Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 33 : Pulih Semula

Shafiq dan yang lain kini tiba di bilik sakit blok Sage. Asy, Wan dan pelajar muda, Irene menunggu mereka.

"Kau orang!" Asy menoleh kepalanya melihat siapa yang memanggil mereka.

"Ha, sampai pun." Mereka bertiga berdiri menyambut kedatangan mereka.

"Kenalkan, Irene Kim junior kami berdua." Wan memperkenalkan Irene kepada Shafiq dan yang lain. Irene membongkokkan badannya 90 darjah menunjukkan rasa hormat kepada seniornya.

"Selamat berkenalan, saya Irene." Dia memperkenalkan dirinya dengan suara yang lemah lembut dengan tangan kanannya diletakkan di dadanya.

Seorang gadis kecil berketinggian 157cm, mempunyai rambut hitam dan panjang mengurai. Anak matanya yang berwarna ungu menunjukkan keistimewaan yang jarang dilihat oleh pelajar lain. Pakaian seragamnya yang berwarna hijau dipadankan dengan kot doktor menyerlahkan lagi identitinya sebagai pelajar biologi yang hebat.

"Selamat berkenalan," ucap Shafiq.

"Tanpa buang masa lagi. Mana herbanya?" Asy menghulurkan tangan meminta herba dari mereka.

"Herba?" Tanya Shafiq pada Haikal.

"Herba mana?" soal Haikal pula pada Aiman.

Aiman memandang ke arah Raul dan Amirul. Mereka sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu. Tak semena-mena, tangan yang dihulurkan Asy tadi sudah digenggam menjadi seperti penumbuk.

"Mana. Herba. Tu!" Suara Asy yang lembut tadi sudah merubah menjadi kasar. Namun riak mukanya masih tersenyum sinis tapi senyuman itu bukan senyuman gembira malah senyuman kematian.

"Ta-tadi ada."

"Sekarang?" Walaupun sepatah sahaja yang diperkatakan namun sungguh gerun untuk melihat wajahnya.

"Herba ada dekat sini!" Lokman menjerit dari jauh apabila melihat mereka semua dalam kesusahan. Nasib sahaja amarah Asy tidak keluar sepenuhnya.

"I-ini herbanya." Lokman menghulurkan Glowing Spores kepada Asy. Lokman membongkok memegang kedua-dua belah lututnya, cuba mengambil nafas kerana dia berlari menuju ke sini dengan pantas.

"Wah, cantiknya bunga ini. Terima kasih, Lokman. Irene! Wan!" Asy yang baru beberapa saat tadi amat menakutkan dalam sekelip mata berubah menjadi seorang yang amat ceria membuatkan semua lelaki di situ terkaku.

"Wow, aku...tak tahu nak cakap apa," bisik Aiman yang jelas terkejut dengan fenomena tadi.

"Itulah, mood dia memang senang berubah. Jadi, kalau kau tak sengaja buat dia marah, kau kena cepat-cepat fikir cara nak gembirakan dia balik. Kalau tak, memang arwah kau jadi," pesan Shafiq yang berada di sebelahnya.

"Kau orang, mari sini sekejap." Asy memanggil yang lain untuk berkumpul di meja dia serta Wan dan Irene berada.

"Kenapa?" soal Shafiq sebaik dia dan rakan-rakannya berada di hadapan tiga orang gadis itu.

"Kita orang dah tahu apa jadi kat kau orang semua," jawab Asy dengan senyuman di bibirnya. Yang lain menunjukkan wajah berminat dan sedia untuk mendengar.

"Macam ni, campuran serbuk-serbuk yang tertumpah tu dah hasilkan suatu serbuk yang boleh mengklon sel kau orang," terang Wan dengan nada yang halus namun masih didengari.

"Serbuk tu apabila terkena pada kulit kita, ianya akan mengklonkan DNA kita. Serbuk dengan memori sel yang sama akan berkumpul. Bila kau orang bernafas, kau orang tersedut sekali serbuk ni. Serbuk tu masuk dalam salur darah dan gantikan semua sel sebenar kau orang. Sebab tu kuasa kau orang tertukar."

Penjelasan itu hanya membuatkan muka sembilan orang lelaki itu berkerut terutamanya Faris yang jelas tidak faham walau satu perkara pun. Asy yang melihat situasi ini hanya menepuk dahinya dan mengeluh.

"Serbuk tu kena kulit Faris dan tiru DNA dia. Serbuk tu berkumpul, Zul tersedut dan serbuk tu masuk dalam salur darah. DNA Faris ganti DNA Zul." Shafiq dan yang lain akhirnya mengangguk faham dengan apa yang ingin disampaikan.

"Ooo..." Hakikatnya, mereka masih kabur tetapi tidak mahu mengaku kerana terlalu takut akan Asy.

"Jadi, apa fungsi Glowing Spores tu?" Lokman menghulurkan soalan.

"Spora daripada herba ni kita akan campur dengan darah orang yang ada kuasa sebenar kita. Lepastu, masukkan dalam salur darah untuk pulih semula," jelas Wan, masih lagi dengan nada tak ubah seperti angin yang bertiup.

"Macam mana?" tanya Haikal pula.

"Dengan ni." Irene menayangkan kepada mereka sebuah picagari dengan jarum yang amat panjang. Shafiq dan yang lain serta mengeluh berat dan mengetap gigi mereka rapat.

"Uhm, T... Tak ada cara lain ke?" soal Faris.

"Lagi satu cara, kita rebus atau perah cecair daripada herba ni. Kita campurkan sedikit darah orang yang ada kuasa kita. Lepas tu, kita minum. Tapi aku tak galakkan sebab darah kan kotor. Lagipun, ia akan ambil masa lama sikit dan ada kemungkinan herba ni tak dicernakan untuk masuk ke dalam salur darah," jelas Irene.

"Jadi, siapa nak jadi sukarela untuk mulakan dulu?" Soalan Asy dibiarkan tidak terjawab. Semua tidak berani untuk bertentang mata dengan Asy. Ada yang memandang lantai, menoleh dan menyorok di belakang kawan mereka.

Menyedari keadaan ini, Raul dengan tenang melangkah ke hadapan dan duduk di hadapan Irene. Yang lain hanya mampu tersenyum, bukan kerana bangga sebaliknya kerana bersyukur bukan mereka yang perlu melakukan dahulu.

Mula-mula, Irene menyuntik lengan Raul dan mengambil darah sehingga separuh saiz picagari itu. Shafiq dan yang lain tersentak ke belakang sebaik sahaja jarum itu tertikam masuk agak dalam ke dalam kulit Raul. Raul yang disuntik, mereka pula yang melebih-lebih.

"Baiklah, awak tunggu sekejap. Siapa yang ada kuasa Raul?" Lelaki-lelaki di situ serta-merta menunjuk ke arah Faiz untuk menjawab soalan Irene.

"Faiz, giliran awak pula," kata Irene. Faiz terus berpusing dan berlari ke arah pintu.

"Kau jangan nak lari!" Malangnya, Asy sempat memegang kolar baju Faiz, menghalangnya daripada menghilangkan diri. Faiz kemudian diheret oleh Asy untuk diambil darahnya sambil dibantu oleh yang lain. Di sinilah, persahabatan yang seteguh keluli pun boleh retak.

Faiz dipaksa untuk duduk sambil dipegang setiap anggota badannya kerana dia sentiasa mencuba untuk melawan. Ini memberikan sedikit kesukaran kepada Irene untuk melakukan kerjanya.

Hilang sedikit rasa hormat kepada seniornya itu. Raul pula hanya tergelak melihat keadaan itu daripada tepi. Dia tidak boleh masuk campur kerana lengannya baru disuntik. Jadi, itu satu-satunya yang boleh dilakukannya. Asy mula hilang sabar dan mengambil picagari daripada Irene.

"Ni semua salah kau, kenapa kau pergi dulu?" marah Faiz yang masih menggeliat untuk melepaskan diri.

"Aik, aku juga yang salah?" Raul mengeluh perlahan, cukup sekadar dirinya sahaja yang mendengar.

"Kalau kau buat ni, aku sumpah tujuh keturunan kau takkan hidup tenang." Faiz sempat mengugut Asy dalam situasi yang kelam-kabut itu.

"Kalau macam tu, aku akan kahwin dengan kau. Biar anak cucu kita sama-sama tanggung susah," balas Asy dengan tenang dan memberi satu senyuman menyindir.

"Argh!" Faiz tahu dia tidak boleh melawan dengan kekuatannya kerana Asy mempunyai kekuatan yang diluar jangkaan manusia. Tambahan pula, dia dikhianati oleh rakan-rakannya. Jadi, dia terus menerus membuat bising untuk mengganggu Asy.

"Bisinglah. Tutup mulut dia," arah Asy. Haikal beralih ke almari untuk mencari sesuatu yang boleh digunakan. Dia terjumpa sehelai kain panjang dan menggunakannya untuk mengikat mulut Faiz dan mendiamkannya.

"Kenapa dengan kau, Mirul?" soal Aiman melihat wajah rakannya itu yang agak lain macam.

"Aku teringat seorang kenalan aku. Dia memang mahir dengan pedang. Satu hari, adik perempuan dia kena rasuk dengan syaitan dan dahagakan darah. Mulut adik dia kena kena ikat macam ni tapi dengan batang pokok bamboo. Adik dia dah boleh kawal diri dan sekarang, mereka dengan bantuan kawan mereka mengembara untuk cari penawar untuk pulihkan adik dia dan yang lain yang turut dirasuk," jelas Amirul.

Asy berjaya menyelesaikan misinya. Dia mencampur darah itu dengan cecair herba Glowing spores untuk diberi kepada Raul. Dia turut memanggil Lokman untuk mengikutnya.

"Akhirnya, semua dah selesai. Tak ada lah sakit mana pun. Aku yang melebih-lebih rasanya." Faiz menghembus nafas lega sambil dikelilingi oleh yang lain. Mereka bersembang sedikit sebelum perhatian mereka teralih ke arah Asy.

"Darah Lokman dah ambil, dah campur dengan herba. Jadi Faiz, duduk diam-diam ya." Asy kembali dengan picagari di tangannya. Faiz, walaupun dengan kata-katanya sebentar sekali lagi cuba untuk melarikan diri tetapi ditahan oleh rakan-rakannya.

"Tidak~!"

Dengan teknik yang sama, Faiz sekali lagi membuat bising untuk mengganggu Asy. Raul yang sudah muak dengan berapa kali telinganya disakiti dengan jeritan Faiz mula masuk campur. Dia memukul tengkuk Faiz dengan kekuatan yang sesuai membuatkan Faiz tidak sedarkan diri. Walaupun yang lain agak terkejut dengan tindakan Raul, namun ianya amat membantu untuk menenangkan keadaan.

.......

Semuanya telah selesai. Walaupun mengambil masa lebih lama daripada yang dirancang, semuanya berjalan agak lancar. Shafiq dan rakan-rakannya mengucapkan terima kasih kepada Asy, Wan dan Irene atas bantuan mereka sebelum bercadang untuk pulang ke dorm dan berehat.

Haikal telah pun menghilangkan diri sebaik sahaja selesai suntikannya. Amirul dan Aiman keluar daripada bilik sakit paling awal dan disusuli oleh Raul serta Lokman. Zul pula menolong Faris memapah Faiz yang masih tidak sedarkan diri. Mereka berdua menyumpah Raul di dalam hati kerana dia lepas tangan dengan tanggungjawabnya membuat keadaan Faiz sebegitu. Yang tinggal di dalam bilik sakit itu cumalah Shafiq. Baru sahaja dia ingin melangkah keluar daripada pintu, bahunya ditarik oleh seseorang.

"Kami nak cakap sesuatu dengan kau," ujar Asy. Shafiq mengangguk faham dan sedia mendengar.

"Serbuk yang boleh tiru DNA orang lain tu memang rumit dan melecehkan. Perlukan jumlah bahan yang tepat untuk menjadi," jelas Wan.

"Jadi, agak pelik untuk kejadian tu tak disengajakan. Macam mana jumlah bahan betul-betul tepat? Aku rasa syak dengan Izz," sambung Asy pula.

"Tapi kejadian tu jadi sebab kecuaian kita orang. Izz tak ada pula masa tu kalau betul dia nak benda tu terjadi." Shafiq mengemukakan pendapatnya.

"Sebab tu, aku rasa dia tak buat benda ni seorang diri. Mesti ada seseorang yang tolong dia." Kata-kata Asy membuatkan Shafiq berfikir sejenak.

"Kau ingat tak siapa yang kumpulkan kau orang semua kat situ?" Aku rasa mesti kawan si Izz yang buat tu dan ada kaitan tumpahan serbuk semua tu," tambah Asy lagi. Shafiq yang masih dengan wajah berfikit teringat sesuatu.

"Kalau aku ingat balik, ada sesuatu yang pelik tentang surat Izz tapi aku tak pasti. Aku akan baca balik kalau jumpa," kata Shafiq.

"Tapi, kenapa kau beritahu aku seorang jer?" soal Shafiq. Dia pelik kenapa Asy tak beritahu semua benda ini ketika yang lain turut berada di sini tadi.

"Kawan-kawan kau yang lain tu ada kat sini sejak tahap Sage tapi kau boleh kira orang baru. Maksudnya, kau masih cetek pengetahuan tentang semua benda kat akademi ni. Untuk buat pengkhianatan macam ni, orang yang paling sesuai ialah orang yang ada pengalaman kat tempat ni. Kau tak ada ciri-ciri tu, jadi kau paling boleh dipercayai."

"Jangan salah anggap, aku bukan tak percaya yang lain tapi ada yang aku percaya macam Faris. Aku kenal dia lama dan aku boleh pilih dia untuk beritahu semua ni tapi dia terlalu blur. Kalau aku beritahu, sampai mati belum tentu ada perubahan. Zul dan Faiz aku tak rapat sangat, Aiman pula ada jawatan tinggi dan aku tak nak tambah lagi masalah dalam kepala dia. Amirul, dia tu banyak main, tak serius. Raul pula mahir dalam semua benda sampai ia nampak agak menakutkan, cuma dia pandai kawal diri. Haikal pula dari awal tadi dah hilang. Lokman pula semua benda nak takut, silap-silap benda ni tersebar macam tu jer. Itu tinggalkan aku dengan kau sahaja," jelas Asy panjang lebar.

Ketika mereka sedang berbincang tentang semua itu, Raul mencuri dengar segala perbualan mereka daripada awal. Dia sebenarnya hendak memanggil Shafiq sebab dia sedari hilang daripada kumpulan. Namun begitu, niatnya terhenti apabila terdengar perbualan serius antara dua orang.

"Aku nak balik dorm dulu. Jumpa lagi." Shafiq meminta diri dan keluar daripada bilik sakit itu tanpa menyedari Raul yang sedang bersembunyi.

Raul teringat tentang rasa was-was Shafiq terhadap surat Izz. Sekiranya betul ada sesuatu yang pelik tentang surat itu, bukan sahaja identiti Izz akan diragui malah misi mereka juga berkemungkinan gagal.

Tanpa berfikir panjang, Raul terus berlari pulang ke dorm selaju yang boleh dengan mengikut jalan yang berlainan daripada Shafiq. Sebaik sahaja tiba dan menyedari Shafiq tiada, Raul menghembus nafas lega dan melangkah ke arah kawan-kawannya.

"Kau orang masih simpan lagi tak surat Izz?" tanya Raul

"Surat Izz? Ada kut... Sekejap." Lokman membuka laci mejanya untuk mengambil surat Izz dan memberinya kepada Raul.

"Nah. Kau nak buat apa?" Pertanyaan Lokman tidak dia endahkan.

"Terima kasih," ucap Raul sebelum berjalan ke lokarnya sambil membaca semula semua yang ditulis oleh Izz. Saat itu, dia sedar memang ada yang pelik tentang surat itu. Dia menutup pintu lokarnya sambil mengeluh kasar. Dia kemudiaannya keluar daripada dorm tanpa berpaling sedikit pun.

Tidak lama selepas itu, Shafiq pula tiba di dorm. Seperti Raul, dia juga bertanya kepada rakan-rakannya tentang surat Izz.

"Ada kat Raul," jawab Aiman.

"Dia mana?" soal Shafiq lagi.

"Dia keluar tadi entah ke mana," balas Aiman semula sambil mengangkat bahu.

"Aku nak surat Izz tu tapi Raul pula takda." keluh Shafiq sambil mencekak pinggangnya.

"Apa kata kau check lokar Raul. Aku nampak dia tutup pintu lokar dia. Mungkin dia letak kat dalam tu," cadang Amirul.

Shafiq yang sudah terdesak itu melangkah ke arah lokar Raul. Dia membuka pintu lokar itu dan mencari di setiap sudut yang ada. Dia mencari di dalam laci, poket pakaian dan beg tetapi tiada. Apabila dia mulai putus asa, dia tidak sengaja terjatuhkan satu kotak hitam.

Segala isi perut dalam kotak jatuh berteraburan di lantai. Shafiq dengan malasnya mencangkung dan mengutip semua barang-barang itu sehinggalah dia terhenti apabila terlihat sesuatu.

"Kejap... Ini..."

.
.
.
.
.

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro