Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Game

"Bosannya cuti sekolah ni" Gopal baringkan kepalanya di atas buku latihan geography. Tangan dia menulis jawapan soalan-soalan geography dengan begitu perlahan dan teramat malas sekali "Takde benda yang menarik ke kita boleh buat? Dahlah semua game aku sudah main. Sekarang ni pun, nak beli game baru pun takde duit"

"Pergilah main dengan kawan-kawan kau kalau bosan" kata Ochobot. Dia meletakkan sepinggan cekodok chocolate di atas meja kaunter kedai Tok Aba. Gopal terhidu bau sedap itu, terus dia bangkitkan kepalanya. Muka dia menjadi ceria apabila cekodok chocolate dia sudah pun siap "Hmm... pasal makanan aje, terus kau bersemangat yea"

"Kalau pasal belajar, PEMALAS NOMBOR SATU!" kata Fang yang ada di sebelah Gopal "Baru sekarang kau nak siapkan kerja sekolah kau. Tengok macam aku, belum cuti lagi, aku sudah siapkan awal lagi"

"Senyaplah kau" Gopal terus telan sebijik cekodok chocolate sambil bermasam muka

"Biarkan ajelah dia Fang. Nanti-nanti dia akan menyesal, barulah terburu-buru nak siapkan kerja sekolah dia"

"Hehehee.. tapi kau juga yang bagi aku tiru kerja sekolah kau, kan kan kan Boboiboy. Kau lah kawan terbaik aku, bukan macam si Fang ni" Fang pula bermasam muka kali ini "Dey, kalau kau nak jadi kawan terbaik aku. Jangan nak belasah aku aje dengan harimau bayang kau tu"

"Wei Gopal, kalau kau tak nak kena belasah dengan aku.. baik kau jangan cari pasal dengan aku" Fang dan Gopal bertentangan mata. Mata masing-masing langsung tidak berkelip selama 15 saat sehinggalah Boboiboy menjerit sesuatu untuk menarik perhatian mereka berdua

"WEI! ADUDU DATANG!" Boboiboy tunjuk di belakang mereka

"MANA?" Fang dan Gopal terus pusing kebelakang dan mereka terdengar gelakan dari Boboiboy

"Dia memang nak cari pasal dengan kita ke?" bisik Fang kepada Gopal. Aura-aura kegelapan dia sudah pun bangkit keluar. Boboiboy tersengih di situ dengan muka bersalah dia

"Dia memang jarang nak kena belasah dengan kau dan aku. Budak baik katakan"

"Wei wei, aku bergurau aje.. janganlah nak belasah aku pulak" Boboiboy tersengih lagi melihat dua kawan baik dia sedang beraura-aura hitam dengan dia "Heheee.. janganlah marah aku"

"Betul tu! Pizu sokong! Janganlah marah abang Boboiboy. Dia cuma nak bergurau sahaja seperti mana abang Fang dan abang Gopal selalu bergurau kasar. Betul tak? Tapi kalau abang Gopal stress sangat buat kerja sekolah. Jom kita main game dulu. Pizu nak main board game dengan korang tapi mesti korang rasa bosankan dengan board game yang ibu Pizu baru beli semalam. Ibu cakap, Pizu boleh main board game dengan abang-abang dan kakak-kakak Pizu tapi mesti abang Paizo dan kakak Lynna tak nak join sekali. Tapi abang Fang kena main dengan Pizu tau! Kalau main ramai-ramai mesti seronok. Pizu-" mulut Rizu kena sumbat dengan cekodok chocolate oleh abang kesayangan dia sendiri. Rizu kunyah cekodok itu dan lalu dia telan. Selepas itu dia sambung balik celoteh dia. Boboiboy menepuk dahinya "Pizu suka kalau main ramai-ramai sebab lebih seronok dan lebih gelak ketawa bersama! Tak seronok kalau main dua orang sahaja. Tadi Pizu nak main dengan kawan baik Pizu tapi dia takde pula dekat rumah. Jadi Pizu datang ke sini cari abang Fang. Jomlah abang Fang, kita main sama-sama dengan abang Boboiboy dan abang Gopal"

"Err... tapi abang tak reti main. Rizu ajarlah abang"

"Rizu tak perlu ajar si landak ni! Rizu jangan main dengan dia sebab kakak Lily tahu si landak ni kerja dia nak menang sahaja" kata Lily sambil angguk-angguk keseorangan di situ

"Betul tu Lily! Dan aku sebagai pesaing terhebat dia, aku akan kalahkan si Pang ni dengan usaha aku yang murni!" muncul Bella di sebelah Lily. Mereka berdua bertepuk kedua-dua belah tangan sesama sendiri sambil terloncat-loncat di situ

"KAMI AKAN KALAHKAN SI LANDAK UNGU!" kata Lily dan Bella. Faye hanya tersengih sahaja melihat dua kawan baik dia

"Wah! Kakak-kakak trio huru hara pun nak join main sekali? BESTNYA!" Rizu peluk Lily, Bella dan Faye "Main ramai-ramai best! Tapi kalau lagi ramai, lagi best" Rizu terus hantar mesej kepada Yaya dan Ying untuk mengajak mereka bermain sekali. Selepas itu dia menjerit nama Ratu Lily sekuat hati "RATU LILY!"

"Yes my dear" muncul Ratu Lily yang sedang mengasah kuku dia. Mata dia melirik sedikit ke arah Boboiboy. Sebuah senyuman terukir di wajahnya. Lily tahu Ratu Lily ingin mengambil kekasih hatinya iaitu Boboiboy "BOBOIBOY!" Lily terus menolak muka Ratu Lily

"RIZUUU! KENAPA PANGGIL MUSUH KETAT AKAK IAITU RATU PONTIANAK YANG CUBA HENDAK MERAMPAS BOBOIBOY KU! WHY WHY WHY WHY-" Mulut Lily kena sumbat dengan kerepek pisang oleh Rizu. Lalu dia kunyah secara perlahan-perlahan "Sedap kerepek pisang ni" Tersembur kerepek pisang itu ke muka Ratu Lily "Tapi Rizu panggil si Ratu ni? Rizu pun tahukan, setiap kali dia ada.. akak akan berlawan dan bergaduh dengan Ratu pontianak ni" Lily berdrama di situ sambil kunyah kerepek pisang

"Pizu panggil sebab nak main game sama-sama. Main game ramai-ramai! LAGI RAMAI LAGI BAGUS!" jerit Rizu dengan cerianya

"Wah, Rizu ajak kami ke sini sebab nak main game" Rizu pusing kebelakang dan nampak Yaya, Ying dan juga Zakwan yang kebetulan juga ingin ke kedai Tok Aba. Mata Rizu bersinar-sinar melihat mereka semua ada di situ. Dia peluk diri dia sendiri dengan penuh makna sekali "Suka pula si Rizu ni" kata Ying sambil tergelak sedikit

"Mestilah suka sebab CUTI SEKOLAH SAHAJA DAPAT KUMPUL RAMAI-RAMAI MACAM NI! SERONOKNYA!" Rizu meloncat-loncat di situ sambil tergelak bersama abang-abang dan kakak-kakak dia "Jom ke rumah Pizu!"

"Tapikan.. lebih seronok kalau main game menggunakan computer canggih si Emmy tu" kata Gopal sambil teringat balik dia, Boboiboy dan Fang termasuk ke dunia game hantu. Amat menakutkan bagi dia tapi menarik. Satu pengalaman yang baru untuk diri dia walaupun sebelum ini dia pernah masuk ke dalam dunia game tapi pengalaman itu berbeza dengan pengalaman dia di dalam game hantu kerana dia dapat berlawan dengan sendirinya. Padahal orang lain yang tukang lawan dengan game hantu bukan dia "Rizu, kita gunakan sistem canggih Emmy! Mesti lagi real dah lebih menyeronokkan!"

"Wuuu! Lily setuju!" Lily melompat-lompat sambil angkat tangan sebelah "Tapi seronok ke guna computer si Ammy tu?"

"Hehee.. mestilah seronok" jawab Boboiboy "Jom Rizu, kita main game dekat rumah Emmy. Mesti ada sesuatu yang menarik kita dapat main bersama"

"JOM!" Boboiboy baru hendak pegang tangan Rizu tetapi Fang menepis tangan Boboiboy "Heheee.. maaf abang Boboiboy. Abang Fang tak bagi"

"Hmmm.. takpe" Boboiboy tidak kisah sangat kerana dia tahu Rizu sangat sayangkan abang kesayangan dia itu sampai terikut sekali perangai nakal Fang "Kau pun nak ikut sekali ke Zakwan?"

"Macam menarik aje. Aku pun nak tengok macam mana makmal Emmy yang korang selalu ceritakan tu"

"Makmal dia memang menarik. Aku pernah masuk dalam makmal dia tanpa kebenaran Emmy" tergelak Ratu Lily di situ. Zakwan hanya gelengkan kepala "Hehehe.. tapi jangan bagitahu dia pulak. Habis aku nanti kena sedut dalam perangkap hantu dia tu" Lily tersenyum sinis sambil memandang belakang rambut putih Ratu Lily yang serba lurus seperti spagetti itu. Mereka semua berarak ke rumah Emmy beramai-ramai, tinggallah Ochobot seorang diri di kedai Tok Aba dengah hati yang sedih sebab tak dapat nak sertai mereka kerana dia terpaksa menjaga kedai tersebut sementara Tok Aba keluar sekejap. Lalu Kaizo dan Lynna temankan Ochobot di situ. Kaizo melihat buku latihan Gopal yang ditinggalkan di situ

"Siapa punya buku ni?" tanya Kaizo

"Siapa lagi, si Gopal lah" jawab Ochobot sambil membersihkan pinggan-pinggan yang telah digunakan tadi "Kapten Kaizo dan Lynna nak makan apa?"

"Bagi aku hot chocolate" jawab Kaizo dengan nada serius dia

"Saya nak hot chocolate juga"

"Baik!" Ochobot dengan serta merta keluarkan dua cawan putih sambil melihat Kaizo dan Lynna berborak mesra di situ "Errr.. boleh saya bertanya?"

"Tanya apa?" Lynna pandang Ochobot dengan senyuman manis dia

"Maaf kalau saya bertanya... tapi apa hubungan korang sebenarnya? Saya sebenarnya agak keliru.. hehehee"

"Kau nak tahu apa hubungan kita orang?" Kaizo angkat kening sebelah

"Ha ah! Sebab kadang-kadang nampak macam kawan, kadang-kadang nampak macam lebih daripada kawan"

"Jawapannya ialah dua-dua" Kaizo tersenyum sinis "Pilihlah mana satu yang kau suka"

"Ochobot jangan dengar cakap Kaizo tu.. dia hanya main-main sahaja" Ochobot garu-garu kepala besi dia yang bulat itu "Hehehee.. kasihan Ochobot sebab masih lagi keliru dengan hubungan kita orang. Bukan Ochobot sahaja tapi ramai yang keliru"

"Hmmm... tapi apa hubungan korang sebenarnya? Bagitahulah"

"Kau ni macam adik aku sahaja" kata Kaizo dengan nada garang dia. Lynna hanya tergelak di situ, selepas itu Kaizo tergelak sekali. Mereka terus berikan senyuman sinis kepada Ochobot

"Adeh.. susah betul kalau macam ni" Ochobot sambung balik buat air hot chocolate untuk mereka berdua

----------------------

"Ramainya orang datang ke rumah Emmy.. ini ada orang datang nak meminang Emmy ke?" Semua memberikan jelingan maut kepada Emmy yang berada di muka pintu rumah "Hehehee... Emmy main-main sahaja tapi korang semua datang ke sini sebab nak latihan tempur lagi ke?"

"Bukanlah kakak Emmy. Kami ke sini sebab nak main game tapi board game! Bolehkan?" kata Rizu

"Ha ah, kita orang semua nak main game dekat computer Emmy yang super canggih tu!"

"Oh begitu tapi abang badan besar kalau pasal main game, mesti bersemangat. Kalau pasal belajar, nombor satu dari belakang" kata Emmy. Gopal tersengih di situ sambil garu-garu kepala. Boboiboy, Fang, Yaya, Ying, Bella, Faye, Lily, Zakwan dan Ratu Lily ketawa sedikit. Rizu sudah pegang tangan Emmy untuk membawa mereka semua masuk ke dalam makmal yang canggih itu "Tak sabar betul si Rizu ni tapi kak Emmy memang ada board game yang kak Emmy cipta sendiri tapi adalah sedikit akak ambik dari board game-game yang lain. Mesti Rizu akan suka nanti"

"Mestilah suka! Pizu suka main game. Tahun lepas Pizu main game running man dengan abang Fang, kakak Lily, kakak Faye, kakak Ratu Lily dan juga kakak Bella. Hadiah dia, dapat dinner date dengan abang Boboiboy. Kakak Lily yang menang" Emmy hanya senyum sahaja mendengar cerita dari Rizu. Emmy berhenti di depan computer yang teramat besar, skrin computer itu amat besar dan ianya boleh mencecah sampai ke siling makmal itu. Emmy keluarkan keyboard dia dan lalu dia menekan beberapa butang. Di tepi mereka terdapat sebuah kiub besar dan lalu pintu kiub itu terbuka

"Sebelum kita masuk ke dalam kiub itu. Emmy nak cakap yang game ini perlukan 6 pasukan dua orang"

"BOLEHLAH LILY BERPASUKAN DENGAN BOBOIBOY!" Lily terus pegang tangan lengan Boboiboy. Lagi sebelah sudah dipegang oleh Ratu Lily "Wei pontianak! Lepaskan tangan bakal kekasih ku!"

"Tak nak! Aku pun nak satu pasukan dengan dia"

"Adeh, asyik nak berebutkan aku aje" bisik Boboiboy yang sudah naik muak dengan perebutan mereka berdua "SUDAHLAH! JANGANLAH BEREBUTKAN AKU LAGI!" Boboiboy lepaskan tangan mereka berdua. Dia sudah mula naik rimas "Aku satu pasukan dengan Gopal lah macam ni"

"ALAAAA!" terus duo Lily bersedihan muka. Emmy tergelak sahaja melihat gelagat mereka berdua

"Terima kasih kawan terbaik ku! Aku ingat tadi kau nak dengan si Fang aje, sampai aku kau lupakan" Gopal terus memeluk Boboiboy dengan bahagianya

"Hehehe.. ala, lagipun Fang mesti nak dengan adik kesayangan dia tu" Fang angguk tanda setuju dengan Boboiboy. Rizu gembira dengan keputusan Fang

"Kamu semua boleh masuk ke dalam kiub itu sekarang! Mari kita mulakan permainan kita sekarang!" Emmy menyuruh mereka masuk dulu dan dia akan masuk paling akhir sekali. Dia sebenarnya ada satu lagi tidak beritahu kepada mereka, bahawa computer dia akan pilih pasukan mereka nanti. Emmy hanya diam sambil tersenyum tersendiri di situ. Apabila semuanya sudah pun masuk ke dalam kiub itu, terus Emmy menekan satu butang ada di dalam kiub itu. Satu demi satu hilang dari situ

"WEEEE! KITA PERGI BERSERONOK!" Lily bertepuk tangan dan terus dia hilang dari kiub itu

------------------------

Kaizo rasa hairan ketika dia sedang minum air hot chocolatenya. Tiada bunyi bising ataupun gangguan daripada adiknya dan juga kawan-kawan adiknya, terutama sekali dari Lily. Dia melihat ke kiri dan ke kanan, keadaan di kedai Tok Aba amat tenang sekali

"Kenapa Kaizo?" tanya Lynna

"Hmmm.. aku cuma rasa hairan. Mana perginya budak-budak yang selalu dekat sini?"

"Oh, dia orang pergi rumah Emmy sebab nak main game" jawab Ochobot sambil berikan ice cream chocolate kepada Lynna

"Game? Tahu nak berseronok sahaja dia orang tu. Takpe, esok aku akan berikan mereka latihan tempur tahap sadis"

"Latihan tempur seperti hari tu ke?" tanya Lynna lagi

"Bukan.. latihan tempur versi sadis" Kaizo menghirup airnya "Tapi latihan tempur apa sahaja aku berikan, mereka dapat langsanakan dengan baik. Aku sangat kagum dengan mereka. Makin hari, semakin mahir mereka kecuali seorang tu"

"Maksud kau si Gopal tu"

"Yea, si Gopal tu" kata Kaizo "Asyik fikirkan pasal makanan sahaja. Macam mana nak jadi hebat macam kawan-kawan dia yang lain"

"Dia pun hebat juga walaupun suka sangat tukar macam-macam benda kepada makanan cuma dia tu penakut sikit"

"Betul kata Ochobot. Biarkanlah dia dengan cara dia. Kita semua ada cara tersendiri" kata Lynna secara lembut "Dia orang takde ni, kau tak nak pergi tenangkan fikirkan ke?"

"Hmmm... bagi aku fikirkan dulu" Lalu Kaizo fikir dengan begitu serius sekali. Lynna tergelak sahaja sambil makan ice cream chocolate dia "Kita pergi berjalan" jawab Kaizo

------------------------

Boboiboy dan Lily terkejut kerana mereka adalah dalam satu pasukan. Mata Lily bersinar-sinar melihat sebelah tempat duduk dia adalah Boboiboy. Mereka kini di dalam sebuah bola besar yang bernama oren. Di dalam bola itu terdapat dua tempat duduk dan juga satu skrin besar di hadapan mereka dan 5 skrin lain untuk melihat pasukan lain. Ada juga sistem perhubungan untuk mereka berhubung. Ada beberapa butang di situ, tangan Lily sudah menjadi gatal untuk menekan butang-butang itu

"Rasa nak tekan, rasa nak tekan.. RASA NAK TEKAN!" menjerit Lily di dalam kenderaan bola itu. Boboiboy terpaksa sabar dengan perangai pelik Lily

"Macam manalah Fang boleh bersabar dengan dia ni" bisik Boboiboy

"WHAT! MACAM MANA LILY BOLEH SATU PASUKAN DENGAN BOBOIBOY KU!" Mereka berdua terdengar suara jeritan dari Ratu Lily. Lily melihat skrin nombor 2 dan lalu dia ketawa besar di situ "UWAAAAA! Nak sama pasukan dengan Boboiboy!"

"Hahahaaa! Padan muka kau! Nasib aku begitu baik sekali. Betul tak Boboiboy?" Boboiboy angguk kepada Lily sambil tersengih kecil

"Kakak Ratu Lily jangan sedih. Emmy sudi sama pasukan dengan hantu" Emmy terus peluk Ratu Lily. Lily pula rasa macam nak peluk Boboiboy tetapi dia terdengar satu jeritan dari Fang

"APASAL AKU DAN BELLA SATU PASUKAN! INI TIDAK ADIL!"

"HAHAHAA! PADAN MUKA LANDAK! DAH LAH PASUKAN TERAKHIR SEKALI! HAHAHAAAA!" Lily ketawa terbahak-bahak di situ sambil melihat skrin nombor 6. Dia nampak aura-aura kegelapan Fang sudah keluar "Hehehee.. selamatlah Lily jauh daripada si landak tu"

"Oh, takpe.. aku akan kalahkan kau!" Fang tunjuk penumbuk depan skrin nombor 1 iaitu pasukan milik Boboiboy dan Lily

"Eleh, entah-entah pasukan aku akan kalahkan kau" datang pula suara Gopal "Aku sama pasukan dengan Zakwan tapi jangan buli aku yea" Gopal tersengih kepada Zakwan. Faye dan Yaya satu kumpulan, manakala Rizu dan Ying adalah pasukan yang lain. Boboiboy dan Lily adalah pasukan pertama. Ratu Lily dan Emmy pasukan kedua. Gopal dan Zakwan adalah pasukan ketiga. Yaya dan Faye adalah pasukan keempat. Ying dan Rizu adalah pasukan kelima dan paling akhir sekali adalah pasukan Fang dan Bella iaitu pasukan nombor enam

"Ok, peraturan dia. Board game ni seperti monopoly tapi kena pusing untuk satu round, dari garisan permulaan ke garisan penamat. Pasukan mana yang sampai dulu, dia adalah pemenangnya tapi sepanjang perjalanan korang, mesti ada rintangan atau cabaran yang akan diberi dan JANGAN GUNA KUASA!" kata Emmy kepada kawan-kawan dia semua "Pasukan yang menang, Emmy akan berikan sesuatu yang istimewa!"

"Siapa kalah akan menjadi kuli aku! HAHAHAAA" Terus Bella ketuk kepala Fang "WOI!"

"Kau ni, takde benda lain ke nak denda dia orang"

"Hmmm... yelah. Siapa kalah kena latihan tempur dengan abang aku selama seminggu" kata Fang sambil mengusap-usap kepala dia yang kena ketuk tadi "AKU AKAN PASTIKAN BOBOIBOY AKAN KALAH! Jom Bella, kita kalahkan dia orang"

"Eleh, Lily akan menang! LANDAK AKAN KALAH!"

"SUDAHLAH TU!" Menjerit yang lain kepada Fang dan Lily

"Adeh, sakit telinga Lily" Lily korek-korek telinga dia sebab terkena jeritan dari kawan-kawan dia "Kejap, macam mana kita nak tahu berapa langkah kita nak kena jalan?"

"Senang aje, tekan butang warna hijau dekat depan korang tu" kata Emmy. Boboiboy dan Lily nampak sebuah butang segi empat yang ada tulis SPIN "Nanti dekat tengah board tu ada sebuah roda besar yang akan putarkan dan akan berhenti dekat nombor mana yang korang kena jalan. Semuanya ada sembilan nombor. Semoga berjaya semua!" Masing-masing sudah tidak sabar untuk mulakan permainan mereka tapi bagi Fang dan Lily, ini adalah satu perlumbaan diantara mereka berdua. Bella terpaksa menjadi musuh sementara kepada kawan baik dia iaitu Lily kerana ingin puaskan hati Fang. Yaya, Ying, Faye dan Rizu tidak terlampau kisah sangat kalau mereka menang ataupun kalah. Mereka ingin berseronok bersama kawan sahaja

"Lily tekan boleh?"

"Boleh.. silakan" Lily telah mendapat kebenaran dari Boboiboy. Dia terus menekan butang SPIN itu dan lalu di skrin besar di hadapan mereka, terpaparlah roda besar sedang berputar. Boboiboy dan Lily berharap sangat mereka akan dapat nombor yang lebih tinggi tetapi ianya berhenti di nombor 3

"HAHAHAAAA!" Tergelak Fang. Boboiboy rasa tidak puas hati dengan Fang. Kenderaan bola Boboiboy dan Lily bergerak dengan sendirinya. Mereka maju kehadapan sebanyak 3 langkah dan terus berhenti. Di kotak itu, tiada apa-apa cabaran untuk mereka berdua. Seterusnya giliran Ratu Lily dan Emmy pula. Emmy menekan butang SPIN. Roda itu berputar lebih laju kali ini

"Nombor besar, nombor besar, nombor besar" Ratu Lily melihat di mana roda itu akan berhenti. Ianya terus berhenti di nombor 3 juga "Cheh, sama nombor dengan si Lily tu!"

"ALAAAAA! Pergilah main jauh-jauh!" kata Lily. Kenderaan Ratu Lily dan Emmy bergerak dan berhenti di sebelah kenderaan Boboiboy dan Lily "Asyik nak ikut ke mana sahaja Boboiboy ku pergi sahaja"

"Adeh, boleh pening aku kalau macam ni" bisik Boboiboy sambil mengurut dahinya. Pasukan ketiga pula berjalan kali ini, roda yang telah diputarkan oleh mereka tadi berhenti di nombor 5

"HAHAHAAA! Aku jalan lebih jauh daripada korang" gelak Gopal

"Jauh apa kebendanya.. cuma beza satu petak aje kot" kata Zakwan yang tidak puas hati sebab satu pasukan dengan Gopal

"Tapi... kita terkena cabaran" Lalu skrin itu tertulis cabaran untuk Gopal dan Zakwan "Cabaran kita adalah, kita perlu lagu cinta untuk salah seorang ahili pasukan lain" Gopal pandang kearah Zakwan dan terus dia tersenyum "Hah! Kau nyanyikan kepada sesiapa yang kau suka"

"Errr.. apa kata kau nyanyi aje. Lagipun cabaran ni senang sangat"

"Aku pulak.. kau lah. Suara aku sesuai untuk lagu hindustan aje"

"Aku mana reti nyanyi!"

"Woi, nyanyi ajelah!" marah Fang di skrin nombor 6 yang sudah bosan menunggu kegiliran dia untuk berjalan. Lalu Zakwan main hentam sahaja lagu yang terlintas di kepala dia

"Lagu ni khas untuk Emmy. Harap adik Emmy suka yea" kata Zakwan sambil melihat skrin nombor dua. Emmy tersebut sambil berikan peace kepada Zakwan

You've got a friend in me
You've got a friend in me
When the road looks rough ahead
And you're miles and miles
From your nice warm bed
You just remember what your old pal said
Boy, you've got a friend in me
Yeah, you've got a friend in me

You've got a friend in me
You've got a friend in me
If you've got troubles, I've got 'em too
There isn't anything I wouldn't do for you
We stick together and can see it through
Cause you've got a friend in me
You've got a friend in me

Some other folks might be
A little bit smarter than I am
Bigger and stronger too
Maybe
But none of them will ever love you
The way I do, it's me and you

Boy, and as the years go by
Our friendship will never die
You're gonna see it's our destiny
You've got a friend in me
You've got a friend in me

"YEAHH! Terima kasih abang buli" Berkerut-kerut dahi Zakwan "Heheheee... tapi abang memang suka buli abang Fely dulu"

"Hmm.. memang pun" kata Zakwan secara perlahan. Gopal hanya tergelak sahaja. Seterusnya adalah giliran Yaya dan Faye untuk jalan. Roda itu berputar-putar dan terus berhenti di nombor 8. Kenderaan bola milik mereka terus bergerak dan melintas 3 pasukan yang ada di hadapan mereka

"Bye bye Gopal!" kata Faye di skrin nombor 3 "WAH! Kita dapat card peluanglah" Mereka baca di skrin besar "Kita boleh guna sekarang ataupun guna pada lain masa" Mereka baca card itu secara senyap supaya pasukan lain tidak dapat tahu apakah peluang yang mereka terima. Card peluang itu menyatakan mereka boleh undurkan pasukan lain sebanyak 5 petak. Yaya dan Faye tersenyum dan pilih untuk simpan card peluang itu

"Ini mesti nak gunakan untuk kenakan salah satu daripada kitakan" kata Fang. Yaya dan Faye buat-buat tidak dengar sahaja

"PIZU DAN KAKAK YING PULAK UNTUK BERJALAN!" Terus Rizu tekan butang SPIN. Roda itu berputar-putar dan berhenti di nombor 6 "YEAH! Kita dapat nombor 6"

"Yeahh!" Ying turut gembira bersama dengan Rizu "Kita dapat lintas pasukan lain!" Lily dan Ratu Lily buat muka sedih sebab pasukan mereka dipintas oleh pasukan lain. Kenderaan Ying dan Rizu bergerak ke depan. Rizu siap lambai-lambai kepada 3 pasukan pertama iaitu Boboiboy, Gopal, Lily, Ratu Lily, Emmy dan Zakwan

"Sekarang giliran aku pula!" kata Fang secara tiba-tiba selepas sahaja kenderaan Ying dan Rizu berhenti di petak mereka. Bella tekan butang SPIN dan sudah tidak sabar untuk melihat nombor berapa mereka akan dapat tetapi mereka mendapat gelakan terkuat daripada Lily kerana roda itu berhenti di nombor 2 "TAK GUNA PUNYA RODA! AKU AKAN HEMPUK KAU DENGAN KERUSI!"

"WOI! Boleh bersabar tak. Nanti lepas ni kita dapatlah potong mereka tu" kata Bella yang sedang bersabar dengan sikap panas baran Fang yang suka sangat nak menang "Aku pun nak menang tapi kita kena bersabar dan yakin!"

"Bella, Lily tak yakin sebab si landak tu lahir bulan gelap.. bulan amat malang buat diri dia.. HAHAHAHAAA!" Aura-aura kegelapan Fang keluar. Dia sedikit lagi hendak bertukar menjadi hantu bayang. Selamatlah Bella tidak begitu takut dengan bayang Fang. Kenderaan mereka berhenti di belakang dua pasukan lain. Sudah tiba giliran Boboiboy dan Lily untuk bergerak balik. Lily tekan butang SPIN, dan mata dia ikut sahaja roda itu berpusing sehinggalah ianya berhenti di nombor 9 "YAHOOOOOO! Kita dapat larikan diri jauh daripada si ratu pontianak dan si landak!" Kenderaan mereka mula bergerak ke depan. Lily sempat lagi menjelir lidah kepada Ratu Lily. Berapi-api Ratu Lily. Emmy mengusap-usap lengan Ratu Lily supaya bersabar

"Ratu Lily sabar ok. Kita disini untuk berseronok sahaja" kata Emmy. Dia melihat skrin besar dan kenderaan Boboiboy dan Lily sudah pun berhenti di petak nombor 12. Dia terus menekan butang SPIN kerana sudah tiba untuk giliran mereka pula. Roda itu mula berpusing dan berhenti di nombor 5. Kenderaan mereka bergerak dan memintas 2 pasukan iaitu Gopal, Zakwan, Ying dan Rizu. Mereka berhenti di sebelah pasukan Yaya dan Faye

"Kita dapat card peluang!" kata Ratu Lily dengan gembiranya "Si pelik langsung tak dapat apa lagi! Hahahahaaa!" Lily bermasam muka dengan Ratu Lily. Ratu Lily dan Emmy baca card peluang mereka. Card itu menyatakan bahawa mereka boleh bertukar kedudukan mereka dengan pasukan lain

"Kita simpan dulu card ni" kata Emmy

"Akak setuju! Silakan jalan wahai dua lelaki kacak" kata Ratu Lily kepada Gopal dan Zakwan. Mereka berdua melihat roda itu berputar setelah Zakwan menekan butang SPIN dan ianya terus berhenti di nombor 7. Kenderaan yang dinaiki oleh mereka terus maju ke depan. Ia bergerak sehingga berhenti di sebelah kenderaan Boboiboy dan Lily. Tiada cabaran yang diterima oleh mereka kali ini, seperti Boboiboy dan Lily

"Giliran kami pula untuk jalan!" kata Yaya dan Faye secara serentak. Mereka tekan butang SPIN bersama. Roda itu berputar-putar dan jatuh di nombor 5. Kenderaan mereka bergerak secara tersendirinya. Mereka dapat memintas dua pasukan di hadapannya dan terus berhenti di depan dua pasukan lain iaitu pasukan pertama dan pasukan ketiga

"Kita dapat card peluang lagi sekali" kata Yaya

"Hehehehee.. nasib kita begitu baik sekali" Faye terus membaca card peluang itu bersama Yaya "WAH! Kita dapat maju ke depan sebanyak 5 tapak! YAHOOO!" Fang rasa cemburu pula dengan pasukan Yaya dan Faye kerana pasukan dia paling belakang sekali. Kenderaan Yaya dan Faye bergerak ke depan dan berhenti di petak nombor 18 iaitu petak untuk cari pasal dengan pasukan lain. Mereka tersenyum sinis di situ dan yang lain, terus menelan ludah. Fang sedang keluarkan aura-aura kegelapan dia

"Dia kata dekat sini, adakah kamu mahu cari pasal dengan pasukan lain ataupun tidak? Yes or No?" Terkeluar dua butang yang ada tulis Yes dan No "Macam mana Faye?"

"Hmm.. masih awal lagi, apa kata kita cari pasal selepas ini sahaja kalau dapat peluang"

"Baiklah Faye, Yaya setuju" Yaya terus menekan butang NO "Nasib korang semua memang baik. Jadi kami tak nak cari pasal dengan sesiapa sebab kami berdua adalah gadis yang baik dan berlemah lembut"

"Betul tu!" kata Faye dengan banggannya. Roda pun telah diputarkan, Rizu yang menekan butang SPIN tadi kerana dia sudah tidak sabar. Roda itu berhenti di nombor 4 dan terus kenderaan Ying dan Rizu bergerak tetapi mereka berhenti di petak yang malang buat mereka

"HAH! Haiyaaa... kita tak boleh berjalan selepas ini. Dia cakap Misses a Turn"

"ALAAAA!" Rizu buat muka sedih "Mesti kita paling last nanti"

"Jangan risau maaa..." Ying belai kepala Rizu. Mereka terus melihat skrin dan nampak roda itu berhenti di nombor 9. Kenderaan pasukan Fang dan Bella bergerak ke depan dan terus berhenti di depan petak Ying dan Rizu. Mereka kini di petak nombor 11, di depan mereka adalah pasukan pertama dan ketiga

"Yes! Aku akan kejar kau BOBOIBOY!" Fang dengan berlagaknya, dia tidak sabar untuk memotong pasukan Boboiboy dan Lily

"Eleh, kejarlah sampai dapat sebab sekarang giliran aku untuk bergerak" Boboiboy menekan butang SPIN dan kali ini roda itu berhenti di nombor 6. Kenderaan pasukan mereka bergerak ke depan dan berhenti di sebelah pasukan Yaya dan Faye. Mata Lily bersinar-sinar kerana dia dapat cari pasal dengan pasukan lain. Dua butang keluarkan dan serta merta Lily menekan butang YES

"LILY NAK CARI PASAL DENGAN LANDAK!"

"APA!" Terkejut Fang dan Bella. Di hadapan skrin pasukan 6 iaitu Fang dan Bella, mereka terpaksa lakukan cabaran. Kalau gagal, mereka akan berundur sebanyak 5 tapak

"YEAHH! Lily sudah kenakan landak dan Bella! semoga berjaya" Lily lambai-lambai di hadapan skrin nombor 6. Fang berapi-api dengan Lily dan Boboiboy hanya tersenyum sinis sahaja, yang lain hanya sabar sahaja tapi ada sedikit kelegaan. Fang dan Bella baca apakah cabaran mereka

"Kita dipaksa makan biskut Yaya" sebuah laci di depan mereka terbuka dan keluarkan biskut Yaya sebanyak 4 keping "Sorang makan dua tapi kalau salah seorang daripada kita pengsan atau dua-dua pengsan, kita terpaksa berundur sebanyak lima tapak" kata Fang sambil melihat biskut Yaya. Dia bayangkan ada aura-aura hitam keluar dari biskut itu. Bella mengambil dua biskut Yaya dan dua lagi, diambil oleh Fang. Mereka menelan ludah melihat biskut itu. Lily dan Boboiboy tergelak-gelak di dalam kenderaan mereka. Yaya tidak puas hati sebab biskut dia jadi sebahagian permainan mereka

"Sabar ajelah Yaya" kata Faye "Jom kita tengok dia orang pengsan ke tak" Faye tergelak melihat skrin nombor 6. Fang dan Bella melihat sesama sendiri dan terus mereka masukkan kedua biskut Yaya ke dalam mulut. Mereka telan tanpa kunyah biskut itu. Muka Bella sudah naik hijau, sama seperti Fang tetapi mereka tahan selama 10 saat supaya tidak pengsan. Kawan-kawan mereka buat kiraan 10 saat dan akhirnya Fang dan Bella berjaya. Emmy telah sediakan ubat di setiap kenderaan mereka. Ubat untuk pulihkan mereka daripada terkena sakit perut tetapi mereka tidak sempat untuk minum ubat itu sebab mereka sudah pun pengsan

"Kasihan landak pengsan" kata Lily sambil gelengkan kepala. Pasukan nombor enam akhirnya dapat maju ke depan sebanyak 5 tapak dan mereka berhenti di petak nombor 16, tidak jauh daripada Boboiboy dan Lily. Berbaloi juga mereka tahan diri mereka daripada pengsan selama 10 saat

"Sekarang giliran aku untuk berjalan!" gelak Ratu Lily sekuat hati sambil menekan butang SPIN. Ratu Lily dan Emmy melihat roda itu berputar dan akhirnya berhenti di nombor 7. Mereka berhenti di petak 15, belakang Fang dan Bella. Mereka terpaksa dikena cabaran "WHAT! TIDAKKK!"

"Apa cabaran kita?" tanya Emmy yang berharap sangat cabaran mereka tidak begitu dasyat sangat. Skrin itu keluarkan cabaran untuk mereka berdua "Cabaran kita adalah.. kita kena panjat tiang yang tinggi tu untuk mendapatkan plushie Boboiboy" Emmy tersengih sambil tunjuk tiang tinggi sampai ke langit di skrin besar mereka. Ratu Lily dan Emmy terus hilang dari dalam kenderaan mereka. Ratu Lily dan Emmy muncul di depan tiang tinggi itu

"Heheheee... Aku akan panjat tiang ini untuk mendapatkan Boboiboy ku!" kata Ratu Lily yang penuh keyakinan

"Semoga berjaya!" kata Emmy

"SEMOGA TIDAK BERJAYA!" Kata Lily pula yang berada di dalam kenderaan dia. Lily melihat skrin besar itu dengan penuh tumpuan dia. Hati dia berdebar-debar melihat Ratu Lily mula panjat tiang yang gemuk itu. Ratu Lily menggunakan kekuatan badan dia dan juga sehelai kain untuk lilit tiang itu. Kalau dia jatuh, mereka akan gagal dalam cabaran itu dan mereka terpaksa berundur kebelakang sebanyak 5 tapak. Dia mula memanjat secara perlahan. Emmy hanya memandang dengan senyuman dia

"Aku akan... berjaya.." kata Ratu Lily yang tidak mahu mengalah. Dia sudah panjat sedikit dan baru hendak sampai ke tengah tiang. Perjalanan dia memang panjang "Aku adalah.. Ratu tidak akan mudah.. mengalah" Dia menarik nafas dan teruskan memanjat "Adeh.. penat aku tapi... AKU TIDAK AKAN MENGALAH!" Dia sebenarnya sudah keletihan tetapi dengan semangat dia yang sangat tinggi. Dia akan ambil anak patung plushie Boboiboy yang terletak di atas tiang itu. Tiba-tiba sahaja badan dia meluncur ke bawah sampai ke tanah. Mereka gagal dalam cabaran itu. Ratu Lily dan Emmy hilang dan muncul kembali ke dalam kenderaan mereka

"TIDAKKKKK!" menjerit Ratu Lily

"YAHOOOOO! HAHAHAAA! Ratu pontianak gagal!" mata Lily bersinar-sinar melihat kegagalan pasukan Ratu Lily dan Emmy

"Kasihan kakak Ratu Lily" kata Rizu yang berada di kenderaan lain bersama Ying "Pizu harap kita tak perlu panjat tiang tu" Ying angguk sahaja. Pasukan Ratu Lily dan Emmy berundur kebelakang dan mereka berhenti di sebelah pasukan Ying dan Rizu. Mereka terkena di petak misses a turn seperti Ying dan Rizu terkena tadi. Ratu Lily dan Emmy rasa sedih tapi mereka akan berusaha lebih kuat selepas ini. Sekarang giliran Gopal dan Zakwan. Mereka sudah putarkan roda itu dan akhirnya berhenti di nombor 5. Kenderaan mereka bergerak ke depan dan berhenti di antara nombor 16 dan 18. Gopal dan Zakwan berada di tengah-tengah antara tiga kumpulan. Belakang mereka adalah Fang dan Bella dan di depan mereka adalah Boboiboy, Lily, Yaya dan Faye. Mereka terselamat daripada apa-apa cabaran

"Kita pula untuk berjalan!" kata Faye dengan suara ceria dia "Mari kita putar!" terus Faye menekan butang SPIN. Yaya dan Faye berharap mereka dapat nombor yang besar tetapi roda itu berhenti di nombor 4. Kenderaan mereka bergerak. Faye sempat memberikan lambaian kepada Lily "Bye Lily!"

"Bye Faye!" kata Lily dengan senyuman dia. Mereka berhenti di petak nombor 22. Mereka terselamat kerana di depan mereka adalah petak cabaran

"Fuh, selamat tak kena" kata Faye. Ying dan Rizu terpaksa menunggu sebab peluang mereka untuk berjalan belum sampai lagi. Fang dan Bella yang baru sedar dari pengsan, sudah pun putarkan roda mereka. Bella melihat roda itu berhenti di nombor 8. Kenderaan pasukan mereka bergerak ke depan dan berjaya memintas Boboiboy dan Lily. Mereka bergerak lagi sehingga mereka memintas Yaya dan Bella. Akhirnya mereka berhenti di petak nombor 24

"Yes! Tiada cabaran apa-apa tapi bila kita nak dapatkan card peluang"

"Sabarlah Fang, nanti ada ler tu tapi yang penting kita berjaya memotong dua pasukan! HAHAHAAA!" ketawa Bella di situ

"Sukanya kawan baik aku tapi sekarang giliran kita pulak!" Lily menekan butang SPIN. Roda itu berputar-putar dan mata Lily seperti mahu berputar juga. Mata dia melihat nombor mana dia dan Boboiboy akan dapat "Nombor besar please"

"Nombor 8 juga! MAJU KE DEPAN!" kata Boboiboy dengan perasaan gembiranya. Fang sudah mula bermasam muka "Yeahh! nampaknya kita berjaya memintas Fang"

"Betul tu landak!" Lily dengan senang hati melambai-lambai ke arah Fang dan Bella tetapi kegembiraan mereka terhenti di situ kerana mereka berhenti di petak 26. Petak untuk makan dan berundur sebanyak 5 petak "WHATTTT! INI TIDAK ADIL!" kata Lily yang tidak percaya apa yang sudah terjadi kepada diri dia dan Boboiboy. Sebuah laci terbuka dan terkeluarlah kek chocolate untuk Boboiboy dan Lily. Mereka terpaksa makan kek itu sampai habis. Kalau tak makan, mereka akan bermula di garisan permulaan lagi sekali. Boboiboy dan Lily makan kek itu dengan hati yang sedih

"HAHAHAHAAAA! Nampaknya keadilan memihak kepada kita!" Fang tergelak dengan berlagaknya. Bella pun turut tergelak juga. Kawan-kawan mereka yang lain, sabar sahaja dengan perangai mereka berdua. Ratu Lily dan Emmy tidak dapat bergerak. Jadi mereka terpaksa menunggu pasukan lain habis bergerak dulu baru mereka boleh berjalan selepas itu

"Sekarang giliran aku pula" Gopal terus menekan butang SPIN "NOMBOR BESAR! NOMBOR BESAR!"

"Wang besar! Wang besar!"

"Dey, ingat ni roda impian ke apa" Zakwan tersengih. Mereka berdua terus pandang ke skrin besar dan roda itu sudah pun berhenti di nombor 7 "YAHOOO! NOMBOR TUJUH!" Mereka bergerak ke depan. Mereka dapat memintas Boboiboy, Lily, Yaya dan Faye

"Kita sama kedudukan dengan budak dua orang ni" kata Zakwan sambil tunjuk ke arah skrin nombor 6 iaitu Fang dan Bella "Aku rasa macam nak kalahkan si Fang ni aje.. hehehe"

"Samalah kita" Gopal tersenyum sinis bersama dengan Zakwan

"WOI! Apasal ramai sangat nak kalahkan aku?"

"Sebab kau tu kan suka sangat nak menang. Mestilah ramai nak kalahkan kau" kata Boboiboy kepada Fang "Jadi, mari kita ramai-ramai untuk kalahkan Fang!"

"Tapi Pizu nak abang Fang menang" kata Rizu dengan suara comelnya "Hehehe.. Pizu akan pastikan abang Fang menang!" Berair-air mata Fang, dia mengusap air matanya kerana rasa sangat terharu dengan adik kesayangan dia

"Terima kasih Rizu" bisik Fang

Roda sudah pun diputarkan oleh Yaya dan Faye. Roda mereka berhenti di nombor 4. Kenderaan mereka bergerak terus ke petak nombor 26 tetapi, nasib mereka sama seperti Boboiboy dan Lily tadi "ALA!" jerit Faye

"Hehehehe.. jangan risaulah, ini kan game sahaja. Mesti kita dapat bangkit selepas ini" kata Yaya sambil berikan sekeping kek chocolate kepada Faye. Kenderaan mereka terpaksa berundur dan berhenti di sebelah kenderaan Boboiboy dan Lily. Rizu sudah pun menekan butang SPIN. Roda itu berhenti di nombor 5, terus kenderaan mereka bergerak dan berhenti di petak Peluang

"Yes! Kita dapat peluanglah Rizu!" kata Ying sambil membaca card peluang mereka

"WAH! KITA DAPAT TUKAR KEDUDUKAN DENGAN PASUKAN LAIN! PIZU NAK TUKAR TEMPAT DENGAN ABANG GOPAL!" Terus kenderaan mereka hilang dari situ dan muncul di petak nombor 24, bersebelahan dengan kenderaan Fang dan Bella. Gopal dan Zakwan terpaksa ke petak peluang tetapi malangnya, mereka tidak dapat card peluang

"Hahahaa! manyak bagus ini budak" Rizu tersenyum kepada Ying "Sekarang kita sudah ke depan"

"Adeh, kita pulak dekat belakang" kata Gopal dengan perasaan sedih dia

"Sabar ajelah dengan budak kecik ni" bisik Zakwan

"Hahahaa! Giliran kita orang pulak" Fang terus putarkan roda itu dan lalu ianya berpusing begitu cepat. Ramai inginkan pasukan Fang dan Bella terkena cabaran sebab semuanya tak puas hati dengan mereka berdua. Roda itu berputar lagi dan akhirnya berhenti di nombor 6 "Bye semua!" Fang lambai kearah kawan-kawan dia. Rizu membalas lambaian abang kesayangan dia. Kenderaan Fang dan Bella bergerak dan perasaan mereka rasa sangat gembira tetapi apa yang terjadi seterusnya

"MISSES A TURN! NOOOOO!" menjerit Fang dan Bella

"HAHAHAHAAA! PADAN MUKA LANDAK!"

"BERLAGAK LAGI!" kata Gopal

"Hehehee.. kasihan mereka" ketawa Yaya

"Kasihan abang Fang" Rizu pula rasa sedih

"Tak perlu rasa sedih Rizu! Akak akan kejar mereka!" Lily tekan butang SPIN dan mereka terkena nombor 5 "Alamak"

"Kenapa Lily?"

"TIDAKKKKK!" Lily tahu apa yang akan terjadi. Kenderaan mereka bergerak ke depan dan berhenti di petak 26. Mereka kena makan kek chocolate lagi dan kembali balik ke petak 21

"TIDAKKKK!" Kali ini Boboiboy pula menjerit. Mereka berdua terpaksa menerima kenyataan

"HAHAHAAAA! GELAKKAN ORANG LAGI!" Ketawa Fang sepuas-puasnya. Bella terpaksa menepuk kepala Fang tetapi Fang hanya abaikan sahaja, janji dia akan gembira "Hehehee.. cakap padan muka yea tadi, sekarang rasakan!" Lily menjelir lidah kepada Fang

"Kasihan dia orang" kata Emmy. Akhirnya mereka dapat berjalan, lalu Emmy menekan butang SPIN tetapi nasib mereka lagi malang. Mereka cuma dapat bergerak ke depan sahaja iaitu satu langkah sahaja

"Adeh, memang malang betul nasib kita" kata Ratu Lily

"Takpelah Ratu Lily, asalkan kita berseronok" Ratu Lily peluk Emmy

"Ratu pontianak memang malang" jawab Lily sambil gelengkan kepala

"Tapi takpe.. jagalah dia orang sekejap lagi" Ratu Lily tersenyum sinis sambil memandang ke arah skrin nombor 1 iaitu pasukan Boboiboy dan Lily. Giliran Gopal dan Zakwan untuk putarkan roda mereka. Zakwan tekan butang SPIN dan roda itu berputar-putar. Roda itu berhenti di nombor 5. Kali ini mereka berhenti di petak nombor 20 dan mereka dapat cari pasal dengan pasukan mana-mana

"Heheehee... dengan siapa kita nak cari pasal" kata Gopal sambil melihat kawan-kawan dia yang lain

"Kita cari pasal dengan budak kecik yang tukar kedudukan kita tadi" Zakwan ingin membalas dendam terhadap Rizu dan Ying

"ERKK! JANGANNN!" Jerit Ying tetapi Rizu menerima sahaja. Zakwan menekan butang YES dan akhirnya, 4 keping biskut petai keluar dari laci kenderaan Ying dan Rizu "Kita kena makan biskut petai buatan Lily ni"

"Oh!" Rizu terus makan dua keping biskut petai dan lalu dia telan. Rizu tersenyum di situ. Semua terkejut kerana Rizu tidak pengsan

"Aik, peliknya aku" Ying merasa biskut petai itu "Hmmm... rasanya ok sahaja" Lalu dia makan biskut itu dengan senang hati. Mereka tidak gagal dan kenderaan mereka maju ke depan sebanyak 5 tapak dan berhenti di petak nombor 29

"APASAL KORANG MAKAN TAK PENGSAN!" marah Fang yang cuba mengamuk di dalam kenderaan dia

"Sebab kau tu alien pelik. CUBALAH DUDUK DIAM! Menyampah betul aku sama pasukan dengan si panas baran ni" Fang bermasam muka dengan Bella. Mereka bertentangan mata dengan hati mereka yangs sedang berapi-api. Akhirnya mereka berpaling muka. Sedang mereka asyik bermasam muka, Gopal telah pun putarkan roda dan roda mereka berhenti di nombor 6

"Errrr... alamak"

"Apasal Zakwan?"

"Aku buat kiraan.. bahawa nasib kita sama seperti pasukan pertama dan pasukan empat" Zakwan menepuk dahinya. Kenderaan mereka bergerak terus ke petak nombor 26. Laci mereka keluarkan dua kek chocolate

"Hehee.. aku tak kisah pun sebab aku dapat makan kek chocolate" Zakwan menepuk dahinya lagi. Kenderaan mereka berundur kebelakang dan berhenti di tengah antara pasukan pertama dan pasukan keempat. Yaya dan Faye berdoa agar mereka dapat melintasi nombor 26 itu. Jadi mereka menekan butang SPIN bersama. Hati mereka berdebar-debar melihat putaran roda itu. Makin lama makin perlahan dan akhirnya roda itu berhenti di nombor 4

"Fuh! tinggal satu tapak aje lagi nak kena nombor 26 tu" kata Faye

"Nasib kita memang baik" kata Yaya. Kenderaan mereka berdua bergerak ke petak nombor 25. Mereka terselamat di situ. Ying dan Rizu pula untuk berjalan, roda mereka sudah pun diputarkan dan ianya berhenti di nombor 1. Mereka bergerak ke depan dan berhenti di sebelah Fang dan Bella

"Haiyaa.. misses a turn lagi" kata Ying dengan perasaan kecewa dia. Rizu turut sedih dan kecewa juga. Mereka terdengar gelakan dari Gopal dan Zakwan

"Hahahaa.. pergi tukarkan kedudukan kita orang apasal, kan dah kena" kata Gopal

"Banyak bersabar yea Rizu.. nanti kita akan dapat berjalan juga" kata Ying. Rizu tersenyum sedikit walaupun ada air mata yang sudah terkeluar. Fang dan Bella tidak dapat bergerak, jadi mereka menjadi penunggu di situ. Boboiboy dan Lily tergelak sedikit melihat nasib pasukan nombor 6. Boboiboy menekan butang SPIN agar nasib mereka berubah. Roda berputar secara laju dan akhirnya berhenti di nombor 3. Mereka rasa lega sedikit. Kenderaan mereka bergerak ke depan dan berhenti di petak nombor 24

"Giliran kami pula" kata Ratu Lily dengan tersenyum sinisnya "Aku mahu gunakan card peluang aku! IAITU MENUKAR KEDUDUKAN DENGAN PASUKAN LAIN! DAN KAMI TELAH MEMILIH PASUKAN BOBOIBOY DAN LILY!"

"WHAT!" Terkejut Lily "TIDAKKKK! Tapi sanggup kau tukar kedudukan dengan Boboiboy kesayangan kau"

"Takpe, asalkan aku dapat kalahkan kau! MUAHAHAHAHAHAAA!" Kenderaan milik Ratu Lily dan Emmy hilang dari petak nombor 11 dan muncul di petak nombor 24. Boboiboy dan Lily sudah pun berada di petak 11. Lily menangis di dalam kenderaannya kerana mereka adalah pasukan paling belakang sekali

"UWAAA! MACAM MANA NAK KALAHKAN LANDAK! CARD PELUANG LANGSUNG TAKDE!" Boboiboy terpaksa pujuk Lily dan Ratu Lily terpaksa menerima padahnya. Dia rasa cemburu sedikit tetapi asalkan dia bukan lagi pasukan paling akhir. Ratu Lily dan Emmy tidak dapat putarkan roda kerana mereka sudah gunakan card peluang. Jadi kini menjadi giliran Gopal dan Zakwan. Roda itu telah pun diputarkan. Mata Gopal dan Zakwan mengikut roda itu berputar dan akhirnya berhenti di nombor 2. Mereka terselamat kerana tiada apa-apa yang berlaku di petak 23. Ying dan Rizu tidak dapat bergerak, jadi kini giliran Fang dan Bella untuk putarkan roda mereka

"Bagi aku nombor besar!" kata Fang sambil tekan butang SPIN itu. Roda itu berputar-putar di skrin mereka berdua. Bella juga berharap dapat nombor besar tetapi roda itu berhenti di nombor 4

"Ala.. tapi berharap sangat bukan apa-apa yang menyebabkan kita terpaksa berundur kebelakang"

"Aku pun begitu Bella" kata Fang yang sudah berdebar-debar. Kenderaan mereka berjalan ke depan dan berhenti di nombor 34. Tiada apa yang berlaku di situ. Mereka sudah menghampiri garisan penamat "Yes! Nampaknya kita sudah semakin hampir!"

"Adakah kita akan menang?" kata Bella yang hati dia penuh dengan debaran "Tapi kita tak boleh terlalu gembira sangat. Apa-apa sahaja boleh terjadi nanti"

"Betul tu" kata Fang sambil melihat Bella dengan senyuman kegembiraan dia. Dia tidak dapat menutup kegembiraan dia. Lily mula menangis lagi kerana tidak dapat mengalahkan pasukan Fang dan Bella kerana mereka sudah berada di tempat yang jauh

"Jangan risaulah Lily. Sekarang giliran kita pula" kata Boboiboy sambil menekan butang SPIN. Roda itu terus berputar dengan lajunya tetapi Lily tidak begitu berharap sangat kerana dia tahu, dia akan kalah juga. Akhirnya roda itu berhenti di nombor 7. Apakah yang akan terjadi kepada mereka nanti. Kenderaan itu bergerak terus ke depan sehingga mereka berhenti di petak nombor 18 iaitu petak cari pasal dengan pasukan lain

"HEHEHEEE!" Lily tersenyum sinis di hadapan skrin nombor 6 iaitu Fang dan Bella. Jari dia sudah menekan butang YES "HAHAHAA! Jagalah korang!"

"Adeh.. tapi aku akan menghadapi segala cabaran yang kita dapat!" kata Fang dengan begitu semangat sekali. Kali ini dia yakin, dia akan berjaya merentasi apa jua cabaran yang akan diberi. Skrin besar di depan Fang dan Bella menunjukkan beberapa gelung dan sebatang penyapu

"Errr... kau tahu kan movie harry potter?" tanya Bella. Fang angguk "Aku rasa, kau patut buat dalam cabaran ni sebab aku mana reti terbang"

"Wei, kau ingat aku reti ke.. aku tahu menunggang helang bayang aku aje"

"Habis tu.. kau nak aku suruh aku pulak" marah Bella

"Kau lah yang buat"

"Isk kau! Kalau aku gagal macam mana?" Fang mula berfikir. Boboiboy, Gopal, Zakwan dan Lily tergelak kerana mereka pasti Fang dan Bella akan gagal "Disebabkan ada orang tengah gelakan kita. AKU AKAN TERIMA CABARAN INI!" Terus dia hilang dan tinggallah Bella di dalam kenderaan itu bersendirian. Mereka semua dapat menyaksikan Fang menunggang penyapu itu di skrin sahaja. Fang muncul di atas penyapu dan di hadapan dia sudah tersedia beberapa gelung yang terapung di atas udara

"Aku akan pastikan kita berjaya!" kata Fang dengan penuh semangat

"YEAHH! ABANG FANG JADI HARRY POTTER!" Rizu bertepuk tangan sambil melihat abang kesayangan dia beraksi. Fang sudah mulakan cabaran dia. Kalau dia gagal, mereka akan berundur kebelakang sebanyak 5 tapak. Dia tidak akan biarkan berlaku. Dia dapat mengawal penyapu dia dengan sempurna. Dia masuk ke gelung yang pertama dan terus kedua. Semuanya ada 20 gelung dalam pelbagai saiz. Hati Bella berdebar-debar melihat Fang mengawal penyapu itu lalu di tengah-tengah gelung tersebut. Fang sudah melalui 7 gelung kecil dan besar. Selepas itu dia terpaksa naik ke atas sedikit kerana gelung itu berada di atas. Dia menaiki dengan begitu perlahan supaya dia dapat mengawal penyapu dia. Dia perlu berhati-hati dan terus masuk ke gelung nombor 8 dan dia terus menjunam ke bawah kerana gelung kecil berada di bawah. Ada dua gelung kecil di situ dan dia menunggang penyapu dia begitu laju sekali. Dia sudah pun yakin dengan tunggangan dia. Lalu dia dapat masuk ke dalam gelung nombor 9 dan 10. Seterusnya gelung nombor 11. Ianya berada jauh sedikit tapi Fang yakin dia dapat merentasi gelung itu

Bella berdebar-debar menyaksikan terbangan Fang yang penuh dengan kawalan. Lily mengigit-gigit kuku dia kerana dia tidak mahu Fang berjaya "Please lah jatuh, please lah jatuh" kata Lily. Gopal dan Zakwan juga sama seperti Lily. Hati mereka berdengup begitu laju. Gopal menutup mukanya bukan kerana takut jatuh tetapi takut Fang berjaya dalam cabaran dia. Rizu dan Ying menyokong Fang supaya dia berjaya, sama juga seperti pasukan Yaya dan Ying. Mereka tiada sifat dendam ataupun mahu menang. Ratu Lily dan Emmy melihat sahaja Fang melalui gelung ke 12 dan 13. Ratu Lily ingin Fang jatuh tetapi dia tahu Fang tidak akan mudah mengalah. Mereka juga ingin menang tapi semuanya ini hanyalah permainan sahaja

Fang berjaya melalui gelung kecil iaitu gelung ke 14, 15, 16, 17 dan 18. Tinggal dua lagi. Fang perlu tumpukan perhatian kepada dua gelung yang terakhir

"GO FANG GO FANG!" Bella meloncat-loncat di atas kerusi kenderaan dia "YOU CAN DO IT!"

"Lily tak nak tengok" Lily menutup matanya. Fang memecut penyapunya dan terus ke depan. Akhirnya dia dapat melalui gegelung 19 dan 20. Fang berjaya. Bella menjerit-jerit di dalam kenderaan dia dan Fang muncul balik di sebelah Bella

"You did it! Good job Fang!" kata Bella dengan wajah kegembiraan dia

"HAHAHAAA! Kemenangan akan menjadi milik kita berdua" kata Fang dengan bangganya. Gopal dan Zakwan berasa kecewa dan mereka berharap sesiapa dapat berhentikan Fang dan Bella menang. Lily menangis dan Boboiboy hanya tersengih sahaja. Kenderaan milik Fang dan Bella bergerak ke depan sebanyak 5 tapak dan berhenti di petak nombor 49. Hanya dua lagi petak untuk mereka menang

"Kenapalah kita takde card peluang lagi" kata Ratu Lily. Dia dengan muka sedih, terus menekan butang SPIN. Roda itu berputar dengan pantasnya. Emmy teruja melihat roda itu dan akhirnya ia berhenti di nombor 8 "NOMBOR BESAR!" Jerit Ratu Lily. Kenderaan mereka maju ke depan dan mereka berjaya memotong dua pasukan di hadapannya iaitu pasukan nombor empat dan pasukan nombor 5. Emmy melambai-lambai ke arah Yaya, Faye, Ying dan Rizu. Nasib mereka begitu baik sekali kerana mereka kini di kedudukan petak nombor 32. Mereka dapat makan kek chocolate dan maju ke depan sebanyak 5 tapak

"YES! Nampaknya kita akan bersaing dengan Fang dan Bella" kata Ratu Lily

"KALAHKAN SI LANDAK RATU LILY!" Tiba-tiba sahaja Lily memberikan sokongan kepada musuh ketat dia. Ratu Lily kenyitkan mata. Kenderaan Ratu Lily dan Emmy bergerak ke petak nombor 37 dan mereka mendapat card peluang

"Alamak, dia orang dapat card peluang" kata Bella yang sudah menjadi cemas

"Relax relax.. apa-apa terjadi pun, kita pasti akan berjaya" Tetapi sebenarnya hati Fang berdebar-debar kerana dia tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh Ratu Lily dan Emmy terhadap mereka ataupun mereka akan kenakan orang lain

"Heheheee... kita orang dapat undurkan pasukan lain sebanyak 5 tapak! DAN AKU RATU LILY AKAN UNDURKAN PASUKAN FANG DAN BELLA!" Ratu Lily menepuk tangan dengan gembiranya. Lily rasa sangat terharu kalau Fang tidak menang

"TIDAKKKK!" menjerit Fang sebaik sahaja kenderaan dia dan Bella berundur kebelakang. Mereka kembali ke petak 34. Ratu Lily dan Emmy sudah semakin hampir ke garisan penamat tetapi permainan mereka belum lagi tamat. Giliran Gopal dan Zakwan pula untuk berjaya. Mereka putarkan roda itu dan melihat nombor mana mereka akan dapat. Roda itu berputar-putar dan akhirnya jatuh ke nombor 1

"Adeh, macam mana nak kejar dia orang yang dekat depan" kata Gopal kerana pasukan dia orang hanya maju ke depan dengan satu langkah sahaja

"Takpe, Yaya dan Faye ada satu lagi card peluangkan" kata Zakwan di skrin nombor 4

"Betul tu! Kami akan gunakan card peluang terhadap pasukan FANG DAN BELLA!" kata Faye dengan penuh semangat. Fang menghempuk-hempuk kepala dia di dinding kenderaan kerana kemenangan dia semakin lama semakin jauh. Dia dan Bella terpaksa berundur lagi sebanyak 5 tapak dan berhenti di petak nombor 29

"Kasihan abang Fang" kata Rizu sambil melihat abang kesayangan dia sedang menghempuk-hempuk kepalanya

"Tapi korang tak dapat jalanlah lepas tu" kata Bella

"Tak kisah, janji dapat melihat Fang sedih sebab tak menang.. hehehee" ketawa Faye. Yaya hanya tersenyum sahaja tapi dalam hati dia, suka pula kalau Fang tidak menang. Ying dan Rizu tidak dapat berjalan selepas itu dan terpaksa tunggu. Kini sudah masuk giliran Fang. Bella menekan butang SPIN, sementara Fang masih lagi hantuk kepala dia dekat dinding kenderaan tersebut. Bella melihat putaran roda itu dan ianya berhenti di nombor 4

"Fang, kita ke depan balik" kata Bella sambil mengusik bahu Fang

"Tapi 4 tapak aje" kata Fang

"Jangan risaulah, janji kita ke depan bukan kebelakang" Bella berikan senyuman dia kepada Fang. Kenderaan mereka bergerak sebanyak 4 tapak dan berhenti di petak nombor 33. Boboiboy dan Lily pula untuk bergerak. Roda sudah diputarkan oleh Lily. Mereka tahu mereka tidak dapat mengejar Fang dan Bella ataupun Ratu Lily dan Emmy tapi mereka berharap dapat nombor besar. Roda itu berputar-putar dan ianya semakin perlahan dan terus berhenti di nombor 6

"Yeah! Nombor 6!" jerit Lily dengan gembiranya. Kenderaan dia dan Boboiboy bergerak ke depan dan berhenti di sebelah pasukan Gopal dan Zakwan

"Nampaknya giliran Ratu Lily dan Emmy. Adakah mereka akan berjaya merentasi garisan pemenang?"

"SUDAH TENTU!" Ratu Lily cium skrin nombor 1 dan Lily rasa meluat. Emmy berdebar-debar menekan butang SPIN itu. Hati mereka berdebar-debar melihat roda itu berputar begitu laju. Kawan-kawan mereka yang lain turut melihat putaran roda itu. Semuanya ingin tahu adakah mereka berjaya ataupun tidak. Semakin lama semakin perlahan roda itu dan akhirnya ianya berhenti di nombor 2

"ALA!" Hati Ratu Lily hancur melihat nombor 2. Emmy mengusap-usap lengan Ratu Lily "Sedikit aje lagi"

"Tahu tapi kita kenalah stay positive!" kata Emmy. Kenderaan mereka bergerak ke depan dan berhenti di nombor 39. Fang dan Bella rasa lega tetapi permainan belum habis lagi. Apa-apa sahaja boleh berlaku. Gopal sudah menekan butang SPIN. Dia berharap sangat dapat mengejar Fang dan Bella yang sudah jauh dari pasukan dia. Roda itu berhenti di nombor 6

"Yes!" bisik Zakwan. Mereka ingat mereka dapatlah mengejar Fang dan Bella nanti tetapi malangnya mereka berhenti di petak 30 "MISSES A TURN?!"

"TIDAKKK!" menjerit Gopal dan Zakwan. Fang tergelak sahaja

"Suka betul kau ketawakan orang lain" kata Yaya secara tiba-tiba "Giliran kita pula!" Yaya memutarkan roda itu sambil tersenyum. Dia dan Faye melihat roda itu berhenti di nombor 9 "Yeah! Nombor besar!"

"Tapi jangan nasib malang buat kita sudah" kata Faye

"Mari kita lihat di mana kita akan berhenti" Yaya berdebar-debar melihat kenderaan pasukan dia bergerak. Mereka siap mengira di dalam hati mereka. Pasukan Yaya dan Faye berjaya memintas 3 pasukan iaitu pasukan nombor tiga, empat dan enam. Sekarang mereka di depan pasukan Fang dan Bella. Kenderaan mereka berhenti di depan Fang dan Bella

"Nampaknya kita pun ada peluang untuk menang juga" kata Yaya. Fang sudah tidak yakin yang pasukan dia akan menang. Lalu dia melihat sahaja roda berputar untuk pasukan Ying dan Rizu. Muka dia berubah menjadi sedih dan Bella tergelak sedikit

"Ini kan permainan sahaja, janganlah sedih sangat" kata Bella secara lembut

"Hmmm.. yelah" kata Fang dengan nada bosan. Dia melihat roda itu berhenti di nombor 5. Kenderaan Ying dan Rizu bergerak ke depan dan meninggalkan pasukan Gopal dan Zakwan. Mereka bergerak dan berhenti di petak nombor 35 iaitu petak Cabaran

"CABARAN?!" terkejut Ying "Tapi kalau kita berjaya, kita dapat memintas Ratu Lily dan Emmy"

"Apa cabarannya" tanya Rizu. Lalu soalan Rizu terjawab, mereka kena habiskan sebiji cake chocolate dalam 5 minit

"ERKKK!" Ying terkejut melihat cake chocolate itu yang sudah keluar dari laci kenderaan dia "Besarnya cake ni" Ying rasa gerun melihat cake besar itu tetapi mata Rizu bersinar-sinar kerana dia suka makan chocolate "Kalau kita tidak berjaya, takpe Rizu"

"OK!"

5 minit mereka sudah pun bermula. Rizu makan begitu laju sekali dan Ying terpaksa mengikut kelajuan Rizu tapi dia rasa hendak muntah pula sebab terlampau banyak chocolate. Dia teruskan makan kerana tidak mahu mengalah tetapi dia tidak mahu memaksa dirinya. Rizu tidak kisah, asalkan dia dapat makan chocolate sebanyak mana yang boleh. Gopal terliur melihat Rizu makan cake chocolate itu dengan lahapnya. Zakwan gelengkan kepala. Mata Boboiboy dan Lily terkebil-kebil melihat Rizu makan cake chocolate itu

"Hehehee.. dasyat juga adik kesayangan aku ni" kata Fang yang rasa bangga dengan Rizu. Sudah 3 minit mereka makan cake chocolate itu. Ying semakin lama semakin perlahan sebab rasa muak tetapi lain pula dengan Rizu. Cake itu semakin lama semakin kecil dan akhirnya dapat dihabiskan sendiri oleh Rizu dalam masa 4 minit 28 saat

"YEAHHH! PIZU BERJAYA!" jerit Rizu dengan mulut comot dia

"Bagus bagus tapi akak mahu berehat sekejap" kata Ying. Kenderaan mereka bergerak ke depan sebanyak 5 tapak dan berhenti di petak 40. Tinggal satu aje lagi tapak untuk mereka menang. Giliran Fang dan Bella untuk berjalan. Fang menyuruh Bella menekan butang SPIN itu. Lalu Bella menekan dan roda itu berputar dengan lajunya. Fang malas nak mengejar pasukan di depan mereka. Dia sudah mengalah

"Fang! KITA DAPAT NOMBOR 9!" Fang terus tersedar kerana dia tahu kemenangan adalah milik dia dan Bella. Kenderaan mereka bergerak terus ke depan. Fang tersenyum melihat mereka memotong pasukan Yaya dan Faye, selepas itu pasukan Ratu Lily dan Emmy dan pasukan terakhir sekali ialah Ying dan Rizu. Akhirnya Fang dan Bella menang

"KITA BERJAYA!" Fang dan Bella menepuk tangan mereka sesama sendiri. Semuanya hilang dari computer board game itu. Boboiboy dan Lily terpaksa menerima kekalahan mereka dan mereka juga adalah pasukan terakhir. Nombor dua milik Ying dan Rizu, nombor tiga adalah Ratu Lily dan Emmy, Faye dan Yaya nombor empat, manakala Gopal dan Zakwan adalah nombor lima

-------------------------

"HAHAHAAA! AKU BERJAYA!" Fang meloncat-loncat bersama Bella "Tadi aku pasukan terakhirkan.. SEKARANG AKU PASUKAN NOMBOR SATU!"

"Sukalah tu dapat nombor satu tapi seronoklah main game tadi" kata Boboiboy kepada kawan-kawannya "Lain kali kita main lagi ok"

"OK!" kata mereka semua

"Tapi jangan ajak si landak!" Lily masih lagi tidak puas hati dengan Fang "UWAAA! LILY NAK MENANG TAPI DAPAT NOMBOR LAST!"

"Sudah sudahlah tu Lily" kata Faye "Lain kali kita kalahkan landak untuk Lily ok" Terus Lily memeluk Faye dengan bahagianya

"Terima kasih kawan baik ku!" menangis Lily di bahu Faye. Mereka semua tergelak melihat Lily kecuali Fang yang terlampau gembira sangat. Emmy telah berikan sesuatu yang istimewa kepada Fang iaitu sebuah cermin untuk melihat isi hati orang

"Tapi gunakan untuk kebaikkan bukan untuk kejahatan"

"Baik Emmy" Fang menerima cermin itu daripada Emmy dan dia tahu kepada siapa dia ingin gunakan iaitu abang dia. Fang tergelak sinis di situ. Semua tahu apa yang Fang akan lakukan terhadap cermin itu. Boboiboy dan Lily terpaksa menerima hukuman mereka iaitu latihan tempur selama seminggu bersama dengan Kaizo. Menangis Lily lagi tetapi dia gembira kerana Boboiboy akan menghadapi latihan tempur itu bersama dia

"Hehehee! HUKUMAN PALING BEST!"

----------------------------

"Adik sudah pulang" kata Fang sambil masuk ke dalam rumah. Dia terkejut melihat rumahnya penuh dengan barang baru "Aik, abang aku pergi shopping ke tadi?" Fang pergi ke ruang tamu dia. Ada pelbagai pakaian baru dan juga kasut baru yang dibeli oleh Kaizo. Ada juga buku-buku novel baru dan paling menarik sekali adalah computer baru yang belum lagi keluar dari kotak

"Pang, kau sudah pulang dari main game tadi" muncul Kaizo di muka pintu dapur. Tangan dia sedang memegang sebuah periuk besar berisikan bubur lobak merah

"Abang pergi mana tadi?"

"Abang pergi berjalan dengan Lynna tadi. Kita orang pergi ke London, Paris, Australia, Rome.. macam-macam tempat lagilah"

"APA?!" Terkejut Fang "APASAL TAK AJAK ADIK SEKALI!"

"Kau sibuk sangat, jadi abang pergilah dengan Lynna sahaja tapi bagus juga kau tak menyibuk sekali" Fang mengamuk di rumah kerana tidak mengajak dia dan juga dia kesal sebab main game tadi tapi dia tidak sabar untuk menggunakan cermin itu

"Heheheee.." Fang tergelak sambil melihat abangnya "Bukan sekarang tapi lain kali" bisik Fang. Lalu dia sambung balik mengamuk dekat abangnya tetapi Kaizo buat-buat tidak tahu sahaja

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro