Bab 6 : Maafkan Aku!
Sinaran mentari menyinari hari pada pagi ini, ditambah pula dengan kicauan burung membuatkan suasana pagi itu kelihatan tenang sekali. Embun dari daun masih belum menghilang. Sejuk mata memandang persekitaran Akademi yang bersih.
Terdapat juga pelajar yang sedang berjogging pada pagi hari. Almaklumlah hari ini merupakan hari minggu, sebab itulah mereka berasa bebas sikit pagi ini. Jika tidak semua kelam kabut untuk pergi ke kelas.
Jam sudah menujukkan pukul 6.30 pagi, tapi mereka semua masih dibuai mimpi. Kalau bom meletup sebelah telinga pun belum tentu bangun. Namun, kelibat Aiman sudah tiada di katil, mungkin dia sudah keluar untuk pergi berlatih seawal sebelum 6.39 pagi.
Pintu bilik dikuak dan Amirul masuk ke dalam bilik. Dahinya berkerut apabila melihat rakan-rakannya masih tidur. Dia menampar dahinya lalu mengelengkan kepala kiri dan kanan.
Amirul mula mengejutkan seorang demi seorang.
"Bangun lah! Bangun! Nanti lambat, dah janji kan!" Kejut dia pada Faris.
"Bangun lah!" Kejut dia lagi. Tiba-tiba tangan dia ditepis oleh Faris. Amirul sudah tidak tahan lagi, kalau boleh kepala dengan telinga dia boleh keluar asap melayan karenah rakan-rakannya itu. Dia bangun dan menjerit.
"API! BANGUN ! DORM DAH TERBAKAR!" Kelam kabut mereka bangun dan lintang-pukang keluar dari dorm. Dengan muka yang cemas, dan berpeluh. Dengupan jantung berdegup dengan laju.
Terkekeh-kekeh Amirul ketawa apabila melihat muka rakan dia.
"Mana apinya?" Soal Shafiq pada dia.
"Takda api. Sekarang ni pergi siap aku tunggu kat bawah." Arah Amirul lalu turun ke bawah.
Mereka yang lain memandang sesama sendiri dan kemudian mengeluh. Mereka masuk ke dalam bilik dan mula mengambil barang mandi.
.....
Shafiq POV.
Kami semua turun ke padang, Amirul sedang memanaskan badan sementara menunggu ketibaan kami. Aku lah salah satu umat manusia dekat dunia ni yang malas bersukan.
"Semua dah ada kan? Baiklah kita panaskan badan dulu, mula dari atas ke bawah. Aku arah kau orang buat. Ready, dari kepala. Satu, dua, tiga empat, lima, enam, tujuh, lapan." Amirul memberikan konduk dengan cara menepuk tangan mengikut rentak agar serentak.
"Baiklah sekarang kita akan lari, satu pusingan keliling akademi ni okay. Lari perlahan-lahan je, tak perlu kelam kabut. Sedia. Lari!" Langkah larian mula diambil dan nampaknya mereka semua makin ke hadapan.
Dan aku ditinggalkan berseorangan di belakang. Sedih. Aku memperlahankan larian aku apabila aku ternampak seseorang yang tinggi lampai, sedang berlatih berseorangan diri di sebuah padang lama yang tidak digunakan yang terletak di belakang banggunan akademi.
Otak aku dikerah untuk berfikir sama ada mahu tegur atau pun tidak. Kalau ditegur mungkin akan jadi satu masalah besar. Buat masa ini aku biarkan dia buat sementara waktu dan aku terus menyambung larian aku tadi.
Aku seorang sahaja yang belum sampai di padang. Melihat mereka sedang menunggu ketibaan aku. Aku mengambil nafas sementara dan duduk, tiba-tiba fikirkan aku melayang memikirkan keadaan Aiman.
"Aku nampak Aiman dekat padang lama tadi," kata aku. Mereka semua memandang aku.
"Okay then, kau nak buat apa?" Soal Haikal padaku. Otak aku masih ligat berfikir. Nak tak berlatih dengan dia sekali sebab benda ni berkumpulan bukan solo.
"Jom la, berlatih dengan dia sekali. Pertandingan ni kan berkumpulan. Jadi kita kene tolong-menolong," jelas aku pada mereka.
"Dah kau cakap macam tu jom lah, lagipun kalau dibiarkan saja sampai bila-bila pertelingkahan ni tak akan surut," ujar Raul. Semua bersetuju dan kami bergerak ke padang lama.
.....
Aiman POV
Hati aku masih panas apabila teringatkan budak tu. Punca utama aku masuk kelas E. Sakit hati bila lihat muka dia sahaja. Aku menggaru kasar kepala aku, serabut bila semua orang memandang dia sahaja.
Aku menghempas kuat senjata aku ke tanah, kemudian aku meraup muka aku.
Flashback.
Selepas aku, masuk ke kelas E semua pelajar memandang sinis terhadap aku. Aku berjalan ke koridor menuju ke kelas dan melihat beberapa orang memandang aku dan berbisik pada kawan dia.
"Kau tengok Aiman tu, harap je ketua pelajar tapi masuk kelas E, tak malu betul."
" Harap je ketua pelajar tapi, dapat kelas apa? Nama je penting!"
"Wei tengok tu..."
"Teruknya..."
Aku hanya pekakkan telinga aku walaupun aku dengar apa yang diperkatakan oleh mereka. Dia orang tak tahu apa-apa jadi boleh la bising. Kemudian, terdapat seseorang menghalang jalan aku, Alex dan kembar seiras Nei dan Neo.
Mereka merupakan musuh aku sejak Tahap Sage lagi. Mereka marah dekat aku sebab aku selalu lagi hebat dari dia orang.
"Tak sangka, budak yang dipuji ramai dulu, sekarang ni duduk di kelas tercorot. Patutlah aku tak nampak kau dekat kelas A ni." Dia mula memandang rendah pada aku.
Aku malas hendak layan karenah mereka. Aku terus berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga.
"Kalau dah pengecut tu selamanya pengecut lah! Hahaha!" Mereka dan rakan-rakan mereka mentertawakan aku.
End of Flashback
"Aiman!" Teriakan seseorang berhentikan lamunanku. Kepala aku menoleh ke arah suara tersebut dan ia merupakan suara seseorang yang paling aku benci.
"Kita orang datang nak berlatih sekali," kata dia pada aku. Aku semakin bengang dengan perangai dia yang tunjuk baik depan aku.
"Baik kau belah sekarang, aku tak nak tengok muka kau." Aku berkata perlahan tapi masih didengari oleh mereka.
"Aiman kalau pasal haritu lupakan je lah. Benda tu dah lepas. Aku dah mintak maaf dah pun. Aku tahu aku salah. Lupakan jelah," ujarnya seperti tiada kesalahan.
Aku yang mendengarnya lagi sakit hati. Aku bangun dan terus mengenggam kolar bajunya. Penumbuk diangkat untuk dilepaskan tetapi dihalang.
"Kau dengar sini, kau tak lalui apa yang aku lalui sebab tu kau boleh cakap macam tu! Kau tak pernah fikir perasaan aku! Aku kena ejek disebabkan kau, bodoh! Tapi aku diam. Sekarang ada peluang untuk aku tunjukkan siapa diri aku! Dan aku tak perlukan bantuan kau orang untuk pertandingan ni!" Aku melepaskan geram aku pada dia.
"Dah la,kita berlatih macam biasa je, we are friends, right?" Faris mencelah.
"No, aku tak pernah cakap yang kita kawan dan aku tak pernah mintak kau orang jadi kawan. Yang penting sekarang ni, aku nak kau orang pergi dari sini." Aku menghalau mereka.
......
Shafiq POV
Tak tersangka pula akan jadi pertelingkahan besar dekat situ. Kami berjalan menuju ke padang untuk meneruskan latihan.
"Shafiq kau tak kesah ke, kena marah tadi?" Soal Haikal padaku. Aku meggelengkan kepala, kemudian menjawap.
"Tak, memang patut pun aku kena marah. Bagi aku sedar siapa diri aku. Sekarang ni aku nak tolong dia masuk kelas A je. Mungkin itu yang boleh buat dia maafkan aku." Aku mengeluh berat. Kepala runsing memikirkanya.
"Tak perlu la fikir hal tu lagi, jom lah berlatih," kata Raul sambil menghulurkan tangan membantuku untuk bangun. Dan kami berlatih seperti biasa.
......
Aiman POV
Aku masih tak dapat fokus dalam menjalani latihan. Seperti ada sesuatu yang menganggu aku. Kemudian, dengar suara seseorang.
"Tak dapat fokus?" Aku menoleh dan dia merupakan Faiz, sekumpulan dengan aku semasa ujian kelayakan dahulu.
"Kau buat apa dekat sini?"
"Entah, tapi kau buat apa pulak dekat sini?" Selepas aku mendengar kata-kata dia buat aku pelik.
"Apa maksud kau sebenarnya?"
"Kau tahu apa yang aku maksudkan, tapi betul ke itu yang kau nak sebenarnya? Itu yang kau impikan? Duduk di kelas atas merupakan satu kebahagiaan? Dipuji? Digilai?. Pertama kali aku jumpa kau dulu, kau tak macam ni. Kau ada kuasa, and now where's the power? Hadam baik-baik baru buat keputusan okay?" Dia menyentuh bahu aku lalu pergi.
......
Keesokan hari, aku masih meneruskan latihan aku bersendirian. Aku ingin bergerak ke padang lama tetapi langkah aku terhenti apabila melihat pergaduhan antara kelas A dengan E.
Ya, budak kelas aku dan dari kelas A merupakan musuh aku. Aku hanya perhatikan dari jauh melihat apa yang akan berlaku.
"Aku nak guna padang ni untuk berlatih." Halau Alex pada Shafiq.
"Kita orang sampai dulu, jadi kita orang berlatih dulu," ujar Shafiq
"Kalau kau orang berlatih kuat mana sekalipun, kau ingat kau boleh kalahkan kita orang ke? Kau masuk pun cuma nak penuhkan senarai, tak guna pun kalau kau masuk." Kata-kata Alex membuatkan mereka berang.
"Kau siapa nak kata macamtu!" Baju Alex ditarik oleh Raul tetapi Nei dan Neo menghalang.
"Kau orang memang tak serik kan."
Tanpa sempat berkata apa-apa perut Raul ditendang membuatkan dia tercampak ke belakang dan mereka yang lain menyambutnya. Haikal yang berang terus berlari dan menerkam ke arah Alex.
Malangnya pengerakan mereka lebih tangkas. Mereka cepat mengelak dan tumbukan tepat diberikan pada Haikal. Muncul pula rakan-rakan kumpulan dari kelas A yang memasuki pertandingan itu.
"Nei." Nei menganguk faham.
"Irebunsuta!" ( Eleven star )
Mereka bergaduh untuk menentukan siapa lebih kuat tetapi hasilnya mereka kalah teruk.
"Neo." Sebut sahaja nama, Neo sudah tahu kerja nya.
"Juryoku zero!" ( Gravity Zero ). Serta merta badan mereka menjadi berat dan tidak boleh berdiri. Kuasa mereka memang lebih dari apa yang dijangka.
Aku yang melihat kejadian tersebut menggenggam tangan geram. Mata dipejam. Nafas ditarik dan dihembus. Kalau jawatan aku dah diperlekehkan, apa salahnya perlekehkan perangai sekali.
......
Shafiq menutup mata apabila mereka mendekati. Badan seperti ditarik ke bawah. Berat untuk mengangkatnya.
Shafiq menunggu tumbukan itu tiba, dia membuka matanya dan terlihat Aiman berada di hadapannya. Sehunus pedang di tujukan tepat ke leher Alex.
"Kau sentuh dia orang, aku kelar leher kau!"
.
.
.
Bersambung.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro