk kepala mereka tanda setuju. Mereka terus ke pintu rumah dan lalu membukanya "Kak Lynna tolong jagakan Fang. Nanti kami akan hubungi kak Lynna kalau ada apa-apa masalah" kata Boboiboy

"Aku nak ikut sekali! Aku tidak boleh duduk diam sahaja" Faye terus ikut mereka berempat keluar untuk sambung mencari Kaizo. Tok Aba pergi sediakan minuman dan makanan untuk Fang supaya dia kembali bertenaga. Ochobot pergi menolong Tok Aba dan tinggalkan Fang yang masih lagi menangis di dalam pelukan Lynna

"Kak Lynna, akak tak boleh ke guna kuasa akak untuk mencari dia?"

"Maaf Fang, akak tiada kuasa seperti itu" Lynna membelai rambut Fang lagi "Kalau musuh yang menangkap abang kamu, akak akan hancurkan dia kerana menganggu hidup Fang dan abang kamu. Akak tak nak sanggup melihat Fang menderita seperti tadi"

"Terima kasih kak Lynna kerana selalu mengambil berat tentang Fang" Fang lepaskan pelukan Lynna dan terus dia berikan senyuman kepada Lynna

"Fang, makan ni. Atuk buatkan" Tok Aba letakkan sepinggan cekodok pisang di atas meja dan Ochobot pula letakkan dua cawan hot chocolate untuk mereka berdua "Makan, jangan tak makan. Nanti sakit kalau tak makan" Fang mengambil sebiji cekodok pisang dan lalu dia ucapkan terima kasih kepada Tok Aba. Lynna dan Fang makan di situ sementara menunggu apa-apa berita dari Boboiboy dan yang lain-lain juga. Sudah lebih 1 jam mereka menunggu dan akhirnya jam kuasa Fang berbunyi. Fang cepat-cepat menekan butang di jam kuasanya dan terus keluar hologram Boboiboy

"FANGG! ABANG KAU! DATANG KE SINI CEPAT! DIA-" Tiba-tiba sahaja panggilan mereka terputus

"Kak Lynna! Kita kena cari mereka!" Fang terus bangun

"Mari akak tolong kamu" Lynna bangun dan pegang tangan Fang. Lynna terus menggunakan kuasanya dan lalu mereka hilangkan diri dari ruang tamu Tok Aba. Mereka muncul balik di kedai Tok Aba tetapi mereka tiada di situ. Lalu Lynna dan Fang hilangkan diri untuk terus mencari Boboiboy. Mereka muncul di hadapan pintu pagar rumah Fang. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying ada di situ tetapi mereka terkejut melihat seorang budak lelaki serupa seperti Fang berdiri di sebelah Kaizo

"Abang! Mereka lah yang bersubahat dengan Ratu Lily untuk membunuh adik!" kata budak lelaki itu yang menyamar sebagai Fang. Kaizo datang dekat kearah mereka berempat dengan pedang tenaganya. Fang membuka pintu pagar rumahnya dan terus menjerit nama abangnya

"ABANGGGGGGGG!"

"Itu bukan adik! Itu musuh abang menyamar jadi adik" kata Robin yang sedang menyamar menjadi Fang. Kaizo melihat adiknya yang sebenarnya, dia keliru sedikit tetapi mindanya tetap mengatakan adiknya adalah di sebelah dia iaitu Fang yang palsu "Abang kena hapuskan dia"

"Jangan risau Pang, abang akan melindungi kamu" kata Kaizo. Robin tersenyum sinis "Abang tak kan benarkan mereka cederakan adik"

"Abang, ini adik" kata Fang yang sebenar. Dia datang dekat kepada abangnya "Ini adik abang yang sebenarnya"

"Bukan! KAU BUKAN ADIK AKU! PEDANG TENAGA!"

"TANAH PELINDUNG!" Boboiboy sudah pun bertukar menjadi Boboiboy Gempa. Dia melindungi Fang daripada terkena pedang tenaga Kaizo tetapi Kaizo cantas tanah pelindung itu. Fang berundur kebelakang kerana takut melihat abangnya yang sudah tidak melihat diri dia sebagai adiknya yang sebenar

"Abang! Bukalah mata abang, INI PANG! INI ADIK ABANG!"

"DIAM! KAU HANYA MAHU MENIPU AKU SAHAJA!" Kaizo menghayunkan pedangnya ke arah Fang "TETAKAN TENAGA!" Fang pejam matanya kerana tidak mahu melihat apa yang akan terjadi seterusnya. Dia tidak mahu berlawan dengan abangnya sendiri, begitu juga yang lain. Mereka juga tidak mahu berlawan dengan Kaizo tetapi setiap kali mereka menyerang Fang yang palsu, dia akan di lindungi oleh Kaizo. Fang membuka matanya dan nampak Lynna sedang melindungi diri dia dan juga yang lain. Lynna pegang pedang tenaga itu dengan kedua belah tapak tangannya

"Aku tak kan benarkan kau cederakan mereka" kata Lynna dengan nada marah dia

"KAU! KAU YANG TELAH MEMBUNUH IBUBAPA AKU!" Lynna menahan pedang tenaga itu kerana Kaizo makin lama makin menolak pedang dia

"Kaizo! Bukan aku yang bunuh ibubapa kau! Ada seseorang telah membasuh otak kau supaya kau fikirkan aku dan kawan-kawan adik kau sebagai pembunuh"

"DIAM! KAU JANGAN NAK MEMPERDAYAKAN AKU! TOLAKAN TENAGA!" Lynna, Fang, Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying di tolak oleh kuasa Kaizo. Mereka semua terkena tembok rumah Fang. Boboiboy sudah kembali normal

"Abang, hapuskan mereka semua" kata Robin yang masih lagi menyamar menjadi Fang "Mereka lah yang menyebabkan kita sudah kehilangan ibubapa kita"

"Adik duduk di sana, biar abang sendiri uruskan mereka" Robin tersenyum sinis. Dia tahu rancangan dia akan berjaya, sedikit sahaja lagi untuk Kaizo membunuh semua musuh-musuh dia "Aku akan tuntut bela keatas kematian ibubapa aku"

"Abang... jangan..." Fang bangunkan badannya dan lihat kawan-kawan dia yang lain. Mereka semuanya selamat kecuali Lynna. Kepala dia terkena pasu bunga dan lalu pecah pasu bunga tersebut. Secebisan pasu kaca itu terkena kepala Lynna dan menyebabkan lukanya menjadi dalam. Darah mengalir keluar di kepala Lynna "Kak Lynna..." Fang merangkak ke arah Lynna tiba-tiba kaki Kaizo menghalang adiknya. Kaizo mengacukan pedang tenaganya ke arah muka adiknya "Abang.. ini adik. Percayalah cakap adik" Fang mengalir air matanya "Adik tidak mahu berlawan dengan abang kerana adik sayangkan abang. Kita sentiasa bersama walaupun abang kadang-kadang terpaksa tinggalkan adik untuk pergi selamatkan galaxy"

"Kau tipu" kata Kaizo

"Tak, adik tak tipu" Fang menangis di kaki abangnya

"Abang, bunuh sahaja dia. Dia hanya menyamar sebagai adik sahaja. Dia mahu hapuskan abang sahaja sebab itu dia berpura-pura menangis" kata Robin yang sedang berpura-pura kelihatan risau

"Tak, kau yang penipu sebenarnya" Boboiboy bangunkan diri, begitu juga dengan Gopal, Yaya dan Ying "Aku tidak tahu siapa kau yang sebenarnya tapi aku akan hapuskan kau! KAU YANG BUAT ABANG KAIZO BEGINI!"

"Yea ke Boboiboy" Robin tergelak sinis "Abang! Mereka nak buli adik lagi!"

"Tak! Kami bukan nak buli dia tapi kami nak hapuskan dia kerana dia bukan Fang!"

"Abang dengar tak, dia nak hapuskan adik! DIA ORANG CAKAP ADIK BUKAN FANG! TAPI DIA ORANG PENIPU SEBENARNYA!" Robin berpura-pura merayu kepada Kaizo "Dia orang jahat sebenarnya" Kaizo semakin keliru. Fang bangun dan terus peluk abangnya "ABANGG! HATI-HATI!" Jerit Robin

"Abang, jangan hapuskan kawan-kawan adik" merayu Fang "Mereka sayangkan abang juga kerana mereka sudah anggap abang sebagai abang mereka sendiri"

"Betul tu abang Kaizo" muncul Faye di belakang Kaizo "Fang yang sebenarnya tidak akan membunuh musuh dia.. Dia.. ARGHHHHHH!" Kepala Faye rasa nak meletup "Ke-kepala... aku..."

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAAAA!" Robin terus menjelmakan dirinya

"KAU RUPANYA! BAGAIMANA KAU DAPAT LEPASKAN DIRI?" jerit Boboiboy. Fang tidak sangka musuh dia sudah kembali balik ke bumi. Ini masanya untuk pujuk abang dia supaya abang dia sedar

"Kau tidak perlu tahu bagaimana aku boleh terlepas.. hehehehee... sekarang, aku hanya boleh duduk dan lihat sahaja bagaimana Kapten Kaizo bunuh kamu semua" Terus Robin menukar suara dia menjadi Fang "Abang, bunuh mereka semua dan kita dapat hidup bahagia selepas ini"

"Abang jangan dengar cakap dia. Itu Robin, dia pernah seksakan adik dan abang dulu" Kaizo tidak hiraukan adiknya. Minda dia membuatkan dia hanya nampak mereka semua adalah musuh dia sahaja. Kaizo tendang adiknya. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying terkejut dengan tindakan Kaizo tadi. Kepala Faye masih lagi sakit kerana Robin masih gunakan kuasa dia

"Korang jangan nak datang dekat dengan aku. Kalau tidak, kepala korang juga aku akan musnahkan" Robin tergelak sinis di situ. Fang tidak mahu mengalah, dia akan cuba untuk selamatkan abang dia. Fang bangun dari tempat dia jatuh. Biar dia sendiri uruskan Robin itu "Kau bangun balik, bagus... bagus.." Robin berikan senyuman sinis kepada Fang "RASAKAN NI!"

"ARGHHHHHHH!"

"FANGGGGGG!" Boboiboy rasa begitu marah sekali "Kau memang tak guna! BOBOI- ARGHHHHHHHH!" Bukan dia sahaja yang kena, tetapi Gopal, Yaya dan Ying juga terkena. Kepala mereka semua rasa hendak meletup. Robin ketawa besar di situ kerana dia akan berjaya menghapuskan mereka semua tetapi dia terlupa tentang seseorang iaitu Lynna. Sedang dia gelak kegembiraan, Lynna bergerak-gerak sedikit. Tangan dia bergerak dan lalu dia menggenggamkan tanganya

"Kau tak kan menang" bisik Lynna. Lynna merangkak ke arah Kaizo yang sudah bersiap sedia untuk membunuh adiknya sendiri. Lynna bangun pelahan-lahan di belakang Kaizo. Robin masih lagi tidak sedar kerana dia terlampau gembira sangat dengan kejayaan dia. Lynna pegang kepala kedua belah tepi kepala Kaizo dan gunakan kuasanya untuk pulihkan minda Kaizo. Dia keluarkan segala ilusi yang telah digunakan oleh Robin terhadap Kaizo. Dia ingatkan balik Kaizo tentang kehidupannya di bumi. Robin nampak Lynna cuba untuk pulihkan minda Kaizo. Robin cuba menggunakan kuasa dia terhadap Lynna tetapi Lynna telah melindungi dirinya dan Kaizo. Mereka kini dalam sebuah bola pelindung yang berwarna ungu

"Kaizo, ingatkan balik" kata Lynna dengan suara lembut dia "Robin telah memperdayakan kau, dia cuba mempergunakan kau untuk membunuh adik kau sendiri. Aku akan pulihkan minda kau, aku akan buang segala ilusi yang ada di dalam minda kau" Lama-kelamaan Kaizo turunkan tangannya yang pegang pedang tenaga

"Pang?" Kaizo terduduk melihat adiknya dan sepupunya sudah tidak sedarkan diri. Kawan-kawan adiknya juga sudah pengsan akibat kepala mereka terlampau sakit sangat

"Kau sudah sedar rupanya. KAU MEMANG TAK GUNA!" Dia gunakan kuasa dia terhadap Lynna tetapi Lynna lebih pantas daripada itu. Lynna halakan tangannya ke arah Robin dan terus dia letupkan Robin. Akhirnya Robin mati selama-lamanya dan tidak akan kembali lagi selepas ini. Lynna pengsan di situ juga kerana lukanya yang berdarah di kepala

--------------------------------

Keesokann harinya. Fang bangun dari katilnya. Dia tidak tahu apa yang berlaku. Dia terus keluar dari katilnya dan pergi ke bilik abangnya. Kaizo tiada di dalam bilik tidurnya, Fang terus turun ke bawah. Dia masuk ke dalam dapur dan lihat abangnya sedang merasa bubur lobak merah. Fang melompat gembira dan terus peluk belakang abangnya

"Abang sudah kembali" kata Fang

"Yea adik, abang sudah kembali" Kaizo pusingkan badannya dan peluk adiknya "Maafkan abang kerana abang cuba membunuh adik"

"Adik maafkan abang tapi adik tahu, semalam itu bukan abang" kata Fang dalam dakapan abangnya "Lagipun abang terkena perbuatan si Robin. Abang, apa terjadi dengan dia?" Kaizo lepaskan adiknya

"Hmmm... kak Lynna yang selamatkan kami semua tapi dia pengsan pula selepas dia hapuskan Robin"

"Robin mati?" Fang tidak percaya apa yang dia dengarkan tapi dia rasa sangat gembira. Hati dia meloncat-loncat kegembiraan kerana Robin tidak akan menganggu mereka lagi selepas ini. Kaizo hanya angguk sahaja

"Dia ada dekat sini, dalam bilik Faye" Kaizo mengambil bubur untuk Lynna. Lalu dia angkat semangkuk bubur itu. Dia dan Fang pergi ke bilik Faye. Lynna sudah bangun, luka dia sudah dijahit. Faye sedang temankan Lynna di dalam bilik "Makanlah bubur ni sebelum kau pulang ke rumah" kata Kaizo sambil menghulurkan bubur lobak merah kepada Lynna

"Terima kasih Kaizo"

"Kak Lynna!" Fang pergi ke tepi katil Lynna "Terima kasih kerana selamatkan kami semua semalam" Lynna hanya tersenyum sahaja. Tiba-tiba sahaja Faye pegang tangan Fang dan terus heret dia keluar "Woi! Yang kau heret aku keluar kenapa?"

"Sebab aku tak nak kau ganggu kak Lynna tengah makan" kata Faye. Dia, Fang dan Kaizo keluar dari bilik. Lynna hanya makan sorang-sorang sahaja di dalam bilik. Tiba-tiba Fang muncul balik di muka pintu

"Kenapa Fang?" tanya Lynna

"Takde apa-apa" Fang hanya tersenyum melihat Lynna. Lalu Lynna balas balik senyuman dia kepada Fang. Terus Kaizo mengheret Fang jauh daripada bilik Lynna

"SUDAH! KAU JANGAN MENGEGADA NAK KACAU LYNNA!"

"Adik mana ada kacau!"

"KACAU LAH TU! LYNNA NAK MAKAN DENGAN TENTERAM PUN TAK BOLEH!"

"Isk abang ni, kan adik dah cakap.. mana adik ada ganggu kak Lynna!"

"Kau jangan nak buat cerita"

"MANA ADA!"

Faye terpaksalah mengharungi setiap hari begini dengan pergaduhan di antara adik dan abang. Dia masuk ke dalam dapur dan makan bubur sorang-sorang sambil mendengar jeritan Fang dan Kaizo di luar dapur "Terpaksalah aku bersabar setiap hari selepas ini"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro