02 SPECIAL RAYA
*AKTIVITI KELAB WATTPADERS💫*
*AKTIVITI : SPECIAL RAYA*
*TARIKH : 9 JUN 2019*
*GENRE :* RANDOM
*ARAHAN :* TULIS PENGALAMAN ANDA SEMASA ANDA MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. SELAMAT HARI RAYA!
*JUM. PERKATAAN : TIDAK MELEBIHI 1000 PATAH PERKATAAN*
*TARIKH AKHIR : 12 JUN 2019*
*DISEDIAKAN OLEH : _AISYWA*
*PENULIS : Ms_fleurs
_Mula menulis👇🏻_
"Anak - anak sekalian, bangun lah. Bersiap - siap."
"Cepat mandi, sekejap lagi kita semua nak beraya dekat tempat kerja ayah. Mereka menjemput datang beraya di sana."
Kata kepada anak - anak nya yang masih tidur.Aku terbangun terdengar suara mamaku memanggil kami adik - beradik untuk mandi.
Aku melihat jam dinding, dan waktu itu menunjukkan jam 7:30 pagi. "Awal juga, mak kejutkan kami semua. Alahai, malas pula nak bangun."
Tiba - tiba, pintu bilik aku diketuk. "Kakak, bangun cepat mandi. Kalau lambat kena tinggal dengan ayah." Kata mamaku yang dengan suaranya nyaring itu.
Aku pun bangkit dari tempat tidurku dan mengambil tuala untuk mandi. Selesai mandi, aku pun bersiap - siap untuk pergi beraya. Adik - adikku yang lain masih lagi ada yang tidur dan ada yang mandi.
Sementara menunggu yang lain bersiap, aku pun mengambil makanan di atas rak almari dapur untuk bagi anak - anak kucingku yang kelaparan.
Selesai membagi anak - anak kucingku makan. Aku pun duduk di sofa dan memandang jam dinding ketika itu menunjukkan 8:15 pagi.
"Bila lah di orang nak siap ini. Bangun awal pun tetap sama juga, lambat nak bersiap."
Beberapa minit kemudian, mereka semua pun dah bersiap.
Ayahku yang berpakaian askar mengambil kunci kereta, dan berkata "semua masuk kereta, sekarang." Apalagi, semua cepat masuk ke dalam kereta.
Sesudah sampai ke tempat kerja ayah, kami pun keluar dari kereta. Tiba - tiba ayahku berkata "sini kamu adik - beradik, ayah nak tangkap gambar." Kami pun pergi kearah ayah dan bersedia dengan gaya untuk ayah menangkap gambar kami adik - beradik.
Sejurus itu, aku pun berkata "nah, sekarang giliran ayah dengan mama pula. Rapat - rapat baru nampak sweet." Lalu aku pun menangkap gambar ayah dan mama.
Kami pun berlalu pergi ke dalam dewan, dan sambil melihat suasana dalam tersebut. Adikku berkata "raya tahun ini, tak ramai orang kakak. Sebab ramai yang balik kampung."Aku pun mengiyakan sahaja.
349 Words
11/06/2019
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro