Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Lokman [2] : Pemburu Bersiri

Aku tak boleh bayangkan kenapa aku masih ikut budak ni. Aku boleh je balik terus ke akademi. Biskut-biskut tu nanti punya hal la. Kaki masih menapak di bawah mentari yang panas. Peluh mula mengalir di pipi. Tekak semakin kering dek panas yang melampau.

"Senior! Kita makan dekat sini lah!" Dia melambai-lambai tangannya ke arah aku sambil menunjukkan kedai makan. Makan pulak? Tadi kata nak cari biskut yang dia nak tu.

Belum sempat aku berkata, dia dengan gembira terus masuk ke dalam kedai makan itu. Keluhan berat dilepaskan. Ada-ada je lah budak ni.

"Senior, saya nak yang itu!" Kejap ni pakai duit aku ke apa ni? Dia kemudian terus mencari tempat duduk sementara menunggu makanan tiba. Sekali lagi keluhan berat dilepaskan.

Barisan yang panjang menunjukkan kedai ini meriah, mungkin disebabkan keenakan makanan di kedai ini.

"Hai, selamat datang. Mahu pesan apa?" Kata seorang pelayan di kaunter itu sambil tersenyum manis kepada aku.

"Saya nak satu set pancake' special day. Itu sahaja," kata aku bersahaja.

"Okay semuanya RM 15.90, terima kasih dan sila tunggu sebentar." Aku menghulurkan duit kepada dia.

.....

"Nah makanan kau dah sampai," kata aku sambil membawa makanan dia ke meja.

"Wah! Jag äter först!" ( Saya makan dulu! )

Aku mendagu melihat dia makan. Lalu beberapa soalan aku ajukan pada dia.

"Kau ni kan anak bangsawan, mana keluarga kau?"

"Dua-dua masih dekat Sweden," kata dia sambil menghirup air teh lemon.

"Jadi kau duduk sini seorang?" Tanya aku lagi. Dia menggelengkan kepala dia.

"Tak, saya duduk dengan pembantu saya." Aku mengerutkan kening aku. Pelik. Mana pembantu dia. Aku menoleh kiri dan kanan jikalau ternampak seseorang yang mencurigakan. Selalunya dalam televisyen pembantu-pembantu ni selalu menyorok.

"Pembantu saya dah lari..." Terbuntang mata aku mendengar. Dah lari. Tinggalkan dia macam ni seorang-seorang?

"Dia lari semenjak ada orang yang nak buru saya. Dia lari tinggalkan saya bila dia diancam bunuh oleh pemburu tu. Pemburu tu nak saya sebab nak buat tebusan,"  kata dia sambil menyuapkan pancake ke dalam mulut.

" Semuanya bermula..."

Flashback.

Paula Pov

"Sayang, jangan pergi jauh-jauh bahaya," jerit ibuku kepada aku. Ketika itu aku masih berusia tujuh tahun. Kaki aku terus berlari menuju ke arah hutan belantara.

Disebabkan terlihat seekor rama-rama yang cantik, nyawa aku hampir tergadai. Aku semakin jauh ke dalam hutan. Mengejarkan rama-rama yang tidak terperi cantiknya. Sampailah...

"Wah, cantiknya rama-rama ni!" Aku tekup kedua-dua tangan aku apabila rama-rama itu sudah mula perlahan. Aku menoleh kepala aku ingin menunjukkan kepada ibu aku, namun apa yang aku lihat hanya pokok hijau.

Aku mula ketakutan. Aku melaungkan memanggil ibuku. Semua disebabkan aku sendiri. Kaki mula mengigil tetapi aku gagahkan untuk mencari jalan keluar dengan mengikut arah yang aku lalui tadi.

Tiba-tiba, muncul seorang wanita turun dari pokok menghunuskan senjatanya ingin melibas ke arah aku. Aku terkejut lalu tersadung jatuh ke belakang.

Slash! Mujur aku tidak terkena senjata itu. Jika tidak mungkin aku sudah tidak hidup di muka bumi ini. Dia mencabut senjatanya yang sudah tercucuk di tanah. Matanya tepat memandang aku sambil tersenyum jahat.

Mata aku sudah mengeluarkan air mata. Sekali lagi dia ingin melibas ke arah aku. Tanpa disangka-sangka, sedas peluru terkena pada lengan wanita itu membuatkan dia mengaduh kesakitan. Mujur polis-polis keluarga aku tiba.

Mata aku mulai kabur dan beberapa minit kemudian aku sudah tidak melihat apa-apa, hanya terdengar suara ibuku dan ayahku memanggil namaku.

........

Sembilan tahun kemudian, aku sudah mula masuk ke alam remaja. Keluarga aku menghantar aku ke sini untuk bersekolah di sini. Aku datang bersama-sama dengan pembantu aku yang sudah tua, berumur 53 tahun.

Suatu hari sebelum aku mendaftar sebagai pelajar baru di sini, kejadian yang sama terjadi sama seperti waktu dulu ketika aku dan pembantu aku bersiar-siar di bandar ini. Dia menyerang kami sekali lagi sehingga dia hampir membunuh pembantu aku.

Aku sempat menyelamatkan dia, namun keesokan harinya dia hilang entah kemana. Hari pendaftaran untuk akademi masih beberapa hari lagi. Aku kesunyian dan ketakutan. Meminta pertolongan dari orang ramai tapi mereka langsung tidak mengendahkan aku.

Aku cuba untuk menelefon keluarga tetapi tidak dapat. Aku cuba lagi meminta pertolongan daripada orang ramai tapi semuanya sia-sia. Aku diperlekehkan, dicaci dan dihina. Disebabkan mereka tidak mengenali aku, mereka hina aku.

Perkara ini terjadi sehingga aku masuk ke akademi. Aku tiada kawan dan keseorangan kerana hari pertama aku masuk ke Akademi dengan pakaian yang lusuh. Mereka semua memandang keji terhadap aku.

End of Flashback

Lokman Pov.

"Sampailah harini saya jumpa senior. Senior orang pertama yang menolong dan melayan karenah saya bila sampai di sini. Walaupun senior tak buat apa-apa, tapi saya dapat rasakan kebaikan yang hadir dalam diri senior." Dia mengengam rapat kedua-dua tanganya lalu diletakkan di dada dia.

"Er, j-jangan la sampai macamtu sekali," kata aku pada dia. Selesai makan, kami terus mencari biskut yang dia dan aku nak sangat itu. Sehingga tidak sedar akan bahaya yang mengundang.

Normal Pov.

"Tamatlah riwayat kau orang budak."

"Tamatlah riwayat kau orang budak."

Perkataan yang sama diajukan kepada mereka berdua tapi diberikan kepada orang yang berlainan.

Lokman dan Paula berjalan-jalan di sekeliling pusat membeli-belah.

"Lepas ni kita nak pergi mana?" Paula menujukan soalan itu kepada Lokman. Lokman belum sempat menjawab tiba-tiba satu das tembakan terkena pada lengan kanan Paula. Darah mula terpercik keluar dari lengannya.

Paula yang terkejut terus menutup lengannya yang berdarah untuk menghentikan pendarahan. Lokman terus menarik tangannya untuk berlindung di belakang tiang.

"Siapa!" Lokman berkata sendiri.

"Kita mungkin tak dapat nampak dia. Dia mungkin menyorok dekat mana-mana bangunan di sini. Lokman segera mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menelefon rakan yang lain. Namun ia pecah apabila satu das tembakan dilepaskan ke arah telefon terbabit.

"Tak guna!" Lokman terus menarik tangan Paula dan menyorok. Di dalam kedai.

"Hihihi, mungkin kau tak dapat lari dari aku." Pemburu itu terlihat seperti orang biasa, tapi senjatanya betul-betul di bawah telapak tangan dia. Tembakan yang dilepaskan perlahan seperti angin yang bertiup dan tepat ke sasaran dengan kelajuan cahaya.

Lokman dan Paula masih lagi sedang menyorok. Pemburu itu mula masuk ke dalam sebuah kedai yang mereka menyorok. Orang ramai di situ menghalang penglihatan dia. Namun dia tersedar yang budak-budak di sini sudah memasang perangkap di sini.

Pemikiran dia tepat, budak-budak itu memang berada di sini. Kemudian, dia ternampak Lokman dan Paula keluar melarikan diri dan dia hanya tersenyum melihat geligat budak itu.

"Nak main-main dengan aku ya..."

.......

Lokman Pov.

"Senior ada apa-apa rancangan?" Paula menanyakan soalan kepada aku. Aku masih buntu tidak dapat berfikir. Luka di badan Paula aku sudah sembuhkan. Aku masih lagi tidak dapat mengenal pasti siapakah pemburu tersebut.

Aku dan Paula meninjau melihat sekeliling jika terdapat seseorang yang mencurigakan dan ya dia sedang melihat peta di pusat membeli-belah.

"Aku ada rancangan, kau bawak bom-bom ni pergi arah dia," kata aku sambil memberikan bom aku. 

"Senior dah gila? Dia kan memburu saya? Lagipun ini kan dan melanggar undang-undang akademi?" Dia menasihati aku.

"Sekarang ni, dia tak akan bunuh kau depan orang ramai. Pasal undang-undang akademi jangan risau, nanti aku akan bincang dengan kawan aku," ujar aku dan menolak dia ke arah wanita itu.

......

"Mana kau menyorok budak?" Wanita itu memusing ke belakang dan terlihat Paula membawa bom-bom mini di tangannya. Lalu Paula mencampakkan bom-bom itu di merata tempat.

'Bom jangka! Dia buat serangan mengejut depan orang ramai!' Wanita bercakap dalam hati lalu cepat-cepat menyorok.

Orang ramai melihat bom-bom itu berdertik dan wanita itu masih menyorok. Selepas beberapa minit, bom itu tidak meletup.

'Tak jangan-jangan bom palsu!' dia keluar dan meninjau.

Aku terus berlari ke arah wanita itu lalu tendangan di muka diberikan.

"Aku dah jumpa kau perempuan!" Dia kemudian melepaskan tembakan ke arah aku tetapi tersasar sehingga mengejutkan orang ramai. Orang ramai yang berada di dalam pusat membeli-belah itu berlari lintang-pukang keluar.

Piu ! Piu!

Setiap tembakan aku dapat mengelak dengan mudah. Lantas sepakan di perut diberikan. Dia terseret ke belakang namun dalam keadaan berdiri. Bom mini dibaling ke arahnya. Dia tepat menyasarkan bom aku lalu meletus.

Aku tidak berwaspada dengan serangan licik dia yang melepaskan tembakan ketika bom itu meletup terkena pada bahu kiri aku. Darah mula mengalir keluar. Dia cepat menuju ke arah aku dan sempat Paula melepaskan kuasanya menembak ke arah pemburu tersebut.

"Senior okay tak?" Dia berlari mendapatkan aku. Tak disangka-sangka muncul seorang lagi perempuan dari  tingkat atas melompat ke tingkat bawah di mana tempat kami berlawan.

Paula terkejut dengan kehadiran dia. Muncul pula seorang lagi wanita yang aku serang tadi berdiri di sisi dia.

"Tugas kau masih belum selesai lagi untuk bunuh budak bangsawan tu... kakak?" Kata wanita bersenjata pistol itu kepada perempuan tadi.

"Setidaknya aku boleh lakukan semua ni dapat upah duit, dan bukannya upah kuasa...adik," kata seorang lagi.

"Rasanya aku tahu kau buru siapa?" Senjata perempuan itu dihunus ke arah aku.

Kami berdua terkejut dengan apa yang terjadi. Seorang kakak memburu Paula dan Adiknya memburu aku?

.......

"Aku suka dengan apa yang aku lihat sekarang ini!" Kata Zegrath melihat keadaan Paula dan Lokman terkejut sambil menepuk tangannya.

"Tunjukkan siapa pembunuh bersiri pada mereka berdua..."
.
.
.
.
Bersambung.

Ps : Rasanya kau orang dah boleh teka kot, apa kuasa pengaktifan Lokman kan?😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro