Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💎 Berakhirlah Kisah 💎

[ Akademi Dary, tahun 2030 ]

"Ustazah, ustazah!" Seorang pelajar tingkatan satu berlari-lari mendekati seorang guru yang bertudung labuh. "Saya ada hadiah buat ustazah. Terima kasih kerana menjadi seorang guru yang baik!" Ujarnya sambil menghulurkan hadiah setelah dapat mengejar langkah gurunya itu.

"Terima kasih." Ujar guru itu seraya mengambil hadiah tersebut. Sebuah senyuman manis dihadiahkan buat anak muridnya itu. 

Selepas berbual seketika, guru itu berjalan ke pagar sekolah untuk pulang ke rumah. Tamatlah sudah kerjanya buat hari ini di sekolah lamanya.

"Niysa!" Panggil satu suara yang amat dikenalinya. 

Niysa segera berpaling apabila terdengar suara itu. "Aineen! Wah, kenapa datang sini?"

"Awak tahu, dari pejabat saya, saya terus memecut ke akademi. Hari ni kan, hari ulang tahun tarikh perkenalan kumpulan kita. Saya sudah berjanji dengan Maya untuk menjemput awak." Balas Aineen gembira. Berseri-seri wajahnya yang dihiasi solekan itu.

Riak wajah terkejut ditunjukkan oleh Niysa. "Astaghfirullahalazim! Saya lupa. Jom-jom! Marah pula yang lain nanti." Tuturnya sebelum mereka berdua cepat-cepat memasuki kereta dan bertolak ke tempat yang ingin dituju.

~~~~~~~~~

"Tak boleh! Kita kena pasang hiasan tu dekat sini!"

"Hiasan tu kena atas lagilah. Saya kan lagi tinggi dari awak!"

"Okey, awak berdua panggil kami berdua ke sini sebab nak suruh kami tengok awak berdua gaduh ka?" Marah Maya selepas melihat Yazmin dan Farhan bertekak-tekak di dalam rumah mereka sendiri.

Yazmin mengeluh perlahan sebelum memaparkan hiasan mereka kepada Maya. "Apa awak rasa?"

"Saya sebagai seorang interior designer, sangatlah tidak meng-approve apa yang telah dilakukan oleh awak berdua." Ujar Maya dengan penuh profesional.

Ternganga Farhan dibuatnya. "Habis tu, macam mana?" Soalnya geram.

"Abang, awak ada nampak bunga-bunga dekat luar tadi kan?" Tanya Maya kepada Fazli yang sedari tadi berdiri di belakangnya. Fazli mengangguk perlahan. "Tolong ambil boleh?" Pinta Maya dengan lembut sekali. 

"Okey, saya bukan Snow White nak minta pertolongan haiwan apa semua ni tapi saya rasa itulah yang terbaik." Kata Maya selepas permintaannya dituruti Fazli. Kemudian, dia keluar dari rumah tersebut bagi mengikut jejak langkah suaminya.

Yazmin dan Farhan saling berpandangan. Tidak faham terhadap apa yang telah terjadi.

"Haihlah, saya yang bekas ketua pengawas ni pun tak boleh nak memimpin dengan baik bila berkaitan dengan hubungan kita." Tutur Farhan sedih. Dia mengeluh tidak habis-habis.

Tersentak seketika Yazmin dibuatnya. Adakah dia, sudah menjadi isteri durhaka?

"Maaf. Saya tahu saya keras kepala." Ujar Yazmin tanpa memandang Farhan. Dari zaman sekolah dahulu, mereka saling jeling menjeling. Sekali Farhan masuk meminang, terperanjat habis.

Tetapi itulah, sibuk nak jadikan rumah sebagai port untuk buat majlis ulang tahun tapi bergaduh pula jadinya apabila ingin menghias. Mujurlah pasangan pengantin baru iaitu Fazli dan Maya sedia untuk membantu.

~~~~~~~~~

Ktak, ktak, ktak!

Jarinya laju menekan papan kekunci. Matanya penat memandang skrin komputer yang penuh dengan mesej daripada para pelanggan. Bukan itu sahaja, tempahan juga berderet-deret.

"Argh! Macam mana aku nak pergi majlis tu kalau tempahan jahitan berlambak macam gini?" Serabutnya sendiri. "Dahlah esok nak kena ajar budak-budak tuisyen sejarah. Stressnya!" Bisingnya lagi.

Bebelan yang bising-bising itu telah menarik perhatian pemilik syarikat jahitan tersebut. Dari sebalik dinding pejabat, dia menjengulkan kepalanya ke bahagian pekerjanya itu.

"Aisyah, okey tak ni? Istighfar banyak-banyak." Tegurnya selaku bos mithali. 

"Saya okey je. Tapi tempahan banyaklah Kak Umi." Rungut Aisyah kepada ketuanya, Umi.

Hanani pula muncul di ruang jahitan itu selepas memeriksa bahan di bahagian stok. "Yalah kak, banyak betul tempahan. Macam mana kita nak pergi majlis ulang tahun tu nanti kak? Marah kak Aineen dengan kak Niysa nanti. Mereka yang uruskan semuanya." Ujarnya yang turut bekerja di bawah Umi.

 "Allahuakbar! Akak lupa!! Dah, dah. Kemas semua barang dulu. Kang kalau akak tak jemput si Syahirah tu nanti mengamuk dia. Jom-jom!" Tergesa-gesa Umi bangkit dari tempat duduknya dan segera mengemas barang.

Hanani menoleh ke arah Aisyah lalu mengenyitkan mata dan mengangkat ibu jarinya. Tersenyum Aisyah dibuatnya. Dapat jugalah dia berhenti bekerja sekejap setelah ditolong oleh Hanani.

~~~~~~~~~

"Honeyyy~"

"Apa dia? Ya Allah..." Jawabnya terhadap panggilan itu dalam nada geram.

Ahnaf berjalan mendekati Hanie yang sedang elok bersimpuh di hadapan sebuah meja Jepun. Bersepah-sepah kertas ujian di atas meja tersebut.

"Uish, banyaknya. Awak nak saya tolong?" Kata Ahnaf kepada Hanie yang sibuk bermain dengan pen merah.

Hanya gelengan kecil yang diberikan oleh Hanie buat pasangannya itu. "Tak apa, saya boleh buat. Saya geram sikit sebab entah apa-apa je budak-budak ni tulis." Bebelnya.

"By the way, macam mana dengan website cari jodoh kita itu?" Soal Hanie lalu mula menanda kertas semula.

"Okeylah. Kita kan baru lagi so tak ramai lagi yang mendaftar." Balas Ahnaf sebelum melabuhkan punggungnya ke sebelah Hanie. Perbuatan isterinya itu ditatapnya.

Hanie menoleh ke arah Ahnaf yang sibuk memandangnya. "Awak, siaplah cepat. Nanti kita nak ke rumah Yazminlah." Tegurnya.

"Oh, ha'ahlah!!" Berlari-lari Ahnaf menuju ke tingkat atas bagi menyalin pakaian. Hanie pula tidak kisah kerana dia sudah dalam pakaian yang kemas untuk keluar.

Lagi pun, dia tidak suka orang melihat dia buat kerja sebenarnya.

~~~~~~~~~

Aisyah tiba di rumah Yazmin serentak dengan Hana dan Hanif. Mereka sempat bertegur sapa sebelum melangkah ke dalam perkarangan rumah.

"Eh, kenapa banyak kucing dekat sini ni?" Aisyah terkejut apabila ternampak beberapa ekor kucing keluar masuk rumah milik Yazmin dan Farhan.

"Bukan itu je kak, burung-burung kecil pun terbang masuk. Bawa bunga pula tu." Hana turut perasan akan kejadian aneh itu.

Hanif merenung ke atas sambil memikirkan pelbagai kemungkinan. "Snow White mana yang dah terlepas ni?"

"Apa pula Snow White? Kami tengah tolong mereka hias rumahlah. Jom masuk. Maya dah bising tak cukup tangan tu." Panggil Fazli yang memunculkan diri di muka pintu. Rambutnya yang asalnya rapi kini kusut akibat melakukan pelbagai kerja.

Ketiga-tiga insan itu hanya menurut. Sudahlah baru sampai, selepas itu dikerah pula untuk menyumbang pertolongan. 

~~~~~~~~~

Malam itu, rumah banglo milik Yazmin dan Farhan kelihatan terang benderang sekali. Puas hati pasangan itu setelah berjaya menghias rumah dengan penuh cantik. Kalau masuk rancangan Nona, boleh viral ni. Hahaha!

Beberapa buah kereta kini terparkir elok di hadapan rumah besar tersebut. Niysa dan Aineen yang sudah tiba dahulu sebelum yang lain menjadi penyambut tetamu. Walhal, benda itu tidak penting pun.

"Assalamualaikum~" Ahnaf menyebut panjang.

"Waalaikumussalam." Jawab Niysa dan Aineen serentak lalu ketawa bersama.

"Amboi, bahagia ya awak sekarang?" Fazli berkata selepas dia berlari ke pintu apabila dia terdengar suara sahabat baiknya, Ahnaf.

Hanie membiarkan dua sahabat itu memasuki rumah itu terlebih dahulu. Dia ingin berbual dengan Niysa dan Aineen seketika. "Eh, tak bawa pasangan ke?" Sempat lagi gadis itu menyoal.

"Saya baru bertunanglah Hanie. Mana boleh!" Balas Niysa.

Tersenyum sahaja Hanie di situ. Dia menoleh ke arah Aineen pula. "Aineen?" 

"Awak ni, saya tahulah awak boleh lihat tali jodoh. Janganlah bangkitkan benda macam tu, haha. Saya tiada sesiapa lagi tau." Jawab Aineen, gementar.

Anggukan memahami diberikan oleh Hanie. Tangan Aineen direnungnya lama lalu tersenyum kecil. "Tak apa. Tak lama lagi adalah tu." Katanya sendiri.

Tergamam Aineen memandang Hanie yang sudah melangkah masuk ke dalam rumah bagi bertemu dengan mereka yang lain. "Biar betik?" Soalnya terkejut.

"Alah, awak tunggu je nanti, Aineen." Niysa berkata mengusik.

Sedang mereka bising-bising di situ, Irdawati dan Izzat pula tiba sedondon. Wah, bagai pinang dibelah dua.

"Selamat datang!" Ujar Niysa dan Aineen serentak dengan penuh mesra.

Irdawati melepaskan tawa melihatkan aksi kedua-dua juniornya itu. "Tak payahlah macam ni. Bukannya majlis besar-besaran pun."

"Saja je hahaha! Sudahlah, ayuh kita masuk." Ajak Niysa. Mereka semua masuk ke dalam rumah dan menutup pintu.

"Cantiknya hias!" Puji Izzat apabila ruang dalaman rumah menjadi santapan mata.

Maya tersengih bagai kerang busuk. "Hehe, tengoklah siapa penghiasnya!"

"Kenapa saya rasa... Macam kurang seorang?" Tanya Fazli yang meneliti setiap hadirin yang berada di situ.

"Oh!" Farhan bagai tersedar akan sesuatu. "Lupa nak bagitahu yang Rafiq tak dapat datang. Kerja dia berlambak!" Terangnya lalu mendapat anggukan daripada yang lain. Kerja banyak? Fuh, faham sangat.

"Okey..." Suara Yazmin memecahkan suasana yang tiba-tiba sunyi. "Jemput makan!" Pelawanya.

Suasana menjadi meriah apabila sahabat yang sudah lama tidak berjumpa, bersua muka semula di lain masa. Walau tidak sedarah daging, namun saudara seislam merupakan perkara yang penting. Setiap kisah pasti ada permulaan, jangan lupa juga setiapnya ada pengakhiran.

Akademi Dary penyatu segalanya. Kini Alhamdulillah, berakhirlah cerita.

Assalamualaikum semua.

~Tamat~

👑~ Akademi Dary : One Shot (SS) ~👑

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro