Zul [3] : Kuasa Sebenar
Zul berada di atas bumbung bangunan Runecaster sendirian. Dia melihat ke depan. Langit biru, gunung-ganang berwarna hijau dan lautan menghiasi pemandangan. Dia melihat ke bawah pula. Sebahagian pelajar sedang bersiar-siar dan mengambil dan sebahagian yang lain pula bersembang bersama rakan-rakan mereka.
"Kenapa kau seorang kat atas sini?" tegur satu suara. Zul berpaling dan di hadapannya, Raul dengan dua tin minuman di tangannya.
"Kalau kau hilang, kau memang selalu ke sini, betul tak?" teka Raul sambil menghulurkan salah satu tin minuman di tangannya.
"Ya," jawab Zul pendek sebelum menerima hulurannya. Suasana menjadi senyap seketika, kedua-dua sedang menikmati ketenangan dan pemandangan dari aras itu.
"Apa yang kau cakap tadi, betul ke?" Zul bersuara.
"Mana satu eh?" soal Raul keliru.
"Tentang aku ada kuasa paling hebat," jawab Zul tanpa berpaling. Raul mengangguk faham dan kembali melihat pemandangan di hadapannya.
"Ya, apa aku cakap tu, aku serius tentang tu," ujar Raul.
"Macam mana kau tahu?" Zul masih tidak percaya dengan Raul.
"Dengan ni." Raul menuding jari telunjuknya di kepalanya. Dia kemudian menuding ke arah matanya dan diakhiri dengan dadanya. Zul hanya mendiamkan diri, tidak yakin dengan jawapan Raul.
"Aku tunjuk kat kepala aku sebab aku jumpa banyak maklumat tentang kemampuan sebenar kuasa kau. Mata aku pula sebab aku dapat lihat yang kau mampu buat lebih baik lagi. Hati aku pula sebab aku percaya dengan kau," terang Raul.
"Aku pun boleh cakap yang sama kat kau." Kata-kata Zul membuatkan Raul menelengkan sedikit kepalanya.
"Daripada mula aku tahu yang kau sengaja tak tunjukkan kemampuan sebenar kau. Masa pertandingan tempoh hari, aku nampak yang kau tahan diri kau." Penjelasan Zul membuatkan Raul mengeluh perlahan.
"Ada sebab kau orang kedua paling bijak dalam kumpulan kita." Raul tersenyum sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali.
"Aku ada sebab sendiri." Hanya itu yang boleh Raul katakan.
"Apa dia?" tanya Zul berminat untuk tahu.
"Kalau aku tunjuk kemampuan sebenar aku, yang lain mungkin akan putus asa dengan cepat sebab mereka akan selalu fikir yang boleh ke mereka jadi sehandal aku. Sebab kedua, kalau musuh tahu yang mereka tak boleh kalahkan aku, kau rasa siapa yang akan mereka cari? Aku tak nak kawan aku jadi mangsa. Terima beberapa pukulan tak lah teruk mana," jelas Raul.
***
"Firefist!" Zul tercampak beberapa kaki jauhnnya daripada medan pertempuran. Zul cuba berdiri semula namun kesakitan terlalu menguasai.
"Blaze Sword." Satu pedang berwarna merah menyala terbentuk di dalam genggaman Raul.
"Terra Fist!" Tangan Aiman diliputi oleh tanah berbatu yang berlapis-lapis. Ini membuatkan Aiman seperti mempunyai tangan gergasi diperbuat daripada tanah.
Raul menghayunkan pedangnya berkali-kali namun tangan Aiman yang keras berjaya menghalang setiap serangannya. Amirul turut berganding bahu bersama Aiman dalam menentang Raul. Situasi dua lawan satu sepatutnya memberikan kelebihan namun tiada apa yang berbeza.
"Earth punch!" Aiman menumbuk tanah dengan kuat. Satu rekahan terhasil dan ianya menuju ke arah Raul. Raul menikam pedangnya ke dalam tanah dan turut menghasilkan rekahan yang sama seperti Aiman tetapi berapi.
Raul sedar tentang pertahanan Aiman yang amat kukuh dan sukar ditembusi. Semuannya berpunca daripada tangannya itu. Akan tetapi, Raul tersedar suatu kelemahan. Tangan itu membuatkan pergerakan Aiman menjadi lebih perlahan.
Maka, Raul mendapat satu idea. Berbanding menyerang Aiman daripada depan hanya untuk dihadang oleh tangan gergasinya, dia berfikir yang dia perlu sentiasa mengelilingi Aiman dan menyerang daripada belakang. Perkara ini tidak mustahil dilakukan kerana tangan gergasinya yang mengganggu pergerakan.
Raul melaksanakan rancangannya dan seperti yang dijangka, pergerakan Aiman yang agak lembap memberikannya peluang untuk menumpaskannya.
"Firefist!"
Raul menumbuk belakang Aiman dengan sepenuh tenaga. Aiman yang tidak sempat berpusing untuk menghadang serangan itu terseret beberapa kaki. Baru sahaja hendak berdiri kembali, Aiman diserang lagi bertalu-talu oleh Raul daripada belakang. Di akhirnya, dia juga tewas seperti rakan seperjuangannya yang lain.
Amirul yang penuh kemarahan meluru ke arah Raul dan menyerangnya bersendirian. Zul dan Shafiq hanya mampu melihat dari jauh. Shafiq ingin membantu namun dihalang. Zul yang telah dipulihkan oleh Shafiq kekal berada di tepi. Dia ingin menolong tetapi kakinya terpaku dan dia sendiri tidak mampu berdiri.
Amirul berjuang mati-matian menentang Raul. Segala kudratnya yang berbaki digunakan untuk menyerang Raul. Walaupun pelbagai serangan dilepaskan, Raul berjaya mengelak dan menghadang semuanya dengan mudah.
"Kau kutuk aku tadi tapi sekarang tengok, siapa yang sedang tewas. Kau tak dapat sentuh aku pun," ujar Raul selepas menumbuk Amirul menjauhinya.
"Aku bagi kau peluang kau serang aku tapi tak ada hasil. Jadi, masa untuk aku pula." Raul membongkokkan badannya dan kaki kirinya pula diletakkan di belakang untuk merendahkan pusat gravitinya. Dia mendongakkan sedikit kepalanya untuk Amirul.
"Sword Technique : Blaze Sword."
Dengan sekelip mata, Raul telah melepasi Amirul dengan pedang yang dilumuri darah. Amirul jatuh melutut sebelum terbaring dengan darahnya mengalir membasahi tanah. Amirul masih bernyawa namun dirinya hanyalah seorang lagi yang bakal mengadapi kematian.
Raul melangkah perlahan ke arah Amirul dengan pedangnya yang masih dibasahi oleh darah Amirul. Raul menolak badan Amirul tapak kakinya untuk membuatkan dia berbaring menghadapnya.
"Selamat tinggal, Amirul." Raul menjulang tinggi pedangnya dengan mata pedangnya menghala ke arah dada Amirul.
Belum sempat dia menikam Amirul untuk menamatkan riwayatnya, satt rantai besi melilit pedangnya sebelum ia dicampak jauh daripada capaiannya. Raul menoleh ke kanan. Shafiq berdiri dengan rantai di tangannya. Shafiq tidak sanggup lagi melihat rakan-rakannya terseksa dari jauh lagi. Kali ini, dia memilih untuk masuk campur.
Shafiq menghayunkan rantainya beberapa kali namun serangannya dielak dengan mudah oleh Raul. Shafiq tidak mengalah dan terus-menerus menyerang dengan cara yang sama. Serangannya berakhir berakhir apabila rantainya terlilit pada lengan kanan Raul.
Shafiq merentap rantainya namun Raul langsung tidak bergerak walau seinci. Raul dengan sengaja melilitkan rantai besi di tangannya beberapa kali. Setiap lilitan membuatkan jarak antara Shafiq dan Raul semakin berkurang. Shafiq panik apabila Raul sudahpun berada di depannya. Dengan tangan kiri yang masih bebas, Raul menumbuk muka Shafiq beberapa kali.
Shafiq cuba melarikan diri namun Raul menggunakan senjatanya sendiri untuk mematikan pergerakan Shafiq. Apabila Shafiq tidak lagi bermaya untuk melawan, Raul melilitkan rantai di sekeliling badan Shafiq sebelum mengheretnya ke mana pedangnya berada.
Zul hanya mampu melihat. Mungkin badannya telah pulih namun semangatnya belum. Dia melihat semua rakan-rakannya yang lain. Semuanya sedang terbaring tidak terdaya. Asy dan Wan di tengah arena. Faris di hujung arena. Faiz, Haikal dan Lokman juga tidak sedarkan diri. Para guru yang telah menjadi mayat, Shah pula masih terbaring. Aiman juga ditewaskan manakala Amirul berada dalam keadaan yang teruk akibat lukanya.
"Betul ke aku ada kuasa paling hebat kat sini? Aku tak mampu nak berdiri pun sekarang. Kau tipu aku ke Raul?"
"Kau pula lain kesnya. Kau ada kuasa paling hebat kat sini. Kalau gabungkan kuasa kami semua pun, belum tentu dapat tandingi kau," kata Raul.
"Aku rasa kau silap tentang aku," balas Zul dengan nada sedih.
"Kenapa pula?" soal Raul.
"Aku mungkin ada kuasa paling hebat, tapi tak bermaksud aku paling hebat. Kalau ada kuasa hebat pun tapi tak reti nak guna pun tak ada fungsi. Kan bagus kalau aku semahir kau," keluh Zul.
"Kenapa kau kena jadi semahir aku, sedangkan kau boleh jadi lebih bagus daripada aku?" Raul menafikan kata-katanya.
"Macam mana? Lepas aku hilang mak ayah aku, keluarga Faiz yang jaga aku. Kat akademi ni pula, Shafiq dan yang lain yang jaga aku. Aku tak menyumbang apa-apa pun. Jelas sangat yang aku tak ada fungsi pun dalam kumpulan ni," Pernyataan yang dikeluarkan oleh Zul membuatkan Raul tersenyum. Ianya bukanlah senyuman gembira namun lebih kepada rasa kasihan dan simpati
"Jangan cakap macam tu. Kau kena yakin kat diri kau sendiri," pesan Raul sambil menepuk bahu rakannya itu.
"Bergantung pada orang lain tu perkara biasa. Sebab apa? Sebab kita manusia. Tak ada sesiapa yang boleh lakukan semuanya sendiri termasuk aku. Dan kau kena tahu, kau pun penting untuk kami semua. Akan ada masa bila kita orang perlukan kau. Kau akan jadi satu-satunya harapan kita orang masa tu. Masa tulah kau perlu jadi wira kita orang," tambah Raul lagi.
"Boleh ke aku jadi orang tu?" Zul masih tidak percaya kepada kemampuan dirinya.
"Ya. Sebab aku yakin dengan kau dan yang lain pun sama. Yang tinggal cuma kau kena yakin dengan diri kau sendiri." Balasan Raul membuatkan kegusaran Zul menghilang.
"Betul tu, semua mengharapkan aku. Aku jer yang boleh hentikan semua ni. Aku cuma kena yakin dengan diri aku." Zul bercakap kepada dirinya sendiri dan berdiri semula. Dia memejam matanya cuba mengingati apa yang Raul katakan.
"Terima kasih, Raul," ucap Zul.
"Tak jadi masalah. Sebelum tu, aku boleh tolong sesuatu." Zul berpaling ke arah Raul dengan penuh tanda tanya.
"Kuasa bukan terhad kepada mengawal minda tapi kau pun boleh kawal keadaan sekeliling. Kau cuma kena guna imaginasi kau," terang Raul.
"Itu jer aku boleh beritahu. Semoga berjaya." Itu ialah kata-kata terakhir Raul sebelum melangkah pergi meninggalkannya.
Pedang telah pun berada dalam genggaman Raul. Raul menghunusnya di leher Shafiq. Raul menarik lengannya, sedia untuk memenggal kepala Shafiq. Shafiq memejam matanya. Adakah ini ialah pengakhirannya?
Baru sahaja ingin menghayunkan pedangnya, ribut pasir yang teruk tiba-tiba berlaku. Raul menutup muka dengan lengan kirinya dan menutup matanya disebabkan oleh angin kuat.
Apabila ribut itu berakhir, Raul lantas membuka matanya. Dia berasa pelik kerana dia tidak lagi berada di arena sebaliknya di sebuah padang pasir yang tidak berpenghujung. Shafiq yang tadi berada di hadapannya pun sudah lenyap. Semua orang yang telah ditewaskannya juga tiada di situ. Cuma seorang sahaja yang berada di tempat itu bersamanya. Orang itu berdiri jauh di hadapannya.
"Zul, kau masih mampu berlawan rupanya," kata Raul sambil membetulkan kedudukan pedang di tangannya.
"Hentikan semua ni, Raul. Ini ialah dunia aku dan akulah orang yang mengawalnya. Kau tiada peluang untuk menang di sini," ujar Zul tegas.
"Kalau macam tu, aku akan cuba!" Raul berlari ke arah Zul namun ada sesuatu yang pelik.
Dia berlari untuk jangka masa yang lama tetapi dia masih tidak sampai ke mana Zul berada. Raul berhenti berlari dan melihat keadaan sekelilingnya. Dia terkejut kerana jarak antara dia dan Zul masih sama seperti tadi.
"Tempat apa ni?" soal Raul dengan nada marah.
"Macam aku kata, ini ialah dunia aku. Ini ialah Alternate Domain : Dessert." jawab Zul.
"Kalau kau setakat nak bawa aku ke sini supaya yang lain selamat baik tak payah. Aku nak kau berdepan dengan aku. Jangan jadi pengecut!" cabar Raul lalu menghunus pedangnya ke arah Zul.
"Kalau itu yang kau nak..."
Zul meletakkan kedua-dua belah tapak tangannya di atas tanah. Ratusan askar diperbuat daripada pasir keluar daripada bumi dalam keadaan lengkap berpedang dan berbaju perisai.
"Serang!"
Askar-askar itu menurut perintah dan mengerumuni Raul secara serentak. Raul sedaya-upaya menyerang dan menghalang serangan itu. Jumlah askar yang terlalu ramai itu jelas menyukarkannya. Tambahan pula, serangan langsung tiada kesan. Pedangnya hanya tembus melalui badan askar-askar itu yang diperbuat daripada pasir.
"Fire explosion!"
Raul menggunakan kuasanya untuk menghasilkan satu letupan besar sekaligus menghancurkan semua askar itu kembali menjadi tanah. Raul yang jelas marah dengan serangan tadi berlari ke arah Zul dengan laju.
Zul mendepakan tangannya melihatkan Raul yang sedang meluru ke arahnya. Raul memberhentikan langkahnya apabila melihat bukan ratusan tetapi ribuan klon Zul sedang mengelilinginya.
"Blazing Fist Series!"
Raul menghasilkan beberapa tumbukan berapi untuk menyerang semua klon di sekelilingnya. Namun begitu, serangannya hanya menembusi klon-klon itu seperti bayang-bayang.
Kini, giliran Zul untuk menyerang. Semua klon Zul membetulkan kekuda mereka serentak sebelum meluru ke arah Raul satu demi satu. Raul cuba menyerang dengan menumbuk klon itu tetapi semuanya hanya menembusi klon. Akan tetapi, apabila klon itu menyerangnya, dia dapat merasainya. Kesakitan yang dirasai tidak seperti yang dia pernah rasai. Mungkin disebabkan ini ialah dunia Zul, hanya serangan Zul yang berkesan.
Raul terpaksa menerima ribuan tumbukan dan tendangan klon-klon tersebut. Dia tiada kelebihan di tempat ini. Semua serangannya hanya sia-sia manakala pertahanannya pula mudah sekali dipatahkan.
Selepas semua serangan itu berakhir, Raul terus jatuh terlutut tidak bertenaga. Darah mengalir keluar daripada mulutnya dan badannya penuh dengan luka dan kesan lebam.
Raul mendongakkan kepalanya dan terlihat Zul sedang berdiri betul di hadapannya. Raul ingin menyerang namun tiada lagi tenaga terbaki di dalam dirinya. Dia cuba berdiri semula hanya untuk jatuh terlutut kembali.
"Kembali pada kita orang, Raul," ucap Zul sebelum meletakkan tangan kanannya di kepala Raul.
"Alternate Domain : Self Reflect."
Raul dan Zul kini berada di dunia yang berbeza. Kali ini, tiada apa di sekeliling mereka selain langit biru dan lapisan air yang nipis di bawah kaki mereka.
"Raul?" Satu suara menegurnya. Raul berpaling dan seorang lelaki dan seorang wanita dalam lingkungan umur 30-an berada di sebelahnya.
"Mak! Ayah!" Raul berdiri semula lalu memeluk mereka berdua dengan erat. Zul hanya melihat Raul dengan wajah yang sayu.
Raul meleraikan pelukan itu dan melihat di sekelilingnya. Bukan sahaja mak dan ayahnya yang berada di situ. Cikgu Evanora dan Cikgu Alfred, Adrian, Ryan dan semua pelajar yang terlibat dalam Misi : Khianat, keluarga Stone dan anak perempuan mereka, Angela Stone turut berada di situ.
Semua orang yang amat bermakna baginya, sama ada yang ditinggalkannya mahupun yang telah mati, semuanya berada di situ bersamanya. Walaupun ini hanyalah ilusi namun ia terasa amat nyata bagi Raul.
"Apa aku dah buat?" ucap Raul kecewa dalam keadaan melutut.
"Jangan risau, Raul. Ini bukan salah kamu." Cikgu Evanora duduk melutut di sebelah Raul dan cuba menenangkannya.
"Betul kata Cikgu Eva, kamu cuma dipergunakan." Cikgu Alfred, salah seorang mentor Raul tutut merapatinya.
Zul melihat daripada jauh. Hatinya sebak melihat apa yang terpapar di depan matanya. Raul mungkin seorang yang genius dan mahir dalam segalanya, tetapi itu tidak bermakna yang hidupnya sempurna. Dia hilang segalanya dalam mencapai tahap ini.
Situasi ini membuatkan Zul merasakan dirinya agak teruk. Dia selalu bersedih mengenangkan nasibnya dan mengurung dirinya dalam penjara yang dibuat oleh dirinya sendiri sementara Raul yang menghadap perkara jauh lebih sukar daripadanya, masih terus berjuang.
Zul hanya kehilangan ibu bapanya tetapi Raul bukan sahaja bukan sahaja kehilangan ibu bapanya, dia kehilangan ibu bapa keduanya, rakan-rakan yang dia anggap sebagai abang dan kakaknya sendiri.
Tiada sesiapa yang sempurna, itu apa yang Zul dapat hari ini. Seseorang itu mungkin memiliki segalanya tetapi tidak bermaksud dia tidak pernah kehilangan sesuatu.
Zul dapat merasakan aura negatif dalam diri Raul yang ada pada mulanya kini menghilang. Ianya kini diganti oleh rasa ketenangan dan kegembiraan. Hal ini cukup untuk membuatkan Zul tersenyum gembira. Zul terlihat Raul melangkah ke arahnya.
"Aku minta maaf. Aku tahu aku melampau," ucap Raul.
"Tak perlu. Aku tahu itu bukan kau," balas Zul.
"Jom balik," ajak Raul dengan wajah terlukis satu senyuman. Zul turut tersenyum melihatnya.
"Baiklah. Alternate Domain : Real World!"
.
.
.
.
.
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro