Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ejen dan Trio Huru Hara

JJenny - Hi

PizuPenguin - Hai! Ini siapa?

JJenny - Nama saya Jenny, boleh berkenalan?

PizuPenguin - Boleh. Nama saya Rizu. Saya suka bahasakan diri saya sebagai Pizu

JJenny - Rizu tu nama betul awak ke?

PizuPenguin - Bukanlah. Nama betul saya Ridzwan tapi ibu selalu panggil saya Rizu semenjak saya baby lagi. Nama awak memang Jenny ke?

JJenny - Yea, nama saya memang Jenny. Awak duduk dekat mana?

PizuPenguin - Pizu duduk dekat Pulau Rintis. Tempat yang terkenal dengan 5 superhero bumi iaitu abang Boboiboy, abang Fang, abang Gopal, kakak Yaya dan kakak Ying! Abang Paizo pun superhero juga tapi dia superhero galaxy

JJenny - Oh begitu.. macam seronok sahaja tempat awak tinggal

PizuPenguin - Memang seronok! Macam-macam benda pelik yang berlaku dekat sini

JJenny - Kalau saya datang ke situ boleh ke? Boleh saya berkenalan dengan awak lebih dekat

PizuPenguin - Boleh! Pizu suka berkawan. Bolehlah Pizu kenalkan juga dengan abang-abang dan kakak-kakak Pizu! Dia orang semua kelakar tapi paling kelakar sekali ialah kakak Lily. Dia suka buat benda pelik-pelik dan juga suka sangat buat abang Paizo pening

JJenny - Kalau macam tu, nanti saya akan datang ke situ. Pizu jadi kawan saya ok

PizuPenguin - OK!

"RIZUUUUUUUU! ABANG KESAYANGAN KAMU DATANG!"

"Baik ibu" Rizu terus menghantar mesej terakhir kepada seseorang yang dia tidak kenali yang bernama JJenny di computernya. Lalu dia menutup dengan serta merta computer untuk pergi bermain dengan Fang. Apa yang Rizu tidak tahu, JJenny bukanlah seseorang yang Rizu bayangkan. Dia adalah orang jahat yang ingin mendapatkan maklumat tentang Boboiboy dan rakan-rakannya. Dia tahu tentang pasukan Boboiboy tetapi dia mahu maklumat yang lengkap. Dia perlukan kuasa mereka untuk musnahkan M.A.T.A

----------------------------------------------------------

"Hari ini kita nak pergi ke mana abang Fang?" tanya Rizu sambil berpimpin tangan abang kesayangan dia. Mereka kini dalam perjalanan ke sesuatu detinasi yang Rizu tidak pasti ke mana

"Hmmm.. hari ni kita pergi ke kedai Tok Aba dulu. Lepas tu kita pergi ke tempat hiburan dekat bandar"

"LILY PUN NAK IKUT!" Muncul Lily dengan jeritan nyaring dia. Fang mula berapi-api dengan Lily "Jangan marah landak. Minggu ni kan minggu cuti sekolah! Hari sabtu adalah hari pertama cuti sekolah bermula, lepas tu seminggulah Lily akan berada di situ untuk menganggu kehidupan landak yang berambut cacak tetapi sebenarnya tidaklah sekacak mana" Hati Fang panas sahaja

"Hehehee.. kakak Lily ni, janganlah buat abang Fang mengamuk tak tentu pasal"

"Tapi akak suka tengok abang kesayang kamu ni mengamuk tak tentu pasal. Memang terbaik!"

"Kau suka yea" Lily angguk-angguk kepalanya kepada Fang "Jadi kau nak aku serang kau dengan harimau bayanglah ni"

"Err.. Lily rasa Faye tengah tunggu aku tu" Terus Lily lari dari situ "LILY PERGI DULU!"

"Tahu takut.. HAHAHAAAA!" Fang ketawa besar di situ sampai dia tidak perasan seseorang muncul di belakang dia iaitu kawan baik dia sendiri, Boboiboy

"Hmmm... apasal dengan kau ni. Tergelak-gelak macam orang gila" Fang menoleh kebelakang dan muka dia terus berubah menjadi masam "Tak best jumpa aku ke?"

"Bukannya tak best tapi bakal kekasih hati kau tu, suka sangat menjerit-jerit tak tentu pasal. Sakit telinga aku dengan suara nyaring dia tu. Rasa macam nak jahit mulut dia tu, supaya dia tidak dapat bercakap selama-lamanya! HAHAHAAAAA!"

"Kejam betul yea kau ni" kata Boboiboy "Rizu jangan ikut sangat perangai abang kau yang tak senonoh ni"

"Baik abang Boboiboy!" jawab Rizu sambil memberikan tabik kepada Boboiboy "Abang Boboiboy pun nak pergi ke kedai Tok Aba ke?"

"Ha ah, Rizu pun pergi ke sana juga?"

"Yup! Pizu pergi sana dengan abang Fang! Bolehlah kita pergi sana sama-sama"

"Boleh juga tapi abang Fang kamu tidak boleh kenakan sesiapa pada hari ini. Kalau tidak, abang Boboiboy akan belasah dia" Fang buat-buat tidak dengar sahaja. Dia bersiul-siul sambil berjalan "Buat-buatlah tak dengar. Kalau kau kena kejar dengan abang kau, jangan salahkan aku atau sesiapa pun"

"Hmm.. yelah yelah. Aku berkelakuan baiklah" jawab Fang dengan nada bosan dia

"Hehehe.. tahu pun" bisik Boboiboy. Mereka teruskan berjalan sambil bernyanyi-nyanyi sepanjang perjalanan mereka ke kedai Tok Aba. Sampai sahaja di sana, kawan-kawan mereka sudah pun berada di situ. Bella, Faye dan Lily sedang gayakan fashion terbaru mereka iaitu fashion Power Puff Girls. Bella dengan rambutnya seperti Buttercup dan pakaian dia berwarna hijau. Faye seperti Blossom dan baju dia berwarna oren dan Lily pula, pakaian dia serba biru. Rambut dia diikat dua

"Wah! Power Puff Girls in real life" kata Rizu yang sangat teruja melihat trio huru hara di situ

"Hehehee... seronoklah korang yea" kata Gopal "Faye, tukarkan aku jadi superhero dalam mana-mana cerita cartoon"

"Hmmm.. cartoon apa yea" Faye terus fikirkan watak yang sesuai untuk Gopal "Aku takde idea pula"

"Tapi kalau watak untuk pretty boy kita ni" Bella terus tersenyum sinis "Dia memang sesuai sangat jadi POTATO! LANDAK POTATO! Macam nama jenama potato chips aje. Kalau si Pang ni tak nak jadi superhero dah, bolehlah dia jual potato chips berbentuk landak"

"WUUUUUUU! Lily suka dengan idea tu" Lily terus tersenyum lebar. Fang mula berapi-api lagi dengan Bella dan juga Lily "Tengok Bella, si Potato mula nak jadi kentang goreng"

"Isk korang ni, tak baik tau buat kawan sendiri marah"

"Hah! Betul tu Yaya! Selamatlah kau seorang sahaja kawan yang paling baik sekali" kata Fang

"Habis tu, aku ni bukan kawan yang baik ke?"

"Kau? Kau tu dulu panggil aku jahat! Kawan baik apa tu.. Yaya juga yang baik. Dia tidak pernah fikirkan aku ni jahat"

"Dah tu, kau dulu nampak macam budak jahat. Sampai buat Ochobot pengsan. Lepas tu dah tahu cerita yang sebenarnya, kau buat nakal pulak. Suka sangat kenakan aku" Boboiboy dan Fang mula merenung tajam ke arah mata masing-masing. Gopal berdiri di tengah-tengah dan hantukkan kepala mereka berdua

"GOPALLLLLLLL!" Jerit Fang dan Boboiboy

"Korang berdua ni, kalau ada peluang. Mesti nak bergaduh. Cubalah jadi baik macam aku" Gopal terus buat muka bangga sambil angkat-angkat kening "Aman sikit Pulau Rintis ni tanpa pergaduhan dari korang berdua. Dua-dua nak sangat bersaing siapa lebih hebat"

"Wei Gopal, kau ingat kau tu baik sangat ke. Mulut kau tu, kadang-kadang aku nak aje cilikan"

"Betul tu Fang, aku pun setuju dengan kau" kata Boboiboy sambil memberikan renungan maut dekat Gopal

"Hehehee.. janganlah macam tu, aku bergurau aje. Lagipun korang berdua memang kawan terbaik pun. Tanpa Boboiboy, tak mungkin aku akan dapat kawan baik. Tanpa Fang, tak mungkin tiada siapa yang akan belasah aku nanti"

"Hehehee.. abang Gopal suka yea kena belasah" Rizu tergelak sedikit melihat gelagat ketiga-tiga abangnya

"Dey! Abang mana suka kena belasah. Cuma abang kesayangan kamu tu memang kaki belasah orang. Sana nak belasah, sini nak belasah tapi dia sendiri kena belasah dengan abang dia yang sadis tu"

"Woi! Kau nak kena dengan aku ke" Fang tunjuk penumbuk dekat Gopal "Sudahlah, aku malas nak cari gaduh. Aku datang sini pun sebab nak makan dengan Rizu tapi korang ada juga dekat sini terutama sekali si Lily dan Bella"

"Haiyaaa... abaikan ajelah dia orang. Kau tu sepatutnya kena kawal kemarahan kau. Asyik nak panas baran sahaja"

"Betul tu Ying" kata Lily sambil angguk-angguk kepala. Fang terus duduk di bangku kedai tanpa hiraukan mereka. Dia terpaksa menahan dirinya daripada mengamuk tak tentu pasal. Rizu duduk di sebelah Fang

"Abang Fang ok?"

"Abang ok sahaja" kata Fang sambil tersenyum sedikit "Tok Aba, bagi dua keping waffle dengan ice cream vanilla yea. Saya nak berkongsi dengan Rizu"

"Bagusnya kamu. Kongsi makanan dengan Rizu"

"Hehehee... sekali sekala atuk" kata Fang. Mereka berdua menonton sebuah rancangan kartun di kedai itu tanpa hiraukan bunyi bising di belakang. Entah apa yang kawan-kawan dia sedang berborakkan, dia malas hendak mengambil tahu. Boboiboy diajak oleh Lily untuk pergi berdating lagi sekali. Yaya dan Ying sedang berceramah kepada Gopal sebab kerja sekolah masih belum di siapkan lagi. Bella dan Faye asyik berceritakan tentang fashion. Mereka seperti mahu mereka design fashion mereka tersendiri. Tanpa disedari oleh mereka, ada dua orang sedang memerhatikan mereka semua dari jauh. Kedua orang itu mahukan kelima-lima jam kuasa tersebut. Salah seorang itu, adalah orang yang berchatting dengan Rizu tadi. Dia tersenyum melihat Rizu di kedai Tok Aba sambil berborak mesra bersama dengan Fang

"Itulah mereka" kata seorang gadis berambut pendek

"Hmm.. kamu pasti dengan kuasa mereka"

"Saya pasti. Dengan kuasa mereka, kita pasti dapat kalahkan ejen-ejen M.A.T.A dan I.R.I.S akan menjadi milik kita. Tiada siapa akan mendapat menghalang kita nanti"

"Bagus. Dapatkan budak kecil itu. Aku mahu mereka mencari budak itu dan selepas itu, kita rampas jam-jam kuasa mereka"

-----------------------------------------------------------

Petang itu, Rizu pulang ke rumah keseorangan. Fang tidak dapat menemani Rizu kerana abang dia telah berkali-kali menghubungi dia untuk menjalani latihan tempur dan juga latihan memandu kapal angkasa. Kalau dia buat silap, Fang akan dikenakan hukuman. Rizu tidak rasa sedih sebab dia tahu dengan perangai Kaizo yang garang dan suka mengamuk tak tentu pasal. Kadang-kadang Rizu terfikir, bagaimana abang Kaizo boleh tahan dengan perangai nakal Fang setiap hari

"Hehehee.. agaknya abang Paizo suka mengamuk sebab kenakalan abang Fang. Seronoknya kalau Pizu dapat jadi adik beradik dia orang! Mesti setiap hari ada aje idea nakal dari abang Fang. Lepas tu kita sama-sama kena kejar dengan abang Kaizo. Paling best, mesti dapat mengembara ke seluruh galaxy!"

"Cakap sorang-sorang nampak?" Rizu menoleh kebelakang. Seorang gadis yang agak tua daripada dia, dengan rambut pendek sampai ke bahu tetapi muka dia lembut, kelihatan seperti orang baik

"Kakak ni siapa?" tanya Rizu

"Hehehe.. saya lah JJenny, orang yang kamu chatting pagi tadi"

"WAH! KAKAK JENNY!" Rizu terasa lebih gembira dapat berjumpa dengan kawan dari internet. Dia tidak rasa begitu ragu-ragu dengan kehadiran Jenny "Cepatnya kakak Jenny sampai ke sini. Entah-entah kakak Jenny tinggal sini"

"Mana ada, kakak Jenny tak tinggal dekat sini. Akak datang ke sini sebab nak lihat Rizu lah" Jenny datang dekat dan lalu dia cuit hidung Rizu

"Hehehee.. kakak Jenny ni lawa"

"Terima kasih Rizu"

"Kakak Jenny nak datang ke rumah saya tak? Bolehlah saya kenalkan kakak Jenny dekat ibu Pizu! Lepas tu, kakak Jenny boleh jumpa sekali dengan abang angkat saya iaitu abang Fang dan abang Paizo! Dia orang tu baik, selalu jaga Pizu bila ibu takde dekat rumah. Kadang-kadang ibu bagi Pizu tidur rumah dia orang. Kadang-kadang tu sampai 2 atau 3 hari Pizu akan duduk rumah dia orang. Abang Fang dan abang Kaizo selalu buat benda yang menarik. Selalu buat Pizu tergelak tapi Pizu suka tengok abang Fang kena kejar dengan abang Paizo sebab abang Fang suka sangat buat nakal. Abang Paizo tu garang, suka sangat buat muka serius. Abang Fang kata, abang Paizo ada satu emosi sahaja. Emosi lain takde tapi Pizu tengok, abang Paizo ada aje emosi lain cuma abang Paizo jarang nak tunjuk tapi bila kakak Lynna datang, abang Paizo kadang-kadang mesti ada senyum sedikit. Kakak Lynna tu baik, dia suka sangat bagi nasihat dekat abang Fang tapi kadang-kadang dia ada juga marah abang Paizo sebab abang Kaizo tu suka buli abang Fang. Heheehe.. orang cakap Pizu pun ada terikut-ikut perangai nakal abang Fang tapi Pizu tak ikut sangat. Dia orang risau kalau Pizu jadi macam abang Fang. Pizu sebenarnya tak berapa suka tengok abang Fang buat nakal dekat orang lain tapi kadang-kadang tu buat Pizu tergelak. Idea nakal abang Fang selalunya terlampau kejam sangat tapi kadang-kadang tu best! Cuma akhirnya nanti, abang Fang mesti kena kejar dengan abang Paizo. Dia orang suka main kejar-kejar dekat sekeliling Pulau Rintis. Lepas tu abang Fang kena latihan tempur sampai esok pagi. Kasihan abang Fang. Pizu pun rasa kasihan juga.." Lalu mulut Rizu diterkup oleh seseorang dengan sehelai kain putih. Kain putih itu mempunyai cecair yang membolehkan membuatkan seseorang pengsan. Rizu pengsan di situ

"Panjang betul budak ni berceloteh"

"Hmm.. agak merbahaya tapi takpe, kita teruskan dengan rancangan kita" kata orang itu yang bernama Uno. Lalu dia mengangkat Rizu yang sudah tidak sedarkan diri "Sekarang, kita tunggu sahaja kelima-lima superhero itu datang untuk selamatkan budak kecik ni" Uno tergelak sinis di situ. Mereka terus beredar dari situ dan terus hilang ke tempat lain, iaitu luar dari kawasan bandar Pulau Rintis. Tiada siapa yang menjadi saksi dengan kejadian penculikan tadi. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri sehingga tidak sedar bahawa Rizu telah diculik oleh dua orang yang dikehendaki oleh pihak M.A.T.A

-----------------------------------------------------------

Pintu rumah terbuka, seorang remaja lelaki masuk ke dalam rumahnya dalam kelihatan letih. Badan dia sudah naik lemah kerana latihan tempur yang terlampau sadis itu tadi. Fang berjalan perlahan-lahan ke sofa ruang tamu dan lalu dia baringkan dirinya di atas sofa tersebut. Kaizo melihat adiknya yang sudah terdampar di atas sofa. Dia hanya mengangkat kening sebelah dan lalu menutup pintu rumah itu

"Hmmm... kau ni, baru 5 jam latihan tempur, badan sudah naik lemah. Macam mana nak jadi kuat macam abang. Stamina kau ni memang betul-betul lemah" Kaizo terus ke dapur untuk minum air sekejap

"Mana ada lemah abang. Adik cuma penat aje. Lagipun abang tu tiap-tiap hari latihan tempur macam orang gila. Adik ni macam-macam benda kena buat" jawab Fang sambil pejamkan mata dia. Fang mula bayangkan diri dia baring di atas awan, dengan angin bertiupan begitu tenang dan kesejukan angin itu bukan tahap maksima "Bestnya"

"Apa yang best?" Fang membuka matanya dan nampak muka seseorang yang dia malas hendak melayan

"Kau ada dekat sini?"

"Yelah, aku kan kawan baik sepupu kau. Aku mestilah ada dekat sini, Potato Boy!" Bella tergelak sinis. Hati Fang panas apabila dia di panggil Potato Boy "Marah ke?" Terus Fang bangun dari sofa itu. Dia bersua muka dengan Bella yang berlagak sombong itu

"Mestilah marah!" kata Fang "Apasal korang suka sangat panggil nama aku macam-macam hah! Landak lah, pretty boy lah! Potato lah, rambut cacak lah, abang Fely lah.. sekarang ni Potato Boy pulak!"

"Hehehee... landak ni, tak baik marah-marah tau. Nanti naik uban dekat rambut tu" muncul Lily pula. Rambut dia masih lagi diikat dua

"Korang tiba-tiba ada dekat sini apasal?" tanya Fang

"Hari ni kita orang nak slumber party dekat sini! YEAHHH!"

"PARTY?!" Muncul Kaizo di ruang tamu dengan muka ngeri dia "Rumah ini bukannya untuk berparty! RUMAH INI HANYA UNTUK REHATKAN DIRI SAHAJA"

"Kaizo, bagilah dia orang nak party.. lagipun 3 orang sahaja, bukannya ramai pun"

"Eh, kak Lynna pun ada dekat sini" Lynna terus berikan senyuman kepada Fang dan dia rasa lega dengan adanya Lynna di situ "Kak Lynna buat apa dekat sini?"

"Akak datang ke sini sebab dia orang yang ajak akak slumber party sekali" kata Lynna kepada Fang

"Jadi kau setuju sahajalah untuk sertai party dia orang ni" Kaizo bersilang tangan sambil melihat Lynna dengan muka serius dia

"Ha ah, aku sudah lama tak slumber party. Asyik sibuk sahaja.."

"Sibuk dating dengan abang" bisik Fang sambil tergelak sedikit "Hehehehee..." Kaizo terus ketuk kepala adiknya

"Ingat aku tak dengar apa yang kau bisik tadi.. tapi korang jangan nak buat bising. Kalau tidak, latihan tempur akan menjadi makanan malam korang nanti" Bella, Faye dan Lily terus tersengih sambil angguk-angguk kepala "Aku naik dulu" Kaizo perhatikan mereka bertiga sambil menaiki tangga rumah. Lynna gelengkan kepala sahaja

"Oh yea, landak potato pun kena naik juga sebab ini untuk slumber party para gadis seperti kita! Tapi kan..." Mata Lily melirik ke arah Fang dengan senyuman nakalnya "Kalau kita bagi landak make over, best juga"

"WOI! KAU NAK KENA BELASAH DENGAN AKU KE?"

"Sudah sudah.. jangan nak cari pasal. Faye bawak kawan-kawan kamu masuk ke dalam bilik dan kamu Fang" Lynna terus melihat Fang sambil bercekak pinggang "Jangan nak marah-marah sahaja. Kamu pergi mandi, lepas sudah siap. Kita boleh makan malam bersama nanti"

"Kak Lynna masakan untuk kami!" Mata Fang terus bersinar-sinar

"Ha ah Fang, akak tahu kamu tengah penat sekarang. Korang semua pergi buat kerja masing-masing ok, akak pergi masak sekarang juga!"

"YEAHHHHHH!" Mereka meloncat-loncat di ruang tamu tetapi sesuatu yang berlaku terhadap diri Fang. Pacaran sinaran cahaya telah berlaku di tubuh badan Fang "ERKKK!"

"Apa jadi dengan diri aku ni!" Bella, Faye dan Lily menahan gelakan mereka. Lynna tersenyum sambil tergelak sedikit. Fang melihat tangan dia berbulu putih. Dia raba-raba kepala dia, semuanya berbulu dan telinga dia panjang. Dia telah bertukar menjadi seekor arnab "MACAM MANA AKU BOLEH JADI ARNAB NI! TIDAKKKKKKK!"

"Hehehee... author Lynz yang suruh sebab dia cakap, abang Fely buat nakal dekat Boboiboy Galaxy episode 7 dan tak nampak serius. Jadi inilah balasannya!"

"Tapi Emmy" Fang buat muka comel dekat Emmy "Tukarlah abang Fely menjadi manusia balik.. err.. maksud abang, jadi alien manusia balik"

"Tak boleh! Abang Fely akan menjadi seekor Arnab sehingga tamat di cerita ini. Maksud author Lynz, sampai chapter ni habis" kata Emmy sambil tergelak sedikit. Fang terus bermasam muka sambil bersilang tangan. Lalu Bella mengangkat arnab itu dan terus dia peluk "Hehehe.. sukalah tu kakak Nutella"

"Mestilah suka! Walaupun arnab ni tak berapa nak comel tapi disebabkan dia telah menjadi seekor arnab, kakak Nutella dapatlah peluk dia sepuas-puasnya. Gebu betul arnab ni. Geram aku tengok!"

"Wei wei! Lepaskan aku lah!" Fang bergeliut di dalam pelukan Bella "LEPASKANLAH AKUUUUUUUU!"

"Ammy nak tak join slumber party kita?"

"Boleh aje kakak Milly! Boleh kita main make-up make up dekat arnab ni"

"Hehehee.. korang main elok-elok yea, akak pergi masak sekejap" Lynna terus ke dapur sambil melihat Fang masih lagi dipeluk oleh Bella "Kasihan Fang.. hehehee"

"Jom kita pakaikan arnab ni ribbon warna pink" kata Faye

"Tak pun kita warnakan bulu dia warna pink" Fang menelan ludah apabila dia melihat muka Lily yang sangat mengerikan "Hehehee.. hari tu dia buat Lily kan. Hari untuk membalas dendam sudah tiba.. MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAAAA!"

"Wei, kau gelak macam pontianak. Tak comel langsung. Boboiboy pun tak hingin nak tengok muka kau yang tak comel tu" Aura-aura kegelapan Lily keluar dari tubuh badan dia. Fang tergelak-gelak macam orang gila di dalam pelukan Bella "Hahahahahahaaaaa! HAHAHAHAHAAAAA!"

"SIAP KAU LANDAKKKKK!" Fang terus menolak diri dia keluar dari pelukan Bella dan terus melompat ke atas lantai. Dia larikan diri daripada Lily yang hendak mula mengamuk itu "LANDAKKKK! MARI SINI KAU LANDAK POTATO!" Lily mengejar Fang di sekeliling ruang tamu rumah sehinggalah Kaizo menghempas pintu biliknya. Terus dia menjerit di balkoni rumah

"BUKAN KE AKU SUDAH SURUH KAMU SEMUA JANGAN NAK BUAT BISING!" Bergegar satu rumah dengan suara garang Kaizo. Lily dan Fang terus berdiri tegak seperti tiang elektrik "Apasal ada arnab dalam rumah ni? KAU BAWAK HAIWAN KE DALAM RUMAH INI KE? TAK PUAS LAGI DENGAN ITIK DAN KUCING DEKAT DALAM RUMAH NI?" Mata Kaizo melirik ke arah Lily yang sedang tersengih-sengih itu

"Abang.. ni adiklah" jawab Fang dengan nada bosan dia

"Apasal kau jadi arnab?"

"Tanya orang yang tukang buat cerita ni"

"Hmmm..." Kaizo mengangkat kening sebelah sambil mengusap-gusap dagunya "Bagus bagus... korang boleh buli adik aku TAPI HARI INI SAHAJA!"

"Cheh, tak guna punya abang" bisik Fang. Bella dan Faye sudah bersiap sedia dengan alat solekan mereka. Emmy pula, dia telah keluarkan pelbagai jenis ribbon yang ada dan Lily pula, dia sudah bersedia untuk mengikat Fang dengan tali rafia, supaya Fang tidak dapat larikan diri. Fang menelan ludah melihat keempat-empat kawan perempuannya. Belum sempat mereka bertindak, mereka terdengar satu ketukan di pintu rumah. Faye pergi membuka pintu rumahnya

"Eh, kenapa aunty?" Ibu Rizu datang ke rumah mereka. Faye boleh nampak air muka ibu Rizu yang sedih, air matanya mengalir keluar dari matanya

"Faye, tolong aunty. Rizu dari petang tadi tak pulang-pulang lagi. Aunty sudah cari dia dekat merata-rata tempat, dah tanya orang ramai tapi seorang pun tak nampak ke mana Rizu pergi. Janganlah Rizu di culik lagi seperti tahun lepas"

"Rizu kena culik?" Ibu Rizu terkejut melihat seekor arnab muncul di sebelah Faye "Hehehee.. ini Fang, Emmy yang pergi tukarkan saya. Tapi aunty jangan risau, Fang akan pergi mencari dia sekarang juga!" Dengan kaki comelnya, Fang terus melangkah keluar tetapi telinga dia diheret masuk oleh seseorang "SIAPA TARIK TELINGA AKU NI!"

"Kau jangan nak keluar. Kau bukannya ada kuasa" Kaizo mengangkat Fang dan lalu dia peluk adiknya di dada dia seperti memeluk teddy bear. Fang rasa selesa pula apabila diri dia dipeluk oleh abangnya "Aunty jangan risau, saya akan suruh Boboiboy dan yang lain-lain untuk pergi mencari Rizu"

"Aunty duduk dekat sini dulu" kata Lynna dengan suara lembut dia. Ibu Rizu masuk ke dalam rumah dan dia rasa sangat terharu mereka begitu prihatin dengan diri dia dan juga Rizu

"Terima kasih semua kerana sanggup pergi mencari Rizu walaupun sudah hari sudah malam"

"Jangan risaulah aunty, kami semua sayangkan Rizu. Kami sudah anggap dia sebagai adik kami" kata Lynna sambil pelawa ibu Rizu duduk di atas sofa "Aunty duduk dulu, saya pergi buatkan teh untuk aunty"

"Abang, pergilah hubungi Boboiboy" bisik Fang kepada abangnya

"Yea, nanti abang akan hubungi dia. Kau pergi tenangkan ibu Rizu. Jangan nak buat dia risau dan kau jangan ikut pula pergi cari Rizu"

"Yelah Abang" Kaizo letakkan adiknya di atas lantai rumah. Fang melompat-lompat ke arah ibu Rizu dan lalu dia melompat ke atas riba ibu Rizu. Dia buat muka comelnya

"Alahai, comelnya arnab ni" Ibu Rizu membelai-belai kepala Fang yang berbulu itu. Fang rasa suka pula dengan sentuhan lembut dari ibu Rizu "Heheheehee... Rizu mesti suka kalau aunty bagi dia bela arnab"

"Aunty nak suruh saya jadi arnab selama-lamanya ke?" Muka Fang masam sahaja

"Eh, takdelah.. aunty nanti belilah seekor baby arnab untuk dia nanti" Lega hati Fang. Lynna kembali ke ruang tamu dengan secawan teh. Dia melihat Kaizo sudah keluar pergi untuk mencari Rizu bersama dengan kawan-kawan Fang

Semoga berjaya semua, bisik di hati Lynna

--------------------------------------------------------------------

"Abang Kaizo, dekat mana kita nak cari Rizu?" tanya Boboiboy yang kini sudah berada di bandar Pulau Rintis. Dia berdiri di sebelah sebuah gerai kecil sambil melihat Kaizo yang sedang kelihatan kerisauan. Dia telah mendapat panggilan dari Kaizo sebentar tadi "Saya sudah cari dia merata tempat tapi tak jumpa-jumpa"

"Hmmm... yang lain sudah jumpa dia?"

"Rasanya tak jumpa juga kot" Boboiboy tersengih sambil garu-garu kepala dia. Lalu Ying muncul dengan larian laju dia "Macam mana Ying, jumpa Rizu?"

"Aku sudah pergi ke tempat yang kita orang kena culik dulu tapi dia takde dekat situ"

"Aku pun tak jumpa dia juga" Yaya mendarat di sebelah Ying "Aku pergi cari dekat pantai dan dekat taman tadi, tapi takde"

"Samalah dengan aku" muncul Gopal dengan roti dia

"Sempat lagi kau beli makanan" Gopal takut pula dengan nada serius Kaizo

"Hehehee.. saya lapar tadi. Jadi saya tukarkanlah daun kepada roti" Gopal tersengih sahaja. Kaizo terus pandang ke tempat lain "Abang Kaizo marah ke dengan aku?" bisik Gopal sambil kunyah roti dia

"Hmmm.. kalau dia tiada di sekitar bandar Pulau Rintis. Mungkin dia berada di luar bandar ini. Mungkin dia berada di dalam bangunan lama yang jauh dari sini"

"Mungkin juga, abang Kaizo" kata Yaya

"Mari kita ke sana tapi korang jangan bertindak dulu. Kalau apa-apa yang berlaku terhadap diri aku, korang boleh bertindak dengan segera. Yaya, Ying... kamu berdua bertanggungjawab untuk selamatkan Rizu. Bawa dia balik ke rumah aku dengan selamat, FAHAM!"

"Faham abang Kaizo!" kata Yaya dan Ying

"Baiklah, mari kita bertolak" Kaizo terus mengambil langkah menuju ke bangunan lama yang terletak jauh daripada bandar itu. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying iku Kaizo dari belakang. Mereka pasti, Rizu mesti ada di situ tetapi sebenarnya Rizu berada di dalam gudang lama. Gudang yang sudah lama terbiar. Gudang itu gudang koko yang terlekat jauh daripada bangunan lama. Setelah tiba sahaja di bangunan lama, mereka teruskan pencarian mereka dari tingkat bawah sehinggalah ke tingkat atas sekali tetapi Rizu tiada di situ

"Dekat mana dia orang sorokkan Rizu?" bisik Kaizo sambil melihat luar tingkap. Dia berada di tingkat atas sekali sambil memerhatikan permandangan di luar tingkap bangunan itu. Mata tajam dia nampak sebuah gudang lama yang tidak jauh daripada situ. Hati dia terus mengatakan Rizu mungkin berada di situ

"Mari kita ke gudang tu" kata Kaizo sambil tunjuk gudang lama itu

"Gudang tu.. abang Kaizo pasti ke Rizu ada dekat situ?" tanya Boboiboy

"Yea aku pasti" Kaizo terus beredar dari situ. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying nampak wajah serius Kaizo, lalu mereka ikut sahaja arahan dari dia. Mereka tidak mahu membantah kata-kata dari seorang kapten sebab takut nanti Kaizo akan marah pula. Mereka terus turun dari situ mengikuti tangga kecemasan

"Wei Boboiboy, kalau Rizu takde dekat situ, mungkin dia sudah bawa lari ke luar negara" bisik Gopal

"Janganlah cakap macam tu Gopal. Tak mungkin Rizu akan dibawa lari begitu jauh sekali tapi kasihan Rizu. Ini sudah dua kali dia kena culik"

"Ha ah, mesti dia akan takut keluar rumah selepas ini" kata Yaya yang berada di belakang mereka

"Menakutkan betul tapi kenapa mereka culik Rizu?"

"Aku tidak mahu jawab soalan tu Ying sebab nanti aku terbayang-bayangkan apa yang mereka akan lakukan terhadap Rizu" kata Boboiboy dengan nada perlahan dia

Kaizo hanya mendengar perbualan mereka. Dia juga tidak mahu bayangkan apa yang akan terjadi nanti. Rizu hanyalah budak kecil sahaja dan mempunyai penyakit. Dia risau kalau Rizu jatuh sakit nanti sebab terlampau takut sangat. Rizu bukanlah kuat sangat tetapi semangat dia tidaklah lemah. Sampai sahaja di tingkat bawah, mereka semua keluar dari bangunan lama itu. Perjalanan mereka diteruskan lagi ke gudang lama itu. Suasana di situ agak sunyi. Tiupan angin di situ membuatkan mereka terasa sejuk sedikit. Gopal terbayang-bayangkan ada hantu keluar dari kawasan hutan yang tidak jauh daripada situ. Entah kenapa dia ternampak dua bayang manusia sedang mengekori mereka. Dia berhenti dan menoleh kebelakang. Tiada ada di belakang mereka dan Gopal teruskan berjalan

"Wei Boboiboy, aku rasa macam ada orang sedang mengekori kitalah"

"Hmm.. betul ke Gopal? Entah-entah kau terbayang aje kot"

"Kalau betul macam mana? Entah-entah, itu mesti orang yang culik Rizu"

"Apa yang korang sedang berborak itu?" tanya Kaizo dengan nada serius dia sambil menoleh kebelakang

"Takde apa-apa abang Kaizo" jawab Boboiboy dengan Gopal. Mereka tersengih sahaja.

Mereka berlima teruskan berjalan sehinggalah sampai ke gudang terbiar itu. Kaizo menyuruh mereka duduk di luar, manakala dia masuk ke dalam gudang itu untuk memeriksa keadaan. Kaizo berjalan begitu perlahan dan secara berhati-hati. Dia tidak mahu sesiapa tahu dengan kehadiran dia. Kaizo sorok di belakang sebuah mesin yang sudah pun rosak. Dia melihat sekeliling dan ternampak Rizu sedang terduduk di atas lantai. Mata Rizu masih lagi pejam, kaki dan tangan dia diikat dengan ketatnya

"Rizu!" bisik Kaizo. Dia terus keluar dari tempat soroknya dan lalu berlari ke arah Rizu. Dia tahu, kalau diri dia diserang oleh orang jahat, dia pasti dapat mengatasi mereka tapi dia silap

"Hahahaaa.. datang pun kau tapi kau bukannya salah seorang superhero di Pulau Rintis" Kaizo berhenti berlari dan menoleh ketepi. Dia terkejut melihat seorang lelaki dan seorang wanita yang mukanya nampak lembut sahaja. Lelaki itu memakai sesuatu di kepalanya yang telah di cipta oleh Jenny sendiri

"Siapa kau?"

"Aku Uno dan ini pula, Jenny. Kami ke sini kerana ingin merampas jam-jam kuasa yang ada di sini.. hehehehehe! Habuan yang hebat sekali telah masuk ke dalam perangkap aku" Uno menggunakan teknologi yang dia pakai di atas kepalanya. Kuasa itu seperti kuasa telekinesis tetapi ianya hanya boleh mengawal apa-apa sahaja object tetapi bukan manusia. Dia menggunakan kuasa teknologi dari kuasa ciptaan dari mesin itu untuk merampas jam kuasa Kaizo

"Kau tak kan ambil jam kuasa aku! Pedang tenaga!" Tetapi jam kuasa dia terlepas dari tangan Kaizo. Jam kuasa itu terbang ke tangan Uno. Kaizo terkejut. Pedang tenaga dia terus hilang. Dia tidak begitu cemas, kerana dia tahu dia dapat kalahkan musuh dia tanpa menggunakan kuasa "Hmm.. kau ingat aku tidak boleh lawan tanpa menggunakan jam kuasa" Kaizo berlari dan melompat. Tangan sebelah kanan dia sudah bersiap sedia berundur kebelakang. Dia akan menumbuk muka musuhnya tetapi Uno begitu pantas sekali. Jenny telah menarik Rizu jauh daripada pertarungan antara Kaizo dan Uno

"Maaf yea Rizu, akak tidak mahu kamu tercedera nanti" kata Jenny

Kaizo berkali-kali memberikan serangan penumbuk dia kepada Uno tetapi Uno begitu pantas sekali. Kaizo tidak akan berputus asa, dia tidak mahu mengalah walaupun tanpa kuasa

"Hmm.. kuat juga kau ni" kata Uno apabila tangan dia menghalang penumbuk Kaizo. Dia pegang genggaman Kaizo dan lalu dia menumbuk perut Kaizo

Kaizo terjatuh kebelakang tetapi dia bangkit balik dan bersedia untuk serangan dia yang seterusnya. Dia melompat dan pusingkan badan dia untuk berikan tendangan kepada Uno

"Degil juga kau ni" Uno keluarkan pedang dia sendiri. Pedang seperti pedang tenaga. Lalu dia melibas ke arah tendangan Kaizo

"JANGANNNN!" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying nampak Kaizo jatuh rebah di atas lantai gudang terbiar. Kaizo sudah kelihatan lemah tetapi semangat dia masih lagi kuat. Dia bangkitkan diri dia walaupun dia sendiri sudah tercedera

"Kini giliran kami pula" kata Boboiboy yang cukup marah dengan orang jahat itu. Uno tersenyum sinis sahaja. Dia tidak takut dengan keempat-empat superhero itu

"Akhirnya, muncul juga korang" Uno terus menggunakan ciptaan itu untu merampas jam-jam kuasa mereka. Dia tidak mahu mereka gunakan kuasa dulu sebelum dia dapat merampas jam-jam kuasa mereka. Dia tergelak sinis apabila satu per satu jam kuasa superhero bumi itu di rampas dari tangan mereka. Jam-jam kuasa itu terbang ke arah Uno dan akhirnya semuanya berada di dalam genggaman Uno "Hahahahaaaa!"

"Alamak! Kuasa kita!" jerit Ying yang sudah panik itu

"Macam mana ni Boboiboy?" Gopal terus menyorok di belakang kawan baik dia iaitu Boboiboy. Uno melihat keempat-empat superhero itu tetapi hanya seorang sahaja yang tiada di situ

"Nampaknya, jam-jam kuasa mereka kita sudah berjaya di rampas tapi tinggal satu lagi jam kuasa yang kita belum berjaya memiliki"

"Hmm.. betul kata kau Jenny. Budak tu tiada dengan mereka" Uno berjalan untuk mendekati keempat-empat superhero itu

Kaizo bangki untuk selamatkan mereka. Dia berlari tetapi Uno tahu, Kaizo akan cuba serang dia dari belakang. Secara pantasnya, dia berpusing dan berikan tendangan terakhir kepada Kaizo. Akhirnya Kaizo jatuh dan bergolek ke tepi dinding. Dia pengsan di situ kerana sudah terlampau banyak tenaga dia sudah gunakan untuk kalahkan Uno tetapi dia tahu, ini bukan pengakhirnya. Dia pasti, adiknya Fang akan datang mencari mereka nanti tetapi pada masa yang sama, dia tidak mahu Fang tercedera seperti dia juga. Dia tidak mahu jam kuasa adiknya dirampas juga nanti. Boboiboy dan rakan-rakan dia sudah berundur sedikit demi sedikit dari situ tetapi Uno tidak akan biarkan mereka terlepas lari. Dia perlukan mereka semua untuk kawan mereka yang terakhir untuk datang ke sini dan selamatkan keadaan

Uno dan Jenny tidak tahu dengan kehadiran dua orang ejen iaitu Ali dan Alicia. Mereka telah menjadi saksi apa yang berlaku sebentar tadi "Nampaknya kita perlukan bantuan untuk selamatkan mereka" kata Alicia yang sedang mengintip dua orang jahat itu

"Kita panggil Ejen Bakar dan Ejen Rizwan"

"Errmm... rasanya tak perlu kot" muncul satu suara yang mereka tidak pernah dengar sebelum ini. Ali dan Alicia menoleh kebelakang dan terkejut melihat tiga orang gadis remaja berdiri di belakang mereka

"Siapa korang?" Alicia sudah bersiap sedia keluarkan bola lastik dia untuk melastik mereka

"Eh, jangan lastik kami" kata Faye. Alicia terus turunkan lastiknya "Kami adalah kawan kepada kawan-kawan kami yang sekarang sedang cuba larikan diri tetapi diri mereka sudah pun ditangkap dan diikat oleh dua orang jahat itu"

"Betul tu! Nama saya Lily! Hellooo!" kata Lily dengan penuh semangat

"Saya pula Bella" Bella nampak sikap Alicia yang begitu serius dan dingin "Kamu berdua ni siapa?"

"Aku Alicia dan ini pula, Ali. Kami adalah Ejen dari M.A.T.A"

"Mata? Bijik mata ke?" Lily membuka luas kedua belah mata dia dan lalu dia tergelak sedikit tetapi Alicia abaikan sahaja. Ali rasa seronok pula melihat Lily yang sentiasa ceria itu "Hehehee.. maaf, saya bergurau sahaja" Alicia malas hendak melayan Lily, dia ada kerja yang lebih penting daripada itu

"Aku rasa, patut korang balik dulu" kata Alicia

"Tapi.. dia orang boleh bantu kita untuk selamatkan kawan-kawan dia orang tu"

"Jangan nak merepek Ali, dia orang bukannya ejen seperti kita. Entah-entah, kuasa pun tiada" kata Alicia dengan nada dinginnya. Bella tidak berapa suka dengan sikap Alicia tetapi dia tenangkan diri dan tidak mahu bergaduh di situ

"Hmmm... kuasa yea. Aku ada tahu macam mana nak dapatkan kuasa. Bolehlah kita orang bantu korang untuk kalahkan musuh korang"

"Macam mana Faye?" tanya Bella

"Ikut sahaja aku!" Faye terus berikan peace kepada kawan-kawan dia. Ali dan Alicia terpaksa ikut mereka sebab mereka pun rasa curiga, dari mana dia orang akan dapat kuasa?

------------------------------------------------------------------

"DARI SINI!" kata Emmy sambil pelawa Ali dan Alicia masuk ke dalam makmal dia "Selamat datang ke makmal saya!"

"WAHHHHH! Dasyatnya makmal ni. Betul ke awak yang buat semua ni?" tanya Ali yang sangat teruja itu. Dia melihat sebuah bekas yang ada beberapa pin dalam pelbagai warna. Selepas itu dia melihat sebatang payung yang boleh terbang dan seterusnya dia melihat beberapa botol kecil dalam pelbagai warna juga

"Ini semua yang kau ciptakan?" tanya Alicia

"Ha ah, Emmy yang buat semua ni"

"Betul tu! Ammy ni super duper genius! Otak dia lebih hebat daripada si landak"

"Landak?" Alicia pelik, ada ke landak yang tidak begitu pandai?

"Landak tu panggilan nama kawan kita orang sangat tapi dia tu bukannya landak betul pun cuma rambut dia macam landak aje" Gelak Bella "Emmy, ada tak kuasa yang boleh tolong selamatkan kawan-kawan kita yang lain dan juga abang Kaizo"

"Mestilah ada!" kata Emmy sambil pergi ke sebuah rak yang penuh dengan botol-botol kecil "Kejap yea" Dia melihat satu per satu botol itu. Dia sedang mencari sesuatu yang sesuai untuk Bella, Faye dan Lily. Lalu Emmy teringatkan sesuatu "Hmmm... Emmy tahu, apa yang sesuai untuk Trio Huru Hara!"

"Kuasa apa yang sesuai dengan kita orang?" tanya Faye

"Hehehee..." Emmy terus pergi ke belakang makmal dan lalu dia membawa keluar tiga buah botol. Dia berikan botol hijau kepada Bella, botol biru untuk Lily dan botol pink untuk Faye "Korang pernah cakap korang ni macam Powerpuff Girls. Tiba-tiba hari itu Emmy ada cipta sesuatu khas untuk korang. Lepas tu Emmy lupa nak beritahu" Emmy tersengih

"Wah! Nanti dia orang pun ada kuasa? Kuasa itu akan kekal ke nanti?" Tanya Ali

"Bukan abang Ejen.. kuasa itu untuk hanya beberapa jam sahaja. Ianya tidak akan kekal"

"ALAAAA!" Harapan Lily untuk mempunyai kuasa kekal musnah berkecai seperti kaca terlempas di atas lantai "Baru nak berseronok"

"Ingat ada kuasa sesuatu yang seronok ke. Mempunyai kuasa adalah mempunyai tanggungjawab yang amat besar" kata Alicia dengan nada tegas dia "Kamu Emmy, kamu jangan bocorkan tentang makmal kamu yang serba canggih ini. Kalau Uno dan Jenny tahu, tentu mereka akan dapatkan kau juga"

"Jangan risau, hanya orang yang Emmy percaya sahaja tahu tentang makmal ini" jawab Emmy "Korang minumlah air tu!" Bella, Faye dan Lily terus minum air itu tanpa rasa ragu-ragu. Badan mereka rasa begitu bertenaga dan kuat. Lily pergi melihat diri dia di cermin

"Tiada perubahan pun"

"Memanglah tiada.. hehehe" Faye tergelak melihat Lily yang sedang membelek-belek dirinya di cermin "Tapi kita perlu rahsiakan identiti kita. Apa kata kita menjadi live action Powerpuff Girls" Faye keluarkan sebuah alat iaitu alat menukar pakaian

"Dan aku rasa kita perlukan seseorang" kata Bella yang sudah mendapat idea yang boleh membuat mereka kalahkan Uno dan Jenny

"Siapa?" tanya Ali. Bella tersenyum sinis sambil fikirkan seseorang

"Fang"

---------------------------------------------------

"Ribbit ribbit ribbit"

Uno melihat di pintu gerbang gudang dan dia berasa pelik kerana arnab itu keluarkan bunyi katak. Seekor arnab putih sedang duduk di tengah-tengah pintu gerbang itu. Uno hiraukan sahaja dengan arnab putih itu. Dia hanya berjalan di sekeliling Kaizo yang sudah diikat. Kaizo cuba hendak lepaskan diri tetapi ikatan Uno jauh lebih kuat dan hebat. Memang agak sukar untuk dia lepaskan diri

"Ribbit ribbit ribbit"

"Kenapa dengan arnab tu" Uno berasa geram dengan bunyian dari arnab itu. Lalu dia nampak arnab itu sudah pusing kebelakang dan menonggeng sambil goyang-goyangkan ekor kontot dia kepada Uno. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying tergelak sedikit melihat gelagat arnab itu

"Ribbit ribbit ribbit"

"Jenny! Pergi tangkap arnab tu. Sungguh menjengkelkan!"

"Tangkaplah saya kalau berani" kata Fang sambil menjelirkan lidah arnabnya

"ARNAB TU BOLEH BERKATA-KATA?!" Terkejut Uno "Ini mesti ada yang cuba hendak hapuskan kita" Uno terus berjalan ke arah arnab itu. Muka Fang berubah menjadi serius. Dia dengan tangan pendek, cuba hendak lawan dengan orang jahat itu

"Kau ingat, kau boleh kalahkan aku. Kau tu hanyalah seekor arnab" kata Uno dengan nada sinis dia

"Bukan saya yang nak hapuskan kau tapi mereka!" Uno terkejut dan terus pandang ke atas. Sebuah bola besi datang ke arah dia. Dia tahu siapa yang cuba hendak menyerang dia. Ejen Alicia dan Ejen Ali ada di situ. Uno melompat kebelakang untuk mengelakkan diri daripada terkena bola lastik dari diri dia. Alicia muncul di beberapa serangan dari lastiknya. Uno melibas beberapa bola itu. Ali pula muncul sambil putarkan Yo-Yo dia seperti sebuah kipas dan lalu dia berikan hentaman Yo Yo ke arah Uno tetapi Uno lebih pantas. Dia meloncat ke atas dan terus menolak badan Ali. Alicia melihat Ali terjatuh di atas lantai gudang itu. Uno mendarat di depan keempat-empat superhero yang masih lagi diikat

"Hmmm.. korang bukannya hebat sangat" kata Uno "Tapi masih ada hati hendak berlawan dengan aku"

"Mestilah dia orang ada hati sebab nak tangkap kau dan pembantu kau tu!" Uno terkejut dengan suara seorang gadis. Dia mendongak ke atas dan nampak tiga orang gadis sedang terapung-apung di udara. Dia tidak begitu mengenali siapa mereka itu

"Siapa tu?" tanya Jenny

"Kami adalah THE POWERPUFF GIRLS LIVE ACTION!" kata Bella, Faye dan Lily

"Hehehee... rasakan jeritan SUPER SONIC DARI LILY!" Lily terus menjerit dan Uno terpelanting kebelakang. Alatan yang dia pakai terus termusnah akibat kuasa jeritan sonic dari Lily

"Sekarang giliran kami pula" Bella dan Faye bergading bahu untuk belasah Uno. Mereka terus terbang dengan kelajuan maksima. Kedua-dua mereka terus menumbuk perut Uno secara serentak

"HEMBUSAN ICE!" Bella keluarkan hembusan ice dia di kaki Uno supaya dia tidak dapat larikan diri. Bella terus berikan tendangan dia ke arah Uno yang tidak boleh gerakkan kakinya. Uno terpelanting jauh dan lalu dia terlanggar dinding gudang itu. Kaki dia sudah bebas akibat tendangan tadi dari Bella

Jenny terus larikan diri dari situ kerana jam-jam kuasa masih ada lagi di tangan dia. Dia terkejut apabila Ali memberikan hentaman Yo-Yo di depannya. Jenny tidak tahu hendak lari ke mana

"Jenny, berikan balik jam-jam kuasa mereka" kata Ali "Jenny, kenapa Jenny belot M.A.T.A?"

"Jenny..." Uno memanggil Jenny "Selamatkan diri aku"

"Maaf Ali, itu kamu tidak perlu tahu" Jenny berpatah balik untuk selamat Uno. Dia mahu berikan jam-jam kuasa itu kepada Uno tetapi bola lastik Alicia terkena tangan Jenny. Jam-jam kuasa itu terlempar keluar dari tangan Jenny dan Lily terbang untuk pergi menyelamatkan jam-jam kuasa tersebut

"Sekarang kau sudah tidak boleh lari lagi daripada kami" kata Alicia sambil menghalakan lastiknya kearah Uno tetapi dia silap. Jenny mengeluarkan sebuah asap putih dan mereka terbatuk-batuk di situ. Bella, Faye dan Lily meniup asap-asap itu untuk keluar dari gudang tersebut. Uno dan Jenny sudah larikan diri

"Kita gagal menangkap mereka"

"Takpelah Alicia, janji kawan-kawan kita selamat" kata Ali

"Kawan? Mereka bukan kawan aku. Sudah, masa untuk pergi dan laporkan kepada M.A.T.A" Alicia terus beredar dari situ "Jangan nak lama sangat" Ali terus tersengih. Dia pergi buka ikatan mereka. Fang membuka ikatan abangnya dan selepas itu dia membuka ikatan Rizu. Kaizo terus melutut di tepi Rizu untuk melihat keadaannya

"Rizu.. Rizu" Mata Rizu terbuka sedikit

"Abang Fang?" Fang terus memeluk Rizu "Maafkan Pizu.. ini semua salah Pizu"

"Sudahlah Rizu, mari kita pulang. Rizu cerita sahaja di rumah nanti bukan di sini" kata Kaizo sambil mengesat air mata Rizu. Mereka berdua bangun dari situ. Rizu memeluk Fang di dadanya dan dia masih lagi menangis

"Terima kasih kerana menolong kami tadi!" kata Faye kepada Ali

"Sama-sama!" Ali tersengih lagi

"Hebat juga yea korang tadi" kata Boboiboy "Kalau ada masa lagi, datanglah ke sini lagi. Bolehlah kita berkenalan"

"Hmm.. itu pun kalau ada peluang" jawab Ali "Saya terpaksa pergi dulu sebelum Alicia menjerit, jumpa lagi kawan-kawan!" Ali melambai-lambai ke arah mereka semua dan terus beredar dari situ bersama Alicia. Jam-jam kuasa mereka sudah diberikan balik oleh Lily sendiri. Kaizo berasa lega kerana jam kuasa dia selamat

-----------------------------------------------------------------

Sampai sahaja di rumah Kaizo dan Fang, Rizu ceritakan apa yang berlaku tadi. Dia cerita yang dia ada berchatting dengan seseorang di internet. Dia tidak tahu pula Jenny itu akan datang ke Pulau Rintis dan culik diri dia

"Rizu, lain kali.. hati-hati semasa Rizu berchatting. Jangan berikan maklumat peribadi Rizu kepada orang yang Rizu tidak kenal. Lebih-lebih lagi orang tu dari internet" kata ibu Rizu sambil membelai kepala anaknya yang masih lagi menangis

"Ha ah, betul kata ibu Rizu. Kita tidak tahu siapa orang tu. Adakah orang baik ataupun orang jahat yang sedang berchatting dengan Rizu" kata Lynna "Bukan Rizu sahaja, kamu semua harus berhati-hati tau. Kalau dia ajak berjumpa, ajak kawan sekali. Pergi beramai-ramai, jangan pergi seorang sahaja"

"Baik kak Lynna!" kata mereka semua secara serentak, kecuali Kaizo. Dia hanya bersandar di tepi dinding sahaja

"Emmy, cerita nak habis dah. Bila abang Fely boleh berubah menjadi manusia alien balik?"

"Hehehee... kalau Emmy kata tak nak boleh tak?" Emmy tergelak sedikit. Fang mula berapi-api dengan Emmy "Abang Fely comel apa jadi seekor arnab. Lagi comel daripada jadi landak"

"TUKARKANLAH BALIKKK!"

"Tak payah Emmy, abang Boboiboy nak balas dendam dekat dia balik sebab bagi kejutan hari jadi yang kejam sangat hari tu" Aura-aura kenakalan Boboiboy terus keluar dari tubuh badan dia. Tangan dia sudah pegang sehelai ribbon berwarna pink dan lalu dia tunjuk kepada kawan baik dia. Fang menelan ludah dan terus larikan diri. Boboiboy, Gopal, Bella, Faye dan Lily mengejar arnab itu di sekeliling rumah tetapi akhirnya Bella berjaya menangkap arnab itu. Dia memegang kedua tangan arnag itu dan tergelak sedikit

"Korang nak buat apa dengan aku?" tanya Fang dengan nada ketakutan dia

"Hehehehe... tengok ajelah" kata Bella. Telinga Fang diikat dengan ribbon pink, ekor kontot dia juga ada ribbon pink dan dia telah dipakaikan skirt Tutu seperti ballerina. Gopal siap berselfie dengan arnab muka masam itu

"KAK LYNNA! TENGOK DIA ORANG! DIA ORANG BULI ADIK!" Menangis Fang seorang diri. Kaizo tergelak sedikit dan terus ke dapur untuk tenangkan diri dia "Kak Lynna.. tolonglah adik. Tolonglah pujuk Emmy. Suruhlah dia pulihkan diri adik ni. Adik tak nak jadi arnab.. uwaaaaa!"

"Hehehehe... terbaik" kata Boboiboy sambil tersenyum seorang diri

"Dey! bukan terbalik ke?" tanya Gopal

"Mana-mana ajelah Gopal.. asalkan terbaik"

-------------------------------------

P/s - Author sebenarnya tak berapa mahir sangat dalam Ejen Ali xD Jadi, kalau ada yang silap.. maaf yea semua.. Ini pun sebab ada orang request.. lepas ni, no more Ejen Ali dalam mana-mana chapter :) and kuasa Trio Huru Hara tu, author memang berikan kuasa dari watak Powerpuff Girls xD sebab dia memang nampak macam Powerpuff girls pun... Lily - Bubble, Faye - Blossom, Bella - Buttercup

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro