Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4 | Bukan Dia

          "Aku kata jangan datang sini lagi, kan?"

Aku abaikan wajah tak puas hati Zaid. Lebih tertarik kepada seorang wanita elegan dengan jaket kulit hitam dan berambut pendek separas bahu yang sedang duduk di meja tulis.

         "Cumi?" Wanita itu merapati aku dengan senyuman lebar.

        "Ummi. Bukan Cumi." Sakit pulak hati aku dah semua bantai panggil aku Cumi.

         "So, inilah parasite yang selalu melekat dengan kau? Such a cute little parasite." Dia mencubit pipi aku dengan selambanya.

Cute?
Parasite?

Dia ingat aku budak tadika ke? Ouch, sabar Ummi Naziha!

         "Jangan panggil dia macam tu, Nadene," tegur Zaid, nampak tak senang wanita bernama Nadene tu gelakkan aku. Okey, mujur dia back up aku. Kalau tak, aku dah lawan balik.

         "Balik."

Naik lali dah aku dengar arahan Zaid ni. Tak ada perkataan lain ke?

        "Orang nak hantar ni je." Aku tunjuk mangkuk tingkat di tangan.

       "Terima kasih, Ummi." Tiba-tiba Alex muncul dari balik rak buku. Nampak lebih sihat dari sebelumnya dalam tshirt hitam dan berseluar slack. Dia melemparkan senyuman yang tak mungkin aku lupakan. Garis halus muncul di hujung bibir dan matanya hampir hilang tenggelam dalam senyuman.

Bila Alex dah cakap macam tu, nak tak nak, Zaid ambil juga mangkuk tingkat di tangan aku sebelum menunjuk ke arah tangga.

        "Sama-sama." Aku membalas dengan hati berbunga. Kalaulah mama nampak senyuman aku waktu ni, mesti aku dah jadi lauk.

•   •   •

Penutup mangkuk tingkat diketatkan.

        "Nak pergi hantar makanan lagi?" tegur mama.

Aku mengangguk laju sambil membetulkan shawl yang terjuntai. Mama mendekat, menarik aku duduk di sofa. Ah, sudah. Nak tanya pasal Redza lagi ke ni...

        "Tak nak beritahu ma?"

        "Apa?" Seram sejuk aku tengok senyuman ma.

        "Ala, tak payah mengelak lagilah." Kak Long yang baru muncul dari dapur mula menambah.

        "Cumi tak nak kat Redza sebab sukakan Zaid, kan?"

Aku tersedak tanpa punca apabila mendengar sebaris ayat dari mulut mama. Senyuman Kak Long menambah kengerian yang ada.

Apa ni? Apa ni?

        "Bukannya kami tak perasan Cumi selalu ke klinik. Abang pun cakap Cumi asyik melekat kat kaunter sembang dengan Zaid. Lepas tu asyik cari Zaid je," hujah Kak Long.

        "Behave, Cumi. Jadi fitnah nanti. Kalau dah gatal sangat biar ma pergi pinangkan Zaid untuk Cumi. Segan ma dengan Puan Salma tu, hari-hari anak perempuan ma pergi ke rumah jantan." Ada betulnya juga cakap mama tapi pasal aku suka Zaid tu salah!

        "Kak Long, ma! Orang tak suka pun Zaid tu. Dia dah macam adik beradik orang. Zaid tak ada kena mengena dengan keputusan orang pasal Redza. Lepas ni orang tak pergi rumah dia dah. Cuma kali ni je sebab ada hal penting. Bukan sebab orang suka dia. Orang tak suka dialah!" Aku dah berdiri dari duduk. Geram! Mereka tak boleh fikir jauh macam ni.

       "Assalamualaikum."

Nak luruh jantung aku dengar suara Zaid di sebalik pintu yang terbuka. Mama dan Kak Long pun dah macam tercekik. Mestilah dia dengar apa aku cakap tadi!

Pantas aku mendekati pintu.

        "Ni nak pulangkan mangkuk tingkat semalam." Zaid tayang mangkuk tingkat. Laju je Kak Long pergi ambil.

Aku terus capai mangkuk tingkat yang baru diisi tadi dan keluar berhadapan dengan Zaid.

       "Kami pergi dulu, ma!" Aku bagi isyarat agar Zaid mengikut aku.

Kami berdiri di sebalik rimbunan pokok kedondong agar perbualan kami tidak didengari mama dan Kak Long yang aku agak sedang mengintai di pintu.

       "Aku datang pulangkan mangkuk tingkat kau supaya kau tak payah datang ke rumah aku dah. Alex pun dah tak ada kat sana," jelas Zaid.

Aku terdiam hampa. Pemegang mangkuk tingkat aku genggam dengan kuat.

       "Lepas ni, klinik pun tak payah datang. Dia takkan muncul lagi di sana. Nanti naik cerita pelik-pelik antara kita, kau jugak yang susah payah nak jelaskan."

      "Awak tipu, kan? Saja tak nak bagi orang jumpa Alex." Aku tak bersedia untuk berpisah mengejut macam ni. Aku baru saja nak kenal Alex.

      "Cumi."

      "Okey. Tapi bagi makanan ni kat dia." Aku hulur mangkuk tingkat namun pergerakanku terhenti apabila melihat sesuatu yang tersisip di sisi pinggang Zaid. Tanpa berfikir, perasaan tertanya-tanya membuatkan tangan aku pantas ke hadapan, cuba mencapai objek itu namun pantas Zaid menepis.

       "Pistol?" Aku pandang Zaid dengan wajah terkejut.

Tak semena-mena Zaid merampas mangkuk tingkat dan menghempas ke tanah. Bahuku terangkat, terkejut yang amat sangat melihat tumpahan kuah asam pedas merah.

       "Jangan cari aku. Jangan hantar makanan. Jangan sebut nama aku, Alex atau Nadene." Suaranya keras, penuh amaran. Zaid di hadapanku bukan lagi Zaid yang aku kenal 7 tahun yang lalu.

Dia meninggalkan aku yang masih menggeletar. Cuba menghadam apa yang terjadi. Namun selepas beberapa langkah, dia terhenti dan berpaling memandang aku yang masih tergamam. Ada riak kekesalan dalam olak matanya.

       "Aku bukan orang yang baik, Ummi."

Nota : sejauh ni membaca, beritahu aku apa korang fikirkan untuk aku baiki lagi 🌧

230321
772word
#sikitlagisikittttjelagi

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #shortstory