Badut
Pintu rumah dibuka secara perlahan, Kaizo masuk ke dalam sambil memegang beg sekolah Rizu. Dia tadi mendapat panggilan dari sekolah bahawa Rizu tidak begitu sihat kerana demam panas. Ibu Rizu berada di luar negara dan dia terpaksa menyuruh Kaizo menjaga Rizu buat sementara waktu. Rizu masuk ke dalam rumah sambil memeluk tubuhnya yang tidak begitu sihat itu. Sepanjang perjalanan mereka, Kaizo terpaksa mendukung Rizu kerana Rizu tidak begitu larat untuk berjalan
"PANGGGGG!" Kaizo memanggil adiknya "PANGGGGG!" Dia meletak beg sekolah Rizu di tepi pintu rumah. Rizu terus baring di atas kerusi sofa, dia hanya mahu tidur dan berehat sahaja
"Yea abang" Fang keluar dari bilik bersama Boboiboy
"APA KAU BUAT DALAM BILIK TU?" Tanya Kaizo dengan muka serius dia
"Adik tengah siapkan kerja sekolah dengan Boboiboy lah. Rizu kenapa?" Fang baru sedar yang Rizu sudah pun terbaring di atas sofa. Boboiboy muncul di sebelah Fang untuk melihat apa yang berlaku
"Rizu tengah demam. Kau jangan nak buat bising, abang nak pergi buatkan bubur untuk Rizu" Kaizo terus menuju ke dapur dan lalu dia berhenti sebentar "BAWAK TURUN SELIMUT DAN BANTAL UNTUK RIZU!" Dia sambung balik untuk ke dapur. Fang dan Boboiboy melihat Rizu dari tingkat atas. Rizu sudah pun nyenyak tidur di atas sofa
"Hmmm.. macam manalah si budak ni boleh demam" Fang masuk balik ke dalam bilik dia untuk mengambil bantal dan selimut
"Agaknya dia berjemur kot masa hari sabtu hari itu. Hari ahad tu pun dia tak datang rumah kau kan" kata Boboiboy sambil menolong Fang mengangkat selimut dan anak patung landak kegemaran Rizu "Kasihan aku lihat si Rizu tu. Ibu dia ada urusan penting dekat luar negara, orang gaji dia pun macam tak rapat sangat dengan Rizu. Selamatlah kau dan abang kau ada, bolehlah dia tinggal dekat sini buat sementara"
"Aku pun rasa kasihan juga tengok dia tapi takpe, aku akan menjadi abang yang terbaik kepada dia" Fang keluar dari bilik tidurnya sambil mengangkat sebuah bantal Hello Kitty. Bilik Fang belum lagi berubah seperti biasa, masih lagi kekal dengan tema Hello Kitty. Pertama kali Boboiboy masuk ke dalam bilik Fang, dia ketawa terbahak-bahak sampai Fang naik tension. Lama-lama begitu, baru Boboiboy berhenti ketawa tetapi dia berjanji akan menolong Fang untuk mengubahsuai balik bilik Fang. Mereka berdua terus turun ke bawah dan menuju ke ruang tamu. Fang berdiri di sebelah kepala Rizu yang sedang tidur itu. Lalu dia melutut
"Rizu, bangun sekejap. Abang letak bantal dekat bawah kepala Rizu" Rizu yang masih dalam keadaan mamai, dia bangun sedikit dan terus Fang letakkan bantal. Fang baringkan balik Rizu. Boboiboy letakkan anak patung landak di bawah tangan Rizu, selepas itu dia selimutkan Rizu
"Bestnya dia dapat abang yang baik" kata Boboiboy "Rizu sangat bertuah sebab dapat abang seperti kau, abang Kaizo dan juga seorang kakak yang baik iaitu kak Lynna"
"Tapi bukan kita orang sahaja. Dia ada abang dan kakak yang lain juga. Kau, Gopal, Yaya, Ying, Faye, Bella dan juga Lily. Semuanya sayangkan Rizu" Fang belai rambut Rizu yang masih lagi kekalkan gaya rambut seperti rambut Fang. Dia buka cermin mata Rizu dan terus letak di atas meja ruang tamu "Tapi abang aku layan Rizu macam adik dia sendiri. Baik aje, selalunya dia tu ganas dan sadis. Kalau dengan aku, tiap-tiap hari boleh dengar jeritan PANG dia tu.. rasa macam nak kena lempang aje"
"Hehehee... dia tahu Rizu ni bukan macam kau. Kau tu degil dan nakal tapi Rizu lain, dia jenis lembut. Kau tu ganas, dia bukannya ganas pun tapi sudah terikut dengan kenakalan kau. Wei Fang, kau pernah tak bayangkan abang kau menjadi seorang ayah?" tanya Boboiboy
"Aku tak pernah bayangkan abang aku menjadi seorang ayah tapi... kau kena jaga rahsia ni" Fang melihat ke pintu dapur supaya abang dia tidak mengintai mereka berdua. Lalu dia bercakap dengan nada yang agak perlahan "Kau ingat tak aku dapat kunci emas tu?"
"Ingat, kenapa?" tanya Boboiboy yang rasa curiga "Apa kena mengena kunci tu dengan abang kau?"
"Sebenarnya kunci itu Ratu Lily yang bagi dekat aku. Kunci itu boleh melihat isi hati kita, dan malam tu, aku pergi melihat isi hati aku dengan Ratu Lily. Pertama aku lihat macam mana abang aku bukan lagi seorang Kapten dan tinggalkan misi dia" Fang menahan gelakan kerana dia masih ingat lagi keadaan abang dia di dalam dunia isi hati dia sendiri "Aku nampak abang aku jadi.. gemuk" Fang dan Boboiboy ketawa sedikit
"Lepas tu apa jadi?" tanya Boboiboy. Mereka berdua duduk bersila di hadapan kerusi sofa
"Lepas tu.. semuanya jadi sedih, kau telah dilantik menjadi pengganti tempat abang aku. Kau bawa Gopal, Yaya, Ying dan juga Ochobot untuk pergi ke galaxy. Hanya aku dan abang aku sahaja ada di Pulau Rintis. Tok Aba pun sedih sebab takde berita tentang kau tapi paling sedih, semua yang kita kenal di sini, semuanya kita tidak kenal seperti kak Lynna. Abang aku tak kenal kak Lynna dalam dunia tu. Maknanya, aku mesti tidak mengenali Rizu dan yang lain-lain sekali"
"Hmm.. sedih juga dunia itu tapi kau memang tak nak abang kau jadi kapten ke?"
"Aku sebenarnya tak kisah tapi dalam hati aku, memang nak sangat di duduk bumi bersama aku, lupakan tentang misi-misi dia tu. Aku cuma takut, kalau dia pergi, dia tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya" kata Fang dengan nada yang agak sedih
"Tapi abang kau memang sudah duduk di sini pun bersama kau. Aku yakin, dia pun tak nak tinggalkan kau lagi seperti sebelum ini"
"Terima kasih Boboiboy" Fang hanya berikan sedikit senyuman kepada Boboiboy "Tapi bukan itu sahaja. Aku juga dapat melihat kehidupan abang aku setelah dia berkahwin dengan kak Lynna. Memang sangat bahagia. Nama anak dia orang pun ada dalam dunia tu"
"Hehehehe.. kau memang berharap sangatlah ni"
"Hmm.. aku memang berharap pun sebab aku nak juga tengok abang aku menjadi seorang ayah dan takdelah dia nak buli aku sangat.. HAHAHAHAHAAA! Tapi bukan itu sebabnya. Aku sebenarnya nak tengok abang aku berbahagia dengan seseorang. Masa aku dengan abang aku dulu, selalu pergi ke satu planet ke satu planet dan tiada seorang gadis pun yang berjaya menawan hati abang aku. Dia tu selalu sangat dengan muka serius aje tapi semenjak dia kenal kak Lynna. Aku nampaklah perubahan dia. Ada juga dia tersenyum sedikit walaupun jarang. Entahlah dia orang tu... aku pun pening kadang-kadang tengok abang aku dan kak Lynna. Teman tapi mesra.. hmmm"
"Hehehe.. jangan nak risaukan sangatlah Fang. Dia orang bersama ke tak bersama ke, janji abang kau adalah perubahan dekat diri dia. Aku tengok kau pun, happy aje semenjak abang kau ada dekat sini. Tapi itulah, kalau abang kau pergi.. mesti kita orang semua akan sedih sebab kita orang sudah anggap abang kau seperti abang kita orang sendiri. Pulau Rintis ni pun dah jadi huru hara semenjak abang kau ada. Tak pernah nak huru hara"
"Hmmm... betul jugak tu tapi paling best sekali, makin bertambah ramai kawan-kawan kita semua. Kalau aku ikut abang aku balik masa misi aku sudah pun selesai, tak mungkin aku dapat kenal Rizu, Bella, Zakwan, Lily, kak Lynna dan juga Harraz. Mungkin sekarang ini, aku akan merindui korang semua" Fang mendongak ke atas sambil terbayangkan siling rumah dia adalah sebuah angkasa lepas "Mesti korang pun akan merindui aku juga"
"Kau kan kawan kita orang, mestilah rindu nanti tapi.. itu sahaja ke yang kau lihat dunia isi hati kau?" Fang pandang kearah Boboiboy dengan wajah sedih dia
"Ada satu lagi... di mana ibu bapa aku tidak pernah dibunuh oleh Ratu Lily. Memang sedih nak tinggalkan dunia tu tapi aku terpaksa"
"Abang Fang jangan menangis" Fang terkejut sedikit. Dia dan Boboiboy menoleh kebelakang. Rizu terbangun dan dia dengar setiap perbualan mereka tadi "Abang Fang masih ada abang dan kami semua lagi"
"Abang tak menangis pun" Lalu Rizu berikan anak patung landak kepada Fang "Terima kasih Rizu" Fang melihat anak patung landak itu, anak patung pertama yang dia terima dari abang dia semasa mereka di bumi. Dia tersenyum sedikit. Apa-apa sahaja pemberian dari abang dia, dia akan tetap akan menghargainya walaupun tidak begitu suka "Rizu hari ini bermalam dekat sini sahaja ok"
"Ok abang Fang" kata Rizu dengan nada perlahan
"Seronoklah Rizu nanti sebab ada dua abang kesayangan dia akan jaga dia nanti" Boboiboy cubit pipi Rizu yang comel itu "Nanti kita orang pergi sekolah, abang Kaizo ajelah yang jaga Rizu seorang nanti"
"Takpe, Pizu tak kan buat nakal. Pizu tak nak buat abang Paizo pening kepala"
"Hehehee.. bagus Rizu" Boboiboy senyum sedikit
"PANGGGG!" Fang bangun tanpa menjerit balik kepada abang dia. Fang meletakkan anak patung landak di atas meja ruang tamu "PANGGG! AMBIK MAKANAN NI CEPAT!" Jerit Kaizo lagi di dalam dapur. Fang buat muka masam sambil berkata sesuatu yang Boboiboy dan Rizu tidak dengar. Boboiboy melihat Rizu sudah tertidur balik. Dia belai rambut Rizu sedikit
"Hmmm... bestnya dapat dua abang yang sangat sayangkan Rizu" Hati dia pun ingin mempunyai seorang abang ataupun kakak juga tapi dia sudah anggap Kaizo sebagai abang dia sendiri. Kaizo selalu ada bersama mereka samada untuk pergi berlawan atau hanya melihat adik dia bersuka ria bersama kawan-kawan adik dia. Boboiboy terdengar jeritan seseorang dari luar pintu rumah
"BOBOIBOYYY! BUKAK PINTU NI! BOBOIBOYY! TOLONGG!"
"Eh, itu suara Gopal. Apasal pulak tu" Boboiboy bangun dan bergegas ke pintu rumah. Gopal masih lagi menjerit nama Boboiboy dengan nada yang begitu cemas
"BOBOIBOYYY!" Gopal menjerit lagi. Lalu Boboiboy membuka pintu rumah tersebut. Dia nampak Gopal dalam keadaan cemas, pernafasan dia turun naik turun naik seperti dia dikejar oleh sesuatu yang menakutkan "Boboiboy... dia... datang..." Gopal tercungap-cungap sebab terlalu penat berlari
"Apasal Gopal" tanya Boboiboy. Gopal tidak menjawab, dia pegang tangan Boboiboy dan bawa dia masuk ke dalam rumah dan dengan serta merta dia menutup pintu rumah itu "Kau kenapa?"
"Dia datang balik.." Gopal mengambil nafas sedikit "Si alien circus tu.. apa nama dia... ahhh.. Kaito tu, dia datang ke bumi tapi dia buat lebih teruk daripada sebelum ini"
"Apa yang dia telah lakukan?" muncul Kaizo di ruang tamu sambil pegang sebuah mangkuk bubur
"Tak tahulah apa yang dia lakukan, tapi dia pergi tukarkan penduduk Pulau Rintis menjadi askar dia. Sudahlah aku takut badut, dia pergi tukarkan mereka jadi askar badut.. macam mana ni Boboiboy? Aku tak naklah pergi berlawan dengan badut"
"Hantu badut kau nak?" Fang muncul di sebelah Gopal dengan muka menakutkan dia "Kau kan suka hantu badut" Fang tersenyum sinis kepada Gopal
"Tak nak.. aku tak suka badut!"
"Wei Fang, janganlah takutkan Gopal. Kau ni memang saja nak cari kesempatan untuk takutkan Gopal" Boboiboy tenangkan Gopal yang sudah menggigil ketakutan itu "Abang Kaizo, apa yang kita perlu lakukan?"
"Hmmm... kamu semua tunggu di sini, biar aku sahaja pergi selesaikan dia tapi kalau apa-apa terjadi dekat aku. Kau panggil kak Lynna dan suruh dia bawa kamu keluar dari Pulau Rintis"
"Abang.. kita orangkan boleh tolong sekali" Fang melihat abang dia "Lagipun adik tak nak terjadi sesuatu dekat abang"
"Jangan degil, tunggu di sana sahaja. Kau jaga Rizu tu"
"Tapi abang Kaizo.. kami pun nak bantu" Boboiboy menolong Fang untuk memujuk Kaizo
"Saya ikut aje yang abang Kaizo katakan..." Gopal tersengih sebab takut nak berhadapan dengan badut. Boboiboy dan Fang melirik mata mereka kearah Gopal "Heheheee... korang tahukan aku takut dengan badut"
"Baiklah, kamu berdua boleh ikut tapi kau.." Kaizo pandang kearah Gopal dengan mata merah dia "Kau duduk di sini dan jaga Rizu. Rizu di bawah jagaan kau. FAHAM!"
"Faham abang Kaizo" kata Gopal
"Baiklah, kamu berdua ikut aku" Kaizo letak mangkuk bubur itu di atas meja ruang tamu. Dia terus ke pintu rumah. Belakang dia diikuti oleh Boboiboy dan Fang "JANGAN NAK MAKAN BUBUR TU! ITU UNTUK RIZU!"
"Cheh, sempat lagi" bisik Gopal. Sebelum Boboiboy keluar, dia pusingkan badan dia untuk bertanyakan sesuatu kepada Gopal
"Tok Aba dan Ochobot macam mana? Dia orang ok tak?"
"Dia orang ok, Yaya dan Ying sempat selamatkan dia orang tak" kata Gopal
"Ok, terima kasih Gopal" Boboiboy terus berlari kearah Fang dan Kaizo yang sudah pun berada di pintu pagar. Gopal melihat tiga orang yang sudah mula keluar dari kawasan rumah. Sedikit demi sedikit Gopal menutup pintu rumah tersebut. Dia berharap mereka semua tidak ditukarkan menjadi askar badut
"Kalau dia orang jadi badut, macam mana aku nak berlawan dengan dia orang nanti" bisik Gopal
--------------------------------
"APASAL KORANG ADA DEKAT SINI?"
"Maaf Adudu tapi tempat ini sahaja yang selamat sekarang ini. Musuh kita orang tengah serang Pulau Rintis sekarang ni" kata Yaya kepada Adudu yang sedang marah itu. Tok Aba dan Ochobot ada di situ sekali
"Kau ingat markas kotak ni tempat pelindungan ke!"
"Entahnya, pergilah ke makmal Emmy tu.. situkan lagi selamat daripada marka kotak ni" jawab Probe pula
"Tapi Emmy takde dekat rumah maa... dia kan dekat sekolah sekarang ni tapi aku harap si Kaito tu tak serang sekolah pula. Takut aku bila fikirkan dia pergi serang budak-budak sekolah. Macam mana ni Yaya. Kita tidak boleh biarkan sahaja" Ying mulai risau tentang keselamatan budak-budak di sekolah
"Kita hubungi dia orang. Mesti Gopal sudah pun beritahu Boboiboy dan Fang" Yaya terus menekan sesuatu di jam kuasanya. Lalu hologram Boboiboy yang keluar "Boboiboy, macam mana keadaan sekarang ni?"
"Mana cucu atuk? Boboiboy, kau ok tak?"
"Atuk, Boboiboy ok sahaja. Kita orang dalam perjalanan untuk pergi ke sekolah sebab kami menerima panggilan dari Faye.."
"ALAMAK!" Mereka terdengar suara Fang
"Maaf atuk, Boboiboy kena pergi sekarang" Terus Hologram itu hilang dari jam kuasa Yaya
"Korang berdua pergi tolong Boboiboy. Biar atuk tunggu di sini"
"Tak boleh atuk. Kami takut nanti Adudu buat apa-apa dekat Ochobot pulak" kata Yaya
"Ha ah, kami bukannya boleh percayakan sangat si alien kepala kotak ni" Adudu tersengih kepada Ying
"Kalau tak percayakan aku sangat. BAWAKLAH TOK ABA DAN OCHOBOT PERGI KE TEMPAT LAIN! APASAL SINI JUGAK MENJADI PILIHAN KORANG! PERGILAH DUDUK DEKAT RUMAH KAPTEN KAIZO TU!" Adudu sudah mula mengambil spana untuk mengetuk kepala Yaya dan Ying
"Haiyaa... jomlah Yaya. Si kepala kotak ni manyak susah"
"Jomlah Ying" Yaya peluk Ochobot "Jom Ochobot, kita pergi ke rumah abang Kaizo tapi siapa ada dekat sana?"
"Hmm... takde siapa kot" jawab Ochobot "Tapi korang nak keluar balik ke? Dari sini ke rumah Kapten Kaizo, agak jauh sedikit"
"Takpe, kita akan selamat dengan adanya Yaya dan Ying" kata Ying dengan penuh semangat "Mari Yaya, tapi sebelum itu" Ying merampas spana dari tangan Adudu. Lalu dia ketuk kepala Adudu dan Probe dengan spana tersebut
"ADOI!" Jerit Adudu dan Probe. Belum sempat Adudu nak marah, Ying dan Yaya sudah larikan diri bersama Tok Aba dan Ochobot
"Cheh, tak guna punya budak.. Probe, pergi pakukan pintu tu. Aku tak nak sesiapa masuk ke dalam markas kotak aku sesuka hati sahaja!"
"Baik encik bos!" Probe berikan tabik kepada Adudu. Dia terus terbang ke tempat lain untuk mencari paku dan tukul besi
---------------------------------------
Kaizo, Fang dan Boboiboy berlari ke arah Sekolah Menengah Pulau Rintis. Sampai sahaja di sana, dia terkejut melihat sekolah itu di penuhi dengan askar-askar badut. Semuanya bermake-up putih, hidung merah dan mempunyai rambut palsu badut dalam pelbagai warna. Di tengah-tengah halaman kawasan sekolah, Aidan dan beberapa pelajar lain dikepung oleh badut-badut yang ganas itu. Mereka semua menunjuk taring yang tajam kepada Aidan dan kawan-kawan dia yang lain
"Kita kena selamatkan dia" kata Fang yang baru sahaja muncul di sebelah abangnya
"Tapi kita tidak boleh cederakan badut-badut tu" kata Boboiboy
"Betul tu, kamu berdua pergi selamatkan Aidan dan pelajar-pelajar lain. Aku akan alihkan pandangan mereka. Jadi kamu berdua bersiap sedia"
"Abang hati-hati tau" Fang peluk abangnya dan lalu dia terus sorok di tepi tembok sekolah bersama Boboiboy. Mereka menunggu sahaja isyarat daripada Kaizo "Macam mana kita nak pulihkan dia orang nanti"
"Aku tak tahulah Fang, tapi yang penting sekarang. Kita perlu selamatkan orang-orang yang belum bertukar menjadi badut" Fang angguk sahaja sambil melihat abangnya melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah. Kaizo goncang-goncangkan pintu pagar sekolah itu supaya badut-badut tersebut mendengar bunyi bising dari pintu pagar itu. Nampaknya Kaizo berjaya membuat badut itu semua menoleh kearah Kaizo
"Aku ada di sini, marilah dapatkan diri aku!" kata Kaizo dengan penuh keberanian "Kau tak kan dapat mengejar aku!" Badut-badut itu mula bergerak untuk mendapatkan Kaizo. Mereka bergerak secara berkumpulan dan lalu meninggalkan Aidan dan kawan-kawannya di situ. Boboiboy dan Fang masih lagi duduk dan tunggu badut itu semua keluar dari kawasan sekolah. Kaizo sudah mula bergerak dan berlari keluar dari kawasan sekolah itu. Dia tidak mahu mencederakan badut-badut tersebut kerana badut-badut itu adalah pelajar sekolah menengah
"Aku harap, dia orang tak kan dapat abang aku" bisik Fang. Dia mengintai sedikit di dalam kawasan sekolah. Semua badut tersebut sudah pun lari keluar dan yang tinggal, hanyalah Aidan dan kawan-kawan dia sahaja. Fang dan Boboiboy menyelinap masuk secara senyap
"Abang Aidan" panggil Boboiboy secara perlahan. Dia berlari ke arah Aidan
"Eh, apa korang buat dekat sini?" tanya Aidan
"Selamatkan abang Aidan, kita kena pergi ke tempat yang selamat" jawab Boboiboy sambil pegang kerusi roda Aidan untuk menolak keluar dari kawasan sekolah itu. Pelajar-pelajar lain ikut di belakang Boboiboy "Ada yang masih selamat lagi tak dalam bangunan sekolah?" tanya Boboiboy
"Abang tak pasti tapi korang kena pergi periksa"
"Aidan, tadi aku nampak kelas tingkatan 4 ada beberapa pelajar perempuan yang terperangkap. Dekat luar kelas dia orang di kawal ketat oleh badut-badut" kata salah seorang kawan Aidan
"Hmmm.. Boboiboy, kau pergi bawa dia orang semua ke tempat yang selamat. Aku pergi selamatkan pelajar perempuan tu"
"Tapi Fang, tak kan kau nak pergi seorang pulak" Boboiboy risau pula kalau askar badut dapat menangkap Fang dan mungkin akan menukar Fang kepada askar badut juga "Aku tak boleh biarkan kau pergi keseorangan"
"Takpe, Emmy akan tolong abang Fely!" Emmy muncul dengan sebuah pistol di tangannya. Dia memakai sepasang kasut boot askar dan dia juga memakai cermin mata hitam. Pakaian dia seperti seorang askar cuma beg sandang dia sahaja berwarna pink dan ada gambar Hello Kitty
"ERK! Emmy, mana boleh tembak badut-badut tu. Dia orang kan manusia biasa seperti kita juga kecuali si Fang ni"
"Jangan risau abang dinasour. Pistol ini cuma untuk tidurkan mereka sahaja" kata Emmy sambil keluarkan pistol kecil dari beg sandang dia "Ini Emmy bagi dekat abang dinasour"
"Abang dinasour?" Fang mengangkat kening sambil melihat Boboiboy "HAHAHAHAHAAAAAAA!"
"Eleh, aku punya lagi baik daripada kau.. ABANG FELY!" Fang mula berapi-api dengan Boboiboy "Sudahlah, kita sudah tiada masa lagi. Aku akan bawa dia orang ke rumah kau"
"Jangan, bawa dia orang ke rumah Emmy" Emmy bagi kunci rumah dia kepada Boboiboy "Dan bawak dia orang ke makmal Emmy, situ lebih selamat"
"Baik Emmy! Hati-hati tau" Boboiboy teruskan menolak kerusi roda Aidan dan pistol yang diberikan oleh Emmy tadi, Boboiboy menyuruh Aidan pegang. Fang dan Emmy sudah bersiap sedia untuk masuk ke dalam bangunan sekolah. Mereka terus berlari kearah tangga sekolah. Fang mengintai dan mendongak untuk melihat bahagian atas di tangga sekolah tersebut. Ada beberapa badut sedang menjaga di situ. Fang naik ke atas dulu dan suruh Emmy mengikut dia dari belakang. Mereka berdua naik secara senyap. Fang terus berhenti kerana dia perasaan salah satu badut sedang bergerak dan turun ke bawah. Mereka berundur tetapi berhenti di sudut yang mereka tidak kelihatan. Badut itu tadi berhenti di tingkat 2 dan dia terus memeriksa di setiap kelas
"Abang Fely, abang Fely jadilah hantu badut untuk halau badut-badut tu. Lepas tu Emmy tembak dia orang, bagi dia orang tidur" bisik Emmy
"Hmm.. ok juga idea tu tapi berapa lama dia orang akan tidur?" tanya Fang
"Dia orang akan terjadi setelah mereka kembali menjadi normal"
"Ok. Kita berlari naik ke atas dan bila abang sudah bertukar menjadi hantu bayang. Emmy tunggu di tangga, abang akan cuba tarik perhatian mereka di tangga. Emmy hati-hati tau, pantau belakang Emmy juga. Takut tiba-tiba muncul pula badut tu nanti" Emmy angguk sahaja tanda faham. Mereka kali ini menaiki tangga secara cepat. Sampai sahaja di tingkat 3, Fang terus menukar dirinya menjadi hantu bayang "HANTU BADUT BAYANG!" Emmy rasa takut pula melihat hantu bayang itu tetapi sebenarnya dia lebih takut kepada badut. Dia buat begini sebab dia tidak mahu ketakutan dia terhadap badut mengawal perasaan dia. Fang terus melangkah ke depan, dia belok ke kanan dan dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan badut yang sungguh mengerikan itu. Ada yang bermake up tebal dan ada juga yang memakai topeng badut tetapi semuanya sedang memegang sebatang kayu baseball. Fang menelan ludah. Fang terus berjalan. Dia berhenti berjalan apabila badut-badut itu mulai sedar dengan kehadiran dia
"Woi, korang tak serang aku ke? AKU ADALAH HANTU BADUT!" Badut itu mula mengejar Fang dan Fang terus larikan diri ke tangga sekolah. Emmy pula masih lagi tunggu di tangga sekolah. Dia mula sedar dengan kehadiran seorang badut sedang menaiki tangga sekolah. Itu adalah badut yang turun ke tingkat dua tadi. Emmy tenangkan diri dia
"Emmy bukan penakut!" Emmy pusing kebelakang dan tembak badut itu. Lalu badut tersebut jatuh di atas tangga kerana tertidur secara tidak langsung "Berjaya juga"
"EMMYYY! CEPAT!" Fang sudah hampir dengan tangga sekolah. Dia sedikit lagi untuk ditangkap oleh Badut tersebut "EMMYYYY!"
"JANGAN RISAU! EMMY DATANG SELAMATKAN ABANG FELY!" Emmy naik ke atas dan muncul di hadapan Fang yang sedang dikejar oleh badut-badut tersebut. Fang tunduk setelah Emmy menekan butang di pistolnya. Badut-badut tersebut jatuh dan lalu tertidur di tengah-tengah koridor sekolah. Semuanya tidur bertindih di situ
"Fuh, terima kasih Emmy"
"Sama-sama abang Fely" kata Emmy dengan cerianya
"Jom kita pergi selamatkan pelajar lain" Fang terpaksa melangkat badut-badut itu kerana laluan mereka telah di halang oleh badut-badut itu. Dia memegang tangan Emmy untuk pastikan Emmy tidak terjatuh sebab dia melangkah ke atas badan badut itu. Mereka berdua memeriksa setiap kelas tersebut sehinggalah mereka jumpa tiga orang pelajar perempuan yang dalam ketakutan. Pelajar-pelajar perempuan itu berasa lega melihat kehadiran Fang dan Emmy. Mereka tahu tentang diri Fang yang superhero terkenal di Pulau Rintis tetapi mereka tidak kenal sangat tentang diri Emmy
"Jom, sebelum badut lain datang" kata Emmy. Fang menghubungi Boboiboy sekejap "Abang Fely, cepatlah!"
"Sekejap, abang kena hubungi Boboiboy dulu" Lalu Hologram Boboiboy muncul "Wei, kau dekat mana?"
"Aku berada di kawasan perumahan kau. Abang Aidan sudah selamat berada di makmal Emmy. Kau macam mana, semua ok?"
"Kita orang ok. Semua pelajar perempuan sudah diselamatkan. Kau ada nampak abang aku tak?"
"Maaf Fang, aku tak nampak abang kau lagi. Aku sekarang ni nak pergi ke rumah kau sebab tadi Yaya hubungi aku, Tok Aba ada dekat rumah kau bersama dengan Ochobot. Badut-badut tu pun takde dekat kawasan rumah kau. Aku jumpa kau nanti dekat rumah Emmy. Aku nak bawa mereka semua ke rumah Emmy nanti"
"Ok" Fang terus tutup hologram tersebut "Emmy, ada nampak sepupu aku dan Bella tak?"
"Tak nampak. Maaf abang Fely" Emmy mengintai-intai di luar kawasan koridor sekolah itu "Jom kita bergerak sekarang sementara keadaan masih dalam selamat"
"Ok" kata Fang. Dia bergerak dulu dan pelajar-pelajar perempuan di belakang dia. Emmy berada di belakang sekali. Mereka mengikut tangga satu lagi iaitu tangga sekolah yang ada di hujung sekali. Mereka tidak menggunakan tangga sekolah yang ada di tengah kerana mereka mahu mengubah haluan. Mereka berlari sehingga ke hujung koridor sekolah. Sampai sahaja di situ, mereka cepat-cepat turun ke bawah dengan selamat. Tiada ancaman dari badut-badut tersebut. Semuanya menjadi sunyi sahaja. Fang membawa mereka keluar dari kawasan sekolah dan teruskan sahaja perjalanan mereka ke rumah Emmy
----------------------------------------
Kaizo telah dikepung oleh badut-badut yang dikejar tadi. Mereka semua mengeliling Kaizo dan masing-masing sedang memegang sebatang kayu baseball. Kaizo tidak dapat menggunakan kuasanya kerana badut-badut itu adalah manusia biasa yang telah bertukar menjadi badut hodoh dan mengerikan. Kaizo kini berada di sebuah taman permainan yang berdekatan dengan kawasan perumahan Pulau Rintis. Dia mengeluarkan pedang tenaganya untuk menakutkan badut-badut tersebut tetapi dia tidak berjaya, badut-badut itu tidak kelihatan takut. Mereka datang lebih dekat
"Baik korang berundur, sebelum aku cederakan korang" kata Kaizo dengan nada garangnya
"Kau begitu berani sekali untuk cederakan mereka" Kaizo mencari suara itu dan lalu dia nampak beberapa badut memberikan laluan kepada Kaito untuk berjalan ke arah Kaizo "Cederakanlah mereka, kalau kau berani"
"KAU! BAGAIMANA KAU BOLEH TERLEPAS?"
"Panjang ceritanya tapi aku sangat bangga dengan kejayaan aku! AKU BANGGA KERANA HAMPIR SELURUH PENDUDUK DI SINI TELAH MENJADI ASKAR BADUT AKU! MEREKA HANYA MENDENGAR KATA-KATA AKU SAHAJA! Dan kau akan menjadi trofi aku paling bermakna sekali" Kaito mengangkat sebatang kayu nipis dan acukan kearah Kaizo
"Apa yang kau ingin lakukan?"
"Aku cuma ingin menukarkan kau menjadi salah satu askar aku sahaja. Marilah Kaizo, sertailah mereka semua" Kaito mengangkat tangan lagi sebelah. Dia menghulur tangannya kepada Kaizo "Kau tidak perlu bimbang lagi selepas ini. Semua manusia di planet ini akan menjadi milik kita semua! Dan aku akan menjadi Ring Master yang terkenal seperti dulu! Pulau ini akan menjadi markas aku, dan seluruh manusia di bumi ini, aku akan mempergunakan mereka untuk menjadi tontonan kesemua alien di galaxy. Mereka akan pasti gelak ketawa melihat aksi-aksi lucu manusia. Marilah Kaizo, kau tidak perlu menjadi salah seorang daripada mereka"
"Kau fikir aku akan sertai kau. JANGAN HARAP!" Kaizo melompat dan menghalakan pedang tenaganya kearah Kaito
"Hmm.. kau memang degil" Kaito pandang ke atas dan dia pula menghalakan tongkat saktinya kearah Kaizo "KAU AKAN MENYESAL NANTI!" Tongkat sakti Kaito mengeluarkan percikan berwarna hijau. Kaizo sedikit lagi hendak terkena percikan itu tetapi seseorang sempat membawa lari Kaizo dari situ. Kaizo hilang dari pandangan Kaito "JAGA KAUUUUU!" Kaito menggenggam tangannya kerana Kaizo sudah melepaskan diri
Kaizo muncul di depan rumah Emmy bersama Lynna "Kau tak apa-apa?" Lynna lepaskan tangan Kaizo dan lalu dia memeriksa muka Kaizo jika ada luka apa-apa
"Aku ok sahaja. Terima kasih kerana selamatkan aku tadi"
"Sama-sama. Selamat aku sempat larikan kau tadi. Kalau tidak, kau akan bertukar menjadi badut askar nanti" Lynna sudah habis memeriksa muka Kaizo "Kenapa kau tidak menghubungi aku tadi? Aku boleh sahaja bantu kau"
"Aku tidak mahu menyusahkan kau sahaja. Lagipun, kau mesti sibuk dekat KL"
"Aku sibuk ke tidak, aku akan tetap datang ke sini"
"Tapi macam mana kau tahu aku dalam bahaya?" Lynna pandang ke tempat lain
"Adik kau menghubungi aku tadi. Dia risaukan tentang keselamatan kau walaupun dia tahu kau boleh jaga diri kau dengan baik" Hati Kaizo tersentuh sedikit kerana adik dia masih lagi risaukan tentang diri dia. Lynna melihat Kaizo balik tetapi kali ini dengan senyuman dia "Dia sekarang ni on the way ke sini. Semua yang belum bertukar menjadi badut, ada di dalam rumah Emmy. Boboiboy pun on the way ke sini tetapi mereka tidak tahu di mana Faye dan Bella sekarang ini"
"Kalau begitu, kau dan aku perlu pergi mencari Faye dan Bella. Aku pasti yang mereka kini sedang menyorokkan diri"
"Kau ada cuba hubungi Faye?" Kaizo hanya gelengkan kepala sahaja "Kalau begitu, biar adik kau dan kawan-kawan dia melindungi orang yang terselamat di sini. Kita pergi cari Faye dan Bella. Aku tidak mahu pergi beramai-ramai, aku takut nanti ada juga badut yang nampak kita nanti"
"Hmmm... tapi apa-apa yang berlaku kepada kita, aku pasti Boboiboy akan betulkan balik keadaan nanti" kata Kaizo "Kali ini misi mencari Faye dan Bella. Kita kembali menjadi satu pasukan balik"
"Satu pasukan"
"Satu pasukan" Kaizo ulang balik ayat Lynna
"Satu pasukan?" muncul Fang di sebelah Kaizo "Apa yang satu pasukannya? OHHHH! ABANG DAN KAK LYNNA BERSAMALAH NI! Orang tengah sibuk risaukan dia, abang sempat lagi nak bincangkan-" Kaizo hempuk kepala adiknya dengan tong sampah. Timbullah satu benjol besar di kepala Fang "ABANGGGGGGGG!"
"Yang kau tiba-tiba cakap macam tu kenapa? Abang dan kak Lynna memang satu pasukan dari dulu lagi"
"Yelah tu abang" Fang mengosok-gosok benjol di kepalanya. Kaizo baru perasan, ada beberapa pelajar perempuan sedang melihat diri dia dengan muka penuh kecomelan mereka
"Siapa mereka ni?" tanya Kaizo
"Peminat abanglah" jawab Fang dengan nada bosan "Wei, korang tak payah nak tengok abang aku sangat. Dia dah ada seseorang pun cuma ABANG AKU AJE YANG TAK NAK MENGAKU!"
"SIAPA ORANG TU?" Pelajar perempuan itu semakin dekat dengan Kaizo. Mereka ingin tahu, siapakah gadis yang menawan hati Kaizo itu
"Mana ada sesiapa! SUDAH! MASUK KE DALAM RUMAH TERSEBUT! SEBELUM AKU MENGAMUK TAK TENTU PASAL!" Fang dengan muka masam, lalu masuk ke dalam kawasan rumah Emmy. Pelajar-pelajar perempuan tadi itu, ikut Fang dari belakang. Emmy ada di belakang sekali bersama Harraz
"Aik, dari mana dia muncul?" tanya Fang
"Oh, tadi masa Fang tengah menjerit ABANGGGGG! Emmy nampak Harraz sedang larikan diri dari sesuatu. Jadi Emmy pergilah tengok, rupanya Harraz kena kejar dengan dua orang badut" Emmy terus tunjukkan dua orang badut sedang tertidur di tengah jalan "Kalau abang galaxy dan kakak fantasy nak pergi cari kakak Fany dan kakak Nutella. Abang galaxy perlukan pistol ni" Emmy serahkan pistol tidurnya kepada Kaizo
"Tak bahayakan pistol ni?" tanya Lynna
"Tak, ianya cuma tidurkan orang sahaja" jawap Emmy sambil tersenyum "Emmy pasti yang kakak fantasy dan abang galaxy akan jumpa di mana kakak Fany dan kakak Nutella menyorok!"
"Macam-macam nama kau bagi yea" bisik Fang. Pelajar-pelajar perempuan tadi tergelak sahaja "Jomlah Emmy, kita masuk. Sebelum abang aku halau kita lagi"
"Ok! Semoga berjaya kakak fantasy dan abang galaxy!"
"Terima kasih Emmy" Lynna belai rambut Emmy sambil berikan senyuman
"ABANG KAIZO!" Kaizo menoleh ke kiri untuk melihat siapa yang menjerit nama dia. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Tok Aba dan Ochobot sedang berlari pantas kearah Kaizo. Yaya telah menggunakan kuasanya untuk mengangkat Rizu yang masih lagi tidur
"Kenapa dengan Rizu?" tanya Lynna dengan nada kerisauan dia
"Rizu demam panas" jawab Kaizo "CEPAT MASUK KE DALAM!" Jerit Kaizo kepada mereka. Dia dan Lynna melihat mereka masuk ke dalam kawasan halaman rumah satu per satu. Lynna berhenti Yaya seketika
"Kenapa Kak Lynna?" tanya Yaya. Lynna tidak menjawab, dia hanya merasa dahi Rizu sahaja "Dia ok ke kak Lynna?"
"Demam dia semakin panas. Atuk tolong jagakan Rizu sementara kami tiada"
"Jangan risau Lynna, atuk akan jaga Rizu dengan baik. Kamu berdua pergilah buat, apa yang kamu kena buat sekarang"
"Hati-hati abang" kata Fang sambil berjalan menuju ke pintu rumah Emmy. Dia menoleh sedikit untuk melihat abangnya sedang berkata sesuatu kepada Lynna
"Macam mana kita nak cari mereka?" tanya Kaizo
"Aku perlukan sesuatu milik barang Faye"
"Kalau begitu, kita pulang ke rumah aku" Lynna angguk. Dia pegang kedua belah tangan Kaizo dan lalu mereka hilangkan diri. Fang yang melihat abangnya sudah pun pergi menghilangkan diri bersama Lynna. Lalu dia masuk ke dalam rumah Emmy, tempat pelindungan mereka semua. Rizu sudah dibaringkan di dalam bilik Emmy. Tok Aba dan Ochobot pergi melihat Rizu sebentar
"Aku rasa macam nak pergi tolong dia orang sahaja" kata Fang sambil duduk di tepi tingkap
"Aku pun begitu, Fang tapi abang kau suruh kita duduk di sini dan lindungi mereka yang terselamat"
"Hmmm... aku tahu Boboiboy tapi.. entahlah, mungkin perasaan aku sahaja"
"Janganlah fikirkan yang bukan-bukan. Abang kau dan kak Lynna tidak pernah kalah dalam mana-mana pertarungan"
"Mungkin kali ini mereka akan kalah, macam mana?" Fang hanya memandang ke luar tingkap sahaja. Dia melihat beberapa badut lalu di depan rumah Emmy. Dia sempat sorokkan diri sebelum badut itu sedar yang dia ada di dalam rumah tersebut "Jangan bagi mereka tahu kita ada dekat sini. Tutup semua tingkap" kata Fang. Mereka semua tutup tingkap dan lampu supaya askar-askar badut ataupun Kaito tidak tahu yang mereka ada di dalam rumah Emmy
-----------------------------------
Lynna menyentuh setiap barangan yang ada di dalam bilik Faye. Kaizo melihat Lynna yang berkelakuan pelik itu dan air muka Lynna kelihatan kecewa apabila setiap kali dia menyentuh barang milik Faye
"Apa yang kau lakukan?"
"Aku cuma untuk mendapatkan firasat di mana Faye dan Bella sorokkan diri. Kuasa Premonition aku tak kan berjalan selagi aku tidak menyentuh sesuatu barang milik seseorang" kata Lynna yang sedikit kecewa itu "Tapi tiada satu firasat yang aku dapat. Jangan cakap aku kehilangan kuasa"
"Mungkin kau perlu tenangkan diri" Kaizo pegang tangan Lynna dan lalu dia lepaskan. Lynna terduduk di atas katil Faye "Apasal dengan kau? Tadi kau ok sahaja"
"Sebenarnya.. semenjak akhir-akhir ni, kuasa aku ada serba tidak betul. Aku tak tahulah kenapa, mungkin aku terlampau stress sangat"
"Kau tertekan sebab banyak sangat kerja kena lakukan?" Kaizo duduk di sebelah Lynna
"Ha ah" Lynna dapat rasakan air mata dia sedang mengalir keluar. Lalu dia mengesat air matanya secepat mungkin "Kalau kau nak tahu, semalam semasa aku selamatkan seorang budak daripada musuh aku. Aku tidak dapat gunakan kuasa aku yang lain, aku gagal selamatkan ibu dia. Ini bukan pertama kali aku gagal tapi semalam aku rasa lain, seperti kuasa aku tidak mahu bekerjasama dengan aku lagi. Aku cuba keluarkan kuasa api aku tetapi aku hilang kawalan sehinggalah kawan-kawan aku datang membantu aku"
"Takpe, kalau kau tidak dapat menolong. Kita cari sahaja mereka tanpa menggunakan kuasa kau"
"Aku tak nak gagal lagi sekali" bisik Lynna sambil mengesat air mata dia lagi sekali. Kaizo berikan sehelai tisu kepada Lynna "Terima kasih Kaizo"
"Hmmm... apa kata kau cuba lagi sekali. Kalau gagal, kita cari menggunakan teknik manual sahaja" Lynna tergelak sedikit "Kenapa? Aku ada buat lawak ke?"
"Takde apa" Lynna berhenti gelak
"Kau tarik nafas dan tenangkan pemikiran kau" Lalu Lynna ikut arahan Kaizo "Jangan fikirkan tentang masalah kau semalam atau apa-apa. Kau cuma tumpukan perhatian untuk selamatkan Bella dan Faye. Pejamkan mata kau" Lynna pejamkan mata dia. Kaizo mengambil sebuah kamera milik Faye yang ada di atas katil dan lalu dia mengangkat tangan Lynna "Kau tumpukan perhatian, jangan fikirkan apa-apa" Kaizo letakkan kamera itu di atas tapak tangan Lynna
Lynna berjaya mendapat satu firasat. Dia nampak Faye, Bella dan beberapa pelajar sekolah rendah sedang berlari masuk ke dalam stor sukan. Imej bergerak itu berhenti di situ dan Lynna terus membuka matanya "Aku nampak mereka di nampak" Lynna letak balik kamera itu di atas katil Faye "Terima kasih Kaizo kerana menolong aku. Kau memang sahabat yang baik"
"Sama-sama. Cepat kita pergi selamatkan mereka. Baik aku ke tempat yang kau nampak tadi"
"Baiklah wahai kapten sadis" Lynna pegang tangan Kaizo sambil tersenyum. Lalu mereka hilang di situ dan muncul di halaman Sekolah Rendah Pulau Rintis. Lynna berlari bersama Kaizo untuk pergi ke stor sukan. Mereka berhenti dan sorok di sebalik dinding bangunan sekolah
"Ada beberapa badut cuba untuk buka pintu stor sukan" kata Lynna
"Hmmm... nampaknya kita perlu tidurkan mereka untuk selamatkan Faye dan Bella. Kau tunggu di sini" kata Kaizo. Dia keluar dari tempat persembunyian secara senyap. Kaizo melangkah ke depan dengan agak perlahan supaya badut-badut itu tidak sedar dengan kehadiran dia. Badut-badut itu terlalu sibuk dengan pintu stor itu. Mereka tendang dan cuba jahanamkan pintu tersebut. Bella yang ada di dalam stor itu, dia sedang memegang erat sebatang kayu baseball. Faye sedang melindungi budak-budak darjah 3 yang dalam ketakutan. Pintu itu di tendang beberapa kali sehinggalah ia berjaya di buka. Faye dan beberapa pelajar sekolah rendah menjerit ketakutan. Bella hanya berdiri di hadapan mereka dengan muka beraninya
"KAU JANGAN DATANG DEKAT! KALAU TIDAK, AKU AKAN KETUK KORANG!" Tetapi badut-badut tersebut abaikan sahaja amaran dari Bella. Mereka bergerak sedikit demi sedikit kearah Bella dan dia pula berundur kebelakang. Perasaan takut dia muncul tetapi dia kuatkan semangatnya "Jangan datang dekat" Faye boleh mendengar suara rayuan dari Bella. Dia juga nampak titisan air mata Bella di atas lantai
"Bella?" bisik Faye
"Kau tak kan dapat kami! AKU TAK KAN BENARKAN KAU CEDERAKAN MEREKA!" Bella mula melibas-libas kayu baseballnya sehinggalah salah satu badut itu pegang kayu baseball Bella. Dia cuba untuk lepaskan tetapi badut itu terlampau kuat "LEPASKAN! LEPASKAN!" Bella mulai takut apabila salah seorang badut itu mengangkat tangannya untuk mencakar Bella tetapi sesuatu telah pun terjadi. Badut-badut tersebut jatuh rebah di atas lantai bilik sukan. Bella dan Faye tersenyum gembira apabila nampak Kaizo berada di belakang badut-badut tadi
"ABANG KAIZO!" Faye dan beberapa pelajar budak sekolah rendah berlari ke arah Kaizo. Mereka memeluk Kaizo kerana sangat gembira. Bella terduduk di atas lantai sambil menangis. Faye pergi memujuk Bella supaya tidak menangis. Mereka berpelukan di situ. Lalu mereka semua keluar dari bilik sukan itu dalam keadaan selamat
"Abang Kaizo seorang sahaja ke?" tanya Bella sambil mengesat air matanya
"Tak, kak Lynna ada di sini" Kaizo melihat tempat Lynna bersembunyi tadi tetapi Lynna tiada di situ "Lynna? LYNNAA!"
"HAHAHAAHAA!" Semua menoleh kebelakang "Baik kau serahkan sahaja diri kau Kaizo, sebelum aku buat sesuatu kepada dia!" Lynna di dalam genggaman Kaito. Dia kelihatan tidak sedarkan diri
"Kau lepaskan dia!" kata Kaizo dengan perasaan marah
"Aku tak kan lepaskan dia selagi kau tidak menyertai pasukan circus aku. Kalau kau degil juga, ucapkan selamat tinggal kepada kawan baik kau ni" Kaito meletakkan tongkat sakti dia di leher Lynna "Selamat tinggal Kaizo" Lalu sebuah percikan berwarna merah keluar dari tongkat sakti itu. Kaito ketawa sekuat hati di situ. Bella dan Faye tergaman, mereka tidak tahu hendak buat apa
"JANGAN HARAP! TUSUKAN JARI BAYANG!" Kuasa bayang terkena tangan Kaito. Tongkat sakti itu terlepas dari tangan Kaito "AKU TAK KAN BENARKAN KAU CEDERAKAN KAK LYNNA!"
"Aku tak kan lepaskan dia" Kaito masih lagi memegang Lynna. Dia cuba menghubungi kapal angkasa dia untuk membawa diri dia dan Lynna lari dari situ "Kau tak kan jumpa dia balik buat selama-lamanya!"
"Yea ke" Lalu pecahan Boboiboy muncul di depan Kaito "Ying! gunakan kuasa kau!" kata Gempa
"Baik! KUASA SLOW MO!" Ying perlahankan pergerakan Kaito. Ying berlari laju untuk selamatkan Lynna dari pegangan Kaito. Ying baringkan Lynna di bawah sebuah pokok rendang. Fang dan Ying pergi melindungi Lynna sementara Boboiboy hapuskan Kaito. Selepas itu, Kaito kembali menjadi normal. Yaya dan Gopal tiada di situ sebab Gopal takut dengan badut, manakala Yaya terpaksa tinggal untuk melindungi orang-orang yang terselamat di rumah Emmy
"Sekarang, kau rasakan kuasa daripada kami semua! TUMBUKAN TANAH!"
"TETAKAN HALILINTAR!"
"PUSARAN TAUFAN!"
"BEBOLA API BERKEMBAR!"
"TOLAKAN OMBAK!"
"AKAR BERDURI!"
"TEMBAKAN SOLAR!"
Dan paling terakhir sekali adalah serangan daripada Kaizo "TETAKAN TENAGA!" Kaito menjerit-jerit kesakitan akibat serangan yang dia terima tadi. Badan dia mula hancur dan terus menjadi debu. Taufan menipu debu-debu itu untuk terbang pergi jauh dari situ. Boboiboy bercantum semula. Boboiboy, Kaizo, Bella, Faye dan beberapa pelajar sekolah rendah berlari untuk pergi melihat Lynna yang masih lagi tidak sedarkan diri
"Lynna, bangun" panggil Kaizo
"Kenapa dengan kak Lynna abang?" tanya Fang
"Aku tidak tahu" Kaizo merasa nadi di tangan Lynna, ternyata Lynna masih lagi hidup cuma tidak sedarkan diri sahaja "Tapi dia tidak boleh baring di sini sahaja. Mari kita pulang"
"Abang Kaizo, apa kita nak buat dengan tongkat sakti tu?" kata Faye sambil tunjuk kearah tongkat sakti yang ada di atas rumput
"Hmm... aku rasa, kita perlu patahkan tongkat sakti itu. Aku tidak mahu mana-mana musuh aku menggunakan tongkat sakti itu lagi. Pang, pergi patahkan cepat!" Fang tidak membantah. Dia terus pergi ke arah tongkat sakti yang terlepas dari tangan Kaito tadi. Lalu dia mengangkat tongkat itu. Dia melihat seketika dan terus dia patahkan. Badut-badut yang ada di Pulau Rintis, semuanya kembali menjadi manusia biasa. Mereka tidak tahu apa yang terjadi kepada diri mereka sebentar tadi. Semuanya tertanya-tanya apa yang sudah berlaku ke atas diri mereka dan juga Pulau Rintis
Jauh dari Pulau Rintis
"UWAAAAA! APASAL LILY TAK DAPAT NAK JOIN PENGEMBARAAN DIA ORANG LAGI!" Lily menghempuk-hempuk plushie Fang dengan batu besar sambil menangis seorang diri di dalam bilik "MUMMY DADDY! JOMLAH PINDAH KE PULAU RINTIS!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro