Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Faris [3] : Majlis Tari Menari

Shafiq Pov.

Selesai berbincang kami semua bersurai. Aku berjalan berduaan dengan Raul. Kami berdua tidak bercakap kerana tiada topik yang hendak dibualkan. Tiba-tiba sahaja dia bersuara.

"Shafiq, aku rasa malam nanti... aku tak pergi kut," ujarnya.

"Kenapa pula?" Tertanya aku juga. Majlis ni bukannya selalu.

"Hmm, aku tak sedap badan sikitlah. Lagipun aku ada hal. Maaf, aku gerak dulu..." Terus dia berlalu pergi hilang dari pandanganku. Satu persoalan mula timbul dalam benak fikiranku namun aku tidak mengendahkannya.

Ketika aku sedang berjalan di koridor, aku ternampak seseorang di dalam makmal. Susuk tubuh yang kecil memakai hoodie. Niat ingin tahu semakin membuak. Siapakah di dalam itu?

Dia tiba-tiba tertoleh ke arah aku.

"Oh, Shafiq. Buat apa dekat sini?" Lah, Izz rupanya. Kenal tak siapa Izz, kalau kau orang tak ingat boleh pergi dekat bahagian 'Watak Tambahan'.

"Tak, aku lalu-lalu je dekat sini, tiba-tiba ternampak kau. Itu yang aku masuk sini tu. Ni, kau buat apa ni?" soal aku padanya sebab dia seorang diri dekat makmal.

"Aku tengah buat serbuk tidur...," kata dia sambil memandang aku. Serbuk tidur? Kegunaannya?

"Untuk apa?"

"Halah, kawan kau yang seorang tu, siapa nama dia? Halah... Raul? Ha Raul!" ujar Izz sambil menyelak buku melihat ramuan untuk serbuk tersebut. Kenapa Raul nak serbuk tidur pula?

"Dia nak guna untuk apa?" soal aku lagi. Aku masih lagi tak puas hati.

"Eh, jangan kacaulah, kau pergi siapkan persiapan kau untuk malam ni. Pergi cepat!" Kata-kata dia mengingatkan aku.

"Betullah, kalau macam tu aku pergi dulu." Aku terus berlari keluar dan sebelum itu pertanyaan kali terakhir aku ajukan pada dia.

"Malam ni kau pergi kan?" Dia mengangguk menunjukkan dia akan hadir malam ini.

Aku segera meninggalkan perkarangan makmal tersebut. Namun, terdapat seseorang yang berada di tangga mendengar segala perbualan kami di dalam makmal tersebut.

Dia bersandar di dinding sambil membetulkan kaca matanya. Dia tersengih sendiri seperti merancang sesuatu.

"Menarik..." dia mula bersuara dan ketika itu juga seseorang memanggil namanya.

"Encik Unn!" Dia mengalihkan pandangannya kepada pelajar itu.

"Ada orang sakit dekat bilik rawatan..." Lalu Encik Unn segera memacu laju ke bilik rawatan.

..........

Faris Pov.

Lepas sahaja bersurai, Lily terus menarik tangan aku sehingga sampai di belakang blok sekolah. Pandangan yang maut masih terpampang pada riak wajahnya. Muka yang berkerut dan renungan mata yang tajam.

Aku berfikir sejenak. Aku ada buat salah ke? Aku ada sakitkan hati dia ke? Aku baru sahaja nak bersuara tapi...

"Lily aku ad-"

"Ye!" Dia menjerit padaku. Bayangkan suara perempuan yang nyaring marah. Bingit kut telinga. Mahu pecah gegendang telinga aku.

"Salah kau sebab kau ni lembab sangat!" tengking dia padaku. Aku tak faham dan beriak biasa. Susahnya nak faham perempuan ni. Haih.

"Tapi apa salah aku?"

"Fikir sendiri!" Hah? Lagi aku tak faham. Apa yang dia cuba sampaikan? Aku berfikir sejenak. Apa kesalahan aku? Terus dia mencengkam kolar baju aku.

"Kau nampak tangan aku ni? Jangan sampai tangan aku yang selembut sutera ni hinggap kat muka kau..." ujarnya seperti seorang psiko tambah lagi dengan senyuman yang menakutkan.

Lily Latista, seorang perempuan yang berwajah polos serta ayu di hadapan Hana namun tiada siapa tahu perangai sebenar Lily. Perempuan yang sukakan keadilan dan tidak mahu sahabat baiknya berasa kecewa.

"Sekarang kau cakap dengan aku... kau suka Hana tak?" Dia menunjukkan jari ke arahku tambah pula dengan kukunya yang tajam seperti pisau. Ini kalau kena mahu calar muka dibuatnya.

"A-aku suka dia sebagai kawan jelah..."

"Tipu! Dengan kelakuan kau sejak dulu lagi aku dapat tahu yang kau suka dia. Muka kau tak boleh menipu," ujarnya lagi.

Memang betul aku selalu fikir tentang dia tapi tak bermakna aku suka dia atau... aku tak tahu, aku masih buntu. Aku diam dan tak berkata apa-apa. Semua ni mengarut.

Sekarang Hana berpasangan dengan orang lain. Aku tak mampu nak ambil tempat dia. Orang tu lebih bagus berbanding dengan diri aku.

"Lily..." Lily sedia mendengarnya.

"Aku tahu, aku memang bermasalah, tapi tak semua aku kena cerita dekat orang. Aku pergi dulu..." Aku segera meninggalkan Lily. Sebelum beredar Lily berkata sesuatu.

"Kalau kau rasa Hana gembira, kau silap besar." Aku berpusing ke belakang dan Lily sudah beredar dari situ. Aku malas hendak fikir lagi. Apa nak jadi, jadilah.

.......

Shafiq Pov.

"Wah, meriahnya! Haikal, cepatlah!" Orang ramai mula membanjiri majlis malam itu. Lampu berwarna kuning menerangi setiap ruang. Sungguh cantik berkilauan. Terlihat seperti majlis malam yang mewah.

Aku mula menarik lengan Haikal supaya bergerak dengan lebih cepat. Dia pula hanya mengekori sahaja.

"Hei, jangan tinggalkan pasangan kau ni! Nak masuk kena bawa pasangan!" Asy menjerit apabila dia ditinggalkan seorang diri.

"Ish, macam budak-budak..." Dia merungut kecil selepas melihat perangai aku. Muncul pula Wan dan yang lain di belakangnya.

"Biarkanlah dia. Mari." Wan memegang tangan Asy lalu jalan bersama-sama ke dewan. Ramai memang ramai. Melibatkan semua tahap betul tak? Semuanya segak dan cantik belaka.

Dipadankan dengan tuksedo dan gaun menampakkan lebih bergaya. Aku dan Haikal menunggu ketibaan yang lain. Dari jauh, terlihat mereka datang sekumpulan. Sampai pun.

Beberapa minit kemudian, muncul pula pasangan Lokman dan Lily serta Faiz dan Roslia.

"Faiz, handsomenya harini!" Roslia mencubit-cubit pipi pau Faiz tetapi Faiz mengelaknya dia menolak muka Roslia jauh darinya. Kami memandang mereka berdua.

"Jangan tegur, biar je..." Kami semua akur apa yang dia katakan.

"Senior!" Terdengar suara Paula dari jauh berlari ke arah Lokman.

"Paula, jangan lari nanti jatuh!" Amirul segera berlari mendapatkan Paula. Risau jika dia terjatuh atau tersungkur nanti. Sampai saja, Amirul mengambil nafasnya.

"Paula, kan abang kata jangan lari..." Amirul menegur tingkah laku. Namun Paula sendikit pun tidak kesah dengan teguran Amirul.

"Cuba lain kali lah ya..." Aiman berbisik di telinga Amirul dengan gaya memerli. Kami menahan ketawa melihat Amirul.

.......

"Jadi semua dah ada dekat sini kan? Jom masuk!" Aku baru sahaja ingin melangkah masuk, tiba-tiba soalan Lokman memberhentikan aku.

"R-Raul mana?"

"Raul dia tak datang, dia kata macam tak sihat sikit. Mungkin dia ada dekat bilik tengah rehat. Aku dah beli makanan semua dah," ujar aku.

"Kalau dah tu cepatlah masuk!"

.......

Raul Pov.

Aku duduk seorang diri di dalam bilik memikirkan masalah yang akan mendatang. Tiba-tiba pintu aku dikuak seseorang memakai jubah perang masuk ke dalam bilik aku. Aku menoleh memandang dia.

Terus aku berdiri dan pergi ke arahnya.

"Mereka syak kau tak?" Aku menggelengkan kepala aku. Mereka langsung tidak mengesyaki aku.

"Bagus. Sekarang ni, teruskan kerja kau. Perhatikan dia, aku percaya kau."ucapnya.

"Sebelum tu, apa fungsi serbuk tidur yang kau suruh Izz buat?" soalnya.

"Ada sesuatu yang menarik akan menanti. Nak tengok?" balasku.

"Jadi kamu berdualah maknanya..." Bunyi tapak kaki kedengaran masuk ke dalam bilik. Terkejut aku dengan kehadiran dia.

"En-encik Unn! B-buat apa dekat sini?" Kata aku tergagap-gagap. Habislah rancangan aku.

"Jangan risau, aku dengan kamu semua..." Kata dia sambil membetulkan butang lengan bajunya.

"Maksudnya, encik pun..." Belum sempat aku habis berbicara, Encik Unn sudah memotong ayatku.

"Kamu ingat, kenapa saya masuk akademi ni sebagai guru baru?" Encik Unn pun sama, tak mungkin. Aku terkejut.

"Cukup. Mari kita pergi sekarang." Aku dan Encik Unn mengangguk lalu kami berdua memakai jubah lalu bergerak ke sana.

...........

Shafiq Pov

"Wah! Banyaknya makanan!" Mata aku dan Asy bersinar. Sungguh banyak makanan yang lazat terhidang di atas meja. Aku terus menuju ke sana untuk menjamu selera.

Aku mengambil makanan seperti tiada hari esok. Makan selagi boleh. Pelajar dari tahap lain sudah naik hairan melihat perangai kami.

Puk! Satu pukulan di kepala diberikan oleh Aiman lalu kolar baju ditarik menjauhi makanan yang terhidang di atas meja.

"Aku dah kata jangan buat masalah lagi kan," ujar Aiman.

"Tidak! Makanan aku jangan!" Aku meroyan tidak semana-mena.

.........

Faris Pov.

Aku sedang mengambil udara di luar. Dari jauh aku terlihat seseorang yang amat aku kenali. Berambut merah jambu dan panjang.

Memakai gaun yang sepadan dengan dirinya. Cantik tidak terkata. Tatkala dia lalu, semua lelaki memandang dia. Terlihat mukanya merah apabila melihat mereka semua memandang ke arahnya. Di sebelahnya pula, seorang jejaka yang kacak.

Sangat padan dengan dia. Siapalah aku jika dibandingkan dengan dirinya. Ketika aku memandang dia, mata kami bertemu. Aku melambaikan tangan ke arahnya sambil tersenyum tetapi dia tidak membalas.

Hana dan Khai terus memasuki dewan. Majlis sudah hendak bermula.

"Baiklah tuan-tuan dan puan-puan, tanpa melengahkan masa marilah kita memulakan 'Majlis Sinar Bulan'." Semua orang menepuk tangan sekuat hati.

"Siapa yang mempunyai pasangan sila ke tengah pentas untuk aktiviti tari menari." Satu per satu dari mereka ke tengah.

"Sayang, jomlah menari sekali!" Roslia kuat menarik lengan Faiz kalau boleh sampai tercabut agaknya. Bagi Faiz pula dia tidak rasa apa-apa. Faiz masih lagi menyantap makanan di situ. Cepat-cepat dia menyuapkan Roslia kek supaya diam.

Tergelak kami dengan kelakuan mereka berdua. Tiba-tiba semua orang bersorak. Rupanya mereka melihat dua orang sedang menari iaitu Hana dan Khai. Jelas riak muka Hana seperti rimas.

Aku meminta diri untuk pergi ke tandas, sakit pula hati aku melihat perkara seperti itu.

.......

Shafiq Pov.

Ketika, kami semua sedang berseronok tiba-tiba loceng amaran sekolah berbunyi. Kami semua terkejut dengan apa yang terjadi. Pintu dewan pula tertutup dengan sendiri. Aku dan yang lain cuba untuk membukanya tapi tidak boleh.

Muncul bom-bom mini berteraburan di dewan tersebut dan ia pun meletup melepaskan serbuk berwarna ungu. Seorang demi seorang daripada mereka tertidur.

"Serbuk tidur!" Aiman berkata. Keadaan dalam dewan itu riuh rendah, semua hendak keluar.

Ketika itu, aku terlihat sesuatu di tingkat dua. Seseorang berjubah hitam berdiri tegak melihat keadaan kami. Ketinggian dan susuk tubuh yang aku kenal.  Raul? Ketika itu juga, pandangan aku menjadi hitam.

...........

Hana panik melihat keadaan di situ. Dia segera melarikan diri untuk mencari Lily tetapi ditahan oleh Khai.

"Awak nak ke mana?" soal Khai kepadanya.

"Saya nak keluar!"

"Tak! Awak saya punya!" Hana terkejut dengan perubahan drastik Khai. Tiba-tiba, sesuatu berbisik pada telinga.

'Paradoks ada di sini...'

Hana terkejut dengan pernyataan itu. Paradoks. Muncul aura berwarna hitam terus masuk ke dalam badan Khai. Khai memegang kepalanya yang sakit. Semua orang dalam bilik ini sudah tertidur.

Hana cepat-cepat ke arah pintu dan cuba membukanya tetapi tak dapat. Khai mula memacu laju berlari ke arahnya, cepat-cepat dia mengambil kerusi lalu patahkan tombol pintu tersebut.

Mujur ia terbuka dengan pantas dia melarikan diri sehingga ke padang.

"Khai, sedar Khai!" Khai mengeluarkan senjata iaitu seruling. Diletakkan di mulut kemudian ditiup. 

Thung~ thung thung thung...

Bunyi seruling dimainkan. Keadaan senyap sunyi. Hana memerhatikan sekelilingnya. Tiba-tiba bajunya calar terkena sesuatu yang tajam, begitu juga dengan lengannya.

"Argh!" Hana mengaduh kesakitan.

"Kalau kau nak lawan sangat. Marilah!" Hana mengeluarkan senjatanya iaitu kipas. Hana terus berlari mendekati dia.

.......

Faris Pov.

Aku kembali semua ke dewan dan terkejut melihat mereka semua tertidur. Aku lantas berlari ke arah rakan-rakanku mengejutkan mereka tetapi mereka tidak sedar.

Aku bangun dan mencari susuk tubuh Hana. Ketiadaan dia membuatkan aku risau. Sayup-sayup kedengaran suara seseorang sedang berlawan. Aku pantas berlari ke arahnya.

Bederau jantung aku melihat Hana terduduk di tanah. Perasaan marah mula membuak. Khai berjalan mendekati Hana ingin melepaskan tembakannya.

"Furasshu!" ( Flash )Aku mengubah diriku menjadi kilat segera memapah Hana menjauhi lelaki itu. Hana membuka matanya, terlihat Faris sedang mendukungnya.

"Faris?"

"Kau pergi belakang. Aku uruskan dia," arah aku kepadanya. Dia menggelengkan kepala.

"Aku akan lawan!"

"Sedia!" Khai mengangkat serulingnya semula dan dimainkan.

"Myujikkuu~ebu!" ( Music Wave ) muncul not muzik yang tajam di merata tempat menghampiri mereka. Dengan tangkas, mereka berdua menangkis dengan senjata.

Sesudah itu, Faris laju menuju ke arahnya menghayunkan bilah namun sempat Khai menahan menggunakan seruling miliknya, manakala tangannya yang satu lagi mengeluarkan satu lagi seruling.

"Myujikkuu rifurekushon!" ( Music Reflection ) Aura muzik yang kuat muncul menolak Faris ke belakang. Hana pula muncul di sisi Khai menyerangnya.

Hana bertubi-tubi menyerang Khai namun Khai mengelak dan menangkis setiap serangan Hana dengan mudah. Dipegang tangannya lalu dihempas ke tanah dan perutnya dipijak.

Faris bangun perlahan dan terlihat keadaan Hana, dia terus berlari ke arah Khai

"Myujikkuu Konbasution!" ( Music Combustion ) Ledakan not muzik terhasil terkena dirinya. Badannya calar balar disebabkan nod muzik yang tajam terkena dirinya.

Sekali lagi Khai melepaskan not muzik tajam kepadanya ketika dia sedang leka.

"Faris!" Hana menjerit.

Ching! Tertusuk not tersebut di bahu kiri Faris membuatkan dia rebah ke tanah.

"Faris!" Khai tiba-tiba ketawa jahat.

"Hahaha... HAHAHA!"

Tergiang-ngiang kata-kata Lily di telinga Faris.

"Mulut boleh tipu Faris, tapi kelakuan kau terhadap dia tak..."

Betul...

Aku memang suka Hana, sejak dari dulu lagi kami berkawan tapi aku pendam perasaan aku sebab aku tidak cukup bagus untuk dirinya. Aku tipu diri aku. Aku tipu dia.

Sekarang, aku tak dapat selamatkan dia. Orang yang aku sayang. Khai menghampiri aku, pedang tajam dikeluarkan. Aku tak dapat bergerak.

"Farisss!" Hana menjerit namaku.

Badan aku bercahaya, tenaga aku semakin pulih. Aku membuka mata dan aku berada di suatu tempat yang tidak dikenali. Baju aku mula bertukar perlahan-lahan begitu juga dengan senjata aku dari pedang menjadi naginata.

Kuasa baru mula hadir dalam diriku. Magnetokinesis. Sub kuasa manipulasi elektrik. Khai menutup matanya disebabkan cahaya yang muncul pada diriku.

"Terima kasih Hana, kerana tunjukkan siapa diri aku yang sebenar." Hana memandang aku seperti tidak percaya perubahan diriku. Khai semakin menggila dan mula menyerang kembali.

Aku hilang di depan matanya dan muncul di belakang badannya. Segera dia menghadiahkan sepakan di kepala tetapi aku sempat menepisnya dengan tanganku. Dia dengan cepat meniup seruling miliknya membuatkan aku terseret ke belakang.

Sekali lagi dia membaling not-not muzik ke arah aku. Aku sekadar berdiri tengak dan tidak melakukan apa-apa lantas aku mengawal serangan tadi.

"Tapi macam mana?" ujar Khai gelabah.

"Not musik kau diperbuat dari besi. Jadi mudah untuk aku mengawalnya." Aku membalas semula apa yang dia lakukan pada ku. Calar- balar badannya. Segera aku menuju laju ke arahnya.

"Kaminari no kami!" ( Thunder God ) Petir dari langit turun menderu ke arah Khai.

Khai terbaring lemah dan aura hitam dalam dirinya musnah.

"Paradoks?" Hana tiba-tiba muncul di sebelahnya.

"Kau okay tak?" Aku menyoal Hana lalu dia tersenyum lantas dia mengucapkan terima kasih. Khai tersedar dan tidak mengingati apa-apa. Kami menceritakan segala perkara yang terjadi.

"Maaf Hana, saya tak sengaja." Hana maafkan dia kerana dia tak bersalah.

"Jadi semuanya dah selesai?" Ujar Khai sekali lagi.

"Belum, majlis belum tamat lagi tetapi semua sedang terlelap."

"Jangan risau, aku boleh pulihkan." Kami bertiga menuju ke dewan semula.

"Memoria!" Khai menggunakan kuasanya untuk memulihkan keadaan seperti biasa dan lupakan ingatan mereka sebelum kejadian tersebut. Semua orang kelihatan pelik.

Hanya kami bertiga sahaja yang tahu apa yang terjadi. Kami tergelak kecil. Majlis dimulakan sekali lagi. Aku menundukkan kepala untuk meminta diri.

Khai dan Hana kembali ke tengah semula untuk majlis tari menari tersebut. Aku dan yang lain melihat dari tepi sahaja dan beberapa minit kemudian. Mereka semua berhenti dari menari dan memberikan ruang kepadaku.

Aku pelik, apa yang terjadi. Khai menghampiri aku lalu menyentuh bahuku.

"Pergilah, dia tunggu kau..." Khai menyuruh aku untuk pergi kepadanya. Aku berjalan menuju ke arah Hana dan mereka semua bersorak untukku. Kini aku betul-betul di hadapannya.

Kami berdua tunduk memberi hormat serentak.

"Izinkan aku..." Aku menghulurkan tanganku padanya. Dia kemudian tersenyum.

"Silakan." Dia segera menyambutnya. Kami berdua menari dengan alunan muzik berkumandang di seluruh dewan dan kami menjadi tumpuan pada malam itu.

'Kerana cinta telah mengubah siapa diri aku. Aku akan melindungi kau selagi aku mampu. Mulut boleh tipu tetapi perbuatan menerangkan segalanya.'

.
.
.
Bersambung.

Ps : Akhirnya siap jugak, sorrylah kalau tak dapat feel tu sebab penulis tak pernah bercinta😂 dan maaf kalau cringe!🤣 Kalau ada typo tu tegur la ye

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro