Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Haikal [3] : Sebuah Rahsia

Shafiq Pov

Aku segera membuat isyarat di udara dengan melepaskan satu tembakan ke udara. Mereka yang lain ternampak tembakan itu terus menuju ke tempat tersebut.

"Kau orang okay tak? Apa jadi," Kata Raul dalam keadaan tergesa-gesa.

"Amirul, Faris!" Raul segera mendapatkan mereka.

"Apa dah jadi ni?" Soal Aiman pada aku. Aku sekadar mengelengkan kepala menandakan tidak tahu. Ketika aku dan Lokman sedang merawat keadaan Amirul dan Faris, kami berbual seketika.

"Kau ada nampak Haikal dekat mana-mana tak?" Mereka mengelengkan kepala. Haikal tak pernah buat perangai. Aku kenal dia, kalau aku ada masalah dia tolong, sekarang dia dalam masalah, aku tak ada dekat sisi dia.

"Aku rasa Haikal ada sorokkan sesuatu," kata Lokman dengan menyampaikan firasat yang terbuku dalam kepala dia.

"Maksud kau?"

"Mungkin ada sesuatu yang dia tak nak kita tahu," jelas Lokman lagi. Aku baru hendak membalas, Faiz memberhentikan aku.

"Shh!" Dia memandang sekeliling. Suasana senyap seketika, hanya ditemani dengan bunyi cengkerik yang bermain alat muzik.

"Zul, manipulasi tempat ni. Jadikan kawasan ni lebih lapang," arah Faiz kepada Zul.

" Tapi kenapa?" Soal aku pelik.

"Bukan kita je dekat sini, tapi dengan dia!" Jari Faiz menunjuk tepat ke arah suatu sudut. Satu tapak kaki melangkah keluar dari situ. Badan yang tegap dan rambut panjang menjurai.

(Haikal's Demon form)

'Haikal'

"Dia bukan Haikal, dia gunakan badan Haikal untuk melepaskan kuasanya. Macam yang aku sangkakan, kuasa Haikal bukan sahaja menyeru atau memanggil haiwan tetapi kuasa dia jauh lebih hebat iaitu dia dapat berinteraksi dengan syaitan. Atau kuasa yang dikenali sebagai..." Faiz belum sempat menghabiskan ayatnya tiba-tiba Raul mencelah.

"Demonokinesis," ujar Raul. Faiz menganguk.

"Demonokinesis?"

"Demonokinesis merupakan satu kuasa dimana seseorang itu boleh meminjam kuasa dari syaitan semasa bertempur. Mereka harus melalui satu perjanjian jika mereka ingin bergabung badan iaitu si Syaitan harus mengikuti apa sahaja kehendak yang diarahkan oleh Tuan mereka, tetapi keadaan di sini terbalik. Syaitan itu sedang mengawal Haikal, satu cara sahaja yang boleh selamatkan dia iaitu kita kena hapuskan syaitan ni!" Terang Raul panjang lebar.

Kami semua sedia untuk menyerang. Amirul dan Faris kami sandarkan di bawah pokok.

"Paradokkusuzon: Firudo!" ( Paradox Zone : Field ) serta merta pokok-pokok di sini kian menghilang. Tanah lapang muncul, bulan mengambang menyinari cahaya di malam hari. Bayu malam menyapa.

Normal Pov

"Hargh!" Mereka semua serentak berlari menuju ke arah dia. Pedang ditetak, rantai dilibas, tumbukan diberikan. Namun dengan sekali gauman sahaja, mereka terpalit ke belakang.

Haikal yang berada di hadapan kami sebentar tadi sekelip mata hilang.

"Mana dia pergi?" Shafiq memandang sekeliling. Terlihat satu lembaga hitam tiba-tiba muncul di belakang Aiman.

"Aiman belakang kau!" Laungnya kuat memberi amaran. Aiman berpusing ke belakang. Haikal melepaskan tumbukan ke arah dia.

"Deiheki!" ( Mud wall ) sempat Aiman menyebut jampinya lalu keluar satu gumpalan tanah membetuk penghadang yang besar keluar dari tanah membantu Aiman menghalang tumbukan itu.

Rantai besi dibaling dan berpaut pada badan Aiman lantas ditarik badannya menjauh kawasan tersebut. Runtuh penghadang itu selepas terkena tumbukan itu. Lokman segera membaling bom mini di hadapan ia.

Letupan besar terhasil betul-betul di hadapan mukanya.

Boom! Asap tebal terhasil akibat letupan itu. Dia terus keluar dalam asap tebal itu menghampiri mereka. Terkejut dengan tindakan itu cepat-cepat mereka mengelak.

Chakram dibaling tetapi ditepis mudah, Raul dari belakang menghentam Haikal dengan pedangnya dan tak disangka-sangka Raul ditepis kerana Haikal sedar akan kehadirannya.

Raul terpelanting jauh masuk ke dalam hutan.

"Raul!" Shafiq menjerit namanya.

"Tak apa, biar aku tengok dia," pintas Lokman lalu berlari ke arah Raul.

Dia memandang semula ke arah Haikal. Aiman dan yang lain sedang menyerang dia. Shafiq mengacah senjatanya lalu melompat tinggi melibas ke arah Haikal.

"Chendansu!" ( Chains Dance ) libasan yang diberi Shafiq tepat terkena kepala dia. Dia dengan marah, terus melihat Shafiq. Kemudian mata dia mengeluarkan cahaya. Tembakan berwarna ungu keluar dari anak matanya mendekati Shafiq.

Dia yang terkejut akan serangan itu hanya sekadar menutup mata dan menghalang menggunakan tangan.

Piu! Sasaran tepat mengenainya, membuatkan dia rebah ke tanah. Aiman segera berlari mendapatkan Shafiq tetapi terhalang dek serangan Haikal.

Haikal menghampiri Aiman lalu dicekik lehernya.

"Demon'ai..." ( Demon Eye ) Haikal memandang tepat ke arah mata Aiman. Mata Haikal mula mengeluarkan aura hitam yang memukau seseorang. Aiman hampir terpukau dek kuasa itu.

Lantas Zul datang dan menyepak kuat pipi Haikal. Terlepas gengamannya dari mencekik Haikal. Aiman jatuh dan mengambil nafasnya. Zul baru hendak berdiri, tiba-tiba tangan kirinya dipegang, badannya diangkat dan dihempas kuat ke tanah.

"Zul!" Jerit Faiz.

......

Lokman memapah Raul keluar dan dilihat mereka yang lain masih lagi berlawan dan ada yang sudah terlentang.

"Mari Lokman," ujar Raul lalu berlari ke arah mereka. Lokman mengangguk lalu mengikuti dia.

Haikal mengeluarkan kuku dia yang tajam lalu menerkam ke arah Faiz.

"Aisukyande!" ( Ice block ) tersekat kuku dia pada ais itu.

"Furemusurasshu!" ( Flame Slash ) Raul muncul dari atas lalu ditusuk pada bahunya dan ditarik keluar. Belum cukup dengan itu sepakan dimuka diberikan sebelum dia melompat turun menjejakkan kaki ke tanah.

Haikal memengang bahunya yang berdarah. Zul dan Shafiq dipapah supaya boleh berdiri.

"Kita tak boleh lawan dia, hanya Haikal je yang boleh lawan diri dia sendiri," ujar Raul. Faiz mendapat idea.

"Zul kau boleh baca minda Haikal?" Kata Faiz kepadanya.

"Maaf aku tak yakin sama ada aku boleh baca atau tidak, sebab dia dikawal oleh diri dia sendiri tapi aku akan cuba." Walaupun suara perlahan namun ia jelas kedengaran oleh semua orang.

"Kita cuba sahaja dengan rancangan yang ada," ujar Aiman.

"Baiklah semua sedia!"

Haikal sekali lagi menjerit lalu melepaskan tembakan dari matanya. Cepat Aiman menghalang. .

" Deiheki!" ( Mud wall ) justeru, Faiz melompat keluar dari tembok penghadang itu lalu menggunakan kuasa dia.

"Aisukyubikku!" ( Ice cubic )

Haikal melompat mengelak serangan dia. Lokman segera membaling bom mini ke arah Haikal.

"Kagayakubomu!" ( Shining bomb ) cahaya terang keluar apabila bom itu meletup. Mata Haikal ditutup rapat. Shafiq dengan cepat membelit kakinya menggunakan rantai lalu dihempap ke tanah.

Raul berlari ke arah Shafiq lalu dipijak tangannya.

"Eapusshu!" ( Air Push ) tekanan tinggi dihasilkan menyebabkan Raul jauh terbang di udara. Pedang milik Raul mula terbakar dengan sendiri.

"X kurosu: Furemusurasshu!" ( X Cross : Frame Slash ) tanda pangkah diperbuat dari api dihasilkan dan tepat disasarkan pada Haikal.

Boom!

Haika sudah terlentang. Zul segera meletakkan jari di kepala dia.

"Kyoyu..." ( Sharing )

.........

Zul Pov.

Aku membuka mata, keadaan di sekeliling aku gelap. Aku sudah masuk ke minda Haikal. Aku segera mencari dia dengan segera.

Dari jauh kelihatan seseorang sedang duduk melutut dan kedua-dua tangannya diangkat dan dirantai ditemani cahaya dari atas dia. Keadaan dia sangat lemah dan tidak sedarkan diri. Aku segera ke arahnya dan pipi dia aku tampar perlahan berulang-kali supaya dia sedar.

Haikal mula sedarkan diri, lalu dia mengangkat muka memandang aku.

"Zul..." Suara yang serak dikeluarkan. Aku terus bangun dan cuba untuk memutuskan rantai yang diikat pada tangannya.

"Zul kau kena keluar dari sini, dekat sini bahaya..." Aku tidak meng hiraukan kata-kata dia dan terus menolong dia meloloskan diri. Tiba-tiba firasat aku mengatakan seseorang mungkin akan muncul dari belakang.

Aku menghadap ke belakang dan sangkaan aku betul. Segera aku tunduk untuk mengelak sepakan dia. Aku memijak betisnya langsung melompat dan berpusing 360 darjah sebelum sepakkan di muka diberikan.

Aku tak dapat melihat muka dia kerana dia duduk di sisi gelap. Dia mula melangkah ke hadapan dan terlihat Syaitan yang sama menggunakan badan Haikal. Bila aku teliti semula bukan dia seorang sahaja, namun ramai lagi sedang mengelilingi aku.

Aku menelan air liur aku.

"Zul... keluar dari sini..."

"Tak! Aku akan lawan!" Berpusu-pusu mereka menuju ke arah aku.

.......

Shafiq Pov.

"Zul! Zul!" Aku mengoncang badannya.

"Tak, biarkan dia dalam minda Haikal sekarang ini," ujar Faiz. Tiba-tiba Haikal menjadi agresif. Kami yang memegang dia tadi terus terpelanting.

Zul masih tidak sedarkan diri. Faiz mendekati Zul seraya berkata.

"Apa yang jadi Zul dekat dalam tu..."

......

Haikal Pov.

"Argh!" Zul ditendang dan disepak.

"Manusia tak akan dapat kalahkan Syaitan. Terima kasih budak pinjamkan kami badan kau," ujar syaitan tersebut sambil menggosok rambut aku.

"Haikal jangan terpengaruh! Walaupun manusia tak dapat kalahkan Syaitan tapi kau boleh kawal dia orang! Ni badan kau Haikal!" Zul menjerit sekuat hati tapi aku tak mampu melakukan apa-apa.

"Cekik dia!" Arah syaitan itu kepada rakan dia. Lehernya langsung dicekik dan satu tumbukan diberikan, tapi Zul masih sedaya upaya menaikkan semangat aku.

"Haikal! Kawan-kawan kau tengah bertarung nyawa uruskan diri kau, tapi kau hanya duduk je dekat sini! Dirantai seperti orang lemah!"

Aku terkesan dengan kata-kata dia, tapi memang betul aku memang lemah. Bukti sudah ada, aku sedang dirantai.

"Hahaha! Seperti yang aku sangkakan budak ni memang lemah! Tamatlah riwayat kau budak! Mungkin kau ada kata-kata terakhir?" Zul dipaksa duduk melutut. Pedang sudah berada di leher, dan ia berlaku di hadapan mata aku.

"Haikal..." Zul memanggil nama aku perlahan. Aku terus memadang dia.

"Mana pergi?... Mana pergi semangat kau yang dulu? Semangat dan keberanian kau dalam atasi semua halangan. Mana sifat tu semua pergi!" Air matanya mula keluar.

'Sifat keberanian...'

"Sifat keberanian yang kau selalu tunjuk pada aku? Semangat yang tunjuk pada mereka? Kawan-kawan kau tengah bermati-matian bertarung! Tapi kau?"

'Tak! Benda ni semua tak akan berlaku! Aku kena selesaikan semua ini!'

"Penggal kepala dia..." Pedang diangkat.

"Berhenti!" Suara aku bergema. Tiba-tiba, cahaya berwarna ungu keluar dalam diri aku.

Aku terapung di udara, kemudian aku menjejakkan kaki ke tanah. Aku perasan bahawa baju aku sudah lain sama juga dengan senjata aku. Kuasa aku lebih kuat dari sebelumnya.

Zul masih terkejut melihat aku. Aku melangkah ke hadapan.

"Serang budak itu!" Arah syaitan itu pada aku.

"Desusurasshu!" ( Death Slash ) hanya dengan satu libasan sahaja, semua syaitan itu lenyap.

Aku mendekati syaitan yang terakhir lalu berdiri di hadapan dia. Satu lingkaran hitam dan merah muncul di bawah kami.

"Ini badan aku, dan aku tuan kau. Sebagai perjanjian kau dengan ahli kau yang lain harus menjadi penolong aku, pinjamkan aku kuasa kamu semua saat aku memerlukannya dan Ikuti semua arahan aku," aku mengungkapkan perjanjian kami. Dia kemudian tersengih.

"Haih, baiklah kau menang. Aku dan pengikut aku akan menjadi pembantu kau, pinjamkan kuasa kami jika kau memerlukannya, dan ikuti semua arahan kau tanpa membantah." Cahaya mula bersinar dan syaitan itu lenyap.

......

"Shafiq kau tak apa-apa ke?" Raul menyambut Shafiq apabila dia ditepis. Tanpa disedari Haikal ingin memberikan buku lima pada mereka. Aiman segera menghampiri mereka dan membuat pelindung.

Tiba-tiba keadaan senyap sunyi. Mereka masih lagi menunggu serangan dari Haikal dan terlihat Haikal sudah terbaring. Tiba-tiba dia lenyap dengan cahaya di sekelilingnya.

"Haikal?" Mereka semua melihat cahaya tersebut ke langit.

"Ye?" Suara yang jelas kedengaran. Mereka semua berpusing ke belakang. Terlihat Zul dan Haikal berdiri bersebelahan. Tanpa dikata Shafiq sudah menerpa memeluk Haikal.

"Kau tak apa-apa?" Soal Shafiq padanya.

"Aku okay, maaf aku tak bagitahu perkara sebenar. Aku ingat aku boleh selesaikan semua sendiri, hakikatnya tidak. Aku takut kalau kau orang semua tak dapat terima diri aku," ujar dia.

"Tak kisahlah kau berubah jadi apa sekalipun asalkan kita orang tahu siapa Haikal sebenarnya," Kata Shafiq.

Dilihat semula pakaian Haikal sudah lain.

"Haikal kau dah lain," kata Lokman.

"Ye, aku tahu. Tapi aku tak tahu macam mana." Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tak apa yang penting kau selamat,"

Keadaan kembali kepada sedia kala. Amirul dan Faris sudah sedar tapi mereka tidak tahu apa-apa. Lain kali sahaja cerita pada mereka.

Sehingga lewat malam mereka bertarung tanpa sedar matahari sudah mula terbit. Sinaran matahari pagi sangat menyenangkan. Udara yang segar dan sejuk menyapa.

Kami semua berjalan balik ke akademi dengan muka yang ceria. Segala pertarungan tadi sudah selesai. Betul kata Mama...

' Jika seseorang itu dapat menerima siapa diri kita, maka jagalah dia dengan sebaik mungkin.'

Bersambung.

Ps : Reader boleh tengok dekat Bab Watak Utama, author dah update untuk kuasa Haikal. 😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro