Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

⚽Riadah⚽

Akademi Dary ada riadah? As if orang kata, mata pelajaran pendidikan jasmani? Pastilah ada. Kalian fikir budak sekolah agama tiada sukan ke? Lagi-lagi yang ada enam deria ini.

Tetapi, riadah jarang diceritakan oleh si penulis. Sebab apa? Sebab riadah di Akademi Dary agak ekstrem. Segalanya bermula apabila gadis-gadis watak utama mula berkain biru muda...

"Assalamualaikum semua! Hari ini, kami berlima telah diarahkan oleh guru bertugas untuk mengawal kamu semua. Aisyah akan mengawal kumpulan Hijau dan Yazmin akan mengawal kumpulan Biru. Aineen akan menjadi penulis skor di papan manakala Hanie, menjadi penonton. Saya Niysa, akan memegang kad merah dan kuning." Terang Niysa pada pagi itu.

Apabila riadah, pelajar perempuan akan memakai baju jersey labuh sehingga paras lutut yang bewarna ungu pekat disulamkan nama akademi yang bewarna emas di bawahnya. Seluar pula telah diwajibkan bewarna hitam agar tidak menarik perhatian ajnabi.

Tudung? Macam biasa. Disebabkan peraturan akademi, pelajar haruslah memakai tudung sekolah.

"Perempuan yang akan uruskan permainan kita? Ini bola sepaklah! Kalian tahu apa?" Soal salah seorang pelajar lelaki daripada kumpulan Biru.

Ahnaf dan Fazli yang turut terlibat, hanya menggelengkan kepala apabila melihatkan ahli kumpulannya yang 'batak' itu. Dialah Hakimi, yang dipanggil sebagai budak nakal akademi.

Setiap sekolah, setiap akademi, pastilah ada budak nakalnya. Kalau sentiasa sejahtera, tak ke bosan itu?

Niysa menarik nafas dalam bagi menenangkan diri. Matanya tajam merenung Hakimi yang bermulut lancang sebentar tadi.

Gadis itu sudah mula memegang tangan Aisyah dan Yazmin kerana dia tahu, sahabat-sahabatnya itu sedang menahan geram. Hal ini kerana, merekalah yang paling aktif di dalam sukan dan bijak dalam segala permainan.

"Awak diam boleh tak?" Aineen sudah mula bersuara. Apabila Niysa berdiam diri, dia akan nempertahankan mereka.

"Eh, suruh kita diam pula. Kaulah diam! Sibuk saja nak arahkan kami itu ini." Hakimi membalas pedas.

Kumpulan Biru sudah mula tidak senang duduk. Jikalau Hakimi menjadi penyebab mereka tidak dapat main, memang mereka akan membelasah ketua mereka itu.

Tidak lupa juga dengan kumpulan Hijau yang sudah berkepul-kepul asap akibat menahan amarah. Mengapalah mereka harus berlawan dengan kumpulan yang sebegitu?

Hanie yang sibuk menilik kuku segera memandang pelajar-pelajar lelaki yang berada di hadapannya itu.

"Kalian. Mahu. Main. Ke. Tidak?!" Soalnya geram. Dia tidak suka menjerit tetapi ini terpaksa demi mendamaikan mereka.

"Nak!" Jawab dua kumpulan serentak.

"Kalau nak main, sedia dalam posisi! Bukan lawan mulut macam ni! Faham?!" Marah Yazmin geram setelah Hanie memberikan laluan untuknya bersuara.

Berlari-lari mereka ke posisi masing-masing.

"Saya tak nak ada yang main tipu, ada yang gunakan deria keenam dan ada yang sengaja mencederakan satu sama lain!" Tutur Niysa dan menerima anggukan daripada mereka.

Permainan bermula.

Aisyah dan Yazmin berpeluk tubuh di hujung padang sambil meneliti ahli kumpulan masing-masing. Aineen sempat berbual sejenak bersama Hanie manakala Niysa mula serius menonton perlawanan.

'Tolonglah jangan bagi Hakimi.' Seorang daripada kumpulan biru menggunakan telepati kepada sahabat-sahabatnya yang lain. Mereka mengangguk faham.

Hakimi seorang yang gemar bermain kasar tidak kira kepada perempuan ataupun lelaki. Pernah menjadi kes sekali, dia melempar cakera ke arah seorang guru perempuan dengan sengaja kerana dia benci diarah-arahkan.

Namun disebabkan pencapaian akademinya yang baik, Tuan Ramli masih berlembut hati agar tidak membuangnya dari sekolah. Pelajar-pelajar di sini bagaikan anak-anaknya, jadi beliau tidak sampai hati. Jikalau 'anak-anaknya' ini sampai ke tangan yang jahat, entah apa uji kaji yang akan dilakukan kepada kelebihan mereka ini.

"Bagi dekat aku cepat!" Jerit Hakimi terhadap ahli mereka yang sedang membawa bola.

Pada ketika ahli mereka itu berpura-pura untuk menendang, seorang daripada ahli kumpulan hijau telah menggelecek terlebih dahulu dan mencuri bola mereka.

"Tak gunalah kau ni!" Ujar Hakimi sebelum berlari ke arah ahlinya itu dan menumbuk bahunya.

"Aduh." Adu ahlinya itu sambil menggosok bahu dan berlari menjauhi Hakimi.

Niysa mengurut dahinya sebelum menjerit. "Jangan gunakan kekasaran!"

°°°°°°°°°

Kumpulan hijau telah mendapat dua mata dan kumpulan biru mendapat satu mata. Hakimi sudah mula menghentakkan kakinya beberapa kali sambil memaki ahli kumpulannya.

"Awak yang main kasar! Memang banyaklah tak dapat." Marah Fazli dengan penumbuk yang dikepal-kepal.

"Mengasari satu sama lain dan bermain tipu adalah satu perkara yang mendatangkan dosa!" Tegas Ahnaf pula.

Hakimi hanya menyilangkan tangannya sambil berpaling ke arah lain. Hati yang sudah keras memang sukar untuk menerima nasihat orang.

Fazli dan Ahnaf menoleh ke arah ahli kumpulan Biru. Mereka hanya menggelengkan kepala tanda kecewa.

"Nak main lagi ke tak?" Soal Yazmin yang berjalan ke arah mereka.

Aisyah pula sibuk mengawal kumpulan hijau yang bersorak gembira.

"Kami okey je." Balas yang lain kecuali Hakimi.

Hakimi terketar-ketar di tempatnya sambil mengetap bibir. Dia berlari mengambil bola yang berada di sudut padang sebelum membalingnya ke arah Aisyah yang sedang mengawal kumpulan Hijau.

Aisyah yang laju tindakan refleksnya segera mengelak. Namun, bola tersebut mengena kepala Aineen yang sedang mengira markah.

Keadaan menjadi senyap. Mereka hanya merenung Aineen yang berdiri tegak dan membelakangi mereka. Seketika kemudian, gadis itu jatuh rebah ke hadapan.

"Apa yang awak dah buat?!"

Sebaik sahaja Aisyah menjerit nyaring, sebuah bola terpelanting ke wajah Hakimi pula. Kelihatan Yazmin membetulkan tudungnya setelah menendang bola itu.

"Kita kena tolong dia." Kata Fazli serta memandang Hakimi yang sudah terbaring di atas tanah. Padu sungguh tendangan Yazmin itu.

Ahnaf memejamkan matanya seraya menoleh ke arah lain. "Biar saja dia. Lelaki tak guna, serang perempuan pula tu."

Ahli kumpulan yang lain menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan Ahnaf. Fazli hanya mengeluh perlahan.

Beberapa minit kemudian, beberapa orang ahli Bulan Sabit Merah tiba dengan alatan kecemasan di tangan.

°°°°°°°°°

"Apa dah jadi?" Soal Aineen, kelu. Dia memegang kepalanya yang berbalut. Pelik, tiada darah, tetapi berbalut.

"Kenapa balut kepala saya?"

"Saja." Balas Yazmin sebelum ketawa mengekek dengan Aisyah. Aineen segera menarik balutan itu dan membalingnya ke arah mereka. Mujur mereka berdua sempat mengelak.

Hanie menghela nafas lega "Awak rasa macam mana, Aineen? Ada sakit lagi?" Soalnya.

"Pening sikit kot." Balas Aineen sambil memandang sahabat-sahabatnya yang melihatnya dengan penuh risau. "Jangan risau. Saya masih boleh melihat masa depan kalian."

"Bukan itu yang kami risaukan. Ish, awak ni pun." Kata Niysa yang berada di sebelah Hanie.

"Nampaknya lepas ni, kita kena pakai helmet kalau diarahkan untuk mengawal sukan pelajar lelaki." Cadang Aisyah lalu disambuti tawa sahabat-sahabatnya.

Aineen mengimbas semula kejadian tadi seketika. "Apa jadi dengan Hakimi?"

"Kena-"

"Kena buang sekolah? Yeayy!" Yazmin sempat memotong kata-kata Niysa.

Niysa segera memukul perlahan tangan Yazmin yang tidak jauh daripadanya. "Bukanlah. Dia kena gantung sehinggalah dia mampu mengawal kemarahan dan harus berjanji agar tidak melakukan kemungkaran lagi." Terangnya.

"Bagus." Ucap Aineen dan Hanie serentak.

Krek~

Pintu bilik kesihatan terbuka. Kelihatan Maya sedang termengah-mengah mengambil nafas.

"Assalamualaikum Maya!" Ujar mereka berlima serentak.

Maya mengangkat kepalanya dan terlihat mereka berlima dalam keadaan baik-baik sahaja.

"Waalaikumussalam. Alhamdulillah, awak semua okey."

"Kecuali saya." Sempat Aineen berkata sambil menuding kepalanya.

"Tak apa Aineen, nanti saya belasah si Hakimi tu." Maya berkata seraya membuat gaya seperti sedang menumbuk seseorang.

Senyuman nipis Aineen berikan bersama anggukan laju. Sahabat-sahabatnya yang lain sekadar menggelengkan kepala.

-Tamat-
⚽Riadah⚽

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro