Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

08 SHORT STORY

*Aktiviti Kelab Wattpaders 1*

*Tarikh Mula *:: 29 Julai 2019 ( Isnin )
*Tarikh Akhir* :: 4 Ogos 2019 ( Ahad )

*Aktiviti* : Short Story
*Genre* : Teen Fiction + Spiritual

*Arahan* :
Akhiri cerita anda dengan “... aku mulai sedar apa yang aku miliki sekarang ini tidak akan kekal untuk selamanya.”

*Patah perkataan* :
Minimum 1000 patah perkataan
Maksimum 2000 patah perkataan

*Disediakan oleh* : Gadismataempat (Syasya)

*Author* : Ms_Fleurs

*Mula menulis* :

Aku memandang ke luar jendela, sambil mendengar lagu di radio ERA FM. Bekerja di sektor swasta amat memenatkan walaupun gajinya lumayan.

"Woii, Akmal nak balik tak." Dia ini lagi tak habis menganggu waktu aku nak bahagia.

"Rasanya, aku lambat lagi nak balik. Banyak benda yang aku uruskan, kalau kau nak balik. Kau baliklah duluan Irham." Kataku pada si penganggu ketenteraman.

"Baiklah, kalau itu kau nak. Aku balik dulu."

Aku pun kembali memandang ke luar jendela menikmati pemandangan persekitaran tempat kerja. Mendengar lagu boleh membuat seseorang berasa sangat nyaman tanpa adanya masalah dalam fikiran.

"Doktor Akmal!!! Pesakit di ward 09... mengamuk lagi...."

Kelihatannya sister Suraya dalam keadaan tercunggap - cunggap memberitahu hal ini kepada aku. Apalah lagi masalah pesakit itu, kali ini apa yang diamukkannya.

"Baiklah, saya akan ke sana. Sister Suraya tolong beritahu staff yang lain untuk menolong saya untuk mengawal keadaan."

Aku pun bertindak dan menunjuk ke ward 09 untuk memeriksa keadaan pesakit sebenar.
______________________________________________

"Macam mana keadaan pesakit sekarang, Doktor Erika. Maaf kerana lambat datang."  Kataku sambil memandang doktor yang ada dihadapan iaitu Erika.

"Keadaan pesakit semakin baik, cuma itu lah tak boleh dalam keadaan stress. Ia boleh buat pesakit dalam keadaan tak terkawal."

Aku memandang pesakit itu yang sedang terbaring lena selepas dibagi ubat tidur. Nampaknya, makin banyaklah tugas - tugas yang perlu dilakukan selain memantau pesakit lain. Iaitu menjaga pesakit yang sedang terbaring lena ini, cantik memang cantik tapi sayang sangat emosinya sering kali sahaja tak stabil.

Tak mengerti lansung apa yang dihadapi sampai berniat ingin bunuh diri dengan menggelar tangannya sendiri. Apalah makna kehidupan kalau asyik nak putus asa sahaja.

"Doktor Akmal, kalau pesakit ini dah sedar. Tolong dengar luahan yang dia nak beritahu. Sebabnya, ada perkara yang pesakit tak memberitahu secara detail. Harap doktor Akmal boleh berborak dengan pesakit."

"Hah, baiklah. Saya akan cuba untuk berinteraksi dengan pesakit." Kataku sambil mengangguk kepala kepada doktor Erika.

"Baiklah, kalau macam begitu saya minta diri dulu doktor Akmal. Harap awak boleh berikan kerjasama." Doktor Erika pun berlalu pergi, dan aku termenung melihat pesakit yang terlantar di katil.

"Dalam keadaan tidur pun pesakit ini nampak cantik. Tapi akan daya muda - muda dah meroyan." Kataku sambil memandang pesakit.

Aku mengambil kerusi dan duduk di sisi pesakit dengan memeriksa keadaannya, ketika itu juga sister Suraya datang. Aku memandang sister Suraya.

"Suraya, boleh saya nak tahu maklumat pesakit ini."

"Arrh! Pesakit ini bernama Kamelia Hisyam. Berumur 19 tahun, pesakit baru sahaja kehilangan anak yang dilahirkan." Kata sister Suraya sambil membaca maklumat pesakit.

"Anak? Hilang yang macam mana itu?" Sambil memandang sister Suraya.

"Sebenarnya, suami dia yang ambil doktor Akmal. Saya tak tahu pula kes apa sampai suami pesakit nak ambil anak sendiri."

"Tak mengapa, nanti saya sendiri akan berborak dengan pesakit dan saya ingin tahu apa masalah yang dihadapi. Terima kasih sister Suraya." Sister Suraya pun pergi menyambung kerja sendiri.
___________________________________________

"Saya ada dekat mana ini." Sambil memegang kepala yang rasa berat.

"Awak ada dekat hospital, Kamelia. Keadaan awak tadi amat merisaukan, awak mengamuk sampai pihak kami terpaksa membagi awak ubat ketenangan." Aku berkata jujur kepada Kamelia keadaan yang sebenar mengenai dirinya sekarang.

"Saya doktor Akmal, saya adalah doktor yang akan merawat awak sekarang. Boleh saya tahu apa yang membuatkan awak mengamuk sebegitu sampai menggelar tangan awak."

Aku memandang Kamelia seketika itu dan aku melihat Kamelia seperti ingat menangis tetapi ia menahan air matanya jatuh.

"Kalau saya ceritakan masalah yang dihadapi, adakah doktor akan percaya cakap saya." Katanya yang memandang tepat ke arah aku.

"Saya adalah doktor, tugas kami adalah merawat pesakit. Kami akan sedaya upaya untuk merawat pesakit - pesakit yang memerlukan bantuan kami."

"Baiklah, saya akan cerita apa yang berlaku apa yang menyebabkan saya begini rupa." Kamelia berkata dalam riak mukanya yang sangat menyedihkan.
________________________________________

*Flashback

Ketika itu saya berumur 17 tahun dan berkenalan dengan seorang yang tinggal di sekitar perjiranan, lelaki itu 20 tahun. Kami selalu berjumpa sebab kami sama tempat tinggal.

Lelaki itu bernama Luqman Hakim orangnya sangat matang, dan sangat prihatin terhadap aku. Kami berkenalan sampailah Luqman melamar aku menjadi kekasih, kami bercinta sampai lah keluarga tahu yang aku bercinta dengan Luqman.

Tapi akan daya keluargaku tidak berkenan dengan Luqman. Alasan utama mereka adalah kami berdua masih muda. Dan aku yang akan menjalani SPM, nanti ia akan menggangu fokusku untuk belajar.

Dalam keadaan muda itu, aku terlalu keras kepala untuk mengikut arahan dari keluarga sendiri. Luqman berjanji akan bersama - sama denganku. Kami bernikah tanpa pengetahuan keluarga aku manakala keluarga Luqman menerima aku.

Selepas bernikah kami duduk jauh dari keluarga, ketika itu masuk tahun akan mendatang. Aku disahkan mengandung, disaat itu perangai  Luqman berubah dengan mendadak. Seringkali Luqman memukul aku tanpa belas kasihan, aku terfikir adakah ini balasan disebabkan bernikah tanpa restu keluarga aku sendiri.

Aku dapat panggilan dari pihak polis bahawasanya Luqman terlibat kes   bergaduh di tempat awam. Aku cuba untuk berdoa kepadaNya memohon maaf segala silap aku yang terlalu ikut kata hati sehingga mengaabaikan keluargaku sendiri.

Selang beberapa hari Luqman masih berperangai sama. Tapi keadaannya berubah disaat aku ingin dimasukkan ke hospital untuk menunggu melahirkan anak. Luqman pun ada sekali ketika disaat aku melahirkan anak, aku sangat gembira. Tetapi saat sangkaan aku meleset rupanya Luqman telah membawa lari anak yang aku lahir, untuk dagangan di pasar gelap.
_________________________________________

"Di saat itu saya meroyan dan menggelar tangan saya sendiri kerana kehilangan anak saya sendiri. Dan ini adalah balasan saya dapat, kerana membelakangkan keluarga saya sendiri." Kata Kamelia sambil berkata dalam keadaan tersedu - sedu.

Aku bersimpati apa yang berlaku kepada kehidupan Kamelia, mendengar ceritanya membuatkan aku teringat jika masih ada keluarga sayangilah mereka. Sentiasa berdoa kepadaNya keharmonian dalam sesama keluarga.

"Kamelia, boleh saya berkata sesuatu. Jika Kamelia diberikan peluang lagi sekali untuk bersama dengan keluarga. Apa yang akan Kamelia lakukan." Aku memandang Kamelia, dia seperti tersedar apa yang aku katakan kepadanya.

"Aku mulai sedar apa yang aku miliki sekarang ini tidak akan kekal untuk selamanya.”

Tamat

1026 WORDS

KelabWP

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro